Wednesday, January 29, 2014


Mr.Dud Next Door

Bab 2

            Pinggan berisi sate diletakkan kasar oleh pekerja kedai.  Sate ayam bercampur sate daging sedia menanti untuk dinikmati oleh Julia sekeluarga.

“Ha, apa lagi?  Makanlah!”  Jaliah bersuara agak kuat.

“Ju tunggu airlah, mak.  Kang tercekik macamana?  Betul kan, ayah?”

“Teramatlah betulnya wahai anakandaku!”

Salman mengangkat tangan kanannya tinggi.  Pekerja kedai terkocoh tiba.

“Mana airnya?”

“Owh, maaf, bang!”

Pekerja kedai berlalu pergi. 

“Patutnya tadi, ayah ketuk meja.  Bagi dia gabra sikit!”

“Kamu jangan bawak lawak sepuluh sen kamu tu di sini.  Jaga sikit adab!  Ju tu anak dara tau!”  Jaliah ternyata tidak senang dengan perangai Julia yang sama seperti di rumah walaupun berada di luar rumah.  Air yang dipesan tiga beranak itu tiba.

“Sedap pulak ‘orange juice’ ni!”

Kata-kata Julia tidak mendapat respons dari Jaliah mahu pun Salman.  Salman mula mencapai secucuk sate.  Begitu juga dengan Jaliah.

“Mak boleh makan sate ke?”

“Kenapa pulak mak tak boleh makan?”

“Susuk mak melompat keluar karang!”

Salman yang selama ini diam, ketawa terbahak-bahak.

“Kalau mak Ju pakai susuk, tak lah kembang macam ni!”

“Abang pun sama.  Layan lawak bodoh anak abang tu!  Eh, lambat pulak nasi goreng ayam saya ni.”

“Cuba awak sabar sikit.  Tu sampai tu!”

 

            “Nak sikit nasik goreng mak, boleh tak?”  Julia kembali berbaik dengan Jaliah setelah penat membulinya.

“Jangan harap.  Ju habiskan mee goreng tu.  Sibuk pulak nak nasik mak!”  Jaliah merengus marah.

“Nak satu sudu pun tak boleh.  Majuk arr camni, mak.  Nak nasi goreng kampung ayahlah!”

Salman mendekatkan pinggan nasi gorengnya ke arah Julia.  Sudu Julia singgah mencedok sedikit nasi goreng itu.

“Sedap kan?”  Salman mengangkat keningnya.

“Terbaek wahai Haji Salman yang handsome.  Mak tu yang kede.  Nanti tak habis, baru nak bagi Ju lah tu!”

“Hah, jangan harap.  Mak nak habiskan.  Sedap pulak nasik goreng ayam ni!”  Wajah Jaliah kembali normal apabila rengusnya hilang.

“Ju tak nak lah nasik mak tu.  Nanti gomok macam mak.  Kan ayah kan?”

Salman diam, tidak memberi sebarang komen.  Takut Jaliah kembali menyinga.

“Ju, tengok kat belakang Ju tu!”  Jaliah berkata laju.

 

 

“Kenapa mak?  Ada laki kaya ke?”

“Syhh, perlahan sikit bila cakap.  Ju toleh cepat, apa perempuan tu buat!”

Julia menoleh pantas.  Dilihatnya seorang lelaki menerima huluran wang dari pasangannya.  Perempuan tersebut menghulurkan wang melalui bawah meja.  Bimbang orang lain melihatnya.  Lelaki tersebut bergerak ke kaunter pembayaran.

“Apa hal perempuan tu bodos sangat, mak?  Boleh bagi lelaki comot tu duit?”

“Mungkin tu suami dia,” Salman memberi respons positif.

“Ah, abang ni.  Kalau laki dia pun, malaulah perempuan yang bayar.  Siap ambik duit nyorok-nyorok lagi.  Ambik duit perempuan tak malu pulak!”

“Syhhh, cuba awak tu kalau bercakap perlahan sikit.  Tu perempuan tu dah menoleh tu!”

“Haa lah mak.  Dia tengok kita!”

“Biar dia dengar.  Jangan jadi bodoh bagi duit pada lelaki walaupun laki sendiri.  Naik lemak lah karang laki tu.  Ju, pilihlah laki yang elok sikit dibuat suami.  Janganlah Ju yang bayar makan nanti bila kahwin.  Beli beras, pampers.  Mak pantang betul lelaki makan duit perempuan ni!”  Rungutan Jaliah berterusan.

“Bukan mak tak suka laki kaya?  Yang sopan dan budi bahasa kalau gaji RM 800.00 macamana, mak?”  Julia tersengih menunggu jawapan Jaliah.

“Itulah susahnya.  Kalau miskin beno pun susah.  Kaya pun susah.  Pening jugak kepala mak ni!”

“Hmm, tak payah pening sangatlah Ja,..Kita doa saja yang baik-baik untuk Ju ni.  In Shaa Allah dia dapat laki yang betul.  Tak kaya sangat, taklah miskin sangat.  Allah kan dengar rayuan kita,” Salman berkata perlahan.

“Ayah dah macam peserta Pencetus Umah, Ju tengok!”  Julia ketawa kecil.

“Tengok tu, ayah cakap betul-betul, Ju asyik main-main saja!”  Tukas Jaliah.

 

            Sepanjang perjalanan pulang, Jaliah hanya diam membisu di dalam teksi.  Fikiran Jaliah melayang memikirkan nasib anak perempuan bongsunya, Julia.  Peristiwa di kedai makan tadi, benar-benar mengusik jiwa keibuannya.  Macamana nanti jika Ju dapat laki miskin yang jahat dan tak bertanggungjawab macam laki tadi?  Aku dalam kubur pun tidak tenang!  Jaliah teringatkan Hani, kakak Julia yang baginya agak bernasib baik.  Hani yang mengambil kursus pendidikan di Universiti Perguruan Sultan Idris itu lancar sahaja perjalanan hidupnya.  Setelah tamat pengajian di UPSI selama enam tahun, terus mendapat penempatan mengajar di Kuala Lumpur.  Tiada waktu untuk Hani menganggur seperti Julia.  Nasibnya makin gemilang apabila setelah mengajar selama setahun, Hani berjumpa dengan Zul, seorang jurutera.  Perjalanan hidup Julia agak rumit.  Setelah tidak memperolehi gred cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia, Julia menyambung pengajiannya di tingkatan 6.  Nasibnya Julia agak baik kerana keputusan STPM gadis itu melayakkan dirinya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan Ekonomi.  Namun, itulah nasibnya kini.  Menganggur hampir lima bulan setelah mendapat ijazah.

“Mak senyap saja.  Mak marah Ju ke?”

Jaliah tidak menjawab pertanyaan Julia yang dianggap mengganggu fokus fikirannya ketika itu.

“Ju mintak maaflah.  Lepas ni Ju akan kurangkan lawak-lawak bodoh Ju!  Maharaja Lawak Mega pun, Ju tak nak tengok dah.  Nak tumpu cari kerja saja.  Mak senyumlah sikit.  Susah hati Ju kalau mak monyok macam tu.”

“Mak Ju tengah fikir tu.  Mana nak cari lelaki yang baik untuk Ju.  Yang sederhana, tapi tak makan duit perempuan.  Susah jugak tu.  Ramai sangat laki tak malu sekarang ni.  Mujur ayah ni tak begitu.  Kan hajah kan?”  Salman kembali menceriakan suasana di dalam kereta malam itu.

“Ju tak payah susah-susah cari.  Biar mak saja yang carikan calon tau!”  Jaliah tiba bersuara, bernada keras pula.

“Serius bunyinya.  Takut pulak Ju dengar.”

“Mak tak main-main!”

 

            Sampai di bilik, Julia mencapai laptop buruknya.  Laman sosial Facebook dilayarinya.

Hai, nak pm siapa ni?  Boringnya aku.  Julia melihat senarai rakan-rakan Facebooknya yang sedang on-line.

“Dahlia perasannn on-line.  Dia dah dapat kerja ke?”

Dengan pantas Julia menghantar pesanan kepada Dahlia.

“Wei gojess, sihat?”

“Hey sexy lady, what’s up there?”

Bila masa pulak aku sexy ni?  Budak ni silap makan ubat ke?

“Aku jobless lah.  Kau mesti dah dapat kerja kan?”

“Dah.  Sale kat Ambank.  Kau nak joint?”

“Macam best aje.  Sale apa?  Salary tetap ke?”

“Tak lah best sgt.  Sale insurance.  Pergi office jual insurance.  Muka toya and tired beb!  Salary based on sale kita.  Tapi ada basic salary.  Ciputlah!  Minat?”

“Kau duk mana la ni?”

“PJ.  Rumah kongsi lima orang.  Kalau kau nak joint, ok aje!”

“Nantilah aku fikir.  Macam tak puas lepak je dengan mak n ayah aku.”

“Ok.  No hal.”

“Apa-apa aku roger nanti!”

“Ok, bye!

“Bye beb!”  

Malaslah nak duk KL lagi.  Kalau ada RM seronoklah duduk KL.  Kalau pokai?  Aduyai lah jawabnya.  Nini ni tengah buat apa pulak!  Julia menghantar pesanan kepada Nini pula.

“Salam beb.  Buat apa tu?

“Salam.  Busy lah.”

“Busy?  Kau dah kerja ye?”

“Haa.  Manager kat kedai makan mak aku.  Kau camner?”

“Sonoknya jadi manager.  Mesti mak kau bagi gaji okey kan?”

“Tak ada maknanyer gaji ok.  Mak aku bagi 1K je.  Kau dah keje?”

“Aku?  Tu lah pasal.  Tanam anggur lah.”

“Alah, kerja je apa-apa.  Susah sangat, kau kahwinlah.”

“Kahwin?  Tu lagi problem!”

“Laki kaya, less problem beb!  Hahaha,..”

“Mana mau cari laki kaya beb?  Bangla adalah!”

“Hahaha,.”

“Okey lah.  Esok jugak aku harder cari kerja.  Bye beb!”

“Okey.  Good luck.  Sweet dreams.”

Julia menongkat dagunya.  Semua dah kerja.  Aku ni sampai bila nak petik anggur.  Nak beli bra dan paintis pun mintak mak.  Tak boleh jadi ni.  Aku mesti kerja!  Aku mesti kerja!  Laptop di tolak ke sebelah oleh Julia.  Mood Julia untuk berfacebook lenyap.  Julia baring dengan meletakkan tangan kanannya di dahi.  Malulah aku kalau Kak Hani balik, aku masih tak kerja ni!  Dia tu kenapa kerek sangat dengan aku ye?  Ingatan Julia berlayar kepada peristiwa tiga bulan lepas di rumah ibu bapanya itu.

 

            “Akak sihat?”

Julia menghulur tangannya kepada Hani.  Hani menyambut huluran tangan dari adik bongsunya itu.

“Sihatlah.  Ju mesti makin sihat kan?  Dah hari-hari melepak saja.  Dah berapa bulan melepak ni?”  Soalan sinis terhambur dari mulut Hani.  Julia yang tidak mengesyaki apa-apa ketidakpuasan di hati Hani, hanya tersenyum.

“Baru je konvo last week.  Rileks lah!”

“Banyaklah kau punya rileks.  Berapa lama mak dan ayah nak tanggung kau?  Nanti duit aku bagi, habis bagi makan kat kau saja!”

“Nanti Ju carilah kerja.”

“Eh, laki kamu tak nak masuk ke?”

Jaliah muncul di ruang tamu mendukung Qila yang berumur lapan bulan.

“Mak Su dukung nak?”

Julia menghulurkan tangan, lalu mencapai Qila dari dukungan Jaliah.

“Biarlah dia mak.  Nak sejuk dulu dalam air-cond katanya!”  Hani menjelaskan perihal suaminya, Zul.

“Amboi, kemain lagi.  Dah tau rumah mak ni, tak ada air-cond, janganlah belagak sangat.  Dulu masa nak minang kamu, elok pulak perangainya!”  Tukas Jaliah kasar.

“Mak ni.  Kejap lagi, abang masuklah tu.  Ha Ju, buatlah air!  Bak Qila tu!”

Hani bangun dari sofa mencapai Qila dari dukungan Julia.  Julia terkesima.  Jaliah berlalu ke dapur, dan Julia membuntutinya.

 

            Dah tiga bulan.  Mesti Kak Hani balik lagi ni.  Macamana ni?  Aku mesti kerja juga!

“Kerja!  Kerja!  Kerja!”

Tiba-tiba Julia menguntum senyum di bibir.

“Esok aku pergi lagi PPD tu!  Aku nak kerja jugak.  Apa jadi jadilah!”

Laptop dicapai kembali.  Julia memerika e-mailnya pula.  Kenapalah tak ada company yang reply ni?  Hampeh betul.  Julia mematikan laptopnya segera.

Nak majuk arr.  Eh, sewel ke apa aku ni.  Nak merajuk dengan siapa pulak!  Julia bangun meletakkan laptopnya di atas meja.  Almari pakaian dibuka pantas.  Sepasang baju kurung biru ditarik keluar.  Begitu juga dengan sehelai tudung bawal biru.

“Alamak, dah macam lagu sepasang kurung biru pulak!  Mesti aku cun esok ni!”

Julia bergerak di satu sudut bilik, di mana seterika berada.  Plug dipasang laju.  Kurung biru tersebut digosok dengan laju.  Esok pagi-pagi aku serbu PPD, sure depa teruja punya.  Atau lebih tepat simpati kat aku yang comel ni.  Sure dapat jadi guru ganti punyalah.  Tak kisahlah dua bulan saja.  Eh, cikgu la ni dah songeh.  Cuti bersalin tiga bulan.  Kira okey lah tu kan?

“Assalamualaikum murid-murid.  Saya Cikgu awak semua yang baru.  Nur Julia Arina.  Saya harap awak semua akan beri kerjasama.”

Apa yang bau hangit ni?  Julia lantas memandang baju kurung birunya.

“Maakkkkkkk!”

Jeritan Julia menarik perhatian Jaliah dan Salman yang telah masuk ke bilik.  Jaliah menolak daun pintu bilik Julia pantas.

“Kenapa ni Ju?”

“Huwa,..habis baju Ju terbakar.  Mak tolonglah, mak!”  Julia merengek kepada Jaliah.

Jaliah duduk di birai katil Julia, melepaskan penat berjalan pantas sebentar tadi.

“Mak ingat apa tadi.  Ju janganlah macam budak-budak,” Jaliah bersuara perlahan.  Sedikit kesal dengan tindakan Julia yang menjerit hanya kerana baju kurungnya terbakar.

“Ada apa ni, Ju?”  Salman bertanya lembut.  Kasih-sayangnya tumpah kepada anak bongsu yang manja itu.

“Maaf mak.  Ayah.  Terkejut tadi sebab baju terbakar!”

“Ju nak pergi mana esok ni?”  Salman memandang wajah Julia lembut.

“PPD.  Nak paksa diaorang bagi Ju jadi guru ganti gak!”

“Eloklah tu.  Jangan kamu buat lawak bodoh kamu tu di sana, sudahlah.  Dahlah.  Mak nak tidur ni.  Jom, bang!”

Jaliah bangun, lalu bergerak keluar dari bilik.  Salman masih berdiri di muka pintu.

 

            Salman berjalan perlahan menuju katil, lalu duduk di tempat Jaliah duduk.  Julia bangun membuka almari pakaiannya semula.

“Ni okey tak, ayah?”

“Okey sangat.  Ayah doakan Ju dapat kerja esok!  Ni ayah nak tanya ni?  Kenapa Ju macam terdesak sangat nak kerja ni?”

Julia kembali duduk, lalu mula menggosok baju kurung merah jambunya.  Soalan Salman dibiarkan sepi.

“Ayah ni cakap dengan tunggul ke?”  Salman ketawa kecil.

Julia turut ketawa.

“Kan dah lima bulan menganggur.  Kesian mak ayah masih tanggung Ju.  Lagi pun,...”

“Lagi pun apa?  Tu kalau bercakap, pandang pada baju tu.  Nanti terbakar lagi!”

Seterika di tegakkan, dan plug di off kan semula.  Julia memandang wajah ayahnya itu memohon pengertian.

“Lagi pun kalau Kak Hani balik, macamana?  Malulah Ju kat dia!”

“Eh, malu kenapa pulak?  Dia cakap apa pada Ju masa balik hari tu?”

“Tak ada apalah ayah.  Cuma Ju yang sedar diri.  Tahun depan dah suku abad.  Sampai bila nak mak dan ayah tanggung?”

“Sabarlah Ju.  Rezeki orang ni tak sama.  Kita tak tau bila Allah akan beri.  Jangan berhenti berdoa.  Ayah doakan Ju dapat kerja esok.  Dah cepat gosok tu.  Tidur cepat.  Kan nak cantik esok mintak kerja!”

Salman bangun dan bergerak ke pintu bilik.

“Mekacih, ayah!”

Salman hanya tersenyum menyambut ucapan terima kasih dari anak kesayangannya itu.

 

            Keesokan paginya.

“Ju, mari sarapan dulu.  Ayah beli roti canai ni!”  Salman yang berada di meja dapur melaung Julia yang telah berada di ruang tamu.  Julia menoleh lalu menghadiahkan senyuman manis buat ayahnya.

“Nak air, mak!”

“Manja tak sudah-sudah!” 

Jaliah menuangkan Nescefe panas ke cawan kosong untuk Julia, walaupun mulutnya mencebik.

“Pagi-pagi ni, mak kena senyum banyak tau.  Barulah rezeki masuk.  Terutama rezeki anakmu yang manis ini.  Kan ayah kan?”

“Betul tu, Ja.  Senyumlah sikit.  Ju nak ayah hantar ke?”

“Oh tidak wahai ayahandaku.  Ju nak berdikari.  Ju bawak motorlah.  Don’t worry.  Ju akan drive carefully,” Julia tersengeh kepada Salman dan Jaliah.

“Bawak motor tu hati-hati.  Kamu jangan buat perangai kamu masa sekolah dulu.  Jangan merempit pulak!”  Jaliah memandang wajah Julia.

“Itu dululah, mak.  Masa form six. Dah lama berlalu.  Orang kata apa ayah?  Barang lepas jangan dikenang kan?”

“Pandai saja menjawab.  Ha, makanlah cepat.  Kan nak berdrama di PPD tu!”

Salman hanya tersenyum mendengar Jaliah membebel kepada Julia.  Julia mencapai roti canai kosong, lalu menggigitnya.

“Ambil satu, letak dalam pinggan ni!”  Jaliah memberi arahan, sambil menghulurkan pinggan kecil kepada Julia.

“Opps!  Ampun, mak!”

 

            “Ju pergi, mak.”

Julia menghulurkan tangan kepada Jaliah.  Selepas bersalaman dengan Jaliah, Julia menghulur tangan pula kepada Salman.

“Ayah doakan Ju dapat kerja!” 

Salman tersenyum, mengiringi pemergian Julia dengan restu pagi itu.  Julia memakai topi keledar dengan pantas.  Motor Kris milik Salman meluncur perlahan meninggalkan perkarangan rumah Jaliah dan Salman.

“Awak ni, Ja.  Bengis betul dengan Ju tu.  Belum tentu anak kesayangan awak, Si Hani tu akan jaga awak nanti!”

“Ke situ pulak abang ni.  Saya tegas dengan Ju tu biar dia berusaha.  Kurang berangan.  Bila masanya pulak Hani tu anak kesayangan saya?  Sama saja saya sayang semua anak-anak saya.  Hani ke?  Shamsul ke?  Ha, Ju ke?  Sama saja saya sayang!”

“Itu kata awak, Ja.  Kata budak-budak tu?  Ni, lama dah Shamsul tak balik.  Mesti kecik hati dengan awak agaknya.”

“Kenapa pulak nak kecik hati dengan saya.  Apa yang saya dah buat.  Abang ni, macam-macam.  Jangan tuduh sebarang, bang!”

 

            “Saya pergi dululah.  Layan awak ni, gaduh pulak kita nanti!”

Salman membuka pintu teksinya, lalu menghidupkan enjin.  Tidak berapa ketika, teksi milik Salman bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah.  Jaliah masih berdiri di muka pintu memerhatikan teksi suaminya berlalu pergi.  Kesunyian tiba-tiba menerjah lubuk hatinya.  Kalau Ju dapat kerja di KL sana, macam dululah aku sunyi.  Ni sementara dia ada ni, kenapalah aku garang sangat kepadanya?  Jaliah menutup pintu, lalu duduk di sofa.  Fikirannya terus-terusan tertumpu kepada anak bongsunya, Julia.

“Betul ke aku pilih kasih?  Kesian Ju dan Shamsul!”

Mengingati Julia dan Shamsul, tentunya ingatan Jaliah tidak boleh lari dari mengingati anak keduanya, Hani.  Betul ke aku lebih sayangkan Hani?  Ingatan Jaliah berlayar sewaktu hari pertama pemergian Julia ke Universiti Malaya.  Langkah Jaliah yang mahu masuk ke bilik Julia terhenti apabila mendengar perbualan Julia dan Salman.

“Mak memang sayangkan Kak Hani ekh?”

“Kenapa pulak Ju cakap macam tu?  Ayah tengok sama saja mak sayang.  Kenapa ni?”

“Mak tak buat apa-apa pun Ju nak masuk UM ni.  Dulu masa Kak Hani masuk UPSI, mak buat kenduri doa selamat kan?  Ju ingat lagi masa tu!”

“Mak tak cukup duit kot.  Duit yang ayah bagi tak cukup.  Tak baik fikir bukan-bukan.  Nanti kat jalan, ayah belanja makan sedap-sedap.  Eh, sampai KL nantilah.  Kita makan sedap-sedap ye?”

“Betul?”

“Tak kan ayah nak tipu anak ayah ni.  Kat sana nanti, belajar elok-elok.  Jangan cari boyfriend pulak!”

“Mestilah tak cari, ayah.  Ju nak belajar.  Nak kerja.  Nak balas budi baik, mak dan ayah besarkan Ju.  Ni, beg untuk ayah tolong bawakan!”

 

            Jaliah kembali kepada realiti. 

“Maafkan mak, Ju.  Tak baik mak buat Ju macam tu.”

Ingatan Jaliah terus-terusan berpusat kepada Julia.

“Ju anak yang baik.  Mak yang salah beza-bezakan kasih-sayang mak kepada Ju dan Kak Hani.  Shamsul pun.  Maafkan mak, Shul!”

“Ponnnnnnnnnn!”

Jaliah bergerak menyingkap sedikit langsir rumahnya.  Lori kecil Si Apek yang menjual barang-barang basah telah berada di depan rumahnya.  Senah telah tiba di tepi lori Apek tersebut.  Awal pulak Si Apek ni?  Jaliah melangkah laju masuk ke biliknya mengambil dompet kecil.

“Awal lu pagi ni?  Mimpi ka?”  Jaliah menyoal Apek agak kasar.

“Ye lah Ja.  Selalunya pukul 10.30 baru nak nampak lori buruk ni.  Dah dipusing-pusingnya taman mana entah baru datang sini.  Dah habis semua barang baru sampai sini!”  Senah menyokong hujah kawan baiknya itu.

“Haiya, saya datang lambat, lu marah.  Datang cepat lu marah.  Saya tak mau datanglah lagi!”  Apek ketawa besar.

“Oo, tak mau datang ye?  Kalau tak nak datang bungkus business kamu tu Apek.  Dahlah sayur kecut tak segar.  Ikan pun tak semenggah aku tengok.  Boleh lu belagak lagi ye?”  Jaliah berkata geram.

“Okey-okey.  Ampun puan-puan yang cantik.  Tapi cantik 20 puluh tahun dululah,..”  Apek ketawa lagi.

“Saya cuba bawa ikan dan sayur yang segar esok.  Jangan marah-marah.  Nanti tarak cantik.  Siapa susah.  Suami kahwin lain nanti!”

“Kamu jangan merepek ye!  Dah Tepi sikit!”  Senah menjerkah Apek kuat.

Apek berlalu ke tepi.

“Aku nak masak ayam ni, Nah.  Nak beli di kedai Pak Ismail depan tu.  Kena tunggu Ju baliklah ni!”

“Ju pergi mana?  Dah dapat ke dia kerja?”

“Belum.  Dia pergi Pejabat Pelajaran di Bandar nun.  Nak jadi guru ganti katanya!  Takut dia balik lambat saje!”

“Kalau macam tu kamu belilah dulu ikan Apek lembik ni.  Memang nak kena sekeh Apek ni.  Dia ingat kita surirumah ni, tak berakal apa, jual sayur dan ikan dah lembik!”

 

            Menjelang pukul 12.00 tengahari, kedengaran bunyi enjin motosikal di halaman rumah.  Jaliah tersenyum.  Ju dah baliklah tu.

“Ju, mari makan!”  Jaliah berteriak memanggil Julia yang baru masuk ke ruang tamu.  Julia tersenyum, lalu berjalan menuju ke dapur.

“Mak masak apa ni?  Macam sedap saje!”

“Masak lemak cili api ikan temenung saja.  Ingat nak beli ayam.  Tunggu Ju balik, lama sangat.  Tak larat mak nak jalan ke kedai Pak Ismail tu.”

“Tak payah masak ayam.  Ikan ni pun cukup.  Boleh Ju makan sekarang?  Eh, ayah tak balik makan lagi?”

“Eh, kenapa pulak tak boleh?  Makanlah!  Ambik pinggan untuk mak sekali.  Kejap lagi ayah Jut u baliklah!”

Julia pantas mengambil dua keping pinggan di rak pinggan-mangkuk.  Julia mencedok nasi untuk dirinya dan Jaliah.  Ikan masak lemak di dalam mangkuk diceduk laju.  Sayur taugeh goreng bersama tauhu juga diambil.  Tidak ketinggalan sambal belacan sentuhan Jaliah.  Julia mula menyuap laju ke dalam mulutnya.  Segala perbuatan Julia diperhatikan oleh Jaliah.  Mak sayangkan kamu, Ju.  Maafkan mak!

“Kenapa mak tak makan pulak?  Mak kesian dengan  Ju ye?”

“Kesian kenapa pulak?”

“Sebab Ju asyik tak dapat kerja kan?”  Julia tersengeh manja.

Jaliah menggelengkan kepala.

“Mak silaplah.  Esok Ju mula mengajar.  Dapat 3 bulan kerja.  Ganti cikgu bersalin.  Mekacih ye, mak!”

“Baguslah tu.  Kenapa terima kasih pada mak pulak?”

“La, kan mak yang doakan Ju dapat kerja.  Tanpa doa mak dan ayah, siapalah Ju ni.”

Jaliah sebak tiba-tiba.  Jaliah seperti terpandangkan wajah anak kesayangannya Hani yang sudah tiga bulan tidak menghubunginya.  

 

***** Okey tak?  Sila komen!

 

 

           

              

Tuesday, January 28, 2014


preview Melbourne, Aku Ingin Pulang

            Selusuri perjalanan cinta seorang lelaki matang yang tampan dalam mengejar cintanya terhadap seorang gadis.  Bagaimanakah akhirnya cinta Haykal Suffian Datuk Aman Zainal terhadap Adelia Saffya Datuk Aman Zainal yang penuh liku?

Ekh?..adik-beradik boleh ada perasaan cinta ke?....

Nak tau,..kenalah baca Melbourne, Aku Ingin Pulang sebanyak 55 bab.

Jangan lupa untuk sama-sama tenggelam di dalam keasyikan berbulan madu di Melbourne.  Salah satu destinasi percutian luar negara yang menjadi idaman penulis untuk melawatnya.  Adakah Melbourne membahagiakan?  Atau pun sebaliknya,...kenapa depa ni nak balik awal plak dari Melbourne?...

 

Aduhai,..cinta & keserabutan diserikan dengan  dendam cinta...,..Apakah akhirnya,?

 

Love,..

Dalila Sofea

preview Mr.Dud Next Door

Percubaan pertama penulis dalam menghasilkan novel bergenre komedi romantik.

‘Mr.Dud next Door’ merupakan gelaran yang diberikan oleh Julia kepada seorang duda anak satu yang baru berpindah di sebelah rumahnya.  Duda pokai yang mempunyai seorang anak perempuan ini berjaya menambat hati ibu Julia,..tetapi bukan Julia...

Namun, enam bulan kemudian mereka berdua bertemu lagi di Kuala Lumpur,..kali ini keadaannya cukup berbeza...Zafran bukan lagi Mr.Dud Next Door tetapi,..Adam Zafran Tan Sri Danial Iskandar..

Hah,..ambik kau...hero anak tan sri tu....layannnnnn

Tunggu kemunculan novel sebanyak 46 bab ini, yang sedang dalam proses pembikinan,..In Shaa Allah...

Bagaimana Julia mampu memiliki sekeping hati Zafran yang pernah dilukainya?..Mampukah Maya Ayuni membantu?...Siapa pulak Maya Ayuni ni?...Aduhai,...terpaksalah layannn,..if nak tau,..

 

Love,..

Dalila Sofea    

Sunday, January 26, 2014


 TAJUK:MR.DUD NEXT DOOR

Bab 1

            Julia duduk di kerusi, lalu mencapai beg plastik di atas meja.  Beg plastik tipis berwarna merah itu diselongkar perlahan. 

“Apa mak ni,..Tak sukalah sayur lembik ni!”

Sayur kangkung dikeluarkan.  Kelapa parut dan ikan cencaru juga dikeluarkan dengan malas oleh Julia.  Julia melepaskan keluhan.  Sememangnya gadis manis berusia dua puluh empat tahun itu tidak menggemari sayur kangkung yang baginya lembik.  Emaknya, Jaliah telah maklum akan perkara itu, tetapi entah mengapa Jaliah membeli sayur kangkung untuk hidangan tengahari mereka.

Lunyailah karang kangkung ni aku tumis!  Mak pergi mana pula ni?  Tak kan aku nak masak kot!  Nanti masin ke?  Payau ke?  Bising pulak mak ni!  Getus hati Julia.

“Aku siang aje lah.  Biar mak yang tumis.  Ikan apa pula ni?”  Julia meneruskan omelannya semula. 

Julia bangun, lalu berjalan ke arah kabinet dapur rumahnya mengambil pisau.  Raga plastik di rak pinggan turut dicapai.  Julia mula menyiang sayur kangkung tersebut.  Selesai menyiang sayur kangkung, Julia membawa ikan yang tidak diketahui namanya itu ke singki.  Julia cuba menyiang ikan yang berkulit tebal tersebut.

“Alah, apa da hal sangat takat ikan kulit jaket ni!  Aku boleh settle sebelum mak balik!”

Sirip di tepi mulut ikan dipotong.   Julia cuba mencungkil kulit ikan tersebut agar dapat ditarik kulit tersebut ke bahagian bawah hingga ke ekor.

“Opps!!  Aduh, darah.  Matilah aku ni nanti,” Julia mula merengek melihat jarinya yang berdarah.

“Habis tu camno ni?  Mak mesti balik kejap lagi.  Tak kan mak nak lunch kat rumah jiran kot!”

 

 

            Di luar pagar rumah teres setingkat berharga dalam lingkungan RM 60,00.00 yang juga disebut orang ramai sebagai ‘rumah murah’ itu, Jaliah berjalan masuk dengan laju.  Bahang matahari yang memancar, semakin mempercepatkan langkah wanita berumur hampir 60 tahun tersebut.  Jaliah membuka pagar yang tidak bermangga itu.

“Bertuah punya budak!  Tak ditutupnya pintu.  Dibuatnya ada pencuri masuk.  Bangla ke, kan ke naya.  Memang nak kena ni,” Jaliah mula berleter.

“Ju!  Ju!  Ju!”

Jaliah menjerit memanggil nama anak perempuan bongsunya.

Julia keluar dari biliknya dengan laju.

“Kenapa ni mak?  Ada orang kejar mak ke?”

“Kamu jangan merepek ye!  Ha, kenapa tak tutup pintu?” 

“Aiiseh,..Lupalah mak.  Mak tengok ni, jari Ju dah putus dah.  Mak lah!”  Julia mula bermanja dengan emaknya.  Sememangnya anak bongsu Hajah Jaliah itu amat manja dengan emaknya.  Julia menghampiri Jaliah yang berdiri di tengah ruang tamu.

“Mak tengok ni!”

Julia menunjukkan jari telunjuk kanannya yang berbalut dengan plaster luka.

“Alah, sikit saje.  Kamu ni Ju, memang manja sangat ye!  Berplasta luka bagai.  Ni dah masak belum.  Mak dah lapar ni!” 

Jaliah menarik rambut lurus Julia.

“Sakit arr mak.  Mak ni macam tak sayang Ju aje.  Mak pergi mana tadi?  Gebang dengan Mak Senah ye?  Mesti ada gossip best!  Siapa yang kahwin dengan orang kaya, mak?”

“Tak ada siapa yang kahwin dengan orang kaya.  Kahwin dengan Bangla bau kambing adalah.  Dah, jangan nak tukar cerita.  Jom masak!”

Jaliah menarik tangan Julia menuju dapur.

“Ya ampun, lembik kamu kerjakan ikan mak ye!”  Jegel mata Jaliah melihat ikan cencarunya yang dikerjakan oleh Julia.  Pisau di tepi singki dicapai oleh Jaliah.  Jaliah mula menyiang ikan cencaru dengan muka yang berkerut.  Geram hatinya terhadap anak bongsunya itu.

Mujur anak sendriiii.  Kalau tak, aku pang punya.  Dera ke!  Jaliah tersenyum.

“Eh, kenapa mak senyum-senyum ni?”  Julia keliru dengan perubahan wajah emaknya itu.

“Mak fikir, kalau Ju tu anak tiri mak, dah kenalah Ju tu pelempang!”  Ketawa Jaliah meledak.

“Sampai hati mak ye!”

Julia menarik kerusi, lalu duduk.

“Macamana Ju nak kahwin ni nanti.  Siapa yang nak masak?  Tak kan nak beli di kedai hari-hari.  Jangan kamu kahwin, hari-hari makan di rumah mak sudahlah,” Jaliah meneruskan tawa.

“Ju nak kahwin laki kayalah mak.  Bibik masak.  Ju lepak je di sofa.  Atau shopping.  Aduhai, indahnya dunia!”  Senyum meleret di bibir munggil Julia.

“Kamu tu jangan berangan sangat boleh tak, Ju.  Tu lah, mak suruh kamu cari kerja, kamu duk melepak depan tv tengok drama.  Cerita Melayu tu sama aje.  Asyik-asyik jumpa orang kaya.  Geram mak ni!  Dalam hidup sebenar, ada ke macam tu?  Jumpa laki hisap dadah tak ada kerja adalah!”

“Rileks arr mak.  Nak hilangkan stress kenalah tengok drama simple camtu.  Tak kan cerita berat-berat.  Nanti lagi pusing hidup!”

“Pandailah kamu tu!  Asyik menjawab aje!

 

           

Kalaulah aku kahwin dengan laki kaya,..Taklah kena makan sayur lembik tu.  Ikan jaket yang keras tu.  Memang tak ada ke laki kaya dalam dunia ni?  Julia tersengih sendiri.

“Apa yang disengehkan tu?  Belacan mana?  Kan nak masak goreng belacan kangkung tu!” Jaliah bertanya agak kuat, keliru melihat Julia yang tersengih-sengih duduk tanpa membuat sebarang kerja.

“Cer mak nengok dalam mangkuk,..Memang Ju tak ada peluang ke kahwin laki kaya ni?”

“Issyy,..mak pang betul kamu nanti, Ju.  Manalah mak tau.  Ju ingat mak ni Mak Esah ke?”  Jaliah mendengus marah.

“Gurau pun nak hangin, Hajah Jaliah ni.  Kat mana belacan, mak?”

“Kat bilik tidur Ju lah!”

“Tak baik tau mak buli anak yang tengah luka ni.  Kalau putus betul tadi ni,..habis kurang duit hantaran.  Mak jugak yang susah kan?”

“Kenapa pulak mak yang susah?  Kamu ni Ju, merepek!”

“Ye la.  Nak buat kenduri camno mak?  Kawan-kawan mak bukan takat rumah awam 2 ni saja.  Rasa tiga rumah awam ni kawan mak.  Nak buat kenduri kecik, malu mak karang dengan kawan-kawan mak!”

Julia bangun membuka peti sejuk.  Belacan, cili besar dan cili kecil dikeluarkan.

“Tak adanya mak nak malu, kamu le yang malu.  Kenduri pakai talam saja!”  Jaliah ketawa.

“Mak memang arr,..Malaslah Ju macam ni,..”

“Dah jangan melalut lagi.  Dah siap bahan nak tumis kangkung?”

“Mak yang tumis tau.  Ju siapkan rencah aje, ye mak?”

“Perah santan tu.  Tak kan nak goreng saja ikan ni.  Kita kari lah.  Cuba tengok serbuk kari tu.   Okey lagi ke tak?”

Julia kembali menyelongkar peti sejuk milik emaknya.

“Cukup ke ni, mak?”

“Cukuplah.  Separuh kita kari, yang lebihnya kita goreng.  Cepatlah perah santan tu, ayah kamu balik nanti!”

“Ju perah santan aje ye?” Julia ketawa kecil.

“Ada lagi.  Nanti duduk makan kan?”

“Pandailah mak ni.  Tu Ju sayang kat mak tu!”

 

 

Jaliah mencedok kari ikan cencaru ke dalam mangkuk, lalu diletakkan perlahan di atas meja bersama ikan goreng dan sayur kangkung goreng belacan.  Jaliah bergerak semula membuka peti sejuk.

“Mak nak buat apa lagi tu?”

“Sambal belacan la.  Ju tolong potong timun ni!”

Julia mengambil timun yang dihulurkan oleh Jaliah kepadanya.  Timun tersebut dibasuh di singki, lalu dikupas kulitnya.  Jaliah memasukkan cili padi dan cili besar beserta belacan yang digoreng ke dalam mesin pengisar.

“Okey, kita boleh makan dah.  Ju tak cedok nasik?”

“Nasik?  Alamak!  Mak, ampunnnnn!  Ju lupa masak nasik!”

 

 

            Disebabkan kelalaian Julia memasak nasi tengahari itu, kedua beranak itu makan tengahari lewat.  Lewat pukul 2.00 petang barulah Jaliah dan Julia menikmati makan tengahari mereka.  Mujurlah Haji Salman menelefon Hajah Jaliah memberitahu dirinya tidak pulang makan tengahari.

“Mujur ayah kamu tak balik ni.  Kenapalah kamu macam ni, Ju?  Kalau kamu kahwin nanti macamana?  Dengan perangai tak bertanggungjawab kamu, ni.  Pening mak, Ju!”

Julia tidak memberi sebarang respons terhadap kata-kata emaknya itu.  Sedap sahaja Julia menikmati sambal belacan buatan ibunya.

“Kamu dah tak ada mulut ye, Ju?”

“Mak ni.  Nanti Ju cakap masa makan, mak marah pulak!  Siapa pula yang nak kahwin.  Ju nak kerja!  Nak kerja!”

“Baru tadi kamu cakap nak kahwin dengan laki kaya.  Lupa dah?  O nak kerja.  Tak ada pulak mak nampak kamu pergi interview ke?  Pos surat mintak kerja ke?  Udah berapa bulan kamu tu menganggur? Kamu tak bosan ke, Ju?” Jaliah kembali berleter, mengulangi ayat-ayat yang sama seperti hari-hari sebelumnya.

Mak dah start ni!  Getus hati Julia.

“Baru lima bulan.  Ayah tak kisah pun.  Mak kasilah ‘can’ Ju honeymoon puas-puas dulu.  Mana ada orang mintak kerja pakai surat la ni, mak.  Semua on-line.  Guna internet tu.  Mak bila nak belikan Ju phone baru?  Senanglah Ju nak berinternet di telefon.  Ni asyik pakai laptop cabuk tu.  Mak memang tak sayang Ju lah!”

“Udah le menganggur.  Telefon baru ye?  Kamu nampak sudu ni?”

Jaliah menunjukkan sudu kecil yang digunakan untuk mengambil sambal belacan kepada Julia.

“Susahlah ni kalu.  Camno Ju nak WhatsApp dengan kawan-kawan Ju.  Kan nak cari kerja ni!”

“Habis, kan laptop buruk kamu tu elok lagi.  Kamu jangan mengada-ngada ye!  Boleh saja telefon kawan-kawan kamu guna telefon buruk kamu tu!”  Jaliah tersenyum.  Mengakui kebenaran akan kata-kata Julia tentang telefonnya yang telah usang.

“Errm,..majuklah.  Tak nak makan.  Mujur dah habis,” Julia ketawa, mempamerkan giginya yang tersusun cantik.  Lesung pipit di pipi kirinya juga terserlah apabila gadis itu tersenyum.

Jaliah yang amat memahami perangai manja dan kebudak-budakan Julia tidak lagi melayan anaknya itu.  Makan tengaharinya diteruskan.

 

 

            Camner nak bukak ni.  Mesti sakit.  Aduyai betullah!  Julia membuka perlahan plaster luka yang membalut jari telunjuknya.  Paip air dipulas.  Air mencurah sejuk terkena kedua belah kaki Julia yang putih melepak.  Wuduk diambil oleh Julia dengan tertib.  Hampir pukul 3.00 petang, solat Zohor telah berjaya dilaksanakan oleh Julia.

Nak buat apa ni?  Bosanlah nak facebook.  Apa kata aku tidur aje!

Julia tersenyum sambil menggantung telekungnya.  Katil dijeling manja.  Tilam di atas katil itu seperti melambai-lambai Julia untuk merehatkan badan di atasnya. 

“Harap-harap mak pun tidur.  Kang dijeritnya aku!”

“Argh,..penatnya masak!”

Julia mendaratkan badannya ke atas tilam yang sedia menanti.  Matanya semakin mengecil, akibat mengantuk petang itu.  Tidak berapa lama selepas itu, Julia benar-benar lena dengan nyenyaknya.

 

 

            Suasana tengahari itu cukup indah sekali.  Julia berjalan keluar dari bilik diiringi oleh Mak Su.  Cantik ke aku ni?  Hisyy,..Malu pulak aku!  Julia meneruskan langkah, dan akhirnya tiba di ruang tamu.  Semua mata tertumpu kepada gadis yang akan bergelar tunangan tengku itu.

“Duduklah!”  Mak Su berbisik.

Julia duduk dengan dada berombak kencang.  Puan Sri Saloma memandang Julia sambil tersenyum.  Senyuman yang bagi Julia agak sinis.  Dah anak kau yang gilakan aku.  Bukan aku yang kejar anak kau!  Mata Julia meliar mencari buah hatinya, Tengku Hazrin.  Pandangan kiri, hampa.  Ya, pandangan ke kanan amat mengujakan.  Bakal tunangnya, Tengku Hazrin tersenyum mesra.  Senyuman yang begitu membuat Julia terpesona.  Kenapalah baru bertunang.  Nikah teruslah!  Tak sabar aku nak peluk cium bakal hubby aku tu.  Errr, geram sungguh.

“Tangan tu.  Tunjuk jari!”  Mak Su mengejutkan Julia.

Julia memandang ke hadapan.  Wajah seperti singa betina itu senyum lagi walaupun tidak ikhlas.  Puan Sri Saloma benar-benar berada di depannya.  Tanpa diduga, Puan Sri Saloma mencapai tangan Julia.  Sebentuk cincin yang bertakhta sebiji permata tersarung di jari manis Julia.

“Salam!”  Mak Su menyiku Julia kasar.

Julia dengan pantas mencapai tangan Puan Sri Saloma, lalu dicium perlahan.  Wahai ibu mertuaku, terimalah aku seadanya.  Aku bukan teruk sangat pun!

Puan Sri Saloma mendekatkan pipinya mencium pipi Julia.

“Kau jangan harap nak hidup senang dengan jadi menantu aku ye!”

Julia kaku mendengar kata-kata Puan Sri Saloma.  Hampeh punya bakal mak mertua.  Siap ugut lagi.  Aku kena sedia dari dibuli ni.  Demi Tengku Hazrin yang persis Farid Kamil, tak apa.  Aku akan berusaha.  Caiyok Julia.  Caiyok!

 

 

            Tiba pula giliran Tengku Hazrin mendekatinya.  Hati Julia berbunga riang dan segar.  Hatinya penuh dengan bunga-bunga ros seperti di Cameron Highland.

“U look so pretty my sweetheart!”  Tengku Hazrin bersuara perlahan.

“Thanks my hero,” Julia berkata malu.

“Rapatlah sikit.  Nak ambik gambar ni!”  Jaliah berkata kuat.

Julia yang sememangnya gedik, mengesot mendekati tunangnya.  Pandangan keduanya tertumpu ke hadapan, di mana jurugambar profesional yang diupah oleh Jaliah menjalankan tugas.

Tanpa sesiapa menduga, Puan Sri Saloma bangun dari duduknya meluru ke arah Tengku Hazrin.  Tangan Tengku Hazrin ditarik ganas.

“Dah!  Jom balik.  Menyampah mama tengok tunang kau yang gedik Tu!”

Tengku Hazrin dalam keadaan terpaksa mengikut langkah mamanya keluar dari ruang tamu menuju ke pintu.

“Sayangggggggggggg!”  Julia menjerit memanggil Tengku Hazrin.

Tengku Hazrin tidak mampu menjawab, cuma tangan kanannya dibawa ke telinga.  Isyarat berjanji untuk menghubungi Julia.  Julia tidak berpuas hati.

“Hazrin, tunggu I.  Tengku, tunggu I.  Tengku Hazrin sayangggggggggggggg!”

 

 

            Jaliah bercekak pinggang di tepi katil Julia.

“O, bukan main lagi mimpi kamu ya, Ju!  Tengku Hazrin sayang ye?  Siang-siang ni boleh mimpi romantik dengan tengku ye!”

Tangan Jaliah singgah di bahu Julia.  Bahu anak gadisnya itu digongcang kuat.

“Ermm,..mak.  Mana Hazrin mak?  Tengku Hazrin mana, mak?”

Senyuman Jaliah melebar di bibir.

“Kamu tak habis mimpi ye Ju?  Tengku Hazrin mana pulak ni?”

Dengan terpisat-pisat, Julia bangun dari baringnya, lalu duduk.

“Ju mimipi ekh?”

“Ye lah, mimpi.  Tak kanlah ada tengku yang nak datang rumah buruk kita ni.  Kamu

ni, udah-udah lah berangan tu.  Tengok, sampai mimpi-mimpi.  Siang hari pulak tu!  Kamu belum solat Asar kan?  Bangun.  Doa selepas solat.  Mana tau Allah tunaikan mimpi kamu tu nak kahwin dengan laki kaya.”

Julia tersenyum simpul mendengar bebelan emaknya yang kini bertukar menjadi harapan pula.  Tapi Tengku Hazrin tu memang handsomelah.  Handsome siot!

“Boleh sengih-sengih lagi.  Dah pukul 6.00 ni!”  Jerkah Jaliah.

“Okey-okey.  Ju nak solat lah ni.”

Julia bangkit dari duduknya.  Langkahnya diatur laju ke bilik air.  Julia melihat ayahnya baru masuk ke ruang tamu.  Langkahnya diteruskan ke bilik air.

 

 

            Jaliah keluar dari bilik Julia.  Senyum tipis diberikan kepada suaminya.

“Abang nak air?”

“Boleh juga.  Bagilah air sejuk.  Panas lagi walaupun dah nak senja!”

Jaliah berlalu ke dapur tanpa bersuara lagi.  Peti sejuk dibukanya.  Baki air sirap sewaktu makan tengahari tadi diambilnya.  Dua biji gelas dicapai dari rak pinggan.

“Minum, bang!” 

Jaliah menghulurkan gelas berisi air sirap itu kepada suaminya.  Air sirap diteguk laju oleh Salman.

“Apa yang bising-bising saya dengar di luar tadi tu?”

“Anak kesayangan abang tu lah.  Hangin saya ni dibuatnya!”

“Ju?”

“Hah, siapa lagi?”

“Apa yang dibuatnya pulak?  Saya tengok okey saja dia duduk di rumah.  Bukan buat hal merayau macam budak perempuan yang lain.” 

Wajah Jaliah ditenung oleh Salman.

“Memanglah dia duduk rumah ni.  Tak keluar merayap.  Tapi sampai bila dia nak menganggur tu?  Ijazah dia tu nak buat apa?  Asyik berangan saja di rumah.  Abang tau, tengahari tadi lunyai ikan cencaru saya dikerjakan.  Dah siap saya masak, boleh dia lupa masak nasik.  Mujur abang tak balik makan.  Kalau tak, abang pun mesti hangin!”

Salman hanya tersenyum mendengar cerita isterinya itu.  Salman menanti cerita lanjut dari Jaliah.

“Baru kejap ni dia buat hal lagi.  Tu yang abang dengar saya membebel tu!”

“Dia buat apa pulak, Hajah Jaliah oi?”

“Di mimpi apa tah.  Siap panggil tengku lagi.  Tengku mana entah yang dipanggilnya.  Tak habis-habislah tu berangan nak kahwin laki kaya.  Runsing saya, bang!”

“Hahaha!”

“Apa yang lucunya, bang?”  Jaliah merengus.

“Tak elok dalam usia senja kita ni, kita marah-marah.  Normallah gadis berangan kahwin laki kaya.  Kalau berangan kahwin laki pokai, itu baru tak normal.  Bukan awak pun suka lelaki kaya dulu?  Nasib tak baik dapat abang ni.  Sojar saja!  Dah pencen bawak teksi pulak!”  Salman meneruskan ketawa.

“Hisyy, abang ni.  Itu dulu.  Sekarang ni, yang penting laki tu baik.  Solat cukup, hormat orang tua.  Dapat bagi makan anak kita, cukup dah!”

“Eh, sudah tukar ka?  Bukan awak nak menantu kaya ke?”

“Abang janganlah perli saya.  Saya dah berubah.  Tengok Zul tu, kaya tak tara mananya, bongkak yang lebih.  Tidur rumah kita pun, tak mau.  Saya harap, biarlah Ju dapat orang biasa saja.  Tak payahlah jurutera macam Zul tu.  Berlagak nak M saya tengok!”  Gumam Jaliah marah.

 

 

“Eloklah awak dari sedar hajah oi.  Sejuk saya dengar.  Tapi tak elok awak doakan anak menantu awak tu mati.  Menjanda pulak Si Hani nanti,” Salman ketawa lagi.

“Bila saya doakan dia mati.  Cuma belagaknya tu tak tahan saya, bang.  Boleh duduk lama-lama dalam kereta, sebab rumah kita tak ada air-cond.  Budak bijak macam tu ke?  Tak hormat orang tua?  Pelik saya, abang.  Hani tu pun saya tengok dah terikut-ikut rentak suaminya.  Dah mula belagak.  Susah benar nak tidur rumah kita ni!”

“Kalau macam tu, kita kahwinkan Ju dengan bilal masjid kita sajalah,” Salman masih di dalam mood mengusik isterinya.

“Bilal Murad tu buat apa, bang!  Dahlah pokai, ada isteri.  Tua pulak tu!”  Jaliah menyiga.

“Dah awak nak menantu baik.  Sopan-santun kan?”  Ketawa Salman berterusan.

“Saya cakap betul-betul.  Abang main-main pulak ye?  Malam ni abang tidur ruang tamu lah!”  Jaliah jengkel dengan perangai Salman yang suka bergurau petang itu.

Julia muncul di ruang tamu, lalu duduk di sebelah Salman.  Selain manja dengan emaknya, Julia juga amat manja dengan ayahnya.

“Siapa tengku tu?”  Salman melirik anak perempuannya mesra.

“Err, mak cerita ye?  Mak ni tak boleh rahsia langsunglah!”

“La, apa nak dirahsiakan dengan ayah kamu pulak.  Tu baik-baik dengan ayah kamu tu, ada hajatlah tu!”  Jaliah mencebik.

“Ada hajat ye?  Cerita dulu siapa tengku tu?  Sampai mimpi-mimpi lagi!”

“Entah.  Ju mimpi bertunang dengan dia.  Tapi mak dia tak suka.  Mak dia tarik tangan Tengku Hazrin tu masa tunang!  Kurang asam punya mak mertua!”

Salman ketawa kuat, terasa lucu mimpi anak gadisnya itu.  Jaliah pula sebaliknya.  Tetap mencebikkan wajahnya.

“Malam ni kita makan luar ye, ayah?  Mak paksa Ju makan ikan jeket.  Kangkung lembik.  Bolehlah, ayah ye?”  Julia merengek manja kepada Salman.

“Habis membazir baki lauk siang tadi tu!”

“Alah, sekali-sekala nak makan luar, apa salahnya.  Bukan Ju ajak kita pergi makan hotel.  Di kedai biasa saja!”  Salman mencantas kata-kata Jaliah.

“Ha, manjakan sangatlah anak perempuan abang tu.”

Jaliah bangun, meninggalkan dua beranak tersebut di ruang tamu.

“Ju nak makan apa sebenarnya?  Kesian lauk mak tengahari tu tak habis!”

“Sate.  Bolehlah ayah.  Esok-esok Ju dah dapat kerja Di KL.  Ha, dah kahwin dengan orang kaya ke?  Kan susah Ju nak bermanja dengan ayah!”

“Bilanya nak kerja?  Mak dah bising tu.  Ju cari kerja ke tak ni?”

“Beribu dah Ju isi form on-line cari kerja.  Yang kerajaan punya, tak adanya dipanggil interview.  Swasta pulak, Ju kena selalulah walk-in.  Ju kena pergi KL.  Tinggalkan mak dan ayah.  Macam belum puas saja nak bermanja dengan ayah dan mak!”

“Kalau macam tu, Ju cari kerja di sini sajalah.  Yang hari tu Ju pergi PPD, tak kan tak ada apa-apa?”

“Mereka suruh Ju tunggu.  Kalau ada kosong, nanti diaorang call!”

 

 

            Telekung digantung semula oleh Julia di luar almari.  Hati Julia riang untuk keluar makan malam bersama emak dan ayahnya malam itu.  Julia bernyanyi-nyanyi kecil.

Wajahnya yang mulus ditatap lama di cermin.  Tanpa menggunakan ‘foundation’, Julia menyapu ‘bedak compact’ ke mukanya.

“Bilalah nak pakai bedak Mac ni?  Lancome ke?  Manalah orang kaya ni?”

Sambil membebel seorang diri, Julia meletakkan bedak compact berjenama Avon itu, lalu mengambil gincu bibir pula.  Gincu dari jenama yang sama itu ditonyoh ke bibir.

“Kalaulah ni lipstick Cristian Dior ni!  Aduyai, betullah.  Kalaulah betul Tengku Hazrin tu betul wujud,..Kalaulah...”

Julia kembali mengingati mimpinya siang itu.  Sememangnya Tengku Hazrin begitu tampan.  Berkulit putih, berhidung mancung, dan mempunyai ketinggian yang sempurna.  Betul-betul lelaki idaman yang sempurna untuk Julia.

“Ju!  Ju!  Ayah dah hidupkan enjin tu!”  Jaliah melaung di luar pintu bilik.

Julia gabra.  Alamak, ayah dah masuk kereta.  Mana tudung ni?  Julia dengan cepat mencapai tudung ‘serlung’ lantas diserlungkan ke kepalanya.  Okey lah.  Kan makan kat kedai aje pun!  Julia ketawa seorang diri.  Julia tiba di ruang tamu.  Jaliah menunggunya dengan muncung di bibir.

“Mak ni, senyumlah sikit.  Tak comei lah muncung lagu tu!”

“Mak tak comel tak apa.  Dah tua.  Yang kamu tu, eloklah sikit tudung tu.  Senget-benget mak tengok!”  Jaliah ketawa.

“Alah, makan kedai aje.  Kalau kahwin laki kaya nanti, Ju pakailah tudung belit-belit tu.  Atau pun tudung tiga atau empat layer mak mertua Fizo Omar punya tu.  Tudung Fareeda!”

“Ponnnnnnnnnnn!”

“Banyak kamu punya tudung Fareeda.  Tu ayah dah hon tu.  Cepat!”  Jaliah berjalan pantas menuju pintu.  Julia laju membuntuti emaknya.

 

***** Okey tak?  Sila komen!