Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab 15-Amanda mulai bertindak?....Ngeee
Amanda
memaksa dirinya untuk memejamkan mata.
Susah benar matanya mahu lelap malam itu. Adakah disebabkan kepenatan berjam-jam berada
di dalam kapal terbang, atau ada sebab lain yang mengganggu hatinya. Amanda memandang Suffian yang sedang tidur di
sebelahnya. Tidur Suffian nampak lena,
berbeza benar dengan dirinya yang kegelisahan tidak mampu untuk melelapkan
mata. Amanda memandang Suffian lama. Lelaki yang baru menjadi suaminya itu
merupakan lombong emas bagi Amanda.
Selain mencintai Suffian, Amanda juga mencintai apa yang dimiliki oleh
Suffian, lebih-lebih lagi statusnya sebagai anak datuk yang tentunya berpoket
tebal. Sikap pemurah Suffian tidak dapat
disangkal oleh Amanda. Jika tidak kerana
Suffian yang memberikan bantuan kewangan, tentunya Amanda tidak merasa untuk
berkereta baru. Namun, mampukah cinta
Suffian kekal untuknya? Sikap Suffian
terhadap Adelia semakin mengusik jiwa perempuan Amanda. Dalam diam Amanda akur kepada telahan Lufya
mengenai suaminya itu. Peristiwa petang tadi
sehingga malam yang melibatkan Suffian dan Adelia amat mencurigakan hati
Amanda. Amanda bukannya seorang yang
buta untuk tidak dapat menilai apa sebenarnya yang tersirat di hati lelaki
Suffian. Selepas Adelia meninggalkan
ruang makan untuk keluar makan malam, wajah Suffian kelihatan berubah. Suffian hanya menjamah sedikit sahaja
hidangan makan malam yang dihidangkan dengan alasan tidak berselera disebabkan
perubahan cuaca yang berlaku dan agak penat.
“Sikit Fian makan,”Datin Hanim memandang
anak lelaki kesayangannya yang telah bergelar suami itu.
“Tak sedap ke masakan Mak Cik
Rosnah?”Datin Hanim menambah lagi.
“Tak seleralah mama. Maybe penat sangat, takut tak larat esok nak
pergi office,”Suffian menjawab perlahan.
Peristiwa di meja makan itu berlaku setelah Adelia berlalu pergi bagi
janji temunya bersama Johan.
Peristiwa
Suffian mengintai Adelia sewaktu pulang dari janji temu begitu menyeksakan
Amanda. Mujurlah Amanda masih mampu
berfikir dengan waras ketika itu. Agak
lama juga Suffian memerhatikan Adelia turun dari kereta Johan. Amanda amat pasti kini, Suffian menyayangi
Adelia melebihi sayang sebagai seorang abang.
“Apa perlu aku buat ni?”Hati Amanda
bertanya perlahan. Amanda tidak mampu
untuk menjawab pertanyaaan dari hatinya itu.
Suffian dipandang lagi oleh Amanda.
“Aku tak boleh kehilangan kau. Tak boleh.
Walau apa pun yang terjadi, kau tetap milik aku sorang selamanya,”hati
Amanda berbicara tegas. Amanda membuat
keputusan dengan cepat. Lufya harus
ditemui segera. Rancangan harus dibuat
untuk mengekalkan Suffian menjadi miliknya.
Pagi
itu Amanda turut bersiap awal seperti Suffian walaupun masih bercuti.
“Sayang, kan u kata tak berapa
sihat. Tak payahlah pergi office. Duduk rumah temankan i. Lusa baru i masuk office. Ni nanti i bosan, macamana?”Amanda berkata
manja.
“Sayangggg!”Amanda memanggil Suffian
setelah Suffian tidak memberi sebarang respons dan hanya membelek tali lehernya
agar kelihatan kemas.
“I ok.
Lama dah bercuti. I kena tengok
office hari ni. U balik lah jenguk mak
dan ayah kalau bosan. Tak pun pergi
shopping,”Suffian ketawa.
“Jom, teman i breakfast,”Suffian berkata
sambil menarik tangan Amanda. Amanda
menuruti Suffian tanpa sepatah kata dengan wajahnya yang muram.
Di
meja makan, Datuk Aman Zainal dan Datin Hanim telah menikmati hidangan sarapan
pagi yang disediakan oleh Tuminah dan Rosnah.
“Selamat pagi pengantin baru kita. Kata tak sihat?”Datin Hanim ceria menyambut
Suffian dan Amanda pagi itu.
“Pagi mama. Entah Fian ni, mama. Amanda dah larang dia ke office, tapi degil
juga,”Amanda menjawab soalan Datin Hanim yang ditujukan kepada Suffian.
“Fian tak jadi nak demam, mama,”Suffian
ketawa.
“Eloklah tu. Dah lama kan bercuti?”Datuk Aman Zainal
berkata tiba-tiba.
“Abang ni. Kan budak tu baru balik honeymoon. Tak habis penat lagi.”
Suffian tidak berkata apa-apa lagi. Pinggan berisi mee goreng yang dihulurkan
oleh Amanda disambut. Hati Suffian
tertanya-tanya, di manakah Adelia.
Sewaktu
melewati tangga di ruang tamu utama, Suffian menjeling tingkat atas. Niat Suffian adalah satu, mahu melihat
Adelia. Hatinya masih tidak tenteram
sejak semalam. Perkembangan positif dalam hubungan Johan dan Adelia, ternyata
mencalar hatinya.
“Kalau i bosan, i cari Lufya tau,”Amanda
mengejutkan Suffian.
“Bukan cari i di office?”Suffian
mengusik Amanda.
“Tak.
Sayang yang akan cari i malam karang.
Kan?”Amanda mengusik Suffian manja.
Suffian tersenyum. Cukup memahami
maksud usikan Amanda. Amanda mencium
tangan Suffian. Amanda menghantar
Suffian sehingga Suffian masuk ke dalam kereta.
“Ahh!”Suffian melepaskan perasaan di
dalm hatinya setelah keseorangan tanpa Amanda di sisi. Suffian sendiri tidak tahu apakah erti keluh
kesah perasaannya pagi itu. Adakah kerana
Adelia keluar makan malam dengan Johan?
Atau kehadiran Amanda di sisinya yang tidak dapat dielakkan lagi oleh
Suffian? Atau disebabkan tidak dapat
melihat wajah Adelia pagi itu? Telefon
bimbit Suffian tiba-tiba berbunyi.
Suffian membiarkannya sahaja, kerana menyangka panggilan tersebut dari
Amanda.
Setibanya
di bilik pejabat miliknya barulah Suffian membelek telefon bimbit. Telahan Suffian tidak tepat pagi itu. Bukan Amanda yang menelefon Suffian, tetapi
Johan. Suffian berfikir seketika, untuk
apa Johan menelefonnya? Suffian
mengerutkan wajahnya, Suffian sedar sudah pasti Johan menghubunginya berkenaan
Adelia. Suffian benar-benar merasakan
dirinya telah terperangkap di dalam permainan cinta ciptaannya sendiri. Mengapa perlu dirinya memperkenalkan Adelia
kepada Johan dahulu? Jika perkara ini
tidak berlaku, tentu tekanan yang dialaminya ketika ini tidak sehebat ini. Johan seakan mengetahui betapa dirinya berada
di dalam minda Suffian. Telefon Suffian
berdering. Suffian tidak mempunyai
alasan untuk tidak menjawab panggilan tersebut.
“Morning bro. How’s your honeymoon?”Johan berkata ramah.
“Morning. Honeymoon ok.
Sihat?”Suffian tetap melayani panggilan Johan dengan baik. Seboleh mungkin, Suffian tidak mahu Johan
menghidu apa yang melanda dirinya ketika ini.
“Lunch i belanja? Boleh?”
“Orait.
Mengapa baik sangat ni?”Suffian cuba memancing akan tujuan Johan
mengajaknya makan tengahari.
“Nothing. Jumpa di restoran biasa kita. Jangan lambat.”
Suffian
memusing-musingkan telefon bimbitnya di atas permukaan meja yang licin. Fikiran Suffian ligat berfikir apakah tujuan
Johan mahu menemuinya. Pelbagai andaian
muncul dibenaknya. Bagaimana jika Johan
mahu meminang Adelia?”Hati Suffian berkata nakal. Suffian amat pasti pertemuannya dengan Johan
sudah pasti berpusatkan kepada Adelia.
Suffian mengurut dada, cuba mententeramkan dirinya yang mula tenggelam
punca. Telefon bimbit di depan mata
Suffian berbunyi lagi, semakin membuat fikiran Suffian berserabut. Nama Amanda tertera di skrin telefon. Suffian mengabaikan panggilan tersebut. Suffian bangun dari kerusi, dan berjalan ke
arah tingkap. Langsir bilik pejabatnya
ditolak ke tepi. Terserlah keindahan
bandaraya Kuala Lumpur di depan mata Suffian.
Pemandangan indah tersebut masih tidak mampu menenangkan hati
Suffian. Telefon di meja dihampiri.
“Buatkan saya kopi panas,”Suffian
berkata perlahan.
Kopi
di atas meja Suffian telah kosong. Namun
keserabutan fikiran dan hatinya yang
bergelora tidak susut. Suffian amat
berharap muncul seseorang di depan matanya kini sebagai tempat untuk dirinya
meluahkan perasaan. Tekanan perasaan di
jiwanya kini perlu untuk diluahkan kepada seseorang. Kaunselor berbayar? Ah!
Untuk apa berkongsi rahsia hati dengan individu yang tidak dikenali dan
diragui sifat profesionalnya untuk menyimpan segala rahsia. Suffian menyenaraikan nama-nama individu yang
difikirkan sesuai untuk menjadi pendengar segala kerusuhan hatinya. Mendahului senarai tentunya Datin Hanim, mama
kesayangan Suffian. Seingat Suffian,
mama telah banyak kali menegurnya agar tidak terlalu arkrab dengan Adelia. Alasan mama adalah jelas. Mahu menghindari perkara-perkara yang tidak
diingini berlaku. Sebagai contoh mama
tidak mahu salah seorang dari Suffian dan Adelia akan jatuh cinta, atau
keduanya akan jatuh cinta. Betullah
seperti kata orang-orang tua, kata-kata seorang ibu itu ada kemasinannya. Ketakutan di hati Datin Hanim menjadi nyata
juga. Suffian tidak dapat membayangkan
bagaimana reaksi Datin Hanim jika Suffian meluahkan segala yang terpendam di
hatinya kepada mamanya itu. Nama Datin
Hanim digugurkan oleh Suffian sebagai tempat meluahkan perasaan. Daddy?
Datuk Aman Zainal? Datuk yang
sibuk menguruskan empayar perniagaan itu adakah mempunyai masa untuk mendengar
keluhan hati lelaki Suffian?
“No and no. Mama dan daddy tidak boleh tahu,”Suffian
bercakap seorang diri. Tiga calon yang
tersenarai untuk menjadi tempat Suffian meluahkan perasaan telah digugurkan
oleh Suffian sendiri. Siapa lagi yang
tinggal kini? Kawan baik? Suffian mengeluh kasar. Lelaki bukanlah seperti perempuan yang mempunyai
ramai kawan baik. Jika meluahkan kepada
kawan sekali pun, Suffian pasti dirinya akan menjadi bahan ketawa kawannya itu
nanti. Tiba-tiba Suffian tersenyum. Telefon di atas meja dicapainya kasar.
“Mimi, masuk sebentar!”
Mimi
tidak cepat melatah setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh
Suffian. Wajah Mimi serius sambil
membetulkan duduknya. Wajah bosnya itu
ditatap lembut.
“Encik Suffian perlu menangani perkara
ini sebaik mungkin. Penuh rasional. Ini melibatkan hati dan perasaan. Dan yang paling penting melibatkan banyak
jiwa. Banyak hati yang perlu
dijaga. Hati isteri encik Suffian
terutamanya. Saya tak fikir ianya satu
berita yang menggembirakan datuk dan datin,”Mimi berkata-kata seperti seorang
kaunselor bertauliah.
“I takut, i gagal menangani perasaan
i. I takut rahsia hati i ni akan
terbongkar juga. Meletup nanti my
wife. Adik i juga pasti akan
terkejut,”Suffian menjawab perlahan.
“Encik Suffian perlu solution yang
kedua!”Mimi memandang tepat wajah Suffian.
“Maksud u? I benar-benar buntu. Perasaan itu menyeksa i. I tak boleh buat kerja, Mimi,”Suffian
berterus-terang dengan setiausahanya itu.
“Kuburkan perasaan itu. Encik Suffian tidak ada pilihan lain. I
yakin Encik Suffian tidak berani untuk membuat keputusan yang besar
bukan?”
“Keputusan besar? I tak faham!”
“Meninggalkan your wife untuk adik
encik. Tentu Encik Suffian tidak
berani,”Mimi begitu pasti dengan kata-katanya.
“Ini bukan soal berani atau tidak,
Mimi. Ini soal hati. I sendiri tidak pernah tahu apa ada dalam
hati adik i. I takut bila dia tahu hal
ini, rosak hubungan i dengannya. Keadaan
akan jadi lebih teruk. I tak mau hilang
adik i tu.”
“Ok.
Kalau begitu, buat masa ni, Encik Suffian kawal emosi dan perasaan. Jangan sampai sesiapa tau dulu. Lagi pun keadaan begitu meruncing. Encik Suffian baru berkahwin. Tak boleh buat hal. Kena tunggu a few year,”Mimi ketawa.
Suffian
sedikit lega setelah meluahkan keresahan yang bersarang di dalam hatinya. Walaupun Mimi tidak menyelesaikan kekusutan
hatinya, hatinya sedikit lega. Benarlah
seperti yang orang kata, meluahkan sesuatu yang terpendam itu melapangkan hati
dan dada. Cabaran baru bagi Suffian
sebenarnya akan bermula pada waktu makan tengahari kelak. Ya, cabaran untuk mengawal keadaan sewaktu
bertemu dengan Johan. Suffian perlu
bersedia dengan segala kemungkin yang keluar dari mulut sahabatnya itu. Suffian tidak boleh menyangkal perasaan suka,
dan perasaan lebih dari itu oleh Johan terhadap Adelia. Adelia yang pada awalnya menunjukkan reaksi
negatif, kini telah berubah. Apakah
mereka berdua akan bercinta, dan akhirnya meniti gerbang perkahwinan? Oh,
tidak! Adelia tidak boleh berkahwin dengan
Johan. Tidak sama sekali. Hati Suffian seakan memberontak. Adakah itu ego namanya. Tidak!
Ini namanya percaya kepada diri sendiri.
Suffian merasakan tiada siapa yang dapat menyayangi Adelia seperti mana
dirinya menyayangi Adelia. Itu pasti.
****
Johan
menanti kehadiran Suffian dengan penuh sabar.
Masa semakin berlalu, Suffian telah lewat hampir setengah jam. Jus tembikai disedut lagi oleh Johan. Mula-mula tinggal separuh, dan kini hanya
tinggal gelas yang kosong.
“Mana mamat sorang ni. Lunch dengan bini ke? Ini aku hangin satu badan ni!”
Telefon bimbit di poket seluar
dikeluarkan oleh Johan.
“Bro, mana ni. Aku dah cukup kebuluran ni,”Johan masih
sempat berjenaka dengan Suffian walaupun agak bengang. Telefon bimbit diletakkan di atas meja oleh
Suffian. Lima minit berlalu. Akhirnya Suffian muncul juga dengan senyum
kelat. Senyuman palsu pastinya dari
seorang yang bersalah. Kerusi di hadapan
Johan ditarik. Suffian duduk.
“Kau tengok, air aku dah habis ni. Apa cer ni?
Janji macam perempuan. Betulkan
make-up sebelum turun office?”
“Sorry!”Suffian menjawab pendek. Suffian menggamit pelayan restoran ke arah
meja mereka berdua. Pelayan restoran
tiba. Suffian membuat pesanan pantas.
“Order lah. Ha?
Air pun dah habis!”Suffian ketawa melihat gelas milik Johan telah
kosong.
“Kau belanja? Sebab datang lambat. Habislah aku lambat masuk office. Lain lah kau.
Company sendiri.”
“Pembetulan. Tu company bapak aku. Aku makan gaji macam kau gak.”
“Aku dah order. Tunggu kau sampai saja. Bagi jus tembikai satu lagi!”
Johan
memandu agak laju petang itu. Jam di
tangannya telah menunjukkan pukul 3.00 petang.
Semuanya gara-gara Suffian datang lewat ke restoran tengahari itu.
“Mujur kau bakal abang ipar aku. Kalau tak, sure aku hamun tadi. Aduyai betullah!”
“Ishhh!
Lampu merah lagi? Bilanya nak
sampai office ni?”Suffian asyik berkata seorang diri. Pukul 3.20 petang barulah Johan tiba di
parkir miliknya. Keluar dari kereta,
Johan melangkah laju menuju ke pintu lif yang sedia menanti. Pukul 3.25 petang, Johan selamat tiba di depan
pintu bilik pejabatnya.
“Ada sesiapa cari i?”Suffian berdiri di
depan meja teman sepejabatnya, Nina sambil mengelap peluh yang mula
bermaharajalela di wajahnya.
“Tak ada. Kenapa?
Takut tan sri carilah tu. Tu lah
siapa suruh mengular. Kan dah takut
sendiri.”
“I ada hal penting lah. Antara hidup dan mati. I masuk dulu.”
Setelah duduk di kerusi empuknya,
barulah Johan benar-benar lega. Sebagai
pekerja harapan dan kesayangan Tan Sri Mursyid Al-Attas, Johan tidak mahu imej
bersih yang selama ini dipertahankan tercalar gara-gara pulang lewat dari makan
tengahari.
Penghawa
dingin yang berfungsi dengan baik menyejukkan Johan yang sebentar tadi tiba di
bilik pejabat dengan berbekalkan peluh.
Mood Johan untuk membelek fail projek di Johor Bharu tergendala. Hampir lima belas jam telah berlalu. Adelia tidak menghantar sebarang WhatsApp
atau pun menghubunginya. Hati Johan
digamit rasa rindu terhadap Adelia.
Johan berkira-kira untuk menghubungi Adelia.
“Nanti dia kata aku angau pulak! Tapi bukan memang semua orang tahu aku memang
angau kat dia? Buang masa betul aku nak
malu. Lagi pun Suffian dah bagi ‘green
light’.”
“Tapi betul ke Suffian bagi green
light?” Johan kembali menyoal
dirinya. Suffian dilihatnya begitu
pelik. Suffian berkata-kata tanpa memandang
wajahnya. Kalau pada zaman dahulu, itu
bermaksud orang tersebut memelihara hantu raya.
Johan kembali menghayati kata-kata Suffian sewaktu di restoran tengahari
itu.
“Mengapa pulak aku tak suka kau dinner
dengan Adel. Aku cuma risau. Adik aku sorang tu saja. Kau jangan salah faham lah. Adik tu salah faham tu. Mungkin aku terlebih risau kot. Sorry lah buat kau sama risau.”
“Adel yang cerita malam tadi. Kau macam tak suka dia keluar dengan
aku. Apa cerita ni bro?”
“Aku penat baru balik semalam. Tu yang marah-marah kot. Adel, biasalah selalu salah tafsir. Adik gedik katakan!”
“Betul ni? So, bolehlah aku declare dia girlfriend aku
sekarang ni?”Johan ketawa.
Suffian tersenyum tipis mendengar
pertanyaan Johan.
“Itu aku tak tau. Kau tanya Adel sendri.”
Johan menyandarkan badannya di
kerusi. Johan begitu pasti Suffian tidak
ikhlas menjawab segala persoalan yang diajukan olehnya.
“Kenapa Fian ni sebenarnya? Tiba-tiba tak suka aku jadi adik
iparnya? Fian ada calon lain ke?”
****
Amanda
membelek lagi beg tangan yang berada di dalam beg kertas di depannya. Beg tangan berjenama ‘Coach’ berwarna merah
menyala itu bakal dihadiahkan kepada bekas teman serumahnya, Lufya. Perasaan sayang Amanda terhadap beg tangan
itu jelas kelihatan, namun terpaksa juga diserahkan kepada Lufya demi memenuhi
janji yang telah dibuat. Apa yang lebih
tepat dengan beg tangan tersebut Amanda mahu mengumpan Lufya untuk
menolongnya. Amanda telah nekad. Jalan yang ada kini cuma satu. Ya, bomoh.
Hanya Lufya kini yang mampu menolongnya.
Pintu apartmen akhirnya dibuka dari luar. Wajah ceria Lufya muncul di depan pintu.
“Suprise sungguh ni. Mana?
Mana?”Lufya menerpa ke arah Amanda yang duduk malas di sofa.
“Apa yang mananya?”Amanda sengaja
berpura-pura tidak memahami pertanyaan Lufya.
Lufya tidak menjawab, sebaliknya terus menerpa beg kertas di atas
meja. Beg tangan impiannya dikeluarkan
rakus.
“Thanks a lots la my friend. Muahh!
Muahh!”
“Muahh ja? No, no and no. Tidak semudah itu. Aku nak balasan baik punya. Kau mesti tolong aku. Kalau tak aku ambik balik beg tu!”
“Amboi, gertak nampak! Bukan mahal sangat pun. RM 700.00 boleh dapat dah. Nak balasan lebih-lebih pulak. Seronok honeymoon?”
“Ya lah murah. Tapi kau dah janji, ok. Manusia dipegang dengan janjinya tau! Jomlah temankan aku,”Amanda berkata
seolah-olah merengek kepada Lufya.
“Jom lah ke mana ni? Kau nak minum petang dengan aku kah?”
“Minum petang apa nya. Teman kan aku jumpa Bomoh Siam lah. Aku yakin dah! Yakin sungguh.”
“Petang-petang ni nak jumpa Bomoh
Siam? Apa yang yakinnya?”
“Bukanlah petang ni. Kau pun Samdol. Yakinlah laki aku tu sayang semacam kat adik
pungut dia tu. Cemas aku, beb!”
“Rileks dulu. Kahwin tak sampai sebulan tak kan nak
berbomoh Siam bagai. Cantik
handbag. Thanks. Bolehlah aku bergaya dengan handbag baru esok
ni. Eh, kau tak kerja lagi ke ni? Bila nak bagi balik kunci rumah tu? Aku nak cari housemate baru ni. Tak mampu nak bayar sewa sorang. Tapi kalau kau nak bayarkan, aku no hal
punya.”
“Ambiklah tu!”Amanda memuncungkan
mulutnya ke arah kunci di atas meja.
“Aku tak main-main ni. Bila kita nak pergi? Nak suruh bomoh tu buat macamana sebenarnya
ni?”
“Tanya aku pulak! Kau nak bomohkan siapa? Itu yang penting dan soalan utama? Suffian?
Adik Suffian? Ke bapak mertua kau
yang kaya tu?”Lufya bertanya agak terperinci, diiringi dengan ketawa.
“Kau rasa? Suffian ke adik dia? Kalau boleh aku tak nak Suffian ada hubungan
lagi dengan adiknya tu. Buat dia tak
wujud dalam keluarga tu. Dan Suffian tak
pandang perempuan lain. Boleh kan buat
macam tu?”
“Kejam
gila kau beb! Maksud kau? Nak adik Suffian mati? Ini kes berat ni. Kau sanggup ke tanggung dosa? Kau jangan main-main. Aku takut dah ni,”suara Lufya yang tadinya
bertenaga, menjadi perlahan. Mungkin
Lufya tidak menyangka rancangan Amanda sampai ke tahap tersebut. Lufya membaringkan badannya yang kepenatan di
atas sofa. Amanda berwajah sunggul.
“Habis tu? Apa perlu aku buat? Aku tak nak hilang Suffian. Aku nampaklah
macamana Fian sukakan adiknya. Malam
tadi dia mengintai adiknya yang baru balik dating. Cemburulah tu. Aku tau, lambat atau cepat, Suffian akan
kahwin jugak dengan adiknya tu. Cuma kau
yang boleh tolong aku,”nada suara Amanda juga perlahan, seperti merayu
Lufya. Lufya masih diam, kembali
mengingati kelancangan mulutnya yang beria-ia mahu menemani Amanda berjumpa
bomoh. Lufya gerun sendiri.
“Aku takutlah,”Lufya berkata
perlahan.
“Kau pun tau aku suka main-main. Tapi taklah sampai tahap santau ke? Bunuh orang ke? Kau tak nak buat cara lain ke?”Suara Lufya
mendatar.
Amanda merasa dirinya dipermainkan oleh
Lufya.
“Betul kau tak nak tolong aku?”
Amanda bangun dari duduknya.
“Bukan macam tu lah. Apa kata kita plan cara lain. Cara ni bahaya sangat. Silap haribulan syaitan yang diarah oleh
bomoh tu bunuh kita sama. Dahlah kita
berdosa, nanti mati pulak. Habuk pun tak
dapat. Tarak guna jugak. Baik kau fikir semula.”
“Aku balik dulu!”
Amanda berjalan menuju ke arah
pintu. Panggilan oleh Lufya tidak
dihiraukan lagi. Hati Amanda membara,
Lufya memungkiri janjinya. Amanda menekan
pintu lif. Otak Amanda ligat berfikir,
kepada siapa harus dirinya mencari pertolongan.
Amanda tidak sanggup lagi melihat drama di dalam banglo itu. Amanda sedar, Suffian mencintai adiknya. Sewaktu masuk ke dalam kereta, senja mula
merangkak tiba. Azan Maghrib telah
berkumandang dari masjid berdekatan.
Amanda menghidupkan enjin keretanya pantas. Tidak elok dirinya keluar seorang diri tanpa
Suffian dan pulang lewat. Amanda tidak
mahu ketinggalan untuk makan malam bersama ahli keluarga Datuk Aman Zainal malam
itu.
Selesai
makan malam bersama anggota keluarga Datuk Aman Zainal, Amanda terus masuk ke
bilik. Amanda mengambil keputusan
menunda segala rancangannya yang mahu berjumpa bomoh. Mungkin ada kebenaran terhadap kata-kata
Lufya, Amanda tidak perlu terlalu terburu-buru.
Buat sementara waktu, Amanda mahu mengambil hati Suffian sebaik
mungkin. Amanda pasti, Suffian masih di
dalam fasa ghairah terhadap dirinya.
Amanda tersenyum sendiri, mengingati malam-malamnya yang hangat bersama
Suffian di Kota Paris. Tidak mustahil
untuk dirinya mengulangi detik-detik indah tersebut di banglo Datuk Aman
Zainal. Berbekalkan senyuman lebar,
Amanda membuka almari pakaian Suffian yang kini menjadi almari pakaiannya. Sehelai baju tidur satin nipis berwarna merah
menyala ditarik keluar dari gantungan di penyangkut baju. Amanda melucutkan semua pakaiannya dan
menggantikannya dengan baju tidur tersebut.
Sebagai penambah rasa, Amanda memerahkan bibirnya dengan gincu berwarna
merah menyala juga. Semburan wangian di
leher dan bahagian dada mengakhiri penampilan ghairah Amanda malam itu. Jam di dinding bilik menunjukkan pukul 10.35
malam. Kelibat Suffian masih belum
kelihatan. Amanda resah sendiri di dalam
keghairahan yang diciptanya. Masa terus
berlalu. Hampir pukul 11.00 malam,
tombol pintu akhirnya dipusing dari luar.
Amanda tersenyum. Amanda membaiki
duduknya di tengah katil sambil menyilangkan kakinya menanti ghairah Suffian
pula timbul. Suffian masuk dan berjalan
perlahan mendekati katil. Cahaya lampu
bilik yang hanya diterangi lampu tidur, menyerlahkan Amanda yang berbaju
merah. Amanda menghulurkan tangannya
kepada Suffian. Suffian menyambutnya dan
duduk di sisi Amanda. Haruman yang
dipakai oleh Amanda mengkhayalkan Suffian.
Pandangan hadapan bahagian dada Amanda yang mengiurkan, membangkitkan
berahi Suffian. Suffian mengucup Amanda
rakus, dan bermulalah apa yang diingini oleh Amanda malam itu. Amanda tersenyum puas. Suffian masih menjadi miliknya.
****over
ke babak ni?...Oppps..sorry!
X SUKA LAH DENGAN SUFIAN TU TAMAK.
ReplyDeletebaby mio,..jgnlah camtu,...kan cinta lahir tanpa dipaksa...
ReplyDelete