Sunday, March 30, 2014


MR.Dud Next Door

Bab 12-Introduce 2nd hero,..adinda Adam Zafran...

                Adam Haykal turun dari katil.  Langkahnya laju diatur ke bilik air.  Wajah tampannya ditenung lama di cermin kaca.

“Lily menyerah diri sebab wajah tampan ini atau duit aku?  Bodoh punya perempuan!  Percaya aku cintakan dia.”

Haykal tersenyum puas mengingati apa yang berlaku malam itu.  Begitu mudah Lily menagih cinta darinya sehingga mengorbankan diri.

“Lantak kaulah even kau masih dara pun!  Kau yang nak bagi kan?” Haykal ketawa.

Haykal membasahi wajahnya dengan air, sebelum menggosok gigi.  Selesai mandi, Haykal keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

“Sayang dah mandi?” Lily yang masih berada di bawah selimut merengek manja.

“I kena balik ni.  Tukar baju.  I got meeting by 10.”

“Balik?  Habis I?”

“You baliklah naik teksi!”

“Sayang memang tak sayang baby!”

Haykal tidak mengendahkan Lily, sebaliknya mengutip kembali seluar panjang dan t-shirt kepunyaannya yang bertabur di lantai bilik.  Setelah siap berpakaian, Haykal mengambil beg duitnya di atas meja.  Beberapa keping wang RM50 dicampak ke katil.

“For your well done service last night!”

“Apa ni, Cal?  You ingat I pelacur murah?”

“Bukan, teman tapi mesra.  1k, harga dara you!  Kalau tak cukup, nanti you wassap no account you!”

“You kata, you sayangkan I.  You tipu I, Cal.  How’s could you do this to me!”

“Yup!  I memang sayangkan you.  Badan you.  You yang rela kan?  I tak paksa you.  Assume as one night stand.  Lepas ni, kita tak kenal satu sama lain lagi,” Haykal berkata selamba.

“How dare you, Haykal!  You binatang.  I wish you die!”

Haykal ketawa.

“Okay, I need to go.  Do take care of your self!”

Haykal melangkah ke arah pintu.

“Haykaall!!!!  I sumpah you mati!”

Jeritan Lily tidak dipedulikan oleh Haykal.  Berbekalkan senyuman manis di bibir, langkah diatur menuju lif.

“Stupid women!”

 

            Haykal tiba di banglo Tan Sri Danial Iskandar kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Legaaa!” Haykal bersuara setelah mendapati kereta BMW seven series milik Tan Sri Danial Iskandar tiada di porch.  Lelaki yang baru memperolehi mangsanya itu berlagu riang menaiki tangga, menuju bilik.  Dua puluh minit menyalin pakian, Haykal turun semula untuk ke pejabat.  Langkahnya membelok ke ruang makan utama apabila menyedari dirinya belum mengambil sarapan.

“Bikkkkkkkkkkkkk!”

Laungan Haykal menguasai ruang makan banglo.  Yanti berjalan laju menghampiri Haykal.

“My breakfast please!”

“Encik Haykal mau makan apa?  Nasi goreng atau rotinya?”

“Give me bread.  Jem strawberry saya jangan lupa!”

“Airnya?”

“Macam biasalah.  Bik ni baru sehari ke kerja sini!”

Puan Sri Maria muncul di ruang makan utama.  Yanti berlalu ke dapur.

“Tak boleh cakap elok sikit dengan Yanti tu?  Dia tu lebih tua dari Haykal.  Hormat sikit.  Rugi ke kalau hormat orang ni?”

“Dah benda yang sama ditanyanya.  Kan dah bertahun kerja sini!”

Yanti tiba membawa dulang kecil berisi roti Gardenia, jem dan ‘fresh orange’.

“Sarapannya Encik Haykal!”

Yanti menghilang di dapur.

“Malam tadi tidur mana ni?  Mama risau dengan cara hidup Cal.  Susah sangat nak lekat di rumah, Cal kahwin saja!”

“Married?” Haykal ketawa.

“What so funny about that?”

“I’m still young.  Tak puas berfoya lagi.”

“Sampai bila?  Sampai Cal tertongkat nak berfoya.  Ingatlah masa kita sihat dan senang ni.”

“Mama dah banyak berubah sejak akhir-akhir ni!”

“Mama dah tua, Cal.  Kita tak boleh menongkah arus!”

 

            Jam tangan dikerling oleh Puan Sri Maria.

“Mama nak pergi mana ni?  Shopping pagi-pagi?”

“Mama ada hal penting.  Nak keluar town.  Tak sure balik petang ni!”

“Keluar town?  Alone?” wajah Haykal berkerut.

“Pak Abu lah teman.  Ni mama tunggu dia,” Puan Sri Maria menjawab lembut.

Puan Sri Maria yang menginjak usia 58 tahun itu, telah benar-benar berubah dari perangai lamanya.  Sejak mulai mendekati Allah dan mula berjinak-jinak dengan masjid, sifat sombong dan riak yang dulunya dominan di dalam diri telah tiada.  Pagi ini, puan sri itu akan ke Ipoh mengutip sejarah silamnya.  Sejarah yang telah dilupakan oleh Haykal.

“Do you want Cal to accompany, mama?”

“Tak payahlah.  Better Cal hurry up.  Your meeting by 10 right?”

“Daddy tau mama nak pergi ni?”

“Offcourse, Cal.  Janganlah risau.  Kalau perkara baik kita buat, In Shaa Allah,..Allah akan permudahkan urusan kita.”

Sekeping roti disapu jem dengan pantas oleh Haykal.

“Mama nak?”

Puan Sri Maria tersenyum.

“Mama dah breakfast dengan daddy tadi.”

Haykal menghabiskan fresh orangenya.

“If mama need Cal, just give me a call!”

Haykal bangun, lalu meninggalkan Puan Sri Maria.

“Cal langsung tak sama dengan dia,..walaupun mereka adik-beradik!” Puan Sri Maria berkata lemah.

 

         Haykal tiba di pejabat melebihi pukul 10 pagi.  Mesyuarat bulanan yang perlu dihadirinya dipandang remeh oleh Haykal.  Setelah semua ahli mesyuarat keluar, Tan Sri Danial menggamit anak lelakinya itu.

“Daddy nak cakap sikit!”

“Late for this meeting.  I’m sorry, daddy!”

“Bukan pasal meeting ni, saja.  Daddy cuma harap Cal lebih bertanggungjawab.  Show your responsibility for our company!  Kita boleh gulung tikar jika ambil mudah semua perkara!”

“Apa maksud ayah ni?”

“Have a look!”

Sejurus itu Tan Sri Danial menolak sebual fail ke arah Haykal.  Haykal membuka fail tersebut perlahan.  Wajahnya berubah, menyedari tingkah burukya mengambil wang syarikat tanpa memulangkannya semula telah terbongkar.

“I just borrow that money, daddy!”

“You must return that money!”

“I will, daddy,” suara Haykal perlahan.

“Your half salary per-month will be deduct!”

“Dad!!!! Haykal merengus kasar.

“Itu keputusan daddy.  Daddy mahu anak daddy, jadi manusia yang bertanggungjawab.  500K bukan jumlah  yang kecil!”

“Cal keluar dulu, daddy!”

Haykal bangun, lalu melangkah menuju pintu. 

“Mampukah Cal menguruskan syarikat nanti?” Tan Sri Danial berkata perlahan.

Tiba-tiba Tan Sri Danial teringatkan isterinya, dan rancangan mereka berdua yang dirancang berbulan-bulan lamanya.  Telefon bimbit di atas meja dicapai laju.

 

      *****

      Puan Sri Maria masih memegang telefon bimbit selepas berbicara dengan suaminya.  Seperti Tan Sri Danial, Puan Sri Maria tidak tahu bagaimana mahu menghadapi anak lelaki sulungnya yang tidak ditemuinya hampir sembilan tahun itu.

Zaf, maafkan mama.  Mama tau, mama bersalah dengan Zaf.  Mama tak sabar nak peluk cucu mama yang comel tu!

Puan Sri Maria tersenyum.  Pak Abu yang memandu dapat melihat akan senyuman Puan Sri Maria itu.

“Puan Sri tentu tak sabar jumpa Zafran.  Encik Zafran!”

“Hampir sembilan tau, Abu.  Begitu lama anak saya hidup susah kerana ego saya dan tan sri,” Puan Sri Maria berkata perlahan.  Hatinya mulai sebak.  Wajah Zafran bermain di matanya.

Mengapa begitu lama, baru hatiku berubah?  Ya Allah, kembalikanlah anak lelakiku itu kepadaku.

“Abu rasa Zafran akan maafkan saya?”

“Mestilah puan sri.  Perkara dah lama.  Mana putus hubungan ibu dan anak ni.”

“Saya pun harap begitu, Abu!”

Puan Sri Maria melontar pandangan ke luar.  Ingatannya kembali kepada peristiwa lebih sembilan tahun yang lalu.

 

       “Zaf nak cancel plan belajar di UK tu, mama,” Zafran meluluhkan hati Puan Sri Maria satu petang. 

Teko yang dipegang oleh Puan Sri Maria diletakkan semula.  Wajah Zafran ditenung.

“What’s wrong with you?  Why so sudden change your plan?”

“Ya, Zaf.  Kenapa ni?” Tan Sri Danial turut keliru.

“Tak salah kan, Zaf futher study kat KL.  Dekat mama dan daddy!”

“Reason tu terlalu,..entah.  kenapa ni, bagitau mama.  You must got good reason, right?”

“Tak adalah, mama.  Daddy.  Cuma Zaf rasa, tak salah futher study di sini.  Dekat dengan family,” Zafran masih berahsia.  Bihun goreng di pinggan dijamah oleh Zafran laju.  Jelas di mata Puan Sri Maria, Zafran menyembunyikan sesuatu.  Setelah selesai minum petang, Zafran memohon diri.  Puan Sri Maria memandang wajah suaminya.

“Kenapa Zaf tu, bang?”

“Mesti ada yang dia sembunyikan dari kita tu!”

“Nantilah saya tanya dia betul-betul.  Risaulah saya, bang!”

 

      Telahan Tan Sri Danial dan Puan Sri Maria ternyata benar.  Akhirnya setelah didesak oleh Puan Sri Maria, Zafran menceritakan alasan sebenar mengapa dirinya tidak mahu menyambung pelajaran di United Kindom.

“Siapa budak perempuan tu?  Anak datuk mana?  Tan sri mana?  Kenapa Cal tak ajak sama belajar di luar negara?”

Zafran tidak terus menjawab.  Soalan Puan Sri Maria dibiarkan sepi.

“Zaf, mama tanya ni.  Siapa dia?”

“Err,..er,..Dia tak mampu, mama.  Dia anak yatim piatu.  Lagi pun result SPM dia biasa saja!”

“Anak yatim piatu?  Mana Zaf jumpa ni?  Jadi, Zaf lawan mama, daddy.  Tukar semua plan hidup Zaf gara-gara perempuan tu?”

“Zaf minta maaf, mama.  Zaf tak bermaksud lawan mama dan daddy.  Zaf tak boleh tinggalkan dia.  Zaf sayang dia!”

“Abang!  Tengoklah anak abang ni!”

Tan Sri Danial melepaskan keluhan.  Tidak tahu apa yang mahu dikatakan lagi.  Memaksa Zafran, yang sememangnya diketahui tetap dengan pendirian itu ternyata bukanlah satu tindakan yang bijak.

“Mama tak kira.  Jika Zaf anggap mama ni, masih mama Zaf, Zaf pergi juga ke UK tu!” Puan Sri Maria bersuara keras.

“Mama tetap mama Zaf sampai bila-bila.  Itu tak berubah.  Cuma Zaf tak dapat ikut kehendak mama kali ni.  Zaf minta maaf sangat!”

Zafran berjalan pantas meninggalkan ruang tamu. 

“Zaf!  Zaf!  Zafrannnnn!”

“Puan sri, kenapa ni?” Pak Abu menoleh serta-merta.

Lamunan Puan Sri Maria tentang Zafran hilang.

 

      “Kita dah sampai, Puan Sri,” Pak Abu berkata perlahan.

“Betul di sini?” Puan Sri Maria masih ragu.

“Kalau ikut alamat Puan Sri bagi, di sinilah.  Kedai perabut tu lah Encik Zafran kerja!”

“Kedai ni?  Kan dia driver lori?”

“Driver lori perabut.  Puan Sri dapat maklumat macamana?”

“Oh,..Pak Abu tunggu sini.  Saya turun!”

Puan Sri Maria berjalan perlahan masuk ke dalam kedai perabut tersebut.  Pembantu kedai, seorang lelaki Melayu berusia dalam lingkungan 30’an sengeh tawar.

“Nak cari apa, puan?”

“Err,..Saya cari orang!”

“Orang?”

“Driver lori!  Zafran.”

“Oh,..Dia hantar barang tadi.  Puan tunggulah.  Kejap lagi mesti dia balik!”

“Terima kasih.”

“Puan ni siapa?”

Lelaki tersebut memandang Puan Sri Maria dari atas hingga ke bawah.  Cukup menyedari Puan Sri Maria bukan wanita biasa.

“Saya mama Zafran!”

“Mama?”

Lelaki tersebut benar-benar terkejut.

 

      Puan Sri Maria memerhatikan sebuah lori yang sederhana besarnya berhenti di hadapan kedai.  Dalam hati, Puan Sri Maria berharap Zafran yang turun dari lori tersebut.

“Ran!  Ada orang nak jumpa!” satu suara melaung dari dalam kedai.

Wajah Puan Sri Maria berbunga.

“Siapa?”

Zafran masuk ke dalam kedai.

“Mama!”

Zafran terpaku.  Tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.  Puan Sri Maria mendekati Zafran.  Anak lelaki yang lebih sembilan tahun tidak ditemuinya itu dipeluk erat.  Air mata puan sri itu gugur.

“Zaf tak ingat mama?  Langsung tak balik!”

“Zaf mintak maaf, mama!” Air mata Zafran juga gugur.

“Kita balik, ye sayang.  Dah lama tak makan masakan mama, kan?”

Puan Sri Maria melepaskan pelukannya.

“Kita, balik ye?”

Zafran tersenyum, air mata yang meleleh di pipi dikesat.

“Mana cucu mama?”

“Sekolahlah, mama.  Mama tau pasal cucu mama tu?”

“Mestilah tau.  Kalau tak tau, manalah mama tau Zaf kerja di sini.  Siapa nama dia?”

“Tak kan spy mama tak bagitau!”

“Tau.  Maya Ayuni!”

 

        *****

        Pasal asyik tak dapat ni.  Mr.Dud tukar nombor ke?  Nak pelempang ke?  Aku bukan nak cakap dengan kau lah!  Perasaan betul!  Ni aku balik ni, kau jangan perasan aku rindu kau pulak!  Aku rindu kakak.  Rindu Maya!

Julia menyimpan telefonnya di dalam beg galas.  Duduknya dibetulkan.

Bas ni pun satu hal!  Jalan cam siput!  Bilalah nak sampai?  Bukan jauh pun Ipoh!  Haprak punya driver bus!  Peh tu sengeh-sengeh kat aku.  Memang arr,..nak makan pelempang aku yang cun ni!  Sambung tidur kejaplah!

Julia kembali menyambung tidurnya apabila gagal menghubungi Zafran.  Hajatnya mahu bercakap dengan Maya tidak kesampaian.  Ternyata tiga bulan tidak bertemu Maya membuah kerinduan yang tidak bertepi kepada Julia.

“Baby, bangun!”

Bahu Julia dicuit lembut.  Julia membuka matanya.  Wajahnya berubah.

“Hoi!  Apa baby-baby ni?  Kau nak kena penyepak?”  Julia menyergah pemandu bas kasar.

“Dah sampai.  Tak nak turun ke?”

“Oh, ye ke.  Tepi-tepi.”

Julia bangun lalu bergegas turun dari bas.

Mujur sentuh bahu, kalau lebih tadi!  Memang siotlah.  Panggil baby lagi.  Aduyaiii betul!

“Mana ayah?  Panas ni!”

Mata Julia melilau mencari teksi Salman.

“Ponnnnn!”

“Opocot!  Ayah ni!”

 

        “Laparlah ayah!  Mak masak apa?” Julia menunggu jawapan ayahnya dengan penuh makna.  Kerinduan kepada masakan Jaliah kini menguasai ruang hati Julia.

“Mama bising tu.  Ju pun satu hal!  Bukan janji nak balik bulan lepas?”

“Ayah ni.  Bulan lepas baru dapat gaji sebulan.  Pulus tarak.  Bayar sewa bilik.  beras housemate yang Ju ambik.  Ayah tak kesian Ju ye?”

“Hahaha.  Ju ambik beras kawan?”

“Alah, ambik sikit aje.  Lagi pun di tu Bambam.  Ambik sikit pun tau!”

“Dah tak ada duit sangat, kenapa tak mintak ayah?”

“Ada.  Saja malas beli beras,” Julia ketawa.

“Ayah ada cerita best nak cerita ni!”

“Ah, mesti cerita Mak Cik Senah ketua lorong kita tu.  Boringlah.  Mak masak apa ni, ayah?”

“Entah.  Masak lemak cili api ayam kesukaan Ju le.  Kalau tak silap ayah.  Tapi tengah hangin ni, tak tau lah sedap atau tidak!”

“Huisttt!  Sedapnya.  Cair dah tekak Ju ni.  Ayah pun, lajulah sikit.  Ni beca ke?”
“Sabarlah sikit.  Tak ke mana ayam masak lemak tu!”

“Ah, nanti mak bagi kat Mr.Dud tu banyak pulak.  Melepaslah Ju!”

“Tak.  Mak Ju tak kan bagi pada duda tu.  Semua untuk Ju!”

“Bagus-bagus.  Sayang mak.  Sayang ayah bucuk ni!”

 

       Teksi Salman berhenti.  Julia meluru keluar.  Tidak sabar rasanya mahu bertemu Maya.

“Alamak.  Motor tak adalah!  Mr.Dud bawak Maya pergi mana ni?  Ngada aje!” rengus Julia geram.

Julia masuk ke dalam rumahnya, lalu terus ke dapur.

“Mak!  Mak!  Mak!”

Pelukan hangat diberikan oleh Julia kepada Jaliah yang sedang mengacau gulai.

“Ish budak bertuah ni.  Ingatkan dah lupa mak, dah!” Jaliah sedikit jengkel.

Salam yang dihulur oleh Julia disambut jua dalam geram.

“Lapar ni.  Cepatlah mak!”

“Pergilah ambik pinggan!”

Salman tiba di dapur.  Jag kaca berisi air sirap di atas meja dituangnya.

“Untuk Ju ke, ayah?”

“Haalah.  Untuk anak kesayangan ayah yang gedik manja!”

Ju menyambut huluran gelas dari Salman.

“Mekacihlah ayah sayangku!

Masak lemak cili api ayam telah terhidang di atas meja.  Bersama sambal belacan dan kacang  botol sebagai ulam, Julia menikmati makan tengaharinya dengan begitu berselera.  Lupa sejenak Julia tentang rindunya terhadap Maya.

“Sedap ke?  Sampai mak mertua lalu pun tak nampak?” Jaliah senyum sinis memandang Julia yang sedang berselera.

“Mak mertua tarak.  Bikin kacau hidup saja!” Julia ketawa.

“Ju, sopan sikit.  Mulut penuh tu!” Salman kurang senang dengan tingkah anak perempuan kesayangannya itu.

 

      “Apa?  Pindah.  Tak bagitau Ju pun!  Nak kena Mr.Dud ni.  Habis, macamana Ju nak jumpa kakak?  Dahlah Ju call macam tak ada line je!” Julia amat terkejut dengan berita perpindahan Zafran dan Maya dari rumah sebelah.

“Kenapanya kamu marah sangat?  Bukan kamu tak ada hati ke dengan dia?” Jaliah menemplak Julia.

Salman hanya tersenyum kelat.

“Ayah, macamana ni?  Dud ada bagitau dia pindah mana tak?  Dia tukar nombor ni kenapa?” Julia mnggoncang tangan Salman.

“Udah macam mati laki kamu ni, mak tengok.  Tu lah.  Dulu jual mahal!”

“Mak ni asyik salah sangka aje.  Ju nak jumpa kakaklah.  Dah tiga bulan tak jumpa.  Dud ada bagi mak nombor baru dia?”

“Tak adalah pulak.  Pindah pun mengejut saja.  Mak nampak ada kereta besar datang.  Seminggu lepas tu, kereta tu datang lagi, angkut Zafran dan Maya!”

“Kereta besar?  Biar betul?  Ke dijualnya kakak!”

“Ish, mulut kamu ni, Ju!  Tak kanlah Zafran tu tergamak buat begitu!”

“Sekarang ni, macam-macam mak!  Maya Ayuni, kamu di mana ni?  Kak Ju rindu!”

“Dahlah Ju.  Ju tunggu saja.  Mana tau Maya tu telefon Ju nanti!”

 

      “Malaslah macam ni!”

Julia bergegas menuju biliknya.  Pintu bilik dihempas kuat.

“Abang tengok anak abang tu?  Kita pulak dimarahnya.  Dulu dia yang tolak pinangan Zafran tu!”

“Ni tak ada kaitan dengan Zafran.  Ju rindu Si Maya tu!”

“Abang ni, asyik bela anak kesayangan abang tu.  Malaslah saya layan abang!”

Jaliah bangun.

“Abang kemas meja!”

“Abang pulak?  Aduhai, dua-dua perempuan ni dah manopouse ke?”

Salman ketawa sendiri.  Salman menutup makanan di atas meja, lalu bergerak ke sinki.

“Aishh, tak salah aku jadi lelaki sejati hari ni.  Tolong isteri basuh pinggan!”

Salman mula membasuh pinggan-mangkuk di dalam sinki.  Sememangnya lelaki bergelar ayah kepada Julia itu seorang yang budiman.  Seorang lelaki yang baik sebagai suami dan ayah yang penyayang kepada anak-anak.

 

     Malam itu Julia mengurung dirinya di dalam bilik.  Julia hanya keluar apabila mahu ke bilik air.  Telefon bimbit ditekan-tekan tanpa tujuan.  Entah berapa kali Julia menelefon Zafran.  Semuanya hampa.  Zafran telah menukar nombor telefonnya.  Impian Julia untuk bertemu dengan Maya kian pudar.  Gambar-gambar Maya di dalam telefon bimbit menjadi pengubat rindu Julia terhadap Maya.

“Maafkan Kak Ju, sayang.  Kak Ju yang salah tinggalkan kakak.  Sekarang, kakak pulak tinggalkan Kak Ju!” Julia menyentuh skrin telefon yang terpampang gambar Maya.

“Maya Ayuni Comel!  MAC!  Engkau di mana!”

Kenangan bersama Maya tercantum satu-satu di ingatan Julia.  Kepetahan dan kemanjaan Maya menggigit kerinduan Julia semakin parah.

Kakak di mana ni?  Tak nak call Kak Ju ke?

Pantai dipeluk erat oleh Julia.  Julia merasakan bantal itu seperti Maya, orang yang paling disayanginya ketika itu.

 

       *****

       Maya Ayuni di banglo datuk dan neneknya.

“Kenapa Maya?  Makan sikit saja.  Tak sedap Bibik masak?” Puan Sri Maria memandang cucu tunggalnya penuh kasih-sayang.

Maya diam membisu.  Bersuara tidak, menggeleng pun tidak.

“Maya rindu arwah mama ye?” Tan Sri Danial pula bertanya.

“Bukan!” tiba-tiba Maya menjawab kasar.

“Kakak, tak baik cakap kasar dengan atuk dan nenek.  Mintak maaf cepat!” Zafran bersuara keras.

Air mata Maya mula mengalir ke pipi.

“Ayah jahat!  Kakak nak Kak Ju!”

Maya bangun dari kerusi, lalu  berlari meninggalkan ruang makan.

“Siapa Kak Ju, Zaf?  Mama tak tau pula Zaf dah ada buah hati!”

“Tak adalah, mama.  Anak jiran sebelah yang sibuk tu lah.  Yang mengintai mak hari tu!”

“Rapat dengan Maya?”

“Haa.  Tu Maya marah Zaf tak call Kak Ju dialah tu!”

“So, why you not call her?”

“Entah.  Malaslah, mak.  Zaf nak mulakan hidup baru!”

“Kenapa Zaf benci sangat pada perempuan tu.  Siapa nama dia?  Ju?”

“Tak adalah benci.  Julia!”

“A pretty girl?” Puan Sri Maria senyum.

“Mama ni!”

“Elok juga Maya tu ada mama baru!” Tan Sri Danial yang selama ini diam bersuara.

 

*****Huwaaaaa,..rindu Maya....

                                         

 

Saturday, March 29, 2014


            Melbourne, Aku Ingin Pulang

Bab 18-Selamat bercinta wahai Adelia n Johan....

Restoran Makanan Segera Mc’Donalds.  Seperti yang diduga oleh Adelia, ketibaannya lebih awal dari Johan.  Adelia memerhatikan kawasan parkir di sekitar kawasan restoran tersebut, mencari kereta Johan bagi mencari kepastian tiada kereta Johan di situ.

“Yes!  Aku datang dulu dari dia.”

Adelia tersenyum menuju kaunter untuk membuat pesanan. 

“Set ‘Big Mac’ besar.  Having here,”Adelia membuat pesanan.

“Dua set ya!”

Satu suara menambah kata-kata Adelia.  Johan berada di sebelah Adelia secara tiba-tiba.  “So, siapa bayar?  Dua-dua sampai sama?”Johan memandang Adelia sambil mengangkat keningnya. 

“U lah.  I sampai kaunter dulu!  Lagi pun, jangan lupa, man such pay!”Adelia ketawa.

“Bisa diatur!”Johan tersenyum.  Memandang wajah Adelia, menghilangkan keletihannya seharian bekerja.  Johan mengeluarkan dompetnya.

“U duduk dulu.  I datang nanti!”Johan tersenyum. 

Adelia akur tanpa sepatah kata.

Sementara menunggu Johan tiba, Adelia mengeluarkan telefon bimbitnya.  Adelia mengisi masa menanti Johan dengan membaca ‘status-status’ kawan-kawannya di facebook.

“Busannnn!”

Adelia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.  Johan tiba, dan meletakkan dulang yang berisi burger, air minuman dan kentang goreng.  Adelia dengan pantas mengambil ‘fun fries’ dan memasukkannya ke dalam mulut.

“Eee!”Johan berkata pendek. 

“Apa yang eee?”Adelia keliru.

“Tangan dah basuh?”

Adelia segera bangun dari kerusi sambil menjelirkan lidahnya kepada Johan.  Johan tersenyum. 

“Budak manja!”

 

 

                      Johan menanti Adelia dengan perasaan pelik. 

“Lamanya basuh tangan,”Johan berkata sejurus Adelia muncul.

“Merajuk!”Adelia menjawab pendek. 

Adelia mengambil ‘fun fries’ dan dimasukkan ke dalam mulut. 

“Merajuk boleh makan lagi?”Johan ketawa.

“I menangis karang!”Adelia mengugut Johan.

“Ok!  Ok!  Makan!  Makanlah wahai tuan puteri.”Johan mengalah, membiarkan Adelia menghabiskan kentang gorengnya dengan rakus.  Habis sudah kentang goreng milik Adelia.  Adelia membuka bekas burger yang menyaluti burgernya.  Adelia menggigit burger tersebut perlahan. 

“U lapar sangat ya?”Johan menghadiahkan senyuman nakal kepada Adelia.

“I tak lunch!”

“Why?  Rindu i?”

“Ishh.  Tak ada kawan.  Lagi pun tadi tak ada meja kosong.  Sian i kan?”

“Tak ada kawan?  Perempuan glamour macam u?  Confius i.  Tak ada boyfriend di kampus?”Johan melontarkan soalan perangkapnya.

“Kawan baik tangguh setahun.  Ada problem sikit.  Boyfriend tarak.  Apa hal tanya macam tu.  Jealous?”

“Memang pun.  U memang dah tau pun.”

Tanpa mempedulikan kata-kata Johan, Adelia menghabiskan burgernya.  Johan tersenyum, turut menjamah burger milikya.

 

 

            “Thanks belanja!”

Adelia masuk ke dalam kereta tanpa menoleh kepada Johan.  Enjin kereta dihidupkan.  Tukkk!!!Cermin kereta diketuk oleh Johan dari luar.  Adelia menurunkan cermin keretanya.

“Kita tunang?”

Adelia terkedu mendengar soalan tiba-tiba dari Johan.  Adelia tidak berkata apa-apa, sebaliknya memberi isyarat supaya Johan ke tepi untuk memberi laluan keretanya keluar dari parkir.  Johan bergerak ke tepi.  Johan mengangkat tangannya ke telinga memberi isyarat agar Adelia menelefonnya.  Adelia mengangguk.  Adelia mula memandu meninggalkan Johan, dengan hati bercampur-baur.  Pelbagai perasaan kini bergabung di dalam hati Adelia.  “Bertunang?????  Plan aku nak pergi Melbourne macamana?  Aduyai lah mamat ni!”

 

 

            Sampai di rumah, Adelia terus masuk ke dalam biliknya tanpa ke dapur atau ke bilik Tuminah mencari ibunya seperti selalu.  Perasaan Adelia tidak tenang setelah mendengar permintaan dari Johan.  Rasional dan kewarasan fikiran Adelia kini bergabung.  Hasilnya?  “Benarkah kau mencintai Johan Firdaus?  Atau pun kau sekadar kesunyian mengisi masa?”Soalan yang cukup bernas tersebut menguasai benak Adelia.  Adelia menenangkan fikirannya dengan membuat terapi kebersihan.  Apa lagi kalau bukan mandi sebersih-bersihnya di bilik air.  Selesai mandi, Adelia menunaikan solat Maghrib.

“Cik Adel, datin panggil makan malam,”kedengaran suara nyaring Tuminah di luar pintu bilik.  Adelia bangun menuju ke pintu dengan telekung masih tersarung di badannya.

“Saya masih kenyanglah Bik.  Cakap kat mama dan ibu, saya tak makan malam ni.  Tadi petang makan berat.”

“Yang benaran ini?  Enggak rugi?  Ibunya  masak enak.  Bukan macam masakan Bibik.  Enggak enak.”

“Ala, bunyi merajuk pulak.  Kadang saya rindu jugak masakan Bik yang kurang enak tu!”Adelia ketawa. 

Tuminah mencebikkan mulutnya dan beredar.  Adelia menutup pintu biliknya.

 

 

            Adelia menanggalkan telekung setelah menunaikan solat Isyak.  Telekung kembali digantung di dalam almari.  Wajahnya yang comel dilihat lama oleh Adelia di depan cermin.  “Betulkah aku mencintai Johan?”Adelia menyoal dirinya sendiri.  Memang tiada cacat celanya lelaki bergaya dengan kereta lancer itu.  Tampan, baik, berkerjaya, dan romantik.  “Tetapi, mengapa?  Mengapa?  Mengapa hatinya masih lagi ada ruang kosong.  Kesian Johan!”

Adelia bergerak ke katil dan membaringkan badannya.  Teddy bear kesayangan pemberian Suffian dipeluk erat.  Adelia bangun mengambil telefon bimbitnya di atas meja pula.

“I tak pernah terfikir untuk memaksa u,..’”

Adelia membiarkan WhatsApp dari Johan sepi.  Teddy bear pemberian Suffian dipeluk lagi.  Kelegaan dirasai oleh Adelia apabila memeluk teddy bear tersebut.  Ingin sekali Adelia berlari kepada Suffian pada ketika itu untuk meluahkan kegelisahan hatinya.

“Abang!!!  Adik tak nak bertunang!”Adelia menjerit lantang, namun suaranya tidak keluar, hanya tersekat di kerongkong.

 

 

                Deringan telefon bimbit yang berada di sebelah, mengejutkan lena Adelia.  Adelia meraba-raba di dalam kesamaran lampu tidur mencari telefon bimbitnya.

“Sorry, kacau.  U dah tidur ya?”Suara Johan bernada bersalah.

“Haa, dah tidur.  Pukul berapa ni?”

“Pukul 12.00 malam.  Detik 12.00 malam.”

“Ada apa?  I ngantuk ni?”Adelia bertanya malas.

“Nothing.  Saja nak dengar suara u.  Maaf.  Ok.  Good night!”

“K.  Good night.”

Adelia meletakkan telefon bimbit di katil.  Tiba-tiba Adelia merasakan sesuatu berlaku di dalam perutnya.  Ya, perutnya itu berbunyi, minta diisi. 

“Aduyai betul pukul 12.00 malam kelaparan ni!”Adelia mengomel sendiri sambil bangun dari katil.

 

            Sampai di dapur, Adelia memetik suis lampu.  Dapur menjadi terang-benderang.  Adelia mengambil gelas dan membuka peti sejuk.  Jus oren dikeluarkan dari peti sejuk dan dituang ke dalam gelas.  Jus oren diteguk.  Selain kelaparan, Adelia juga kehausan.

“Nak makan apa ni?  Kan best kalau ada maggi!”Hati Adelia berbicara. 

Adelia mula menyelongkar bahagian atas kabinet dapur.  Akhirnya Adelia tersenyum, apabila melihat apa yang dihajatinya berada di situ.  Operasi kelaparan bermula.  Dengan pantas air dimasukkan ke dalam periuk dan api dapur dinyalakan.  Beberapa ketika kemudian, air mendidih.  Mee maggi dimasukkan bersama perencahnya.  Bau harum perisa kari menguasai ruang dapur.  Tidak sampai tiga minit hidangan tengah malam Adelia telah siap terhidang.  Kuah mee maggi dihirup pantas. 

“Opps!  Panas!”Adelia menjerit kecil.

“Tu lah makan tak baca Bismillah.  Lepas tu, makan tak ajak pulak!”

Adelia terkejut dan menoleh serta-merta.  Suffian tersenyum menghampiri Adelia.

“Kacau betul.  Adik baru nak menikmati kelazatan maggi kari original tanpa ada sebarang haiwan dan sayur di dalamnya.”

“Haiwan?  Adik ni.  Tak baik cakap macam tu.  Why tak dinner tadi?  Dah makan dengan Johan before balik ya?”

“Makan di rumah Suraya,”Adelia membohongi Suffian. 

“Nak?”

“No.  Abang tak makan makanan tak berkualiti,”Suffian ketawa.

“Sombong!”Adelia kembali menghirup kuah mee magginya.  Mee maggi mula dijamah perlahan.  Adelia yang kelaparan merasakan mee yang masuk ke dalam mulutnya begitu lazat sekali.

“Rasa sikit.  Sedap.  Adik tak bohong.  Come, adik suap sikit.”

“Macamana maggi boleh ada dalam rumah ni?  Adik beli ya?”Suffian tiba-tiba pelik bagaimana mee maggi tersebut boleh ada di dapur rumah mereka.

“Mana ada.  Bibik kot beli.  Ok saja makan.  Bukan selalu.  Setahun, sekali dua ja!  Cepatlah.  Bukak mulut.” 

Suffian akur dengan kata-kata Adelia, lantas menarik kerusi yang didudukinya mendekati Adelia.  Garpu yang mengandungi mee maggi sedia untuk digerakkan ke dalam mulut Suffian.  Suffian membuka mulutnya, dan memandang tepat wajah Adelia.  Mata mereka bertemu, dan tiba-tiba Suffian memegang tangan Adelia yang memegang garfu berisi mee maggi.

“Abang!  Apa ni?”

Hanya itu yang keluar dari mulut Adelia.  Suffian cepat-cepat menyedari kesilapannya dan dengan cepat melepaskan pegangan tangannya.  Suffian bingkas bangun meninggalkan ruang dapur.

 

 

            Adelia terkebil-kebil melihat Suffian berlalu meninggalkan dapur.  Sebenarnya gadis polos itu masih tidak mengerti apa yang telah terjadi kepada Suffian.

“Mengapa abang ni?  Tak suka maggi kot!”Adelia membuat andaian mudah.  Mee maggi di dalam mangkuk terus dijamah.  Mangkuk, sudu dan garpu dibasuh dengan cepat oleh Adelia.  Sebelum meninggalkan dapur, Adelia menyimpan kembali botol jus oren ke dalam peti sejuk.  Lampu dapur ditutup semula.  Adelia melangkah perlahan menuju ke biliknya.  Sewaktu melewati bilik Suffian, Adelia kembali teringatkan peristiwa di dapur sebentar tadi.  Kepolosan gadis cantik ini tergugat seketika.  Masuk ke bilik, Adelia merebahkan badannya ke katil.  Otak Adelia ligat berfikir, apakah yang terjadi kepada Suffian sebentar tadi.

“Mengapa abang pegang tangan tadi ekh?”Hati kecil Adelia bersuara, menuntut otak Adelia berfungsi malam itu.

“Ah, abang tak suka maggi.  Aku yang paksa.  Tu dia terkejut pegang tangan aku.  Nak  tolak tak sampai hati.  Kan abang sayang aku sangat!”Jawapan telah diberikan oleh otak Adelia.  Hati kecil Adelia menerimanya tanpa bantahan.

 

 

            Pagi itu Adelia bangun pagi seperti biasa.  Langkahnya riang pagi itu sambil bernyanyi kecil menuruni anak tangga.  Sampai di dapur, Adelia mencari Rosnah.

“Rindu ibu.”Adelia memeluk Rosnah dari belakang.  Rosnah yang sedang memasukkan susu ke dalam teko tidak cepat melatah.  Adelia meleraikan pelukannya.

“Mengapa tak makan malam tadi?  Mesti makan dengan Johan sebelum balik kan?”Rosnah menduga apa yang dilakukan oleh Adelia.

“Mana ibu tau?  Abang Fian tak tau.  Sarah cakap, Sarah makan di rumah kawan baik Sarah.”

“Mengapa tipu abang?  Tak baik.  Fian tu sayang sangat kat Sarah.”

“Nanti abang ingat Sarah bersungguh dengan Johan.  Sarah kawan ja.  Lagi pun akhir-akhir ni, abang macam tak suka Johan.”

“Abang Fian Sarah, risaukan Sarah lah tu.  Sekarang ni kan macam-macam boleh jadi.  Eloklah dia prihatin dengan Sarah.  Ibu pun nak tau jugak ni?”

“Apa yang ibu nak tau?”

Adelia membawa teko yang berisi Nescafe panas ke ruang makan.  Rosnah membawa mangkuk besar berisi bihun goreng.

“Ya lah.  Sarah dengan Johan lah.  Sarah serius ke?  Ibu akan tenang kalau ada orang jaga Sarah.  Ibu boleh tutup mata dengan aman,”Rosnah berkata perlahan.

“Merepek lah ibu ni.  Sarah nak kerja dulu.  Beli rumah dan duduk dengan ibu.  Baru lah kahwin!”Adelia berkata dengan penuh yakin.

“Lambat tu.  Ibu nak tengok Sarah kahwin sebelum ibu mati.  Ibu ni dah tua, Sarah.”

 

 

            Datin Hanim muncul. 

“Siapa yang nak kahwin, Ros?  Anak dara kita ke?”

Rosnah tersenyum. 

“Selamat pagi datin.  Siapa lagi yang bujang di rumah ni, datin.  Tak kan saya atau Bibik yang nak kahwin.” 

Adelia menuangkan air Nescafe untuk mamanya, sementara Rosnah mencedokkan bihun goreng ke dalam pinggan.

“Mama jangan percaya cakap ibu tu.  Apa salahnya ibu atau Bibik nak kahwin kan, mama?  Semua orang berhak bahagia,”Adelia ketawa.

“Siapa yang bilang saya mau kahwin?  Ros mungkin.  Saya enggak, datin.”

Tuminah muncul dari dapur dengan membawa roti ‘gardenia’, planta, jem strawberry dan telur separuh masak di dalam sebuah dulang.

“Bik pergi mana tadi?  Sian ibu buat kerja sorang-sorang di dapur.”

“Perutnya sakit.  Ya, di toilet.  Saya enggak buli ibunya Cik Adel.”

“Semua lah kahwin.  Tiga-tiga,”Datin Hanim ketawa.  Diikuti oleh Adelia, Rosnah dan Tuminah. 

Rosnah dan Tuminah berlalu ke dapur.  Datuk Aman Zainal tiba, diikuti oleh Suffian dan Amanda.

 

 

            “Apa yang gembira sangat ni, Datin Hanim oi?”

Datuk Aman Zainal menarik kerusi dan duduk di sebelah isterinya.  Suffian dan Amanda juga duduk.

“Siapa lagi datuk oi.  Anak dara abang lah!”

Datin Hanim menghulurkan cawan berisi Nescafe panas kepada suaminya.

“Elok lah tu.  Daddy suka Johan tu.  Baik, bercita-cita tinggi dan romantik juga.”

“Romantik?  Mana daddy tau dia romantik?  Ada-ada saja daddy ni!”

Adelia menjeling ayahnya tajam. 

“Marah?  Macam suka saja, daddy tengok.  Bertunang lah dulu.”

Suffian diam seribu kata.  Bihun goreng yang dikunyah terasa tawar dan kosong.  Seperti tiada objek yang masuk ke dalam kerongkongnya.  Amanda tersenyum.  Hatinya gembira dengan perkembangan terbaru hubungan Johan dan Adelia.

“Betul cakap daddy.  Bertunang dulu.  Mama ni tak sabar dah nak bermenantukan Johan tu!”

“Mama tau tak?  Bihun ni tawar pulak adik rasa.  Tu tandanya adik belum rasa nak kahwin.  Kalau rasa masin baru nak kahwin kan?”

“Pandailah anak mama ni.  Itu boleh diaplikasikan buat orang yang masak.  Bukan orang yang makan,”Datin Hanim ketawa. 

Semua ketawa di meja makan tersebut kecuali Suffian.  Nescafe panas yang diminumnya juga terasa tawar.

 

 

            “Abang cepat sikit.  Kereta abang block kereta adik.  Adik ada kelas pagi ni,”Adelia mengejutkan Suffian yang masih mengunyah bihun gorengnya. 

Suffian tidak menjawab, sebaliknya menghirup Nescafenya laju.  Suffian bangun dari kerusi.  Adelia menyalami Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal lalu ke dapur mencari Rosnah.  Adelia keluar mendapatkan kereta di luar banglo.  Suffian telah mengundurkan keretanya, dan bersedia untuk menggerakkan kereta.  Adelia berlari ke arah kereta Suffian.  Cermin kereta diketuk kuat.

“Abang pelik pagi ni.  Pehal?  Sorrylah pasal malam tadi.  Adik tau, abang tak suka makan maggi kan?”Adelia berkata sambil tersenyum manis. 

Luluh kemarahan dan rasa cemburu yang menguasai diri Suffian.

“Sorry untuk apa?  Abang banyak kerjalah.  Tu moody selalu tu.  Cantik adik pagi ni.  Tapi busuk!”Suffian ketawa.  Adelia memukul bahu Suffian.  Amanda yang baru keluar dari banglo melihat apa yang berlaku dengan hati membara.  Amanda masuk ke dalam kereta dan membunyikan hon agar kereta Suffian yang menghalangnya  beredar.

 

            ****

            Tina memerhatikan Adelia Saffiya yang berjalan menuju ke dewan kuliah di depannya.  Fatima yang berada di sebelahnya disiku.

“Kau tengok anak datuk tu?  Apa ke nasib.  Dulu hilang boyfriend.  Ni hilang kawan baik pulak.  Dulu aku ingat Suraya tu punyalah baik.  Last-last apa cer?”

“Bukan roommate kau tu?  Apa cer kutuk pulak.  Mana kau tau pasal Suraya.  Entah-entah betul dia sakit.”

“Ini Tinalah.  Aku tau lah apa yang berlaku.  Besar dah perut perempuan tu.  Kenapa bukan minah tu yang camtu?  Aku lagi suka.”

“Dia dengar nanti.  Dah dekat ni,”Fatima berkata perlahan.

“Biarlah dia dengar.  Bukan roommate aku lagi lah.  Dan bukan kawan baik pun!”Tina berkata kasar. 

Adelia tiba, melemparkan senyuman kepada Tina dan Fatima.

“Hai, sorang saja ke?  Mana kawan baik?”Tina bertanya sinis. 

Adelia yang mengetahui tujuan pertanyaan Tina hanya mendiamkan diri dan berlalu masuk ke dalam dewan kuliah.

“Kau tengok tu?  Sombong siot.  Sorang dah bunting.  Dia bilalah pulak?”

“Kau ni.  Tak baik sungguh.  Apalah salah dia kat kau?”Fatima bertanya nakal.

“Salah Adel ke kau tak dapat Mikhael?  Bukan Adel pun melepas?  Carilah jantan lain.  Yang biasa-biasa saja.  Ni cari anak tan sri.  Siapa yang sakit hati?”Fatima ketawa. 

“Cancel aku belanja lunch!”Tina berkata kasar.

“Rileks lah.  Aku gurau ja.  Kau still nak Mikhael tu?  Apa dia buat ya sekarang ni?  Mesti kerja dengan bapak dia kan?”Fatima memujuk Tina lembut.

“Entah!  Dah mati kot!”Tina akhirnya ketawa.

 

            ****

            Amanda memerhatikan hidangan yang disajikan oleh emaknya di atas meja.  Cukup sederhana.  Ikan temenung goreng, sayur campur, sambal belacan dan ulam-ulaman.  Jauh berbeza benar dengan hidangan di banglo ayah mertuanya, Datuk Aman Zainal.  Amanda bangun dari kerusi dan membuka peti sejuk.

“Kau cari apa tu?”Siti Hajar pelik dengan perbuatan Amanda mencari sesuatu, sedangkan makanan telah siap terhidang.

“Nak telur mata kerbau lah,”Amanda menjawab jujur.

“Lain kali nak balik bagitau.  Bolehlah mak masak sedap sikit.  Ni, dah lama kau tak bagi duit pada mak.  Lupa kau ya pada orang tua yang lahirkan kau ni?”

Amanda tidak menjawab soalan emaknya.  Api dinyalakan dan minyak masak dituang perlahan.  Amanda duduk semula membawa pinggan berisi telur mata kerbau untuk dirinya.

“Sibuk lah mak.  Nanti bagi lah. Mak nak berapa?”

Amanda mencedok nasi.

“Dah lama tak bagi.  Bagi lah seribu.  Dengan mak kau pun, kau nak berkira.  Mintak duit dari laki kau tu.  Bila lagi nak bagi duit kat bini kan?”

 

 

            Amanda menyerahkan kepingan wang kertas RM 50.00 yang bernilai seribu kepada Siti Hajar.  Siti Hajar menyambutnya sambil tersenyum.  Siti Hajar mengira wang tersebut.

“Mak ni.  Macam tak percaya kat anak mak!”

“Kau tu bukan boleh percaya sangat!”Siti Hajar ketawa.  Amanda tersenyum mendengar kata-kata emaknya itu. 

“Nak minta tolong sikit kat mak, boleh?”

Siti Hajar masih memegang duit pemberian Amanda. 

“Tolong apanya ni?  Patut baik sangat balik dan bagi duit.  Ada apa?”

“Mak kenal mana-mana bomoh tak?  Tolonglah mak!”Amanda berkata perlahan, bimbang didengari orang di sebelah rumahnya, memandangkan mereka berada di ruang tamu dan pintu terbuka.

“Mengapa?  Kamu nak bomohkan laki kamu?  Bukan main kamu ya?  Belum aku ajar dah pandai,”Siti Hajar ketawa.

“Dulu ingat tak nak susahkan mak.  Mak pun bukan sihat sangat.  Tapi dah tak ada kawan nak tolong.  Tu cari mak jugak tu!”Amanda berterus-terang dengan emaknya itu. 

Siti Hajar tersenyum, tanda sedia membantu anak perempuannya itu.

“Boleh tak mak?  Orang rasa laki orang pelik.”

“Pelik macamana?  Tak bagi duit pada kamu?”Siti Hajar amat berminat dengan cerita Amanda.

“Bagi.  Bukan pasal duit lah mak.  Ni pasal lain.  Dia macam,..err, macam..”

“Apa yang macam-macamnya?  Cuba cakap terus -terang dengan mak.  Nak minta tolong, nak berahsia pulak.  Cuba cerita betul-betul dengan mak,”Siti Hajar bersunguh-sungguh ingin tahu apa yang berlaku.

“Dia macam tak berahi di katil!”

“Suffian mati pucuk?”Siti Hajar terkejut dengan pengakuan Amanda.

“Mula kahwin ok.  Balik dari honeymoon tu, dia mula lain.  Entahlah mak.  Orang tak tau kenapa?  Rasanya bukan sebab tu.  Kalau mati pucuk, mesti tak boleh buat langsung.  Mesti sebab lain.  Orang rasalah....”Amanda berhenti di situ.

“Sebab apanya?  Kau ni main teka-teki pulak dengan mak,”Siti Hajar mendesak Amanda agar berterus-terang.

“Dia suka perempuan lain.  Orang taulah,..”

“Kau tau?  Apa yang kau diam saja.  Serang lah perempuan tu.  Nak tunggu apa lagi!  Tak kan itu pun mak nak ajar.  Malu kan dia.  Serang di tempat kerja.  Sah, dia taubat lepas tu.”

“Nak serang macamana?  Tak ada bukti.  Dia sayang sangat kat adik angkat dia tu.  Budak Adelia tu.  Kalau serang, siapa yang percaya.  Silap haribulan datuk dan datin halau orang dari banglo tu.”

 

 

            “Nak suruh bomoh tu buat macamana?  Buat Suffian sayang kat kau?”Siti Hajar menduga Amanda. 

“Sayang tu, sayanglah kat orang.  Yang penting adiknya tu.  Malas lah orang nak tengok lagi.  Boleh buat satu keluarga buang perempuan tu?  Orang meluatlah tengok dia.  Tengok maknya lagilah.  Anak-beranak merempat di rumah datuk tu!”

“Bagi saja racun perempuan tu.  Habis cerita.  Tak payah kita susah payah jumpa bomoh.  Bomoh ni kalau lelaki, silap haribulan kamu kena makan.  Dirogolnya kamu.  Kamu nak macam tu?”Siti Hajar memberikan pendapatnya.

“Racun?  Susahlah.  Nak bubuh kat mana?  Nanti orang lain yang kena.  Mak ni.  Stresslah orang.  Nak tolong tak ni?”Cadangan Siti Hajar ternyata tidak menarik bagi Amanda.

“Bomoh lah mak.  Semua orang buat macam tu sekarang ni.  Tak siapa tau.  Dosa tu, biar orang tanggung.  Boleh lah mak.  Mak nak tengok orang kena cerai.  Fian sayang sangat kat adik dia.  Orang tau dia ada hati kat perempuan tu.”

Siti Hajar terdiam seketika.  Otaknya ligat berfikir untuk membantu Amanda. 

“Ya lah, ya lah.  Kita pergi Bandar Muazam Syah!”

“Kat mana pulak tu mak?  Ada apa kat situ?”Amanda bertanya curiga.

“Kamu ni.  Pekan Pahang lah.  Jumpa Tok Batin.  Kita cuba mana yang patut.  Kamu sedia duit saja.  Ha!  Kamu ada duit ke?”

“Sayang mak.  Mestilah ada.  Menantu datuk ni,”Amanda ketawa. 

“Bila kita nak pergi?”Amanda seperti tidak sabar.

“Bila-bila.  Kamu tu yang kena ambik cuti.  Mak ni bila-bila free.  Habis mak pun berdosa ni.  Subahat dengan perkara-perkara khurafat.”

 

            ****

            Johan Firdaus membuka kembali bekas cincin yang dipegangnya.  Dirinya sedar tindakannya terlalu terburu-buru, menurutkan hati.  Cincin platinum bersatu dengan sebiji permata itu ditenung lama.  Sudih kah Adelia menyarungkan cincin itu di jari manisnya?  Peristiwa di kedai barang kemas Habib Jewel kembali di ingatan Johan.

“Err,..Saya cari platinum ring for engagement,”Johan agak gusar dengan kata-katanya sendiri.

“Cincin yang bagaimana?”Pekerja Habib Jewel memberi respons baik terhadap pertanyaan Johan. 

“Cincin tunang.  Satu permata.  Platinum.”

“Anggaran harga?”Soalan dari pekerja Habib Jewel lebih terperinci.  Johan tersenyum manis.

“Less than 5k perhaps,”Johan tersenyum.

Dan inilah hasilnya.  Cincin platinum comel tersebut ditenung lagi. 

“Bilalah dapat nak sarung kat jari budak manja tu?  Mengapalah susah sangat nak bahagia ni?”Hati Johan bersuara lembut.  Seperti selalu tiada jawapan yang dapat diberikan oleh Johan, sekadar harapan yang menggunung tinggi.  Kotak cincin yang berwarna merah itu ditutup.  Sudah seminggu berlalu, Adelia masih sepi tanpa sepatah kata.  Sebagai lelaki sejati yang tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap kaum hawa, Johan tidak pernah terfikir pun untuk memaksa Adelia.  Telefon bimbit di atas meja dicapai.

“Teman i makan roti canai, please,”Johan merayu Adelia.

“I tak suka roti canai.  Sorry.  Next time, ok?”

“Ok,  u suka apa untuk minum petang?  I ikut u.  Dinner tentu u lagi beralasan kan?”

“Ok lah.  Tapi kejap saja tau!  Kat mana?  Kedai mamak mana?  Ish, mesti baru ambik order dah bau busuk,”Adelia ketawa.

“I tau u sorang yang wangi.  Wangi sampai i tergila-gila.”

“Gilalah sangat!”Adelia ketawa. 

Johan tersenyum setelah berbicara dengan Adelia.  Tetapi tiba-tiba hatinya bersuara kejam.  “Boleh ke bagi cincin di kedai mamak?  Kau biar betul bro!”

Johan tersenyum sendiri, hajatnya yang mahu memberi kejutan kepada Adelia perlu ditunda buat sementara waktu.

 

 

            Kedai Mamak Line Clear.  Roti nan dikunyah laju oleh Adelia. 

“Sedap!”Komen pendek dari Adelia.

“U makan tanpa perasaan.  Kena paksa ya datang ni?  Pity u!”Johan memandang wajah Adelia dengan rasa bersalah. 

“Betullah sedap.  Apalah u ni.  Suka fikir macam-macam macam orang tua.  Hahaha, u memang orang tua pun!”Adelia cuba menceriakan suasana petang itu.

“U kan tak suka kedai mamak.  Sedap ke roti tu?”Johan bertanya ragu.

“Sedap lah.  Ikhlas.  Sebab i dah lama tak makan.  Sedap roti telur tu?  Dah makan ni, malam dinner lagi?”

“Nope!  Gemuk nanti.  Ni pun i dah gemuk, nanti tak stylist pakai baju kahwin!”

“Pakai baju kahwin kena stylist ke?  Hahaha,..Soalan lebih tepat,..ada ke yang nak kahwin dengan u?”Adelia menyambung ketawanya. 

Johan tersenyum kelat, diam tanpa kata.

“Kang paksa baru tau!  I bomoh baru tau!”Johan berkata dengan wajah serius. 

Ketawa Adelia makin besar, sehingga beberapa mata memandang meja mereka.

“Why u ketawa?  Tak takut pulak tu?”Johan bertanya pelik.

“U tak kan buat.  Cinta tak boleh dipaksa.  Lagi pun mana pro if pakai bomoh.  Apa kata i yang bomohkan u!”

“Untuk apa plak bomohkan i?  Dah memang i gilakan u.  U ni betul ke tak?  Roti nan tu buat u pening ya?”Giliran Johan ketawa.

“Supaya u bagi semua gaji u kat i.  Macam cerita drama.  Sebagai permulaan, bak seribu.  Nak shopping!”

“Untuk u, i bagi ja.  Tak payah nak jumpa bomoh.  Bahaya!  Bomoh tengok u, lain jampi yang dibacanya.  Ramailah yang jadi mangsa bomoh ni.  Terutamanya kaum perempuan, tapi tak serik-serik.  I pun pelik.  Minta tolong kat orang dan jin peliharaan, bukan dari Allah.  U janganlah buat sayang!”

“Apa?  Sayanglah sangat ya?”

 

            “Betul u sayang sangat kat i?”

“Yup!  Sayang sangat.  I nak jaga u.  Habiskan hari-hari i bersama u.  Sentiasa in love dengan u.  Sampai tua!”

“Aduhai, lelaki bila berbicara.  Belum dapat i semuanya indah.  Bila dah dapat i?”

“Dapat u?”

“Bila dah kahwinlah Dol!”

“Tak baik panggil bakal hubby macam tu.  Derhaka nanti!”

“Perasan sungguh.  Apa kata u tunggu i habis sambung belajar.  I nak bagitau u plan i sejak sebelum masuk Limkokwing lagi.  I nak futher study di Melbourne.  U sanggup tunggu?  Tak lama. Tolak, bahagi, darab, dua tahun ja!”

“No!  Kita kahwin dulu.  Lepas tu u pergi.  I rasa lebih selamat cinta kita,”Johan bernada serius.

“Bukan lagi bahaya?  Apabila suami-isteri berjauhan?”Adelia tersenyum sinis kepada Johan.

“Tidak bagi kita.  I akan setia.  Itu janji i, sayang!”

Johan cuba meraih tangan Adelia. 

“Bro, ni kat kedai mamak!  Boleh lagi nak romantic?”Tiba-tiba hati Johan bersuara.

Johan menarik semula tangannya.

“I kena tanya family i dulu.  Tanya abang,”Adelia akhirnya berkata malu.

“Jadi u setuju?”

Adelia tersenyum lebar.

Johan memandu pulang senja itu dengan gembira.  Tangan kirinya menyeluk poket seluar kirinya.  Kotak baldu kecil berwarna merah itu digenggam erat, sama seperti eratnya kasih-sayang dirinya terhadap Adelia Saffiya. 

“Cincin ini akan tersarung di jari manismu, sayang!”Johan berkata sendirian. 

Senja semakin melabuhkan tirainya.  Johan merasakan jodohnya bersama Adelia semakin hampir. 

“Makkk!!!!  Johan nak kahwin!”

 

            ****Cepatnya nak kahwinnnnn,...ngeee