Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab
18-Selamat bercinta wahai Adelia n Johan....
Restoran
Makanan Segera Mc’Donalds. Seperti
yang diduga oleh Adelia, ketibaannya lebih awal dari Johan. Adelia memerhatikan kawasan parkir di sekitar
kawasan restoran tersebut, mencari kereta Johan bagi mencari kepastian tiada
kereta Johan di situ.
“Yes!
Aku datang dulu dari dia.”
Adelia tersenyum menuju kaunter untuk
membuat pesanan.
“Set ‘Big Mac’ besar. Having here,”Adelia membuat pesanan.
“Dua set ya!”
Satu suara menambah kata-kata
Adelia. Johan berada di sebelah Adelia
secara tiba-tiba. “So, siapa bayar? Dua-dua sampai sama?”Johan memandang Adelia
sambil mengangkat keningnya.
“U lah.
I sampai kaunter dulu! Lagi pun,
jangan lupa, man such pay!”Adelia ketawa.
“Bisa diatur!”Johan tersenyum. Memandang wajah Adelia, menghilangkan keletihannya
seharian bekerja. Johan mengeluarkan
dompetnya.
“U duduk dulu. I datang nanti!”Johan tersenyum.
Adelia akur tanpa sepatah kata.
Sementara menunggu Johan tiba, Adelia
mengeluarkan telefon bimbitnya. Adelia
mengisi masa menanti Johan dengan membaca ‘status-status’ kawan-kawannya di
facebook.
“Busannnn!”
Adelia meletakkan telefon bimbitnya di
atas meja. Johan tiba, dan meletakkan
dulang yang berisi burger, air minuman dan kentang goreng. Adelia dengan pantas mengambil ‘fun fries’
dan memasukkannya ke dalam mulut.
“Eee!”Johan berkata pendek.
“Apa yang eee?”Adelia keliru.
“Tangan dah basuh?”
Adelia segera bangun dari kerusi sambil
menjelirkan lidahnya kepada Johan. Johan
tersenyum.
“Budak manja!”
Johan menanti Adelia dengan perasaan
pelik.
“Lamanya basuh tangan,”Johan berkata
sejurus Adelia muncul.
“Merajuk!”Adelia menjawab pendek.
Adelia mengambil ‘fun fries’ dan
dimasukkan ke dalam mulut.
“Merajuk boleh makan lagi?”Johan ketawa.
“I menangis karang!”Adelia mengugut
Johan.
“Ok!
Ok! Makan! Makanlah wahai tuan puteri.”Johan mengalah,
membiarkan Adelia menghabiskan kentang gorengnya dengan rakus. Habis sudah kentang goreng milik Adelia. Adelia membuka bekas burger yang menyaluti
burgernya. Adelia menggigit burger
tersebut perlahan.
“U lapar sangat ya?”Johan menghadiahkan
senyuman nakal kepada Adelia.
“I tak lunch!”
“Why?
Rindu i?”
“Ishh.
Tak ada kawan. Lagi pun tadi tak
ada meja kosong. Sian i kan?”
“Tak ada kawan? Perempuan glamour macam u? Confius i.
Tak ada boyfriend di kampus?”Johan melontarkan soalan perangkapnya.
“Kawan baik tangguh setahun. Ada problem sikit. Boyfriend tarak. Apa hal tanya macam tu. Jealous?”
“Memang pun. U memang dah tau pun.”
Tanpa mempedulikan kata-kata Johan,
Adelia menghabiskan burgernya. Johan
tersenyum, turut menjamah burger milikya.
“Thanks
belanja!”
Adelia masuk ke dalam kereta tanpa
menoleh kepada Johan. Enjin kereta
dihidupkan. Tukkk!!!Cermin kereta
diketuk oleh Johan dari luar. Adelia
menurunkan cermin keretanya.
“Kita tunang?”
Adelia terkedu mendengar soalan
tiba-tiba dari Johan. Adelia tidak
berkata apa-apa, sebaliknya memberi isyarat supaya Johan ke tepi untuk memberi
laluan keretanya keluar dari parkir.
Johan bergerak ke tepi. Johan
mengangkat tangannya ke telinga memberi isyarat agar Adelia menelefonnya. Adelia mengangguk. Adelia mula memandu meninggalkan Johan,
dengan hati bercampur-baur. Pelbagai
perasaan kini bergabung di dalam hati Adelia.
“Bertunang????? Plan aku nak
pergi Melbourne macamana? Aduyai lah
mamat ni!”
Sampai
di rumah, Adelia terus masuk ke dalam biliknya tanpa ke dapur atau ke bilik
Tuminah mencari ibunya seperti selalu.
Perasaan Adelia tidak tenang setelah mendengar permintaan dari Johan. Rasional dan kewarasan fikiran Adelia kini
bergabung. Hasilnya? “Benarkah kau mencintai Johan Firdaus? Atau pun kau sekadar kesunyian mengisi
masa?”Soalan yang cukup bernas tersebut menguasai benak Adelia. Adelia menenangkan fikirannya dengan membuat
terapi kebersihan. Apa lagi kalau bukan
mandi sebersih-bersihnya di bilik air.
Selesai mandi, Adelia menunaikan solat Maghrib.
“Cik Adel, datin panggil makan
malam,”kedengaran suara nyaring Tuminah di luar pintu bilik. Adelia bangun menuju ke pintu dengan telekung
masih tersarung di badannya.
“Saya masih kenyanglah Bik. Cakap kat mama dan ibu, saya tak makan malam
ni. Tadi petang makan berat.”
“Yang benaran ini? Enggak rugi?
Ibunya masak enak. Bukan macam masakan Bibik. Enggak enak.”
“Ala, bunyi merajuk pulak. Kadang saya rindu jugak masakan Bik yang
kurang enak tu!”Adelia ketawa.
Tuminah mencebikkan mulutnya dan
beredar. Adelia menutup pintu biliknya.
Adelia
menanggalkan telekung setelah menunaikan solat Isyak. Telekung kembali digantung di dalam
almari. Wajahnya yang comel dilihat lama
oleh Adelia di depan cermin. “Betulkah
aku mencintai Johan?”Adelia menyoal dirinya sendiri. Memang tiada cacat celanya lelaki bergaya
dengan kereta lancer itu. Tampan, baik,
berkerjaya, dan romantik. “Tetapi,
mengapa? Mengapa? Mengapa hatinya masih lagi ada ruang
kosong. Kesian Johan!”
Adelia bergerak ke katil dan
membaringkan badannya. Teddy bear
kesayangan pemberian Suffian dipeluk erat.
Adelia bangun mengambil telefon bimbitnya di atas meja pula.
“I tak
pernah terfikir untuk memaksa u,..’”
Adelia membiarkan WhatsApp dari Johan
sepi. Teddy bear pemberian Suffian
dipeluk lagi. Kelegaan dirasai oleh
Adelia apabila memeluk teddy bear tersebut.
Ingin sekali Adelia berlari kepada Suffian pada ketika itu untuk
meluahkan kegelisahan hatinya.
“Abang!!! Adik tak nak bertunang!”Adelia menjerit
lantang, namun suaranya tidak keluar, hanya tersekat di kerongkong.
Deringan telefon
bimbit yang berada di sebelah, mengejutkan lena Adelia. Adelia meraba-raba di dalam kesamaran lampu
tidur mencari telefon bimbitnya.
“Sorry, kacau. U dah tidur ya?”Suara Johan bernada bersalah.
“Haa, dah tidur. Pukul berapa ni?”
“Pukul 12.00 malam. Detik 12.00 malam.”
“Ada apa? I ngantuk ni?”Adelia bertanya malas.
“Nothing. Saja nak dengar suara u. Maaf.
Ok. Good night!”
“K.
Good night.”
Adelia meletakkan telefon bimbit di
katil. Tiba-tiba Adelia merasakan
sesuatu berlaku di dalam perutnya. Ya,
perutnya itu berbunyi, minta diisi.
“Aduyai betul pukul 12.00 malam
kelaparan ni!”Adelia mengomel sendiri sambil bangun dari katil.
Sampai
di dapur, Adelia memetik suis lampu.
Dapur menjadi terang-benderang.
Adelia mengambil gelas dan membuka peti sejuk. Jus oren dikeluarkan dari peti sejuk dan
dituang ke dalam gelas. Jus oren
diteguk. Selain kelaparan, Adelia juga
kehausan.
“Nak makan apa ni? Kan best kalau ada maggi!”Hati Adelia
berbicara.
Adelia mula menyelongkar bahagian atas
kabinet dapur. Akhirnya Adelia
tersenyum, apabila melihat apa yang dihajatinya berada di situ. Operasi kelaparan bermula. Dengan pantas air dimasukkan ke dalam periuk
dan api dapur dinyalakan. Beberapa
ketika kemudian, air mendidih. Mee maggi
dimasukkan bersama perencahnya. Bau
harum perisa kari menguasai ruang dapur.
Tidak sampai tiga minit hidangan tengah malam Adelia telah siap
terhidang. Kuah mee maggi dihirup
pantas.
“Opps!
Panas!”Adelia menjerit kecil.
“Tu lah makan tak baca Bismillah. Lepas tu, makan tak ajak pulak!”
Adelia terkejut dan menoleh
serta-merta. Suffian tersenyum
menghampiri Adelia.
“Kacau betul. Adik baru nak menikmati kelazatan maggi kari
original tanpa ada sebarang haiwan dan sayur di dalamnya.”
“Haiwan?
Adik ni. Tak baik cakap macam
tu. Why tak dinner tadi? Dah makan dengan Johan before balik ya?”
“Makan di rumah Suraya,”Adelia membohongi
Suffian.
“Nak?”
“No.
Abang tak makan makanan tak berkualiti,”Suffian ketawa.
“Sombong!”Adelia kembali menghirup kuah
mee magginya. Mee maggi mula dijamah
perlahan. Adelia yang kelaparan
merasakan mee yang masuk ke dalam mulutnya begitu lazat sekali.
“Rasa sikit. Sedap.
Adik tak bohong. Come, adik suap
sikit.”
“Macamana maggi boleh ada dalam rumah
ni? Adik beli ya?”Suffian tiba-tiba
pelik bagaimana mee maggi tersebut boleh ada di dapur rumah mereka.
“Mana ada. Bibik kot beli. Ok saja makan. Bukan selalu.
Setahun, sekali dua ja!
Cepatlah. Bukak mulut.”
Suffian akur dengan kata-kata Adelia,
lantas menarik kerusi yang didudukinya mendekati Adelia. Garpu yang mengandungi mee maggi sedia untuk
digerakkan ke dalam mulut Suffian. Suffian
membuka mulutnya, dan memandang tepat wajah Adelia. Mata mereka bertemu, dan tiba-tiba Suffian
memegang tangan Adelia yang memegang garfu berisi mee maggi.
“Abang!
Apa ni?”
Hanya itu yang keluar dari mulut
Adelia. Suffian cepat-cepat menyedari
kesilapannya dan dengan cepat melepaskan pegangan tangannya. Suffian bingkas bangun meninggalkan ruang
dapur.
Adelia
terkebil-kebil melihat Suffian berlalu meninggalkan dapur. Sebenarnya gadis polos itu masih tidak
mengerti apa yang telah terjadi kepada Suffian.
“Mengapa abang ni? Tak suka maggi kot!”Adelia membuat andaian
mudah. Mee maggi di dalam mangkuk terus
dijamah. Mangkuk, sudu dan garpu dibasuh
dengan cepat oleh Adelia. Sebelum
meninggalkan dapur, Adelia menyimpan kembali botol jus oren ke dalam peti
sejuk. Lampu dapur ditutup semula. Adelia melangkah perlahan menuju ke
biliknya. Sewaktu melewati bilik
Suffian, Adelia kembali teringatkan peristiwa di dapur sebentar tadi. Kepolosan gadis cantik ini tergugat
seketika. Masuk ke bilik, Adelia merebahkan
badannya ke katil. Otak Adelia ligat
berfikir, apakah yang terjadi kepada Suffian sebentar tadi.
“Mengapa abang pegang tangan tadi
ekh?”Hati kecil Adelia bersuara, menuntut otak Adelia berfungsi malam itu.
“Ah, abang tak suka maggi. Aku yang paksa. Tu dia terkejut pegang tangan aku. Nak
tolak tak sampai hati. Kan abang
sayang aku sangat!”Jawapan telah diberikan oleh otak Adelia. Hati kecil Adelia menerimanya tanpa bantahan.
Pagi
itu Adelia bangun pagi seperti biasa.
Langkahnya riang pagi itu sambil bernyanyi kecil menuruni anak
tangga. Sampai di dapur, Adelia mencari
Rosnah.
“Rindu ibu.”Adelia memeluk Rosnah dari
belakang. Rosnah yang sedang memasukkan
susu ke dalam teko tidak cepat melatah.
Adelia meleraikan pelukannya.
“Mengapa tak makan malam tadi? Mesti makan dengan Johan sebelum balik
kan?”Rosnah menduga apa yang dilakukan oleh Adelia.
“Mana ibu tau? Abang Fian tak tau. Sarah cakap, Sarah makan di rumah kawan baik
Sarah.”
“Mengapa tipu abang? Tak baik.
Fian tu sayang sangat kat Sarah.”
“Nanti abang ingat Sarah bersungguh
dengan Johan. Sarah kawan ja. Lagi pun akhir-akhir ni, abang macam tak suka
Johan.”
“Abang Fian Sarah, risaukan Sarah lah
tu. Sekarang ni kan macam-macam boleh
jadi. Eloklah dia prihatin dengan
Sarah. Ibu pun nak tau jugak ni?”
“Apa yang ibu nak tau?”
Adelia membawa teko yang berisi Nescafe
panas ke ruang makan. Rosnah membawa
mangkuk besar berisi bihun goreng.
“Ya lah.
Sarah dengan Johan lah. Sarah
serius ke? Ibu akan tenang kalau ada
orang jaga Sarah. Ibu boleh tutup mata
dengan aman,”Rosnah berkata perlahan.
“Merepek lah ibu ni. Sarah nak kerja dulu. Beli rumah dan duduk dengan ibu. Baru lah kahwin!”Adelia berkata dengan penuh
yakin.
“Lambat tu. Ibu nak tengok Sarah kahwin sebelum ibu
mati. Ibu ni dah tua, Sarah.”
Datin
Hanim muncul.
“Siapa yang nak kahwin, Ros? Anak dara kita ke?”
Rosnah tersenyum.
“Selamat pagi datin. Siapa lagi yang bujang di rumah ni,
datin. Tak kan saya atau Bibik yang nak
kahwin.”
Adelia menuangkan air Nescafe untuk
mamanya, sementara Rosnah mencedokkan bihun goreng ke dalam pinggan.
“Mama jangan percaya cakap ibu tu. Apa salahnya ibu atau Bibik nak kahwin kan,
mama? Semua orang berhak bahagia,”Adelia
ketawa.
“Siapa yang bilang saya mau kahwin? Ros mungkin. Saya enggak, datin.”
Tuminah muncul dari dapur dengan membawa
roti ‘gardenia’, planta, jem strawberry dan telur separuh masak di dalam sebuah
dulang.
“Bik pergi mana tadi? Sian ibu buat kerja sorang-sorang di dapur.”
“Perutnya sakit. Ya, di toilet. Saya enggak buli ibunya Cik Adel.”
“Semua lah kahwin. Tiga-tiga,”Datin Hanim ketawa. Diikuti oleh Adelia, Rosnah dan Tuminah.
Rosnah dan Tuminah berlalu ke
dapur. Datuk Aman Zainal tiba, diikuti
oleh Suffian dan Amanda.
“Apa
yang gembira sangat ni, Datin Hanim oi?”
Datuk Aman Zainal menarik kerusi dan
duduk di sebelah isterinya. Suffian dan
Amanda juga duduk.
“Siapa lagi datuk oi. Anak dara abang lah!”
Datin Hanim menghulurkan cawan berisi
Nescafe panas kepada suaminya.
“Elok lah tu. Daddy suka Johan tu. Baik, bercita-cita tinggi dan romantik juga.”
“Romantik? Mana daddy tau dia romantik? Ada-ada saja daddy ni!”
Adelia menjeling ayahnya tajam.
“Marah?
Macam suka saja, daddy tengok.
Bertunang lah dulu.”
Suffian diam seribu kata. Bihun goreng yang dikunyah terasa tawar dan
kosong. Seperti tiada objek yang masuk
ke dalam kerongkongnya. Amanda
tersenyum. Hatinya gembira dengan perkembangan
terbaru hubungan Johan dan Adelia.
“Betul cakap daddy. Bertunang dulu. Mama ni tak sabar dah nak bermenantukan Johan
tu!”
“Mama tau tak? Bihun ni tawar pulak adik rasa. Tu tandanya adik belum rasa nak kahwin. Kalau rasa masin baru nak kahwin kan?”
“Pandailah anak mama ni. Itu boleh diaplikasikan buat orang yang
masak. Bukan orang yang makan,”Datin
Hanim ketawa.
Semua ketawa di meja makan tersebut
kecuali Suffian. Nescafe panas yang
diminumnya juga terasa tawar.
“Abang
cepat sikit. Kereta abang block kereta
adik. Adik ada kelas pagi ni,”Adelia
mengejutkan Suffian yang masih mengunyah bihun gorengnya.
Suffian tidak menjawab, sebaliknya
menghirup Nescafenya laju. Suffian
bangun dari kerusi. Adelia menyalami
Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal lalu ke dapur mencari Rosnah. Adelia keluar mendapatkan kereta di luar
banglo. Suffian telah mengundurkan
keretanya, dan bersedia untuk menggerakkan kereta. Adelia berlari ke arah kereta Suffian. Cermin kereta diketuk kuat.
“Abang pelik pagi ni. Pehal?
Sorrylah pasal malam tadi. Adik
tau, abang tak suka makan maggi kan?”Adelia berkata sambil tersenyum
manis.
Luluh kemarahan dan rasa cemburu yang
menguasai diri Suffian.
“Sorry untuk apa? Abang banyak kerjalah. Tu moody selalu tu. Cantik adik pagi ni. Tapi busuk!”Suffian ketawa. Adelia memukul bahu Suffian. Amanda yang baru keluar dari banglo melihat
apa yang berlaku dengan hati membara.
Amanda masuk ke dalam kereta dan membunyikan hon agar kereta Suffian
yang menghalangnya beredar.
****
Tina
memerhatikan Adelia Saffiya yang berjalan menuju ke dewan kuliah di
depannya. Fatima yang berada di
sebelahnya disiku.
“Kau tengok anak datuk tu? Apa ke nasib.
Dulu hilang boyfriend. Ni hilang
kawan baik pulak. Dulu aku ingat Suraya
tu punyalah baik. Last-last apa cer?”
“Bukan roommate kau tu? Apa cer kutuk pulak. Mana kau tau pasal Suraya. Entah-entah betul dia sakit.”
“Ini Tinalah. Aku tau lah apa yang berlaku. Besar dah perut perempuan tu. Kenapa bukan minah tu yang camtu? Aku lagi suka.”
“Dia dengar nanti. Dah dekat ni,”Fatima berkata perlahan.
“Biarlah dia dengar. Bukan roommate aku lagi lah. Dan bukan kawan baik pun!”Tina berkata
kasar.
Adelia tiba, melemparkan senyuman kepada
Tina dan Fatima.
“Hai, sorang saja ke? Mana kawan baik?”Tina bertanya sinis.
Adelia yang mengetahui tujuan pertanyaan
Tina hanya mendiamkan diri dan berlalu masuk ke dalam dewan kuliah.
“Kau tengok tu? Sombong siot.
Sorang dah bunting. Dia bilalah
pulak?”
“Kau ni.
Tak baik sungguh. Apalah salah
dia kat kau?”Fatima bertanya nakal.
“Salah Adel ke kau tak dapat
Mikhael? Bukan Adel pun melepas? Carilah jantan lain. Yang biasa-biasa saja. Ni cari anak tan sri. Siapa yang sakit hati?”Fatima ketawa.
“Cancel aku belanja lunch!”Tina berkata
kasar.
“Rileks lah. Aku gurau ja.
Kau still nak Mikhael tu? Apa dia
buat ya sekarang ni? Mesti kerja dengan
bapak dia kan?”Fatima memujuk Tina lembut.
“Entah!
Dah mati kot!”Tina akhirnya ketawa.
****
Amanda
memerhatikan hidangan yang disajikan oleh emaknya di atas meja. Cukup sederhana. Ikan temenung goreng, sayur campur, sambal
belacan dan ulam-ulaman. Jauh berbeza
benar dengan hidangan di banglo ayah mertuanya, Datuk Aman Zainal. Amanda bangun dari kerusi dan membuka peti
sejuk.
“Kau cari apa tu?”Siti Hajar pelik
dengan perbuatan Amanda mencari sesuatu, sedangkan makanan telah siap
terhidang.
“Nak telur mata kerbau lah,”Amanda
menjawab jujur.
“Lain kali nak balik bagitau. Bolehlah mak masak sedap sikit. Ni, dah lama kau tak bagi duit pada mak. Lupa kau ya pada orang tua yang lahirkan kau
ni?”
Amanda tidak menjawab soalan
emaknya. Api dinyalakan dan minyak masak
dituang perlahan. Amanda duduk semula
membawa pinggan berisi telur mata kerbau untuk dirinya.
“Sibuk lah mak. Nanti bagi lah. Mak nak berapa?”
Amanda mencedok nasi.
“Dah lama tak bagi. Bagi lah seribu. Dengan mak kau pun, kau nak berkira. Mintak duit dari laki kau tu. Bila lagi nak bagi duit kat bini kan?”
Amanda
menyerahkan kepingan wang kertas RM 50.00 yang bernilai seribu kepada Siti
Hajar. Siti Hajar menyambutnya sambil
tersenyum. Siti Hajar mengira wang
tersebut.
“Mak ni.
Macam tak percaya kat anak mak!”
“Kau tu bukan boleh percaya sangat!”Siti
Hajar ketawa. Amanda tersenyum mendengar
kata-kata emaknya itu.
“Nak minta tolong sikit kat mak, boleh?”
Siti Hajar masih memegang duit pemberian
Amanda.
“Tolong apanya ni? Patut baik sangat balik dan bagi duit. Ada apa?”
“Mak kenal mana-mana bomoh tak? Tolonglah mak!”Amanda berkata perlahan,
bimbang didengari orang di sebelah rumahnya, memandangkan mereka berada di
ruang tamu dan pintu terbuka.
“Mengapa? Kamu nak bomohkan laki kamu? Bukan main kamu ya? Belum aku ajar dah pandai,”Siti Hajar ketawa.
“Dulu ingat tak nak susahkan mak. Mak pun bukan sihat sangat. Tapi dah tak ada kawan nak tolong. Tu cari mak jugak tu!”Amanda berterus-terang
dengan emaknya itu.
Siti Hajar tersenyum, tanda sedia
membantu anak perempuannya itu.
“Boleh tak mak? Orang rasa laki orang pelik.”
“Pelik macamana? Tak bagi duit pada kamu?”Siti Hajar amat
berminat dengan cerita Amanda.
“Bagi.
Bukan pasal duit lah mak. Ni
pasal lain. Dia macam,..err, macam..”
“Apa yang macam-macamnya? Cuba cakap terus -terang dengan mak. Nak minta tolong, nak berahsia pulak. Cuba cerita betul-betul dengan mak,”Siti
Hajar bersunguh-sungguh ingin tahu apa yang berlaku.
“Dia macam tak berahi di katil!”
“Suffian mati pucuk?”Siti Hajar terkejut
dengan pengakuan Amanda.
“Mula kahwin ok. Balik dari honeymoon tu, dia mula lain. Entahlah mak.
Orang tak tau kenapa? Rasanya
bukan sebab tu. Kalau mati pucuk, mesti
tak boleh buat langsung. Mesti sebab
lain. Orang rasalah....”Amanda berhenti
di situ.
“Sebab apanya? Kau ni main teka-teki pulak dengan mak,”Siti
Hajar mendesak Amanda agar berterus-terang.
“Dia suka perempuan lain. Orang taulah,..”
“Kau tau? Apa yang kau diam saja. Serang lah perempuan tu. Nak tunggu apa lagi! Tak kan itu pun mak nak ajar. Malu kan dia.
Serang di tempat kerja. Sah, dia
taubat lepas tu.”
“Nak serang macamana? Tak ada bukti. Dia sayang sangat kat adik angkat dia
tu. Budak Adelia tu. Kalau serang, siapa yang percaya. Silap haribulan datuk dan datin halau orang
dari banglo tu.”
“Nak
suruh bomoh tu buat macamana? Buat
Suffian sayang kat kau?”Siti Hajar menduga Amanda.
“Sayang tu, sayanglah kat orang. Yang penting adiknya tu. Malas lah orang nak tengok lagi. Boleh buat satu keluarga buang perempuan
tu? Orang meluatlah tengok dia. Tengok maknya lagilah. Anak-beranak merempat di rumah datuk tu!”
“Bagi saja racun perempuan tu. Habis cerita.
Tak payah kita susah payah jumpa bomoh.
Bomoh ni kalau lelaki, silap haribulan kamu kena makan. Dirogolnya kamu. Kamu nak macam tu?”Siti Hajar memberikan
pendapatnya.
“Racun?
Susahlah. Nak bubuh kat
mana? Nanti orang lain yang kena. Mak ni.
Stresslah orang. Nak tolong tak
ni?”Cadangan Siti Hajar ternyata tidak menarik bagi Amanda.
“Bomoh lah mak. Semua orang buat macam tu sekarang ni. Tak siapa tau. Dosa tu, biar orang tanggung. Boleh lah mak. Mak nak tengok orang kena cerai. Fian sayang sangat kat adik dia. Orang tau dia ada hati kat perempuan tu.”
Siti Hajar terdiam seketika. Otaknya ligat berfikir untuk membantu
Amanda.
“Ya lah, ya lah. Kita pergi Bandar Muazam Syah!”
“Kat mana pulak tu mak? Ada apa kat situ?”Amanda bertanya curiga.
“Kamu ni. Pekan Pahang lah. Jumpa Tok Batin. Kita cuba mana yang patut. Kamu sedia duit saja. Ha!
Kamu ada duit ke?”
“Sayang mak. Mestilah ada.
Menantu datuk ni,”Amanda ketawa.
“Bila kita nak pergi?”Amanda seperti
tidak sabar.
“Bila-bila. Kamu tu yang kena ambik cuti. Mak ni bila-bila free. Habis mak pun berdosa ni. Subahat dengan perkara-perkara khurafat.”
****
Johan
Firdaus membuka kembali bekas cincin yang dipegangnya. Dirinya sedar tindakannya terlalu
terburu-buru, menurutkan hati. Cincin
platinum bersatu dengan sebiji permata itu ditenung lama. Sudih kah Adelia menyarungkan cincin itu di
jari manisnya? Peristiwa di kedai barang
kemas Habib Jewel kembali di ingatan Johan.
“Err,..Saya cari platinum ring for
engagement,”Johan agak gusar dengan kata-katanya sendiri.
“Cincin yang bagaimana?”Pekerja Habib
Jewel memberi respons baik terhadap pertanyaan Johan.
“Cincin tunang. Satu permata.
Platinum.”
“Anggaran harga?”Soalan dari pekerja
Habib Jewel lebih terperinci. Johan
tersenyum manis.
“Less than 5k perhaps,”Johan tersenyum.
Dan inilah hasilnya. Cincin platinum comel tersebut ditenung
lagi.
“Bilalah dapat nak sarung kat jari budak
manja tu? Mengapalah susah sangat nak
bahagia ni?”Hati Johan bersuara lembut.
Seperti selalu tiada jawapan yang dapat diberikan oleh Johan, sekadar
harapan yang menggunung tinggi. Kotak
cincin yang berwarna merah itu ditutup.
Sudah seminggu berlalu, Adelia masih sepi tanpa sepatah kata. Sebagai lelaki sejati yang tidak pernah
menggunakan kekerasan terhadap kaum hawa, Johan tidak pernah terfikir pun untuk
memaksa Adelia. Telefon bimbit di atas
meja dicapai.
“Teman i makan roti canai, please,”Johan
merayu Adelia.
“I tak suka roti canai. Sorry.
Next time, ok?”
“Ok,
u suka apa untuk minum petang? I
ikut u. Dinner tentu u lagi beralasan
kan?”
“Ok lah.
Tapi kejap saja tau! Kat
mana? Kedai mamak mana? Ish, mesti baru ambik order dah bau
busuk,”Adelia ketawa.
“I tau u sorang yang wangi. Wangi sampai i tergila-gila.”
“Gilalah sangat!”Adelia ketawa.
Johan tersenyum setelah berbicara dengan
Adelia. Tetapi tiba-tiba hatinya
bersuara kejam. “Boleh ke bagi cincin di
kedai mamak? Kau biar betul bro!”
Johan tersenyum sendiri, hajatnya yang
mahu memberi kejutan kepada Adelia perlu ditunda buat sementara waktu.
Kedai Mamak Line Clear. Roti nan dikunyah laju oleh Adelia.
“Sedap!”Komen pendek dari Adelia.
“U makan tanpa perasaan. Kena paksa ya datang ni? Pity u!”Johan memandang wajah Adelia dengan
rasa bersalah.
“Betullah sedap. Apalah u ni.
Suka fikir macam-macam macam orang tua.
Hahaha, u memang orang tua pun!”Adelia cuba menceriakan suasana petang
itu.
“U kan tak suka kedai mamak. Sedap ke roti tu?”Johan bertanya ragu.
“Sedap lah. Ikhlas.
Sebab i dah lama tak makan. Sedap
roti telur tu? Dah makan ni, malam dinner
lagi?”
“Nope!
Gemuk nanti. Ni pun i dah gemuk,
nanti tak stylist pakai baju kahwin!”
“Pakai baju kahwin kena stylist ke? Hahaha,..Soalan lebih tepat,..ada ke yang nak
kahwin dengan u?”Adelia menyambung ketawanya.
Johan tersenyum kelat, diam tanpa kata.
“Kang paksa baru tau! I bomoh baru tau!”Johan berkata dengan wajah
serius.
Ketawa Adelia makin besar, sehingga
beberapa mata memandang meja mereka.
“Why u ketawa? Tak takut pulak tu?”Johan bertanya pelik.
“U tak kan buat. Cinta tak boleh dipaksa. Lagi pun mana pro if pakai bomoh. Apa kata i yang bomohkan u!”
“Untuk apa plak bomohkan i? Dah memang i gilakan u. U ni betul ke tak? Roti nan tu buat u pening ya?”Giliran Johan
ketawa.
“Supaya u bagi semua gaji u kat i. Macam cerita drama. Sebagai permulaan, bak seribu. Nak shopping!”
“Untuk u, i bagi ja. Tak payah nak jumpa bomoh. Bahaya!
Bomoh tengok u, lain jampi yang dibacanya. Ramailah yang jadi mangsa bomoh ni. Terutamanya kaum perempuan, tapi tak
serik-serik. I pun pelik. Minta tolong kat orang dan jin peliharaan,
bukan dari Allah. U janganlah buat
sayang!”
“Apa?
Sayanglah sangat ya?”
“Betul
u sayang sangat kat i?”
“Yup!
Sayang sangat. I nak jaga u. Habiskan hari-hari i bersama u. Sentiasa in love dengan u. Sampai tua!”
“Aduhai, lelaki bila berbicara. Belum dapat i semuanya indah. Bila dah dapat i?”
“Dapat u?”
“Bila dah kahwinlah Dol!”
“Tak baik panggil bakal hubby macam
tu. Derhaka nanti!”
“Perasan sungguh. Apa kata u tunggu i habis sambung belajar. I nak bagitau u plan i sejak sebelum masuk
Limkokwing lagi. I nak futher study di
Melbourne. U sanggup tunggu? Tak lama. Tolak, bahagi, darab, dua tahun
ja!”
“No!
Kita kahwin dulu. Lepas tu u
pergi. I rasa lebih selamat cinta
kita,”Johan bernada serius.
“Bukan lagi bahaya? Apabila suami-isteri berjauhan?”Adelia
tersenyum sinis kepada Johan.
“Tidak bagi kita. I akan setia.
Itu janji i, sayang!”
Johan cuba meraih tangan Adelia.
“Bro, ni kat kedai mamak! Boleh lagi nak romantic?”Tiba-tiba hati Johan
bersuara.
Johan menarik semula tangannya.
“I kena tanya family i dulu. Tanya abang,”Adelia akhirnya berkata malu.
“Jadi u setuju?”
Adelia tersenyum lebar.
Johan memandu pulang senja itu dengan
gembira. Tangan kirinya menyeluk poket
seluar kirinya. Kotak baldu kecil
berwarna merah itu digenggam erat, sama seperti eratnya kasih-sayang dirinya
terhadap Adelia Saffiya.
“Cincin ini akan tersarung di jari
manismu, sayang!”Johan berkata sendirian.
Senja semakin melabuhkan tirainya. Johan merasakan jodohnya bersama Adelia
semakin hampir.
“Makkk!!!! Johan nak kahwin!”
****Cepatnya nak kahwinnnnn,...ngeee
X SUKA MAIN BOMOH2 NI KAK JANGAN BOLEH KESIAN ADEL.
ReplyDeleteBaby mio,..dapatkan Melbourne di pasaran,..sudah terbit,..https://www.facebook.com/dalila.samot,..add akak di fesbukkkkk,...
ReplyDelete