Melbourne,
Aku Ingin Pulang
Bab 10
Kemunculan
2nd hero,..Johan Firdaus,..macam handsome...
Amanda
masuk ke parkir kereta dengan cermat sekali.
Bimbang benar Amanda akan kereta barunya akan bergores sekiranya
bergesel dengan kereta yang berhampiran.
Kereta Toyota Vios TRD itu dibeli dengan wang pendahuluan sebanyak RM
20,000 pemberian dari Suffian. Dengan
wang pendahuluan sebanyak itu, tidak membebankan Amanda untuk membayar ansuran
kereta tersebut setiap bulan. Amanda
mengeluarkan bedak dari beg tangannya.
Dengan cermat, Amanda membetulkan sapuan bedak di wajah. Gincu bibir juga ditambah bagi menyerlahkan
penampilannya tengahari itu. Amanda
turun dari kereta, dan berjalan menuju bangunan pejabat Suffian. Amanda menanti Suffian di situ seperti yang
mereka janjikan di telefon. Lima minit
telah berlalu, bayang Suffian masih lagi tidak kelihatan. Amanda mulai gelisah. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan
berjenama ‘Coach’ miliknya. Lama Amanda
menanti panggilannya dijawab oleh Suffian.
Amanda berwajah mencuka setelah panggilannya tidak dijawab oleh Suffian.
“Baby!”
Amanda serta-merta menoleh ke
belakang. Suffian tersenyum manis di
belakang Amanda.
“Kenapa tak jawab call. I merajuk nanti!”Amanda memukul bahu Suffian
penuh manja.
“La, i dah nampak u tadi. Malaslah nak jawab. Cakap depan mata kan lebih romantik. Pakai kereta u ya? Malas i nak drive. Hari ni i nak jadi mem besar.”
“Ok.
Sayang nampak penat. Kenapa
ni?”Amanda dapat melihat keletihan di wajah tunangnya, Suffian.
“Banyak kerja baby. Lagi pun malam tadi balik lewat. Dah.
Jom. Nanti u lewat pulak balik
office. Mereka berdua berjalan pantas
menuju kereta Amanda.
Amanda
meletakkan sudu dan garpunya, tanda telah selesai menjamu selera. Fikirannya masih tertanya-tanya mengapakah
Suffian pulang lewat malam tadi. Adakah
disebabkan oleh Adelia lagi? Setahu
Amanda, masalah Adelia telah selesai.
Ibu kandung Adelia telah tinggal bersama keluarga Suffian. Amanda tidak dapat membayangkan betapa
ramainya nanti penghuni banglo Datuk Aman Zainal dengan kehadirannya sebagai
isteri Suffian dan Adelia kembali tinggal di banglo tersebut seperti kata-kata
bakal ibu mertuanya, Datin Hanim. Bagi
Amanda, Datin Hanim sama juga seperti Suffian, amat menyayangi Adelia. Kadang terfikir juga oleh Adelia, mampukah
dirinya menyaingi Adelia di dalam keluarga Datuk Aman Zainal itu nanti.
“U ni kenapa? Boleh termenung depan i?”Suffian mengejutkan
Amanda yang masih memikirkan tentang dirinya dalam keluarga Datuk Aman Zainal
kelak.
“Fikir sayanglah. Sayang buat apa malam tadi sampai tidur
lewat?”Amanda memandang tepat wajah tunangnya itu.
“Haha.
Baru nak cerita ni. Bawa adik
dinnerlah,”Suffian berkata jujur. Wajah
Amanda berubah tiba-tiba.
“Sayang bawa adik dinner? I, u tak hirau pun!”Amanda mengeluarkan
kata-kata rajuknya.
“I ada sebablah bawa adik dinner. Kenalkan dengan one of my best friend. Johan.”
Wajah Amanda kembali ceria setelah
mendengar penjelasan dari Suffian.
“Bukan adik dah ada boyfriend? Siapa tu?
Sayang kata dulu anak tan sri kan?”Amanda bertanya ragu.
“Budak Mikhael tu tak boleh
pakailah. Tau saja adik anak angkat
keluarga i, terus senyap sunyi. Tak
ikhlas betul. Cinta ke mana? Apa ke mana?
Lagi pun i memang tak suka dia pun.
Adik deserves better that him.”
Setelah
menghantar Suffian di kawasan hadapan bangunan pejabat, Amanda meneruskan pemanduannya
menuju ke pejabat. Fikirannya kembali
tidak tenang memikirkan Adelia. Status
Adelia yang solo tidak mempunyai buah hati membuat hati Amanda goyah lagi
memikirkan kedudukannya. Amanda amat
berharap agar Johan, kawan Suffian yang diperkenalkan kepada Adelia mampu
memikat hati gadis tersebut. Amanda
tidak mahu kata-kata Lufya benar-benar menjadi kenyataan, dan dirinya menggigit
jari penuh hampa kehilangan seorang anak datuk yang tampan bergaya, pemurah dan
romantik seperti Suffian. Sungguh Amanda
tidak mahu perkara tersebut berlaku.
Perkahwinannya dengan Suffian akan berlangsung tiga bulan lagi. Amanda kembali mengukir senyuman apabila
memikirkan tarikh tersebut akan tiba tidak lama lagi. Bayangan wajah Adelia dibuang jauh-jauh di
fikirannya.
“Suffian akan tetap menjadi
milikku!”Hati Amanda berkata tegas.
****
Adelia
terus mencari ibunya, Rosnah di bilik Tuminah.
Hajat hatinya ingin membuat kejutan kepada ibunya. Daun pintu ditolak perlahan. Rosnah sedang menunaikan solat Asar. Adelia duduk di belakang ibunya menanti
Rosnah selesai bersolat. Selesai
menunaikan solat, Rosnah berdoa panjang, sememangnya tidak menyedari kehadiran
Adelia ke dalam bilik.
“Ibu doa apa? Ha, Sarah tau, mesti doa pasal Sarah,”Adelia
menyapa ibunya.
“Bila sampai? Doa biar Sarah dapat jodoh yang baiklah. Boleh jaga Sarah. Bukan macam ayah,”Rosnah menjawab dengan
senyuman terukir di bibir. Gembira benar
Rosnah apabila melihat wajah Adelia petang itu.
“Sarah dah solat?”Rosnah bertanya
lagi. “Opp! Belumlah ibu,”Adelia menjawab jujur.
“Sarah solat dulu, nanti boleh minum
petang dengan datin,”Rosnah berkata lembut seperti memujuk Adelia.
“Ok.
Sarah naik dulu. Nanti kita minum
sama,”Adelia bangun, berjalan keluar dari bilik ibunya. Adelia berlari anak menaiki anak tangga
menuju ke biliknya.
Selesai
menunaikan solat Asar, Adelia menuruni anak tangga dengan laju. Hajatnya cuma satu, untuk minum petang
bersama ibu dan mamanya. Adelia mencari
Datin Hanim di ruang makan, tetapi tiada.
Adelia pasti Datin Hanim minum petang di halaman banglo. Tekaan Adelia ternyata tepat.
“Rindu mama. Makan apa ni?”
Adelia memeluk mesra Datin Hanim.
“Busuknya anak mama. Hangit betul,”Datin Hanim ketawa. Adelia mencium bawah lengan kanannya.
“Mana ada hangit. Mama ni saja.
Nak merajuklah,”Adelia berwajah masam.
“Dah besar nak merajuk lagi. Pergi panggil ibu, ajak makan sekali.”
“Bik!
Bik! Bik!”Adelia memanggil Tuminah.
Tuminah berlari anak mendekati Adelia dan Datin Hanim.
“Ada apa Cik Adel?”Tuminah bertanya
laju.
“Panggil ibu, cakap datin panggil minum
petang,”Adelia berkata sambil tangannya mencedok mee goreng ke dalam
pinggan. Datin Hanim menuangkan Nescafe
panas untuk Adelia. Tuminah masuk ke
dalam rumah. Tidak berapa lama kemudian,
Rosnah muncul.
“Duduklah Ros. Makan sama-sama. Sedap mee goreng yang Ros masak ni,”Datin
Hanim berkata perlahan kepada Rosnah.
Rosnah diam dan masih teragak-agak untuk duduk di kerusi dan
bersama-sama Datin Hanim dan Adelia menjamu selera. Rosnah merasakan dirinya benar-benar tidak
layak untuk duduk di situ.
“Ibu, duduklah,”Adelia menarik tangan
Rosnah.
Rosnah akhirnya mengalah dan duduk. Adelia mencedokkan mee goreng ke dalam
pinggan untuk ibunya.
“Saya tak biasalah datin. Ini bukan tempat saya,”Rosnah memandang wajah
Datin Hanim memohon pengertian.
“Rosnah, saya dah anggap awak satu keluarga. Panggil saya Hanim saja,”Datin Hanim
menuangkan Nescape panas untuk Rosnah.
Rosnah merasa sebak yang amat sangat.
“Mama, bila abang nak kahwin? Lepas kahwin Kak Amanda nak duduk sini ke?”Adelia
tiba-tiba teringat akan hari perkahwinan Suffian yang bakal menjelma. Datin Hanim tersenyum mendengar soalan
Adelia.
“Lagi tiga bulan. Entah.
Abang Fian adik, tak sebut pulak pasal nak duduk mana lepas tu. Kenapa?
Adik tak suka Kak Amanda duduk sini?”Datin Hanim mengusik Adelia.
“La, mengapa pulak adik tak suka. Lagilah adik suka. Mama ada kawan. Taklah asyik bertekak dengan Bibik. Ibu pulak senyap orangnya. Adik kan jarang balik.”
“Bukan adik nak balik sini. Nak temankan ibu adik? Tengok tu dah lupalah tu. Biarlah makin meriah rumah ni,”Datin Hanim
ketawa.
“Betulkan, Ros? Awak mesti suka, adik duduk semula di rumah
ni.”
Rosnah tidak menjawab, tetapi hanya
tersenyum, tanda mempersetujui kata-kata Datin Hanim.
Selepas
makan malam, Adelia masuk ke dalam bilik.
Adelia masih memikirkan kata-kata Datin Hanim petang tadi. Adelia masih ingat, tujuan dirinya menyewa
bersama teman-temannya dulu adalah untuk memudahkannya berulang-alik ke
kampus. Mungkin ada kebenaran di dalam
kata-kata mamanya itu. Masanya sudah
tiba untuk Adelia tinggal semula di banglo Datuk Aman Zainal, memandangkan ibu
kandungnya telah menetap di situ.
“Lagi pun lepas grad, nak pergi
abroad. Ni lah waktunya nak manja-manaj
dengan ibu!”Hati Adelia bersuara perlahan.
Bunyi deburan air di kolam renang
mengejutkan Adelia. Adelia bergerak
mendekati tingkap. Seperti yang diduga,
Suffian sedang berenang keseorangan di dalam kolam renang. Adelia ingin segera berlari mendapatkan
abangnya itu, tetapi niatnya dibatalkan segera.
Realiti tetap realiti, Suffian bukan abang kandungnya. Ada batas yang jelas di antara dirinya dan
Suffian kini. Adelia merebahkan badan
dengan perlahan di tilam empuk. Telefon bimbitnya kembali sunyi semenjak
Mikhael meninggalkannya. Adelia memegang
telefon bimbitnya tanpa tujuan yang pasti.
Adelia benar-benar terkejut apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring.
“Hello, Assalamualaikum. Adik Suffian kan?
Adelia?”Satu suara asing kedengaran di talian.
“Waalaikumussalam. Siapa ni?”Adelia menjawab pendek, sudah dapat meneka
siapa yang menelefonnya.
“Errr, Johan, Abang Johan. Mengganggu ke?”Johan menjawab dengan
ragu-ragu.
“Mengganggulah juga. Ada apa?”Adelia mula mempermainkan Johan yang
kononnya bersifat malu terhadap perempuan itu.
Johan kehilangan punca untuk terus berbicara.
“Yes, Mr.Johan Firdaus ada apa call
ni? Nak ajak i balik Bagan Datuk
ke?”Adelia ketawa dengan kuatnya setelah mengusik Johan.
“Ha, boleh jugak. Nak ikut ke balik kampung? Nyamuk.
Lecah,”Johan mengikut rentak Adelia yang mengusiknya.
“Apa kes pulak i nak ikut u balik
kampung? Nak panggil apa ni? Johan pemalu?
Johan perasan?”
“Abang Johan lah. Baru sopan dan romantik,”giliran Johan pula
ketawa besar.
“Aduyailah nak i panggil abang. Nak apa ni? Nanti i letak phone,”Adelia berkata agak
kasar. Johan agak tersentuh hati
lelakinya.
“Sorry, kacau Adelia.”Johan memutuskan
talian telefonnya.
Adelia
masih menggenggam telefon bimbitnya.
Perasaan bersalahnya terhadap Johan tiba-tiba bersarang. Adelia mengakui kata-katanya sebentar tadi
terhadap Johan agak kasar. Adelia dapat
menduga tentunya Johan tersinggung.
Adelia bangun dari katil dan membuka pintu. Adelia mendapatkan Suffian yang sedang
berenang di kolam renang. Sewaktu Adelia
tiba di kolam renang, Suffian masih berenang.
Suffian berenang ke tepi setelah melihat Adelia tiba dengan wajah kelat
di dalam kesamaran malam. Adelia
menghulurkan tuala kepada Suffian.
Suffian menyambutnya dan membalut sebahagian dari tubuhnya lalu duduk di
tepi kolam renang.
“Kenapa ni. Muka kelat.
Siapa call? Mikhael?”
“Bukan!
Kawan abanglah. Dia nak
apa?”Adelia bertanya garang.
Suffian ketawa besar.
“Adik, dia suka adiklah. Hari ni berkali-kali call abang tanya pasal
adik. Naik rimas abang dibuatnya. Susah sangat, adik terimalah sahaja,”Suffian
menyambung ketawanya.
“Abang ni. Janganlah main-main. Tadi adik dah buat salahlah,”Adelia
mengerutkan wajahnya, wajah bersalah.
Suffian memandang wajah adiknya itu, menanti cerita selanjutnya dari
Adelia.
“Johan kecik hati kot. Tadi dia call, adik cakap kasar dengan
dia. Mesti dia mengadu dengan abang
nanti. Dah dia yang mengacau
adik,”Adelia berterus-terang sambil membela dirinya.
“O, turun ni sebab rasa bersalahlah? Selalunya kalau ada perasaan bersalah ni, ada
tanda suka ni. Alahai, Johan sahabatku,
kau ada peluang nampaknya.”
“Abang ni jangan merepek boleh tak? Baru berapa hari Khael tinggalkan adik. Tak kan dah cari pengganti? Adik tak desperate. Abang tu yang desperate nak kahwin. Tak sabarlah tu,”Adelia mengusik Suffian.
“Kita kahwin serentak nak? Adik dengan Johan. Seronoknya,”ketawa Suffian semakin kuat. Adelia memukul bahu Suffian bertalu-talu. Dari jauh, Datin Hanim memandang tingkah-laku
di antara Adelia dan Suffian. Datin
Hanim masuk semula ke dalam banglo dan naik ke tingkat atas mencari Datuk Aman
Zainal. Datin Hanim menjumpai Datuk Aman
Zainal di bilik bacaan.
“Abang.
Saya tengok hubungan adik dengan Fian tu rapat sangatlah. Bukan saya tak pernah tegur Fian tu. Risau saya, bang,”Datin Hanim bersuara
setelah duduk di sisi Datuk Aman Zainal.
Datuk Aman Zainal membuka cermin
matanya, dan meletakkan buku yang dipegangnya di atas meja. Wajah isterinya itu ditenung lama.
“Awak ni. Awak ingat mudah mereka berdua tu nak
berenggang? Dah memang mereka rapat dan
mesra sejak kecil. Saya percayakan Fian. Dia akan menjaga adik. Lagi pun tak lama lagi Fian akan berkahwin
kan? Tak ada apa yang akan berlaku. Kalau Fian dan adik tau, awak curiga
begini. Tentu mereka berdua kecik hati.”
“Entahlah, bang. Saya cuma risau, bang. Mereka dua-dua muda. Darah muda ni, awak tentu tau,”Datin Hanim
masih belum mengalah.
“Ish.
Ke situ pulak awak ni. Tak ada
apa yang akan berlaku. Kahwin nanti,
rengganglah Fian dengan adik. Tak payah
awak nak susah-susah renggangkan mereka berdua.
Adelia
meninggalkan Suffian yang masih mahu berenang.
Adelia singgah di bilik ibunya dan Tuminah dalam perjalanannya ke
tingkat atas. Pintu bilik diketuk
perlahan oleh Adelia.
“Masuk.
Pintu enggak berkunci,”suara Tuminah kedengaran dari dalam bilik. Adelia menolak daun pintu perlahan. Tuminah sedang melipat kain batik dan
baju-bajunya, sedangkan Rosnah sedang melipat telekung bersama sejadah. Rosnah baru selesai menunaikan solat Isyak.
“Sarah tak tidur lagi? Esok bukan kelas pagi?”Rosnah bertanya laju
kepada Adelia.
“Kelas pukul 9.00 pagi. Sempat bangun. Tapi mesti tak sempat breakfast,”Adelia
tersenyum manis.
“Cepat tidur. Esok bangun lewat, pandu laju-laju
pulak!”Rosnah masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi oleh Adelia.
“Bilanya Ros, kau mau panggil Cik Adelia,
Adel. Namanya bukan Sarah,”Tuminah
berkata tanpa memikirkan perasaan Rosnah.
Wajah Rosnah berubah serta-merta.
“Nur Sarah tu nama sebenar Adelia. Saya yang berinya Bik. Ayah Sarah yang serahkan Sarah kepada datuk
dan datin. Saya tak pernah ada niat nak
buat begitu,”Rosnah mulai sebak. Adelia
yang melihat keadaan ibunya dengan cepat cuba menyelamatkan keadaan.
“Bik jangan cakap macam-macam pada ibu
saya ya. Bagi ibu, saya tetap
Sarah. Nur Sarah. Ibu jangan layan sangat Bibik tu. Mungkin dia rindu kat anaknya di Indon. Tu yang dengki dengan kita tu!”Adelia ketawa,
cuba menceriakan suasana di dalam bilik tersebut.
“Saya minta maaf, Ros. Tanya saja.
Sikit-sikit sudah mau nangis.
Gimana ni? Ya sudah. Saya tidur dulu.”Tuminah naik ke atas
katilnya.
Adelia
keluar dari bilik Tuminah dan ibunya.
Pintu bilik ditutup perlahan.
Adelia bernyanyi kecil sewaktu menaiki tangga. Suffian yang baru masuk ke dalam banglo,
berlari pantas mendahului Adelia.
“Yes, berjaya mengalahkan minah yang
berangan berjalan di tangga,”Suffian berkata dan terus masuk ke dalam
biliknya. Adelia hanya tersenyum melihat
gelagat Suffian. Adelia masuk ke dalam
bilik dan merebahkan badannya di katil yang sedia menanti. Telefon bimbit di tangannya diletakkan di
sisi. Fikiran Adelia kini tertumpu
kepada sahabat abangnya, Johan.
“Kurang ajar sangat kah aku tadi?”Adelia
menyoal dirinya sendiri. Telefon bimbit
kembali dipegang oleh Adelia. Satu
khidmat pesanan ringkas dihantar kepada Johan.
“Jejaka
pemalu, sorry ya...”
Adelia amat berharap sms tersebut tidak
dijawab oleh Johan. Apa yang penting
bagi Adelia ialah dirinya sudah meminta maaf, bukan mahu berkawan, atau
bercinta dengan Johan. Adelia tersenyum
puas apabila smsnya tidak dijawab oleh Johan.
****
Johan
tersenyum membaca khidmat pesanan ringkas yang diterimanya dari Adelia. Sms tersebut dibacanya berulang kali. Johan membiarkan sms itu tidak berbalas,
untuk mengetahui sejauh manakah Adelia memberi ruang kepada dirinya. Johan meletakkan telefon bimbitnya di sisi,
dan tangannya di dahi. Wajah manis
Adelia bermain di matanya.
“Angaukah aku?”
*****Handsome ke Johan Firdaus Si Jawa
ni?...Wink2..
BEST.
ReplyDeleteBest
ReplyDelete