Mr.Dud Next Door
Bab 9
Cian ZAf Handsome-Ju lari
sudah,...wink2..
Perkahwinan itu
indah. Islam menciptakan perkahwinan
bagi menzahirkan kasih-sayang, cinta, rindu dendam, amukan gelora dan juga
keinginan untuk saling memiliki di antara teruna dan dara melalui ikatan
pernikahan. Hubungan yang menghalalkan
segalanya antara dua individu berlainan jantina ini, begitu digalakkan di dalam
Islam, seperti hadis,..
“Sesiapa
kahwin (beristeri), maka dia telah melindungi(menguasai) separuh agamanya,
kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya
lagi.”(HR:Al Hakim dan Ath-Thahawi).
Zafran melepaskan keluhan.
Berapa hantaran nak bagi Kak Ju Cantik
ni? Bukan rate sekarang ni 15K? Reput badan aku bawak lori dari Perlis sampai
Tangkak pun belum tentu dapat kumpul 15K dalam waktu terdekat ni! Cukup ke 5k ni untuk gadis yang ada
degree? Boleh ke belasah aje masuk
meminang? Confirm ke Julia sukakan aku? Ke suka pada kakak aje! Nak tanya dia ke?
Zafran gelisah tak menentu dalam
mengawal amukan hati lelakinya yang mulai menggilai Julia.
“Aku nak bercinta sakan dengan perempuan
sombong tu lepas nikah!” Zafran sengeh sendiri.
Percintaan selepas perkahwinan terlalu
‘sweet’ berbanding percintaan sebelum perkahwinan. Alaf baru ini, menyaksikan fenomena baru
dalam kalangan muda-mudi Islam yang mana memilih untuk bercinta selepas
bernikah bagi mendapatkan redha dan keberkatan Allah SWT.
“Aduhaiiii Juliaku sayang!”
Poninggggg pale aku! Masak dululah!
“Nasik goreng lagi ke ni?” Jemu pulak kakak nanti!”
Dua biji telur dikeluarkan dari peti
sejuk oleh Zafran. Begitu juga dengan
sosej di bahagian dingin beku. Tangan
Zafran lincah mengupas bawang dan memotong cili besar.
“Harap-harap kakak tak bising
nanti. Tak sedaplah.
Boringlah. Nak makan dengan Kak
Ju l ah!”
“Opocottttt! Kakak!”
Maya ketawa setelah mencucuk pinggang
Zafran.
“Asyik sebut Kak Ju aje, ayah ni. Cepatlah kahwin dengan Kak Ju!”
“Kakak janganlah buat lagi. Lain kali bagi salam dulu. Kalau ayah terpotong jari tadi, macamana?”
“Mesti Kak Ju tak nak kahwin dengan
ayah! Padan muka ayah!” Maya ketawa
lagi.
Jari masih ada pun, Kak Ju belum tentu
nak ayah, sayang!
“Nasik goreng lagi?”
“Taklah.
Malam ni ‘Chicken chop’ pulak!” giliran Zafran ketawa.
“Tippuuuuu! Tak mau kawan ayah!”
“Kakak
nak pergi rumah Kak Ju lah! Mesti mak
cik masak sedap!”
“Bukan mak cik perangat masak siang
tadi? Kan kakak dah makan tadi?” Zafran
tidak puas hati dengan kenyataan Maya.
“Alah, kat sana best. Ada pak cik!
Paling besssst, ada Kak Ju cantik.”
“Ayah macamana?”
“Ayah, makanlah nasik goreng coklat ayah
tu! Kakak dah jemu!”
Tanpa menunggu lagi akan kata-kata
persetujuan dari Zafran, Maya berlari meninggalkan dapur, menuju pintu.
“Kakakk!!!”
Maya telah menyarung sandal, lalu
berjalan pantas ke rumah sebelah.
“Kak Ju!
Kakak datang ni!”
Salman yang berada di ruang tamu membuka
pintu. Maya sengeh comel.
“Nak masuk!”
Maya berjalan laju masuk ke dalam
rumah. Salman hanya tersenyum.
“Kak Ju!”
Maya menolak daun pintu bilik
Julia. Julia yang asyik dengan telefon
bimbit barunya tidak mempedulikan Maya.
“Kak Ju buat apa?”
“WhatsApp!”
“Apa tu?
Nak main!”
“Sembang dengan kawan-kawan. Oh, tidak boleh sama sekali. Kang jatuh phone Kak Ju camner? Kakak pergilah tolong mak cik di dapur. Mintak mak cik goreng telur mata kerbau untuk
kakak!”
Maya patuh. Maya turun dari katil, keluar dari bilik.
“Untuk Kak Ju satu tau!” sempat Julia
melaung biar pun Maya telah hilang dari pandangan.
Julia kembali memandang skrin telefon
bimbitnya. Perbualannya dengan Dahlia yang terganggu disambung semula.
“Come on
lah beb. Turun KL lah. Sampai bila nak lepak kampung?”
“Rileks
arr. Bagi aku rehat dulu. Baru seminggu jobless! So, how’s KL?
“Hahaha,..Still
happening, n species Aaron Aziz Junior ramai!”
“Aku baru
kiciwa. Malaslah fikir jantan ni!”
“Really? Bila masa pulak kau bercinta?”
“Bukan
bercinta, SS dengan cikgu di sekolah aku le!”
“Apa
cer? Dia reject?”
“Peot
punya jantan. Dah tunang apa kes
usha-usha aku? Kan aku dah
tirgudaaa...Huwaa..”
“Dia tau
kau suka dia?”
“Taulah. Malu aku.
Poyo aje mintak maaf coz tak dapat balas cinta aku! Cisssss!”
“Hahaha. So sweet.
Baik gak dia tu. Tak layan
kau,..honest!”
Maya kembali masuk ke bilik.
“Mak cik panggil makan. Cikgu cakap, having dinner!”
“eh,
okay,..cau...nak dinner!”
Julia
dan Maya tiba di meja makan. Salman yang
terlebih dahulu sampai, menjeling Julia yang masih memegang telefon bimbitnya.
“Nak ambik gambar masuk dalam fesbuk ke
Ju?”
“Taklah ayah. Menu siang tadi, apa barang nak upload!”
“Itulah kerja kau ye Ju. Dah seminggu asyik upload gambar, apa
tu?..Wasap? Ada faedah ke Ju oi!” Jaliah
meletakkan pinggan berisi telur mata kerbau di atas meja.
“Adalah mak. Ju survey kerja dengan kawa-kawan. Tak kan nak petik anggur lagi macam dulu!”
“Kak Ju nak kicap!” Maya merengek perlahan.
Julia bangun, bergerak ke peti ais. Botol kicap dituang perlahan di pinggan Maya.
“Ayah masak apa?” Jaliah memandang Maya.
“Chicken chop!” Maya menjawab selamba.
“Apa?
Biar betul? Kakak ambiklah sikit
bagi Kak Ju!” Julia teruja mendengar Maya menyebut perkataan chicken chop.
“Kih!
Kih! Kih!” Maya ketawa.
“Kenapa ketawa?” Julia masam.
“Kakak tipulah. Ayah masak nasik goreng campur telur. Kak Ju nak?”
“Sorry!
Kak Ju tak makan masakan lelaki!”
“Melalutlah tu. Yang kamu makan di kedai makan. Restoran tu apa? Bukan lelaki yang masak?”
Julia hanya senyum.
“Malam ni, kakak tidur dengan Kak Ju ye?” Maya berhenti
menyuap nasi menanti jawapan Julia.
“Nanti ayah marah?” soal Julia.
“Alah,..ayah tak marah. Esok cuti.
Ayah kan suka Kak Ju!”
“Burrrrrr!”
“Juuuuuu!” Jaliah merengus.
Julia mengelap air di sekeliling
mulutnya.
“Sopan sikit, Ju tu anak dara. Tak malu ditengok Si Maya tu?”
Salman senyum melebar.
“Nape ayah sengeh panjang tu? Jangan ayah,..Ju tak suka!”
“Kak Ju tak suka apa?” Maya memandang
wajah Julia.
****
Julia
meletakkan beg pakaiannya di tepi pintu.
Jaliah duduk sunggul di sofa.
Salman berwajah tenang bangun dari sofa, lalu mengangkat beg pakaian Julia. Julia duduk di sebelah Jaliah.
“Mak, Ju pergi ye?” tangan dihulur memohon
diri.
“Sampai hati kamu tak bagitau Maya. Kurang-kurang tunggu dia balik. Nanti dia balik sekolah, mak nak jawab apa?”
Jaliah sebak.
“Mak cakaplah apa yang patut. Ini masa depan, Ju mak. Ju harap mak faham. Biarlah Ju cari masa depan Ju di sana.”
“Kalau kamu tak nak pun, tak payahlah
buang anak dia sekali. Maya tak salah apa
pun!”
“Bukan tu masalahnya, mak. Ju kena cari kerja di KL. Patutnya dari dulu Ju cari kerja di sana. Ju harap mak faham.”
Julia bingkas bangun.
“Cakap pada Maya, Kak Ju Cantik sayang
dia. Tapi kena cari kerja di KL!”
Jaliah membatu. Hatinya makin sebak mengenangkan Maya yang
pastinya menangis dengan pemergian Julia.
Julia masuk ke dalam perut teksi.
Salman mula memandu.
“Ayah marah Ju?”
“Tak.
Ini masa depan Ju. Ayah hormat
keputusan Ju. Nanti lama-lama, lupalah
Maya pada Ju. Masa kan boleh ubat
segalanya!”
“Amboi, macam dialog drama tv aje ayah
cakap!”
“Sebab anak ayah ni, buat drama hari
ni. Tak ucap selamat tinggal pada
Zafran?”
“Biarlah Mr.Dud tu! Nanti adalah perempuan lain nak kat dia!”
“Ayah ni lelaki. Ayah tau perasaan Zafran. Tapi nak buat macamana. Benda ni bukan boleh dipaksa-paksa. Mana ada kahwin paksa zaman ni!”
“Naik bas nanti, nak terus
tidurlah. Penat sungguh!” Julia lari
dari topik perbualan.
Rasa
bersalah, tolonglah pergi.
Pergilah. Aku nak mulakan hidup
baru ni. Tolonglah. Aku ada impian, dan Zafran bukan impian
aku. Kuala Lumpur, aku kembali
lagi. Mengharap impian menjadi reality!
“Kuala Lumpur, senyumanmu di pagi
ini,..penuh bererti,..kerana aku kembali lagi,..Eh, apalah aku merepek ni!”
Julia menyelesakan dirinya. Bas yang tidak dipenuhi penumpang membantu
Julia berasa selesa dengan menguasai tempat duduk di sebelahnya.
Rindu pulak pada Maya! Kesian kakak!
Ni semua sebab kaulah Mr.Dud.
Mengada ada hati pada aku bagai!
Terpaksalah aku lari ke KL. Tapi
bukan sebab Mr.Dud pun, aku akan pergi juga ke KL!
“Peot punya Mr.Dud!”
Kenangan tiga hari lepas kembali di ingatan
Julia. Maya menerpa Julia di katil
sejurus menolak daun pintu.
“Rindu Kak Ju!” Maya memeluk Julia kuat.
“Eee, kakak busuklah!” Julia ketawa.
“Kakak baru mandilah! Ayah ada kat luar. Jumpa mak cik!”
“Jumpa mak cik? Buat apa?”
Maya mengangkat bahunya.
Tak boleh jadi ni. Mesti ada yang tak kena ni!
Julia bangun dari katil, bergerak
merapati pintu biliknya.
“Kak Ju buat apa?”
“Isshhh!” Julia meletakkan jari di bibir.
Tak dengarlah. Apalah yang Mr.Dud tu nak?
“Kenapa ayah jumpa mak cik. Kakak mesti tau! Tipu Kak Ju ye?”
Maya sengeh manis.
Sudah,..Jangan-jangan Mr.Dud ni,..
“Ayah nak kahwin dengan kakak!”
“Hah?”
“Ye lah.
Kakak sayang Kak Ju. Ayah pun
sama. Kak Ju sayang kakak kan? Kita boleh duduk satu rumah!”
Aduh, apa kes pulak ni? Bencana apakah ni? Stresssssss,..!
Julia memegang tombol pintu. Ingin saja dirinya keluar menerpa Zafran,
memberitahu pinangannya ditolak!
Ish, takkan nak kurang ajar tahap
tu. Ustaz cakap tak boleh malukan
orang. Di akhirat nanti, cakar muka
sendiri pulak! Ampun. Macamana dia boleh ingat aku suka kat dia
ni? Misunderstanding ni. Kau memang handsome wahai Mr.Dud, tapi bukan
jejaka idaman aku. Sorry beb! Aku tak nak hidup susah.
“Kak Ju nak cakap dengan ayah ke?”
“Tak lah!”
Julia kembali ke katilnya.
“Nanti Kak Ju masak untuk kakak dan
ayah. Ayah masak tak sedap!”
“Hmm!”
“Bila nak pindah masuk rumah kakak?”
“Err?”
Menjelang
Maghrib petang itu, Maya memohon diri untuk pulang.
“Peluk Kak Ju dulu!” Maya memeluk Julia
kejap, seperti tidak mahu dilepaskan.
Hati Julia pilu juga.
Maaf Maya, Kak Ju tak dapat jadi mama,
kakak. Kak Ju ada impian yang belum
tertunai. Harap satu hari nanti, kakak
akan faham.
Ingin saja Julia menuturkan kata-kata
itu kepada Maya, namun lidahnya kelu.
Maya terlalu muda untuk faham. Kalau kakak besar nanti, kakak akan tau,
hakikat pahitnya dunia. Tanpa harta dan
pangkat, ada ke orang yang pandang?
“Bye Kak Ju!”
Julia turut keluar dari bilik, mencari Jaliah.
“Mak, Ju nak cakap sikit!”
“Eh, mak yang ada hal nak cakap dengan
Ju!”
“Ju tau apa yang mak nak cakap. Mak mesti tau jawapan Ju, kan?”
“Ju,..cubalah fikir dulu. Baik Si Zafran tu. Mak bukan nak paksa Ju terima, tapi,..Ju
fikirlah dulu!”
“Ju ada impian, mak. Ju tak kan ubah keputusan Ju. Walaupun mak paksa!”
“Apa kata Ju solat Istikharah. Mintak petunjuk Allah. Dia yang tau, apa yang terbaik untuk kita!”
Jaliah bersuara lemah, cukup sedar, keputusan bukan ditangannya.
Julia bungkam. Gadis itu sedar akan perlunya solat istikharah
bagi meminta petunjuk dari Allah apabila mahu membuat keputusan. Hadis tentang solat istikharah jelas
menyatakannya.
Dari
sahabat, Jabir Bin Abdillah Radhiyallahu’ anhu, beliau berkata :Rasulullah SAW,
mengajari kami solat istikharah dalam setiap perkara/urusan yang kami hadapi,
sebagaimana beliau mengajarkan kami suatu surah dari Al-Quran. Beliau berkata:.. “Jika salah seorang di
antara kalian berniat dalam suatu urusan, maka lakukanlah solat dua raka’at
yang bukan solat wajib, kemudian berdoalah,..”(HR:Al-Bukhari).
“Maaf, mak. Ju tak boleh kahwin dengan Zafran,..”
Julia kembali masuk ke dalam bilik,
meninggalkan Jaliah termanggu keseorangan.
Ingatan
tentang Zafran, Maya dan Jaliah hilang.
Bas yang dinaiki oleh Julia berhenti.
Dah sampai R & R mana ni? Cepat siot bas ni. Mujur tak accident. Eh, cabul pulak mulut aku.
Julia melangkah turun dari bas. Langkahnya diatur menuju tandas wanita. Hajat kecilnya perlu ditunaikan segera. Selesai melunaskan hajatnya, Julia membelek
wajah di cermin.
Lawa jugak aku ni. Pehallah masih gagal dalam percintaan? Yo-yo o aje.
Bila masa pulak aku bercinta ni?
Kentut punya Zaini! Mr.Dud? Tak nak arr,..Kena gelak dengan Kak Hani lah
aku seumur hidup nanti.
Julia keluar dari tandas wanita. Matanya memandang ke kiri dan kanan.
Aku nak makan apa ni? Beli corn cawan aje lah.
Langkah longlai diatur menaiki tangga
bas. Punggung dihempas perlahan di
kerusi.
Botol air mineral pemberian Salman
dicapai.
Kenapalah air ni tak ada rasa!
Julia tersenyum sendirian.
Memanglah tak ada rasa. Kan air kosong. Aku memang sasau dah ni.
Penutup bekas jagung dibuka. Sesudu disuap ke mulut. Ingatan terhadap Maya kembali mengetuk hati.
“Kakak tentu suka jagung ni!”
Julia pilu. Biarpun pilu, jagung masih mampu disuap ke
mulut. Jam di tangan dikerling.
“Pukul 3! Kakak mesti sibuk tanya aku pergi mana ni!”
Julia
meraba beg tangannya dengan kalut.
“Siapa pulak kacau aku tidur ni?”
“Hello,..” Julia masih mamai.
“Hello, who’s on the line?”
Eh, siapa yang call siapa ni?
Julia sedar dari mamainya.
“Woi Lia, kau jangan buat lawak bodos
ye!”
“Hahaha.
Dalam bas pun sempat lagi kau buat taik mata ye? Tarak ada ikan handsome ke di sebelah?”
Dahlia ceria di talian.
“Ikan handsome tarak. Week day lah Dol! Bas tak ramai orang!”
“Pity you! No worries okay, ikan menanti di kotaraya
ni!” Dahlia ketawa lagi.
“No, thanks. Aku tak nak ikan. Aku nak kerja, okay!”
“Alahai, sedihnya bunyi. Orang lain putus cinta jugak. Bercinta bertahun lagi. Taklah macam kau ni. Bunyi macam mati laki saja!”
“Kau balik pukul berapa ni? Dibuatnya aku sampai awal. Kang tidur pulak aku di depan pintu!”
“Rileks.
Before 6, sure aku dah sampai rumah.
Kau nak aku beli dinner siap-siap?”
“Tak payahlah. I have no appetite!”
“Parah kawan aku ni. Okay-okay.
Apa-apa, just call aku!”
****
Di
rumah Jaliah. Maya menangis teresak-esak. Puas sudah Jaliah memujuk, namun tangisan
Maya belum reda. Apa yang dibimbangi
oleh Jaliah ternyata benar. Maya tidak
menerima pemergian Julia.
“Kak Ju pergi cari kerjalah, kakak! Nanti bila cuti, Kak Ju baliklah.”
“Kak Ju tak sayang kakak lagi, kan?..” Maya
bertanya bercampur sedu.
Hati Jaliah luka mendengar tangisan
Maya.
“Kak Ju sayang Maya. Tapi Kak Ju kena kerja jugak. Kat KL sana banyak kerja!”
“Nape kak Ju tak tunggu kakak. Tak ucap good bye pun! Kak Ju tak nak kahwin dengan ayah kan?”
Banyaknya soal budak ni! Aku tak tau le nak menjawabnya. Tak ada jodoh kot Kak Ju dengan ayah kamu!
“Kakak nak Kak Ju! Nak Kak Ju!
Nak Kak Ju! Nak Kak Ju!” Maya menghentak-hentakkan kakinya di lantai.
Jaliah memegang kepalanya yang mula
berdenyut.
“Janganlah macam tu, kakak. Nanti cuti, Kak Ju baliklah. Tengok, mak cik dah pening dah ni!”
Maya berhenti dari menghentak kaki. Jaliah dipandangnya ragu. Maya cuba mencari kebenaran akan kata-kata
Jaliah. Maya mengesyaki Jaliah hanya
berpura-pura pening kepala sekadar untuk menghentikan tangisan dan hentakan
kakinya. Sememangnya Maya seorang budak
yang bijak, tidak mudah untuk diperdayakan.
“Betullah mak cik pening. Pergi ambik minyak atas almari solek dalam
bilik mak cik!”
“Mak cik tipu!”
“Ya ampun, budak ni. Tak kesian mak cik ke, kakak?”
“Ye lah-ye lah!”
Maya berjalan menuju ke bilik Jaliah
dengan kasar.
“Sayang jugak kau dengan mak cik
ye! Ingatkan sayang Kak Ju Cantik saja!”
Laungan Jaliah tidak dipedulikan oleh
Maya.
****
“A
bad day, my dear?” Dahlia tersenyum mesra.
Pelukan mesra diberikan kepada Julia.
“Hangitlah kau ni? Kerja apa ni sebenarnya? Bau belacan pun ada!”
“Nak buat camner? Cari makan.
As usual ikan tarak mau tanggung!”
“Cepatlah bukak pintu. Aku penat nak pengsan dah ni!”
Dahlia membuka mangga gril.
“Kau bukan penat fizikal ni. Penat hati luka!”
“Macam-macam ada. Macam Mydin, Astro. Kau beli apa tu? Laparrrrr!”
“Uitt,..Lapar? Orang kiciwa tarak lalu makan beb! Kan orang tu cakap no appetite tadi. Silakan masuk Cik Julia Arina!”
“Kau lupa Nur aku tu!”
“Hahaha,.”
“Thanks my besssttt friend! Mana housemates yang lain? Tak kisah ke aku duduk sini?”
“Mestilah kisah. Kau bayar sewa, senyaplah tu! Duduklah.
Aku buat air. Eh silap, aku ambik
air kosong dan fork and spoon for you!”
Julia melepaskan penat di sofa. Ruang tamu apartmen dilihat menyeluruh.
“Cantik apartmen ni. Sewa berapa?” Julia sedikit melaung kepada
Dahlia di dapur.
“Dapur kat sebelah pun kau nak jerit
ke? Seribu empat. Rileks,..lepak-lepak dulu. Baru fikir soal sewa. Nah!”
Mug di tangan Dahlia disambut oleh
Julia. Air kosong diteguk laju.
“Mi goreng mamak, okay beb?”
Sudu dan garpu pula diserahkan kepada
Julia.
“Layannnn!”
Julia mula menyuap mi goreng ke mulut.
Kakak makan tak ni? Tak kan pukul enam setengah tak makan lagi. Mak mesti pujuk kakak tu!
“Menung apa lagi tu?”
“Nothing!”
“Citer lah. Apa kes di kampung?”
“Later lah citer. Lapar ni.
I’ll tell you later!”
“Betul
kau tak nak joint aku buat sale ni?” Dahlia yang sedang menyikat rambut
menjeling Julia.
“Kau Wassap siapa tu?”
Masih tiada jawapan dari Julia.
“Woiiiii!” Dahlia sedikit menjerit.
“Apanya jerit-jerit ni..”Julia menjawab
akhirnya.
“Betul tak nak buat sale dengan aku ni?”
“Malaslah. Aku nak duduk office. Bukan pergi sana-sini. Aku cari kerja dulu, ye? If masih jobless, aku joint kau lah!”
“Kau wassap siapa? Mr.Dud tu?”
“Eh, no phone dia pun aku tak tau. Ni kan pula wassap dia!”
“Erk,..Boleh percaya ke ni?”
“Aku rindu Maya,..Kesian kakak!”
“Ni kes rindu anak aje atau dua-dua
ni? Confiussss aku nengok kau. Macam tak ikhlas turun KL. Macam tinggalkan laki di kampung! Kau suka kot Mr.Dud tu,..Cuma kau tak
perasan! Atau kau deny your felling
towards him.”
“Uish,..merepek!”
**** Betul ke Julia
xada hati langsung kat Zafran?....
Kasihan kakak.
ReplyDeletekejamnya julia, tinggalkan maya mcm tu saja.
ReplyDelete