Mr.Dud Next Door
Bab 8
***** Hati manusia ini terlalu
rapuh-kerap jatuh cinta...hehe...Ke penulis kembali fallen ...again..haha
Kereta
Toyota Camry 2.0 berhenti betul-betul di depan rumah Jaliah.
“Ponnnnn!”
Jaliah menyelak tingkap rumahnya.
“Kereta siapa pulak tu? Tak kan saudara-mara Zafran kot! Mustahil!
Eh,.Bukan anak aku tu! Ju! Ju!
Tengok siapa datang ni!”
Jaliah pantas membuka pintu. Hani berjalan masuk membuka pintu pagar yang
tidak berkunci dengan mendukung Qila.
“Ingat jugak kamu jalan balik rumah mak,
ye? Mak ingat kamu lupa dah!”
“Mak ni, kan orang balik dah ni!”
Jaliah mengambil Qila dari dukungan Hani.
“Cucu tok sayang,..Lamanya tak
jumpa. Dah berlari kamu ye!”
Qila yang sudah melebihi empat bulan
tidak berjumpa dengan nenek tercinta, meronta-ronta dalam pelukan Jaliah.
“Uyun!
Mummy!,..Uyun!”
Jaliah menurunkan Qila dari dukungan. Qila berlari mendapatkan Hani.
“Mak sihat?” Hani menyalami Jaliah.
“Sihatlah. Lama kamu tak balik! Sibuk sangat ye?”
Hani memegang tangan Qila, menuruti
langkah Jaliah masuk ke dalam rumah.
Julia muncul dari bilik bersama Maya.
“Ha, anak siapa pulak kau pungut
tu? Jadi mak segera ke?”
Julia terkunjat dengan kata-kata kasar
kakaknya.
Berlagak sangat dia ni, kenapa? Meroyan ke?
Mujur kakak aku!
Julia tersenyum tawar. Salam dihulur.
“Akak sihat?”
Maya
leka bermain dengan Qila bersama longgokan alat permainan yang dibawa oleh
Hani. Zul berwajah kelat menekan-nekan
alat kawalan jauh astro di tangan. Lagak
seperti anak datuk yang pertama kali menjejak kaki di rumah kos rendah yang
merimaskan.
Julia muncul meletakkan dulang berisi
jag dan dua biji gelas di depan Zul.
“Minum, bang!”
“Ermm!”
“Kereta baru ke?”
“Ermm!”
Ni lagi sorang nak kena sepak aku! Baru tukar Camry dah kerek semacam. Aduh, dulu Vios berkerak je masuk site! Kau tunggu aku dapat laki kaya nanti! Tunggguuuu!
“Kakak main elok-elok dengan Qila ye?”
Maya sengeh.
“Okay, Kak Ju!”
Julia kembali mendapatkan Jaliah dan Hani
di dapur.
“Seronoklah kau ye sekarang?”
“Apa yang seronok?” Julia tidak jelas
dengan pertanyaan Hani.
“Ye lah.
Dapat anak segera, bakal dapat duda idaman tuuu. Handsome ke?
Kerja apa, mak?”
“Ayah Si Maya tu bawak lori. Tak pulak dia cakap suka adik kamu ni. Takat laki kamu, handsome lagi duda tu. Tapi dia tak ada kereta besar macam laki
kamu!”
“Hahaha,..Bawak lori? Patutlah bini dia lari!”
“Mulut kamu tu, jaga sikit. Dengar budak Maya tu nanti. Mak Maya tu dah meninggal,” Jaliah berkata
perlahan.
Julia diam. Tidak mahu mencaras kata-kata kakaknya
itu. Kesabaran dan rasa hormat Julia
terhadap kakak yang lebih tua dua tahun darinya itu masih kejap.
“Mengapa senyap aje? Buat apa sekarang? Dah boleh petik ke anggur yang kau tanam?”
Dia mula lagilah tu. Apa aku nak jawab ni? Kenapalah aku dapat kakak macam ni!
“Ju jadi guru ganti sekarang ni. Nak masuk tiga bulan,” Jaliah menjawab soalan
Hani yang ditujukan kepada Julia.
“Guru ganti? Berapa sen kau dapat? Sehari seratus aje kan?”
“Akak dah lupa ke?”
“Lupa apa?”
“Yang akak pun cikgu jugak! Berapa sen pulak gaji akak tu?”
Wajah manis Hani berubah.
“Hey!
Aku ni cikgu tetap. Kira
bulan. Ada elaun semua. Bukan kira hari macam kau! Satu lagi, aku ada laki. Laki tu ada duit! Bukan duda duduk rumah berkerak kat sebelah
tu!”
“Sudah!
Korang berdua, asal jumpa saja bergaduh.
Bergaduh. Tak boleh ke
berbaik. Kamu berdua nak tengok aku mati
ye?” Jaliah sebak. Tidak disangka
kedua-dua orang anak perempuannya itu sanggup berbalah di depannya. Julia berjalan pantas meninggalkan dapur,
masuk ke bilik.
Salman
merenung skrin televisyen di depannya tanpa perasaan. Perasaan kesal bersarang kukuh di hati. Kurang asam punya menantu, nak tidur di sini
semalam pun tak mau. Hani pun sama. Tu baru kahwin dengan jurutera legam kena
panas di tapak pembinaan. Kalau dapat
anak CEO syarikat, macamana?
“Eh, abang tak siap lagi? Kejap lagi Hani dan Zul sampai, bising pulak
budak-budak tu!”
“Siap apanya? Jurutera kesayangan awak tu nak bawak makan
di hotel ke? Nak bersiap bagai. Abang macam ni lah. Nak bersiap apa lagi!”
“Dengar Si Hani nanti, kecik hati dia,
bang!”
“Kecik hati Hani awak risau, kecik hati
kita, ada dia fikir. Ikut saja bongkak
laki dia tu. Apa salahnya tidur di sini
semalam je. Nak tidur di homestay pulak!”
“Saya pun sakit hati, bang. Tapi nak buat macamana? Tak kan nak hamun menantu dan Hani tu! Tak balik lagi nanti ke rumah ni!”
“Tu lah awak. Manjakan sangat Hani tu. Tengok sekarang ni! Mendongak ke langit!”
Jaliah bungkam. Tidak mampu lagi menepis kata-kata suaminya.
“Ju mana ni? Tak nak ikut?”
Jaliah menggeleng.
“Hah, kenapa pulak?”
“Tadi budak-budak tu bertekak!”
“Balik sini, nak jumpa keluarga ke? Nak gaduh?”
Sepeninggalan
Jaliah dan Salman makan malam bersama Hani dan suami, Julia memerap sahaja di
dalam bilik. Sakit hatinya terhadap Hani
belum reda.
“Kenapa Kak Hani berubah macam ni? Confiusnyer aku! Kalau aku dapat laki kaya esok, aku jadi macam
dia jugak ke? Ish, tak naklah sombong
macam tu! Tapi kalau aku dapat laki
pokai, sampai bila-bila Kak Hani akan buli aku.
Huwaaaa....!” Julia menjerit kecil.
Kesian Mr.Dud! Tak pasal-pasal kena kutuk teruk dengan Kak
Hani. Eh, bukan aku pun ada kutuk dia
ke? Aku pun banyak salah kat dia
tu. Aduhai!
“Busannnnyer!”
Julia bangun dari katil, lalu keluar
dari bilik. Alat kawalan jauh dicapai, namun dicampak perlahan ke
sofa. Julia melangkah keluar rumah
menghirup udara malam yang segar.
“Malangnya nasib!”
“Tak baik mengeluh begitu Kak Ju Cantik!”
Julia menoleh. Zafran merenungnya di dalam kesamaran malam.
“Awak ngendap saya ye?”
“Ngendap apanya. Saya lupa ambik kunci motor saya. Nanti kena curi pulak. Dahlah saya ni duda pokai. Nanti kena jalan kaki pulak pergi kerja!”
Zafran menjawab panjang lebar.
Apa pulak dia bebel ni? Aduh!
Podah betullah!
“Huh!
Malas layan!”
Julia laju masuk ke dalam rumah. Zafran tersenyum pahit.
“Aduh, betul ke dia bakal mama Maya ni?”
Julia menutup pintu tanpa
menguncinya. Langkah diatur menuju bilik
laju. Julia menghempas badannya di atas
katil.
“Tidurlah!”
****
Julia
di dalam bilik guru. Cikgu Hafsah
berjalan laju menuju meja Julia. Sampai
di meja Julia, guru berumur empat puluh tahun itu termengah-mengah kepenatan.
“Kenapa akak ni?”
“Habislah kau Ju!”
“Apa yang habis ni? Gaji saya belum dapat pun!” Julia sengeh
lawa.
“Kamu ni lawa. Tapi dah terlambat!”
“Confiuslah akak ni. Kejap habis!
Kejap terlambat. Duduk dulu. Cer cerita elok-elok. Bagi Cikgu Bedah faham!” Julia ketawa kecil.
“Gini, Cikgu Bedah. Akak baru dapat tau, Zaini tu dah
bertunang! Bulan Jun ni kahwin! Memang kamu tak ada peluanglah!”
Berderau darah Julia. Cepat-cepat Julia menguasai diri bagi
mengelakkan dikesan oleh Cikgu Hafsah.
“La, biarlah! Saya pun ada boyfriend lah!” Julia berkata
yakin.
“Syukran! Akak takut kamu betul-betul suka pada Zaini
tadi. Menangis ke apa! Okay lah.
Akak ada kelas ni!”
Cikgu Hafsah terkocoh pergi.
Julia menelan air liurnya.
Dah nak kahwin? Tapi tengok-tengok aku tu kenapa? Mujur aku belum parah. Dasar lelaki!
Pen merah di tangan dicampak perlahan di
atas meja. Mood untuk menanda esei
Bahasa Malaysia pelajar-pelajar tingkatan lima itu terus hilang.
Habislah! Satu-satunya calon harapan aku dah
terlepas! Mana ada ikan lain! Aku tak ada kerja tetap, tak ada
boyfriend! Tolooonggg!
Julia memandang ke hadapan. Ke meja di mana guru-guru lelaki berada. Meja Zaini kosong. Bayang Zaini juga tidak kelihatan.
Pergilah sayang! Tinggalkan aku! Pergilahh sayanggg! Cewah, cam lagu Ella and Korie plak! Mak, macamana ni? Macamanalah nak face Kak Hani? Raya nanti dia mesti balik kan? Aduyaiiii Nur Julia Arina!
Petang
itu Julia pulang dengan wajah sepuluh sen.
Tak berseri. Apa yang lebih tepat
tak cunlah! Maya telah menantinya di
depan pintu. Kanak-kanak perempuan
berumur tujuh tahun tersebut telah cantik, bersikat rapi dan berbedak, amat
berbeda dengan Julia yang busuk hangit seharian bekerja. Tanpa mempedulikan Maya, Julia terus masuk ke
rumah, berlalu ke biliknya. Maya pelik.
“Kak Ju!”
Tiada jawapan dari Julia. Julia menutup pintu rapat, malah
menguncinya. Maya berdiri di depan pintu
bilik Julia.
“Kak Ju!
Kakak nak masuk, boleh tak?”
“Kak Ju penatlah. Nak rehat.
Kakak tengok tv lah!”
Tiada respons Maya yang kedengaran. Tanpa membuka tudung, Julia merebahkan
badannya.
“Zaini!”
Apa hal pulak aku masih sebut nama dia
ni? Bikin mood rosak aje! Kentut punya mamat! Dah bertunang tu, buatlah cara dah bertunang. Ni dok control handsome depan aku. Mestilah aku terguda. Aku kan perempuan biasa. Dapat cikgu
lelaki tu dah kira ok sangat bagi aku.
Huwaaaaaa,...
Itulah realitinya berkenaan pasaran
seorang guru lelaki. Disebabkan bilangan
guru lelaki terlalu sedikit, sewaktu mengikuti kursus perguruan di unversiti
lagi mereka telah menjadi rebutan. Untuk
memiliki guru lelaki setelah mereka mengajar, adalah sukar. Zaini sebagai contoh yang paling tepat.
Julia memeluk bantal peluknya.
“Menci!
Menci! Menci!”
Julia
terjaga dari tidur. Jam di dinding tepat
menunjukkan pukul 6.00 petang. Ingatan
Julia terhadap Maya menerpa.
“Eh, kakak! Kesian kakak!”
Julia dengan pantas membuka pintu
biliknya. Maya tiada. Di ruang tamu juga tiada.
“Mana Maya, mak?”
Jaliah yang sedang menghirup kopi panas
di dapur tidak terus menjawab soalan Julia.
“Comot betul ayah tengok kamu, Ju!”
“Ayah ni!”
“Tadi budak tu nak masuk bilik kamu,
kamu kunci. Ni dia dah balik, baru kamu
sibuk ye?” Jaliah berkata pedas.
“Kenapa ni, Ju? Serabut ayah tengok. Pergi mandilah!”
Julia berlalu ke biliknya tanpa sepatah
kata.
“Kenapa anak awak tu? Pelik saya tengok! Masih sakit hati dengan Hani ke?”
“Tak kanlah. Dekat seminggu, tak kan kecik hati lagi. Adalah halnya tu di sekolah. Maya yang jadi mangsa. Monyok je balik tadi. Terus kunci pintu bilik!”
“Kena marah dengan Pengetua kot! Kan Ju tu tak tau mengajar. Agaknya apalah yang diajar!”
“Boleh ke nak marah guru ganti. Itu kan nasib baik ada guru ganti. Kalau tak ada orang ganti. Ha, lagilah budak-budak tu melopong aje dalam
kelas!”
“Betul jugak tu, Ja. Nanti abang bagitau Kementerian
Pendidikan. Patutnya guru ganti ni
dibagi gaji sama saja dengan guru betul!
Ha, dah macam wakil rakyat hilang wang pertaruhan pulak abang ni kan?”
Jaliah ketawa.
“Kenapalah dengan anak kesayangan abang
tu, ye Ja. Awak tu, sebagai mak,
dengarlah keluhan dia sikit. Dia tu
dahlah tak ada kerja tetap, tak ada buah hati lagi. Kenapanya di U dulu Ju tak cari ye?”
“Ju bukan nak sangat cerita hal
peribadinya pada saya. Kan dia rapat
dengan abang. Abanglah tanya, kenapa dia
macam tu! Kan di U dulu sibuk. Belajar.
Bukan nak cari lelaki. Bila dah
habis belajar, susah pulak nak cari!”
“Susah sangat kita carikan saja Ju tu
calon!”
****
Julia
bersiap rapi selesai menunaikan solat Maghrib.
Langkah diatur menuju bilik kedua ibu bapanya.
“Mak, Ju keluar kejap ye?”
“Nak ke mana tu?” Jaliah menjawab dari
dalam bilik.
“Keluar dengan kakak kejap!”
“Ha, balik cepat. Elok-elok bawak anak orang tu jalan. Ni malam ni!”
“Ju, pergi, mak!”
Julia menyarung sandal cepat.
Huh, mujur Mr.Dud tak keluar!
“Assalamualaikum. Maya!
Maya!”
Tiada suara yang menjawab salam Julia,
walaupun pintu berbunyi, tanda orang membukanya. Maya berwajah masam muncul di depan Julia.
“Kakak dinner dengan Kak Ju ye? Kak Ju nak ajak kakak makan di kedai. Nak?”
Maya menggeleng pantas.
“Ala,..sian Kak Ju. Jemu dah makan malam di rumah. Kakak teman kak Ju ye?”
“Pergilah kakak. Kesian Kak Ju tak ada teman,” Zafran bersuara
lembut.
Berdegup kencang dada Julia.
Cis, suara cam hero pujuk heroin plak
dah! Jauhlah. Jangan gudaaaa aku!
“Kan ayah dah masak! Siapa nak makan?”
“Ayahlah makan. Kakak teman Kak Ju ye?”
“Kesian ayah makan sorang-sorang!”
Sebak hati ‘brutal’ Julia mendengar
perbualan dua beranak itu.
“Jomlah ajak ayah makan sama kat luar!”
lancar mulut Julia memberi cadangan kepada Maya.
Cis, sukalah tu! Ngada je.
Zafran berwajah selamba.
Jual mahallah tu! Dalam hati mesti meronta tu!
“Ayah nak ikut?”
“Boleh ke?” Zafran tersenyum simpul.
Dah macam dud gatal aku nengok. Tapi lantaklah. Asal aku dapat pujuk Maya. Kawan baik aku tu!
“Kakak naik dengan Kak Ju ye?” Julia senyum
kepada Maya.
Maya juga senyum. Rajuknya kepada Julia telah hilang.
“Ehem-ehem!”
Julia yang melangkah masuk ke ruang tamu
berhenti dari terus melangkah.
“Tadi Ju nak pujuk Maya. Tu ajak dia keluar makan. Tapi Maya tak sampai hati tengok ayahnya
makan sorang-sorang. Ju ajaklah Mr.Dud
sekali. Mak dan ayah jangan salah sangka
pulak ye?”
“Ayah tak cakap apa pun!” Salman senyum sumbing.
“Dah ayah bunyi ‘ehem-ehem’ tadi
kenapa?”
“Kalau ada apa-apa pun, apa
salahnya. Ingat senang nak cari laki
baik macam Zafran tu! Tak
berfoya-foya. Elok saja jaga anak. Kalau mak ni, bujang. Hari-hari mak hantar lauk padanya!”
“Bunyi macam ada hati saja Hajah Jaliah
kita ni!”
“Abang tak tengok bapak punya handsome
duda tu. Macam sape? Pelakon hitam manis dari Singapura yang kurus
tu?”
“Adi Putra ke, mak?”
“Buat apa dia tu. Bini orang pun nak sapu. Yang bujang tu lah!”
Remy Ishak? Mak ni, memang sama citarasalah bab
lelaki!
“Remy ye, mak? Ayah kenal ke Remy Ishak?”
“Nak cakap depan tv atau belakang tv?”
“Yang betullah, ayah!”
“Cakap belakang tv lah ye? Ayah kenal penyanyi dari Bagan Datuk, Perak
tu saja. M.Daud Kilau!”
Ketawa Julia meletup. Jaliah senyum.
“Apa ke barang penyanyi dangdut lama tu,
ayah. Ayah ni kena tengok
Melodilah. Yang retis pompuan, ayah
kenal sape?”
“Kalau artis perempuan. Ramailah ayah kenal.”
“Yang paling hot sekarang ni?”
“Eleh, yang bercinta dengan siapa tu? Isak-isak?”
“Isaac lah ayah. Hans Isaac.
Nealofa! Yang pompuan ayah kenal
pulak?”
“Itulah namanya lelaki, Ju oi. Mak rasalah Ju. Zafran tu dah suka pada kamu. Dulu mula-mula pindah sini, bukan main muka
toyo sedih! La ni, mak nengok ceria
semacam saja! Hati ada tamanlah tu!”
“Sorry lah mak. Not my type!
Mak dan Mak Senah tolonglah carikan as orang kuat lorong ye! Good night mummy, my lovely daddy!”
Julia
masuk ke biliknya. Salman masih
tersenyum-simpul.
“Apa yang abang sengehkan lagi?”
“Ju tu macam ada hati saja pada duda
sebelah rumah kita ni!”
“Abang suka ke, kita bermenantukan
duda?”
“Apa ke salahnya. Tak dak firman Allah dan hadis yang larang
anak dara kahwin dengan duda. Awak tak
perasan, balik saja keluar dengan Maya, hilang serabut anak kita tu!”
“Ju tu sayang sangat dengan Maya. Dengan Zafran, tak tau nak katalah,
bang. Tak berani saya nak membaca isi
hati anak kesayangan abang tu. Abanglah
tanya.”
“Mula-mula, memanglah sayang anak. Lepas tu, apa cerita? Mesti sayang ayah jugak kan?”
“Abang jangan lupa, Ju tu berangankan
laki kaya. Lebih-lebih lagi lepas
bertekak dengan Hani. Tak kan dia nak
berlakikan laki lebih sengkek dari Zul!”
“Janganlah awak sebut nama menantu
kurang ajar tu!”
“Kurang ajar pun, menantu abang
jugak. Hani bukan main sayang
padanya. Saya ni makan hati saja masa
kita makan malam tu!”
****
Zafran
di rumah sewanya. Duduk salah, baring
salah, dan berjalan pun salah. Semuanya
serba tak kena bagi Zafran.
Kenapalah dengan aku ni! Aku suka dia ke? Baru nak masuk empat bulan ni, tak kan aku
sudah jatuh hati kat perempuan lain?
Mira?
“Mira dah tak ada. Empat bulan cukup lama, untuk kau kembali
memulakan hidup baru. Mira tentu suka,
kalau kau bahagia. Dan yang lebih
penting, Maya pun gembira!” Entah dari
mana suara itu kedengaran, walaupun Zafran merasakan terlalu hampir di cuping
telinganya.
Kalau dia tak suka? Buat malu aku aje!
Penat duduk di sofa, Zafran bangun
membuka tingkap.
Biar betul ni?
Zafran memejamkan mata, lalu membuka
matanya semula. Wajah Julia yang
dilihatnya sebentar tadi hilang.
Kronik aku ni! Macamana boleh suka perempuan lagi selepas
kehilangan Mira! Mira yang aku
gila. Aku cinta. Aku telah hilang segalanya demi Mira. Tapi kini, aku jatuh cinta lagi?
Rapuhnya cintaku kepada Mira! Maafkan abang, Mira! Maafkan abang!
Tingkap ditutup. Zafran melangkah longlai menuju bilik. Tilam bujangnya yang terbentang di lantai
sedia menerima tubuh lesunya.
“Nak ke Kak Ju Cantik tu tidur dalam
bilik tak ada katil ni? Dengan duda pokai
ni? Pokai? Mana aku nak cekau duit hantaran ni? Huh!
Memang gila betullah nak pinang anak dara orang tapi pokai!”
Kipas berkarat di siling berpusing
perlahan, turut bersimpati dengan impian Zafran yang kelam.
Kipas, kau sama macam aku. Hina besi kerana karat, hina manusia kerana
miskin! Nasib kita serupa.
****
Julia
melalui minggu terakhir di sekolah dengan hati yang kosong. Tawar dan penuh dengan luka.
Lukalah sangat aku ni. Macamlah dah bercinta sakan dengan
Zaini. Aku yang SS lagi nak salahkan
orang!
“Esok hari akhir kan?” Zaini yang entah
dari mana, muncul di tepi mejanya.
Terkunjat aku! Mamat ni!
“Err,..Haa,..” Julia menjawab gugup.
“Jom minum. Saya belanja!”
“Err,..Tak apalah,” Julia mulai kalut.
“Lepas ni tak jumpa lagi kan? Apa salahnya saya belanja makan. Biarlah nak gosip pun! Awak kan last day, esok!”
“Jom!” Zaini mula melangkah.
Julia tiada pilihan. Dalam terpaksa, Julia menurut langkah Zaini.
Dapat tengok kau dari belakang pun,
cukuplah wahai pujaanku!
Tiba
di kantin, makanan yang disediakan untuk guru telah tiada kerana jam telah
menunjukkan pukul 12.00 tengahari.
“Saya order mee gorenglah untuk awak
ye?”
“Okay!”
“Air?”
“Apa-apa!”
“Okay.
Awak duduk dulu!”
Sepuluh minit berlalu, Zaini tiba
membawa dua pinggan mee goreng, sementara pekerja kantin membawa dua gelas teh
o ais limau.
Sampai pun. Tadi dia tolong goreng mee tu ke?”
“Maaf, tadi terborak dengan owner kantin
plak! Sorry ye!”
Julia menyedut air minumannya sambil ‘Control malu’.
“Saya minta maaf lagi!” Zaini bersuara
perlahan.
“Untuk apa?” Julia berwajah pelik.
“Tidak dapat terima cinta awak!”
“Apaa????”
“Saya tau awak sukakan saya! Kita lewat ditemukan. I percaya jodoh. Semua perancangan Allah.”
Ishhhhhhh,..Malunya aku!
“Saya juga sukakan awak. Tapi kita tak ada jodoh,..Maaf. Saya memang pendiam, tapi saya suka
berterus-terang!”
Begitulah jodoh, hanya Allah yang
mengetahuinya kerana ianya rahsia Allah.
Maka bersabarlah menunggu cinta sejati dan jodoh dariNya kerana Dia
telah menetapkan untuk kita semua pasangan yang ideal. FirmanNya: “....Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan.” (Surah
Adz-Dzariyat:Ayat 49).
****
Julia ni logic ke tak? Nak sape
sebenarnya?...Zafran?..Zaini?..
best...3x.
ReplyDeleteJu nak org kaya jer
ReplyDeletejulia tak pandang ke baikkan Zafran, yang dia tahu dan nak saja lelaki kaya, shallow nya julia ni.
ReplyDelete