Melbourne, Aku Ingin Pulang-Apalah
nasib Haykal Suffian yg handsome and ‘wise guy’ ni,..ngeee
Bab 8
“Kenapa ni? Cuba cerita pada mama apa yang berlaku,”Datin
Hanim menerima pelukan Adelia yang berjuraian air mata. Suffian menduga pelbagai perkara yang negatif
telah berlaku terhadap Adelia dan ibunya.
“Ibu mana?”Datin Hanim bertanya lembut kepada
Adelia.
“Kat dalam. Syukur ibu dah sedarkan diri.”
Datin Hanim masuk ke dalam wad bagi
pesakit wanita, di Hospital Besar Ulu Langat melihat Rosnah yang cedera. Suffian memandang penuh simpati terhadap
Adelia.
“Jom ke kantin. Mesti belum makan ni!”Suffian memandang
Adelia yang sedang mengesat air matanya.
“Jom!”
Suffian meraih tangan Adelia. Adelia akur.
Perlahan Adelia berjalan beriringan dengan Suffian yang sedang tercari-cari papan tanda
menunjukkan arah ke kantin. Setelah
beberapa ketika mencari papan tanda, Suffian akhirnya tersenyum setelah melihat
kantin dari jauh.
“Ha, makan cepat. Ayam masak merah masakan mama tu,”Suffian
mengusik Adelia yang sedang menyedut teh aisnya. Suffian bangun semula mengambil makanan untuk
dirinya pula. Beberapa minit berlalu,
Suffian duduk semula di depan Adelia membawa pinggannya yang berisi makanan.
“Tengok, masak lemak nangka. Adik suka kan? Nak?”
“Tak nak,”Adelia menjawab pendek soalan
Suffian.
“Abang bukan ada janji hari ni dengan
Kak Amanda?”Adelia terlebih dahulu mengutarakan persoalan sebelum Suffian fokus
untuk mendengar cerita apakah yang berlaku terhadap dirinya.
“Topik Kak Amanda tak menarik. Adik tau kan apa topik yang penting sekarang
ni?”
Suffian menjamah makanan di dalam
pinggannya.
“Makan cepat. Lepas tu cerita betul-betul apa yang
berlaku. Dah sampai mak cik masuk
hospital. Lagi Adik nak
berahsia?”Suffian bernada agak tinggi.
“Abang marah adik? Macam adik yang bersalah saja abang
cakap,”Adelia mengeluarkan nada rajuknya.
Suffian meletakkan sudu dan garpunya.
“Tak cakap apa pun pasal nak salahkan
adik. Cuma abang tak suka kalau adik nak
berahsia. Setiap masalah kena
diselesaikan. Bukan dirahsiakan dan tak
akan settle sampai bila-bila,”Suffian berkata dengan nada lebih tegas tapi
lembut. Telefon bimbit Suffian berbunyi.
“Mama cari kita!”
Suffian meletakkan telefon bimbitnya di
atas meja.
“Jadi, adik kena berterus-teranglah ya? Nanti abang marah. Mama tak bagi lagi adik balik kampung. Macamana?”Adelia menyoal Suffian.
“Apa-apapun kena cerita habis dulu. Nanti kita fikir sama-sama cari jalan
penyelesaian. Banyak problem jadi lagi
berat sebab berahsia. Tu lah pasal. Tunggu mama sampai. Adik kena cerita betul-betul apa yang
berlaku.
Datin
Hanim sampai setelah hampir dua puluh minit Adelia dan Suffian menanti. Wajah Datin Hanim mencuka.
“Penat mama cari kantin ni. Bukan nak tunggu mama. Fian ni,”Datin Hanim melepaskan perasaan
geramnya. Suffian hanya tersenyum
mendengar Datin Hanim melepaskan geram, sementara Adelia hanya diam.
“Mama nak makan? Minum?”
Suffian bangun dari kerusi setelah Datin
Hanim duduk.
“Minum saja. Bagi mama air soya ais,”Datin Hanim menjawab
pendek.
“Adik tak apa-apa? Cuba cerita pada mama apa yang terjadi. Jangan buat mama, daddy dan Abang Fian risau
macam ni. Ni daddy belum tau ni. Kalau tau, lagi daddy risau,”Datin Hanim
memujuk Adelia lembut.
“Malam ni, adik jaga ibu, ya mama? Kesian ibu sorang diri. Adik pun tak tau nak hubungi ayah
macamana,”Adelia berkata perlahan. Datin
Hanim hanya mengangguk. Suffian tiba
dengan gelas berisi air soya di tangannya.
“Untuk mama yang kehausan.”
Datin Hanim menyedut air soyanya
perlahan.
“Adik nak teman ibunya malam ni. Fian macamana? Nak biar Adik sorang-sorang di hospital malam
ni?”Datin Hanim memandang Suffian.
“Eh, tak apalah mama. Adik ok jaga ibu sorang-sorang. Tak kan nak biar ibu sorang malam ni. Ibu ada cakap apa-apa pada mama?”Adelia
menjawab soalan yang diajukan oleh Datin Hanim kepada Suffian.
“Tak ada pulak. Ibu adik cuma minta maaf pada mama berulang
kali. Adik kena cerita juga kepada mama
apa yang berlaku. Kalau tak, mama tak
tenang ni nak balik KL,”Datin Hanim masih tidak puas hati selagi tidak
mengetahui perkara yang berlaku terhadap Adelia dan Rosnah.
“Mama janji tak marah adik?”Adelia
memandang Datin Hanim meminta kepastian.
Datin Hanim tersenyum tipis tanda bersetuju dengan permintaan Adelia.
Suffian memandu pulang
ke Kuala Lumpur dengan hati yang berserabut.
Datin Hanim di sebelahnya juga tidak kurang serabutnya memikirkan
kejadian yang telah menimpa Adelia dan ibunya.
Melarang Adelia untuk tidak pergi lagi ke rumah ibu kandungnya adalah
suatu perkara yang mustahil. Namun,
untuk membenarkan Adelia kembali ke rumah ibunya juga adalah perkara yang tak
mungkin untuk Datin Hanim dan Suffian lakukan.
Datin Hanim melepaskan keluhan yang berat. Suffian yang sedang memandu menjeling mamanya
di sebelah.
“Macamana mama?”Suffian memecahkan
keheningan suasana kereta yang dipandunya.
“Macamana apa?”Datin Hanim menjawab dengan
keadaan buntu. Buntu bercampur dengan
kerisauannya terhadap keselamatan Adelia.
“Apa solution kita terhadap masalah adik,
mama? Kesian jugak dengan adik. If Fian jadi dia pun tak kan nak tinggalkan
ibunya. Ditelan mati emak, diluah mati
bapak pulak rasanya.”
“Pandailah Fian berperibahasa. Fian ada cadangan? Mama benar-benar buntu. Yang jadi keutamaan mama ialah keselamatan
adik. If jadi apa-apa pagi tadi
macamana? Rosnah tak mampu lagi nak
selamatkan adik. Mama pening ni. Boleh datang balik migrain mama ni,”Datin
Hanim kehilangan punca dengan apa yang terjadi terhadap Adelia. Satu-satunya anak perempuannya.
****
Penantian
Datin Hanim terhadap kepulangan Datuk Aman Zainal akhirnya berakhir juga. Datuk Aman Zainal yang tidak menghidu apa-apa
yang pelik berlaku, keliru melihat wajah isterinya yang muram. Makan malam berlalu dengan hambarnya. Suffian juga tidak keluar ke mana- mana malam
itu. Datin Hanim dan Suffian
masing-masing membisu di meja makan.
Datuk Aman Zainal akhirnya bersuara.
“Adik balik terus ke apartmennya? Tak singgah sini?”Datuk Aman Zainal memandang
isterinya. Datin Hanim diam, tidak tahu
bagaimana mahu menjawab soalan yang diajukan oleh suaminya. Datuk Aman Zainal memandang Suffian pula.
“Kenapa semua diam ni? Adik kenapa?
Ada apa-apa yang saya tak tau?”Datuk Aman Zainal akhirnya dapat menghidu
sesuatu yang tidak kena.
“Adik ditimpa musibah. Ni saya nak bagitau abang. Saya takut abang naik angin,”Datin Hanim
menjawab juga soalan Datuk Aman Zainal.
“Musibah apa?”Datuk Aman Zainal
meletakkan sudu dan garpunya. Seleranya
malam itu benar-benar hilang. Datuk Aman
Zainal berfikir panjang setelah mendengar segala penjelasan dari isterinya. Setelah membisu untuk beberapa ketika, Datuk
Aman zainal bersuara.
“Esok Fian ke hospital. Uruskan semuanya tentang ibu adik. Bawa keduanya balik. Tinggal sini.
Daddy tak mahu risau lagi macam ni,”Datuk Aman Zainal berkata
tegas. Datin Hanim tersenyum, bersetuju
dengan keputusan suaminya. Suffian
mengangguk perlahan, tanda turut bersetuju dengan arahan Datuk Aman Zainal.
****
Amanda
menghempaskan badannya yang montok ke atas sofa. Wajahnya merah padam menahan api kemarahan
terhadap Adelia. Ya, anak pungut Datuk
Aman Zainal itu benar-benar telah mengganggu kebahagiaannya kini.
“Kurang ajar punya anak pungut. Kau tau lah nasib kau esok bila aku jadi
menantu Datuk Aman Zainal. Jadi isteri
Haykal Suffian. Jangan kau mimpi nak
duduk banglo tu lagi. Budak
bodohhhh!”Amanda melemparkan telefon bimbitnya di sisi. Tengahari tadi, rancangan membeli-belahnya
bersama Suffian gagal kerana Suffian menemui Adelia di Ulu Langat. Malam ini, sekali lagi janji temunya
dibatalkan oleh Suffian dengan alasan keluarganya masih membincangkan perihal
Adelia.
“Adelia!
Adelia! Adelia!”Hati Amanda
menyumpah seranah Adelia berulang kali. Amanda
mencapai alat kawalan jauh di atas meja.
Semua rancangan di televisyen di setiap stesyen baginya membosankan. Hati Amanda semakin sakit dan membara api
kemarahannya.
“Tak keluar ke malam ni?”Lufya masuk ke
apartmen. Amanda diam seribu bahasa
tidak menjawab pertanyaan teman serumahnya.
“Eh, kau kenapa ni? Monyok semacam saja. Gaduh dengan Suffian lagi? Pity u.
Tadi tak keluar. Malam ni tak
keluar jugak,”Lufya berkata tanpa mempedulikan perasaan teman serumahnya yang
sedang hangat membara.
“Kau jangan naikkan lagi darah aku
boleh? Aku bengang ni dengan
Adelia,”Amanda berkata kasar.
“Adelia?
Siapa tu? Girlfriend Suffian?”
Lufya duduk di sisi Amanda menagih
cerita yang lebih jelas.
“Adik Suffianlah. Adik angkat yang datin tu bela sejak dari
kecil. Ada-ada saja masalahnya. Suffian asyik ambik berat semacam aku
tengok. Sampai aku naik rimas. Ni ada hal apa entah di kampung ibu kandung
budak tu. Meluat aku.”
“Hahaha.
Kau tanya Suffian tak satu perkara penting?”
“Tanya apa?”Amanda menjawab gusar.
“Datin tu ada susukan tak budak tu
dulu? Penting kau tanya Suffian. Kalau tak, suffian boleh kahwin dengan budak
tu. Melepas kau,”Lufya berkata
perlahan. Kata-kata Lufya bagai bisa
racun yang menjalar di hati Amanda.
Amanda semakin gelisah.
“Kau biar betul? Jangan takutkan aku lagi,”Amanda memandang
teman serumahnya mencari kepastian.
“Ha betullah. If datin tu tak susukan, dia dengan Suffian
bukan adik-beradik. Kau dalam
bahaya. Bukan aku nak takutkan kau. Cuma nak ingatkan kau. Baik kau lebih berhati-hati. Baik kau push Suffian supaya kahwin
cepat. Melepas kau nanti anak datuk
tu. Masa tu den tak dapek nak
menolongnya,”Lufya sempat bergurau dengan Amanda. Amanda diam.
Memikirkan akan kata-kata Lufya dalam-dalam. Ada kebenaran di dalam kata-kata Lufya
itu. Amanda bangun menuju ke biliknya,
namun datang semula ke rumah tamu mengambil telefon bimbitnya.
“Kau buatlah apa yang patut. Semua bergantung kepada kau. Wei, aku ada untuk menolong kau,”Lufya
ketawa.
“Nantilah aku fikirkan. Aku tengah serabut ni. Nak tidurlah.”
Amanda berlalu ke biliknya.
Di
dalam bilik, Amanda menghempaskan badannya pula ke atas katil. Tilam yang setia menanti menerima kehadiran
Amanda dengan rela. Amanda masih memegang
telefon bimbitnya, masih tidak puas hati dengan Suffian. Dua kali membatalkan temujanji mereka dalam
masa sehari. Benarkah kedudukan Adelia
di dalam hidup Suffian begitu hebat.
Bagaimana jika memang benar seperti kata-kata Lufya, Adelia mempunyai
peluang yang cerah untuk memiliki Suffian.
Melepas dirinya nanti. Fikiran
Amanda bekerja keras memikirkan sesuatu.
Seingat Amanda, Suffian pernah memberitahunya berkenaan teman lelaki
Adelia. Amanda menarik nafas lega, cuba
membuang kerisauannya jauh-jauh. Sebaik
mungkin, Amanda cuba memujuk hati agar bertenang. Haykal Suffian Datuk Aman Zainal masih menjadi
tunangnya. Fikiran rasional Amanda
muncul. Amanda sedar, rajuk dan
kekasaran tidak akan menyebelahinya untuk terus kekal di hati Suffian. Amanda mengambil telefon bimbitnya di
sisi. Amanda menanti dengan debar
panggilannya dijawab oleh Suffian.
“Sayang, i minta maaf. Adik ok?”Amanda cuba membetulkan keadaan,
cuba memujuk Suffian.
“Ok.
I faham. Fian salah jugak banyak
kali cancel our date. Esok i pergi Ulu
Langat, tengok apa yang boleh i settle.
Esok Fian call. I penat ni
baby,”Suffian menjawab perlahan.
“Betul maafkan i? I janji tak marah-marah lagi. I nak jadi future wife u yang baik. I’m sorry sayang,”Amanda masih tidak
melepaskan Suffian.
“Ok. Good night.”
Suffian mematikan talian. Hati Amanda
masih bergelora. Memang jelas, sikap
yang begitu prihatin Suffian terhadap Adelia.
Diam-diam Amanda mengakui kebenaran kata-kata Lufya. Tapi apakah yang perlu dilakukannya? Amanda menyoal dirinya sendiri. Bomoh?
Bomoh Siam? Perangkap? Amanda akhirnya terlena dengan perancangannya
terhadap Suffian yang tidak jelas.
****
Malam
yang dingin, Adelia baru selesai menunaikan solat Isyak di bilik solat
berdekatan wad di mana ibunya dirawat.
Telekung milik surau tersebut dilipat kemas. Adelia melihat wajahnya di cermin. Membetulkan rambut dan membelek sekilas
wajahnya di cermin. Tanpa memakai
sebarang alat solek, Adelia meninggalkan surau dan berjalan menuju ke wad di
mana ibunya dirawat. Rosnah telah
terlena sewaktu Adelia tiba. Adelia
menarik selimut agar menyelimuti ibunya hingga paras dada. Adelia memandang sayu ke a rah ibunya. Terasa benar kasih-sayang yang tidak
berbelah-bahagi ibunya itu kepada dirinya.
Jika ibunya tidak menghalang abangnya Sulaiman, Adelia tidak dapat
membayangkan apa yang akan terjadi kepada dirinya. Malam makin larut, Adelia baru teringat dia
tidak mempedulikan akan telefon bimbitnya sejak Abang Suffian dan mamanya
pulang petang tadi. Adelia mengeluarkan
telefon bimbitnya dari beg galas.
Terdapat dua panggilan yang tidak dijawab. Tentunya panggilan tersebut dari Abang
Suffian. Adelia berkira-kira samada
untuk membalas panggilan dari Abang Suffian atau tidak. Jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Abang Suffian tentunya sudah tidur atau masih
melayan kerenah tunangnya, Kak Amanda.
Adelia membatalkan rancangannya untuk menelefon Abang Suffian.
Pagi
yang ceria. Adelia selesai mandi dan
duduk di hadapan ibunya yang sedang menikmati sarapan pagi.
“Sarah nak?”Rosnah memandang Adelia
mesra.
“Tak nak. Ibu makanlah.
Kejap lagi Sarah ke kantin makan.
Ibu nampak dah makin sihat. Sarah
nak tanya doktor, bila ibu boleh balik.”
“Sarah tak pergi kelas hari ni? Sebab ibu, Sarah terpaksa ponteng
kelas,”Rosnah berkata perlahan.
Perasaannya sebak lagi memikirkan dirinya telah menyusahkan Adelia.
“Ala, ponteng sehari saja. Tak ada apa masalahlah. Bukan Sarah tak boleh salin nota dari
kawan. Ibu ni. Bimbang tak bertempatlah. Ibu makan, Sarah pergi kantin ya? Perut dah keroncong. Malam tadi malas nak cari makanan,”Adelia
berkata jujur.
“Cepatlah pergi. Nanti sakit pula perut tu. Ni kongsi dengan ibu nak?”Rosnah sempat
bergurau dengan Adelia.
“Tak nak. Sarapan untuk orang sakit tak sedap,”Adelia
bangun dan berjalan perlahan menuju ke kantin.
Sampai di depan lif, telefon bimbit Adelia di dalam beg galas berbunyi.
Suffian
duduk di sudut kantin menunggu Adelia tiba.
Teh tarik di depannya dihirup perlahan.
Suffian berasa tidak sabar untuk memberitahu rancangan mama dan daddy
kepada Adelia. Suffian amat yakin Adelia
gembira dengan keputusan Datuk Aman Zainal.
“Pucat saja. Adik tak tidur malam tadi?”Suffian menyambut
ketibaan Adelia dengan pertanyaan.
“Tidur kat kerusi. Mana selesa.
Abang tu lah tidur lena tak ingat adik.”
“Tak ingatlah sangat. Abang call tak jawab. Nak makan apa ni? Abang ambil.”
“Apa-apa saja. Cepat tau.
Malam tadi Adel tak makan. Lapar
sangat ni,”Adelia bermanja dengan Suffian.
Suffian bangun untuk membelikan Adelia
makanan dan minuman. Suffian tiba semula
dengan sepinggan nasi lemak berlaukan ayam goreng dan segelas air soya suam.
“Untuk adinda tersayang. Makan cepat.
Abang ada hal penting nak bagitau.”
“Apa dia? Abang nak kahwin dengan Kak Amanda? Suka-suka.
Tapi sorry. Tak ada hadiah
tau,”Adelia ketawa.
Nasi lemak di pinggannya mula
dijamah.
“Sedap!”
Adelia
berjalan pantas menuju ke lif untuk berjumpa dengan ibunya semula. Suffian di belakang mengekori rapat.
“Adik tunggu abang boleh tak? Tak lari tau ibu kat atas tu.”
“Tak sabar nak bagitau ibu. Kalau ibu tak setuju macamana?”Adelia
tiba-tiba berhenti menanti Suffian berada di depannya. Suffian tersenyum.
“Mak cik mesti setuju. Kan dia nak bersama adik selalu. Kalau di kampung, mama dan daddy tak bagi
adik balik kampung dah. Sure mak cik
setuju punya.”
“Betul?
Teori abang ni boleh pakai ke?”Adelia kembali berwajah ceria.
“Jangan adinda ragukan kesahihan teori
kekanda ya?”Suffian ketawa. Adelia juga
ketawa. Kedua-duanya memasuki lif menuju
wad wanita di mana Rosnah di tempatkan.
Adelia mendapatkan ibunya, sementara Suffian menyalami Rosnah.
“Mak cik minta maaf susahkan Sarah. Ini susahkan Suffian pulak. Suffian tak kerja hari ni?”Rosnah bertanya
dengan perasaan serba salah.
“Mak cik ni. Semua tu bukan salah mak cik. Yang penting sekarang Adel,..Eh, Sarah
selamat. Mak cik pun selamat.”
“Doktor cakap apa tadi bu?”Adelia
bertanya kepada Rosnah.
“Doktor benarkan ibu balik tadi. Tapi,...”Rosnah terhenti di situ. Suffian memberi isyarat mata kepada Adelia
agar memberitahu cadangan Datuk Aman Zainal kepada Rosnah.
“Ibu, datuk, datin, Abang Suffian dah
ambik keputusan. Ibu boleh tinggal
dengan mereka. Kalau ibu duduk lagi di
kampung, mama dan daddy tak benarkan Sarah balik kampung. Ibu setuju ya?”Adelia memegang tangan
ibunya. Mata Rosnah bergenang dengan air
mata, amat terharu dengan rancangan Datuk Aman Zainal.
“Ya, mak cik. Lagi pun mak cik selalu sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa siapa nak jaga. Ikutlah kami duduk KL. Saya dan family ikhlas,”Suffian menambah
kata-kata Adelia. Kata-kata Suffian
menambah sebak di dada Rosnah. Air
matanya menitis laju.
“Ibu setuju ya? Lagi pun siapa nak jaga ibu ni. Ibu masih lemah. Ibu tak nak Sarah ponteng kelas kan?”Adelia
memujuk ibunya lagi. Rosnah tersenyum
sambil mengesat air matanya. Rosnah
mengangguk perlahan. Adelia memeluk
ibunya kuat. Suffian tersenyum lebar,
dirinya merasakan bagai melihat drama di televisyen di depan matanya apabila
Rosnah menangis dan Adelia memeluknya.
Apa yang lebih penting bagi Suffian satu masalah besar telah selesai dan
Suffian amat bersyukur serta lega.
Selesai
menguruskan proses untuk membawa Rosnah pulang, Suffian menghubungi Datin
Hanim. Bagi Suffian, berita gembira
tersebut harus diberitahu dengan segera kepada mamanya. Sudah pasti mamanya akan gembira dan yakin
keselamatan Adelia akan terpelihara.
“Mama tak perlu bimbang lagi. Mak cik dah setuju untuk tinggal dengan
kita. Mama suruh Bibik siapkan apa yang
patut. Mak cik akan kongsi bilik dengan
Bibik kan?”
“Haa, nanti mama beritahu Bibik. Kalau bilik tu sempit, nanti mama suruh Pak
Mahat beli katil dua tingkat,”Datin Hanim menjawab dengan nada ceria. Selesai bercakap dengan Datin Hanim, Suffian
mendekati Adelia dan Rosnah yang berada di tepi kereta Adelia.
“Semua dah ok? Adik bawa perlahan-lahan tau. Jangan laju-laju. Abang ikut dari belakang.”
“Ok.
Ibu masuklah. Ibu baring kat
belakang ya,”Adelia berkata perlahan kepada ibunya. Rosnah membuka pintu belakang kereta dan
masuk. Suffian berjalan menuju ke arah
keretanya.
“Abang!”Adelia memanggil Suffian. Suffian menoleh, dan mengangkat keningnya
tanda bertanya kenapa Adelia memanggilnya.
“Thanks.
Sebab jadi abang adik yang baik.”
“Baik saja?”Suffian tersenyum.
“Baik dan handsome, dan wangi. Adik sayang abang!”
Suffian hanya tersenyum mendengar
kata-kata Adelia.
“Abang lagi sayang adik,”Suffian berkata
perlahan.
****
Datin
Hanim berjalan pantas ke dapur mencari Tuminah.
Tuminah tiada di dapur. Datin
Hanim berjalan keluar rumah melalui pintu dapur. Tuminah sedang menjemur pakaian.
“Bik, saya ada hal penting nak bagitau Bik,”Datin
Hanim berkata lembut kepada pembantu rumahnya.
“Apa datin? Saya ada buat salahkah datin?”Tuminah
bertanya dengan ragu.
“Tak adalah. Awak kalau kongsi bilik, bolehkah Bik?”
“Kongsi bilik? Datin mau ambil pembantu lagi? Apa kurang beres kerja saya?”Tuminah bertanya
dengan nada tidak puas hati.
“Ish.
Ke situ pulak Bik ni. Bukan
pembantu rumah baru. Tapi,..tapi ibu
kandung Adel. Bik jangan banyak tanya
pulak. Boleh Bik?”
“Oo, boleh saja. Tapi ibu Adel tu buat kerja atau tidak,
datin?”Tuminah masih belum berpuas hati dengan penerangan Datin Hanim.
“Merepek awak ni Bik. Dia ibu Adel.
Dia duduk saja. Jangan Bik buli
suruh buat kerja rumah pulak,”Datin Hanim tersenyum setelah memberi penerangan
kepada Tuminah.
“Saya tanya saja. Kalau enggak boleh buat kerja. Saya ya tidak perintah dia. Siapa saya ni.”
Datin
Hanim bergegas turun dari tingkat atas banglo setelah mendengar deruman enjin
kereta. Datin Hanim pasti, Suffian dan
Adelia telah pulang. Tekaan Datin Hanim
tepat sekali. Kereta Adelia telah berada
di porch dan diikuti kereta Suffian baru menjalar masuk. Adelia turun dari kereta. Pintu belakang kereta dibuka dari dalam oleh
Rosnah. Rosnah cuba keluar dari kereta
dengan kepayahan, Adelia segera membantunya.
“Bik! Bik!”Datin Hanim memanggil
Tuminah. Tuminah tiba.
“Bik, tolong bawa ibu adik ke bilik.”Datin
Hanim memberi arahan kepada Tuminah sambil tangannya menyambut huluran tangan
dari Rosnah.
“Terima kasih, datin,”Rosnah berkata
perlahan. Datin Hanim tidak menjawab
tetapi hanya tersenyum mesra, tanda menerima kehadiran Rosnah dengan gembira di
banglonya. Adelia, Rosnah dan Tuminah
masuk ke dalam banglo. Suffian berjalan
dan duduk melepaskan penat di kerusi.
Datin Hanim menemani anak lelaki bujangnya itu.
“Syukurlah Rosnah setuju tinggal dengan
kita,”Datin Hanim berkata perlahan.
Suffian tersenyum memandang mamanya yang
memiliki sifat penyayang dan budiman di depan matanya.
“Ya, mama. Semua masalah dah selesai.”
“Tak jugak Fian. Tu tengok di luar pagar kereta siapa?”Datin
Hanim ketawa. Suffian menoleh
serta-merta. Amanda keluar dari perut
kereta dan berdiri di tepi pagar.
“Mama ni!”Suffian berkata pendek.
Datin Hanim meneruskan ketawanya.
No comments:
Post a Comment