Bab 11
Inilah Julia Gabra,..Cun kan?..I likeee,..
“Kad mesra ada?”
Lelaki berbangsa Cina di luar cermin
menggelengkan kepala. Baki RM20.00
dikembalikan oleh Julia.
Huh!
Boringnyer. Sampai bila nak kerja
station minyak ni? Cam kentut aje! Kalaulah Kak Hani dan husband dia yang legam
tu isi minyak di sini, Haru! Malu Mak
Jemah, mana nak letak muka ni! Dah le
aku kelentong mak, cakap kerja opis.
Anak derhaka betullah aku ni.
Tapi nak buek camno? Kalau
bagitau, kang disuruhnya aku balik pulak!
Sib baek, ayah faham. Memang
super lah Haji Salman tu. Muahhhhh kat
ayah!
Sementara menanti pelanggan tiba, Julia
mengalihkan pandangan ke arah mesin ATM yang ada di dalam kedai Mesra Petronas
itu. Barisan orang yang mahu mengambil
wang agak panjang. Julia teringat akan
baki wangnya yang makin menipis.
Bilalah gaji nak masuk ni? Nanti Si Bambam bising, aku tak bayar sewa
pulak! Salah aku jugak, duk melepak
hampir sebulan. Walk-in yang
hampeh! Penat aje aku solek tebal-tebal. Pinjam baju Lia bagai. Mujur tak pinjam baju Bambam! Ish,..lari cutting lah if pinjam baju dia!
“Tuk!
Tuk!”
Cermin di sebelah Julia diketuk
perlahan.
“Pam 2, Tiga puluh!” Seorang lelaki yang
boleh bergelar pak cik menyerahkan wang bernilai RM30.00 dan kad mesra.
Secebis senyuman diberikan oleh Julia
apabila memulangkan kad mesra tersebut.
“Topup Celcom sepuluh ringgit!” Seorang
remaja lelaki sengeh kepada Julia.
“Topup dah habislah, dik!”
“Ish!!!” dengus remaja tersebut kasar.
Dah habis nak marah pulak! Hampeh punya budak!
Kalau
dalam drama tv, mesti ada anak orang kaya bakal CEO berkenan kat aku yang comot
di kaunter ni!
Julia tersenyum sendiri.
Dalam reality, tu ha Si Abdullah Bangla
bau bangkai yang jeling-jeling aku. Siot
punya Bangla! Datang cari rezeki, bukan
kacau anak dara orang. Lebih-lebih lagi
aku yang cun ni!
Kalau dia senyum-senyum lagi,
siaplah. Aku sound terus. Tak sedar diri nak ngorat aku pulak!
“Kau kenapa?” Syed menyiku Julia.
“Apa ni?
Haram tau sentuh aku!”
“Alah, kan berlapik. Lagi pun, aku tak naklah kat kau. Aku ada boyfriend dah!”
“Apa?
Boyfriend?”
Syed angguk.
“Lelaki?”
Syed angguk lagi.
“Kau jangan arr itu kalu,..” Julia
memandang Syed lama. Dari hujung rambut
hingga hujung kaki, penampilan Syed sudah lari jauh dari penampilan kaum Adam. Alas bedak yang ketara, celak dan tentunya
wangian berjenama dipakai oleh Syed.
Kau ni laki ke pompuan, Syed oi! Boleh ke kau macam ni? Bukan dosa ke? Siapa aku nak tegur dia?
Syed telah lari dari fitrah, dan cuba
melawannya. Larangan Allah tentang perkara
tersebut amat jelas kepada kita umat Nabi Muhammad SAW.
Dari Abu
Hurairah r.a berkata: Bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda,.. “Dilaknat orang
lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki,..”
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Bukhari.
“Kau tau? Dia handsome tau!”
“Dia tau ke, kau assume dia as your
sweetheart?” Julia sengaja mengusik Syed.
“Uish, coi! Tak sayang mulut.
Aku cili kau nanti. Aku pasti dia
suka akulah bila aku bagitau aku suka dia!”
“Dia belum taulah ni?”
Syed sengeh seperti kerang busuk.
Ngeri aku tengok kau lah Syed oi! Elok-elok jadi lelaki nak jadi pompuan. Kau tak tau, camner susah menjadi
perempuan. Kena tunggu laki nak. Bukan boleh dapat laki yang pompuan nak! Ngok punya Syed.
“Aku
tunggu masa aje ni!” Syed sengeh lagi.
“Masa apa? Nak resign?
Kau dapat kerja baru ke?”
“Nope!”
“Habis tu?”
“Nak luah perasaan le. Cakap kat dia,..How’s much i love him.”
“Kau tak malu. Jika dia bukan jenis tu,..?”
“Do I cares?”
“Syed, entahlah,..aku speechless!”
“Bagus.
Kalau macam tu, jangan komen lagi.
Just mind your own business, okay!”
“Sorry.
Aku kan kawan kau. Even tak
sampai sebulan kita kenal. Kau marah?”
“Entah!”
“Dapat gaji, aku belanja KFC, okay?”
“KFC je?” Syed sinis.
“Cianlah aku. Kerja tak sampai sebulan. Tu je yang aku mampu.”
“Kau ni cantik,..come on, dress up
sikit. Ramai lobster di luar sana!”
“Cantik?
Thanks for your compliment. Tapi
aku tak faham maksud kau!”
“Cari je sugar daddy. Kau tak payah susah payah kerja kaunter Petronas
ni. Penat je kau belajar dulu. Buat apa degree kau tu?”
Lebih Si Pon ni. Tak apa Julia, tak apa. Tak payah layan dah!
Julia senyum. Senyuman yang ditujukan khas untuk Syed.
“Aku memang suka duit. Tapi aku masih ada harga diri. Tau dosa dan pahala!”
Syed senyap. Hilang kata-kata untuk berhujah lagi.
Julia
memberi tumpuan dengan tugasnya melayani pelanggan yang membeli petrol untuk
kereta masing-masing. Syed di sebelahnya
melayani pelanggan yang membeli barang di kedai Mesra tersebut. Kedua-dua orang sahabat itu tidak lagi
berborak. Lagak keduanya persis pasangan
bercinta yang sedang bergaduh.
“Kau marah aku ke?” Syed menyiku Julia
lagi.
“Apa ni?
Tak sukalah,” rengus Julia kasar.
“Wei, jangan kasar sangat. Laki tak suka tau!”
“Ada je laki suka. Tapi bukan kau lah!”
“Even kita beza, kita boleh jadi
kawan. Sorry lah cadang bukan-bukan kat
kau tadi!”
Julia diam, malas untuk berbicara lagi.
“Aku janji tak bagi cadangan keji lagi
kat kau! Kita kawan balik ye?”
“Ye lah!”
Malam
itu Julia tiba di rumah melewati pukul 11.00 malam.
Penat, letih dan lesu menguasai diri
Julia. Badannya yang berbau masam
dihempas perlahan di sofa. Ruang tamu
telah sepi.
Semua dah tidur ke ni?
Jam tangan dipandang sekilas.
Patutlah, dekat pukul dua belas dah. Bilalah aku nak kerja normal macam diaorang
ni?
Tudung ditarik perlahan oleh Julia. Beg galasnya di sisi dicapai. Telefon bimbit miliknya diambil pantas. Gambar Maya yang dijadikan ‘wallpaper’ itu
ditenung lama.
Rindu kakak! Kakak tak rindu Kak Ju ke? Dah dua hari tak call Kak Ju! Apa kata call kakak. Ah, mengarutlah tu. Dekat pukul dua belas ni. Kakak dah tidur. Yang belum tidur, mesti Mr.Dud tengah pandang
siling rumah. Ingat aku! Hahaha.
Perasanlah pulak aku ni! Dah
dekat dua bulan, mesti dia dah lupakan aku yang peot ni!
“Malasnya nak mandi!!!”
Julia melangkah malas menuju bilik. Pintu bilik dibuka perlahan.
“Belum tidur?”
“Belum!
You look too tired,” Dahlia meletakkan majalah di tangannya.
“Bambam mana?”
“Bilik sebelah kot! Gosip.”
“Everything okay?”
“Tak faham!” wajah Julia kerut.
“Kerja okay ke? Si Abdullah tu kacau kau lagi ke?”
“As usual, usha-usha dari jauh aje. If dekat, aku hamun. Bau cam bangkai!”
Ketawa Dahlia meledak.
“Mana tau cintanya kepada kau,
tulus. Tiada agenda!”
“Gilak kau! Sejuta kali Mr.Dud tu okay!”
“Tengok tu. Duda tu lagi.
Aku rasa kau ada hati padanya.
Tapi kau tak nak hidup susah dengan dia.
Betul?”
“Aku nak mandilah. Masam habis ni!”
Julia menarik tuala yang tergantung,
lantas masuk ke bilik air.
“Kau rindu duda tu ke? Sedih aje!” Dahlia melaung kepada Julia di
bilik air.
Tiada jawapan dari Julia.
Selesai
mandi, Julia keluar dari bilik air. Dini
sedang melumur wajahnya dengan krim malam.
Dahlia pula telah menarik selimutnya paras dada. Tanpa mempedulikan Dini dan Dahlia, Julia
membentang sejadah. Solat Isyak
ditunaikan walaupun agak lewat.
“Sampai bila kau nak kerja di pam minyak
tu? Tak penat ke?” Dini menyoal Julia
tanpa perasaan.
Julia diam. Terfikir-fikir akan jawapan yang mahu
diberikan kepada teman sebiliknya yang boroi itu.
Hay,..Bambam ni, tak kerja kang, siapa
nak bayar sewa aku? Kau nak bayar
ke? Ngada jak. Dahlah debab sangat. Cuba le diet sikit. Eh, nak jawab apa ni?
“Nak buat camner, dah nasib. Bukan macam kau. Lepas grad terus dapat kerja!”
“Kau kena rajin walk-in. Aku ni sebab course aku ambik ok!”
Aduh, dasar Bambam sombong, tak sayang
mulut betul.
“Soal nasib dan takdir kau kena ambik
kira jugak! Jangan bangga sangat dengan
apa yang kita ada. Kalau Allah nak
tarik, bila-bila saja tau!” Dahlia bersuara.
“Bukan kau dah tidur?” Julia menoleh ke
arah Dahlia.
“Hampir!
Tapi dengar conversation tak sihat.
Tu lah aku menyampuk tu!” Dahlia menjawab perlahan.
Dini menarik selimutnya kasar. Tiada sebarang ayat yang keluar dari mulutnya
lagi.
Julia juga tidak lagi bersuara. Tilam tipis di dinding dibentangnya. Julia merebahkan badan.
“Are you okay?” Dahlia memandang wajah
sahabatnya itu.
“I’m fine. Kau tu over protected kat aku. Dahlah, tidur. Aku tak apa kerja petang.”
Dahlia senyum mesra.
“Okay.
Good night!
Kuala
Lumpur, Kuala Lumpur,..Menyinari hidupku,.
Kota yang penuh dengan cabaran,..
Kuala Lumpur, Kuala Lumpur,..menyinari
hidupku
Kota yang penuh dengan harapan
Julia menyanyi sayu di dalam hati. Gadis cantik itu, manusia biasa. Punya hati dan perasaan yang rapuh. Sedikit sebanyak kata-kata Dini merobek juga
hatinya walaupun Julia melabelkan dirinya sebagai brutal.
Aku tak boleh selamanya kerja di pam
minyak tu. Kawan dengan Syed yang
Pon. Dipikat oleh Si Bangla Abdullah. Akhirnya nanti, kalau tak jadi perempuan
kasar, ala-ala pengkid, mau aku terima cinta Si Abdullah. Jauhkanlah, ya Allah.
Julia mengiring ke kanan memandang Dini
yang mulai berbunyi. Dengkuran perempuan
berbadan gempal tersebut ternyata masih bisa mengganggu Julia, walaupun hampir
dua bulan Julia mendengarnya.
Aku tak kan selamanya kerja situ. Tidak
sama sekali. Bambam, aku akan dapat sewa
bilik sendiri nanti, dan tak payah dengar kau berdengkur, okay!
Kedua tangan diangkat dan dirapatkan
oleh Julia.
“Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk
mencari kerja yang lebih sesuai.
Tolonglah aku, Ya Allah,” Julia bersuara perlahan.
****
Jaliah
bersama Salman dan Maya di rumahnya.
“Kenapa kakak monyok?” Salman memandang anak tiri Julia yang tidak jadi itu,
mesra.
“Huh!” rengus Maya kasar.
“Eh eh, Pak cik tanya pun marah. Rindu Kak Ju ke?”
“Abang ni. Dah tau, lagi nak tanya. Sudah terang lagi bersuluh,” Jaliah menjeling
suaminya.
“Ala kakak ni, itu pun nak marah. Cuti nanti, kakak baliklah tu. Tak elok marah-marah. Tengok, muka kakak dah tak cantik. Tak cun dah!”
“Betul cakap pak cik tu, Maya. Makan cekodok ni. Kejap lagi ayah balik dah! Tak sempat makan nanti,” Jaliah memujuk Maya
lembut.
“Mak cik telefonlah Kak Ju. Suruh balik.
Cakaplah pak cik sakit ke!”
“Eh eh kakak ni. Tak nak pak cik. Dibuatnya pak cik sakit betul nanti,
macamana?”
“Dahlah tu. Malam nanti mak cik telefon. Kakak makan cepat. Sedap ni, mak cik goreng!”
“Betul?”
“Betullah. Tak kan mak cik nak bohong pulak! Kan bang?”
“Haa,..Makan cepat. Sedap pulak cekodok pisang ni? Resepi baru, ye Ja?” Salman mengenyitkan
matanya kepada Jaliah.
“Haa, bang. Makanlah banyak-banyak ye!”
Perlahan Maya menghulur tangan ke arah
pinggan, mengambil seketul cekodok pisang.
Cekodok pisang dimasukkan ke dalam mulut, lalu dikunyah laju.
“Tak sedap pun. Tipulah mak cik ni!”
“Hahahaha,” ketawa Salman menguasai
ruang dapur.
“Ala, makanlah. Kak Ju suka tau cekodok ni,” Jaliah berkata
lembut.
“Mak cik tipu?”
“Ish, betullah!”
Salam
yang kedengaran membuat Maya bangkit dari kerusi.
“Ayah dah baliklah!”
Maya berlari meninggalkan ruang dapur.
“Kakak, tunggu!” jeritan Jaliah tidak
dihiraukan oleh Maya.
“Biarlah. Ayah dia dah balik tu. Kat sini pun, Ju tak ada.”
“La, baru makan sebiji cekodok tu. Saya nak bagi dia ni.”
Jaliah mengambil pinggan berisi cekodok,
lalu bangun.
“Tak banyak sangat ke tu, Ja? Zafran tu makan ke, cekodok awak ni?” Salman
sengeh nakal.
“Kenapa pulaknya dia tak makan? Dia bukannya bakal COE syarikat. Bawak lori saja. Tak kanlah dia nak banyak songeh,” Jaliah
masam.
“CEO lah, Ja oi. Awak ni pakai sebut saja,”Salman ketawa lagi.
“Apa-apalah. Saya nak pergi rumah sebelah kejap! Abang habiskan cekodok tu. Kalau tak saya merajuk nanti!”
Jaliah melangkah meninggalkan ruang
dapur.
“Cekodok hangit ni, suruh aku
habiskan? Jaliah, Jaliah! Mujurlah kau sorang isteri abang. Kalau tak, ini malam abang tidur rumah isteri
mudalah!”
“Maya! Maya!
Maya!”
Maya muncul di muka pintu.
“Ni mak cik bawakan cekodok tadi!”
“Tak naklah!”
“Kakak, tak baik macam tu. Ambik cepat!”
Zafran menghampiri Maya di muka
pintu. Maya patuh. Pinggan di tangan Jaliah diambilnya, lalu
bergerak ke dapur.
“Kamu sihat?”
“Saya?”
“Ye lah, kamu. Siapa lagi mak cik tanya!”
“Alhamdulillah. Sihat, mak cik.”
“Kamu ingat Julia lagi ke?”
“Ingat!
Eh, tak,..”
“Ish, kamu ni. Yang mana satu?”
Zafran senyum kosong. Sekosong hatinya.
“Maafkanlah dia ye? Mak cik pun tak tau nak cakap apa. Orang muda ni, macam-macam hal. Ada impianlah. Dreams lah.”
“Tak apa, mak cik. Saya faham.
Ju tak salah apa-apa. Saya tak
boleh paksa dia sukakan saya. Saya patut
cermin diri saya dulu sebelum suka dia, mak cik!”
“Gini,
Zafran. Mak cik ada cadangan untuk
kamu. Itu pun kalau kamu setujulah!”
Maya muncul di sisi Zafran.
“Kakak pergilah mandi, busuk ni!”
sengaja Zafran menghindarkan Maya dari mendengar perbualannya dengan Jaliah.
“Okay!”
Maya berjalan laju menuju ke biliknya.
“Ada apa ni, mak cik. Masuklah.
Tak kan nak berdiri saja!”
“Berdiri pun tak apa. Sekejap saja.
Err,..er,..Boleh mak cik carikan calon untuk kamu? Pengganti Ju degil tu?”
Zafran bungkam. Tidak tau untuk memberi sebarang jawapan
kepada Jaliah.
“Mak cik Senah kamu tu, ramai
kawannya. Ramai anak-anak dara yang dia
kenal? Ha, macamana? Anak dia pun ada! Kamu nak?”
“Err,..Tak apalah mak cik!”
“Tak apalah tu apa? Setuju ke tidak?”
“Tak, mak cik. Biarlah dulu!”
Jaliah masam.
Degil duda ni! Nak kat anak aku jugak ke?
“Mak cik ikhlas ni, Zafran. Kesian Maya tu!”
Zafran diam.
“Kamu fikirlah. Mak cik balik dulu!”
Jaliah
tiba di ruang tamu rumahnya.
“Geramnya saya, bang!”
“Kenapa pulak ni? Kamu bergaduh dengan duda sebelah ke? Dia tak nak cekodok kamu?”
“Abang ni, kalau sehari tak buat lawak,
tak boleh ye, bang? Pergilah masuk
Maharaja Lawak Mega, sana!”
Salman ketawa.
“Ye lah tu. Kenapanya?”
“Zafran tu. Saya ni nak tolong dia. Tak nak pulak. Jual mahal punya duda. Hangin saya ni, bang!”
“Awak nak tolong apanya, Ja oi?”
“Carikan calon le. Cari pengganti Ju! Sampai bila dia nak ingatkan Si Ju tu.
“Ja oh Ja. Awak ni pun!”
“Kenapanya?”
“Dah dia sukakan Ju. Senang saja awak nak carikan calon lain. Kalau abang pun, abang tak suka. Siap hari bulan boleh hangin dibuatnya. Kamu dah tak ada kerja ke?”
“Saya cuma nak menolong. Dari dia duk ingat Si Ju tu. Hah, ni dah dua bulan, tak nak balik jenguk
kita ke? Abang telefon dia, suruh
balik. Betul ke dia kerja opis?”
“La, tak kan anak awak tu nak
menipu. Nanti-nantilah abang
telefon. Baru dua bulan. Bukan dua tahun Ja oi.”
“Saya nak mandilah!”
Jaliah
telah menghilang dari ruang tamu. Salman
mengambil telefon bimbit di atas meja.
Nombor telefon Julia ditekannya.
Sementara menunggu panggilannya dijawab, Salman memanjangkan leher ke arah
bilik. Jaliah keluar dari bilik menuju
ke bilik air. Salman menarik nafas lega.
“Assalamualaikum, ayah!” suara Julia
ceria menyambut panggilan Salman.
“Waalaikumussalam. Cerianya anak ayah ni. Tak mengepam minyak ke?” Salman ketawa kuat.
“Ayah ni, tak baik tau. Ju di kaunterlah ni. Kan semua orang pam sendiri. Ayah saja je kan?”
“Alah, lawak je sikit. Ni, mak Ju dah bising. Tanya bila Ju nak balik. Ju tak nak balik ke?”
“Mestilah nak, ayah. Tunggu Ju dapat gaji ye? Next week Ju balik. Tapi ayah mesti tetap simpan rahsia tau!”
“Sampai bilanya Ju nak kerja kat situ?”
“Ayah tanya, macamlah Ju dah bertahun
kerja. Kan tak sampai sebulan pun. Tunggulah sampai dua, tiga bulan!”
“Ye lah!
Balik tau minggu depan. Kesian
mak Ju. Maya pun!”
“Maya sihat, ayah?”
“Eh, Ju tak telefon dia ke?”
“Seganlah. Tunggu Maya yang call je selalunya.”
“Segan denga siapa? Zafran?
Dah tolak, tapi masih call?” Salman ketawa.
“Bukan call dia, call Maya pun!”
“Alahai, entah-entah rindu pada ayahnya
jugak!” Salman ketawa lagi
“Ayah!!!!!”
Di
sebelah rumah, Zafran masih duduk termenung di sofa mengingati akan kata-kata
Jaliah. Hati Zafran tidak keruan. Cadangan Jaliah, membangkitkan ingatannya
terhadap Julia yang cuba dilupakannya.
Macam-macam hallah mak mertua tak jadi
aku tu. Dah anak dia tak nak, nak
pas-pas aku kat entah sape-sape entah.
Pening aku! Aku tak nak
kahwinlah. Kakak pun makin pandai urus
diri. Biarlah Ju dapat lelaki kaya
idamannya. Aku akan jaga kakak
sorang-sorang. Kakaklah penawar segala
dukaku.
Zafran memandang telefon bimbitnya di
sisi.
Malasnya kalau kena call Ju lagi. Bila-bila mesti kakak suruh aku call Ju ni!
“Julia!”
Eh, kenapalah aku sebut nama dia
ni? Masih adakah lagi rindu di hati ini
untuk dirinya? Mengapa aku tak boleh
benci or meluat dengan perempuan gabra ni!
Mengapa?
****Next chapter, nantikan kemunculan hero
kedua,..Mr. Adam Haykal...
BEST.
ReplyDeleteKasihan kat Ju.
ReplyDeleteKasi la dia keja opis ehhh.