Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab 14-Johan mula mendapat tempat di
hati Adelia?.....
Johan
masih memegang telefon bimbitnya setelah bercakap dengan Adelia. Johan tidak tahu untuk gembira atau tidak
setelah menerima panggilan dari Adelia.
Johan telah berputus harap untuk memiliki sekeping hati Adelia. Apa yang lebih pasti, Johan menerima hakikat
yang adik sahabatnya itu terlalu muda untuk dirinya. Hanya layak untuk digelar adik yang cantik
dan manja. Ajakan Adelia untuk makan malam
bersama tidak lagi membuat hati lelaki Johan teruja atau berbunga. Namun begitu, Johan tidak menolak ajakan
makan malam oleh Adelia yang pernah mencuri hatinya. Johan bangun dengan malasnya mencapai remote
control di atas meja di depan sofa.
Setelah mematikan siaran televisyen, Johan masuk ke dalam bilik.
Pukul
8.30 malam, Johan telah berada di bawah apartmen di mana Adelia dan
rakan-rakannya tinggal. Johan menanti
Adelia tanpa perasaan teruja, apatah lagi dengan hati yang berbunga. Hati lelaki Johan terhadap Adelia ternyata
telah hambar. Masa berlalu, namun Adelia
masih belum kelihatan. Johan
berkira-kira untuk meninggalkan kawasan apartmen tersebut. Johan mengundurkan keretanya untuk
meninggalkan apartmen Adelia setelah lebih lima belas minit menunggu. Nasib Adelia baik, Johan melihat kelibat
Adelia dan memberhentikan keretanya serta-merta.
“U dah nak balik? I bagitau abang, u buat macam ni,”Adelia
berkata sejurus masuk ke dalam kereta.
Johan menghadiahkan sebuah senyuman yang
hambar kepada Adelia.
“Ingat u tertidur tadi. Lama i tunggu. I lapar.
I nak dinner sorang-sorang. Dah
biasa makan sorang-sorang. Nasib lelaki
tak ada buah hati,”Johan berkata jujur.
“Kalau tak nak belanja makan. Buat apa datang? Ok lah, i turun. Berhenti sekarang.”
“Betul?”Johan menyoal Adelia
pendek.
Adelia tidak menjawab. Suffian memberhentikan keretanya.
“U suruh i turun?”Serentak itu Adelia
memukul bahu Johan sama seperti perlakuannya terhadap Suffian.
“Ok-ok.
Sorry-sorry. Adel. Can u stop it!”Suara Johan agak keras. Adelia terkejut dengan apa yang berlaku. Kesunyian yang bercampur dengan kepenatan,
ditambah dengan tindakan agak kasar Johan, menjadikan dada Adelia sebak. Air mata Adelia tidak dapat dibendung lagi.
Johan
menjeling Adelia yang masih tersedu-sedan di sebelahnya. Sapu tangan pemberiannya telah basah dengan
air mata bercampur hingus Adelia. Hati
lelaki Johan terusik jua melihat keadaan Adelia. Sungguh Johan tidak menyangka Adelia akan
menangis dengan tindakannya.
“Dah sampai pun. I minta maaf.
Tak sengaja. I ada problem
sikit,”Johan memberi alasan palsu kepada Adelia berkenaan tindakannya.
“Kat sini ‘western food’ sedap, sea food
lagi sedap. U nak makan apa? Tapi sebelum tu, boleh pakai bedak
sikit? Nanti orang tengok, ingat apa
pulak!”Johan memujuk Adelia. Adelia
akur. Bedak dikeluarkan dari beg galasnya. Pipi gebu Adelia yang lembap dengan air mata
disapu dengan bedak perlahan.
“Nah, ambik balik,”Adelia menghulurkan
sapu tangan milik Johan kembali. Johan
tersenyum manis. Hilang ketawaran
hatinya melihat Adelia yang polos dan menawan itu menghulurkan kembali sapu
tangan miliknya.
“Tak nak lah. U basuh and nanti bila-bila bagi i
balik. Jom. I lapar sangat. U lagi laparkan sebab berdrama tadi,”Johan
ketawa.
Adelia juga ketawa mengingatkan
tindakannya menangis dan amat menggusarkan Johan.
“Patutlah Fian sayang u sangat. Manja tahap gaban,”Johan berkata sambil
membuka pintu keretanya.
“Dah lah rindu abang, u kenakan i
pulak. Siapa yang tak stress!”Adelia
masih sempat menjawab walaupun Johan telah keluar dari kereta. Adelia juga keluar dari kereta.
“Cakap apa tadi? Rindu kat abang? Ee, manja tak ingat. Suffian tengah seronok honeymoon tu. Macam-macam lah u ni. Aduhai betul anak manja ni,”Johan seolah-olah
merungut. Johan mendahului Adelia menuju
ke restoran.
“I nak makan sate. Ada tak kat sini?”Adelia berkata sambil
berjalan laju cuba menyaingi Johan.
“Tak ada. Kan u suka makan western food. Jangan nak mengada! Suffian tak ada untuk u mengada-ngada. I belanja ‘chicken chop’. Itu saja yang mampu,”Johan ketawa kuat.
Adelia berhenti dari berjalan. Johan menoleh.
“Jom lah, i lapar gila ni. Jangan lah buat drama lagi. Please Adelia yang cantik dan comel.”
“Nope.
I nak makan sate jugak. Apa jadi
jadi lah. Ada i kisah u lapar ke? Haus ke?”Adelia berkata selamba, tanpa
memikirkan perasaan Johan.
“Sate ayam! Kita pergi Kajang? I belanja.
Boleh lah Johan. Kesian i. Tak kan nak pergi naik teksi kot malam-malam
ni. U yang kata i ni cantik dan
comel. Kalau jadi apa-apa kat i nanti
macamana?”
Adelia menghadiahkan sekuntum senyuman
yang manis buat Johan. Johan berjalan
mendekati Adelia dengan malas.
Johan
memandu pulang dengan perasaan riang malam itu walaupun agak penat. Jam di dalam keretanya sudah menunjukkan
pukul 12.30 malam. Johan ketawa sendiri
mengingatkan dirinya yang menuruti kehendak Adelia malam itu walaupun pada
awalnya Johan hanya separuh hati menunaikan ajakan makan malam oleh
Adelia. Wajah lembut dan ayu Adelia
berjaya membuat Johan memandu hampir empat puluh minit ke Kajang semata-mata
kerana Adelia mahu makan sate. Peristiwa
lucu di meja makan terjelma di depan mata Johan.
“Semuanya RM 30.50 sen.”
Pembantu kedai sate berdiri di tepi
Adelia yang dari awal memberi isyarat kepada pembantu kedai untuk membuat
pembayaran. Adelia memasukkan tangannya
ke dalam beg galas untuk mengambil beg duitnya.
Wajah Adelia yang comel tiba-tiba berkerut dan tersenyum kelat kepada
Johan.
“Kenapa?”
“I tak bawak purse. Sorry, next time i bayar,”Adelia menjawab
dengan cuak.
“Ok.
No hal lah. Lain kali belanja i
kat five star k!”
Johan mengeluarkan beg duitnya
perlahan. Sekeping wang kertas lima
puluh ringgit diserahkan kepada pembantu gerai.
Sementara menunggu pembantu gerai menyerahkan wang baki, Johan
mengenyitkan matanya kepada Adelia.
“U ni kenapa? Sakit mata ke? Nak kena lempang?”Adelia berkata kasar sambil
tersenyum.
“Tak lah. I seronok.
Nanti ada orang tu nak belanja dinner kat five star hotel. Bila?”Johan menjawab girang.
“Boleh lah sangat. Soon.
Boleh blahlah Mr.Johan.”
Senyuman tipis masih melekat di bibir
Johan apabila sampai di apartmennya malam itu.
Jam
telah melewati pukul 1.30 pagi. Johan
sekali lagi tewas dengan kemanjaan dan aura pesona yang dimiliki oleh
Adelia. Hati lelaki Johan sekali lagi
mencipta kuntuman bunga cinta untuk Adelia, yang sudah pasti menagih jawapan
satu hari nanti. Dengan senyuman melekat
di bibirnya, Johan mencapai telefon bimbitnya.
Nombor telefon Adelia ditekan.
Johan masih lagi tersenyum walaupun panggilannya tidak dijawab oleh
Adelia. Johan yakin gadis idamannya itu
telah terlena.
Tepat
jam 6.30 pagi alarm di telefon bimbit Johan berbunyi nyaring. Johan mencapai telefon bimbitnya dengan malas
untuk menghentikan bunyi alarm tersebut.
Kengantukan Johan tiba-tiba hilang apabila terdapat satu khidmat pesanan
ringkas yang tak terduga di telefon bimbitnya.
“Apa hal
call orang tengah tidur? Angau? Haha..”
Johan bingkas bangkit dari
pembaringannya, seolah-olah mendapat semangat pagi itu. Johan mandi dan menunaikan kewajipan Rukun
Islam kedua pagi itu dengan tenang.
Selesai bersiap pagi itu Johan memegang telefon bimbitnya dan
menghubungi Adelia sekali lagi.
“Morning Mr. Johan. Ada apa kacau pagi-pagi ni?”Adelia menjawab
panggilan Johan dengan nada malas.
“Angau!”Johan menjawab pendek. Adelia ketawa mendengar jawapan spontan dari
Johan.
“U ingat i Neelofa ke? Nak angau kat i bagai,”Adelia ketawa lagi.
“Di hati dan mata i u lebih cantik dari
dia,”giliran Johan pula ketawa. “Haa,
dah perasanlah tu. Bila nak bayar hutang
ni?”
“I busy ni kemas barang. Nak pindah balik rumah mama dan daddy,”Adelia
menjawab jujur.
“Nak i tolong?”
“Tak payah. Nanti Pak Mahat datang ambik barang. Tak payah susah-susah ya. Nanti rosak pulak kereta u.”
“I ikhlas. Jangan susahkan drebar daddy u. Bila nak pindah? I tolong.
Please!”
“Kenapa baik sangat ni? Ada udang disebalik mee, siap u. I bagitau abang. Dia belasah u,”Adelia berkata kasar.
“Siap berani ada niat jahat kat adik
kesayangan Mr.Suffian. Bilanya
pindah? I tolong. Lepas tu picit tangan i! Mesti lenguh lepas tolong u.”
“Sah lah ada orang tu nak kena belasah
ni. Tak sayang mulut betul. Lusa nak pindah. Betul nak tolong?”
“Ermm, betullah puteri oi. Tak kan nak main-main. Ada ke lelaki ni nampak suka menipu? Issh, macam lagu Anuar Zain pulak. Lusa pukul berapa nak angkat barang? Anytime i datang tolong.”
“Ok lah.
Nanti i text u pukul berapa.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
****
Pak
Mahat mengeluarkan beg-beg pakaian milik Suffian dan Amanda dari dalam bonet
kereta. Suffian dan Amanda masuk ke
dalam banglo. Datin Hanim menunggu di
muka pintu dengan senyuman di bibir.
Suffian menyalami Datin Hanim dan memeluknya mesra. Begitu juga dengan Amanda. Suffian dan Amanda melepaskan penat dengan
duduk di atas sofa.
“Seronok honeymoon?”cukup ke seminggu
honeymoon ni?”Datin Hanim bertanya mesra.
Tuminah datang menghantar minuman berupa ‘fresh orange’ kepada Amanda,
Datin Hanim dan Suffian.
“Seronok sangat mama. Rasa tak nak balik,”Amanda menjawab dengan
perasaan yang masih teruja dengan keindahan Kota Paris. Adelia berlari anak turun dari tangga, terus
duduk di sofa bersebelahan Datin Hanim.
“Souvenir adik?”Adelia memandang abang
kesayangannya mesra.
“Jangan cakap abang lupa pulak. Bergaduh nanti,”Adelia menyakat Suffian.
“Sorry ekh. Tak ada.
Lupa sangat,”Suffian menguji Adelia.
Wajah Adelia ditatap lama. Sudah
seminggu lamanya Suffian tidak melihat wajah adik kesayangannya itu.
Amanda
menghulurkan kotak berisi buah tangan dari Paris kepada Datin Hanim. Datin Hanim menyambut kotak yang berbalut
pemberian Amanda. Sebuah beg kertas
dihulurkan kepada Adelia. Adelia
menyambutnya dengan teruja.
“Apa ni?
Adik bukalah ya? Boleh, abang?”
Adelia terus mengeluarkan isi beg kertas
tersebut. Sebuah beg tangan berjenama
‘Prada’ yang tidak berbalut berada di tangan Adelia.
“Ok tak?
Kakak adik yang pilih tu!”Suffian bersuara lagi.
“Suka sangat. Mama bukalah hadiah mama pulak!”Adelia
memandang Datin Hanim.
“Nantilah mama buka. Adik ni gelojoh betul,”Datin Hanim
ketawa.
“Mama, ni untuk Bibik dan mak adik. Yang ni pulak untuk daddy.”
Amanda menyerahkan tiga buah bungkusan
kepada Datin Hanim.
“Semua hadiah berbungkus. Kenapa adik punya tak bungkus?”Adelia
bertanya selamba tanpa mengesyaki apa-apa.
Suffian diam tidak memberi jawapan.
“Hadiah adik yang terakhir beli. Tak tahu nak beli apa. Tu yang tak sempat nak balut tu,”Amanda
menjawab agak gugup.
“Ok.
Adik suka sangat. Thanks both of
u.”
Tiba-tiba Adelia berbisik kepada Datin
Hanim. Datin Hanim tersenyum.
“Tanya abang dulu. Abang bagi or tak?”Datin Hanim berkata dalam
nada ceria. Suffian memandang
Adelia.
“Tanya apa ni? Mama, adik?”
“Ada lah. Rahsia.
Biarlah rahsia. Cuma mama dan ibu
saja yang tahu,”Adelia ketawa.
“Adik nak keluar dinner dengan kawan
Fian tu. Dia yang tolong Adik pindah
hari tu. Mama suka lah pada Johan
tu. Budak baik,”Datin Hanim menjawab
bagi pihak Adelia.
“Dah pindah sini?”Amanda bersuara
meminta kepastian. Soalan Amanda sepi
tanpa jawapan.
“Nak dinner berdua saja? Abang temankanlah. Malam ni?”Suffian mengeluarkan ayat yang
tidak rasional.
“Sayang, mana ada orang dating bawa
teman. Adik dah besarlah. Mengarut sayang ni.
Kan mama?”Amanda bersuara agak kuat.
“Betul tu Fian. Kan Johan tu kawan baik Fian. Tak kan Fian tak percaya. Tau lah adik jaga dirinya. Betul kan adik? Jaga diri tau. Awak tu muda, cantik dan seksi,”Datin Hanim
ketawa besar setelah memuji Adelia.
Semua orang ketawa mendengar kata-kata dari Datin Hanim kecuali Amanda.
Amanda
meminta diri naik ke atas, meninggalkan Suffian, Datin Hanim dan Adelia.
“Mengapa pindah tak tunggu abang
balik? Mengapa nak libatkan orang luar
pulak?”Suffian mengeluarkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada Adelia.
“Hari tu dia call, adik tengah packing
baju. Tu dia offer nak tolong tu. Abang ni kenapa? Bukan Johan kawan abang. Malam ni abang nak ikut ke? Johan nak belanja dinner kat hotel mana
entah,”Adelia berterus-terang dengan Suffian.
Datin Hanim hanya menjadi pendengar
kedua-dua orang adik beradik tersebut berbicara. Datin Hanim menyedari satu hakikat, Suffian
amat menyayangi dan mengambil berat tentang Adelia. Suffian diam tidak memberi sebarang respons
terhadap kata-kata Adelia.
“Bik!
Bik! Bik!”Datin Hanim melaung
memanggil Tuminah. Tuminah datang dengan
terkocoh-kocoh.
“Ada apa ya, datin?”
“Ni, Fian bagi buah tangan untuk Bik dan
Ros.”
Datin Hanim menghulurkan dua buah
bungkusan kepada Tuminah. Tuminah
menyambutnya dengan senyuman melebar di bibir.
Tuminah berlalu ke dalam biliknya mencari Rosnah. Suffian bangun. Mengheret sebuah beg pakaiannya naik ke
tingkat atas. Adelia agak pelik dengan
tindakan Suffian.
“Mengapa abang tu, mama?”Adelia bertanya
gusar kepada Datin Hanim.
“Abang penat kot tu. Adik jangan balik lewat pulak. Bukan mama, daddy dan ibu adik yang angin
nanti. Tapi abang tu. Dia sayang sangat kat adik.”
Suffian
masuk ke dalam bilik membawa sebuah beg pakaian. Amanda dilihatnya terkapar tidur di atas
katil. Suffian duduk di birai katil
memerhatikan isterinya, Amanda yang dinikahinya belum pun sebulan. Amanda diperhatikannya lama. Dress labuh yang dipakai oleh Amnda
tersingkap hingga menampakkan betisnya yang putih gebu. Tangan Suffian menyentuh perlahan betis
Amanda, dan menyingkap dress tersebut hingga paras peha. Amanda terjaga dari tidur, dan memandang
Suffian mesra.
“Sayang nak apa ni?”Amanda merengek
kepada Suffian. Suffian tiba-tiba bangun
dari duduknya.
“I nak mandilah. Busuk ni.”
Suffian berjalan ke arah almari untuk
mengambil tuala. Suffian masuk ke dalam
bilik air.
Di
dalam bilik air, Suffian memandang lama wajahnya di cermin. Suffian melepaskan keluhan. Suffian semakin tidak pasti dengan apa yang
berlaku terhadap dirinya sendiri. Naluri
lelakinya tidak berfungsi dengan baik setelah pulang ke tanah air. Ya, setelah pulang dan melihat Adelia di
depan matanya, lebih-lebih lagi mengetahui perkembang positif hubungan Adelia
dan Johan. Keghairahan Suffian terhadap
Amanda hilang tiba-tiba. Suffian amat
berharap perkara tersebut tidak dapat dihidu oleh Amanda. Suffian pasti, bara gunung berapi akan
meletus sekiranya Amanda menyedari dirinya tidak lagi berminat menyempurnakan
tugas sebagai seorang suami di atas ranjang, kerana mencintai perempuan
lain. Dan perempuan tersebut cukup
dikenali oleh Amanda.
Malam
menginjakkan waktunya. Jam menghampiri
pukul 8.15 malam. Datin Hanim dan Datuk
Aman Zainal telah bersedia di meja makan.
Tuminah sibuk mencedokkan nasi ke dalam pinggan. Rosnah datang
membaca jag besar berisi ‘fresh orange’ segar.
“Bik, panggil Fian dan isterinya,”Datin
Hanim berkata perlahan.
“Cik Adel bagaimana? Enggak mau makan malam. Diet lagi?”Tuminah bertanya kembali kepada
Datin Hanim. Datin Hanim ketawa mendengar soalan dari
Tuminah.
“Adik ada dating malam ni. Ros, anak kita rasanya dah ada buah
hati. Kejap lagi kita berdua dapat
menantulah ya!”
Rosnah tidak menjawab kata-kata Datin
Hanim, sekadar membalasnya dengan secebis senyuman. Tuminah berlalu ke tingkat atas. Rosnah bergerak ke dapur.
“Adik dating dengan siapa? Dengan anak Syed Mustapha? Mereka berbaik ke?”Datuk Aman Zainal bertanya
sambil tangannya mula mengambil lauk.
“Abang ni. Kan saya dah cerita pasal Johan. Lupa lah tu.
Saya tak suka anak tan sri tu.
Abang jangan sebut lagi tau.”
“Ya lah.
Awak ni sensitif betul. Macam lah
awak tu yang kena tinggal,”Datuk Aman Zainal tersenyum. Suffian dan Amanda tiba di meja makan. Amanda dan Suffian duduk.
“Adik tak makan, mama?”Suffian bertanya
kepada Datin Hanim sejurus duduk.
“Lupa lah tu. Kan petang tadi adik dah minta izin nak dinner
dengan Johan.”
“Mama bagi? Nanti jadi apa-apa macamana?”Suffian menyoal
Datin Hanim. Amanda memandang Suffian
ragu.
“Bukan Johan kawan baik Fian?”Giliran
Datuk Aman Zainal pula bertanya. Datin
Hanim diam, sementara Amanda semakin tidak tenteram memikirkan mengapa Suffian
terlalu curiga untuk membenarkan Adelia keluar makan malam dengan seorang
lelaki.
“Memanglah kawan Fian, daddy. Tapi Fian tak tau hatinya. Mana tau ada niat lain. Macam Si Mikhael tu. Tau adik anak angkat, terus tinggalkan adik. Fian cuma risaukan adik. Adik tu masih muda. Senang untuk kena tipu.”
“Siapa
yang senang kena tipu?”
Adelia muncul di ruang makan dengan
haruman yang semerbak baunya.
“Remaja sekarang ni lah. Sebab mudah percaya dengan orang yang baru
dikenali,”Suffian menjawab tegas. Adelia
tidak cukup memahami kata-kata Suffian, lalu mendekati Datin Hanim untuk
menyalaminya. Datin Hanim meletakkan
sudu dan garpunya.
“Baik awal tau,”Datin Hanim
tersenyum. Adelia menyalami Datuk Aman
Zainal pula. Adelia berlalu menuju ke
dapur mencari ibu kandungnya tanpa menoleh kepada Suffian. Tidak berapa lama kemudian, Adelia muncul
semula di ruang makan.
“Abang, adik pergi dulu.”
Rupa-rupanya Adelia tidak lupa untuk
meminta izin dari Suffian. Suffian tidak
menjawab, namun ekor matanya menghantar pemergian Adelia sehingga hilang dari
pandangan.
“Lambat
lagi!”Johan berkata sebaik sahaja Adelia membuka pintu kereta. Adelia hanya diam, dan memasang tali pinggang
kereta di pinggangnya.
“Kenapa masam ni?”
“Abang tu. Macam tak bagi i keluar dinner dengan u. U gaduh dengan abang ke?”
“Macam tak bagi? Gaduh?
I tak jumpa dan tak text Fian since wedding dia. Macam mana nak gaduh. Dia dah balik honeymoon?”
“Dah petang tadi. Abang tiba-tiba macam tak percaya kat u. Pelik kan?
Macamlah kita bercinta. Atau nak
kahwin kan?”
“Biar betul Fian ni. Tak apa.
Nanti i jumpa or call dia. Dia
risau akan keselamatan u kot. Janganlah
fikir bukan-bukan,”Johan menjawab perlahan, menyejukkan kesangsian Adelia.
“Kalau duit tak cukup nanti
macamana? U kena ingat, i ni student
lagi tau!”
“U tinggal basuh pinggan di dapur. Dua, tiga jam nanti i ambik u semula,”Johan
ketawa besar. Diikuti oleh Adelia.
Kereta mula meluncur laju membelah
kegelapan malam.
. ****
Amanda
memandang sepi Suffian yang telah terlena di sebelahnya. Hati Amanda tertanya-tanya benarkah Suffian
mencintainya dengan setulus hati? Atau
sekadar satu keperluan seorang lelaki memerlukan seorang perempuan. Amanda merasakan cinta dan kasih sayang Suffian
lebih kepada Adelia berbanding dengan dirinya.
Sampai bilakah dirinya mahu membiarkan perkara itu berlaku? Sampai bila?
*****Amanda tidak mungkin berdiam diri
okayyyy,...layan...
.
No comments:
Post a Comment