Friday, April 15, 2016

KEPADA FOLLOWERSSSS CGU BED,...

TAHUN 2016 MENCATATKAN MEMORY INDAH BUAT CGU BED,...2 MSS TERBIT:
1. CIK AYRIS CONGENIALITY
2. MR.DUD NEXT DOOR

JANGAN LUPA DAPATKAN DI KEDAI2,..HEHE...AND MUAHHHHHHH

Saturday, April 25, 2015



Miss Congeniality Malaya
Bab 12
Pagi itu seperti jangkaan Farhan, dirinya lambat ke pejabat.
Sudah, habislah ni.  Malu aku pada bos!
Farhan melangkah laju menuju bilik pejabat.  Nasibnya tidak baik pagi itu.  Atau pun sememangnya tuah pagi itu.  Farhan hampir berlanggar dengan Ayris.
“Opps, sorry!”
Ayris senyum.  Ikhlas dari hati.  Sudah lama Ayris ingin memandang wajah redup milik Farhan.  Namun, tidak bagi Farhan.  Ayris adalah isteri orang.  Milik orang.  Harus segera dibuang jauh dari ingatan.
“That’s okay!” 
Senyum manis Ayris tidak mendapat balasan.  Ayris pasrah.  Langkah Farhan dilihatnya laju masuk ke dalam bilik pejabat.  Lama Ayris memerhatikannya.
“Apa yang ditenung lagi tu?  Sudah menjadi hak orang lain!” Aida sengeh di sisi Ayris.
“Belum jadi hak orang lainlah!  Boleh lagi I tenung!”
“Jangan itu kalu.  Berdosa nanti.  You ni, buat apa tenung-tenung dia lagi?”
“Bukan you yang cakap, dia balik kampung.  Mana tau ada buah tangan untuk kita ke?”
“Alasan!”
“Tak adalah.  Tak sengaja tadi.  You jangan fikir bukan-bukan okay!”
Ayris terus berjalan menuju biliknya.  Aida tidak melepaskan Ayris.  Tiba di bilik, Aida menarik kerusi di depan Ayris.
“Orang tua pernah kata.  Orang tualah kata, bukan I ya.  Cinta ni, susah nak mati dalam hati.  Lagi-lagilah putus cara baik.  Tak gaduh.  If gaduh, blehlah buang terus.  Siap tanam.  Simen tanah tu.  And then letak pasu bunga atas tu.  Ni orang yang pernah dipanggil sayang.  Aduh, sakit beb!”
Mimik wajah Ayris keliru.
“Tu muka nak kena penampo lah ya?  Buat blur and tak faham ya!”
“Fahamlah.  Cuma panjang sangat nasihat tu.  Jadi blur and pitam kejap.  You ada actice 5?”
“Serius ni?”
“Ha lah.  Pening dari malam tadi. Ayra buat perangai.” Ayris reka cerita
Wajah Aida berbunga.
“Temberang.  Ni mesti ayah Ayra buat perangai kan?”
“Tak adalah.  Ayra asyik nangis.  Rumah baru kut.  Maksud aku, baru pindah rumah daddy dia.”
“Ayah dia tak buat perangai ke?”
“Eh, you tak ada kerja ya?  Kalau tak ada kerja sangat, buat Nescafe panas untuk I.  boleh Cik Aida?”
Aida bangun.
“Halau I lah tu.  Kijam you ni!”
“Cepat, buat Nescafe I!”
“Okey-okey!”
Aida melangkah keluar.
“I buat pahit-pahit untuk you.  Baru padan muka you!”
“Sanggup ke?”
Aida tidak menjawab lagi.  Membuka pintu dan keluar.  Ayris senyum.  Wajah tampan Farhan masih ada di matanya.
You nampak makin kurus.  Bahagiakah you sekarang?
“Fokus-fokus, wahai Ayris Sofea.  Jangan menoleh ke belakang lagi.  Jangan!”
Destop jenama Apple di depannya dipasang laju.  Mata Ayris meneliti data yang baru dibukanya.  Telefon bimbit di dalam beg tangan bernyanyi-nyanyi.
“Mama?” Ayris agak keliru.  Jarang Dr.Suhana menghubunginya, jika tidak ada perkara penting.
“Ris, mama ni,” Dr.Suhana bersuara cemas.
“Ya, mama.  Kenapa mama ni?”
“Daddy.  Daddy.  Daddy, masuk hospital!”
“Bila?  Kenapa?  Ris datang sekarang.  Daddy kat mana?” Ayris bertanya gugup
“KPJ.  Heart attact.  Ris datang cepat tau!”
“Ris datang sekarang!”
Ayris bergegas mencapai beg tangannya.  Sewaktu memulas tombol pintu, Aida cuba memegang tombol pintu di luar.
“Tolong tutup destop I kejap.  I’m rushing!”
“You nak pergi mana ni?”
“Hospital!”
“Siapa sakit?”
“Daddy!”
Ayris berjalan laju meninggalkan Aida.  Aida memandang mug di tangan.
“Nak bagi siapa ni?”
Aida sengeh tiba-tiba.  Langkah diatur laju meninggalkan pintu bilik pejabat Ayris.

            Farhan agak pelik dengan kedatangan Aida ke bilik pejabatnya pagi itu.  Aida sengeh seperti selalu.
“For you!”
Mug berisi Nescafe panas diletakkan perlahan di atas meja. 
“Why baik sangat ni?”
“Aih, baik pun tak boleh?”
“Bolehlah.  Nak apa ni?”
“Kepok lekorlah.  You bawak apa lagi dari kampung?”
“Semua jenis kepok.  Ada dalam bonet.  Tadi dah lambat.  Nanti you ambiklah!”
“Untuk I semuanya?”
“Kongsilah dengan semua di luar tu!” Farhan berkata perlahan
“You ni kenapa?  Macam orang mati bini je!”
“I penatlah.  Memang I mati bini pun!”
Aida ketawa.
“I kan ada!”
Farhan pula ketawa.
“You cantik sangat!”
“I sedar siapalah I.  banding dengan Ris.  Eh, dia rushing tadi.  Daddy dia masuk hospital!”
“Dr. Idham?”
“Berapa banyak daddy Ris.  I keluar dulu.  You minumlah.  Ikhlas.  Tak spell you!”
“I tau you tak buat.  Not worth’it!”
“I tau yang tu.” Aida ketawa.
Farhan termanggu di meja.  Otaknya serta-merta berlari ke arah Ayris.  Wajah Dr.Idham yang redup menjelma di minda.
Aku kena tengok ni.  Amitted di hospital ke?
Telefon bimbit di atas meja dicapai.

            Farhan tiba di hospital.  Terus Farhan menuju bilik yang dimaksudkan oleh Ayris.  Pintu bilik ditolak perlahan.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam.”
Suara yang cukup dikenali oleh Farhan menjawab perlahan.  Ayris senyum.  Farhan membalasnya.
“Dr, how’s?”
Farhan menyalami Dr.Idham.  Salam bersambut.
“I’m fine young man!” senyum tawar dilempar kepada Farhan.
“Saya tau dari kawan sepejabat, uncle masuk wad.  It’s okay, saya datang?”
“Sure.  Tengok uncle.  Apa salahnya,” Dr.Suhana mencelah.  Jelas doktor tersebut menyukai bekas pilihan anaknya.  Ayris diam.  Tiba-tiba, pintu bilik ditolak.  Amer muncul.  Wajahnya agak kelat melihat Farhan ada di situ.
“Daddy, sorry.  Ris boleh lupa call Mer.  Baru saja Ris call ni!” Amer berkata jujur.
“Ris tu pelupa.  Janganlah marah dia,” suara Dr.Idham masih lemah.
Amer memandang Farhan.  Tangan dihulur.
“Sihat?”
“Alhamdulillah.  Ni tadi, kawan pejabat bagitau dr. masuk wad,” Amer menjawab agak gusar.
“Ermm.  Kawan rapat, mestilah datang.”
“Ris, teman mama pergi kantin.  Abang, saya pergi kantin dulu,” Dr.Suhana berkata perlahan.  Ayris dan Dr.Suhana meninggalkan bilik sakit.
“Boleh Ris bahagia tanpa cinta?” Dr.Suhana bersuara selepas masuk ke dalam perut lif.
“Maksud mama?”
“Ris tau maksud mama.  Ris masih cintakan Farhan kan?”
“Mama ni.  Kan Ris isteri Amer sekarang ni.  Kalau daddy dengar, mama cakap macam ni, mesti daddy marah.”
“Ermm.  Eloklah tu.  Duda anak satu!”
“Ayra anak Lana, mama.  Tak kan Ris nak biar Ayra tak ada mama?”
“Alah.  Ramai saja perempuan di KL ni.  Tak kena dera budak tu.”
“Patutlah,..”
Dr.Suhana memandang wajah Ayris.
“Patutlah hari tu, Amer tanya pada Ris.”
“Apa yang ditanya?”
“Dia tanya mama tak suka dia ke?”
“Memang mama tak suka menantu mama tu.  Punyalah baik Farhan tu.”
“Dah jodoh, mama.  Kita kena redha!”
“Hurmm,..”

            Sejam kemudian Ayris dan Dr.Suhana tiba di bilik di mana Dr.Idham ditempatkan.  Cuma kelihatan Dr.Idham keseorangan di atas katil.
“Daddy,” Ayris bersuara perlahan.
Dr.Idham senyum menyambut Dr.Suhana dan Ayris.
“Come, daddy ada hal nak cakap,” suara Dr.Idham masih lemah.
Dr.Suhana duduk.  Cuba tidak memberi perhatian dengan apa yang mahu dibincangkan oleh Dr.Idham dengan cara membelek telefon bimbitnya.
“Ris sayang Amer?”
Apa pulak daddy tanya bab-bab sayang menyayang ni?  Udahlah sakit.  Kan tambah sakit, kalau tau, aku dengan Amer,..Eh, entah ada ke sayang?  Aku tak tau nak jawab ni!
“Ris,..” Dr.idham bersuara lagi.
“Ris sayang Ayra sangat, daddy!”
Dr.Idham senyum dengan payah.
“Rasanya tak jawab soalan ni.  Kalau jawab soalan SPM, sure fail!”
“Ris akan cuba jadi wife yang baik, daddy!”
“Eloklah tu.  Masanya dah tiba untuk Ris buang Farhan.  Memang dia baik.  Tapi, Farhan yang lepaskan Ris kan?  Dia kena bertanggungjawab.  Lepaskan Ris sepenuhnya dari hati.  Tengok tadi, tau daddy masuk hospital, terus datang.  Ada Ris fikir perasaan Amer?”
Ayris diam seribu bahasa.
Ris tau daddy.  Ris tau Ris salah!
Kata-kata itu hanya di dalam hati Ayris saja.  Tersekat di kerongkong.
“Belajarlah terima Amer.  Jodoh itu pilihan Allah.  Dia tau yang terbaik untuk kita.  Daddy nak tengok anak daddy bahagia.”

            Ayris kembali ke pejabat tengahari itu dengan hati serba-salah.  Sudah tentu rasa bersalah terhadap suaminya, Amer.
Betul kata-kata daddy.  Aku harus belajar terima Amer.  Dia suami aku!  Wajib aku taat kepadanya.  Daddy terima Amer walaupun suka kepada Farhan.  Beza dengan mama yang masih kureng senang dengan Amer.  Kesian jugak dengan Mamat Bajet handsome tu!
Jambangan bunga pemberian Amer yang telah layu ditenung lama di sudut bilik pejabat.
Aku harus redha dengan ketentuanNya.  Redha!
Telefon bimbit yang baru diletakkan, dicapai semula.
“Assalamualaikum.  Bik.  Ni saya ni!”
“Iya.  Saya tau.  Ya nombor puan sudah saya save dalam telefon saya!”
“Bik masak apa petang ni?  Eh, untuk dinner malam ni.”
“Ya, biasa-biasa saja.  Ada apa, puan?  Ada orang mau datang makan malam?  Waduh, enggak biasa ni.  Puan aja yang balik masak sendiri.”
“Tak lah.  Saya nak makan dengan suami sayalah.  Tapi nak special sikit.  Bik tau masak steak enggak?”
“Yang daging lembu itu?”
“Ha’a.  pandai pun bik ni.  Daging ada dalam pridge tu!”
“Saya tau masaknya.  Puan Sri dulu sudah ajar.  Jangan pandang rendah ya, kepada bik.  Apa itu, orang putih bilang.  Don’t underestimate!”
Ayris ketawa.
“Pandai ya, bik speaking.  Eh, Ayra buat apa?”
“Ya, lagi tiduran!”
“Yang bener ni, bik?”
“Bener.  Lagi sebentar mau kejutkan dia.  Kasi mandi!”
“Okey.  Masak sedap-sedap.”

            Petang itu, pukul enam petang, Ayris telah tiba di rumah.  Kereta milik Amer masih tiada di porch.
Uish, kena cepat ni.  Buat surprise untuk dia!
Segera Ayris turun dari kereta.  Di ruang tamu, Juliati sedang menemani Ayra yang mula pandai memanjat sofa.
“Sayang mama!  Sayang sikit!”
Ayris menerkam buah hatinya.  Ayra menerima ciuman bertalu.  Ceria wajah bayi tersebut melihat mamanya pulang.
“Mama solat dulu, ya?”
Ayris berlari anak memanjat tangga.  Solat asar dilaksanakan dengan pantas.  Selesai solat asar, Ayris kembali ke ruang tamu.
“Come sayang mama.  Wanginya bucuk mama ni.  Sangatlah wangi.  Umpph, sayang sungguh!”
“Puan enggak mau lihat steaknya?  Itu brocolinya perlu sekali?”
“Mestilah, bik.  Mana dia?  Kena panaskan.  Lepas maghrib baru nak makan.”
“Iya-iya, bik ngerti.”
Juliati berjalan ke dapur.  Ayris yang mendukung Ayra turut serta.
“Gimana?  Okey enggak?”
“Nampak sedap.  Sedap ke bik?”
“Jangan diragu.  Ayuh, mandi sana.  Ini mau yang makan sama lilin itu ya?”
“Tak adalah, bik.  Itu untuk orang bercinta.  Ni dah kahwin.  Dah ada anak pun.  Apa yang dililinkan sangat?”
“Masakan bik enggak tau.  Kan puan dengan daddy nya Ayra enggak bercinta.  Ya, inilah masanya!” Juliati ketawa.
“Ayra jangan kacau mamanya ya.  Mama dan daddy mau makan romantik-romantik dengan lilin segala!”
Ayris turut ketawa.
“Bik jangan pulak ngendap ya!”
“Oh, enggak.  Masa bik dulu, sudah rasa.  Bunga ros semua.  Ya sekarang, puan pulak!”

            Masa terus berlalu.  Jam di dinding ruang tamu telah menunjukkan pukul 9 malam.  Bayang Amer masih belum kelihatan.  Ayris mulai risau.  Bukan risaukan di mana suaminya itu, tetapi risaukan steak di depan mata yang mulai sejuk.
Ai, kau merajuk ke ni?  Mesti bengang pasal Farhan tengok daddy di hospital tadi ni.  Alahai, aku dah tak ada apa-apalah dengan dia.  Aku redha dah, jodoh dengan kau!
Ayris melangkah ke ruang tamu.  Langsir tingkap diselak sedikit.
Mana kau ni!
Ayris duduk di sofa.  Dengan malas mencapai alat kawalan jauh televisyen.  Alat kawalan jauh tersebut ditekan-tekan.
“Apa ni.  Semua cerita tak best!”
Bunyi enjin kereta membuat Ayris senyum
“Ha, balik pun kau.  Bolehlah aku dinner.  Perut pun dah berbunyi ni.”
Amer muncul di ruang tamu dengan wajah letih.
“You dah makan?” Soal Ayris penuh makna.
“Dah!”
Amer teruskan langkah ke tingkat atas.  Ayris terkedu tanpa kata.
Aduh, mana dia tau aku nak dinner dengan dia ni!
Ayris yang berdiri kembali duduk.  Alat kawalan jauh televisyen kembali ditekan-tekan.
Ish.  Geram-geram.  Nak dinner sama dan romantic, buat bodo pulak.  Kang jadi betul-betul bodo baru tau!
Setengah jam berlalu, Ayris melangkah longlai ke ruang makan.  Dua pinggan steak itu ditenung lama.
“Tak apa.  aku makan sorang-soranglah!”
“I temankan!” Amer bersuara tenang, dan bergaya macho.
Ayris merah padam tahan malu.
“Kenapa tak call I, nak candle light dinner?”
Amer senyum menggoda pula.
“You dah makan.  Tak apalah!”
“Itu tadi.  Ni dah lapar balik ni.  You masak untuk I?  untuk apa ni?”
“Tak ada apa.  Untuk dinner lah.”
Wajah Ayris masih malu.  Merah padam.  Lagak orang baru cinta.
“Duduklah!”
Amer tarik kerusi, lalu duduk.
“Erm, macam sedap saja.  You masak?  Ke bibik?”
“I lah.  Sorry pasal tadi,..”
Amer angkat kening.  Sengaja tidak mengerti ucapan maaf Ayris untuk apa.
“I tak bagitau dia pun pasal daddy admit.  Dia tau dari mana entah.  Sorry!”

            Ayris hanya kaku bila garpu berisi hirisan steak makin hampir ke mulutnya. 
“Bukalah mulut!”
Ayris buka mulut dengan perlahan.  Hirisan steak masuk ke dalam mulutnya.
“I’m a romantic guy.  If I tau you nak dinner macam ni tadi, I beli roses for you!”
Amer pandang wajah Ayris lama.  Ayris melarikan matanya ke pinggan steak.
“You pandang steak tu buat apa?  Pandang I yang handsome ni lagi best.  Siap dapat pahala lagi pandang hubby dengan cinta di hati!”
Perasan tahap gaban mamat ni.  Tapi,..biarlah! 
Ayris kembali pandang Amer di depannya.
“I sayang you, Ayris.  Bukalah hati you untuk I.  I janji tak kan persiakan you.  Lukakan you,” suara Amer perlahan. 
Ayris masih diam.
“Ni you diam ni, terpaku suka dan sayang or meluat ni?”
Amer sengeh.
Aduh, handsomenya.  Tergolek-goleklah hati aku jatuh padanya ni.  Control Ris, control.  Jual mahallah sikit!
“Bagilah I masa,” Ayris bersuara juga.
“Okey!  I tunggu hati you berubah jadi taman yang penuh bunga ros untuk I!  Agak-agak bila ya?”
Ayris ketawa kecil.
“I suka tengok you ketawa, sayang.  Apa yang kelakar sangat?”
“Perlu ke hati I berubah jadi taman demi you?”
“You ni.  Kalau I kata you blur nanti, you marah pulak!  Hati you jadi taman means you fallen in love dengan I lah!”
“O,..!”
“Oooo aja?”
“Ya lah!”
“So, bila?”
“Bila apa?”
“Nak jatuh cinta dengan I lah!”
Ayris ketawa mengekek.
“Gelojoh betul.  Kan cinta tak boleh dipaksa.  Apalah you ni.  Merepek!”
“I sayang you!”
Amer pandang Ayris lagi.  Pandangan penuh cinta.
“Thanks!”
“Tu saja you jawab.  Aduh, you racun taman dalam hati I!”
“Lawak sangatlah tu!”
Senyum manis terbit di bibir Ayris.
“Kalau tak lawak, tak kan you senyum.  Kan?  Kan?”
Ayris ketawa pula.  Amer yang memandangnya sungguh gembira.
“Sayang, I ada request kat you malam ni?”
Dada Ayris berdebar takut.
Apa dia nak ni?  Jangan-jangan!
“Apa you fikir tu?”
Amer angkat-angkat kening manja.
“Nothing.  I can’t read you!”
“Nak pegang tangan you lah, sayang!  Boleh?”
Ayris hulur tangan kepada Amer laju.
“Ikhlas?”
“Redha!”
“Lain macam saja bunyinya.  Tak payahlah kalau tak ikhlas.”
Amer bangun.  Tangan Ayris terbiar sepi.  Amer mula melangkah.  Dengan cepat Ayris menyambar tangan Amer.  Amer menoleh.
“I minta maaf.  Selama ni I tak jadi isteri you yang baik!”
Serentak itu tangan Amer dikucup.  Amer terharu.  Rambut Ayris diusap lembut.
“I maafkan, sayang!”

            Masing-masing berada di bilik mereka.  Amer senyum memandang tangannya yang dikucup oleh Ayris sebentar tadi.
Sib baek dah solat.  Kalau tak rugi ni.  Hilang bau hidung sayangku!
Amer sengeh poyo.  Bantal di sebelah dipeluk kuat.
“Ayra sayang, kejap lagi mesti mama ajak ayah tidur sama di bilik sebelah!”
Amer ketawa.  Hilang sudah rajuk hatinya dengan peristiwa hadirnya Farhan di hospital siang itu.
“Hai, bilalah ni?  Bilalah Ris sayang nak ketuk pintu, ajak aku masuk bilik!”
Amer senyum sendiri lagi.  Malam itu, lelaki yang bergelar suami untuk kali keduanya itu terlelap dengan hati yang penuh bunga.  Pastinya bunga-bunga cinta.

            Ayris di bilik sebelah begitu juga.  Kasih-sayang terhadap suami mulai tumpah.  Tumpah di dalam mangkuk cinta yang sedia menanti.
Ya Allah.  Dia sangat baik.  Terima kasih untuk cinta ini!
Ayris menekup kedua telapak tangannya ke muka setelah mengakhiri doa kudusnya.  Berjalan ke katil dengan senyum meleret-leret, katil bayi dijeling suka.  Ayra lena.
“Ayra sayang, mama dah sayangkan daddy.  Kita akan jadi keluarga yang bahagia.  Sayannng Ayra bucuk ni!”
Pipi mulus Ayra menerima ciuman manja Ayris.  Ayris melabuhkan badan di katil.  Bahagian sebelah katil yang kosong dijeling pula.
Bilalah sayang nak tidur di sebelah ni?
Ayris ketawa bakal.
Malunya kalau dia tau ni!  Baik aku tidur cepat.  Hey, Mr.Amer, I miss you!
Bantal di sebelah dipeluk kuat.  Membayangkan bantal itu Amer, Ayris senyum lagi. 


Suka tak?...hehe