Melbourne,
Aku Ingin Pulang
Bab
17-Apalah nasib Mamat Jawa Bagan Datok ni,....
Johan
Firdaus tersenyum-senyum menyambut jambangan bunga yang dihulurkan oleh Amoi
Cina yang comel.
“Suka?
Untuk siapa? Mesti girlfriend
punya la!”
Johan tidak menjawab soalan yang dijawab
sendiri oleh Amoi tersebut. Memandang
jambangan bunga tersebut seperti memandang Adelia Saffiya yang manja di depan
matanya. Sudah lebih dua minggu, Johan
tidak memandang gadis idamannya itu.
Namun, Johan tahu gadis tersebut masih tetap sama, tetap manja, menarik
perhatian dan sentiasa ceria serta berpenampilan menarik di mana mampu
mencairkan hati mana-mana lelaki yang memandangnya.
“Bayarlah. Lagi mau senyum-senyum. RM 120.00.
Sini cepat. Cash or card?”
Amoi Cina mengejutkan khayalan Johan. Senyuman Adelia yang dilihat oleh Johan di
atas jambangan bunga tersebut hilang.
“Berapa?”
“RM 120.00. Sini, kasi cepat bayar!”
“Banyak mahal. Kasi diskaunlah Amoi,”Johan ketawa.
“Haiya.
Girlfriend mau cantik. Bunga mau
murah. Kereta banyak besar, tapi
kedekut. Apa bikin?”
“Ok.
Ok. U banyak bising mulut.”
Johan mengeluarkan dompet dari dalam
poket seluarnya. Tiga keping wang kertas
RM 50.00 dihulurkan kepada Amoi tersebut.
Amoi tersenyum.
“Keep the change?”Amoi tersengih
memandang wajah Johan.
“No and no,”Johan ketawa.
Jambangan
bunga diletakkan dengan berhati-hati oleh Johan di tempat duduk kereta di
sebelahnya. Seperti juga dua belas
kuntuman bunga yang merah dan mekar itu, begitu juga hati Johan yang
berbunga-bunga. Johan memandang jam
tangannya. Masa masih ada untuk tiba
tepat pada waktunya di rumah Adelia.
Jemputan makan malam oleh daddy Adelia dipenuhi oleh Johan dengan hati
yang terbuka, seperti orang mengantuk disorongkan bantal. “Daddy nak jumpa u. Makan malam.
Jangan perasan pulak tau!”
Masih diingat akan ajakan makan malam
oleh Adelia itu.
“Datuk Aman Zainal nak jumpa i?”Johan
bertanya meminta kepastian.
“Ha lah.
Nak tengok i keluar dengan siapa sekarang ni. Langkah keselamatan. Yang penting jangan perasan pulak ya!”
“Abang Fian, ok?”Johan tiba-tiba
teringat akan Suffian. Sahabat baiknya
itu sudah lama tidak dihubungi. Ya, kali
terakhir mereka berjumpa adalah beberapa bulan yang lalu sewaktu Johan berjumpa
Suffian berkenaan rasa kurang senang Suffian terhadap hubungannya dengan Adelia,
dan Suffian menafikannya. Malam ini
Johan akan bertemu dengan Suffian sekali lagi setelah lama tidak bertemu. Malam ini juga Johan mahu melihat bagaimana air muka Suffian setelah
hubungannya dengan Adelia semakin mesra.
Johan memandu laju menuju ke banglo Datuk Aman Zainal.
Johan
tiba di depan pagar banglo mewah Datuk Aman Zainal. Loceng ditekan laju. Johan menanti pintu pagar terbuka. Langkah Johan penuh berkeyakinan melangkah
masuk ke dalam perkarangan banglo dengan membawa jambangan bunga ros di
tangan. Adelia menyambut Johan dengan
wajah masam di depan pintu.
“Kenapa bagi i bunga? Malulah,”Adelia mengerutkan mukanya.
“I bukan nak bagi u. I nak bagi Bibik u. Siapa nama dia?”Johan berwajah serius.
“Are u serius?”Adelia bertanya keliru.
Johan tersenyum.
“Bik!
Bik! Bik!”Adelia melaung
memanggil Tuminah.
“Adel, apa ni?”Johan berkata dengan
wajah cuak.
Tuminah tiba seperti selalu dengan
terkocoh-kocohnya.
“Ada apa Cik Adel? Saya lagi sibuk urus meja makan. Waduh, ada ros lagi. Cantik banget tu!”
“Bik nak bunga tu?”Adelia bertanya
dengan tujuan mengusik Johan. Johan
terkesima.
“Mau beri saya? Yang benaran ni Cik Adel. Mengamuk nanti pacarnya!”
“Saya suruh Bik bawa masuk bilik saya
saja. Malu nanti daddy, mama dan ibu
nampak,”Adelia ketawa.
Johan tersenyum mendengar kata-kata
Adelia.
“Ha, bak lah sini!”
Adelia mencium sekuntuk bunga ros di
dalam jambangan sebelum diserahkan kepada Tuminah.
Tuminah berlalu membawa masuk jambangan
bunga pemberian Johan.
“Ingat betul-betul tak nak tadi. Jual mahallah tu.”
“Siapa yang jual mahal?”
Datuk Aman Zainal tiba-tiba muncul. Johan menahan malu. Mereka bertiga masuk ke dalam banglo. Johan dan Datuk Aman Zainal duduk di ruang
tamu utama, sementara Adelia menyertai Tuminah dan ibunya di ruang makan. Datin Hanim yang baru turun, menyertai Johan
dan Datuk Aman Zainal di rumah tamu. Di
dalam ketidakselesaan berbual buat pertama kalinya dengan Datuk Aman Zainal,
Johan tertanya-tanya di manakah Suffian.
Suffian
muncul juga di ruang makan akhirnya, walau pun agak lewat. Johan mula memerhatikan setiap gerak-geri dan
air muka Suffian. Setelah bersalaman
dengan Johan, Suffian duduk. Amanda turut
duduk di sebelah Suffian.
“Nampak sedap. Eh, apa tunggu lagi. Kita makan.
Johan, jangan malu-malu,”Suffian memesrakan dirinya di majlis makan
malam tersebut walaupun kelihatan janggal.
Datuk Aman Zainal, Datin Hanim, dan Adelia yang tidak mengetahui apa
yang berlaku di dalam hati Johan dan Suffian menikmati hidangan makan malam
tersebut dengan gembira. Amanda menjeling
pakaian Adelia yang kelihatan semakin anggun.
“Ok, Johan? Ini masakan emak adik. Sejak dia tinggal dengan kami, kami semakin
gemuk. Tu tengok adik tu. Makin tambun,”Datuk Aman Zainal ketawa besar
selepas mengusik anak daranya.
“Amboi, daddy bukan main lagi ya? If adik tambun, daddy tu? Bukan makin.....Betulkan mama? Daddy makin debab,”Adelia meminta sokongan
Datin Hanim.
“Betul sekali. Dua-dua tambun. Dua-dua tak mengaku dah debab. Elok dua-duanya jogging weekend ni. Betul tak Johan?”Datin Hanim memberi sokongan
terhadap kata-kata Adelia.
“Mak Adel memang pandai masak. Sedap ayam ni. Adel pun pandai masak macam maknya
jugak?”Johan menjeling Adelia di sisi.
“Pandai sangat. Masak maggi!”Suffian bersuara tiba-tiba.
“Tak apa. Nanti kita masak sama-sama. Err,..maksud saya, Adel boleh belajar
masak,”Johan malu sendiri dengan kata-katanya.
Air muka Suffian berubah kelat. Orang yang mengesan perubahan tersebut
tentunya Johan dan Amanda. Johan melihat
wajah tidak ceria Suffian semakin suram.
Bagi Amanda pula, suaminya itu kelihatan nyata tidak menyukai hubungan
Johan dan Adelia. Johan memang nyata
menyukai Adelia, namun Amanda masih samar bagaimana perasaan Adelia terhadap
Johan.
****
Peristiwa
selepas makan malam di banglo Datuk Aman Zainal & Datin Hanim.
Adelia
Saffiya
Satu demi satu kuntuman bunga di dalam
jambangan bunga pemberian Johan, dikira oleh Adelia. Cukup semuanya dua belas kuntum. Dua belas kuntuman bunga melambangkan
kuntuman cinta yang mekar dari Johan untuk dirinya. Sekuntum bunga beserta tangkainya ditarik
keluar oleh Adelia. Adelia
memusing-musingkan kuntuman bunga tersebut.
Bunga beserta tangkainya terpelanting jatuh di tepi katil.
“Aduyai betullah bunga ni. Johan oh Johan!”Adelia mengeluh sendiri.
Haykal
Suffian
Selepas menunaikan solat Isyak, Suffian
membaringkan badannya di katil. Sedangkan
Amanda telah terlena. Suffian meletakkan
tangannya di dahi.
“Betul ke adik dah mula suka dengan
Johan ni? Macamana kalau adik mula jatuh
cinta kepada Johan dan melupakan terus seorang abang yang benar-benar
menyayanginya. Adik, abang umpama
pemburu yang terperangkap di dalam jerat
sendiri. Jerat yang abang sendiri pasang
dan abang tidak mahu lepaskannya. Abang
rela menderita di jerat ini. Rela.”Hati
Suffian merintih pilu.
Johan
Firdaus
Johan memandu pulang malam itu dengan hati
berbunga dan keliru. Bagaimana status
dirinya dengan Adelia sebenarnya?
Bagaimana mahu mengetahu isi hati Adelia terhadapnya? Siapa dirinya di sisi Adelia? Suffian pula semakin jauh darinya. Apalah yang ada di dalam hatimu, wahai sahabat?
****
Amanda
memandang bakul plastik yang penuh dengan pakaian kotor miliknya dan
Suffian. Sudah dua hari pakaian di dalam
bakul tersebut tidak diambil oleh Tuminah atau Rosnah.
“Inilah masanya!”
Amanda turun ke dapur mencari Rosnah.
“Mak Cik Ros! Mak Cik Ros!
Mak Cik Ros! Amanda memanggil
Rosnah kasar. Rosnah yang ketika itu
sedap mengemop lantai dapur agak terkejut.
“Ada apa Amanda?”Rosnah menjawab
perlahan. Amanda menjeling Rosnah tajam.
“Puan Amanda. Saya ni menantu datuk dan datin. Bukan menantu pungut atau orang luar yang
tiada kaitan dengan keluarga ni. Mengapa
tak ambil baju kotor di bilik saya? Mak cik nak saya cuci sendiri? Apa gunanya mak cik duduk sini. Makan tidur saja?”Amanda berkata semahunya
agar dapat menyakitkan hati Rosnah.
Lidah Rosnah kelu setelah mendengar kata-kata Amanda. Rosnah hanya mendiamkan diri.
“Pergi atas sekarang. Ambik bakul kotor dalam bilik saya!”Amanda
masih belum puas memarahi Rosnah. Rosnah
berlalu ke tingkat atas. Tuminah tiba di
depan Amanda.
“Ambil bakul berisi baju kotor tu kerja
saya, puan. Bukan kerja Ros. Kenapa dia yang kena marah?”Tuminah bertanya
polos.
“Eh, kau diam. Aku suruh mak mertua aku hantar kau balik
Indon, baru tau. Jangan nak tunjuk
pandai di sini. Mulai hari ni, biar Mak
Cik Rosnah yang urus semua baju-baju kotor kat rumah ni. Termasuk gosok baju. Bik faham tak?”
“Faham puan,”Tuminah menjawab malas.
Tuminah
masih berfikir mengapakah tiba-tiba Amanda memarahi Rosnah. Amanda tentu maklum, mengutip pakaian kotor
adalah kerjanya dan bukan kerja Rosnah.
Rosnah cuma bertugas menolongnya memasak kerana Rosnah bukan orang gaji
di situ. Rosnah adalah ibu Cik Adelia Saffiya
atau pun nama asalnya Nur Sarah. Tidak
patut sungguh pertuturan yang keluar dari mulut Amanda. Sungguh kurang ajar. Bayangkan jika Adelia mendengarnya, sudah
pasti akan timbul pergaduhan. Rosnah
turun dari tingkat atas membawa bakul plastik berisi pakaian kotor dengan agak
payah. Rosnah bukanlah benar-benar
sihat.
“Beri pada saya Ros! Ini kerja saya.”
“Tak apa lah Bik. Saya boleh buat.”
“Ros, kau tu bukan orang gaji di
sini. Saya yang orang gaji. Ingat Ros, kalau Sarah tau, kau buat kerja
teruk, tentu marah dia pada saya nanti. Lupakan
Amanda tu. Dia bukan mem dalam banglo
ini. Yang mem besar adalah datin. Ya, datin yang baik itu. Kau tolong saya masak itu sudah cukup
baik,”Tuminah berkata panjang.
Rosnah hanya diam. Seperti biasa, air mata adalah teman setia
kepada setiap insan yang hidup dengan penuh penderitaan. Air mata Rosnah menitis perlahan. Rosnah berlalu meninggalkan Tuminah.
“Nangis, nangis saja. Waduh, bilanya masalah mahu selesai. Ros oh Ros!”
Amanda
berwajah ceria setelah dapat menyakitkan hati Rosnah. Bagi Amanda, permainannya di banglo itu baru
sahaja bermula, dan mangsa pertamanya adalah Rosnah sebelum kepada sasaran
sebenar iaitu Adelia. Adelia mesti
keluar dari banglo tersebut. Mesti.
“Puas hati aku!”Amanda kembali
bermalas-malasan di atas katil pagi itu.
Nampaknya kemalasannya mahu pergi
ke pejabat, berbaloi.
“Seronoknya aku hari ni. Padan muka perempuan tua. Dasar perempuan tak sedar diri.
Bilalah kau nak berambus dengan anak kau sekali? Aku dah semak mata tengok kau. Semak betul.”
Amanda memeluk bantal dan bersedia untuk
kembali terlena pagi itu. Ingatan Amanda
beralih kepada Suffian. Kedinginan Suffian
sewaktu di ranjang kini makin terasa.
Pelbagai alasan telah diberikan oleh Suffian kepadanya. Penat merupakan alasan yang paling kerap
digunakan oleh Suffian apabila Amanda menggodanya. Adakah benar Suffian terlalu penat bekerja
sehingga menjadikannya tidak berminat lagi ke arah sex? Atau cintakan perempuan lain dan mendambakan
belaian yang sama dari perempuan tersebut?
Pelbagai persoalan negatif bermain di fikiran Amanda.
Amanda
bangun dari lenanya sewaktu matahari telah tegak di kepala. Amanda bersiap-siap untuk keluar. Dalam perjalanan keluar dari banglo, Amanda
singgah di dapur mencari Rosnah dan Tuminah.
“Puan mau makan?”Tuminah memandang
Amanda dengan pandangan yang kurang senang.
“Tak.
Saya nak keluar. Datin dah
balik?”
“Belum, puan. Puan mau pergi mana? Klinik?”
“Kau sibuk buat apa? Lantaklah aku nak pergi mana. Ni, mana perempuan tu? Tak buat kerja? Tidur?”
Soalan Amanda sepi tanpa jawapan dari
Tuminah. Tuminah menyibukkan diri dengan
membasuh pinggan mangkuk dan kuali yang digunakan sewaktu memasak sebentar
tadi.
“Dua-dua pun sama. Besar kepala.
Satu merempat, satu melarat di negara orang. Dua-dua tak malu.”
Amanda keluar dari dapur. Tuminah menggelengkan kepalanya.
“Kenapa baru masuk rumah ini, sudah mau
cari pasal. Jangan dicuba orang Jawa ini.
Menyesal kau nanti,”Tuminah ketawa dengan kata-katanya sendiri.
****
Adelia
Saffiya memberhentikan kereta di luar pagar rumah Suraya. Adelia memandang tingkat atas rumah teres dua
tingkat itu sekilas. Tentunya Suraya ada
di rumah ketika ini. Tidak mungkin
Suraya mampu keluar rumah seperti dulu untuk ke mana-mana dengan keadaannya
sekarang. Keadaan perut membuncit, tanpa
ikatan perkahwinan, sesuatu yang mengerikan bagi masyarakat Melayu dan Agama
Islam. Allah sudah pasti akan memaafkan
kesalahan umatnya yang benar-benar telah taubat nasuha. Tapi masyarakat? Masyarakat di sekeliling sudah pasti akan menghukum
individu berkenaan untuk tempoh yang lama.
Loceng ditekan oleh Adelia perlahan.
Mariam keluar membawa kunci pagar.
“Selamat pagi mak cik. Su ada?
Err,..boleh saya jumpa Suraya?”Adelia bertanya agak gugup. Bimbing Mariam tidak menyukai perbuatannya
yang datang menjenguk Suraya.
“Ada.
Dia nak pergi mana pula. Masuklah,”Mariam
memberi respons positif, berbeza dengan jangkaan awal Adelia. Adelia menyalami Mariam.
“Mak cik sihat?Adelia tersenyum
menghadiahkan senyuman buat Mariam.
“Sihat Adel. Adel sihat?
Dah masuk kampus semula kan?”
“Sihat mak cik. Dah.
Semalam. Tak biasa tanpa Su. Tu yang rindu sangat. Datang jumpa Su,”Adelia menjawab jujur.
“Naiklah. Mak cik buat air.”
Mariam berlalu ke dapur. Adelia melangkah menaiki tangga ke tingkat
atas. Bilik Suraya diketuk perlahan.
Adelia
memerhatikan perut Suraya yang telah ketara membesar. Hatinya gembira bercampur pilu. Pilu dengan apa yang terjadi kepada Suraya
dan gembira melihat kandungan Suraya sihat.
Sesungguhnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan itu
adalah wajib. Adelia amat bersyukur,
Suraya akhirnya akur untuk bertanggungjawab menerima kehadiran bayi dalam
kandungannya itu.
“Apa yang kau tenung perut aku lama-lama
tu?”Suraya bertanya pelik kepada Adelia.
Adelia terkejut dengan pertanyaan Suraya
yang tiba-tiba.
“Dah nampak perut kau. Dah berapa bulan ni? Due bila?”
“Kau tanya macam aku mengandung dengan
cara yang betul saja. Nak masuk empat
bulan kot. Entahlah. Aku tak sure,”Suraya menjawab acuh tak acuh.
“Lupakan apa yang berlaku. Pandang masa depan. Tak seronoklah kau tak ada. Kampus rasa sunyi. Mujur setahun saja lagi. Kau sambung balik tau lepas deliver
baby. Ada degree baru senang cari
kerja. Kau kena ada kerja untuk sara
baby tu. Su, kau boleh. Kuatkan hati.
Aku tetap ada sebagai sahabat kau,”Adelia memberikan semangat kepada Suraya.
Pintu bilik diketuk. Mariam muncul membawa dua gelas air oren.
“Mak cik ni susah-susah saja. Saya dah minum di kampus tadi.”
“Air mak cik buat lagi sedap. Minum tau.”
Mariam meletakkan dulang kecil berisi
dua biji gelas berisi air oren tersebut di atas meja belajar Suraya. Mariam keluar dari bilik. Adelia kembali berdua sahaja dengan Suraya.
“Mesti kawan-kawan kampus tau pasal
aku. Malu lah aku. Macamana nak sambung tahun depan? Entah lah Adel. Kadang aku rasa dah hopeless dalam
hidup. Aku menyesal. Kalau boleh aku undur masa. Sumpah!
Aku tak akan buat perkara terkutuk tu.
Ni anak aku pun jadi mangsa nanti.
Tak ada binti atau bin. Malu dia
dengan cikgu dan kawan-kawan,”Suraya berkata perlahan. Air mata Suraya meleleh di pipi.
Adelia bangun dari kerusi dan duduk di
sebelah Suraya di atas katil.
“Tapi aku bangga ada kawan yang sanggup
bertanggungjawab macam kau. Ramai akan
buang baby. Tapi kau tak buat kan? Kau akan jaga sampai besar. Biarl ah apa orang nak kata. Allah ada yang akan memaafkan kau.”
“Tapi aku juga pernah terfikir nak
gugurkan kandungan. Aku perempuan jahat,
Adel. Jahat dan pernah nak jadi
pembunuh.”
Suraya mengesat air matanya yang semakin
laju.
Adelia
turun dari tingkat atas rumah Suraya perlahan.
Adelia mencari Mariam di dapur.
Mariam sedang duduk memotong sayur bayam.
“Masak apa tengahari ni? Macam sedap ja,”Adelia mengejutkan Mariam.
“Adel!
Terkejut mak cik. Mak cik masak
kari sotong. Makanlah sini,”Mariam
menjawab ramah.
“Tak apa lah mak cik. Saya ada kelas tengahari ni. Kena balik kampus ni.”
Adelia menghulurkan tangannya. Tangan bersambut. Mariam mengiringi Adelia sehingga ke pintu
pagar. Sewaktu mahu bergerak
meninggalkan kawasan rumah Suraya, Adelia memandang sekilas tingkat atas rumah
Suraya, ke bilik Suraya.
“Sesungguhnya ujian buatmu berat. Jika aku sendiri di tempat kau, aku tidak tau
apa yang akan aku lakukan. Moga kau
tabah, sahabatku.”
Pemanduan ke kampus diteruskan dengan
laju. Kelas akan bermula pada pukul
12.00 tengahari. Aduyai betul.
“Sib baek ada parkir. Thanks Allah.”
Adelia turun dengan cepat dari kereta.
Langkahnya laju menuju dewan kuliah.
Adelia berasa sangat takut akan
lewat masuk ke dewan Kuliah. Jam di
tangan telah menunjukkan pukul 12.05 minit.
Adelia berlari menuju ke dewan kuliah C.
Sewaktu masuk ke dalam dewan kuliah, Profesor Muiz telah memulakan
kuliah. Jelingan tajam diterima oleh
Adelia. Adelia duduk di barisan depan
dewan kuliah memandangkan dia tiba lewat.
Profesor Muiz meneruskan kuliahnya yang terganggu dengan kehadiran
Adelia. Adelia menarik nafas lega. “Sib baek betullah!”
Tamat
sesi kuliah, Adelia keluar dari dewan kuliah dengan longlai. Adelia benar-benar merasakan akan kehilangan
seseorang. Orang itu tentunya, Suraya
sahabatnya. Tahun lepas, dia kehilangan
Mikhael, tetapi Adelia masih mampu berdiri gagah di kampus dengan sokongan
sahabatnya, Suraya. Tahun baru ini,
Adelia kehilangan pula Suraya. Abang
Suffian pula terpaksa membahagikan perhatiannya kepada dirinya dan Amanda. Adelia berjalan lemah menuju ke kantin. Sampai di kantin, semua meja telah
penuh. Adelia melilau mencari meja yang
kosong. Tiada. Adelia berjalan perlahan menuju tangga yang
terletak berhampiran kantin.
“Apa lah nasib. Kesunyian dan keseorangan.”
“Sorang saja? Boleh duduk sebelah?”
Seorang lelaki bertanya lembut. Adelia
memandang ke atas dan ke bawah lelaki tersebut dengan pandangan pelik dan
menyampah. Mungkin lelaki tersebut
menyedarinya. “Sorry!”
Lelaki tersebut berlalu pergi. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg galas. Tiada panggilan yang tidak dijawab, khidmat
pesanan ringkas dari sesiapa mahu pun WhatsApp.
“Sunyinyerrr!”
“Ya,
sayangku,”Johan mengusik Adelia, biar pun itu lah hakikat perasaannya terhadap
Adelia.
“Rindu i?”Johan bertanya nakal.
“Tak ada maknanya rindu u. I’m bored.
Belanja i please.”
“Bila?”Johan bertanya ceria.
“Malam ni i datang ambik!”
“No, no, no. Belanja i minum petang lah. U keluar office pukul berapa?”
“Lima lah sayang. Kat mana?
I try sampai awal. If jammed?”
“Kelas i pun habis pukul 5.00
petang. Lepak di Mc’D saja lah. I tunggu sampai pukul 6.00. U tak datang 6.02, i blah,”Adelia ketawa.
“Orait!
Orait! I akan sampai sebelum pukl
6.00 petang. By the way, siapa
belanja?”Johan ketawa.
“Siapa yang datang lewat lah bayar,”Adelia
pula ketawa, yakin benar dirinya akan tiba lebih awal dari Johan.
***Ni cinta ke kesepian?...Layannnnnnn
No comments:
Post a Comment