Thursday, August 14, 2014


            Miss Congeniality Malaya-Bab 2

            “Hai, sengeh panjang nampak!”

Lana tidak menjawab.  Sebaliknya kembali mengeluarkan telefon bimbit yang baru sebentar tadi dimasukkan ke dalam beg sandang.

“Aku wassap dia bleh tak?”

“Siapa?”

“Kau ni.  Sudah terang lagi bersuluh pulak!”

“Tu apa tu?  Bidalan?  Peribahasa?”

“Entah!  Mana-manalah.  Amer lah.  Ke kau pun nak ejas?”

“Aku nak ejas Amer?  Apa ke barang!”

“Kenapa pulak kau tak boleh ejas dia?  Handsome siot tu.  Hidung tajam macam Bront Palarae.  Bukan kau suka laki hidung camtu?”

“Kau lah ambik.  Aku nak Dr.Idham dan Dr.Suhana carikan.  Cinta lepas kahwin.  Lebih afdal gitu!”

“Wakaka!  Bunyi macam drama aja!  Betul?”

“Ya lah.  Kenapa?  Kau tak percaya?”

“Dah kau tak pernah bagitau aku pun plan kau tu.  Manalah aku nak tau.  Confirm ni kau tak nak Amer?”

“Ya lah Labu.  Kau tu yang kelam-kelibut suka kenapa?  Tak tau pun true colour dia camner.  Dibuatnya macam Harith tu.  Tumpo kau, Mak Jemah!”

“Prasangka baik.  Prasangka baik.  Tengok dia bagi penumbuk kat penyangak dua ekor tu.  Aduh, macho gila beb.  Jatuh terus hati aku!” Lana ketawa.

Ayris menolak perlahan kepala Lana menggunakan jari telunjuknya.

“Love at the first sight ya?  Aku lempang baru tau.  Kawanlah dulu.  Lepas setahun baru jatuh cinta.  Lepas tu kahwin terus.  Aku nak tengok anak kau berlari, baru aku pulak kahwin!”

“Boring.  Macam nenek aku di kampunglah kau ni.  Tapi kan,..Eh, aku sukalah Amer tu.  Oh Syed Amer.  Aku wassap sekarang ya?”

“Janganlah.  Baru sejam lebih ni.  Lepas dua, tiga hari baru boleh wassap.  Jaga imej perempuan.  Janganlah nampak kau desperate sangat.  Boleh Cik Lana oi?”

“Ala,..”

Lana memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam beg sandang.

“Majuklah!”

Lana memalingkan mukanya ke tepi tingkap.

 

            Ayris hanya senyum melihat perangai keanakan Lana.  Bagi Ayris adalah wajar nasihatnya itu kepada Lana.  Mereka amat baru mengenali Syed Amer.  Tidak lebih dari setengah jam berbicara, mana mungkin mampu mengenali hati budi Syed Amer.  Syed Amer boleh jadi siapa sahaja di dunia yang rusuh ini.  Pengedar dadah?  Agent pemerdagangan manusia?  Perompak?  Bapa ayam?  Aduh, amat mengerikan dunia ini.  Ayris melepaskan keluhan.

“Ai, kenapa mengeluh pulak tu Cik Bedah oi!”

“Dah habis merajuk?  Ingat Wardah lah,” Ayris membohongi Lana.

“Bila kita nak bagitau dia pasal ayah Harith nak masuk minang tu?”

“Esok lepas kelas, kita cari dialah.  Before dia buat bukan-bukan.  Tangguhlah kut study dia.  Tak apalah.  Satu sem saja pun!”

“Kau rasa nak ke Harith tu kahwin?”

“Berani dia nak lawan cakap imam tu?  Kita doalah supaya lembut hati Harith.  Kesian Wardah!”

“Boleh ke bahagia kahwin paksa ni?  Nanti Harith layan Wardah teruk macamana?  Seriau aku tengok baran Harith tu.  Dulu belum dapat kemain romantik.  Pelsu semata rupanya!”

“Normal lah tu.  Kalau bukan cinta pelsu,..Cinta nafsu, bukan lelaki namanya!” Ayris senyum.

“Janganlah Syed Amer ku begitu!”

“Podah cit lah dengan Syed Amer tu!”

 

            Di banglo keluarga Ayris petang itu.

“Mak Mah masak apa?”

Ayris yang tiba-tiba muncul di dapur mengejutkan Mak Mah, pembantu rumah keluarga itu. 

“Ris ni.  Kut ya pun, bagilah salam.  Terkejut Mak Mah.  Mak Mah ingat Ris tidur.  Tak penat ke memandu jauh-jauh tu?”

Ayris menarik kerusi, duduk di sebelah Mak Mah yang sedang mengupas bawang.

“Penat jugak.  Tapi berbaloi.  Dapat tolong kawan baik!”

“Ris memang baik.  Sayang Mak Mah pada Ris.”

“Kalau macam tu, ambiklah Ris jadi menantu!” Ayris ketawa.

Mak Mah menarik rambut ikal Ayris perlahan.

“Kalau Mak Mah ada anak lelaki, dah lama Ris jadi menantu Mak Mah.”

Mak Mah bangun, bergerak ke sinki.  Timbul kekesalan di hati Ayris.  Ayris bangun mendapatkan Mak Mah.

“Maaf, Mak Mah.  Ris gurau saja.  Kan Ris anak Mak Mah jugak.  Tak payah jadi menantulah!”

Ayris memeluk Mah Mah.  Perempuan berumur lewat 50’an itu sememangnya telah dianggap oleh Ayris sebagai ibunya juga.  Ayris sedar, Mak Mah menumpang kasihnya.  Menganggap dirinya sebagai anak.  Mak Mah sebatang kara di dunia ini.

“Mak Mah ni hangitlah!” Ayris kembali mengusik Mak Mah setelah meleraikan pelukannya.

“Habis tu buat apa peluk?” Mak Mah mencebik.

“Hangit sikit saja.  Tu yang peluk tu!”

“Pandai Ris buli Mak Mah ya?”

“Kalau Ris tak buli Mak Mah, siapa yang nak buli?  Sunyi nanti hidup Mak Mah tau.  Eh, Adam mana?”

“Tidurlah tu.  Puasa.  Penat sangat, Mak Mah tengok balik sekolah tadi.  Ni Mak Mah masakkan sup ayam kegemaran Adam.”

“Sup ayam kegemaran Adam ya?  Untuk Ris pulak?”

“Ayam goreng berempah untuk Ris.  Boleh tak?” Mak Mah memandang wajah mulus Ayris menanti jawapan.

“Mestilah boleh.  Mak Mah sayang, masak apa pun, Ris makan.  Ris tolong buat watermelon juice ya?”

“Dialu-alukan.  Tu sebiji tembikai Mak Mah beli pagi tadi!  Suka sangat Ris dengan tembikai ya?”

“Manis dan merah menyala macam Ris.  Sebab tu Ris suka!” Ayris ketawa.

“Perasanlah Ris tu!” Mak Mah turut ketawa.

 

            Senja itu ahli keluarga Dr.Idham dan Dr.Suhana menikmati juadah berbuka puasa.  Mak Mah yang telah dianggap ahli keluarga turut sama menikmati hidangan di meja makan utama.

“Ris ikut mama dan daddy terawih malam ni?” Dr.Suhana memandang wajah anak sulungnya yang sedang menghirup sup ayam.  Ayris geleng laju.

“Ha, penatlah tu.  Mission accomplised nampaknya!”

Ayris hanya sengeh, tanda mengakui kebenaran kata-kata mamanya itu.

“Adam?”

“Tak, mama.  Kan next week exam percubaan.” Adam menjawab sopan.  Sememangnya adik kesayangan Ayris itu seorang yang berbudi bahasa.  Sifatnya amat berbeza jika dibandingkan dengan Ayris yang agak kasar dan tegas itu.

“Kita pergi bertiga sajalah nampaknya!” Dr.Idham ketawa.  Gelas air kosong kepunyaannya dicapai.

“Daddy tak minum pun watermelon juice Ris buat.  Majuklah macam ni!”

“Bagi sikit.  Daddy takut Ris buat manis sangat!”

Ayris menuang jus tembikai ke dalam gelas.  Hanya separuh, lalu diserahkan kepada Dr.Idham.

“How’s?”

“Not bad.  Tak manis sangat.  Ayah suka.”

Komen positif dari Dr.Idham membuat senyuman di bibir Ayris mekar.

“Mak Mah kenapa senyap saja?  Tambahlah nasi!” Dr.Suhana mulai memberi tumpuan kepada pembantu rumah yang telah dianggapnya saudara itu.

“Cukuplah doktor.  Mak Mah kenyang dah!” Mak Mah menjawab perlahan.

“Semua orang macam diet saja.  Makan sikit.  Daddy soranglah ni nanti yang gemuk!”

“Boleh ke abang buat dua puluh rakaat malam ni?  Tengok perut dah membuncit tu?” Dr.Suhana ketawa.

“Boleh.  Kalau tak boleh, abang buat lapan rakaat saja.  You dan Mak Mah balik jalan kakilah!”

“Berani abang buat macam tu?  Perang besar di bulan Ramadhan ni nanti!” Dr.Suhana mencebik.

“Buli abang tak apa.  Abang belum buli dah hangin.  Tengok mama tu, Adam!”

“Mama call Adamlah.  Adam ambik nanti!” Pandai Adam memujuk Dr.Suhana.

“Ris pun boleh ambik.  Mama tak payah risau.  Kan Mak Mah kan?” Ayris memandang Mak Mah, kemudian menghadiahkan senyum manis kepada mamanya.

 

            Malam itu Ayris tidur awal.  Setelah menunaikan solat Isyak kira-kira pukul 9.00 malam, Ayris merebahkan badannya ke tilam.  Patung beruang kesayangannya dipeluk erat.

Penatnya!  Tapi best.  Wardah tak kan buat mistake lagi!

Senyuman manis terukir di bibir Ayris.  Ayris terlena.

Wardah membuka pintu bilik air dengan wajah pucat lesi.  Ayris panik. 

“Kau buat apa ni?” Ayris bertanya kasar.

Wardah diam.  Ayris masuk ke dalam bilik air.  Terdapat kesan darah di lantai bilik air.  Ayris keluar dari bilik air.

“Kau buat apa ha?  Kau bunuh janin kau ya?”

Wardah yang telah terduduk di lantai tidak bersuara.  Hanya tangisannya saja yang menjawab soalan Ayris. 

“Kau memang degillah!  Kau tambah dosa kau.  Aku susah-payah ke Pendang nun.  Kalau macam ni lah perangai kau, jangan anggap aku kawan lagi!” Ayris berkata marah.  Serentak itu Ayris berjalan laju meninggalkan Wardah.

“Ris!  Ris!  Ris!”

Wardah bangun dan berlari mendapatkan Ayris.  Ayris tidak mengendahkannya.  Tiba-tiba Wardah jatuh terjelepuk.  Wardah tidak sedarkan diri.  Ayris kembali panik.

“Wardah!  Wardah!  Wardah!”

Badan Wardah digoncang kuat.

“Wardah, kenapa jadi macam ni?  Apa yang kau makan tadi ni?” Ayris mulai menangis.

“Wardah, bangunlah!  Wardah!” Air mata Ayris makin deras.

Ayris memegang pipinya.  Basah.  Ayris terjaga.

Mimpi rupanya!

“Wardah!”

Ayris bingkas bangun.  Dalam kesamaran lampu tidur, Ayris dengan mamai mencari telefon bimbitnya.  Dengan sabar Ayris menanti panggilannya dijawab oleh Wardah.  Hampa.

“Jawablah!  Jangan kau buat hal pulak!”

Ayris tidak putus asa.  Nombor telefon Wardah sekali lagi ditekan.  Masih hampa.

“Tak boleh jadi ni.  Kalau Wardah buat betul macamana?”

Ayris segera menukar baju tidurnya.  Shawl dipakai sekadarnya di atas kepala.  Kunci kereta, telefon bimbit dan beg duit dicapai.  Langkah Ayris laju diatur menuruni anak tangga.

 

            Tiba di depan pagar rumah teres dua tingkat milik keluarga Wardah, Ayris menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Apa aku buat ni?  Kan tu mimpi aja!  Entah-entah elok aja Wardah tidur!”

Enjin kereta yang telah dimatikan dihidupkan semula.

Eh, kalau mimpi aku betul?

Enjin kereta dimatikan sekali lagi oleh Ayris.  Ayris menekan loceng di pagar rumah Wardah.  Lampu di kawasan porch terpasang.  Seorang lelaki keluar dengan berkain pelikat.  Rahmat, ayah Wardah berjalan dengan wajah bengis menghampiri pintu pagar.

“Pak cik, maaf.  Saya nak jumpa Wardah,” Ayris berkata gugup.

“Ayris kan?  Tau sekarang pukul berapa?” Rahmat bertanya jengkel.

“Err,..Err pukul satu pagi pak cik.  Tapi,..tapi saya ada hal penting nak jumpa Wardah.”

“Esok tak boleh jumpa ke di kelas?”

“Ini pasal Wardah pak cik.  Bagilah saya masuk,” Ayris bersuara perlahan.

“Ada apa sebenarnya ni?”

Rahmat menekan alat kawalan jauh pagarnya.

“Kenapa dengan Wardah?”

“Elok pak cik tanya Wardah sendiri.”

“Masuklah.  Pak cik pun nak tau apa yang terjadi kepada Wardah.”

Ayris melangkah masuk ke dalam rumah Wardah dengan serba-salah.  Rahmat di sisi mulai gelisah memikirkan tentang anak perempuannya.

 

            Wardah yang sedang tidur ternyata terkejut dengan kedatangan Ayris pagi itu.  Satu pelukan diberikan kepada Wardah oleh Ayris.

“Aku mimpi kau tadi.  Aku takut sangat.  Tu aku terus datang tu!” Ayris berkata jujur.

Wardah kelu.  Tiada perkataan yang keluar dari bibirnya.

“Cerita apa yang berlaku, Ayris.  Wardah!” Rahmat berkata kuat.

“Bang, sabarlah bang!” Junita berkata perlahan.

Junita mendekati anak perempuannya.

“Wardah, ada apa ni?  Cerita kepada kami.”

Wardah menangis tiba-tiba.  Junita dipeluknya.  Rahmat yang menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, menarik tangan Wardah kuat.

“Cakap, kau buat apa ni? Cakapppp!”

Tangisan Wardah makin kuat.  Tiba-tiba Wardah memegang kaki Rahmat.

“Ayah, ampunkan Wardah!  Wardah tak sengaja.  Wardah berdosa, ayah!  Ampunkan Wardah!”

Rahmat menarik kakinya kuat.

“Kau mengandung kan?” Rahmat bertanya marah.  Sudah dapat menduga dengan cara Wardah memohon maaf begitu.

“Anak tak sedar diri.  Aku besarkan kau dengan kasih-sayang.  Ini balasan kau ya?”

Serentak itu satu tendangan singgah di belakang Wardah.  Wardah meraung.

“Abang!  Cukup!  Abang nak bunuh anak kita?  Abang bunuh saya dulu!” Junita mendapatkan Wardah yang kesakitan.

“Kalau jadi apa-apa kepada Wardah, saya tak kan maafkan abang!”

Ayris tidak mampu bersuara.  Sebenarnya perempuan ayu itu ketakutan melihat sikap baran Rahmat.  Ianya amat berbeza sama sekali dengan ayah Harith, Imam Saifullah.  Rahmat berlalu dari bilik Wardah dengan wajah seperti singa.

“Mama, maafkan Wardah.  Maafkan Wardah.  Wardah benar-benar dah insaf.  Wardah tak nak buat dosa lagi, mama.  Sebab tu Wardah tak buang baby ni!”

Junita berwajah sayu mendengar pengakuan jujur anaknya.  Air matanya mengalir.  Ayris yang mendengar pengakuan Wardah memanjatkan syukur di dalam hati.

Terima kasih ya Allah.  Wardah tidak berniat membuang kandungannya!

 

            Ayris menjamah perlahan nasi ke mulut.  Pagi itu Ayris bersahur di rumah Wardah.  Junita masih mampu menyediakan hidangan sahur walaupun hati keibuannya bagai dihiris dengan belati.  Wardah menyuap juga nasi ke mulut.

“Pak cik tak sahur?”

“Biarlah pak cik tu.  Kita bertiga sajalah sahur!  Ambik lauk tu!” Junita senyum payau.

“Kau kena makan.  Tak elok untuk baby kalau tak makan!  Opps, sorry!” Ayris menyedari keterlanjuran kata-katanya.

“Tak apa, Ris.  Memang betul pun.  Wardah kena makan.  Beberapa jam lagi mula hari baru untuk kita.  Wardah kena hadapinya dengan kuat.  Banyak benda nak buat.  Betul ayah Si Harith nak masuk meminang?” Junita memandang wajah Ayris.

“Betul, mak cik.  Tak kan imam tu nak bohong.  Lepas raya ni, dia kata nak nikahkan Wardah dan Harith.  Buat kenduri sekali,”Ayris menjawab dengan riang.

“Baik Ris ni.  Tolong kawan sampai ke Pendang sana,”Junita kembali sebak.

“Mak cik janganlah macam ni.  Apa gunanya kawan kan?  Saya kan kawan Wardah.  Hari ni, hari dia.  Esok-esok mana tau saya ada masalah.  Wardah pulak tolong.”

“Dengar tu Wardah.  Mengapalah kamu tak pandai jaga diri macam Ris.  Dah berkawan baik tu, ikutlah perangai dia sama.  Ini tidak.  Mama harap kamu insaf lepas ni.  Kamu tau dosanya zina kan?”

Air mata Wardah mulai mengalir semula.  Ayris memegang bahu Wardah.  Cuba meredakan kesayuan hati sahabatnya itu.

“Sedap ayam ni.  Pandai mak cik masak!”

“Kalau sedap, makanlah banyak. Pak cik Ris tu tentu tak nak sahur dah ni!”

“Gemuklah Ris macam ni, mak cik!”

“Tak apa.  Tak kan sama dengan gemuk Wardah nanti!” agak sinis kata-kata Junita.  Biar pun tindakannya tidak seperti Rahmat apabila mengetahui Wardah hamil, namun sakit hatinya terhadap tindakan anaknya itu berputik juga.

“Nanti kau pergi kelas?” Ayris segera menukar topik perbualan.

Wardah angguk.

“Uruskan penangguhan belajar tu.  Pandai-pandailah kamu.  Ha, makanlah.  Dah nak imsyak ni!” Junita berkata agak keras kepada Wardah.

 

            Ayris memohon diri untuk pulang setelah menunaikan solat subuh.  Di dalam perjalanan pulang, Ayris merasakan kelegaan yang tidak terhingga.  Biar pun perbuatannya datang ke rumah Wardah pada awal pagi dan sekaligus membocorkan rahsia Wardah, satu tindakan yang tidak profesional, namun Ayris bersyukur ianya berakhir tidak dengan tragedi.  Kandungan Wardah masih selamat.  Apa yang lebih menggembirakan, Junita masih mampu menerima kesilapan besar anaknya itu.  Rahmat?  Mungkin satu hari nanti, Rahmat akan memaafkan Wardah juga.

“Mama mesti hangin ni!  Sorry Dr.Suhana.  Kalau  bagitau sebelum pergi mesti mama tak kasi punya!

Ayris melintas bilik ibu bapanya dengan sedikit cuak.  Tidak mahu bertembung dengan Dr.Suhana.

Hehe, mama belum keluar bilik waktu ni.  Selamat!

Ayris terus mandi untuk segera ke kampus pagi itu.  Pagi yang riang dirasakannya.  Masalah Wardah telah berjaya diselesaikannya.

“Siapakah yang sudi, menghulurkan simpati kepada nasibku ini,

Agar dapat ku rasa,..nikmat Hari Raya seperti insan yang lain,”

Tiba-tiba Ayris berhenti menyanyi.

“Pehal lagu sedih pulak?  I like Sifu M.Nasir.  Satu hari di Hari Raya, aku menangis tanda gembira, aku menangis,...”

Ayris sekali lagi berhenti menyanyi.  Dr. Suhana berwajah serius di depan pintu bilik air.

“Lagu M.Nasir ya?”

“Ha’a.  Kan mama pun minat M.Nasir!”

“Huh, raya lama lagi.  Jangan ubah topik.  Pukul berapa Ris pergi rumah Wardah malam tadi?” Dr.Suhana bertanya tegas.

“Er,..Err, Ris tak tengok jam lah mama.  Awal mama nak bukak klinik hari ni?”

“Merepek lagi.  Kan bahaya drive pagi buta sorang diri.  Kalau jadi apa-apa, macamana?  Sekarang ni banyak sangat penjenayah.  Rogol, bunuh, rompak!”

“Sorry, mama!”

“Apa yang urgent sampai tak boleh tunggu pagi?”

“Ris mimpi, mama!”

Wajah Dr.Suhana berkerut. 

“Ris mimpi Wardah gugurkan baby dia.  Tu la pasal Ris terus pergi rumah dia tu!”

“Ris-Ris.  Mimpi kan mainan tidur.  Sayang betul Ris pada kawan-kawan Ris ya?”

“Tak lah.  Kat mama lagilah Ris sayang!”

Ayris bergerak mendekati Dr.Suhana.

“Sudah, pakai baju.  Nanti mama tarik towel ni baru tau.  Jangan buat lagi!”

Dr.Suhana melangkah keluar bilik meninggalkan Ayris yang ketawa mengekek.

 

            Kampus Fakulti Perakaunan, Universiti Malaya.

“Kau memang mereng beb!  Kalau aku jadi Dr.Suhana pun hangin.  Pukul satu pagi drive sorang-sorang.  Kau ingat apa?  Kau ni wife Captain Amerika.  Ada super power macam dia?  Bila ada penjenayah boleh lawan sorang diri!”

Ayris ketawa.

“Ha, ketawalah.  Ketawa kuat-kuat.  Mujur tak jadi apa-apa!”

“Aku selamat ni.  Aku tak sengajalah.  Mimpi tu cam real aja.  Kau tau aku sayang Wardah macamana kan?”

“Sayang Wardah yang pemurah tu?  Aku ni?  Ni mana Peah Peot tu?  Dia kata nak datang kan hari ni?”

“Dia settle hal dia di pejabat Dekan kut!”

“Tangguh?”

“Ya lah.  Lagi mau tanya kau ni!”

“Kau cakap betul-betul siapa yang kau sayang antara aku dan Wardah ni?”

“Soalan susah ni!”

“Jawab ar.  Karang aku hangin nanti!”

“Kau lah.  Cantik, seksi.  Pandai jaga diri.  Pandai.  Semua ada!  Okey?”

“Temberanglah tu!”

“Tu Wardah datang!”

Wardah tiba di hadapan Ayris dan Lana dengan senyuman tawar.

“Dah settle?”

Wardah angguk.

“Kalau camtu senyum tu biar manis.  Ni aku tengok macam mati laki saja.  Harith tu belum mati.  Dan belum pun jadi laki kau.  Kau yang pemurah bagi.  Mana ada kucing yang tolak ikan!” Lana melepaskan kemarahan kepada Wardah.

“Ish, apa kau ni.  Dah lah.  Kan semua dah settle,” Ayris menenangkan Lana. 

“Settle apanya?  Bapak Harith dah call mak kau?”

Wardah geleng.

“Kau dah kenapa?  Angguk, geleng.  Sejak bila pulak bisu ni?”

“Dah lah.  Apa ni?  Nanti orang dengar tu.  Kesian kat Wardah.  Tengok, dah nangis pulak!”

Wardah menangis.  Langkahnya laju meninggalkan Lana dan Ayris.

“Tengok!  Apa kau dah buat?  Cakap tu lapiklah sikit.  Kau tak kesian kat dia ya?”

“Tak!  Pemurah beno.  Geram aku!”

 

            Lana memandang langkah Wardah yang semakin menjauh.

“Ha, buat apa pandang-pandang?  Ada kawan tu depan mata, bukan main kau sakitkan hati dia ya! Dah jauh, pandang-pandang pulak!”

Lana senyum manis.

“Aku ada hak nak marah, okey.  Dia buat salah.  Dan aku ni kawan baik dia.  Tak kan nak suruh Pak Guard tu yang marah!”

Ayris ketawa.

“Kita pontenglah kelas petang ni.  Aku bosanlah dengan Dr.Fuad tu.  Aduh, lawak orang tua tak handsome ni, tak boleh blah kan?”

Lana pula ketawa kuat.

“Kutuk lecturer?  Memanglah tak berkat.  Kau nak fail paper dia?”

“Eleh, kau pun selalu kutuk dia!”

“Tapi memang tak handsome tahap gaban orang tua tu!  Lari jauh dari Bront Palarea kau!”

“Tau tak apa.  Jomlah!”

“Mid Valley Megamall?”

“Sogo.  Boleh cari shawl sekali di Jalan TAR!”

“I like.  Jom!  Wardah?”

“Ha, ingat pun kawan.  Aku call dia lah.  Mesti dia ada di depan tu tunggu teksi.”

Ayris mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Kau kat mana?  Tunggu situ.  aku ambik!”

Ayris memasukkan telefon bimbitnya di dalam beg.

“Wardah kat mana?”

“Tunggu teksi depan tu lah!”

Keduanya berjalan menuju kereta Ayris.  Tiba-tiba Lana memegang tangan Ayris mesra.

“Kau dah kenapa ni?  Orang nampak nanti, salah faham pulak!”

Aku rindu Amer lah.  Hidungnya.  Senyumnya.  Bisa angau aku!”

“Eh, lepaslah!”

Lana melepaskan tangannya.

“Ni sorang lagi.  Angau tak tentu pasal.  Jangan monyet.  Tadi kau kutuk Wardah bagai nak rak.  Ni kau pulak angau karat!”

“Aku lain. Pandai jaga diri beb!  Oh, Syed Amer ku!”

 

            Wardah masuk ke dalam perut kereta dengan wajah polos.  Sisa air matanya masih jelas.

“Sorry lah.  Aku ter emo pulak tadi.  Apa pun aku harap kau insaf!” Lana berkata perlahan.

“That’s okay.  Aku memang salah!”

“Dah-dah.  Boleh tak kita gumbira seperti dulu?  Sebelum datangnya lelaki dalam hidup kita.  Diorang datang saja.  Problem.  Aduh!  Jom tengok perfume dan beli shawl.  Lagi ada faedah!” Ayris yang mula memandu bersuara kuat.

“Kau belanjalah shawl satu kat aku ya?” Lana mengusik Ayris.

“Aku pun!” Wardah kembali menghidupkan suasana meriah mereka bertiga selepas robek angkara masalah dirinya.

“Boleh sangat kawan-kawanku.  Boleh blahhhhhhhhhhhhhh!”

Tengahari itu menyaksikan tiga sahabat itu kembali bersatu, kembali membilang puing-puing bahagia mereka.  Sogo dan Jalan TAR menjadi destinasi wajib mereka untuk membeli-belah sekaligus menenangkan fikiran.

“Ada tak tudung bawal AJ yang murah ya?” Wardah bersuara setelah ketiganya sepi untuk seketika.

“Kenapa pulak tak ada.  Kan banyak saja yang tiruan sekarang ni.  Kita layan saja!” Lana menjawab pantas.

“Anak doktor tu pakai ke tudung murah?”

“Amboi, perli aku nampak!  Aku ni anak doctor pokai okey.  Tudung sepuluh ringgit pun sapu.  Janji cun.  Hahaha, pasannnn tak?”

“Memang!  Miss Con yang bajet cun kau ni!”

“Salah tu Lana.  Miss Con yang baik sebenarnya Cik Ayris ni.  Thanks Ris, sebab jadi kawan yang baik!”

“Aduh, syahdunya.  Drama tv3 pukul tujuh petang betullah!”

Ayris ketawa.  Lana dan Wardah turut ketawa gembira.

 

 

 

 

        Okey tak kengkawan?...