Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab 11-Haykal Suffian mula menyedari
cintanya kepada Adelia,..apakan daya,..
Adelia
memandu perlahan mencari parkir dengan mata masih memandang butik pengantin
yang dimaksudkan oleh abangnya, Suffian.
Adelia amat pasti butik pengantin ‘Da Anggun Bride’ yang dimaksudkan
oleh Suffian di depan matanya kini. “Alhamdulillah!”Adelia
berkata perlahan.
Sebuah kereta bergerak perlahan keluar
dari parkir di hadapan keretanya. Adelia
membelok perlahan di dalam kawasan petak parkir yang kosong. Panggilan telefon dari Suffian pagi tadi
benar-benar menyesakkan. Masakan tidak,
Suffian memaksanya menemani dirinya dan Kak Amanda untuk mencuba pakaian pengantin bagi majlis resepsi mereka
di hotel.
“Adik, please. Nanti if baju abang tak cantik, adik boleh
komen,”Suffian merayu Adelia.
“Ala, adik malaslah. Ingat nak ajak Suraya jalan-jalan cari pasal
petang ni,”Adelia cuba menolak lembut.
Adelia sebenarnya tidak mahu mengganggu pasangan yang sedang meniti hari
bahagia tersebut berdua-duaan.
“Adik kan lebih memahami citarasa
abang. Kalau abang tak handsome nanti di
resepsi tu, siapa yang malu? Adik jugak
kan? Adik ada abang yang tak
bergaya,”Suffian masih mempertahankan rayuannya terhadap Adelia. Adelia diam, masih memikirkan permintaan
Suffian.
“Ya lah, ya lah. Abang ni banyak songehlah. Adik akan pastikan abang sehandsome Mr.Aaron
Aziz nanti,”akhirnya Adelia mengalah.
Adelia
melangkah agak laju menuju Butik ‘Da Anggun Bride’. Pintu kaca yang berkilat itu ditolak
lembut. Seorang wanita muda menyambut
Adelia dengan senyuman menawan.
“Ada buat temu janji?”Pekerja yang
memakai tanda nama Sofi tersebut bertanya mesra. Adelia tenggelam punca dengan soalan Sofi
yang tiba-tiba. Adelia masih
terfikir-fikir jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada Sofi.
“Saya tunggu Mr.Suffian,”Adelia menjawab
gugup.
“O, bride Mr. Suffianlah ni. Mr.Suffian dalam fitting room, try baju. Come, u try baju u.”
Sofi berkata sambil menarik Adelia ke
arah bilik persalinan. Adelia serba
salah dan masih gugup.
“Err,.Saya,..saya.”Suara Adelia terhenti di situ apabila Sofi
meninggalkannya. Sofi muncul semula
dengan membawa gaun malam berwarna putih yang menawan hati Adelia. Adelia amat terpesona melihat gaun tersebut.
“Cepatlah try,”Sofi menghulurkan gaun
tersebut. Adelia menyambutnya dan masuk
ke dalam bilik persalinan. Di dalam
bilik persalinan, Adelia meletakkan baju pengantin tersenyum di hadapannya dan
memandang cermin.
“Cantiknya!”Adelia berkata seorang
diri. Naluri wanitanya meronta-ronta
untuk memakai baju pengantin tersebut.
Tanpa
berfikir dua kali Adelia memakai baju pengantin yang diukur untuk Amanda. Setelah memakainya, Adelia tersenyum seorang
diri di depan cermin.
“Cantiknya aku!”Adelia berkata seorang
diri.
Wajah Mikhael terbayang di depan
mata. Alangkah indah jika Mikhael
melihatnya di dalam baju pengantin tersebut, dan mereka berdua mula mencipta
bahagia bersama-sama. Hampir sepuluh
minit Adelia berada di dalam bilik persalinan.
Pintu bilik persalinan diketuk perlahan.
“Semua ok ke cik? Boleh saya lihat?”Kedengaran suara Sofi di
luar bilik persalinan. Adelia terkejut,
hilang bayangan wajah Mikhael di depannya.
Serta-merta Adelia membuka selak pintu bilik persalinan.
“Wah, cantiknya. Mr.Suffian, please come here. See how’s pretty your bride,”Sofi seakan menjerit memanggil
Suffian.
“Keluarlah. Your groom nak tengok,”Sofi seperti memberi
arahan. Adelia panik, tidak tahu untuk
berbuat apa-apa atau untuk menolak arahan Sofi.
Adelia akur keluar dari bilik persalinan. Adelia melangkah dengan cuak dari bilik
persalinan, dan semakin tidak keruan apabila sepasang mata Suffian memandangnya
penuh teruja. Adelia yang merasa
bersalah melemparkan senyuman tipis kepada Suffian. Suffian berjalan perlahan menghampiri Adelia.
“Abang, sorry. Tadi nampak baju ni cantik sangat. Tu yang adik pakai tu. Lagi pun Sofi yang paksa adik pakai. By the way Sofi, i bukan bride Mr.Suffian,
tapi adik Mr.Suffian,”Adelia berkata kepada Suffian dan Sofi dengan perasaan
serba-salah.
“Cantik sangat!”Suffian memberi komen
pendek. Sofi pula ketawa.
“Sorry ya, bang. Adik tukar baju sekarang!”
Adelia bergerak ke arah bilik
persalinan. Serentak itu Suffian menarik
tangan Adelia. Adelia menoleh.
“Kejap.
Adik cantik sangat. Sofi! Tolong capture kami berdua.”
Suffian mengeluarkan telefon bimbit dari
poket seluarnya. Sofi menyambut huluran
telefon bimbit dari Suffian.
“Adik senyum ok,”Suffian memberi arahan
kepada Adelia.
“Cik siapa tadi? Tolong rapat sikit. Pasangan yang sama padan,”Sofi berkata
mesra.
“Cik Adelia Saffiya Peot!”
Suffian berkata sambil menarik tangan Adelia
agar lebih rapat kepadanya.
****
“Kenapa
ni sayang? U nampak tak bermaya. U penat ekh?”
Amanda memegang tangan tunangnya,
Suffian. Suffian yang berada di sebelah
tersenyum
“Penat sikit. I ada meeting tadi,”Suffian menjawab lembut.
“Kesian u. Lepas ni sayang balik teruslah. I pun tak nak ajak u jalan-jalan sampai
malam. Betul i cantik pakai baju
tu?”Amanda berkata manja, menanti jawapan Suffian agar memujinya sekali lagi.
“Cantik, baby,”Suffian menjawab
malas. Suffian tidak tahu mengapa hatinya
resah secara tiba-tiba dan hilang minat untuk menghabiskan masa bersama Amanda
petang itu. Cerita mengenai mesyuarat
yang dikatakan kepada Amanda juga adalah rekaan semata-mata.
“Sayang pun nampak handsome sangat. Sorry ya, sayang tunggu lama. Tak sangka pulak jalan sesak tadi,”Amanda
tetap berkata manja terhadap tunangnya itu.
Suffian
merasa lega setelah Amanda melepaskannya pulang. Entah mengapa Suffian merasakan dirinya
benar-benar penat ketika itu. Penat
hanya kerana mencuba pakaian pengantin?
Sungguh tidak rasional sebab tersebut.
Apa yang pasti kepenatan tersebut merupakan kepenatan kepalanya berfikir
bukan kepenatan fizikal. Suffian memandu
perlahan menuju ke banglo Datuk Aman Zainal petang itu tanpa perasaan. Perasaannya petang itu terasa kosong. Suffian terus masuk ke dalam biliknya dan
mandi, cuba melepaskan segala kekusutan yang mula bersarang di dalam
hatinya. Kesegaran yang dirasainya, benar-benar
memulihkan semangat dan perasaannya malam itu.
Solat Maghrib dilaksanakan walaupun jam sudah menginjak lebih pukul 8.00
malam. Selesai solat Maghrib dan
menunggu waktu solat Isyak, Suffian membaca Surah Yasin. Suffian benar-benar cuba untuk mencari
ketenangan malam itu.
Selesai
menunaikan solat Isyak, suffian merebahkan badannya di atas katil. Suffian cuba menumpukan perhatian ke atas
sebab mengapakah perasaannya berserabut.
Puas Suffian cuba berfikir, dan akhirnya Suffian akur menerima sebab
mengapa perasaannya benar-benar tidak tenteram selepas mencuba baju
pengantinnya. Suffian bangun, berjalan
perlahan menuju k arah tingkap. Tingkap
kaca itu dibuka. Angin malam menyerbu
masuk menampar wajah tampan Suffian. Kolam renang di bawah banglo senyap dan
sunyi. Tiba-tiba Suffian seperti melihat
dirinya sedang berenang di dalam kolam, sementara Adelia duduk di tepi kolam
dengan kakinya masuk ke dalam air.
Suffian beristiqhfar. Bayangan
dirinya dan Adelia hilang. Suffian
kembali merebahkan badan di katil setelah menutup tingkap. Telefon bimbit dicapai oleh Suffian. Suffian mencari-cari gambar dirinya bersama Adelia
yang diambil oleh pekerja butik petang tadi.
Suffian memandang gambar tersebut lama.
Adelia begitu cantik dan anggun apabila memakai baju pengantin milik
Amanda.
“Ya Allah, apakah yang berlaku
kepadaku? Adelia adalah adikku. Tolonglah aku membuang perasaan ini. Hanya Engkau yang mampu mengubahnya, kerana aku
tahu semuanya datang dariMu, Ya Allah,”Suffian berkata perlahan. Suffian sekali lagi memandang gambarnya
bersama Adelia. Suffian berniat untuk memadamkannya,
namun hatinya menolak keras. Suffian
gagal menolak kehendak hatinya. Gambar
tersebut ditenung lama. Suffian
melepaskan keluhan yang berat sekali.
Perkara yang dibimbangi oleh mamanya benar-benar terjadi kini. Betapa selama ini Suffian buta menilai maksud
cinta, mentafsirkan perasaannya terhadap Adelia hanya sebagai kasih-sayang
seorang abang kepada adiknya. Otak
Suffian semakin berserabut memikirkan hari perkahwinannya dengan Amanda yang
semakin hampir, sesuatu yang tidak mungkin boleh diundur dan ditunda. Sebagai lelaki yang memegang falsafah ‘lelaki
sejati’, Suffian harus bertanggungjawab terhadap janji cinta dan sayang yang
telah dilafazkan kepada Amanda. Ya,
janji cinta dan sayang yang menuntut sebuah perkahwinan sebagai bukti.
Dalam
keserabutan memikirkan perasaannya terhadap Adelia, Suffian tiba-tiba terfikir
apakah yang ada di dalam hati adiknya itu.
Mengapakah Adelia sanggup mencuba baju perkahwinan yang sememangnya
bukan miliknya? Baju tersebut amat jelas
bukan untuknya. Adakah Adelia juga
menyimpan perasaan yang sama seperti dirinya?
Adelia begitu menggilai Syed Mikhael, tidak mungkin akan menyukai
dirinya. Suffian memujuk hatinya
sendiri, mententeramkan keadaan. Suffian
pasti keadaan akan lebih rumit jika Adelia juga mempunyai perasaan yang sama
dengan status dirinya yang akan bergelar seorang suami tidak lama lagi. Suffian membuat kesimpulan, cuma dirinya
sahaja yang mempunyai perasaan terhadap Adelia.
Jadi, masalah cuma wujud di dalam dirinya sendiri yang perlu diselesaikan
segera tanpa melibatkan orang lain terutamanya Adelia. Suffian kembali memegang telefon bimbitnya,
di mana gambarnya bersama Adelia jelas kelihatan. Hati Suffian luka memikirkan tiada apa yang
boleh diharapkan dalam hubungannya dengan Adelia selain hubungan
adik-beradik. Keputusan akhir telah
dibuat, biarlah dirinya sendiri sahaja yang tahu perkara tersebut. Di dalam kegelisahan tersebut, akhirnya
Suffian terlena juga.
Pagi
yang indah, namun tidak begitu bagi Suffian.
Suffian melepaskan solat Subuh dan masih bergolek di atas katil walaupun
jam telah menunjukkan pukul 9.00 pagi.
Suffian memutuskan untuk tidak masuk ke pejabat hari itu. Kekusutan hati Suffian masih belum selesai. Dengan malas, Suffian bangun menuju bilik
air. Wajah tampannya dilihat di cermin
lama.
“Apa gunannya berwajah tampan jika tidak
mampu menilai hati sendiri?”Hati Suffian melontarkan soalan yang menyeksakan
kepada Suffian. Berus gigi dicapai, dan
setelah diletakkan ubat gigi, Suffian menggosok giginya. Kesegaran mulut Suffian diteruskan dengan
berkumur menggunakan pembersih nafas berjenama ‘Listerine’. Pencuci muka disapukan ke wajah. Terserlah wajah tampan Suffian. Setelah melumurkan ubat untuk mencukur
kawasan misai dan janggutnya, Suffian mengeluarkan pisau cukur di dalam
kotak. Setelah bersih semuanya barulah
lelaki idaman tersebut mandi.
Hampir
pukul 11.00 pagi, Suffian melangkah menuruni anak tangga menuju ke dapur. Tuminah sedang sibuk memasak dengan dibantu
oleh ibu Adelia, Rosnah. Suffian membuka
peti sejuk mengambil botol berisi jus orange dan mengambil gelas lalu duduk.
“Tuan Suffian, enggak ke kantor? Breakfastnya sudah habis. Mau tunggu makan tengahari?”Tuminah menyapa
Suffian mesra.
Rosnah yang sedang memotong sayur hanya
tersenyum memandang Suffian.
“Tak sihat Bik. Saya makan tengahari di luarlah. Ada janji dengan kawan.”
“O, pastinya dengan tunangnya, Cik
Amanda,”Tuminah ketawa. Suffian hanya
diam mendengar nama Amanda disebut.
“Bibik ada buli mak cik tak?”Suffian
memandang wajah Rosnah, sekaligus lari dari persoalan tentang Amanda.
“Macam-macam ini Tuan Suffian. Ya enggaklah,”Tuminah menjawab bagi pihak
Rosnah.
“Saya tanya mak cik Rosnah, Bik. Mak cik jawab,”Suffian memandang Rosnah lagi.
“Tak adalah Fian. Tuminah ni baik. Walaupun banyak mulut,”Rosnah akhirnya
bersuara. Suffian ketawa, begitu juga
dengan Tuminah.
“Mulut saya ya satu saja. Dikatanya banyak pulak!”
“Ni mama mana ni?”Suffian baru teringat
akan Datin Hanim, setelah leka berbual dengan Tuminah dan Rosnah.
“Datin keluar. Tak bagitau pulak pergi mana,”Rosnah menjawab
perlahan.
Suffian
keluar dari ruang dapur dan terus melangkah keluar dari banglo ayahnya
itu. Suffian masuk ke dalam perut
kereta. Setelah menghidupkan enjin
kereta, memasang penghawa dingin dan radio, Suffian tenggelam punca. Ke manakah destinasinya? Hati nakalnya berbicara, dan Suffian
tersenyum sendiri. Suffian memandu
perlahan meninggalkan perkarangan banglo Datuk Aman Zainal. Suffian masuk ke dalam kampus, di mana Adelia
belajar tanpa tujuan yang pasti. Biarlah
tidak melihat Adelia sekali pun, asalkan Suffian dapat merasakan dirinya hampir
dengan Adelia. Tengahari itu, Suffian
benar-benar melayani perasaan angaunya terhadap Adelia. Lagu ‘Kehilangan’ nyanyian penyanyi dari
Seberang yang berkumandang di radio, benar-benar mengusik naluri Suffian.
‘”Sejujurnya
ku tak bisa, Hidup tanpa ada kamu, aku gila,..”
“Abang memang dah gila pun adik!”
****
“Bakal
kakak ipar kau tak marah ke kau pakai baju tu?
Pehal kau pakai baju tu? Nak
kahwin jugak ke?”Suraya ketawa setelah mendengar cerita Adelia.
“Hahaha.
Dia tak tau. Dia datang
lewat. Tapi memang aku rasa aku cun gila
lah masa pakai baju tu. Kau tak percaya
sudah!”
“Sungguh ke cun?”Suraya masih
mempertikaikan kesahihan cerita Adelia.
“Yup.
Kejap, aku call abang. Dia ada
capture pic kami. Suruh dia mms sekarang
jugak! Ok?”
“Bagus-bagus. Aku setuju sangat tu. Cepatlah call abang kesayangan kau tu,”Suraya
berkata dengan nada yang tidak sabar.
Adelia mengeluarkan telefon bimbit dari beg galasnya. Setelah
berbicara seketika dengan Suffian, Adelia kembali tersenyum memandang
Suraya.
“Tunggu kejap. Abang sent sekarang jugak.”
“Kalau tak cun, siap kau! Aku babab kau nanti,”Suraya ketawa.
“Taraaa, cun tak?”
Adelia menunjukkan mms yang baru
diterimanya dari Suffian. Suraya
merampas telefon bimbit dari tangan Adelia.
Gambar yang baru diterima ditenung lama.
“Ini sudah macam couple yang bakal
kahwin ni! Kau biar betul. Siap rapat-rapat lagi. Kalaulah kakak ipar kau tu nampak. Habis dipisahkan kau dengan abang kesayangan
kau tu,”Suraya memberi komen awalnya.
“La, dah memang baju kahwin. Memanglah nampak macam orang nak kahwin. Tak kan nampak macam orang nak pergi menoreh
pulak,”Adelia membalas komen Suraya.
“Tapi apa hal Kak Amanda nak jealous
pulak. Gila ke apa? Abang Suffian kan abang aku,”Adelia
menyambung lagi.
“Bukan kau yang cakap, datin cerita yang
dia tak susukan kau. Jadi kau bukan adik
Suffian. Kau boleh kahwin dengan pujaan hati aku tu,”Suraya
mengingatkan Adelia akan kebenaran yang telah dilupakan oleh Adelia.
“Merepek betul. Kami dah memang adik-beradik sampai
bila-bila. Kalau Kak Amanda jealous,
memang bengonglah,”Adelia ketawa.
“Itu
kata kau beb. Cer kau duduk tempat Amanda. Mesti dia cuak punya. Dahlah Suffian sayang gila kat kau. Ni pakai baju kahwin dia pulak. Baik kau suruh abang kau tu delete pic
tu. Kalau Amanda nampak, perang nanti,”Suraya
berkata panjang lebar.
“Ya ke?
Tapi kami memang tak ada apa-apa. Lainlah orang tu yang gila bayang kat abang
aku,”Adelia ketawa.
“Siapalah aku ini. Bagai melukut di tepi gantang. Eh, apa cer Si Johan. Kesian kau tak layan dia,”Suraya tiba-tiba
mengingati lelaki yang kini mengejar cinta sahabat baiknya.
“Dia ada ajak dinner. Kau nak ikut?”
“Nak-nak. Tapi ok ke dating tiga orang ni? Aku tak nak jadi kambing hitam,”Suraya ketawa
pula.
“Kambing hitam apanya, tu kalau aku dah
bercinta dengannya. Ini saja-saja ja. Untuk mengelakkan dari dikatakan
sombong. Lagi pun mana tau jodoh korang
berdua. Kan jodoh, ajal, maut ni semua
Allah dah tentukan. Aku pun nak tengok
kau bercinta. Bolehlah beb,”Adelia
berkata lembut.
“Kau ni yo-yo o ja lah. Aku bukan desperate sangat. Tapi kalau engineer tu nak, aku tak kisah. Takut dia kecik hati. Lagi pun kau tak nak kan?”Suraya ketawa
lagi. Adelia memandang wajah sahabatnya
itu. Sebagai seorang sahabat,
sememangnya Suraya berperanan menggembirakan Adelia. Suraya ceria, berwajah manis, cuma sedikit
gempal. Dengan berat badan menghampiri
80 kilogram, Suraya bukanlah gadis idaman mana-mana lelaki. Lelaki yang diketahui umum, mengimpikan gadis
yang semulajadi lahir cantik dan berbadan kurus dan berbentuk. Begitulah kaum Adam, yang sememangnya
mempunyai kuasa mempunyai pilihan, lebih-lebih lagi dengan nisbah perempuan
melebihi lelaki ini.
“Eh, kau tengok apa? Tengok aku macam bertahun tak jumpa saja? Kenapa?
Aku ni buruk sangat ya?”Suraya menyedari tindakan Adelia yang
memerhatikannya.
“Kau ni merepek ja. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Kau ni comel dan bab ja. Aku ni pun bukan cantik sangat. Allah uji aku dengan menjadi anak angkat
datuk dan datin. Semua tu gifted. Allah yang beri. Tak perlu bangga, sedangkan aku tak usaha
apa-apa untuk mendapatkannya,”panjang lebar Adelia memujuk.
“Kesian aku kan? Aku dietlah.
Kalau turun sampai 20kg, berat dalam 60kg mesti cun sikit. Betul tak?”
“Teramatlah betulnya. Bila nak start dietnya? Aku tengok semua benda bagi kau sedap. Apa cer beb?
Aku bagi petua nak kurus ni. Kau
makan makanan yang kau suka dan sedap saja.
Abaikan makanan yang lain, walaupun free.”
“Oh tidak. Kalau makanan free. Rugilah beb.
Aduyai, macamana nak kurus dan cun ni.
Sedih betul aku. Ni stress
ni. Jom makan pizza lah,”Suraya berkata
sambil ketawa.
Adelia memukul bahu Suraya manja. Akhirnya kedua-dua sahabat baik itu ketawa.
****
“Rosnah! Rosnah!
Rosnah!”Rasyid menjerit di luar pagar banglo mewah milik Datuk Aman
Zainal memanggil isterinya. Tuminah
keluar. Kemudian, Tuminah masuk semula
mencari Rosnah di dapur.
“Ros, suami kamu ya di luar
jerit-jerit? Ya sudah, pergi jumpa dia
dia di luar.”
“Ya lah,”Rosnah berkata pendek.
Rosnah keluar dari banglo dan berjalan
pantas menuju ke pagar.
“Kau buat apa di sini. Dah lama aku cari kau! Kau balik sekarang. Berdosa kau keluar rumah tanpa izin aku. O, ini mesti anak kau yang dah jadi anak
datuk tu yang hasut. Mana budak tu. Biar aku ajar sama. Kau bukak pagar ni cepat!”Rasyid berkata
kasar kepada Rosnah. Hanya air mata
Rosnah yang menyambut kata-kata kasar dari Rasyid.
“Kau nak balik atau tidak ni?”Rasyid
bertanya kepada Rosnah kasar.
“Abang baliklah. Jangan buat kecoh di sini. Saya nak tinggal di sini. Abang bagi atau tidak, saya dah tak
peduli. Abang jangan kacau saya
lagi. Saya dah cukup menderita hidup
dengan abang. Baik abang balik, sebelum
saya telefon polis,”Rosnah menjawab perlahan sambil mengesat air matanya. Rosnah berjalan perlahan meninggalkan
pagar. Wajah Rasyid semakin merah
menahan marah.
“Nah, kau jangan cabar aku, Nah!
Kau bukan tak kenal abang siapa,”Rasyid menjerit melihat Rosnah berjalan
masuk ke dalam banglo.
“Jatuh talak hari ni kalau kau tak ikut
aku balik hari ni!”Rasyid menjerit lagi.
Rosnah tidak memperdulikan kata-kata Rasyid walaupun faham apa akan
berlaku sekiranya dia tidak mengikut Rasyid pulang hari itu. Rosnah telah nekad untuk berpisah dengan
Rasyid. Biarlah talak jatuh hari itu. Keputusan Rosnah telah nekad. Air matanya dikesat lagi. Bagi Rosnah, cukuplah derita yang
ditanggungnya selama ini bersama Rasyid.
Ianya perlu dihentikan dengan segera.
Rosnah
masuk ke dapur. Tuminah memandang penuh
simpati kepada Rosnah yang masih bersisa air mata di wajahnya.
“Kau baik saja?”Tuminah bertanya
lembut.
Rosnah tidak menjawab, sebaliknya
menarik kerusi dan duduk.
“Saya baik saja. Biarlah jatuh talak hari ni. Saya dah nekad. Saya tak mahu lagi hidup dengannya,”Rosnah
menangis lagi. Tuminah menarik kerusi
dan duduk di sebelah Rosnah. Bahu Rosnah
dipegang perlahan.
“Sabarlah Ros. Kalau begitu, kamu tinggal di sini saja. Kongsi bilik dengan saya sampai
bila-bila. Suami saya dulu baik. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Mati awal.
Kurang ajar itu nyamuk denggi.
Benar kan orang baik matinya awal,”Tuminah memujuk Rosnah sambil
mengingati arwah suaminya yang sudah lama pergi.
“Saya tengok dia sekejap. Kalau ada lagi, kita panggil polis,”Tuminah
berkata sambil bangun dari kerusi perlahan.
Tuminah keluar ke laman banglo, meninjau-ninjau kelibat Rasyid dan
teksinya di luar pagar. Tuminah mengurut
dada, lega. Rasyid dan teksinya telah
beredar. Tuminah berjalan pantas kembali
masuk ke dalam banglo untuk menemui Rosnah.
Rosnah
masuk ke dalam biliknya setelah disuruh oleh Tuminah agar menenangkan
fikiran. Rosnah duduk termenung di atas
katil. Hatinya pilu dan sedih memikirkan
lafaz talak oleh Rasyid walaupun hatinya sudah beku terhadap lelaki itu. Itulah perempuan, masih terdapat sisa sayang
di hati Rosnah buat Rasyid walaupun Rasyid banyak melukakan hatinya. Rosnah bangun mengambil telefon bimbit
pemberian Adelia yang terdapat di tepinya.
Rosnah mahu menghubungi anak perempuan kesayangannya, Sarah. Wajah Rosnah bersinar gembira apabila mendengar
suara Adelia di talian. Wajah Rosnah
semakin ceria apabila Adelia berjanji untuk pulang petang itu.
Sayup-sayup
kedengaran azan Zohor berkumandang dari masjid berhampiran banglo Datuk Aman
Zainal. Rosnah bangun dari
duduknya. Perlahan Rosnah membuka pintu
bilik dan masuk ke dalam bilik air.
Rosnah mengambil wuduk dan segera masuk semula ke dalam bilik. Rosnah menunaikan solat Zohor dengan
kusyuk. Rosnah berdoa panjang petang
itu.
“Ya Allah,
ampunkanlah segala dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, suamiku dan anak-anakku. Selamatkanlah anak-anakku dari terpesong dari
ajaranMu. Ya Allah, tenangkanlah hatiku
dengan keputusan yang aku buat ini.
Izinkanlah aku hidup dengan aman bersama anak perempuanku meniti
hari-hari tuaku. Kau berkatilah
hidupku. Amin.”
Selesai menunaikan
solat Zohor, Rosnah kembali semula ke dapur mencari Tuminah.
“Datin sudah pulang? Nak saya tolong siapkan makan tengahari untuk
datin dan datuk?”Rosnah memandang Tuminah yang sedang membancuh ‘jus orange’.
“Datin udah pulang. Datuk belum.
Boleh juga. Terima kasih ya Ros,”Tuminah
menjawab sambil tersenyum. Tuminah
merasakan tugasnya agak ringan setelah kehadiran Rosnah di banglo itu. Biar pun Rosnah tidak cukup bertenaga
sepertinya, Rosnah masih mampu menolongnya membuat kerja-kerja rumah. Bagi Tuminah, Adelia Saffiya beruntung
mendapat seorang ibu yang tahu diri seperi Rosnah.
Rosnah
mula menghidangkan makan tengahari di ruang makan utama. Datin Hanim turun dari tingkat atas. Datin Hanim menyambut Datuk Aman Zainal dengan
senyuman di bibir.
“Lambat abang hari ni?”Datin Hanim
bertanya kepada suaminya lembut.
“Meeting lambat habis, datin,”Datuk Aman
Zainal tersenyum. Keduanya duduk di meja
makan. Rosnah mencedokkan nasi bagi
pinggan Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal.
“Ros tak makan sama?”Datin Hanim
memandang Rosnah yang kini sedang menuangkan ‘jus orange’ untuk Datin Hanim dan
Datuk Aman Zainal.
“Tak apa datin. Nanti saya makan dengan Bibik,”Rosnah
menjawab perlahan. Selesai menuangkan
air minuman, Rosnah meninggalkan ruang makan.
Kedua-dua suami-isteri itu mula menjamu selera.
“Apa cerita anak bujang awak tak masuk
office hari ni?”Datuk Aman Zainal meneguk ‘jus orange’nya.
“Tak tau la pulak saya. Kan tadi saya ada meeting dengan ahli
persatuan. Tengahari balik, Fian dah tak
ada. Penat kot. Biarlah sekali-sekala bercuti. Kena bagi mc jugak ke di syarikat daddy
sendiri?”Datin Hanim tersenyum sinis kepada suaminya.
“Saya cuma tanya kenapa? Sakit ke?
Ada saya suruh bagi mc. Awak ni
ada saja nak kenakan saya. Ni, semua
persiapan dah awak atur ke? Al-maklum
wedding of the year anak kesayangan Datin Hanim,”Datuk Aman Zainal ketawa.
Datin Hanim menjeling suaminya mesra.
“Pembetulan. Wedding anak kesayangan Datuk Aman Zainal ya. Anak kesayangan daddy katakan. Sanggup berhabis ratusan ribu.”
“Saya sayang sama saja Fian dan adik. Kalau dengar Si Rosnah tentu kecik
hatinya. Nanti dia ingat kita tak
sayangkan adik pulak,”Datuk Aman Zainal ternyata tidak gembira dengan kenyataan
yang dibuat oleh isterinya. Ayam masak
kari masakan Tuminah mula dijamah oleh Datuk Aman Zainal. Begitu juga dengan sup daging bercampur
cendawan. Datuk Aman Zainal merasakan
terdapat kelainan dalam masakan Tuminah akhir-akhir ini. Ya, bertambah sedap.
“Awak perasan masakan Bibik makin sedap
sekarang ni?”Datuk Aman Zainal memandang isterinya. Datin Hanim tersenyum manis.
“Saya rasa ini bukan masakan
Tuminah. Rosnah yang masak ni. Saya tau benar masakan Tuminah bagaimana.”
“Tak apalah. Nanti suruh Tuminah belajar masak dengan
Rosnah. Awak pun boleh belajar
sama,”Datuk Aman Zainal ketawa.
“Apa?
Masakan Rosnah lebih sedap dari masakan saya? Saya kena belajar jugak?”Datin Hanim menjawab
dengann wajah mencuka.
Petang
itu seperti yang dijanjikan, Adelia pulang ke banglo Datuk Aman Zainal. Orang yang paling gembira tentulah
Rosnah. Rosnah menarik tangan Adelia
masuk ke bilik. Dengan deraian air mata,
Rosnah menceritakan perihal kedatangan Rasyid, dan yang paling penting
keterlanjuran kata-kata Rasyid. Samada
Rasyid bermaksudkannya atau tidak, talak telah jatuh. Rosnah pasrah dengan ketentuan itu. Adelia memeluk ibunya yang masih basah dengan
air mata.
“Ibu sabar ya. Sarah akan jaga ibu sampai bila-bila. Masanya dah tiba untuk ibu sayang diri
ibu. Biarlah ayah dengan dunianya. Cukuplah dengan apa yang ayah buat kepada ibu
selama ini. Sarah tetap ada untuk
ibu,”Adelia memujuk ibunya lembut.
Adelia meleraikan pelukannya terhadap ibu tersayang.
“Bila Sarah nak pindah semula ke
sini?”Rosnah bertanya dengan sendunya masih bersisa. Adelia tersenyum, memahami perasaan
ibunya. Sudah tentu Rosnah mahu di
sampingnya selalu, setelah apa yang dilakukan oleh ayahnya. Nampak memang kempunan Adelia mahu melihat
wajah ayahnya itu.
“Sarah rasa lepas exam hujung tahun ni
lah. Ibu sabar ya. Tak sampai dua bulan saja lagi,”Adelia
menjawab jujur. Adelia melihat sinar di
wajah ibunya. Sinar kegembiraan walaupun
telah diceraikan secara tidak langsung hari itu oleh seorang suami yang tidak
berguna. Adelia terpaksa akur dengan
ketentuan Ilahi, dilahirkan dalam keluarga yang tidak sempurna dan mempunyai
ayah yang tidak bermoral. Adelia beristiqhfar
di dalam hati, menyedari kesilapan diri berfikir sedemikian rupa. Bagaimana pun perangai ayahnya, Adelia tidak
boleh menghina ayahnya begitu. Tanpa
Rasyid, Adelia tidak akan lahir ke dunia.
Adelia menyedari hakikat tersebut.
Selesai
makan malam bersama Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal, Adelia kembali masuk ke
dalam biliknya. Hati Adelia
tertanya-tanya ke mana menghilangnya Abang Suffian. Kata-kata mamanya di meja makan sebentar tadi
masih jelas kedengaran. Abang Suffian
tidak ke pejabat pagi itu dan masih belum pulang sehingga kini. Adelia menduga, sudah tentu Suffian melayani
kerenah Kak Amanda membeli-belah.
Setengah orang lebih suka membeli-belah di hari bekerja bagi mengelakkan
kesesakan. Adelia merasakan kebosanan
yang menggigit apabila pulang ke banglo dan Suffian tiada. Telefon di meja soleknya diambil.
“Abang kat mana ni? Adik balik rumah. Ibu ada problem sikit. Abang pulak tak ada. Busanlah,”Adelia berkata mesra kepada Suffian
sebaik talian disambut oleh Suffian.
“Lepak dengan kawan-kawan. Malam ni balik lewat kot. Adik jangan tunggu abang tau. Bye,”Suffian memutuskan talian.
Adelia terkedu dengan tindakan Suffian
yang tiba-tiba.
“Lepak dengan kawan-kawan? Bukan dengan Kak Amanda?”Adelia menyoal
dirinya sendiri. Adelia merasakan ada
sesuatu yang tidak kena berlaku terhadap Suffian. Barangkali Suffian bergaduh dengan Kak
Amanda, Adelia membuat tekaan.
Mengingati abangnya, Suffian sudah tentu Adelia tak dapat lari dari
mengingat Johan. Hampir sebulan Johan
memburunya, menagih kepada sebuah janji temu, yang sehingga kini dilihat hambar
oleh Adelia.
“Johan oh Johan. Semakin nipis peluang dirimu. Aku malas untuk kembali bercinta. Bercinta dengan kau, pasti akan cepat kena kahwin. Kau kan dah tua,”Adelia berkata seorang
diri.
“Tapi bosan ni nak buat apa? Tak kan nak study? Malasnya.”
Malam
semakin larut, dan mengucapkan selamat malam kepada seluruh penghuni banglo
Datuk Aman Zainal. Pagi yang indah,
Adelia berjalan laju menuruni anak tangga menuju ke ruang makan untuk
bersarapan. Adelia melihat kelibat
Abangnya Suffian, keluar dari biliknya.
Adelia menunggu Suffian di situ.
“Abang pergi mana malam tadi? Dating tak ingat ya?”Adelia mengusik
Suffian. Suffian tidak menjawab,
sebaliknya terus berjalan menuruni anak tangga.
Adelia tidak cepat mengalah, lalu mengejar Suffian di hujung
tangga. Suffian terus melangkah ke luar
banglo dan memakai kasutnya. Adelia
keliru dengan perangai Suffian pagi itu.
“Abang tak nak breakfast ke ni? Ala, bosanlah abang tak makan,”Adelia berkata
manja. Adelia berdiri di sebelah Suffian
yang duduk di kerusi memakai stokin.
“Abang ada meeting penting pagi ni. Tak sempatlah. Adik makan dengan mama, daddy dan mak
cik,”akhirnya Suffian berkata juga. Apa
yang membuat Adelia semakin keliru, Suffian langsung tidak memandang wajahnya
sewaktu berbicara. Suffian bangun dan
menekan remote control keretanya. Adelia
masih berdiri memandang abangnya itu, sewaktu kereta Suffian berlalu keluar dari
pagar. Adelia meletakkan beg galasnya di
kerusi di mana Suffian duduk sebentar tadi, dan melangkah malas menuju ke ruang
makan.
“Sarah nak makan apa pagi ni? Roti bakar atau nasi lemak? Ibu masak nasi lemak pagi ni,”Rosnah
menyambut mesra anaknya pagi itu.
“Mestilah nasi lemak ibu,”Adelia
menjawab riang walaupun hatinya masih
geram dan keliru dengan tindakan Suffian.
Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal tiba di ruang makan.
“Morning mama, daddy,”Adelia bersuara
mesra.
“Morning too anak mama,”Datin Hanim
menjawab mewakili suaminya juga. Rosnah
berlalu ke dapur setelah mencedokkan nasi lemak untuk Datin Hanim dan Datuk
Aman Zainal, sementara Adelia mencedokkan nasi lemaknya sendiri.
“Mana
abang?”Datin Hanim bertanya kepada Adelia.
Adelia memasamkan wajahnya tiba-tiba.
“Tanya daddy. Pagi-pagi dah suruh abang attend
meeting. Tu abang tak sempat breakfast
tu,”Adelia menjawab begitu lancar dan pasti.
Wajah Datuk Aman Zainal berubah, namun hanya membalas kata-kata Adelia
dengan senyuman manis.
“Ada project besar ke bang? Kasian Fian tu, dah busy nak kahwin,”Datin Hanim
menambah lagi kata-kata Adelia.
“Mestilah. Project juta-juta nak masuk,”Datuk Aman
Zainal ketawa.
“Kita nak bagi hadiah apa untuk Fian
sempena dia kahwin ni? Saya nak bagi
tiket penerbangan saja. Adik rasa kat
mana yang sesuai?”
“Kalau adik. Adik nak pergi Kota Cintalah dengan orang
yang tersayang. Kota Paris,
merealisasikan cinta,”Adelia ketawa.
Datin Hanim tersenyum mendengar
kata-kata anak perempuannya itu.
“Dah ada ke calonnya? Pengganti anak Tan Sri Syed Mustapha
tu?”Datuk Aman Zainal tersenyum memandang Adelia.
“Tu lah pasal daddy. Tak ada yang nak adik ni. Kesian adik kan?”
“Ya lah tu tak ada yang nak. Abang cerita pasal Johan. Nak mama bagitau daddy?Datin Hanim ketawa.
“Ada calon rupanya. Siapa Johan tu?”Datuk Aman Zainal mula
berminat dengan cerita yang dibawa oleh isterinya. Adelia hanya diam mengunyah nasi lemak
masakan ibunya.
“Kawan Fian masa belajar di luar negara. Fian kata handsome. Saja adik jual mahal kata Fian.”
“Betul adik jual mahal ni? Kenapa?”
“Memanglah handsome. Tapi, entahlah. Hati tak berbicara. Adik belum bersedia nak boyfriend lagi kot,”Adelia
menjawab jujur pertanyaan Datuk Aman Zainal.
“Betul juga. Cinta ni bukan boleh main paksa-paksa. Tak gitu kita dulu Datin Hanim?”
“Abang ni cerita pasal kita pulak. Malulah saya!”
*****cian Abang Fian kan?...
No comments:
Post a Comment