Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab
12- Angau seorang lelaki sejati,..adusss,..masih adakah di luar sana?..
Suffian
memandu perlahan menuju ke pejabat.
Ingatannya terhadap Adelia yang berdiri memandangnya pergi tadi masih
kukuh di ingatan.
“Andainya, detik dan waktu boleh
diundur, tentunya abang mahu melafazkan kalimah cinta itu. Apakan daya abang ketika ini. Adakah benar jodoh tidak berpihak kepada kita?”Hati
Suffian berbicara.
Suffian masih tidak tahu bagaimana harus
melawan perasaannya terhadap Adelia kini.
Mencintai adik sendiri walaupun bukan adik kandung sudah tentu akan
menimbulkan isu besar kepada kedua ibu bapanya.
Suffian masih ingat bagaimana mamanya amat risau dengan kearkraban
Suffian dan Adelia. Jika perasaan ini
diketahui oleh mamanya, sudah pasti semakin menimbulkan kerisauan wanita
bergelar datin tersebut. Begitu juga dengan
Adelia, yang Suffian amat pasti tidak pernah mengetahui perasaannya itu. Suffian juga yakin, Adelia tidak menyimpan
sebarang perasaan terhadap dirinya. Dan
satu realiti yang harus Suffian terima, iaitu Amanda. Bolehkah Suffian membuang Amanda yang kini
akan bergelar isterinya tidak lama lagi.
Mampukah Suffian menolak ketentuan itu?
Johan? Tiba-tiba nama rakan baiknya itu muncul di
kotak fikiran Suffian. Hanya Johan yang
mampu menolongnya kini. Dengan
melepaskan Adelia kepada Johan sahaja, Suffian mampu melawan perasaannya
terhadap Adelia. Suffian melepaskan
keluhan yang berat setelah mengingati respons Adelia yang hambar terhadap
Johan. Lebih sebulan Johan memburu
adiknya itu, namun sekali pertemuan pun masih gagal diraih ini kan pula hati Adelia. Dan jika Adelia telah menerima Johan sekali pun,
dapatkah Suffian mengawal api cemburunya nanti?
Sekali lagi Suffian melepaskan keluhan yang berat. Suffian sedar kini, betapa hebatnya pukulan
cinta terhadap diri seseorang. Suffian
merasakan lebih mudah kehilangan tender dari melawan perasaan cinta yang
terhalang. Suffian tiba di bangunan
pejabatnya.
“Morning Mr.Haykal Suffian,”penyambut
tetamu di bahagian bawah pejabat menyapanya.
Suffian hanya menyambut sapaan tersebut dengan sebuah senyuman tipis. Pintu lif ditekan. Suffian masuk ke dalam perut lif.
“Handsome pagi ni!”Mimi pula menyapanya
sejurus Suffian masuk ke bahagian jabatannya.
Seperti tadi, Suffian hanya menghadiahkan senyuman yang tipis untuk
Mimi. Ternyata mood kegembiraan Suffian
telah hilang. Suffian masuk ke dalam
biliknya, dan duduk di kerusi empuk melepaskan keluhan. Pintu bilik diketuk perlahan. Mimi masuk dengan senyuman melekat di
bibirnya.
“Kenapa ni bos? Dahlah mc tak bagitau. Pagi ni tak ada mood pulak. What’s up? Gaduh dengan Cik Amanda?”Mimi bertanya
perlahan.
Sememangnya hubungan Suffian dengan
setiausahanya itu agak rapat. Suffian
juga pernah beberapa kali bertemu dengan suami Mimi di majlis-majlis anjuran
syarikat milik Datuk Aman Zainal.
“U ni.
I tak sihat. Tak bolehkah
mc? Ada appointment untuk i hari ni?”
“Ada.
Dengan Tan Sri Syed Mustapha pukul 10.30 pagi.”
“I ada hal tengahari ni. Takut meeting lewat habis pulak. U call datuk, dia tentu suka berborak panjang
dengan tan sri.”
Mimi
keluar dari bilik Suffian. Suffian
mencapai telefon bimbitnya di atas meja.
Gambar Adelia bersama dirinya berpakaian baju pengantin itu, Suffian
tatap lama. Semakin lama ditatap,
semakin luka Suffian rasakan hatinya.
Mengapa Allah mengujinya kini, dengan ujian yang betul-betul mengguris
jiwa. Di mana perginya Haykal Suffian
yang matang, bijak dan mampu membuat keputusan rasional di dalam hidup? Suffian melepaskan keluhan lagi. Nombor telefon Adelia dicari dan ditekan.
“Yup, Mr.Haykal Suffian yang
sombong. Dah habis ke meeting pagi
ni. Ada apa ni call orang ni?”Seperti
biasa suara manja Adelia ceria di talian walaupun baru pagi tadi Suffian telah
mengguris hatinya.
“Sorry lah Si Cute, abang ada masalah
sikit. Tu tak ada mood tu,”Suffian
berkata perlahan.
“Mesti gaduh dengan Kak Amanda ni. Gaduh dengan Kak Amanda saja, adik yang jadi
mangsa. Malas layan abang lagi,”Adelia
bernada rajuk kepada Suffian.
“Sorrylah adik. Nanti abang belanja shopping dan
makan-makan,”Suffian memujuk Adelia perlahan, meresap sendiri di dalam hatinya
yang rapuh. Hatinya yang amat menyayangi
Adelia, melebihi kasih-sayang sebagai adik.
Suffian tidak mampu lagi membohongi hatinya sendiri.
“Sorry ja? Nanti belanja adik shopping tau before abang
kahwin. Lepas kahwin mesti tak boleh lagi jalan-jalan,
shopping-shopping dengan abang.
Janji?”Adelia bermanja dengan Suffian.
Luluh hati lelaki Suffian mendengar
kata-kata Adelia tersebut. Seandainya
Adelia tahu bagaimana perasaannya ketika ini.
“Ok.
Abang janji. Adik boleh beli apa
saja adik nak. Tanda kasih-sayang yang
tak bertepi abang kepada adik.”
“Eh, kenapa abang ni. Macam cakap dengan kekasih pulak. Ngeri adik dengar. Cakap macam tu dengan Kak Amanda, bukan
dengan adik!”
“Dah memang abang sayangkan
adik,”Suffian berkata perlahan.
****
Tina turun dari kereta Mikhael dengan tawa
riang di hati. Akhirnya jejaka idaman
hatinya untuk sekian lama mahu juga keluar makan dengannya. Hati Tina gembira tidak terhingga walaupun
hanya keluar makan tengahari dengan Mikhael.
Melalui Mikhael, Tina mengetahu bahawa hubungan Mikhael dan Adelia telah
putus.
“So, u ajak i lunch ni lepas break-off
dengan Adelia lah ya? Boleh i tau
why?”Tina masih mengingati perbualannya dengan Mikhael sebentar tadi.
“Biarlah i dan Adel saja yang tahu. Tak sehaluan maybe. U ni tak ada sesiapa yang marah ke lunch
dengan i?”Mikhael memandang Tina nakal.
Tina, gadis putih gebu dan berbadan montok itu anak jati Kuala
Lumpur. Lahir dalam kalangan keluarga
berada di Kula Lumpur. Namun begitu,
Tina bukanlah gadis idaman Mikhael memandangkan bentuk badannya yang menyerupai
buah ‘pear’ itu. Tina melangkah menuju
Dewan Kuliah C. Di dalam hatinya, Tina
masih tertanya-tanya mengapa hubungan Adelia dan Mikhael berakhir. Tina berfikir lagi, jika Adelia yang
berstatus anak datuk dan berpenampilan menarik itu gagal memiliki cinta
Mikhael, bagaimana pula dengan dirinya.
Tina cukup sedar siapa dirinya itu.
Dirinya bukanlah anak datuk dan tidak mempunyai fizikal menarik persis
model yang boleh menarik perhatian Mikhael.
Namun begitu, Tina ingin benar mengetahui mengapa Mikhael tidak lagi
mempunyai ikatan cinta dengan rakan sebiliknya itu. Kepada siapa harus dia bertanya? Adelia Saffiya sendiri? Ah, tidak mungkin untuk bertanya tuan punya
badan tentang perkara tersebut. Lagi pun
sejak akhir-akhir ini, Adelia kerap pulang ke rumah kedua ibu bapanya. Suraya?
Ya, Tina tersenyum sendiri setelah menyedari teman baik Adelia itu sudah
pasti mengetahui punca perpisahan Mikhael dan Adelia.
Setelah
tamat menghadiri kuliah di Dewan Kuliah C, Tina menuju ke kantin. Dari jauh, Tina melihat Adelia bersama Suraya
sedang menjamu selera. Hati Tina
melonjak gembira.
“Pucuk dicita, ulam mendatang,”Tina
berkata seorang diri.
Tina berjalan semakin laju mendekati
meja Adelia dan Suraya.
“Lambat lunch? Boleh joint?”Tina menyapa Suraya dan Adelia.
“Why not? Silakan wahai roomateku,”Adelia bergurau
dengan Tina.
“Tak makan?”Suraya bertanya kepada Tina
pendek. Tina menggelengkan
kepalanya.
“Aku dah lunch tadi. Kau selalu balik rumah. Kesian aku sorang-sorang dalam bilik
tau,”Tina memulakan perbualannya dengan Adelia.
“Aku nak bagitau kau. Lagi dua bulan rasanya aku nak balik duduk rumah. Kau tinggal soranglah ya?”Adelia ketawa.
“Ala, kenapa pulak. Dulu kau yang beria-ia nak berdikarilah,
dekat dengan kampuslah. Bosanlah macam
ni,”Tina memuncungkan mulutnya.
“Adalah reason. Mama nak aku balik. Berkumpul semula di rumah. Mama kata, esok-esok aku kahwin lagilah aku
pindah kan? Ni selagi solo, eloklah
duduk dengan mama,”Adelia masih menyembunyikan sebab mengapa dirinya mahu
kembali tinggal bersama keluarganya.
Suraya yang mengetahui perkara sebenar hanya mendiamkan diri,
menghabiskan lauk ayam di pinggannya.
“O, jadi dah nak kahwinlah ni ya? Mikhael tak cakap pun!”Tina sengaja menyebut
nama Mikhael untuk menarik perhatian Adelia.
Adelia tidak cepat melatah apabila nama Mikhael disebut, sebaliknya
menyedut minumannya perlahan.
“Kahwin?
Lama lagi kot. Sementara belum
kahwin ni lah luangkan lebih masa dengan mama,”Adelia berkata perlahan.
Tina menelan air liur mendengar jawapan
Adelia. Ternyata Adelia masih berahsia
perihal hubungannya yang putus bersama Mikhael.
Perlahan Tina bangun dari kerusi.
“Ok lah.
Aku gerak dulu.”
Tina
berjalan pantas meninggalkan kantin.
Mata Suraya menyorot kelibat Tina yang semakin jauh. Suraya merasakan ada yang tidak kena terhadap
teman sebilik Adelia itu.
“Aku rasa dia tau lah pasal kau putus
dengan Khael.”
Suraya masih memandang Tina yang semakin
jauh meninggalkan kantin. Adelia
menyedut minumannya yang masih bersisa.
“Mana dia tau? Ke dia jumpa Khael?”Adelia bertanya kembali
dengan wajah yang kelat.
“Ya kot.
Apa yang pelik? Kan dia pernah
ada hati kat Khael dulu. Biar lah Tina
tu. Kau pun Khael boleh buang. Ini kan pula yang debab tu. Khael tu siotlah. Maaflah kalau kau marah. Tapi itulah realitinya kan?”Suraya berkata
dengan berterus-terang dengan Adelia.
“Tak baik kau cakap macam tu. Dia pernah ada dalam hati aku.”
“Pernah ada or masih ada di hati Cik Adelia
Saffiya. Kau jangan nak tipu aku. Masanya dah tiba untuk kau cari
pengganti. Bilanya nak dating dengan
Johan ni. Bagi peluang pada diri kau dan
Johan sama. Tak salah kan?”Suraya
menanti jawapan Adelia. Suraya
sebenarnya mempunyai hajat mahu melihat wajah tampan Johan.
“Kau ni menyibuk betul. Asyik sebut nama Johan saja. Aku tau kau nak tengok Johan sangat kan? Kan kan?
Lagi nak drama. Aku dah cakap
handsome. Tapi tak sehandsome my lovely
brother Mr. Suffian. And tak sestylish
my ex Syed Mikhael,”Adelia ketawa.
“Tak stylish tak apa. Janji tak kurang ajar. Tak pilih bulu. Tak tengok pangkat dan darjat. Aku macam suka saja kat Johan tu if korang
bersama.”
“Merepek sudah. Dating pun belum lagi. Aku rasa entah-entah kau dulu yang kahwin agaknya.”
****
Amanda
memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah kos rendah yang cukup
sederhana. Terdapat sebuah teksi di
hadapan rumah tersebut. Amanda turun
dari kereta, dan melangkah laju masuk ke dalam rumah. Pintu tidak berkunci, lalu Amanda terus masuk
ke dalam rumah. Ruang tamu rumah
tersebut amat sederhana dengan sofa lama berwarna coklat yang menyesakkan mata
Amanda.
“Mak!
Mak!”Amanda melaung ibunya.
Siti Hajar yang sedang memasak di dapur
keluar setelah mendengar laungan Amanda.
“Balik pun kau. Berapa lama kau tak jenguk mak kau ni. Kau dah lupa jalan balik ke apa?”Siti Hajar
bersuara setelah melihat Amanda di depannya.
Amanda menyalami emaknya.
“Amanda sibuklah, mak. Ayah mana mak?”
“Ada dalam bilik tu. Kau balik ni mesti ada hal. Kalau tak ada hal, tak adanya kau nak balik.”
“Emak ni. Orang tak balik bising, dah balik pun bising
juga.”
Amanda duduk di sofa. Siti Hajar berlari anak ke dapur, bimbang
gulai yang dimasak hangit. Amanda bangun
dan membuntuti emaknya ke dapur. Amanda
menarik kerusi, lalu duduk.
“Emak masak apa?”Amanda mula berlembut
dengan emaknya.
“Kari ikan. Kamu makan lagi ke? Dah nak jadi menantu datuk ni?”Siti Hajar
memperli Amanda.
“Makanlah. Kalau tak makan mak merajuk pulak. Mak, orang balik ni nak bagitau orang nak
kahwin dua bulan lagi. Nikah kat hotel. Ni orang bagi duit, mak dan ayah beli baju
baru tau. Sorang dua pasang tau. Untuk majlis nikah dan resepsi. Masa orang nikah, tak kisah mak dan ayah nak
pakai colour apa. Tapi masa resepsi, mak
dan ayah beli warna ni tau,”Amanda mengeluarkan sejumlah wang dan cebisan kain
dari beg tangannya dan diletakkan di atas meja.
“Semua urusan macamana? Dah selesai?”
Siti Hajar menutup api dapur gasnya dan
duduk bersebelahan dengan Amanda.
“Semua Suffian dah uruskan. Emak dan ayah datang untuk majlis nikah dan
resepsi saja. Pakai cantik-cantik
tau,”Amanda ketawa.
Siti Hajar mengambil wang yang
diletakkan oleh Amanda di atas meja dan mengiranya. “Seribu saja untuk 4 pasang baju yang
cantik? Mana cukup ni. Dah lah berbulan kau tak balik. Tak bagi duit kat mak. Kau biar betul ni!”Siti Hajar berkata nyaring
setelah mengira wang pemberian Amanda. Amanda
membuka beg tangannya sekali lagi dan mengambil beg duitnya.
“Ok.
Orang bagi mak dan ayah lagi seribu.
Orang pun bukan ada duit sangat.
Belum boleh kikis Suffian tu,”Amanda tersenyum.
Siti Hajar turut tersenyum setelah
menerima huluran wang tambahan dari Amanda.
“Esok dah kahwin dengan Suffian tu
pandai-pandailah kau. Simpan
banyak-banyak sebelum apa-apa terjadi.
Jangan habis madu sepah dibuang, kau tak dapat apa-apa pulak nanti. Dia tu orang kaya. Bila-bila boleh buang kau. Kau kena beringat awal. Kumpul harta secepat mungkin. Jangan menyesal kemudian hari.”
“Orang tau lah mak. Amanda bukan bodoh sangat. Orang akan
kikis keluarga datuk tu habis-habisan.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!”
Siti
Hajar bangun dari kerusi dan kembali menjenguk gulainya di periuk.
“Dah, pergi panggil ayah kau di
bilik. Sakit sikit tak pergi bawak
teksi. Entah bilanya mak ni nak hidup
senang,”Siti Hajar mula membebel.
“Sejak bila ayah bawak teksi,
mak?”Amanda tiba-tiba bertanya.
“Tu lah.
Kerap sangat kau balik jenguk mak dan ayah. Dah lebih sebulan. Nak harapkan pencen ayah kau tu mana
cukup.”
Amanda bangun dan keluar dari dapur
menuju bilik di mana ayahnya berada.
Siti Hajar mencedok gulai ikan temenung dan dimasukkan ke dalam
mangkuk. Hatinya gembira kerana dapat makan
tengahari bersama anak perempuannya yang telah berbulan tidak pulang ke
rumah.
“Dasar anak lupa diri!”Siti Hajar
merungut sendiri.
*****,..Aduhai
Amanda,..
No comments:
Post a Comment