Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab 9
Rapuhnya cinta Mikhael-Cian
Adel,...wink2...
“Kau
nampak penat. Kesian aku tengok
kau. Tapi semua dah settle kan? Aku tumpang gembira. Petang ni kau tak payahlah pergi kuliah. Balik tidur.
Aku salin nota kuliah cantik-cantik.
Nanti aku photocopy untuk kau.
Setuju?”
Suraya memegang bahu Adelia yang duduk
lesu di kerusi. Adelia menepis lembut
tangan Suraya.
“Apa ni.
Nanti orang fikir lain pulak.
Dahlah aku baru putus cinta,”Adelia ketawa, mengubat hatinya yang masih
luka akibat ditinggalkan oleh Mikhael.
Suraya turut ketawa.
“Kalau aku dot-dot pun, kau bukan type
aku,”Suraya ketawa lagi. Suraya
menghabiskan bihun goreng di pinggannya.
Adelia masih menguis-nguis mee goreng di pinggan.
“Kau masih mengharap miracle?”
“Maksud kau?”
“Ya lah.
Mana tau kau masih mengharap Khael tiba-tiba datang. Say hai baby kat kau,”Suraya mengusik Adelia.
“Tak adalah. Dah lebih seminggu ni. Aduhai, minggu yang betul-betul
penatlah. Kau rasa siapakah pengganti
anak tan sri peot tu? Apa kata kau
tolong carikan!”
“Aku?
Apa kata giliran aku pulak bercinta.
Kau tolong carikan. Aku nak
lelaki biasa ok. Yang sesuai untuk
aku. Aku tak nak anak orang kaya, anak
datuk, tan sri bagai. Tu semua dalam
novel cinta atau drama tv. Dalam hidup
sebenar, mesti jumpa yang buruk, pokai dan maybe jahat.”
“Wei, tak baik beb cakap macam tu. Jodoh, ajal dan maut ni kan ketentuan
Allah. Aku masih percaya ada kebahagiaan
menanti untuk kita. Lagi pun tak semua
anak orang kaya macam Khael. Kau tengok
jejaka pujaan kau tu, Mr.Suffian, baik saja.
Kak Amanda tu anak pesara polis.
Ok saja Abang Suffian terima dia.”
“Tu la pasal aku suka Si Suffian
tu. Cuma terlewat, Si Amanda tu dah
caras dulu. Tu sedih tu,”Suraya
ketawa.
Adelia sendiri adakalanya keliru samada
sahabatnya itu benar-benar menyukai abangnya atau hanya bergurau. Namun, Adelia tidak menyangkal ketampanan abangnya,
Suffian. Jika dirinya bukan adik
Suffian, Adelia juga merasakan dirinya akan menggilai Suffian. Adelia tersenyum sendiri memikirkan hakikat
tersebut.
Tengahari
itu Adelia memandu pulang ke apartmennya dengan hati yang masih merindui
Mikhael.
“Perlukah aku merayu dan menagih cinta Khael? Perlukah?”Hati Adelia berbicara sendiri. Di
manakah Mikhael berada ketika ini?
Persoalan tentang Mikhael masih menguasai hati dan perasaan Adelia
sewaktu Adelia menghempaskan badannya di katil.
Kepada siapa lagi Adelia mahu mengadu perihal perasaannya yang gundah
jika bukan kepada abangnya, Suffian.
“Adik, abang tengah lunch ni. Abang call balik soon. Bye.”
Adelia meletakkan telefon bimbitnya di
sisi.
“Menyampah betul abang ni,”Adelia
berkata seorang diri.
Adelia kembali mencapai telefon
bimbitnya. Hati Adelia berbunga lega
setelah mendengar suara dari ibunya.
Adelia amat berharap ibunya selesa tinggal sebilik dengan Tuminah, Bibik
yang telah bertahun lamanya bekerja di banglo Datuk Aman Zainal dan Datin
Hanim. Tuminah berumur lewat 40-an, berbadan kecil, berkulit hitam manis dan
ligat bergerak. Wanita ini pantas
membuat kerja rumah, namun mulutnya juga tidak kurang hebatnya. Tuminah gemar bercakap terutamanya apabila
disuruh melakukan sesuatu. Ada-ada
sahaja pertanyaannya inginkan kepastian.
Biarpun niatnya ingin kepastian itu baik, selalu sahaja Tuminah bertanya
akan soalan-soalan yang remeh dan tidak perlu dijawab. Ada kalanya, tindakan Tuminah itu menaikkan
api kemarahan mamanya, Datin Hanim. Mama
oh mama. Wanita bergelar datin itu
terlalu baik bagi Adelia, menjaga Adelia seperti anak sendiri sejak Adelia
masih bayi lagi. Kasih-sayang Datin
Hanim terhadapnya tidak berbelah-bahagi.
Keputusan Datin Hanim mempersetujui rancangan Datuk Aman Zainal yang
membawa ibu kandung Adelia ke banglo miliknya juga merupakan satu pengorbanan
besar dari Datin Hanim. Adelia merasakan
dirinya perlu mengimbangi hubungannya dengan ibu kandungnya agar tidak
mengguris hati Datin Hanim. Mama oh
mamaku. Khayalan Adelia berkenaan
kedua-dua orang wanita bergelar ibu dan mama itu terganggu apabila panggilan
dari Suffian masuk ke dalam telefon bimbitnya.
“Ya, adindaku sayang. Kenapa ni?”suara Suffian lembut di
talian. Meleburkan perasaan gusar Adelia
seketika.
“Abang, adik rindu Khael. Boleh call dia tak?”Adelia meluahkan isi
hatinya.
“Nope!
Jangan buat macam tu. Dia dah
buang adik. Abang carikan calon? My friend.
Boleh?”Suara Suffian tetap lembut dan bersahaja.
“Mungkin doa abang dah Allah makbulkan.”
“Doa apa?”Adelia bertanya malas.
“Doa abang agar adikku yang sorang ini
dapat lelaki yang betul-betul ikhlas mencintai dan menyayangi dirinya. Tengok, memang dah terbukti Mikhael tidak
ikhlas. Adik, dengar nasihat abang. Lupakan dia.”
“Tapi abang. Mungkin Khael terkejut. Perlukan masa untuk menerima status
adik. Boleh tak kita beri masa
kepadanya?”Adelia masih tidak mengalah.
“Adik, dengar sini. Kita hidup ni mesti ada harga diri. Dia dah reject adik tu. Abang kenalkan dengan kawan abang?”Suffian
memujuk Adelia.
“Eee, tak naklah. Adik nak Khael jugak. Apa jadi jadilah. Abang memang tak faham. Nak merajuklah.”
“Merajuk kat abang? Apa kes pulak merajuk kat abang. Abang ada good news.”
“Tau dah. Abang nak kahwin kan? Mesti lupakan adik terus lepas ni. Dahlah orang tengah putus cinta. Abang memang tak sayang adik. Eeer, geramnya.”
“Tak sayanglah sangat. Tiada orang lain yang boleh sayang adik macam
abang sayang adik tau. Abang rasa adik
baliklah tinggal di rumah semula. Kita
semua boleh berkumpul. Mak cik lagi suka
kan?”
“Ala tau. Abang akan semakin busy lepas kahwin. So, abang nak adik tinggal di rumah semula
supaya senang abang nak tengok adik. Nak
marah adik. Tak payah call or cari di
apartmen kan? Cari di kampus. Malas layan abang. Bilanya nak kahwin ni?
“This Disember. Nanti temankan abang dan Kak Amanda shopping
k.”
“Huwa, adik nak kahwin jugak. Tak kira apa nak jadi jadilah,”Adelia ketawa.
“Betul?
Johan Firdaus boleh?”Giliran Suffian ketawa.
“Siapa pulak tu? Sejak bila abang jadi agent pencari jodoh
ni? Handsome macam Haykal Suffian
tak? Kalau tak, tak payah!”
“Lebih handsome. So, boleh?”
“Boleh apa? Abang jangan merepeklah. Bikin adik lagi stress saja!”
****
Suffian
meletakkan telefon bimbit di atas meja.
Wajahnya berseri-seri setelah berbual dengan Adelia. Suffian tersenyum sendiri apabila memikirkan
rancangan nakalnya mahu memperkenalkan Adelia dengan Johan. Johan Firdaus telah dikenalinya lama, sejak mereka
sama-sama menuntut di luar negara lagi.
Lelaki itu amat pemalu dengan kaum hawa, lebih-lebih lagi kaum hawa yang
berani dan agresif. Suffian masih ingat
apabila wajah Johan pucat lesi sewaktu Susan mencium pipinya, dan dilihat oleh
ramai. Begitu naif Johan pada waktu
itu. Masihkah Johan begitu setelah
beberapa tahun berlalu. Dengan senyuman
yang masih melekat di bibir, Suffian kembali mencapai telefon bimbitnya.
“Hello bro. Lama senyap dan sunyi. Jumpa malam ni. Ada hal nak story,”Suffian memulakan
perbualannya dengan Johan.
“Busylah. Tak mau kacau anak datuk yang busy. What’s up?
Getting married?”Johan menjawab dengan ramah.
“Kau dululah. Ok?” soalan provokasi dari Suffian.
“Hahaha.
I’m still single. Ada calon untuk
aku?”Johan meneruskan ketawanya.
“Kalau ada?”Suffian pula ketawa.
“I like bro. Siapa?”Johan agak teruja ingin tau.
“Kau ni main-main ke? Cantik?”Ketawa Johan masih berterusan. Johan menduga tentunya Suffian hanya bergurau
dengannya. Sebagai kawan, Johan hanya
melayan lawak Suffian.
“Malam pukul 9.00. Ok?
Tempat biasa kita melepak dulu,”Suffian mengatur janji temu.
“Wajib?”Johan bertanya pendek.
“Mestilah arr. Kalau kau tak datang, siap kau,”Suffian
berkata serius. Ketawa Suffian masih di
bibir ketika meletakkan telefon bimbit di atas meja. Namun, tidak berapa lama kemudian dahi
Suffian berkerut.
“Betulkah tindakan aku buat ni? Tak terlalu awalkah bagi adik untuk mencari
pengganti Mikhael.
“Aduhai.
Apalah yang aku buat ni.”
Malam
itu Suffian meneruskan rancangannya walaupun hatinya masih ragu-ragu. Suffian tiba di bawah apartmen Adelia
kira-kira pukul 8.20 malam. Lima minit
berlalu, Adelia masih belum turun. Suffian
mengambil telefon bimbit di poket seluarnya.
Hajat Suffian mahu menelefon Adelia dihentikan apabila melihat kelibat
Adelia mencari keretanya. Suffian
menyalakan lampu tinggi bagi memberi isyarat kepada Adelia. Adelia bergerak mendekati kereta Suffian.
“Tiba-tiba ajak adik dinner? Tak busy dengan Kak Amanda?”Adelia berkata
sejurus masuk ke dalam kereta. Suffian
tidak menjawab, cuma menghadiahkan sebuah senyuman kepada Adelia.
“Ibu ok tak kat rumah? Mesti ibu malu-malu lagi kan? Weekend nanti adik balik, rindu kat mama, kat
ibu, kat daddy dan Bibik. Tapi kat orang
tu tak lah. Bikin kacau saja,”Adelia
meluahkan rasa hati.
“Amboi adik ni. Bunyi tak sayang abang. Abang kacau adik ya? Kalau macam tu. Sila turun Cik Adelia Saffya,”Suffian
berkata sambil memulakan pemanduannya.
Adelia tidak menjawab, sebaliknya memukul bahu Suffian.
“Berani abang ya? Dahlah tak handsome malam ni. Adik cantik tak malam ni? Mesti orang ingat adik ni awek abang
kan?”Adelia ketawa besar.
“Kenapa adik ketawa pulak? Abang tak sesuai untuk adik? Tak cukup handsome?”Nada suara Suffian kurang
senang dengan kata-kata Adelia.
“Memang tak sesuai langsung. Abang nampak terlalu matang. Lepas tu suka atur hidup orang. Nak makan pun abang yang tentukan. Memang tak sesuailah.”
“Matang or tua?”Suffian bertanya kembali
kepada Adelia.
“Tau pun. Tua dan menguasai keadaan. Cuma perempuan dah matang yang suka abang
ni. Cam Kak Amanda.”
Suffian terdiam mendengar kata-kata
Adelia. Suffian menyedari ada kebenaran
di dalam kata-kata Adelia. Sebagai
buktinya perbuatannya malam itu. Sudah
tentu Adelia akan melenting sebentar lagi.
Suffian menelan air liurnya.
“Kenapa diam pulak ni? Mesti ada buat salah ni. Baik abang cakap,”Adelia menduga Suffian.
“Eee, tak adalah. Tengah fikir nak pilih menu apa untuk adiklah,”Suffian
memberi dalih kepada Adelia.
Bistro
yang dituju oleh Suffian dan Adelia penuh ceria dengan kerdipan lampu dan orang
ramai. Adelia tercari-cari Kak Amanda di
dalam bistro yang dikerumuni orang ramai.
Tindakan Adelia menarik perhatian Suffian.
“Adik cari siapa?”
Suffian menarik kerusi untuk Adelia.
“Kak Amandalah. Bukan abang janji dengan dia sekali?”
“Apa barang ajak dia. Ada orang lain yang abang ajak. Tapi, tapi,..”Kata-kata Suffian terhenti di
situ apabila Johan muncul di hadapannya.
“Sorry.
Eh, aku lambat ke?”
Johan menarik kerusi perlahan dan duduk
di sebelah Suffian.
“Tak lah. Kami baru sampai pun. Ni adik aku, Adel. Adelia.
Adik, ni kawan abang masa di abroad, Johan pemalu,”Suffian ketawa
selepas memperkenalkan Johan kepada Adelia.
Adelia hanya tersenyum tipis, dan hatinya mula mengesyaki sesuatu yang
tidak kena malam itu. Johan yang
sememangnya pemalu mula tidak selesa dengan adanya Adelia di meja makan
tersebut. Suffian yang menyedari keadaan
tersebut menyelamatkan keadaan dengan memanggil pelayan bistro mengambil
pesanan. Setelah pelayan bistro berlalu,
suasana kembali sunyi.
“Inilah adik kesayangan aku. Satu-satunya di dunia. Cantik tak?”Suffian menjeling Adelia, mahu
melihat tindak balas adiknya itu terhadap kata-katanya.
“Cantik,”Johan menjawab pendek dengan
malu-malu.
“Adik aku ni garang sikit. Agak kasar tapi suka merajuk. Perempuan katakan. Yang penting single macam kau jugak,”Suffian
berkata lagi. Adelia semakin dapat
meneka rancangan Suffian. Di dalam hati Adelia
memasang dendam terhadap Suffian.
“Kena lah abang nanti dalam
kereta,”Adelia berkata di dalam hati.
“So, dengar cerita dah nak kahwin. Bila?”Johan pantas bertanya perihal
perkahwinan Suffian yang hampir telah diketahui oleh semua rakan-rakan mereka.
“Tu lah pasal. Kau jadi best man, boleh? Handsome ditemani jejaki tampan dan
pemalu. Apa pendapat adik?”Suffian
menarik perhatian Adelia.
“Lambat lah, bang. Esok adik kelas pagi tau!”Adelia mula menunjukkan
suasana tidak selesa. Suffian amat
memahaminya.
“Lepas dinner, abang hantar adik
terus. Kejap lagi sampailah order
tu,”Suffian memujuk Adelia. Johan
terkelu untuk berkata-kata. Mungkin
benar tekaan awalnya, Adelialah yang mahu diperkenalkan oleh Suffian kepadanya.
“Ish, Fian ni. Budak ni terlalu muda dan cantik. Sesuai ke dengan lelaki pemalu yang dah tua
ni? Malu aku,”Johan merungut di dalam
hati. Akhirnya pelayan bistro tiba
menghantar hidangan dan menyelamatkan keadaan.
Adelia
menikmati makan malamnya dengan hati yang geram bercampur marah terhadap
Suffian. ‘Fish and chip’ yang dimakannya
terasa tawar. Sepanjang menikmati makan
malamnya Adelia tidak bersuara.
“Mamat ni, dahlah tua. Pemalu bukan main lagi. Rimas betul aku,”Adelia membebel di dalam
hati.
“Abang nak sikit,”Suffian cuba untuk
memeriahkan suasana.
“Tak boleh,”Adelia menjawab pendek. Suffian menghulurkan garpunya ke pinggan
Adelia. Adelia menarik pinggannya lebih
jauh dari Suffian. Johan ketawa melihat
dua beradik tersebut.
“Kalau abang yang nak, boleh?”Johan
memberanikan dirinya untuk bergurau dengan Adelia pulak. Adelia memandang Suffian.
“Bukan kawan abang ni pemalu ke?”Adelia
ketawa.
“Haa, malu kucing. Dia suka adiklah tu,”Suffian ketawa
besar. Wajah Johan merah padam menahan
malu, sedangkan Adelia berwajah selamba sahaja.
“Aku takutlah adik kau ni. Garang semacam. Lepas tu macam lapar semacam saja,”Johan
memberanikan dirinya untuk bergurau lagi dengan Adelia.
“Baguslah takut. Taklah kau buli dia nanti. Taste kau kan? Cantik dan berani,”Suffian tersenyum
memandang Adelia.
“Apalah dua orang tua ni merepek. Mujurlah ‘fish and chip’ ni sedap,”Adelia
mengerutkan wajahnya kepada Suffian.
Masuk
sahaja ke dalam kereta, Adelia memukul bahu Suffian berulang kali. Suffian mengelak sambil ketawa
terkekeh-kekeh.
“Ampun adik. Tapi dia suka sangat kat adik nampaknya. Dia baiklah.
Handsome. Engineer. Apa lagi adik nak?”
“Malu tau. Nampak sangat adik ni tak ada boyfriend. Eeer, abang ni. Malu-malu.
Tak nak kawan abang dah,”Adelia berkata dengan menyerlahkan kemanjaannya
terhadap Suffian.
“Nampak macam adik suka. Bagilah mamat malu-malu kucing tu
peluang. Mana tau ada jodoh. Dia boleh jaga adik dengan baik tu. Dia pun asal orang kampung jugak. Nun di Bagan Datok, Perak sana. Ok?”
“Suka?
Tak ada maknanya suka. Adik
anggap macam abanglah.”
“Tapi dia handsome kan? Macam Johan Ashari tak? Pelakon drama cute tu?”Suffian cuba menarik
perhatian Adelia berkenaan Johan.
“Tak ada maknanya. Johan Ashari tu muda dan cute. Abang ni.
Cari calon lain, boleh? Abang ni teruk tau.
Kan baru adik putus dengan Khael.
Tak ada kata putus pun. Ni abang dah buat hal.”
“Betul tak suka ni? Tolonglah adik. Fikir dua kali. Dia baik dan handsome. Abanglah orang paling bahagia apabila melihat
adik bersamanya nanti,”Suffian masih mempromosikan Johan, sahabat baiknya itu.
“Abanggggg! Adik abang ni masih muda lagi tau. Tak desperate lagi. Yang desperate tunang abang tu. Betul tak?
Mesti Kak Amanda tak sabar nak berkahwin dengan jejaka idaman KL
ni. Aduhai, ramailah yang akan melepas
nanti.”
“Hahaha.
Tak baik tau kutuk bakal kakak ipar sendiri. Adik, please.
Chat dulu with him. Johan
Firdaus. How’s handsome that guy?”
“Ok.
Ok. Oklah. Kalau adik dah boring sangat. Adik chatlah nanti. Bak nombor dia!”Adelia akhirnya
mengalah. Suffian tersenyum puas. Kemungkinan untuk Adelia menyukai Johan tetap
ada dan Suffian amat pasti Johan menyukai adiknya itu. Siapa yang tidak tertawan dengan gadis muda,
cantik, seksi dan manja itu?
****
Johan
Firdaus melipat sejadah yang digunakan untuk solat Isyak kemas. Perlahan songkok yang dipakainya diletakkan
di atas meja. Johan mengambil telefon
bimbitnya di atas meja. WhatsApp dari
Suffian dibaca berulang kali.
“Aku
tau kau suka adik
aku tu. 019-2925939.”
Johan tersenyum sendiri apabila
menyedari Suffian dapat membaca hatinya.
Lelaki mana yang tidak terpesona dengan gadis muda dan cantik seperti
Adelia, lebih-lebih lagi dirinya anak kepada usahawan bumiputera terkenal negara,
Datuk Aman Zainal. Johan mengambil
telefon bimbitnya semula, lalu menelefon Suffian.
“Hahaha,”ketawa Suffian menyambut
panggilan Johan lewat malam itu.
“Betul ke?”Johan bertanya pendek.
“Betul apa ni bro? Pukul berapa ni? Kacau aku tidur,”Suffian menjawab dengan
mamai.
“Betul ke adik kau tu solo?”
“Berani kau nak pikat anak perempuan
Datuk Aman Zainal? Ada bran
nampak?”Suffian mengusik Johan.
“Apa ni Fian. Kau yang introduce. Ni lain pulak cakap. Kau takut aku main-mainkan adik kau? Kau baru kenal aku?”
“Aku main-mainlah. Kalau kau berhajat, tackle lah dia. Tapi dia ngada sikit. Manja sangat.
Good luck ok?”
Johan
Firdaus bangun pagi seawal pukul 6.30 pagi.
Itulah rutin harian anak jati negeri Perak kawasan Parlimen Bagan Datok
itu. Johan bukan berasal dari kalangan
keluarga berada seperti Suffian, yang hidup serba kemewahan. Apa yang dimiliki oleh Johan hari ini adalah
hasil dari usahanya sendiri selama ini.
Berbekalkan segulung ijazah kejuruteraan kimia dari antara universiti
ternama dunia, Yale, bidang pekerjaan menantinya dengan mudah. Kini, setelah melebihi tiga tahun bekerja, Johan
hampir memiliki segalanya harta dunia.
Apartmen, kereta dan hidup dengan gaya mewah. Entah mengapa pagi itu Johan merasakan
dirinya cukup segar dan ceria, sedangkan malam itu dirinya tidur lewat. Johan memakai kemeja berjenama ‘Renoma’
berwarna biru laut dan tali leher berwarna biru yang lebih gelap dari jenama
yang sama. Johan memandang wajah
lelakinya di hadapan cermin. Johan
tersenyum sendiri. Dirinya tidaklah
setampan dan bergaya seperti Haykal Suffian Datuk Aman Zainal, namun Johan Firdaus
Haji Arshad mampu membuat perempuan-perempuan di luar sana memandangnya dua
kali.
“Akukah itu yang bertuah menjadi bakal
menantu Datuk Aman Zainal?”Johan berkata
seorang diri di hadapan cermin.
Johan
tersenyum melihat kekasih hati menantinya tanpa jemu di parkir. Lancer berwarna putih metallic itu
sememangnya menjadi kesayangan Johan selain dirinya dan keluarganya di
kampung. Alat kawalan jauh kereta
ditekan. Johan masuk ke dalam keretanya
dengan perasaan yang berkobar-kobar untuk ke tempat kerja. Enjin kereta dihidupkan, begitu juga dengan
penghawa dingin dan radio. Johan mula
memandu meninggalkan kawasan parkir menuju ke pejabat. Di dalam hati, Johan menyoal dirinya sendiri,
mengapa dirinya begitu segar dan bersemangat memulakan harinya? Hebat benar rupanya pengaruh kehadiran
seseorang di dalam hidup seorang individu walaupun ianya masih samar dan belum
pasti. Bayangan adik kesayangan
sahabatnya, Suffian menjelma di ingatan.
“Aduh!
Angaukah aku ini?”Johan berkata seorang diri lagi. Di dalam hatinya berkira-kira bilakah masa
dan hari yang sesuai untuk dirinya menghubungi Adelia, atau sekurang-kurangnya
menghantar WhatsApp.
Pintu
lif terbuka. Johan keluar dengan langkah
yang cergas masuk ke dalam pintu utama pejabatnya.
“Selamat pagi Encik Johan. Handsome pagi ni,”penyambut tetamu menegur
Johan dengan senyuman manis.
“Terima kasih. Awak pun cantik hari ni. New cut?
Rambut cantik,”Johan membalas pujian yang diberikan oleh penyambut
tetamu bernama Lily tersebut. Langkah
mantap Johan diteruskan masuk ke dalam bilik pejabatnya. Beg yang dibawanya diletakkan di atas
meja. Johan mengeluarkan telefon bimbit
miliknya. Jam baru menunjukkan pukul
9.10 pagi. Masih terlalu awal untuk
dirinya kembali mengganggu Suffian, mencari kepastian peluangnya untuk memikat
Adelia. Gelojohkah dirinya?
“Suffian
handsome on the line. Ada apa lagi ni
Mr.Johan Firdaus? Aku bagitau kau ya,
orang tua-tua kata, tak lari gunung dikejar,”Suffian menyambut panggilan Johan
pagi tu menggunakan peribahasa lama.
“Memang gunung tak lari beb. Tapi aku takut habis ditarah. Atau pun dah jadi kawasan perumahan. Kau rasa adik kau suka aku tak? Dia suka lelaki macamana? Yang romantik? Roses?
Yang alim, suruh dia pakai tudung?
Yang anak datuk jugak? Melepaslah
aku,”Johan melepaskan apa yang terbuku di hatinya.
“Johan, dah kau sebut isu anak datuk
ni. Aku nak bagitau satu rahsia. Jangan kau terkejut pulak. Adelia Saffya sebenarnya adik angkat
aku. Mama dan daddy ambilnya sebagai anak
angkat masa dia baby lagi.”
“Yes!
Aku suka tu. Taklah aku fobia
sangat nak pikat anak datuk. Siapalah
aku ni,”Johan ternyata memberi respons baik setelah mengetahui rahsia Adelia.
“Kalau macam tu aku ingatkan jangan
kacau aku lagi. Kalau nak call, call
Adel terus. Semak betul dapat call kau
tengah malam dan pagi,”Suffian ketawa.
Johan juga ketawa mendengar kata-kata Suffian itu.
Wajah
Johan Firdaus semakin ceria setelah bercakap dengan Suffian. Bagi Johan rahsia tentang Adelia yang baru
diketahuinya itu adalah bonus baginya.
Johan tidak perlu lagi merasa rendah diri untuk berdampingan dengan
Adelia. Kemanisan dan kemanjaan gadis
kesayangan keluarga Datuk Aman Zainal itu sudah cukup baginya bagi menemani
hari-harinya sebagai lelaki sejati.
Johan berkira-kira lagi bilakah masa yangs sesuai untuk dirinya
menghubungi Adelia. Hari ini? Oh, tidak.
Johan tidak mahu kelihatan terlalu terburu-buru dan gelojoh mengejar
cinta Adelia. Johan tidak mahu gadis
manis tersebut terkejut dan gerun dengan sikap kelam-kabutnya.
****
Adelia
memandu agak perlahan menuju ke kampus.
Tidak perlu baginya untuk terkejar-kejar kerana kelasnya hanya akan
bermula sewal pukul 10.00 pagi. Ingatan
Adelia kembali kepada peristiwa malam itu di mana Suffian membawanya berjumpa
bakal pengganti Mikhael. Johan
Firdaus. Nama yang cukup indah dan
bergaya sama seperti tuannya, namun mengapa hati Adelia tidak berbicara. Adakah kerana Mikhael masih menguasai segenap
ceruk hatinya? Kini tumpuan ingatan
Adelia tertumpu kepada jejaka yang kononnya pemalu, kawan kepada abangnya,
Suffian.
“Betulkah pemalu? Atau malu-malu kucing. Lelaki oh lelaki. Macam-macam betul!”Adelia merungut sendiri di
dalam kereta. Perlukah dirinya memberi
peluang kepada sahabat abangnya itu?
Perlukah? Bayangan wajah tampan anak
Tan Sri Syed Mustapha, Syed Mikhael menjelma di depan cermin kereta yang
dipandu oleh Adelia. Adelia beristighfar
panjang. Entah di mana Mikhael
kini. Mikhael menghilang sepantas kilat
setelah Adelia berterus-terang. Rapuhnya
cintamu, Khael. Aku masih
mencintaimu. Masih dan masih. Hati Adelia masih belum melepaskan
Mikhael. Adelia melangkah keluar dari
kereta dengan malas. Setelah menekan
remote control kereta, Adelia melangkah malas menuju ke bilik tutorial. Jam di tangan menunjukkan pukul 9.30 pagi. Masih awal baginya untuk masuk ke dalam bilik
tutorial yang bermula pada pukul 10.00 pagi.
Adelia
mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg galas.
Apakah yang dilakukan oleh ibunya di banglo itu? Adakah Bibik akan memerintah ibu sesuka
hatinya?
“Assalamualaikum, ibu. Buat apa tu?”
“Waalaikumussalam. Ibu tolong Bibik siang ikan,”Rosnah menjawab
penuh ceria.
Adelia ternyata tidak selesa mendengar
jawapan dari ibunya.
“Bibik suruh buat ke? Kan ibu baru keluar hospital. Nak kena Bibik ni. Petang nanti, Sarah balik rumah,”Adelia
menjawab laju.
“Ish Sarah ni. Ibu dah sihat. Bibik tak suruh. Saja
ibu nak tolong. Tak kan nak duduk
saja di banglo ni. Seganlah ibu,”Rosnah
menjawab dengan jujur.
“Betul ni? Bibik tak buli ibu?”Adelia inginkan kepastian
dari ibunya.
“Betullah sayang. Petang ni nak balik? Rindu ibu pada Sarah.”
Setelah
bercakap dengan ibunya, Adelia masuk ke dalam bilik tutorial yang masih
kosong. Pelik juga Adelia, memikirkan
bilik tersebut kosong sedangkan sepatutnya terdapat kelas seperti selalu. Adelia memilih sebuah kerusi dan duduk. Ingatan Adelia terhadap Mikhael datang lagi.
“Betul u sukakan i?”Adelia bertanya
kepada Mikhael satu petang.
“Why?
U tak percaya? Apa yang i dapat
sekiranya menipu u?”Mikhael menjawab selamba dan penuh keyakinan.
“Saja suka-suka tipu. Lelaki kan suka tipu perempuan. Bagi satu reason why u suka i?”Adelia
menyambung ayatnya lagi.
“Entah.
U cantik kot,”Mikhael ketawa tiba-tiba.
“Selain tu? I bukan cantik sangat pun. U tipu ekh?”
“Bagi i u cantik. I sayang u.
Kenapa baby tanya macam-macam ni?
Macam tak percaya Khael. Mesti
dengar gossip tentang Khael ni. Khael
buaya lah. Khael kaki perempuanlah. Khael handsomelah,”Mikhael menyambung
ketawanya.
“Lawaklah tu. Yang dua tu betul. Yang terakhir tu, u perasan. Handsomelah sangat ya?”Adelia pula ketawa.
“Kalau tak handsome, baby nak ke kat
Khael. Lelaki ini memang handsome. Ada iras Orlanda Bloom tak?”Khael ketawa
lebih kuat.
“Perasan sungguhlah,”Adelia memukul bahu
Mikhael manja. Semuanya tentang Mikhael
pada masa itu adalah indah. Adelia
menepis kata-kata Abang Suffian berkenaan tingkah laku negatif anak Tan Sri
Mustafa itu. Gossip liar tentang Mikhael
juga diabaikan oleh Adelia. Pintu bilik
tutorial yang dibuka dari luar melenyapkan kenangan Adelia terhadap
Mikhael. Seorang pelajar lelaki masuk.
“Awalnya!”Teman sekelas Adelia menegur
Adelia pendek.
“I rajin sekarang ni,”Adelia menjawab
sambil tersenyum. Kelas tutorial makin
dipenuhi para pelajar. Adelia meletakkan
beg galasnya di kerusi bersebelahan bagi menyimpan tempat duduk untuk
Suraya. Suraya akhirnya tiba juga.
“Awal
kau sampai. Muka macam monyok. Semalam kepenatan, hari ni monyok pulak. Come on Adelia Saffya Datuk Aman Zainal. U ada segalanya, cuma kehilangan cinta
seorang lelaki. Lagipun lelaki tu tak
ikhlas. Kau patut bersyukur, tau
perangai sebenar Mikhael sekarang ni.
Dibuatnya kau tau lepas kahwin?
Lepas ada lima orang anak.
Macamana?”Suraya berkata separa berbisik kepada Adelia.
“Apa kau merepek ni. Pagi-pagi dah membebel macam Mak Nenek. Aku ada cerita best. Tapi tak boleh cerita sekarang. Tu Dr.Nur Insyirah dah sampai. Tungguuu,”Adelia mengenyitkan matanya.
“Ala, tak sabarnya. Mesti cerita best ni. Bagi clue sikit,”Suraya masih tidak berpuas
hati. Adelia tidak mempedulikan
kata-kata Suraya, sebaliknya mula memberi tumpuan terhadap kata-kata Dr. Nur
Insyirah di hadapan kelas. Suraya
berwajah hambar, kecewa kerana Adelia tidak mahu menceritakan cerita hangat
yang dirahsiakan olehnya.
“Hahaha,”Suraya
ketawa besar apabila habis mendengar cerita tentang Johan Firdaus dari
Adelia. Suraya memandang wajah tenang
Adelia, cuba mencari sesuatu di situ.
“Apa yang kau pandang-pandang ni? Tengok apa?”
“Aku mencari sinar cinta baru di
wajahmu, wahai sahabat. Mungkin cinta
telah hadir?”Suraya ketawa lagi. Adelia
mengerutkan wajahnya.
“Janganlah main-main. Tak sukalah macam ni. Aku tak fikir lagi pasal pengganti Khael.”
“Handsome?”Suraya bertanya pendek. Adelia mengangguk.
“So apa lagi? Cerita sikit tentang dia. Panggil apa ni. Johan atau Firdaus?”
“Johan lah. Sama macam aku. Bukan berlatar belakang keluarga datuk. Anak orang kampung macam aku. Tapi aku rasa matang sangatlah. Ah, awal lagilah. Kau ni sama
macam abang. Letih lah aku. Baru berapa hari aku putus cinta dengan Khael. Kau ni pun!”
“Cinta tak mengenal tempoh lama kenal
seseorang. Take your time my
dear,”Suraya memujuk Adelia.
“Wei, kau jangan mengada sangat. Kau cakap macamlah aku dah berumur 30 dan
desperate sangat. Jom pergi lepak
mana-mana nak lepas kelas!”
“Hahaha.
Ok gak tu. Tapi nak pergi mana
pulak?”
“Tak jadilah. Petang ni dah janji nak balik rumah. Dah janji dengan ibu. Lain tahun ya Cik Suraya.”
Adelia bangun dari kerusi dan mematikan
suis penghawa dingin dan lampu bilik tutorial.
Suraya turut bangun membuntuti Adelia.
Mereka berdua keluar dari bilik tutorial dan menanti kelas seterusnya.
BEST NAK LAGI.
ReplyDeleteYa best
ReplyDelete