Saturday, December 6, 2014

Miss Congeniality Malaya


Bab 5
“Puasa tak ni?” Farhan senyum nakal.
Ayris mengangat garpunya ke arah Farhan.
“I nampak macam orang tak puasa ke?” Ayris cebik.
“Dah makan sikit saja.  You like sea food right?  Tengok, sotong goreng tepung tu sikit saja you makan.  Tak sedap?” Farhan bertanya penuh prihatin.
“Kenyanglah sayang.  You order banyak sangat.  Tomyam campur ni buat perut I penuh.  You habiskan ikan bakar you!”
“Sayang nak?” Farhan memandang wajah kekasihnya dalam-dalam.
Ayris hanya geleng kepala.
“I tak suka fish lah!  Tak ingatlah tu.  Kata sayang I!”
“Lebih dari sayang.  Tak paksa pun!  Try sikit!”
Farhan menyuakan sudu berisi isi ikan tenggiri ke mulut Ayris.  Ayris serba-salah.  Masih teragak-agak untuk membuka mulut.
“Please, sedap tau sayang!”
Ayris membuka mulutnya perlahan.  Isi ikan tenggiri yang masuk ke dalam mulutnya dikunyah perlahan.
“Sedap kan?”
“Ha’a.  Sedap sangat!” Ayris berkata perlahan.  Hatinya bergetar saat dirinya bermanja dengan Farhan begitu.
Bagaimana nanti jika Farhan bukan jodohku?  Bukan takdirku! 
Hati rapuh Ayris merintih.
“Nak lagi?”
Ayris senyum penuh makna.  Dengan pantas Ayris menarik pinggan ikan tenggiri bakar milik Farhan.
“I habiskan!”
Farhan yang melihat gelagat Ayris, senyum.  Langsung tidak menduga kedudukannya di dalam hidup Ayris di dalam bahaya.

            “Hari raya ke berapa, I boleh datang rumah you?” Farhan memulakan perbualan setelah menghidupkan enjin kereta.
“Pagi raya.  Baru sweet!”
“Ish, you ni.  Kan I balik Kota Bahru.  You tu ikut I balik kampunglah!”
“Mana boleh.  Kita tak ada ikatan lagi.  Terkejut mak you nanti!”
“That’s why kita bertunang lepas raya ni.  Bolehlah I bawa you balik kampung.  Setuju tak sayang?”
“Kenapa you berhenti ni?” Ayris bertanya curiga.
“Tu!” Farhan memuncungkan mulutnya.
“Lampu isyarat pun you tak perasan ya?  Apalah yang sayang fikir sebenarnya.  I betul-betul nak tau, sayang!”
“La, tak ada apalah.  I tak perasan pulak lampu merah.  Kan I pandang you tadi!”
“You ni assistant manager or lawyer, sayang?”
“Kenapa pulak?”
“Dah pandai putar-belit fakta.  Kalau buka firm, sure ramai client ni!”
Farhan kembali memandu.
“You tau sayang, I dapat rasa perubahan you.  Bila dengan I, you resah.  Gelisah.  Bukan dulu daddy you terima I sebagai calon menantunya?”
“Daddy suka sangat kat you.  Jangan risaulah.  Yang perlu you risau,...” Ayris tidak meneruskan kata-katanya.
“Hati you?”
Ayris menjentik lengan Farhan perlahan.
“Suka merepek.  Duit raya I macamana?” Ayris menukar tajuk perbualan dengan segera.
“Berapa sayang nak ni?”
Ayris senyum sambil berfikir berapakah jumlah duit raya yang mahu diminta dari Farhan.
“Uish, lamanya fikir.  Jangan banyak fikir.  Normal rate 15k.  Untuk you, I bagi extra 1k.  So jumlah besar 16k.  Setuju?” Farhan ketawa.
“Duit raya apa tu?  Banyaknya!”
Farhan meneruskan ketawa.
“Aduh, bulan puasa ni buat you blur ya, sayang?”
“I blur?” Ayris sekali lagi menjentik lengan Farhan.
“Sakitlah, sayang.  Dah memang you blur.  Tu kan duit hantaran you.  Ni tak sudi ke?  Tu yang buat-buat tak faham tu!”
Ayris ketawa.  Ketawa yang dipaksanya keluar.  Hatinya kembali celaru.
Sayang, maafkan I.  Benarkah jodoh itu milik kita?

            Tiba di rumah jam telah menginjak pukul 10.30 malam.  Perjalanan dari Muara Port Klang ke Kota Damansara yang memakan masa hampir sejam, menyebabkan Ayris tiba lewat malam itu.  Turun sahaja dari kereta, Ayris terdengar hon dari belakang kereta Farhan.  Kereta Dr.Idaham bersama Dr.Suhana dan Mak Mah telah tiba dari masjid.
Alahai, malunya.  Dahlah tak pergi solat terawih.  Siap dating lagi!
Farhan turun dari kereta menghampiri kereta Dr.Idham.  Dr.Idham menurunkan cermin keretanya.  Farhan menghulurkan tangan kepada bakal bapa mertuanya.
“Uncle, sorry.  Buka puasa di Muara Port Klang.  Tu yang lamabat tu!”
“That’s okay.  Orang muda.  Uncle faham.  Tak masuk dulu?  Kita minum kopi!”
“Tak apalah uncle.  Dah hangit ni.  Dari ofis terus ke Port Klang.  Saya minta diri dulu, uncle.  Aunty.” Farhan kembali menghulurkan tangannya kepada Dr.Idham.  Dr.Suhana hanya senyum.  Mak Mah yang duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta juga senyum.  Farhan berlalu masuk ke dalam keretanya.
“Nampaknya bakal dapat menantulah Dr.Idham dan Dr.Suhana tak lama lagi!” Mak Mah mengusik majikannya.
“Doakanlah Mak Mah.  Saya pun nak juga menimang cucu ni!” Dr.Suhana memberi respons positif terhadap kata-kata Mak Mah.  Dr.Idham yang telah mengetahui gelora hati Ayris hanya diam.  Tidak mahu memberi sebarang komen berkenaan masa depan hubungan Farhan dan Ayris.

            Ayris menanti kedua ibu bapanya dan Mak Mah di ruang tamu.
“Dua malam puteri mama tak pergi solat terwaih ya?”
“Malam esok sure pergi.  Tak ada janji berbuka di luar dah!” Ayris menjawab lembut.
“Ya ke tak ada janji malam esok?  Kalau ada?” Dr.Idham mengusik Ayris.
Ayris memahami usikan ayahnya itu.  Sudah pasti janji yang dimaksudkan oleh Dr.Idham ialah janji bersama Syed Amer.  Ya, Syed Amer yang sudah mulai mengganggu gugat hidupnya kini.
“Esok janji buka puasa dengan siapa pula?  Tak kan Ris ada boyfriend lain?” Mak Mah yang tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku menyakat Ayris.
“Esok janji buka puasa dengan Mak Mah lah.  Pastikan ada ayam masak merah.  Kalau tak, Ris merajuk!”
“Ayam masak merah saja?  Lagi?”
“Ha’a.  Tu saja.  Oh ya, air tembikai seperti biasa!”
“Tak nak ajak yang kacak tadi buka sini ke?” Mak Mah masih galak mengusik Ayris.
“Tak.  Dia sibuk buka dengan kawan serumah dia pulak!” Ayris ketawa.
“Bila ni?  Mama tak sabar nak timang cucu!”
“Mama ni.  Ris masih muda lagi!  Kan daddy kan?”
“Ya lah Su.  Anak kita ni masih remaja lagi.  Biarlah dia solo dulu!”
“Eh abang ni.  Bukan dulu abang yang nak sangat Ayris kahwin.  Siap kenalkan dengan anak Dr. Ismail lagi.  Siapa tu?  Ha, Si Farid.  Ni bila Ayris dah ada buah hati.  Lain pulak ceritanya.”
“Dah Ris belum sedia lagi.  Biarlah dulu.  Betul tak Mak Mah?”
“Betul doctor.  Saya setuju.  Zaman ni dah memang perempuan kahwin lewat.  kan begitu, Ris?”
“Sayang Mak Mah.  Understanding betul,” Ayris ketawa.

            Malam yang gelisah lagi bagi Ayris.  Kedinginan penghawa dingin yang dipasang tidak mampu meringankan keserabutan fikirannya.
Aku sayangkan Farhan.  Cintakan dia.  Mengapa harus jadi begini?  Kenapa cintaku kepadanya tergugat gara-gara Syed Amer.  Gara-gara kasih-sayangku kepada Lana.  Gara-gara Ayra.  Kenapa?  Adakah kerana aku lebih sayangkan Lana melebihi segalanya?
Ayris mencapai telefon bimbitnya di sisi.  Pesanan ringkas dari aplikasi Whatsapp yang pastinya dari Farhan dibaca berulang kali.
“I juga cintakan you, sayang.  Tapi,..”
Gambar-gambar Farhan di dalam telefon bimbitnya ditatap satu-persatu oleh Ayris.
I tak boleh hilang you, sayang.  Tak boleh!
Serentak itu, bayangan wajah Syed Amer menjelma.  Ayris beristiqfar.  Segera Ayris turun dari katil, menuju ke bilik air.  Niatnya cuma satu.  Solat istikarah perlu dilakukannya lagi malam itu.  Selesai menunaikan solat istikarah, Ayris kembali ke katil.  Jam menunjukkan pukul 2 pagi.  Kerinduannya terhadap Farhan menggamit pintu hati.
“Pukul berapa ni, sayang?” Farhan bertanya dengan suaranya yang serak.  Jelas sekali Farhan sedang lena ketika telefon bimbitnya berbunyi.
“2 pagi.  Sorry kacau you tidur!”
“Kenapa ni?  Rindu I?  Tak sabar nak tengok I esok?”
“Eee, perasan!”
“Habis tu?  Kalau bukan rindu, apa dia, sayang?”
“Saja nak mengacau.  Tak boleh ke?”
“Boleh buah hati ku!  Cukup tak duit raya yang I nak bagi tu?”
“Cukup kut!” Ayris ketawa gembira.  Lupa sebentar dirinya tentang masalah yang mengganggu hubungannya dengan Farhan.
“Betul?”
“Yup!  I nak cash esok di ofis.  Boleh sayang?”
“I bagi betul-betul esok baru tau.”
“Okey.  I tunggu!” Ayris masih ketawa.
“Lega I dengar you ketawa, sayang.  Lapang dada I.  I ingatkan you ada orang lain.”
“Merepeklah tu.  Cepat bagi ayat-ayat cinta sebelum bangun sahur!”
“Temani sahurku, sayang!” Farhan ketawa.
“Memang tak boleh blah lah ayat cinta you!”

            Malam makin larut.  Senyuman di bibir Ayris masih bersisa sewaktu meletakkkan kembali telefon bimbit di sisi. 
Aku cintakan Farhan.  Tak perlu keliru lagi!
Bantal peluknya dipeluk erat. Ayris terlena.
Wajah mulus bayi Ayra yang sedang tidur ditenung lama.  Satu ciuman padu diberikan oleh Ayris kepada bayi tersebut.
“Kuwekkk!!!!!”
Tanpa diduga oleh Ayris, Ayra tiba-tiba menangis.  Ayris panik.  Dengan pantas bayi Ayra didukungnya.  Bayi yang menginjak usia tiga bulan itu masih menangis sewaktu di dalam dukungan Ayris.
“Sayang Ayra.  Auntie sayang Ayra!” Ayris mengelus belakang Ayra perlahan.  Ayra berhenti menangis.
“Auntie minta maaf ya?  Tak sengaja cium terkuat ya tadi.  Auntie sayang Ayra sangat!”
Ayris mundar-mandir di bilik dengan mendukung Ayra.  Kasihnya terhadap anak kandung Lana dan Syed Amer itu ternyata tidak berbelah-bahagi.
“Ayra bucuk kesayangan auntie!”
Di dalam keasyikan Ayris membelai Ayra, tanpa disedarinya sepasang mata asyik memerhatikannya di sebalik pintu bilik yang terbuka.  Syed Amer berdiri di situ.  Mata mereka berdua bertemu.  Ayris segera meletakkan Ayra kembali di katilnya.
“Ayra sayang, auntie balik dulu ya?”
Ayris melangkah perlahan menuju pintu.  Tiba di pintu tangan Syed Amer lantas memegang tangan Ayris.
“Ris!” Syed Amer bersuara perlahan.
“Lepaskan tangan I!”
Syed Amer memandang redup wajah Ayris tanpa melepaskan genggaman tangannya.
“Lepaskan tangan I!  Lepaskan!!!” Ayris menjerit agak kuat.
“Lepaskan akuuuuuuuuuuuu!”
Ayris tersedar dari mimpinya.
“Astaqhfirullah Al Azim!  Mimpi rupanya.”

            Pagi itu di bilik pejabat Ayris.  Ayris bertekad mahu melupakan mimpinya malam itu.
Ah, mimpi cuma mainan perasaan.  Mainan tidur.  Tak ada maksud apa-apalah!
Ayris menyedapkan hatinya yang kembali rusuh.
“Just a bad dream, Ayris!” Ayris menguatkan kekuatan jiwanya.
Tapi macamana kalau itu petunjuk dari Allah.  Kau jangan lupa dua kali kau dah solat istikarah!” hati kecil Ayris kembali bersuara.
Kekuatan jiwa Ayris yang telah memilih Farhan malam itu kembali goyah.
Aku tak boleh lari dari Ayra dan Amer.  Aku kena hadapinya.  Mencari kebenaran tentang mimpiku!
Ayris bangun.  Berjalan perlahan menuju pintu.
Eh, aku nak pergi mana ni?  Tak kan jumpa Farhan kut?
Ayris kembali duduk.
Rileks Ris.  Hari raya dah dekat.  Apa-apa pun lepas raya boleh buat keputusan! HatiAyris memujuknya pula.
“Baik aku tenangkan hati!” 
Ayris mencapai telefon di atas meja.
“Aida.  Wanna shopping?”
“Eh, bukan you suka bertafakur dalam bilik waktu lunch?” Aida ketawa.
“Cancel lah macam ni!”
“Cewah, merajuk macam budak kecil.  You ingat, I Farhan ke?  Boleh pujuk you!”
“Tapi nak pergi mana?”
“You ikut I saja.  I ni, pakar jalan-jalan habiskan duit gaji!”
Okey lah.  I follow!”
“Eeeee,..
“Kenapanya?”
“Geli I, you ikut cakap Salleh Yaakub macam tu!”
“Hahaha,..You suka dia kan?  Tak salah madu empat beb!  Kan Islam benarkan!”
“I gelilah!” Aida kembali ketawa.

            “Jalan TAR?  Eh, you tak ada tempat lain nak pergi ke?” Ayris yang baru masuk ke dalam perut teksi mencebik.
“Cantiklah you buat mulut camtu!”
“Mana ada tempat lebih glamer selain Jalan TAR menjelang hari raya!”
Ayris diam.  Wajahnya dikerutkan memberi isyarat supaya Aida mendengar lagu yang berkumandang di dalam radio.
“Ha, aku suka lagu M.Nasir tu!”
“Kenapa suka lagu  ni?  Punya berjuta lagu raya lain!”
“Sebab lagu ni di tengah-tengah.  Tak terlalu sedih dan tak terlalu gembira.  Memanglah hari raya, kita sedih mengingati orang yang kita sayang dah pergi.  Tapi kena gembira juga.  Hari kemenangan untuk kita selepas sebulan berpuasa.  Faham Cik Aida manis?”
“Faham sangat Cik Ayris!”
“You tak jemu pergi Jalan TAR ye?”
“Tak sama sekali.  Sejak zaman kampus lagi.”
“I suka juga.  Tapi selepas my best friend tak ada ni.  Rasanya tak nak lagi pergi Jalan TAR.”
“Why?  You jangan jadi pengecut Ris.  Lari dari kenyataan.  You must face the fact.  Your friend dah tak ada.  So, apa salahnya pergi tempat yang you dan dia pergi dulu.  Believe me, tak salah mengingati kenangan.  Yang salah, bila kita tidak berdaya meneruskan hidup disebabkan kenangan itu!”
“Pergh!  You cakap macam pakar motivasi pulak.  I nampak tak berdaya ke?”
“Adalah sikit-sikit.  You berdua memang rapat ya?”
“Kadang aku menyesal, tak sempat bagitau dia.  Dia kawan yang I paling sayang.  Dia ingat I lebih sayangkan kawan I yang lagi sorang tu!”
Aida senyum.
“Untung kawan-kawan you dapat kawan yang sayang kawan macam you kan?”
Ayris senyum tawar.
“Taklah untung sangat!”
“Pak cik, berhenti depan Gulatis tu!” Aida memberi arahan kepada pemandu teksi.

            “Apa yang you tengok tu?
“Shawl-shawl yang berkibaran macam bendera tu lah!”
“Nanti kita across pergi sana,” Aida memberi jaminan.
Kalau Lana ada, tentu dia tak sabar nak across jalan ni!
“Menung lagi?  Cantik tak?” Aida meletakkan sepasang baju kurung berwarna ungu cair di badannya.
“Cantik!”
“Macam tak ada perasaan saja komen you ni.  Cuba cerita betul-betul, you ni kenapa?”
“I’m okay!”
“Gaduh dengan Farhan?”
“Nope!”
“Tak nak ikut Farhan jumpa parent dia di kampung?”
“Awal lagi lah!”
“Apa yang awal.  Bukan ikut plan korang berdua nak kahwin next year.  Tak tunang dulu ke?  Terus kahwin?  I like that!” Aida ketawa.
“Tunang sehari, lepas tu nikah.  Tak boleh ke?  Kan bertunang tu banyak dugaan.  Tak elok lama-lama.  Lagilah I ni.  Kan cantik.  Takut hati berubah!” Ayris juga ketawa.
“Cantiklah sangat.  Bajet cun lah you ni!”
Bajet cun?
Ingatan Ayris berlari kepada lelaki yang dulunya digelar bajet handsome oleh dirinya.  Ya, Syed Amer, yang bagi Ayris seorang yang perasan dirinya tampan.
Ah, biarlah mamat tu!
“Tengok tu.  Menung lagi?”
“Apa problem you ni?”
“Tak ada apa-apalah.  Cepatlah try.  Banyak sangat masa rehat kita ya?”
“Mak oi.  Mampus kita.  Masuk ofis lewat ni nanti!” Aida berlari menuju bilik persalinan.

            Ayris di bilik Mak Mah selepas pulang dari menunaikan solat sunat terawih di masjid.
“Kenapa ni?  Mak Mah tengok Ris pelik semacam saja.  Sejak sebelum bulan puasa, Mak Mah tengok macam ni.  Ada yang Ris nak cerita kepada Mak Mah?”
“Mak Mah perasan ya?”
“Mestilah.  Sejak Ris sepuluh tahun, Mak Mah yang jaga Ris.  Ris dah lupa tu?”
“Ingatlah Mak Mah sayang!” Ayris menggeletek pinggang Mak Mah.
“Eh Ris ingat!  Eh Mah Mah lupa!” Mak Mah melatah.
Ayris ketawa kuat.
“Buli Mah Mah ya?” Mak Mah pula menggeletek pinggang Ayris.  Ayris menepis-tepisnya lembut.
“Apa Mak mah ni.  Eeee, gelilah!”
“Tau pun geli ya?  Nak cerita ke tak ni?”
“Mak Mah dulu, kahwin cinta ke terpaksa?”
“Kahwin terpaksa?  Pelik bunyinya.  Kalau dipaksa kahwin tu adalah!” Mak Mah memandang wajah Ayris penuh tanda tanya.
“Adalah, mak Mah.  Macam kahwin untuk menyelamatkan orang lain ke?  Walau pun tak cinta.  Tak ada perasaan!”
“Cuba cerita betul-betul.  Pening Mak Mah ni!”
“Mak Mah ingat Lana?”
“Mestilah ingat.  Kawan baik Ris.  Berapa bulan dah dia pergi?”
“Hampir empat bulan Mak Mah,” Ayris menjawab perlahan.
“Ha, suami Lana dah kahwin lagi?  Siapa yang jaga anak dia tu?”
Ayris berdiam diri.
“Jangan-jangan,...” Mak Mah membuntangkan matanya.
Ayris sengeh kelat.
“Betul?  Mak Mah ni dah banyak makan garam.  Dia suruh Ris ambik tempat Lana ke?”
Ayris diam lagi.
“Habis Farhan macamana?  Dia tau pasal ni?”
Soalan yang bertubi-tubi dari Mak Mah dibiarkan sepi oleh Ayris.
“Dr.Idham dan Dr.Suhana tau?”
Ayris menggaru kepalanya yang masih dibaluti tudung.
“Jadi  siapa pilihan hati Ris?  Eh, Mak Mah pulak yang tak sabar.  Kalau Mak Mah, Mak Mah pun pening.  Sorang kekasih.  Sorang lagi kawan ya?  Ris kawan jugak kan dengan suami Lana tu dulu?”
“Haa.  Waktu Lana kenal tu.  Ris pun ada,”Ayris ketawa.
“La, kenapa ketawa pulak?”
“Lucu Mak Mah.  Kenal masa balik Pendang.  Tolong kawan sorang tu.  Wardah.  Di R and R, Lana kena ragut.  Tu yang tak sengaja Amer tolong tu,”Ayris bercerita dengan gembira.
“Mak Mah tengok, Ris ni bila cerita pasal kawan-kawan Ris.  Seronok saja.  Rapat sungguh Ris dengan kawan-kawan ya?”
“Bukan saja rapat, Mak Mah.  Ris sayang Lana dan Wardah tu!”
“Ris suka,..er siapa tu?”
“Amer?”
“Haa lah. Duda si Lana tu?  Dia kata nak minang Ris?”
“Dia cakap tak ada siapa yang layak jaga anak dia dan Lana selain Ris.  Tapi Ris tak cintakan dia, Mak Mah.  Ris cintakan Farhan.”
“Dah buat solat istikarah?”
“Dah.  Dah dua kali Ris buat!”
“Sabarlah.  Ada nanti tu petunjuk dari Allah.  Jodoh ni dah tertulis di Loh Mahfus, Ris.  Kita kena percaya tu!”

            “Ris takutlah, Mak Mah.  Malam tadi Ris mimpikan baby Ayra dan Amer tu.  Ris takut itu petunjuk Allah!  Macamana dengan Farhan?”
“Mari dekat Mak Mah!”
Ayris menghampiri Mak Mah, lalu memeluknya.  Mak Mah mengelus-elus belakang Ayris.
“Bincanglah dengan daddy dan mama Ris.”
“Daddy tak kisah, siapa pun pilihan Ris.  Dengan mama, Ris belum bincang lagi.  Ris rasa, mama tak suka, Ris kahwin dengan dudalah.  Selamatlah Farhan!”
Ayris melepaskan pelukannya terhadap Mak Mah.
“Selalunya begitulah mak-mak ni.  Bukan apa, kahwin ni, biarlah dua-dua bujang.  Seronok-seronok, bukan dah pikul tanggungjawab jaga anak.  Tapi dengan Amer ni, apa yang disusahnya.  Mesti ada orang gaji kan?”
“Bukan tu lah masalahnya, Mak Mah.  Ris tak ada hati pada Amer.  Tapi,..”
“Tapi apa?  Kesian padanya?”
“Bukan pada dia.  Pada baby Aira.  Boleh ke perempuan lain sayang dia nanti.  Mesti sedih arwah Lana tengok anaknya tak dapat kasih-sayang dari seorang ibu.”
“Hah, kalau dah macam tu.  Apa lagi?”
“Ish, Mak Mah ni!  Farhan?”
“Kena tinggallah jawabnya!” Mak Mah sengeh.
“Mak Mah!!!!!”

            Langkah longlai diatur perlahan oleh Ayris menuju ke biliknya. 
Mak Mah menyebelahi Amer pulak dah!  Aku?  Aku cintakan Farhan.  Sayangkan Ayra.  Kesiankan Ayra!
Ayris menghumbankan badannya ke tilam empuk perlahan.  Melepaskan penat seharian bekerja, menemani Aida membeli belah dan bersolat terawih.
Perlukah aku korbankan cintaku pada Farhan demi Ayra?  Demi Lana?  Perlukah?
“Ya Allah.  Ujian apa yang Engkau berikan ini?  Farhan!”
Malam semakin kelam.  Dalam kepenatan fizikal dan mental, Ayris Sofea terlelap juga. 

harap terhibur -zara comel buat hihihi