MR.Dud Next Door
Bab 10
Cer Bagi pendapat,..Zafran ni
mirip Bront Palarae or Remy Ishak ni?..Ke Farid Kamil,..Penulis pun syok
sendriiii jak,...
“Kakak
tak nak makan! Ayahlah makan. Nak Kak Ju!
Nak Kak Ju jugak!”
Hentakan kaki Maya makin kuat seiring
dengan tangisannya. Jika petang itu,
Jaliah pening kepala dengan ‘drama’ Maya, malam ini giliran Mr.Dud pula
resah. Kepala yang tidak gatal digaru
oleh Zafran. Kata-kata pujukan telah
lali di telinga Maya. Kanak-kanak cerdas
itu tidak mengambil pusing akan kata-kata ayahnya. Apa yang Maya mahu cuma melihat Julia di
depan mata.
“Okay kakak, kalau tak dapat jumpa Kak Ju,
cakap di telefon boleh?” Zafran mendapat idea tiba-tiba.
Tangisan dan hentakan Maya terhenti.
“Cepatlah telefon Kak Ju!”
Zafran garu kepala lagi.
“Mana ayah ada nombor telefon Kak
Ju. Jom, kita mintak mak cik. Kakak ni,..”
Maya mengheret tangan Zafran keluar dari
ruang tamu.
“Rindu Kak Ju!” Maya berkata perlahan.
Zafran yang mendengarnya begitu
luka.
Aku tau kau tak suka aku, Ju. Siapalah aku di mata kau. Tapi macamana dengan kakak? Macamana nak buang ingatan Maya pada
kau? Hina sangat ke aku di mata
kau! Harta dan pangkat tak ke mana, Ju. Kasihku pada kau lebih berharga dari harta!
“Mak cik! Mak cik!”
“Kakak, bagilah salam dulu.”
Jaliah muncul di muka pintu.
“Ada apa, kakak? Zafran?
Masuklah!”
“Nak nombor telefon Kak Ju. Kakak nak cakap dengan Kak Ju!”
Jaliah tidak terkejut dengan permintaan
Maya. Segaris senyuman dilontar kepada
bakal menantu tak jadinya.
Kesian kau, Zafran!
Tiba
di ruang tamu rumahnya, Maya terus mencapai telefon bimbit milik Zafran.
“Cepatlah telefon Kak Ju,” Maya berwajah
riang. Sisa tangisan masih terpamer di
wajahnya.
Dalam serba-salah, Zafran menyambut
huluran telefon bimbit dari Maya.
Aduh, malunya. Sah-sah dia tolak pinangan aku. Siap lari lagi tu. Nak ke dia jawab call ni?
“Ayah, cepatlah. Nanti Kak Ju tidur!”
Zafran memandang wajah anak perempuan
kesayangannya.
Mungkin belum rezeki, kakak dapat mama
baru. Sabar ye, kakak!
“Ayah!”
Maya menggoncang tangan Zafran kuat.
“Ayah call lah ni!”
Cebisan kertas di tangannya dibuka oleh
Zafran. Nombor telefon Julia ditekan
lambat.
“Hello,..siapa ni?” suara Julia yang
masih segar menjawab panggilan Zafran.
“Hello,..Err,..Saya ni,..minta maaf
ganggu!”
“Ye lah.
Saya ni siapa? Saya putuskan line
nanti!” gertak Julia.
“Zafran!
Jangan putuskan line, kakak nak sangat cakap,” Zafran berkata lembut.
Julia kelu.
“Sekejap ye, kakak nak cakap!”
Zafran menyerahkan telefon bimbitnya
kepada Maya. Maya sengeh gembira.
“Kak Ju,...Kakak ni. Kak Ju kat mana? Kak Ju tinggalkan kakak?”
Soalan berubi-tubi Maya kepada Julia
bergema masuk ke dalam cuping telinga Zafran.
Harga diri sebagai seorang lelaki yang ditolak cintanya tercipta. Zafran bingkas bangun meninggalkan Maya yang
sedang berbicara dengan Julia.
Zafran
masuk ke bilik air, lalu mengambil air sembahyang. Ego yang mula menjalar di dadanya perlu
disimbah dengan air sembahyang dengan segera.
Zafran sedar, wudhuk yang sempurna dapat membuat dirinya kembali stabil
malam itu.
Dari
Utsman Bin Affan Radhiyallahu’anhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, maka akan keluarlah
dosa-dosa dari badannya, sampai-sampai ia akan keluar dari bawah kuku-kukunya.”
(HR:Muslim dalam Kitab At-Thaharah).
Zafran mengambil wudhuk dengan
tertib. Resah hatinya menunjukkan darjah
penurunan.
“Ya Allah, aku tidak berhak untuk marah
dengan penolakan Julia. Semua perasaan
itu dariMu Ya Allah. Jika aku marah
kepada Julia, bererti aku marah kepadaMu juga.
Ampunkan aku Ya Allah.”
Langkah Zafran terhenti apabila melihat
Maya di depannya.
“Kenapa, kakak?”
“Kak Ju tak nak balik. Sampai hati Kak Ju tak nak jumpa kakak!”
Wajah Maya murung.
“Kak Ju gurau saja tu. Bila cuti, Kak Ju baliklah tu. Kakak tidur ye? Esok nak sekolah.”
“Tapi,..Kakak,..”
“Tak ada tapi-tapi. Kakak tidur.
Esok kita telefon Kak Ju lagi!”
“Janji?”
“Janji ditepati!” Zafran senyum.
“Eh, macam iklan tv pulak!” Maya juga
senyum.
“Ayah!”
“Apa lagi?”
“Bila nak kahwin dengan Kak Ju?”
“Err,..
“Err,..err,..Kak Ju pun jawap macam tu!”
Aduh,
hari yang penat! Aku lelaki sejati,
perlu berani menerima kenyataan. Kena
reject dan juga ‘mereject’ itu adalah lumrah kehidupan. Tak kan nak tumbuk meja kerana cinta ditolak
oleh Julia. Ego tu namanya. Aku harus hormati keputusan Ju. Siapa aku untuk bertakhta kukuh di
hatinya? Mira, cinta abang ditolak, dan
usaha abang untuk mencari penggantimu gagal.
Maya cukup merana. Kesian
dia! Abang? Tipu kalau abang tidak merasa apa-apa dengan
penolakan Julia. Dan juga tipu, jika
abang kata abang tidak menyayanginya.
Hati manusia ni rapuh, Mira.
Terlalu mudah tersentuh, dan kerap menyayangi insan lain. Abang dah cintakan Ju,..Sama seperti abang
cinta Mira dulu. Wajah Ju mulai memburu
abang. Doakan abang agar boleh melupakan
Ju. Dia berhak mendapat lelaki yang
sempurna berbanding abang. Cuma
masalahnya Maya,..bagaimana abang dapat membuang Ju dari ingatan Maya. Bagaimana?
Penat memandang siling, Zafran mengiring
pula. Malam makin larut, sedangkan
Zafran sedikit pun tidak mengantuk.
Pemergian Julia sekaligus menolak pinangannya memberi tamparan hebat
kepada hatinya yang kosong.
“Julia, selamat malam, sayang!”
****
Julia
di dalam bilik Dahlia malam itu. Mata
Julia tidak menunjukkan tanda-tanda mahu lelap walaupun waktu menunjukkan pukul
2.00 pagi. Bunyi dengkuran Dini, teman
sebilik Dahlia benar-benar menambah keserabutan kepala Julia.
Apa kes lah Minah ni? Tu lah makan banyak sangat. Kan dah gemuk. Eh, dengkur dan gemuk ada kaitan ke? Lantaklah.
Bukan dengkur ni lelaki aje. Apa
kata aku ambik senduk. Orang tua kata,
kalau orang sedang dengkur, kita boleh ambik senduk, transfer dengkur kat orang
lain, dan pastikan orang tu tak sedar dari tidurnya. Nak buat ke?
Dibuatnya gemuk tu terjaga, dilempang aku. Tumpo kata orang Perak. Yang Lia ni, lena semacam aje. Dia tak dengar ke? Ke dia dah lali. Apa orang kata, alah bisa tegah biasa? Aduyaiii betullah!
Julia mengambil telefon bimbitnya di
sebelah.
Pukul dua suku dah? Bengkaklah mata aku ni, esok. Alah, bukan aku nak catwalk kat stage pun
esok. Bukan kerja atau mula cari kerja pun
esok! Rindu Maya lah pulak! Mesti dia dah tidur ni. Rasa nak balik aje esok, tunggu Maya balik
sekolah. Mesti dia melompat gembira
tengok aku nanti!
Ingatan Julia berlayar kepada
perbualannya di telefon bersama Maya beberapa jam yang lalu.
“Kak Ju,...Kakak ni. Kak Ju kat mana? Kak Ju tinggalkan kakak?”
Soalan pertama dari Maya yang bertalu
itu masih kukuh di ingatan Julia.
“Kak Ju di Kuala Lumpur. Kak Ju dapat kerja. Tu kena pergi Kuala Lumpur cepat. Bukan nak tinggalkan kakak,” Julia membohongi
Maya.
“Bila nak balik? Jumpa kakak?
Jumpa ayah?”
Jumpa ayah? Tak nak arr,..
“Err,..
“Bila?” Maya mendesak.
“Cuti nantilah. Eh, raya,..” Julia menjawab serba tak kena.
“Janji?”
“Eh, mestilah. Tak kan Kak Ju nak tipu kakak pulak!”
“Kahwin dengan ayah, bila pulak?”
Kahwin?
Dengan Mr.Dud pokai? Tak ada
dalam agendalah!
“Err,..”
“Bila?”
“Tanya ayah, eh,..nantilah bila Kak Ju
dah ada duit!” Julia semakin kalut.
“Nanti kakak tanya ayahlah!”
“Tanya apa?”
“Bila nak kahwin dengan Kak Ju lah!”
“Eh, jangan!”
“Bila Kak Ju nak balik? Esok balik!
Kakak nak peluk Kak Ju!”
“Tak boleh, kakak. Cuti nanti Kak Ju balik ye. Dah ye, kakak kena tidur!”
“Okay lah. Sayang kakak dulu!”
“Cuppp!
Sayang kakak busuk kat pipi montel dia!”
Rindunya kat kakak!
Julia masih tidak dapat melelapkan mata.
Dengkuran Dini masih kedengaran.
Kesian laki kau esok ni!
“Papp!”
Dahlia menepuk kuat kedua telapak tangannya tepat di tepi cuping telinga Julia.
“Amboi, Minah ni. Malam tadi kemain tak tidur. Ingat Si Duda kot! Ini pagi tak mau bangun solat subuh nampak!”
Julia masih lena.
“Nak kena Minah ni! Woooiiiiii bangunnnnn!”
Julia terjaga.
“Apa ni?
Buat bising malam-malam!”
“Malam apanya? Dah dekat pukul tujuh tu. Kau tak nak solat ke? Tak elok camtu. Kau kena bagi teladan kat anak kau!” pendek
kuliah subuh yang disampaikan oleh Dahlia, diakhiri dengan ketawa.
“Anak apa pulak?”
“Anak duda tu lah. Senanglah jaga anak dah besar. Tak payah pakai pampers dan buat susu!”
ketawa Dahlia masih belum reda.
“Podahlah kau!”
Julia bangun, bantal dibaling kepada
Dahlia.
“Duda mana? Siapa bercinta dengan duda?” Dini yang baru
muncul dari bilik air sibuk bertanya.
Ni lagi sorang. Berdengkur sampai nak cabut cuping telinga
aku. Sibuk pulak!
Julia pantas masuk ke bilik air. Wudhuk diambilnya tanpa menggosok gigi. Julia keluar dari bilik air. Sejadah dibentang tanpa mempedulikan Dini
yang tersengeh sambil mengenakan make-up.
Sambil
menggantung sejadah dan teleung, Julia menjeling Dini yang masih berdiri
mengenakan alat solek.
Tak habis lagi ke Si Babam ni make
up. Aduh, dah macam opera Cina aku
nengok. Udah-udah lah tu sapu
bedak. Kontras sangat dengan kulit muka.
“O, ada boyfriend duda ye, di kampung!”
Dini sengeh.
Ish, Lia ni kecoh betullah!
“Tak adalah. Tu jiran mak aku je. Anak dia duduk rumah aku balik sekolah.”
“Handsome?”
“Bolehlah!” Julia menjawab malas.
“You must be thinking about him last
night, kan?”
“Tak adalah. Mengapa pulak?”
“Dah aku tengok kau, macam tak boleh
tidur aje!”
Dol punya Minah. Dia tak tau ke aku tak boleh tidur sebab dia
dengkur!
Dahlia masuk ke bilik.
“Eh, nak tidur lagi?”
“Ye
lah. Someone is jealous!”
“Siapa jealous? Aku?
Tak ada maknenyerrr,..pagi ni nak jumpa customer handsome!”
“Bye,” Dini melangkah meninggalkan
bilik.
“Kunci rumah atas meja di dapur. Roti gardenia yang original tu boleh kau
makan. Aku punya. Jangan makan benda lain pulak. Bukan aku punya!” Dahlia memberi penerangan
sambil tersengeh.
“Roger!”
“Ada apa-apa, just give me a call! Aku kena cepat ni,..Punctual person!”
“Okay-okay. Byeee!!!”
Julia menarik selimutnya kembali paras
dada. Dahlia keluar.
“Kalut betul Minah over confident tu!”
Julia senyum sendiri.
“Selamat malam dunia!”
“Pukul
berapa ni?” Julia menolak selimutnya ke tepi.
Telefon bimbit dicapai.
“Hah?
Pukul sebelas?”
Julia terkocoh bangun, selimut dilipat
laju. Tilam nipis alas tidurnya dilipat
dua, lalu disusun di tepi bilik.
Begitulah keadaannya di rumah bujang, biar pun ahlinya merupakan graduan
universiti. Masing-masing baru mencari
tapak di alam pekerjaan. Masih
terumbang-ambing dalam ekonomi masing-masing.
Memikirkan duit TPTPN, duit keluarga di kampung, pasangan hidup, dan
pelbagai lagi kerusuhan hidup ini.
Julia menarik kasar tuala miliknya yang
tergantung di luar almari milik Dahlia.
Pintu bilik air ditolak cepat.
Apabila air membasahi badannya, Julia kembali ceria dan bahagia.
“Kalau aku kaya,..hari-hari hari raya,..
“Bil-bil jiran tetangga, aku bayar
semua,..”
“Eh, apa ke halnya aku nak bayar bil
orang. Kena saving. Kan nak bayar TPTPN, nak kahwin,..Kahwin? Mr.Dud?
Oh, tidak!”
Julia keluar dari bilik air. Telefon bimbit dicapai semula.
Alamak, mak call lah!
Julia menelefon Jaliah semula.
“Assalamualaikum, mak sayang. Apa kes?”
“Waalaikumussalam. Kes tak ada.
Apa hal tak jawab mak telefon ni?”
“Pagi sangat mak call. Ju mandilah mak!”
“Pagi kamu kata, pukul sebelas lebih
ni! Tak cari kerja ke ni? Dah alang-alang bawa diri ke KL kan?”
“Mak ni,..Tak baik tau perli-perli
Ju. Kan baru sampai petang semalam. Tak hilang penat lagi ni! Esoklah cari.
Lusa ke? Tulat ke? Kan duit ada lagi!” Julia ketawa.
“Banyaklah sangat duit kamu ye? Kalau habis nanti macamana? Nanti ada surat TPTPN datang macamana?”
“TPTPN tu kecohlah. Tak larinya Ju ni. Duit habis, mintak ayahlah. Tak kan mintak mak kot! Mak kede tahap gaban!”
“Merepek pandai. Ni, Si Zafran ada telefon, kamu? Apa katanya?
Masih menunggu kamu ke? Ke udah
tak nak kamu?”
“Tak cakap apa pun. Ju cakap dengan kakak aje malam tadi. Kira settle lah. Tak ada jodoh!”
“Kamu tak kesian ke pada Maya. Dibuatnya dapat mak tiri jahat. Habis budak tu. Hah, silap haribulan dijual ke apa?”
“Ala,..Zafran tak lah ngok sangat nak
kahwin perempuan tak tentu hal. Dah tak
ada jodoh. Mak kena redha,” Julia ketawa
lagi.
“Kamu menyesal nanti, Ju. Mana nak dapat laki baik macam Zafran tu,”
Jaliah bersuara perlahan.
Julia tiba-tiba diam. Ingatannya terbang mengingati wajah tampan
Zafran. Mr.Dud yang handsome. Tapi,..Aku tak nak hidup susahlah,..
“Ju!
Kamu ada lagi ke ni?”
“Ada.
Mak, Ju laparlah. Nak cari
makanan ni. Nanti Ju call mak ye?”
Julia
keluar dari bilik, menuju ruang tamu yang sunyi.
“Macam rumah aku pulak dah! Tak ada orang. Aku boleh melepak sepuasnya!”
Langsir di balkoni ditarik ke tepi. ‘Slinding door’ dibuka luas. Lrt di depan pandangan Julia laju bergerak.
Kuala Lumpurku. Adakah aku akan mencapai impianku di sini?
Kerjaya yang hebat, lelaki yang mampu aku banggakan apabila memperkenalkannya
kepada Kak Hani. Atau pun, impian itu berterbangan
menjadi debu. Dan akhirnya aku pulang ke
kampung, menanti pinangan orang kampung.
OMG! Aku tak nak!
“Laparlah pulak!”
Julia memegang perutnya. Terasa perit.
Julia melangkah laju ke dapur.
“Apa barang roti gardenia ni!
Aku nak makan nasik!”
Julia membuka kabinet dapur mencari beras.
Eh, banyaknya kampit beras. Masak asing-asing kot ni. Kan tak ada duit! Lawak betul.
Macamlah aku pun ada duit. Mana
satu pulak Lia punya ni? Ah,..Belasah
aje lah. Paling teruk aku termasak beras
Si Babam tu. Biarlah dia diet sikit,
beras dia aku ambik.
Julia terus membasuh beras dan
dimasukkan ke dalam periuk nasi.
Tangannya pantas membuka peti sejuk.
“Telur pun telurlah. Janji dapat lunch!”
Nak masak apa telur ni? Haa, ada kicap. Masak kicap telurlah.
“Beginilah nasib, diriku yang malang oh,
Tuhan...
“Kena makan telur kicap sempoi
sendriii...”
Telur kicap? Bukan kakak cakap, Mr.Dud masak telur kicap
ke dulu?
“Eee,..pehal pulak aku ingat Mr.Dud
ni? Aku suka dia ke ni? Confiusssss betul!”
Julia
menikmati makan tengaharinya seorang diri di ruang tamu. Televisyen yang dipasang langsung tidak
dihiraukan. Julia melayani perasaannya
yang merindui seseorang. Siapkah orang
itu? Adakah Maya atau insan lain? Jeritan telefon bimbitnya, menyedarkan Maya
yang termanggu di depan rezeki.
“Hello sayang,..berangan lagi ke?”
Dahlia dapat meneka apa yang tersirat di dalam hati Julia.
“Nope!
I’m having lunch. Masak kicap
telur.”
“Woitt!
Telur siapa kau masak? Aku tak
beli telur!” Dahlia ketawa kuat.
“Entah.
Si Babam punya kot!”
“Bising nanti dia tu. Kau tak tau dia kede tahap apa tah!”
“Petang nanti aku turunlah beli
barang. Ileks lah. Ni beras siapa tah aku masak.”
“Hahaha,..beras belasah aje. Tak kan housemates aku perasan. Tapi bab telur, mesti diaorang kira
punyalah!”
“Okay-okay. Nanti aku turun beli. Tak ada hallah!”
“Kau okay tak ni?”
“Okay aje.”
“Are you sure?”
“Okay,..Cuma,..Something like missing in
my heart! Cewah,..Yo-yo o je kan?”
“Kau ingat cikgu sekolah yang reject kau
tu ke?”
“Tak pulak!”
“Habis tu? Duda tu?
Kau kata kau tak nak. Tak ada
hati. Not your type kunun. Tak nak hidup susah. Ni apa cite ni, beb?”
“Taklah.
Eh, entahlah! Kau baliklah
cepat. Aku rindu kau!”
“Rindu aku? Kau nak mampus?”
Julia
masih memegang telefon bimbitnya. Skrin
telefon yang tertera nombor telefon Zafran itu ditenung lama.
Ish, apa cite aku ni? Dah angau kat Mr.Dud ke? Tidak!
Oh tidak! Mana boleh angau camni. Aku tak boleh kahwin dengan lelaki
pokai! Nehi, nehi,...Love is nothing
without money. Money! Money!
Money! Tengok gambar kakaklah.
Jari runcing Julia mencari gambar
Maya. Gambar Maya yang tersengeh manis
itu cukup membuat Julia terhibur seketika.
“Kak Ju rindu kakak sangat. Baru sehari tak jumpa. Bilalah kakak nak call lagi ni?”
Kenangan bersama Maya menjelma di mata
Julia.
“Kenapa kakak tak nak naik motor dengan
ayah?”
“Kak Ju lah naik motor dengan ayah!”
Maya ketawa kuat.
“Kalau Kak Ju naik dengan ayah, kakak
nak naik dengan siapa?”
“Kakak tak payah ikut. Kak Ju dan ayah aje keluar makan,” Maya
ketawa lagi.
“Apa kakak ni. Kak Ju tak nak lah keluar makan dengan kakak
lain kali.”
“Majuk?”
“Ye lah!
Kakak cakap merepek!”
“Kakak sayang Kak Ju. Duduklah rumah kakak ye!”
Julia tidak menjawab lagi kata-kata
Julia. Perjalanan ke kedai makan
diteruskan dengan Zafran mengekorinya di belakang.
Turun
dari motosikal, Maya mencapai tangan Julia mesra. Zafran yang berada berdekatan malu-malu
menuruti Julia dan Maya masuk ke dalam kedai makan.
“Kak Ju nak belanja kitaorang makan apa
ni?” Zafran memulakan perbualan setelah mereka duduk.
“Kakak nak sate!” Maya berkata kuat.
“Boleh makan apa aje, sebab Mr.Dud yang
bayar! Eh,..ayah Maya yang bayar!”
Wajah Zafran merah padam menahan
malu. Julia yang melihat wajah Zafran
merasa bersalah.
“Zafran, sorry!”
“That’s okay. Memang I dud kan?”
Mak ai, I tu! Sejak bila drebar lori, pandai ber U, I
ni,..ngada betul!
“Dud tu apa Kak Ju?”
Julia diam.
“Dud tu macam ayahlah. Tak ada isteri,” Zafran menjawab lembut.
Sadisnya bunyi. Kesian jugak kat kau ye!
“Kita order!” Julia menukar isu pantas. Tangannya laju diangkat untuk menarik
perhatian pekerja kedai makan.
“Malam ni saya belanja Ju. Terima kasih sebab sayang Maya,”suara Zafran
terasa merdu di pendengaran Julia.
Julia tersenyum tawar.
“Ayah, Kak Ju malu tu. Ayahlah order untuk Kak Ju!”
“Kakak!”
Zafran pula senyum. Julia yang melihatnya terpegun.
Sebijik Remy Ishak akulah!
Julia kembali kepada realiti. Di depannya skrin televisyen yang
terpasang. Tiada Maya dan juga klon Remy
Ishak!
**** sorry ekh,..Ju suka RM banding
Remy,...ngeee
BEST.
ReplyDeleteComel la sgt Maya tu. Ju ko ni kejam la kat Maya.
ReplyDeleteCik DS, tak nak la Bront n Remy, Ady Putra pun x nak. Jemu dah. Y not pick someone new like Hisham (lupa his full name) or other actors. Thank u ya.
ReplyDeletebetul tu, wang bukan segalanya tapi sekarang ni semuanya erlukan wang
ReplyDeletebest...best
ReplyDelete