Melbourne,
Aku Ingin Pulang
Bab
16-watak tambahan-Suraya oh Suraya,..seperti..
Suraya panik, darah
haidnya tidak keluar seperti selalu pada bulan itu. Malam itu Suraya tidak boleh tidur. Mahu rasanya Suraya membeli alat mengesan
kehamilan malam itu juga. Namun, niat
tersebut dibatalkan memandangkan ianya sudah pasti dihalang oleh kedua ibu
bapanya. Suraya tidak pernah keluar
rumah pada waktu malam.
“Bagaimana kalau aku betul-betul
mengandung ni? Mati aku nanti! Oh, tidak.
Tak kan baru sekali buat, sudah mengandung.” Hati kecil Suraya berkata
sendiri.
“Kalau Allah nak tunjuk dosa seseorang,
pasti akan berlaku.”Hati Suraya berkata lagi, sekaligus membuat Suraya semakin
ketakutan. Apa yang lebih menyeksakan,
Nazim tidak menghubunginya lagi kini.
Suraya sedar dirinya telah tertipu.
Bukan setakat tertipu, Suraya terpaksa menerima hakikat yang dirinya
telah ternoda. Walau air mata darah
sekali pun yang mengalir, kesucian dirinya tidak dapat dikembalikan. Siapa yang bersalah? Nazim?
Nazim memang jahat dan tidak berperikemanusiaan, namun siapa yang
bersalah mempercayai lelaki durjana itu?
Siapa yang sanggup mengikut Nazim pulang ke pangsapurinya walaupun baru
dua kali berjumpa? Siapa?
“Ahhhhh!
Aku memang bodoh!”Suraya berkata kasar kepada dirinya sendiri.
Pagi
itu Suraya keluar rumah semata-mata untuk ke farmasi membeli alat mengesan
kehamilan. Suraya membohongi ibunya
dengan mengatakan mahu berjumpa dengan Adelia.
Suraya pantas bergerak ke tandas setelah membeli alat mengesan kehamilan. Suraya hanya mampu menangis. Apa yang perlu dilakukannya kini? Air mataya dikesat perlahan. Suraya tahu, hanya sahabatnya sahaja yang
mampu memberi pertolongan. Suraya menuju
ke restoran makanan segera, Mc’ Donalds setelah menghubungi Adelia. ‘Chicken burger’ yang berada di depannya
tidak dijamah oleh Suraya. Cuma air
pepsi yang disedutnya. Apa yang perlu
diceritakan kepada Adelia nanti? Adelia
mesti tidak menduga perkara buruk itu berlaku kepada dirinya. Atau sebenarnya Suraya yang mengundang
perkara buruk tersebut.
Adelia tiba dengan lenggang-lengguknya.
“Cantik tak?”Soalan pertama dari Adelia
sewaktu tiba.
“Ni souvenir dari pujaan hati kau
sewaktu honeymoon.”
Adelia menunjukkan beg tangan baru
kepada Adelia.
“Cantik!”Suraya menjawab perlahan, tidak
berdaya. Wajah Suraya juga pucat.
“Kenapa ni? Macam ada masalah saja!”
“Aku nak minta tolong kau. Aku tak tau nak minta tolong siapa,”air mata
Suraya mula gugur ke pipi. Adelia
terbeliak.
“Mengapa ni?”
“Apa? Nak gugurkan kandungan? Su, bolehkah buat macam tu. Aku tak tau nak tolong macamana. Kenapa kau boleh ikut dia balik rumah dia
tu?”Adelia menjawab lemah setelah Suraya meminta pertolongannya.
“Jom kita report polis.”
Adelia menarik tangan Adelia. Suraya menepis lembut.
“Aku yang ikut dia balik rumah. Aku juga yang tergoda selepas dia pasang video
lucah. Aku yang bersalah,”Suraya
menangis lagi.
Adelia tenggelam punca untuk menolong
Suraya. Apa yang ada di dalam kotak
fikirannya kini adalah ketakutan kepada lelaki.
Bila-bila masa sahaja perempuan sepertinya akan menjadi mangsa. Otak Adelia ligat berfikir untuk
menyelesaikan masalah Suraya. Nak call
siapa ni selain polis? Mama? Ibu?
Daddy? Abang? Bibik?
Johan?
“Aku hantar kau balik dulu. Nanti aku cari jalan. Kau jangan buat apa-apa tau. Sementara tu jangan tunjuk sangat masalah
kau. Nanti mak ayah kau tau pulak. Jom!”
“Kau janji akan tolong aku?”
Suraya memegang tangan Adelia meminta
kepastian.
“Aku janji!”
Setelah
menurunkan Suraya di hadapan rumahnya, Adelia memandu tanpa tujuan yang
pasti. Akhirnya Adelia memberhentikan keretanya
di tepi jalan.
“Abang, adik nak jumpa abang kejap lagi
boleh?”
“Sekarang? Bunyi urgent.
Nak datang office ke?”
“Datang sekarang lah. Dalam 20 minit adik sampai.”
Panggilan kepada Suffian dimatikan. Adelia meneruskan pemanduannya menuju ke pejabat
Datuk Aman Zainal untuk berjumpa dengan Suffian. Masalah Suraya harus dibantu dengan
segera. Suffian adalah orang kepercayaan
Adelia. Adelia amat pasti Suffian dapat
membantu sahabat baiknya.
“I ada temu janji dengan Mr. Suffian!”
Mimi memandang wajah Adelia
sekilas.
“Silakan Cik Adelia!”
Adelia berlalu menuju ke bilik
Suffian. Mimi tersenyum sendiri. Peristiwa Suffian meluahkan perasaannya
kembali di ingatan Mimi. Mimi tidak
merasa pelik jika Suffian menggilai adik angkatnya itu. Lelaki mana yang tidak tergoda dengan gadis
muda yang cantik seperti Adelia.
Adelia
masuk ke dalam bilik Suffian. Suffian
menyambutnya dengan senyuman mesra.
“Ada apa ni? Muka adik cemas,”Suffian bertanya penuh
prihatin.
“Abang, boleh ke gugurkan
kandungan? Dosa tahap mana?”
“Adik!
Adik buat apa dengan Johan?”
Sejurus dengan itu Suffian bangun dari
duduknya dan mendekati Adelia.
“Cakap dengan abang betul-betul. Apa yang Johan dah buat dengan adik. Kau memang nak matilah Johan!”Suffian
memegang tangan Adelia kuat.
“Sakitlah, abang!”
Serta-merta Suffian melepaskan
tangannya.
“Cuba adik cerita betul-betul. Kenapa sampai macam ni? Adik tak takut dosa? Apa motif semuanya? Cinta?
Sejak bila adik jatuh cinta dengan Johan? Sejak bila bercinta ni? Sejak bila pulak berani buat perkara
bukan-bukan ni?”Suffian bertanya lemah.
Soalan yang berjela-jela dibiarkan sepi
oleh Adelia. Di dalam hati Adelia timbul
niat untuk mempermainkan abangnya itu.
Suffian bergerak ke arah tingkap dan melepaskan pandangan yang jauh. Suffian mula menyalahkan dirinya kerana
memperkenalkan Adelia dengan Johan.
Suffian tidak menyangka begini akhirnya.
“Abang kena tolong adik. Adik takut!”Adelia memulakan
sandiwaranya. Suffian memusingkan
badannya, memandang Adelia sayu.
“Macamana abang nak tolong? Abang tak tau nak tolong.”
“Temankan adik shopping!”Adelia
ketawa. Tidak sanggup lagi membohongi
abangnya, Suffian.
“Shopping? Adik main-main dengan masalah yang berat tu?”
Suffian kembali berjalan mendekati
Adelia.
“Bukan
adiklah. Kawan baik adik. Abang tu cepat sangatt,..”
Belum sempat Adelia meneruskan ayatnya,
Suffian memeluk Adelia tiba-tiba. Adelia
terkesima dan terkejut dengan tindakan Suffian.
“Abang!”Adelia berkata kuat kepada
Suffian.
Suffian meleraikan pelukannya.
“Opps,
maaf adik. Abang betul-betul tak
sengaja. Gembira sangat adik
selamat. Sorry, sorry.”
“Adik tau abang sayang sangat kat
adik. Tapi agak-agaklah. Kalau orang nampak, mesti timbul salah faham,
fitnah. Tu lah abang, cepat sangat
melatah. Macam mak cik-mak cik. Lain kali dengar adik habis cerita dulu,
wahai Mr. Haykal Suffian. Ni dah buat
salah ni. Mesti belanja lunch.”
“Abang minta maaf sangat. Tak patut abang salah faham begitu kat
adik. Abang patut percayakan adik. Maaf, adik.”
“Cantik tak? Nampak macam isteri kedua lelaki kaya tak?”
Adelia menunjukkan beg tangan pemberian
Suffian dan Amanda kepadanya.
“Cantik.
Tapi kenapa nak jadi second wife orang kaya pulak? Ni lari dari topik sungguh,”Suffian
ketawa.
Terserlah ketampanan lelaki yang baru
bergelar suami itu.
“Saja sebut. Jadi macamana ni? Apa pendapat abang?”
“Tak ada pilihan. Face the problem. Kena lahirkan baby tu. Tak kan nak bunuh pulak. Nyawa tu.”
“Suraya terpedaya abang. Buat sekali, lelaki tu terus blah. Trap cinta siber. Macamana masa depan dia? Nak face parent? Masyarakat lagi? Adik tak tau nak tolong dia macamana. Kesian dia.
Abang, tak kan tak ada plan lain?”
“Kalau nak cover dari mata masyarakat,
lari jauhlah dari rumah. Lepas bersalin,
balik. Baby tu bagi rumah kebajikan
jaga. Tapi masyarakat nak cakap sampai
bila. Lepas tu lupalah nanti. Baik jaga.
Masa depan baby tu juga penting.
Adik jangan ikut kalau dia suruh temankan nak gugur or what. Setengah mistake memang kena tanggung akibatnya,”panjang
lebar kata-kata Suffian memberi ceramah kepada Adelia.
“Ini isu besar. Memang mak ayah dia kena tau. Kita masih di Timur. Suruh Suraya bagitau mak ayahnya. Biar keluarga Suraya buat keputusan. Bukan Suraya atau adik. Jauh sekali nak buat keputusan untuk Suraya.”
****
Suffian
melihat Adelia masuk ke dalam kereta.
Hanya selepas kereta Adelia bergerak, Suffian mengalihkan
pandangannya. Suffian mengucap syukur
tidak terhingga kepada Ilahi, Adelia masih selamat dengan godan dunia. Maruah adiknya itu masih terpelihara. Aduhai, jika tidak, tidak pasal-pasal, muka
Johan Firdaus lembam.
“Johan!
Johan! Macamanalah nasib cinta
kau ya? Aku pun terperangkap dengan
cinta ciptaanku sendiri. Kita berdua
terseksa kerana mencintai gadis yang sama.”
Langkah Suffian longlai menuju lif.
Mimi telah terdiri lebih awal di depan pintu lif.
“Adik dah balik?”Mimi tersenyum nakal.
“Dah.
Ada problem sikit tadi. Why are u
smiling?”
“Nothing, Mr.Suffian. She is pretty. No wonder...”
“U ni.
Ada-ada saja. She is my lovely
sister.”
Pintu lif terbuka. Suffian masuk diikuti oleh Mimi. Beberapa orang yang bekerja di bangunan yang
sama masuk ke dalam lif. Suffian dan Mimi
tidak dapat menyambung perbualan mereka.
Pintu
lif terbuka. Suffian mendahului Mimi keluar
dari perut lif. Suffian berjalan pantas
masuk ke dalam pejabat dan terus menuju ke biliknya. Malas rasanya mahu mendenagr Mimi
memperkatakan tentang kecantikan Adelia.
“Salah aku jugak cerita kat dia buat
apa! Aduyai betullah kau ni Haykal Suffian.”
Telefon bimbit milik Suffian bergetar di
dalam poket. Amanda.
“Sayang dah balik office?”
“Yup, baby. Why?”Suffian menjawab pendek.
“Malam ni kita dinner luar. I dah buat
reservation di Istana Hotel. Sayang
balik awal tau.”
“Ok.
Bye baby.”Hambar sekali jawapan Suffian.
Peristiwa malam tadi menggamit ingatan Suffian.
“Sorry baby. I penatlah.
Esok boleh?”Suffian menepis tangan Amanda yang merangkulnya. Alasan tersebut membuat wajah penuh gelora
Amanda muram.
“U macam tak sayang i ni? Kenapa ni sayang?”Amanda masih merayu
Suffian.
“Betullah, i penat. Esok ok?”
Itu semua cerita malam tadi di bilik
mereka. Bagaimana pula drama untuk malam
nanti? Suffian resah sendiri. Lamunan Suffian terhenti apabila telefon di
atas meja berdering.
****
Di
banglo Datuk Aman Zainal dan Datin Hanim.
“Cepatlah sayang. Apa lagi tu?
Nanti lambat pulak kita dinner.”
“Wajib ke? I macam penat ni. Kita cancel boleh tak, baby? Mesti Mak Cik Rosnah dah masak dinner yang
sedap tu. Lain kali?”
“Apa ni sayang? U kan dah agree masa i call tadi. U nak makan sangat masakan mak adik u tu
kan? U makanlah sorang!”Amanda
melepaskan geram di hati.
“I dah siap ni sayang!”
“Sorrylah b, i betul-betul tak ada mood
ni. Please. Next time k,”Suffian bersuara lembut, memujuk
Amanda. Amanda mengelap gincu yang telah
dipakainya kasar sebagai tanda protes terhadap Suffian. Suffian menghampiri Amanda yang duduk
mengadap cermin.
“Jom makan. Next time k.
I promise.”
Suffian melangkah membuka pintu bilik
meninggalkan Amanda.
Tiba di ruang makan, Adelia sedang sibuk
menyusun atur makanan yang dibawa masuk dari dapur oleh Tuminah.
“Rajinnya adik abang. Siapa masak malam ni?”
“Baru tau? Kak Amanda mana? Tentulah ibu yang masak. Nasi ayam special ibu masak malam ni. Habislah adik makin gemuk ni, abangggg. Tolongg!”Adelia bermanja dengan Suffian.
“Tak ada maknanya makin gemuk. Bukan memang dah gemuk sebenarnya,”ketawa
Suffian meledak kuat.
Rosnah muncul di ruang tamu membawa
mangkuk besar berisi sup untuk nasi ayam.
“Apa yang kelakar sangat ni?”Rosnah
bertanya lembut.
“Adik ni mak cik. Dah gemuk tapi tak mengaku gemuk. Sejak mak cik datang ni, makin gemuk
adik. Mak cik masak sedaplah tu!”
“Habis saya masak enggak enak ya, Tuan
Suffian. Jangan macam-macam ya, nanti
hari-hari saya masak tempe. Baru padan
muka tuan!”Tuminah tiba membawa jag berisi air kosong.
“Waduh!
Ampun Bik, saya gurau saja. Air
kosong saja?”
“Ya, air kosong saja. Baik untuk kesihatan. Datin yang suruh. Saya minta sesuatu boleh enggak?”Tuminah
memandang Suffian.
“Apa? Cd Firman dengan Alice? Lagu apa ni Bik? Bik ni macam-macamlah. Saya mana dengar lagu dangdut.”
“Alah abang ni. Yang lagu Firman tu, abang dengar pulak. Adik tau, jangan pikiran abang kan Bik? Lawaklah lagu tu. Abang jangan lupa beli. Kesian Bibik.”
“Sayang Cik Adelia ni,”Tuminah ketawa.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?”Datuk Aman
Zainal bersuara. Di belakangnya Datin
Hanim.
“Bibik ni daddy, suruh Fian belikan cd
lagu dangdut. Siap paksa lagi pulak tu!”
“Fian ni. Belikanlah.”
Respons positif yang diberikan oleh
Datin Hanim membuat Tuminah gembira.
“Terima kasih ya datin. Moga makin cantik ya. Jom Ros, kita makan di dapur.”
“Pandailah Bik puji saya ya?”Datin Hanim
ketawa, diikuti oleh semua yang ada di situ.
Tuminah dan Rosnah berlalu ke dapur.
Datin Hanim memerhatikan hidangan nasi ayam yang lengkap di atas
meja. Hirisan ayam panggang yang
terhidang di atas meja begitu menyelerakan dengan sos cili yang merah menyala,
sos kicap dan salad yang hijau segar.
Haruman sup yang beraromakan rasa ayam membangkitkan selera Datin Hanim
malam itu.
Tidak kurang pula dengan nasi berwarna
kuning cair yang dimasak oleh Rosnah.
Semuanya nampak menyelerakan.
“Mana
Amanda?”Datin Hanim yang menghirup sup menyedari menantunya tiada di ruang
makan.
“Dia tak ada selera katanya. Biarlah mama.
Kita makan dulu,”Suffian memberi alasan.
“Tak ada selera? Ada muntah-muntah tak? Ada isi kot!”
“Kesian Kak Amanda. Adik panggil dialah.”
Adelia bangun dari kerusinya, dan
berjalan laju meninggalkan ruang makan.
Suffian tidak sempat berkata apa-apa untuk menghalang Adelia.
Tuk!
Tuk! Tuk! Adelia mengetuk pintu bilik Suffian dan
Amanda perlahan. Tiada sebarang jawapan
dari Amanda.
“Kak!
Kak! Kak Amanda, mari makan. Ibu masak nasi ayam tu. Rugi tau tak makan,”Adelia bersuara memanggil
Amanda dengan lembut.
Amanda yang berada di dalam bilik,
mengurut dadanya menahan api kemarahn.
“Kau ingat aku hadap sangat nasi ayam
masakan emak kau yang buruk tu!”Ingin sekali Amanda membuka pintu dan
menghamburkan kata-kata tersebut, namun ianya hanya tersekat di
kerongkong.
“Baik kau dan mak kau berambus dari
banglo ni.”
Amanda bangun dari katil menuju ke pintu
dengan malas. Pintu dibuka
perlahan.
“Akak tak seleralah. Pening sikit.
Tak apalah. Adik sajalah makan.”
“Kesiannya. Abang tu senang-senag makan kat bawah. Akak pening kat sini. Nanti abang tu!”Adelia yang tidak pernah
menduga apa yang tersirat di dalam hati Amanda, berkata jujur. Amanda tersenyum kelat.
“Betul tak nak dinner ni?”
“Betullah. Adik makan untuk akak ya!”
Adelia tiba semula di
ruang makan dengan wajah mencuka.
“Mengapa ni?”Suffian berwajah cemas,
bimbang Adelia dimarahi oleh Amanda.
Dalam mood yang tidak menentu,
Amanda sudah tentu dapat menghamburkan kemarahannya kepada siapa saja
yang mengganggunya.
“Abang ni. Akak pening dan tak ada selera. Abang bergembira makan kat sini! Pity her.”
“Lepas dinner, abang naiklah. Abang laparlah. Ok wahai my beloved sister?”
“Makan cepat. Adik
cian kat Kak Amanda. Kan
mama? Daddy?”
Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal
sekadar tersenyum.
Selesai makan malam, Adelia mencari
ibunya di dapur. Rosnah telah selesai
makan malam, sementara Tuminah masih meratah ayam panggang yang masih ada.
“Amboi, Bik. Gemuk nanti, tak ada orang yang nak. Camner?”
“Ya, siapa yang mahu kahwin. Lagi senang sendiri. Abang Firman kan ada.”
“Ada hati lagi tu! Firman konon.
Entah bila abang beli entah!”
Tengah
malam itu. Adelia berlari keluar dari
bilik menuju bilik Suffian. Sampai
sahaja di depan pintu bilik, Adelia mengetuk pintu bertalu-talu. Pintu dibuka dengan cepat oleh Suffian.
“Abang!
Hantar adik ke hospital. Suraya
masuk hospital. Cepatlah, tolong
adik!” Tanpa sepatah kata Suffian masuk semula
ke dalam bilik mengambil dompet dan kunci kereta. Amanda yang buat-buat tidur, bangun dari
pembaringannya.
“I ada hal dengan adik.”
Suffian keluar dari bilik meninggalkan
Amanda terkebil-kebil dengan api kemarahan.
Adelia berjalan laju mendahului Suffian. Suffian dan Adelia masuk ke dalam kereta.
“Mama dan daddy tau kita keluar
ni?”Suffian bertanya sejurus kereta keluar dari perkarangan banglo. Adelia tersengih.
“Tak sempatlah nak bagitau. Adik call lah ya?”
Adelia dengan pantas menekan nombor telefon
Datin Hanim. Suffian di sebelah hanya
mampu menggelengkan kepalanya. Adelia
tersengih selepas bercakap dengan Datin Hanim.
“Kenapa Suraya masuk hospital?”Suffian
menduga ada yang tidak kena berlaku ke atas sahabat baik Adelia itu.
“Entah.
Emak dia kata, Suraya pengsan.
Takut dia cuba gugurkan baby sendiri.
Bahaya kan? Ini semua salah
adik. Adik tak mampu nak tolong
dia. Apalah kawan macam ni kan?”
****
Hospital
Universiti, Petaling Jaya. Adelia
menerpa ke bahagian kecemasan. Selepas
memperolehi maklumat yang diperlukan, Adelia mengheret Suffian menaiki lif.
“Su macamana?”Adelia menghampiri ibu
Suraya yang sedang menangis. Mariam
tidak menjawab pertanyaan Adelia, sebaliknya mengesat air matanya yang masih
mengalir. Suffian menghulurkan tangannya
kepada Ehsan, bapa Suraya. Pintu bilik
kecemasan terbuka. Mariam bangun
mendapatkan Dr.Suradi yang baru keluar dari bilik tersebut.
“Macamana anak saya, doktor?”
“Anak mak cik selamat. Kandungannya juga selamat,”Dr.Suradi menjawab
pasti.
“Apa?
Anak saya mengandungggg?
Tidak! Abang,...”Mariam meraung
sekuat hatinya. Ehsan memegang Mariam, cuba
menenangkan isterinya itu.
“Anak kita bang,..Mengapa jadi
begini. Su nak bunuh diri ke tadi? Abang,...”Mariam masih meraung, namun
perlahan.
Dr.Suradi berlalu pergi. Hati Adelia penuh kesayuan. Suffian berdiri kaku tidak dapat berbuat
apa-apa. Adelia memegang bahu Mariam.
“Mak cik bersabar ya!”Hiba hati Adelia
melihat keadaan Mak Cik Mariam. Adelia
tidak dapat membayangkan keadaan mama dan ibu jika keadaan itu berlaku kepada
dirinya.
“Ya Allah, selamatkanlah kawanku,”hati
Adelia merayu.
Sepanjang
perjalanan pulang dari hospital, Adelia hanya diam membisu. Bayangan wajah lesu Suraya yang dilihatnya
tadi masih melekat di matanya. Suraya masih
menangis sewaktu Adelia meminta diri untuk pulang. Adelia sendiri amat kesal dengan perbuatan
Suraya yang menelan pil tidur. Nasib
masih menyebelahinya, Suraya tidak meninggal dunia dan kuasa Allah tiada siapa
yang mampu mengatasinya. Bayi di dalam kandungan Suraya juga masih selamat.
“Kau berehatlah. Aku balik dulu. Esok pagi aku datang lagi.”
“Adel, sorry. Aku tak sengaja. Aku tak nak baby ni. Aku tak nak mak dan bapak aku tau,”Suraya
berkata dengan linangan air mata. Adelia
memeluk Suraya erat.
“Sabarlah Su. Ini dah kehendak Allah. Allah nak dia hidup. Bernyawa.
Ada hikmahnya. Kau kena redha.”
“Kau tak duduk tempat aku. Kau tak tau apa aku rasa. Macamana nak tengok muka mak bapak aku. Orang ramai.
Baby tu? Masa depan aku? Kau tak faham, Adel. Kau tak faham.”
Dalam diam Adelia cuba menyelami
perasaan Suraya. Juga memikirkan
bagaimana masa depan Suraya kelak bersama bayi itu nanti. Bagaimana metaliti masyarakat untuk
menerimanya?
Adelia tersedar dari asyik memikirkan
Suraya apabila Suffian memetik jarinya di depan Adelia.
“Berangan!”
“Kesian kaum hawa ni kan? Sering teraniaya. Mengapa lelaki jahat ekh? Bukankah perempuan perlu dilindungi dan
dipelihara? Bukan dirosakkan. Akal perempuan kan satu, mudah
terpedaya. Kenapa lelaki nak perdayakan
perempuan? Tak takut dosa ke? Bukan dalam neraka, ramai perempuan? Kalau macam ni sama ramailah nanti ya?”
“Banyaknya soalan. Adik, tak semua lelaki tu jahat. Suraya pun buat silap. Allah nak tunjuk tu. Sebab tu baby tu tetap hidup walau
macam-macam Suraya buat. Kita patut
jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
Suraya tak boleh lari dari tanggungjawab ke atas baby tu. Nanti adik boleh sama-sama jaga,”Suffian
ketawa. Apa yang berlaku bagi Suffian
satu pengajaran buat generasi muda seperti Adelia dan Suraya supaya lebih
menjaga diri dan berhati-hati.
“Masa depan Suraya macamana? Mesti tak ada lelaki yang suka dah. If lelaki buat mistake macam ni, a few year,
masyarakat akan lupa. Tapi if perempuan
buat, sampai mati dia dihukum.
Masyarakat kita memang tak pernah maju.
Menindas perempuan.”
“Lagi statement emosional. Allah will decide what happen next to
her. Kalau dia jaga baby dan besarkan
baby dengan baik, jalan yang baik pasti menanti. Itu pasti.”
Suffian
dan Adelia sampai di banglo milik Datuk Aman Zainal hampir pukul 3.00
pagi. Tiba di hadapan pintu biliknya, Adelia menoleh
kepada Suffian yang hampir masuk ke dalam biliknya.
“Abang!
Sorry susahkan abang. Thanks jadi
abang yang terbaik kepada adik.”
Suffian tersenyum manis buat Adelia, dan
segera membuka pintu bilik. Adelia masuk
ke dalam biliknya, lalu menghempaskan badannya ke katil perlahan.
“Kesian Su. Entah apa yang aku buat jika aku duduk di
tempat Su agaknya. Mengapalah lelaki ni
jahat? Rasyid? Ya, ayah juga seorang lelaki durjana.”
Di dalam keserabutan memikirkan
kekejaman lelaki, Adelia merasakan dirinya seorang yang bertuah kerana memiliki
seorang lelaki istimewa di hatinya yang begitu sempurna. Lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang
terhadap dirinya. Haykal Suffian Datuk
Aman Zainal, abangnya sendiri. Johan? Lelaki yang cuba hadir di dalam hatinya itu
masih samar-samar kedudukannya di hati Adelia dan belum diketahui sejauhmanakah
kejujurannya.
Adelia
tiba semula di ruang makan dengan wajah mencuka.
“Mengapa ni?”Suffian berwajah cemas,
bimbang Adelia dimarahi oleh Amanda.
Dalam mood yang tidak menentu,
Amanda sudah tentu dapat menghamburkan kemarahannya kepada siapa saja yang
mengganggunya.
“Abang ni. Akak pening dan tak ada selera. Abang bergembira makan kat sini! Pity her.”
“Lepas dinner, abang naiklah. Abang laparlah. Ok wahai my beloved sister?”
“Makan cepat. Adik
cian kat Kak Amanda. Kan
mama? Daddy?”
Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal
sekadar tersenyum.
Selesai makan malam, Adelia mencari
ibunya di dapur. Rosnah telah selesai
makan malam, sementara Tuminah masih meratah ayam panggang yang masih ada.
“Amboi, Bik. Gemuk nanti, tak ada orang yang nak. Camner?”
“Ya, siapa yang mahu kahwin. Lagi senang sendiri. Abang Firman kan ada.”
“Ada hati lagi tu! Firman konon.
Entah bila abang beli entah!”
Tengah
malam itu. Adelia berlari keluar dari
bilik menuju bilik Suffian. Sampai
sahaja di depan pintu bilik, Adelia mengetuk pintu bertalu-talu. Pintu dibuka dengan cepat oleh Suffian.
“Abang!
Hantar adik ke hospital. Suraya
masuk hospital. Cepatlah, tolong
adik!” Tanpa sepatah kata Suffian masuk
semula ke dalam bilik mengambil dompet dan kunci kereta. Amanda yang buat-buat tidur, bangun dari
pembaringannya.
“I ada hal dengan adik.”
Suffian keluar dari bilik meninggalkan
Amanda terkebil-kebil dengan api kemarahan.
Adelia berjalan laju mendahului
Suffian. Suffian dan Adelia masuk ke
dalam kereta.
“Mama dan daddy tau kita keluar
ni?”Suffian bertanya sejurus kereta keluar dari perkarangan banglo. Adelia tersengih.
“Tak sempatlah nak bagitau. Adik call lah ya?”
Adelia dengan pantas menekan nombor
telefon Datin Hanim. Suffian di sebelah
hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Adelia tersengih selepas bercakap dengan Datin Hanim.
“Kenapa Suraya masuk hospital?”Suffian
menduga ada yang tidak kena berlaku ke atas sahabat baik Adelia itu.
“Entah.
Emak dia kata, Suraya pengsan.
Takut dia cuba gugurkan baby sendiri.
Bahaya kan? Ini semua salah
adik. Adik tak mampu nak tolong
dia. Apalah kawan macam ni kan?”
****
Hospital
Universiti, Petaling Jaya. Adelia
menerpa ke bahagian kecemasan. Selepas
memperolehi maklumat yang diperlukan, Adelia mengheret Suffian menaiki lif.
“Su macamana?”Adelia menghampiri ibu
Suraya yang sedang menangis. Mariam
tidak menjawab pertanyaan Adelia, sebaliknya mengesat air matanya yang masih
mengalir. Suffian menghulurkan tangannya
kepada Ehsan, bapa Suraya. Pintu bilik
kecemasan terbuka. Mariam bangun
mendapatkan Dr.Suradi yang baru keluar dari bilik tersebut.
“Macamana anak saya, doktor?”
“Anak mak cik selamat. Kandungannya juga selamat,”Dr.Suradi menjawab
pasti.
“Apa?
Anak saya mengandungggg?
Tidak! Abang,...”Mariam meraung
sekuat hatinya. Ehsan memegang Mariam,
cuba menenangkan isterinya itu.
“Anak kita bang,..Mengapa jadi
begini. Su nak bunuh diri ke tadi? Abang,...”Mariam masih meraung, namun
perlahan.
Dr.Suradi berlalu pergi. Hati Adelia penuh kesayuan. Suffian berdiri kaku tidak dapat berbuat
apa-apa. Adelia memegang bahu
Mariam.
“Mak cik bersabar ya!”Hiba hati Adelia
melihat keadaan Mak Cik Mariam. Adelia
tidak dapat membayangkan keadaan mama dan ibu jika keadaan itu berlaku kepada
dirinya.
“Ya Allah, selamatkanlah kawanku,”hati
Adelia merayu.
Sepanjang
perjalanan pulang dari hospital, Adelia hanya diam membisu. Bayangan wajah lesu Suraya yang dilihatnya
tadi masih melekat di matanya. Suraya
masih menangis sewaktu Adelia meminta diri untuk pulang. Adelia sendiri amat kesal dengan perbuatan
Suraya yang menelan pil tidur. Nasib
masih menyebelahinya, Suraya tidak meninggal dunia dan kuasa Allah tiada siapa
yang mampu mengatasinya. Bayi di dalam kandungan Suraya juga masih selamat.
“Kau berehatlah. Aku balik dulu. Esok pagi aku datang lagi.”
“Adel, sorry. Aku tak sengaja. Aku tak nak baby ni. Aku tak nak mak dan bapak aku tau,”Suraya
berkata dengan linangan air mata. Adelia
memeluk Suraya erat.
“Sabarlah Su. Ini dah kehendak Allah. Allah nak dia hidup. Bernyawa.
Ada hikmahnya. Kau kena redha.”
“Kau tak duduk tempat aku. Kau tak tau apa aku rasa. Macamana nak tengok muka mak bapak aku. Orang ramai.
Baby tu? Masa depan aku? Kau tak faham, Adel. Kau tak faham.”
Dalam diam Adelia cuba menyelami
perasaan Suraya. Juga memikirkan
bagaimana masa depan Suraya kelak bersama bayi itu nanti. Bagaimana metaliti masyarakat untuk
menerimanya?
Adelia tersedar dari asyik memikirkan
Suraya apabila Suffian memetik jarinya di depan Adelia.
“Berangan!”
“Kesian kaum hawa ni kan? Sering teraniaya. Mengapa lelaki jahat ekh? Bukankah perempuan perlu dilindungi dan
dipelihara? Bukan dirosakkan. Akal perempuan kan satu, mudah
terpedaya. Kenapa lelaki nak perdayakan
perempuan? Tak takut dosa ke? Bukan dalam neraka, ramai perempuan? Kalau macam ni sama ramailah nanti ya?”
“Banyaknya soalan. Adik, tak semua lelaki tu jahat. Suraya pun buat silap. Allah nak tunjuk tu. Sebab tu baby tu tetap hidup walau
macam-macam Suraya buat. Kita patut
jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
Suraya tak boleh lari dari tanggungjawab ke atas baby tu. Nanti adik boleh sama-sama jaga,”Suffian
ketawa. Apa yang berlaku bagi Suffian
satu pengajaran buat generasi muda seperti Adelia dan Suraya supaya lebih
menjaga diri dan berhati-hati.
“Masa depan Suraya macamana? Mesti tak ada lelaki yang suka dah. If lelaki buat mistake macam ni, a few year,
masyarakat akan lupa. Tapi if perempuan
buat, sampai mati dia dihukum.
Masyarakat kita memang tak pernah maju.
Menindas perempuan.”
“Lagi statement emosional. Allah will decide what happen next to
her. Kalau dia jaga baby dan besarkan
baby dengan baik, jalan yang baik pasti menanti. Itu pasti.”
Suffian
dan Adelia sampai di banglo milik Datuk Aman Zainal hampir pukul 3.00
pagi. Tiba di hadapan pintu biliknya, Adelia menoleh
kepada Suffian yang hampir masuk ke dalam biliknya.
“Abang!
Sorry susahkan abang. Thanks jadi
abang yang terbaik kepada adik.”
Suffian tersenyum manis buat Adelia, dan
segera membuka pintu bilik. Adelia masuk
ke dalam biliknya, lalu menghempaskan badannya ke katil perlahan.
“Kesian Su. Entah apa yang aku buat jika aku duduk di
tempat Su agaknya. Mengapalah lelaki ni
jahat? Rasyid? Ya, ayah juga seorang lelaki durjana.”
Di dalam keserabutan memikirkan
kekejaman lelaki, Adelia merasakan dirinya seorang yang bertuah kerana memiliki
seorang lelaki istimewa di hatinya yang begitu sempurna. Lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang
terhadap dirinya. Haykal Suffian Datuk
Aman Zainal, abangnya sendiri.
Johan? Lelaki yang cuba hadir di
dalam hatinya itu masih samar-samar kedudukannya di hati Adelia dan belum
diketahui sejauhmanakah kejujurannya.
****Macam-macam hallah Suraya
ni,...aduyaiiii
No comments:
Post a Comment