Saturday, February 22, 2014


            Mr.Dud Next Door

Jangan jatuh cinta kpd duda handsome ni,..dah le...

Bab 7

            Maya menarik beg sekolahnya laju. 

“Bye Kak Ju, mak cik.  Kakak balik dulu!” Maya sempat meminta izin untuk pulang dalam proses memakai kasut.

“Kelam-kelibut balik bila dengar bunyi motor ayahnya!” dengus Julia.

“Huh, kamu ni kenapa Ju?  Dah itu bapak dia!”

“Tak seronoklah Maya balik.”

“Kalau kamu tak nak berpisah dengan Maya,..Ha apa lagi pindahlah rumah sebelah!  Mak setuju saja.  Tapi kena nikahlah dulu!”

“Mak ni, dengar Si Dud tu, mau dia perasan.  Ju tak suka dialah.  Tak kan suka.  Nyampah betul tengok laki naik motor!  Usahalah sikit dalam hidup ni.  Hidup di dunia ni hanya sekali.  Ni asyik pasrah dan redha aje,..Dia kena lebih berusaha, mak!  Dalam Islam, kan galakkan umatnya berusaha!”

Sememangnya ada kebenaran akan kata-kata Julia tersebut.  Banyak Hadis Nabi yang menjurus akan kepentingan dan manfaat berusaha kepada manusia.  Sebagai contoh, Dari Abu Abdullah Az-Zubair Ibn Awan R.A.  Dia berkata:Rasulullah SAW bersabda,  seseorang yang mengambil tali-talinya lebih baik daripada meminta kepada orang lain.(HR:Bukhari).

“Kamu tau ke dia tak usaha.  Kita baru kenal dia.  Ada sebulan ke dia pindah sini?  Ju dah cakap macam-macam.  Tak baik, Ju.”

“Okay.  Ju tak kan kutuk dia lagi.  Tapi ada syaratnya.  Mak dan ayah jangan sekali-kali buat lawak nak kenenkan Ju dengan dia.  Ju tak suka.  Tetap tak suka.  Lelaki pokai!”

“Maya.  Masuklah!” Jaliah bersuara kuat.

Julia menoleh dengan cepat.  Maya berdiri di belakang Julia dengan wajah murung.

Alamak!  Budak ni dengar ke apa aku cakap tadi?

 

            “Ni ayah bagi mak cik.  Duit makan dan jaga kakak!”

Maya menghulur kepingan wang lima puluh ringgit kepada Jaliah.  Jaliah tergamam.  Wang kertas huluran Maya disambutnya.  Maya berlari pulang.

“Kakak!  Kakak!  Kakak!”

Jeritan Julia tidak diendahkan oleh Maya.

“Tu lah kamu, Ju.  Mesti Maya dengar apa kamu cakap tadi.  Kamu memang tak sayang mulutlah Ju.  Tak ada pun tanda, bapak Maya suka kamu.  Perasan betul kamu!”

Julia diam.  Terasa terpukul dengan kata-kata Jaliah.

Mesti kakak merajuk ni dengan aku.

“La, banyaknya.  Apa sangat yang Maya tu makan di rumah ni.  Zafran ni pun!  Dah pergi rumah Maya.  Pulangkan duit seratus ni.  Mak ambik seratus saja!  Eh, cepatlah!  Minta maaf dengan Maya sekali.  Kalau tak malu, minta maaf dengan Zafran juga.  Mesti duda tu terpinga-pinga nanti.”

Dua keping duit lima puluh ringgit yang dihulur oleh Jaliah disambut perlahan oleh Julia.

“Apa lagi.  Cepatlah.  Dah nak Maghrib ni.  Nanti makan malam kat sana pulak kamu, Ju!” Jaliah tersenyum, masih sempat mengusik Julia di dalam marahnya.

“Ju pergilah ni, mak.  Mak ni!”

 

Julia melangkah laju menyarung sandal di muka pintu.  Salam diberi laju, sesampai di muka pintu rumah sebelah.

Pintu terkuak.  Zafran berdiri di depan pintu.

“Err,...”

“Kakak tengah mandi.  Nak masuk?”

Eh, kau gila ke apa ajak anak dara masuk dalam rumah!

“Ni, mak suruh pulangkan.  Banyak sangat!”

Julia menghulurkan wang yang dipegangnya kepada Zafran.

“Ambik awaklah!”

“Kenapa pulak?”

“Upah layan anak saya dengan baik.  Nanti belanja kakak makan KFC ke?  Kan awak tak ada gaji lagi!” Zafran tersenyum.

E eh Mr.Dud ni, lebih-lebih pulak!  Macamana dia tau aku tak ada gaji lagi ni?  Mesti mak lah ni yang kecoh.  Bikin malu aje.  Kalau kakak sampaikan aku kutuk dia pokai, malu ni!

“Nak jumpa kakak masuklah.  Dia masam saja balik tadi!”

Okay jugak ni.  Aku nak pujuk kakak.

“Masuklah.  Terima kasih ye?”

“Sebab apa pulak?”

“Ni!” Julia menunjukkan duit yang dipegangnya.  Zafran sekadar tersenyum.

Julia masuk ke dalam rumah, mencari bilik Maya.

“Yang pintu terbuka tu!”

 

            Julia duduk di atas katil bujang Maya.  Kelibat Maya keluar dari bilik air masih tidak kelihatan.  Julia gelisah sendiri.

“Kenapa Kak Ju datang?”

Maya yang berbungkus tuala takat pinggang tercegat di depan pintu.  Julia melemparkan senyum sumbing.  Senyuman bersalah.

“Kak Ju nak ajak kakak makan KFC esok?  Nak?  Ni ayah kakak bagi kita duit.  Nak tak?”

“Kak Ju tak suka ayah kan?”

Aduh, apalah yang budak ni meragam ni?

“Sukalah.  Kalau tak suka, tak kan Kak Ju ambik duit dia bagi ni!”

“Betul?”

“Betullah.  Kenapa Kak Ju nak tipu pulak?”

“Yang Kak Ju cakap ayah pokai tadi?”

“Kak Ju gurau aje.  Esok, kakak pakai cantik-cantik tau.  Kita suruh pak cik hantar kita pergi mall.  Nak?”

“Nak!” Senyuman Maya menguntum.  Hati Julia lega melihat kanak-kanak tersebut kembali mempercayainya.

Aku dah sayang budak ni.  Jangan sayang bapak dia jugak udahlah!

“Eh, Kak Ju tak nak balik?”

“Ha a lah.  Kak Ju balik dulu tau!”

Julia bangun, sambil mencuit pipi mulus Maya.

Melintasi ruang tamu, Julia berjalan pantas.  Tidak mahu untuk bertegur-sapa lagi dengan Zafran yang memandang skrin televisyen.  Julia menyarung sandal laju.

Huh, lega.  Dia tak tegur aku.

Tanpa  disedari oleh Julia, mata Zafran memerhatikan langkah kalut Julia menyarung sandal di depan pintu.

Sayang betul dia kat kakak.  Mungkinkah dia calon sesuai bagi pengganti Mira?  Ish, awal lagi.  Apalah yang aku merepek ni!

 

            Malam itu Zafran tidak memasak.  Memandangkan gaji pertama baru diperolehi, Zafran mahu membawa Maya makan malam.

“Kita makan luar.  Cepat siap!”

“Kita nak makan apa?”

“Apa-apa kakak nak.  KFC ke?”

“Eh, makan KFC dengan Kak Ju, esok.  Ayah nak ikut?”

“Kan ayah kerja esok.  Kakak ni.”

“Ayah suka Kak Ju ye?”

“Tak adalah!  Dengar Kak Ju nanti.  Mesti dia takut dengan ayah!”

“Habis, kenapa ayah bagi dia duit?”

“Tu kan duit ayah bagi mak cik.  Mak cik kata banyak sangat.  Kak Ju pulangkan.  Ayah suruh Kak Ju makan KFC dengan kakak esok,” jawapan jujur diberikan oleh Zafran kepada Maya.

“Kak Ju cantik kan?”

“Bolehlah!”

“Bolehlah tu cantik ke tak?”

“Cantiklah!  Banyak betul tanya.  Cepatlah tukar baju tidur tu!”

“Yes, bos!”

 

            Hidangan sate dipilih oleh Zafran malam itu di samping nasi goreng ayam bagi Maya.  Bagi dirinya pula, Zafran memilih nasi kosong bersama sup ayam dan sambal belacan.

Mira, sup ayam ni tak sesedap sup ayam masakan Mira.  Tapi ianya tetap meningatkan abang kepada Mira.  Rindu abang pada Mira tak kan padam.  Percayalah!

“Ayah!”

“Ayahhh!” Maya memanggil Zafran lebih kuat.

“Ayah ingat siapa?  Kak Ju?” Maya tersengeh.

“Ingat arwah mamalah.  Kan mama suka masak sup ayam.  Sedap kan sup ayam mama?”

“Yang tu tak sedap?”

“Sedap.  Tapi sup ayam mama lagi sedapppp!” Zafran tersenyum pahit.

“Kita beli sate untuk Kak Ju ye?”

“Kan nak makan KFC esok.  Tak payahlah!”

“Ayah ni kede ye?  Kata suka Kak Ju!”

Zafran terperangkap dengan kata-katanya sendiri.

“Okay-okay!” Zafran mengalah.  Tangan diangkat tinggi.  Pekerja kedai makan tiba.

“Sate ayam campur sate lembu, dua puluh cucuk ye.  Bungkus!”

“Siap!”

 

            Maya seperti tidak sabar-sabar turun dari motosikal. Tujuannya cuma satu.  Mahu menyerahkan bungkusan sate tersebut kepada Julia.

“Kakak, jatuh nanti.  Tak payah lari!”

Maya tidak mempedulikan kata-kata Zafran.  Maya telah tiba di depan pintu rumah keluarga Julia.

“Kak Ju!  Kak Ju!  Kak Ju!”

Pintu dibuka oleh Jaliah.

“Nah!  Ayah bagi kak Ju!” pandai saja Maya mereka cerita.  Telah jelas yang Maya mahu Julia menjadi pengganti mamanya.  Jaliah tersenyum sumbing.  Bagi Jaliah, dia tidak kisah sekiranya Zafran meluahkan hasrat mahu meminang Julia suatu hari nanti.  Bagi Jaliah, Zafran seorang lelaki yang bertanggungjawab, ada budi bahasanya serta tampan.

“Cakap kat ayah, terima kasih tau!”

“Selamat malam mak cik!”

“Terima Kasih, kakak!” Jaliah sedikit menjerit melihat Maya telah keluar dari pagar rumahnya.

“Sama-sama!”

Di ruang tamu, Zafran menanti Maya dengan senyum manis.

“Kenapa kakak cakap macam tu?”

“Cakap apa?”

“Cakap ayah yang bagi sate tu kat Kak Ju.  Kakak yang nak bagi kan?”

“Tapi ayah yang bayar!  Jadi ayahlah yang bagi Kak Ju!  Ayah malu ye?  Bye ayah.  Kakak nak tidur.  Esok nak pergi KFC dengan Kak Ju cantik!”

 

            Di rumah keluarga Julia pada waktu yang sama.

“Sedap pulak sate free ni kan, Ja!” Salman mula memancing Julia yang asyik memandang skrin televisyen.

“Alang-alang dah keluar bilik tu, makanlah sate ni.  Kecik hati Dud tu kan, abang?  Eh, kecik hati Maya kan, bang?”

“Hahaha,” ketawa Salman menguasai ruang tamu.

“Ju tak nak makanlah.  Dud tu yang bagi kan?”

“Alah, mesti Maya yang nak bagi.  Tapi mestilah bapak dia yang bayar.  Kamu janganlah perasan sangat, Ju oi!”

“Betul ni?  Dud tu tak suka Ju kan, ayah?”

“Manalah ayah tau.  Nak ayah tanya dia ke?  Makan sajalah.  Rezeki jangan ditolak.  Musuh jangan dicari, Ju!”

“Dia belum bagitau mak pun nak minang kamu.  Jangan risau.  Makanlah!” Jaliah pula ketawa.

Dengan wajah masam, Julia mencapai secucuk sate ayam di pinggan.

Sedap pulak sate ni.  Jangan Dud tu spell aku sudahlah.  Merana aku duduk rumah tu.  Habislah masa depan aku!

Habis secucuk sate, Julia mengambil secucuk lagi sate.

“Amboi, bang!  Tadi kata tak nak.  Takut kena jampi oleh Dud tu.  Ni bukan selera lagi.  Kalau bermenantukan dud tu, abang tak kisah ke?”

“Tak kisah.  Lagi elok, ada orang tengok sakit pening kita.  Abang pun dah anggap Maya tu macam cucu abang sendiri.  Dah lama Qila tu tak balik.  Mesti dah boleh jalan tu!”

Julia tidak mempedulikan kata-kata Salman dan Jaliah lagi.  Seleranya terhadap sate di depan matanya tidak dapat dibendung lagi.

“Ju, cuba telefon kakak kamu.  Suruh dia balik.  Rindu mak ni pada Qila tu!”

“Tunggu cuti sekolahlah mak.  Nak ke Kak Hani balik waktu-waktu sekolah macam ni?”

“Kamu telefon sajalah dulu.  Kamu tak rindu anak buah kamu tu?”

“Ye lah.  Esok Ju call lah!”

 

            ****

            Zafran tiba di rumah petang itu kira-kira pukul lima petang.

Kakak dah balik ke ni?  Baik aku jenguk di rumah sebelah!

Zafran menanti pintu dibuka setelah memberi salam. Julia yang berwajah selamba muncul di sebalik pintu.

“Err,.kakak?”

“Dia tidur.  Penat kot!” Julia menjawab garang.

Aku mesti berlagak sombong ni.  Nanti dia suka aku.  Biarlah anak dia aje yang suka aku!

“Err,..tak apalah.  Saya balik dulu!”

Nak balik pun  kena cakap ke?  Balik je lah!  Dud pokai!

Julia menutup pintu.  Zafran memandang tingkah-laku Julia dengan pelik.

Perempuan  ni angin apa tah.  PMS ke?  Zafran tersenyum sambil melangkah ke rumah sewanya.  Masih Zafran teringat akan perangai pelik Amira apabila datang haid.  Begitulah keadaannya.  Sama seperti Julia yang marah tanpa punca. 

Perempuan sombong!  Perempuan sombong!  Entah-entah kau memang mama Maya yang baru.  Aku pasrah padamu, Ya Allah!

 

            “Seronok keluar dengan Kak Ju?”

Maya tidak terus menjawab soalan Zafran, sebaliknya sibuk membelek buku-buku yang dibeli oleh Julia untuknya.

“Tengok tu, ayah tanya pun tak jawab.  Tak sayang ayah lagi ya?”

“Arr sayang!” Maya menjawab tanpa memandang wajah Zafran.

“Ceritalah.  Tadi pergi mana?  Buat apa?” Zafran sebenarnya tidak sabar untuk mendengar cerita Maya tentang Julia.

“Seronok, ayah!”

“Ye lah.  Apa yang seronoknya?”

“Kakak cerita dari awal.  Mula-mula makan kat rumah mak cik.  Makan sedap.  Pak cik beli roti canai.  Lepas tu pak cik hantar tempat best.  Kak Ju bawa makan KFC.  Lepas tu, tengok wayang.  Cerita Hobbit!  Seronok, ayah!  Lepas tu pulak, Kak Ju pergi sembahayang!”

“Sembahyang?” Zafran terkejut.

Bukan perempuan sombong tu PMS ke?  Eh, apa aku ni!

“Ye lah.  Kak Ju sembahyang.  Kakak tengok aje.  Lepas tu Kak Ju bawa kakak beli buku.  Ha nilah!  Dia suruh ayah ajar!”

“Ayah yang ajar?  Ayah tak pandai macam Kak Ju!  Balik naik apa?”

“Naik teksilah.  Tapi bukan teksi pak cik.  Teksi ni baru!  Teksi pak cik buruk.  Hahaha,” Maya ketawa.

“Amboi, kakak.  Tak baik tau, dah naik kutuk macam tu!”

“Alah, kakak gurau aje!  Nanti ayah dapat gaji lagi, bagi duit pada Kak Ju tau.  Kami boleh jalan-jalan lagi.”

Perempuan sombong tu bukan wife ayahlah sayang!  Mana boleh bagi duit kat dia!

 

            Kata orang, jika orang memperkatakan tentang kita, kita juga akan mengingati orang tersebut.  Begitulah halnya dengan Julia.  Walaupun agak penat seharian melayan kerenah Maya, Julia merasa amat gembira.

Kesian kakak.  Mesti dia rindukan mamanya.  Kat akulah dia tumpang kasih!  Hah!  Dibuatnya bapak dia pun nak tumpang kasih dengan aku macamana?  Ah, macamlah aku tak boleh tolak.  Mana ada kahwin paksa dalam dunia alaf baru ni.  Mak nak paksa aku?  Aku larilah!  Harap-haraplah Dud tu kahwin dengan perempuan yang betul!  Janganlah dapat perempuan jahat.  Kesian kakak kena dera nanti.

Penat membelek wajahnya di depan cermin, Julia melangkah perlahan ke katil.

“Penattttnyerr!”

Bantal peluk dicapai oleh Julia rakus.

“Tak dapat peluk Tengku Hazrin, peluk Zaini pun kira okey lah!  Duhai Zaini, hadirlah kau dalam mimpi-mimpiku!” Julia ketawa.

Kepenatan tubuh badan yang menguasai Julia, menyebabkan Julia terlena.  Malam itu Julia bermimpi lagi tentang lelaki kaya idamannya.

 

            “You tetap mempertahankan cinta kita, sayang?  Walaupun pun sri akan memusuhi you?  Atau mungkin akan membuang you?”

“Yup, that’s my decision!  Mummy  tentu akan faham satu hari nanti.  I bukan nak buang dia.  I just wanna be with the one that I love.  Melalui indahnya dunia ini bersama you.  You tak percaya dengan I, baby?” Tengku Hazrin berwajah tenang, cukup menyakinkan Julia.

“Bukan I tak percayakan you, sayang.  Tapi,..” Julia berhenti dari meneruskan kata-katanya.

“U takut mummy akan pisahkan kita juga?  Dengan pelbagai cara.  Dan muncul ex-girlfriend I yang mummy suka?  Itu drama tv lah baby.  Mummy tak kan buat bukan-bukan.  Kalau kita ada baby, lagilah mummy akan terima kita kembali!”

“Itu lagi drama tv, sayang.  Dalam reality, kalau dah tak suka, sampai mati mummy tak suka.”

Air mata Julia mulai mengalir ke pipi.

Tengku Hazrin bungkam.  Apa dayanya lagi mahu memujuk Julia.

“I relakan perpisahan ini, sayang.  Mungkin ini takdir cinta kita.  Allah sedang menguji kita.  I tetap doakan you bahagia bersama pilihan puan sri,..” Air mata Julia semakin galak keluar bercucuran.

“You kejam baby!  You kejam!  You never fight for our love!”

“Apa yang I buat demi sayang I pada you Haz.  I tak nak you hidup susah gara-gara memilih untuk bersama dengan I.  Terimalah takdir cinta kita.  Mungkin kita akan dipertemukan semula suatu hari nanti.  You tak kan mati dalam hati I,” Julia berkata dalam sendunya.

Tengku Hazrin bangun.

“I don’t know what to say, baby.  Selamat tinggal Julia!”

Julia pantas mencapai tangan Tengku Hazrin.

“I tak boleh hidup tanpa you, sayang!”

“We will try to fight our love, rite baby!  I akan cari kerja,..kita kahwin?”

Tengku Hazrin kembali duduk.  Air mata Julia dikesat perlahan menggunakan jarinya.

“Just answer me my baby?”

Julia diam, sedikit keliru dengan keputusan yang mahu dibuatnya.

“You janji akan sayang I selamanya?  Jaga I sampai bila-bila?” Julia menjawab lambat.

Tengku Hazrin tersenyum.  Wajah tampan itu kembali membenihkan warna-warna pelangi.

“Tak juga.  Lepas you pregnant, you gemuk,..I keluar dengan my-ex!” Tengku Hazrin ketawa kuat.

“You buatlah.  Berani you,..” Cubitan Julia singgah di lengan putih melepak Tengku Hazrin.  Tengku Hazrin memegang tangan Julia kuat.

“That’s it.  Don’t you ever repeat it again.  Ingat satu perkara, I love you more than you love me.  Jangan merajuk dengan mummy lagi.  Nanti I pujuk mummy lagi ye.    Nothing to be worry, okay?”

Julia mengangguk.

 

            Pagi itu Julia begitu ceria sekali.  Wajah Tengku Hazrin masih melekat di ingatannya.

“Oh sayang, engkaulah jejaka idaman,..” Julia menyanyi riang sewaktu menyikat rambut.

“Kalau tak dapat Tengku Hazrin, dapat Tengku Zaini pun jadilah.  Hahaha.  Janggal betul nama Tengku Zaini.  Macam tak masuk je nama tengku tu!”

Julia keluar dari bilik mencari Jaliah.

“Mak, Ju beli breakfast ye?”

“Rajin kamu pagi ni?  Ada apa-apa ke?”

“Ju rajin pun tak boleh ke?  Mak nak apa?”

“Eh, kamu nak beli di mana dengan rambut mengurai tu?”

“Gerai mak cik hujung lorong tu aje.  Malaslah nak pergi jauh-jauh!  Tak apa kan tak pakai tudung!  Mak nak apa?  Ayah?”

“Dosa kamu tanggung ye Ju!  Belilah nasi lemak.  Kuih sikit.  Eh, anak kamu,..Opp,..anak angkat mak , kamu jangan lupa pulak!”

“Mak ni merepeklah.  Ju pergi dulu!”

“Ada ke duit tu?”

“Ada.  Baki duit Mr.Dud semalam!” Julia ketawa.

“Orangnya tak suka, duit ambik juga!” Jaliah berkata perlahan.

 

            Julia terkebil-kebil mendengar pertanyaan Mak Leha.

“Nasi lemak berapa bungkus?” Mak Leha mengulangi pertanyaannya.

Aduh, terpaksalah beli untuk Mr.Dud sama ni!  Lain kali aku tak nak dah beli!

“Nasi lemak lima bungkus.  Asingkan satu plastic tu dua bungkus, satu plastic lagi tiga bungkus.  Kuih karipap seringgit, kuih keria seringgit dan apam kukus tu seringgit.”

Dalam perjalanan pulang, Julia berkira-kira untuk singgah memberikan nasi lemak dan apam kukus kepada Maya.

“Maya mesti suka apam kukus.  Tak pedas.  Janganlah Mr.Dud yang bukak pintu.  Malas aku tengok muka lelaki belum mandi ni!”

“Maya!  Maya!  Maya!”

Julia menolak pagar yang tidak berkunci  mendekati pintu rumah.

“Waalaikumussalam!” suara Zafran kedengaran dari balik pintu.

Bila masa pulak aku bagi salam ni?  Perli aku ye?

Sangkaan Julia meleset.  Wajah Zafran kemas bergaya.  Zafran telah mandi.

Handsome siot Dud ni!  Tapi apo kan dayo den..

“Ya?  Ada apa Kak Ju cantik?” Zafran memandang wajah Julia.

Julia mengelak pandangan Zafran pantas.

“Nah!  Mak suruh bagi Maya!”

“Mak cik yang bagi atau Kak Ju yang bagi?”

Hek eleh, gatal jugak kau ye!

“Untuk Maya saja.  Saya?” Zafran masih belum melepaskan Julia.

“Ye lah.  Untuk awak sekali.  Ambiklah!”

Julia pantas meninggalkan perkarangan rumah sewa Zafran.

 

            Zafran masih memegang beg plastik pemberian Julia dengan wajah berbunga.

Zafran merasakan Julia masih di depannya, dengan rambut melepasi paras bahu yang cantik menawan.  Zafran cuma lelaki biasa, yang mungkin telah tersentuh hatinya melihat kejelitaan Julia.

Adakah abang suka padanya, Mira?

“Ayah!”

“Eh, cepatnya siap!”

“Kan nak makan roti canai di kedai.  Siapa bagi kuih ni?  Kak Ju ye?”

Zafran tersenyum.

“Kakak nak makan nasi lemak.  Tak jadilah makan kedai.  Ayah buatlah air!” Maya seolah memberi arahan.

“Buli ayah ye?  Pergilah breakfast dengan Kak Ju cantik Maya tu!”

“Tak naklah.  Kesian ayah nanti makan sorang-sorang.  Kalau Kak Ju tinggal sini, kan best!  Kan ayah?”

Zafran tidak menjawab, sebaliknya melangkah perlahan menuju dapur.

Nak ke perempuan sombong tu duduk sini?  Hati Johan berkata perlahan.

 

            **** Camner?..Terlalu cepat ke Zafran mulai jatuh hati?...

 

Wednesday, February 19, 2014


Melbourne, Aku Ingin Pulang

Bab 7

            Mikhael duduk termenung di ruang tamu utama banglo mewah milik Tan Sri Syed Mustapha dan Puan Sri Zahirah.  Otaknya ligat berpusing memikirkan tentang status Adelia sebagai anak angkat Datuk Aman Zainal.  Entah mengapa persoalan adakah Adelia akan mewarisi harta Datuk Aman Zainal timbul di benaknya.  Mikhael merasakan kekurangan terhadap Adelia amat jelas sekali kini, walaupun Mikhael cuba mengusir perasaan tidak enak itu.  Adakah aku terlalu mementingkan diri sendiri?  Sesuaikah kini Adelia berdampingan dengan diriku?  Fikiran Mikhael benar-benar buntu.  Puan Sri Zahirah muncul di pintu, selepas pulang menghadiri kelas poco-poco.  Puan Sri Zahirah masih ranggi walaupun usianya menghampiri 55 tahun.  Dengan seluar ketat dan t-shirt berjenama menyaluti tubuhnya, Puan Sri Zahirah tampak lebih muda dari usianya yang sebenar. 

“Anak mama tak pergi kelas hari ni?”

“Tak ada moodlah mama.  Malas pun ada,”Mikhael menjawab perlahan.

“La, macam ada problem saja mama tengok.  Cuba bagitau mama kenapa?  Tak rindu seharian tak jumpa Adel?”

Puan Sri Zahirah duduk melepaskan penat.

“Malaslah, mama.  Nak duduk rumah saja hari ni!”

“Gaduh dengan Adel?  Kenapa ni, sayang?  Come on.  What’s wrong with her?”Puan Sri Zahirah mula mengorek rahsia.

“Mama ok kalau dapat menantu anak petani?  Anak orang kampung?”Mikhael menduga Puan Sri Zahirah.

“Khael berkenan anak orang kampung?  Macam dalam drama-drama tv?”Puan Sri Zahirah ketawa.  Mula mengesyaki sesuatu yang berlaku terhadap Mikhael.

“Mama.  Adel just anak angkat Datuk Aman Zainal.  Is’t ok with u?”Mikhael berterus-terang dengan Puan Sri Zahirah akhirnya.  Ketawa Puan Sri Zahirah terhenti tiba-tiba.  Wajahnya berubah.

 

 

“Really?  Habis tu Khael macamana?”

“Khael tanya mama.  Mama ok?”Mikhael menyerahkan persoalan tentang Adelia kepada Puan Sri Zahirah.

“Adel masih pewaris empayar Datuk Aman Zainal right?”Puan Sri Zahirah tersenyum sinis.  Mikhael mengangkat bahunya.

“Do you still love her?”

Puan Sri Zahirah memandang tepat wajah anak lelakinya itu.

“Yup!  Love is love right?  But,..?”Mikhael berhenti di situ.

“But what my dearest son?  Adel tidak setaraf dengan kita?”Puan Sri Zahirah menduga apa yang bergelodak di jiwa Mikhael.

“Macamana Khael nak sesuaikan diri dengan family Adel di kampung?  Susahlah mama.  What do you think?”

“Up to you Khael.  Jangan paksa diri.  I think u already know the answer.  So, anak mama ni kembali solo lah?”

Puan Sri Zahirah memandang Mikhael dengan pandangan mengambil berat tetapi berbau kelegaan.

“Khael sayang jugak pada Adel.  Mama, macamana ni?  Sayang tapi,...Entahlah mama.”

“Believe me Khael, sayang tu tak kan ke mana.  Kesesuaian, serasi tu lebih penting.  Lambat laun orang akan tau jugak status Adelia.  Mama juga tak nak malu masa tu.  Khael juga harus menjaga air muka mama.  Kejap lagi Khael grad kan?  Tak jumpa Adel terus.  So?  Life’s goes on my dear,”Puan Sri Zahirah memandang wajah anak lelakinya dalam-dalam.  Puan Sri Zahirah mengharap pengertian dari Mikhael.  Perlahan Puan Sri Zahirah berjalan perlahan meninggalkan Mikhael.

 

 

            Mikhael masih bersantai malas di ruang tamu utama rumahnya.  Fikirannya masih berserabut memikirkan perasaannya terhadap Adelia.  Hati Mikhael masih terus tertanya-tanya adakah cintanya terhadap Adelia begitu hebat.  Jika hebat, mengapa sebaik sahaja mengetahui Adelia adalah anak angkat Datuk Aman Zainal, hatinya berubah?  Mikhael masih ingat, dirinya dahulu yang mengejar cinta Adelia.  Adelia bukan sekadar anak Datuk Aman Zainal tetapi memiliki seraut wajah yang cantik dan menawan.  Wajah mulus gebu dan hidung yang mancung milik Adelia mampu mencairkan mana-mana lelaki.  Adelia juga memilik susuk tubuh yang langsing umpama seorang model.  Pertama kali melihat Adelia, hati Mikhael telah berbicara.  Hati Mikhael semakin galak berbicara apabila mengetahui Adelia adalah antara pewaris  Datuk Aman Zainal.

“Tuan Mikhael, puan sri panggil makan tengahari.  Lunch!”

Suriati muncul di depan Mikhael tiba-tiba.

“Saya tak ada seleralah Bik.  Bagitau mama, saya tak nak makan,”Mikhael menjawab laju.

“Tuan jangan macam-macam.  Puan sri suruh saya jemput tuan makan sekarang jugak,”Suriati masih tidak mahu mengalah. 

Mikhael bangun, dan berjalan malas menuju ke ruang makan di mana Puan Sri Zahirah menunggunya.

“Kecewa pun kena makan jugak,”Puan Sri Zahirah tersenyum.

“Puan Sri Zahirah, anakanda tak ada seleralah.  Mana boleh paksa.”

Mikhael menarik kerusi, lalu duduk. 

“Sup ni nampak macam sedap.  Makan sikit.  Malam ni mama masak ‘Lamb Chop’ untuk Khael ya?”Puan Sri Zahirah memujuk Mikhael perlahan.

 

            ****

           

Adelia gelisah menunggu Suffian pulang.  Jam telah menunjukkan pukul 2.00 petang.  Suffian telah berjanji untuk pulang membawa telefon bimbit yang dijanjikan bagi diberikan kepada ibu kandung Adelia.

“Sabarlah sayang.  Kejap lagi Abang Fian adik tu baliklah.  Mama nak tanya adik sikit boleh?”Datin Hanim bertanya lembut.

“Ada apa mama?  Mama tak suka adik tengok ibu?”

Adelia memandang Datin Hanim.  Datin yang dipanggilnya mama itu tersenyum, menyerlahkan keayuaan seorang wanita anggun bergelar datin di mata Adelia.

“Bukan tu sayang.  Mama tengok sejak akhir-akhir ni adik tak gembira.  Gaduh dengan Mikhael?”Datin Hanim seperti dapat membaca isi hati Adelia yang bercelaru. 

“Abang bagitau mama ya?  Tak apa lah mama.  Adik sedar siapa diri adik.  Tak layak untuk anak tan sri seperti Khael.  Nampaknya mama kena carikan calon untuk adiklah ya.  Tapi cari anak pemandu teksi macam adik lah.  Baru sekufu,”Adelia menjawab perlahan.  Datin Hanim terdiam, cukup bersimpati dengan apa yang telah berlaku ke atas hubungan Adelia dan Mikhael.  Datin Hanim sendiri telah menduga, anak tan sri yang dimaksudkan oleh Adelia akan berubah setelah mengetahui status sebenar Adelia.  Mungkin benar kata-kata Suffian, Mikhael tidak ikhlas mencintai Adelia.  Senyuman terukir di bibir Adelia setelah melihat kereta yang dipandu oleh Suffian bergerak masuk ke halaman banglo.

“Tu abang dah balik.  Jangan bersedih lagi.  Nanti ibu kat kampung salah anggap.  Ingat mama dera adik pulak,”Datin Hanim memujuk Adelia.

“Mama!”Adelia memanggil Datin Hanim perlahan. 

“Terima kasih kerana jadi mama yang terbaik kepada adik.  Terima kasih kerana menyayangi adik.”

“Ish.  Mengapa cakap macam ni.  Anak mama ni,”Datin Hanim mengusap rambut Adelia lembut, penuh kasih-sayang.

 

 

            “Nah!  Maaf lambat sikit.  Nak pergi pukul berapa ni?  Betul tak nak abang hantar?”

Suffian menghulurkan bungkusan berisi telefon bimbit kepada Adelia.  Adelia menyambutnya.

“Thanks abang sayang.  Kejap lagi.  Tak payah lah.  Adik tak nak susahkan abang.  Adik ingat lagi jalan ke kampung ibu,”Adelia menjawab penuh kejujuran.

“Cepatlah.  Nanti dah malam pulak sampai sana.  Mama takut kampung  adik tak ada lampu pulak,”Datin Hanim berkata bercampur kerisauan.

“Ok, mamaku sayang.”

Adelia bangun dari kerusi dan berjalan laju masuk ke dalam banglo meninggalkan Datin Hanim dan Suffian.

“Hati mama berat betul nak lepaskan adik balik jumpa ibu kandungnya.  Hari tu hati mama tak lah seberat ini.  Nak halang adik balik, tak elok pulak.  Nanti apa pulak kata adik,”Datin Hanim meluahkan kerisauannya kepada Suffian.

“Kita tak boleh halang adik jumpa ibunya, mama.  Berdosa kita memutuskan hubungan ibu dan anak.”

“Amboi anak mama ni.  Dulu Fian siap nak mama rahsiakan lagi rahsia ni dari adik.  Siapa kata mama nak putuskan hubungan adik dengan ibunya.  Mama cuma risau sangat.  Entahlah hati mama ni.  Fikir bukan-bukan kot!” 

Perbualan di antara Suffian dan Datin Hanim terhenti apabila Adelia muncul dengan beg galasnya.  Suffian tersenyum memandang Adelia.

“Tu saja?  Berapa hari nak balik kampung?  Bawa berus gigi tak?”Suffian ketawa kuat.  Wajah Adelia berubah.  Bahu Suffian dipukul bertalu-talu.  Suffian mengekek ketawa.

“Eh, kenapa ni.  Adik?  Fian?”Datin Hanim keliru dengan apa yang terjadi.

“Mama tau, hari tu adik balik kampung tak gosok gigi.  Kat Pavillion baru gosok gigi,”Suffian menceritakan perkara sebenar.  Datin Hanim turut ketawa mendengar cerita Suffian.

“Mama gelak lah.  Malas layan.  Nanti adik tak balik dari kampung baru tau,”Adelia mengeluarkan ayat merajuknya.  Ketawa Datin Hanim terhenti.

“Mama gurau.  Kelakar apa cerita Abang Fian tu.” 

Adelia menyalami Datin Hanim, dan Datin Hanim menyambutnya mesra. 

“Jaga diri baik-baik tau.  Esok balik sini atau terus ke apartmen?”

“Terus ke apartmen, mama.  Lusa kelas adik pukul 8.00 pagi.  Nanti adik telefon mama,”Adelia memandang wajah mama angkatnya itu.

“Abang, adik pergi dulu,”Adelia meminta izin untuk pulang ke kampung dengan Suffian juga.  Adelia masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduannya.  Adelia sempat melambaikan tangannya kepada Datin Hanim dan Suffian.  Kereta yang dipandu oleh Adelia semakin menghilang.  Suffian melepaskan keluhan yang berat.

 

 

“Mengapa Fian?”

Datin Hanim yang mendengar keluhan Suffian bertanya curiga.

“Sebenarnya Fian ada sembunyikan sesuatu dari mama, daddy.  Fian minta maaf.”

“Apa dia?  Ada kaitan dengan adik?  Fian cakap apa dia cepat!”Datin Hanim benar-benar risau.

“Err, sebenarnya abang adik di kampung tu Fian tak percaya, mama.  Dia, dia,..”

“Abang adik mengapa?”Datin Hanim memotong kata-kata Suffian.

“Dia penagih dadah.  Teruk dah.  Fian tengok pun takut,”Suffian akhirnya berterus-terang dengan Datin Hanim.

“Ya Allah.  Kenapa Fian tak bagitau mama awal-awal.  Kalau jadi apa-apa kat adik macamana?”

“Tak kan kita nak halang adik balik kampung, mama?”

“Mama takut, Fian.  Takut keselamatan adik.  Adik tu perempuan.  Harap adik selamat di rumahnya sendiri,”Datin Hanim mulai sebak.

“Fian minta maaf.  Buat mama semakin risau begini.  Kita doa agar adik selamat ya, mama?”

“Ya lah.  Apa cerita budak Mikhael tu?  Betul hubungan adik dan Mikhael putus?  Sedih betul adik bagitau mama tadi.  Siap suruh mama carikan calon untuknya yang sekufu.  Anak pemandu teksi sama dengannya.”

“Fian dari dulu tak suka Mikhael.  Eloklah hubungan mereka putus, mama.  Ramai lagi lelaki baik di KL ni untuk adik.  Nanti Fian kenalkan kawan Fian kepada adik.  Confirm baik dan beriman macam Fian,”Suffian ketawa, cuba menghiburkan hati Datin Hanim yang gundah-gulana memikirkan keselamatan Adelia.

 

            ****

            Adelia memandu perlahan menuju ke Ulu Langat, destinasi pentingnya petang itu.  Sudah terbayang di matanya bagaimana ibunya, Rosnah memeluknya erat dan kegembiraan yang terpancar di wajah ibunya. 

“Ibu, anakmu pulang.  Pulang untuk menunaikan janji kepadamu,”Adelia berkata sendirian.  Adelia dapat membayangkan ibunya akan bertungkus-lumus memasak makan malam untuk dirinya malam itu.  Adelia amat berharap kepulangan keduanya ini, mampu menunaikan impiannya untuk melihat wajah ayah kandungnya, Rasyid.  Gambar sewaktu Rasyid di usia muda ada dilihat oleh Adelia di dinding rumah, namun Adelia pasti wajah ayahnya telah jauh berubah kerana gambar tersebut diambil sewaktu zaman muda ayahnya.  Di dalam kerinduan terhadap ibunya yang meluap-luap, hati Adelia juga masih memikirkan tentang Mikhael.  Ya, Khael yang dipanggilnya sayang itu tidak menghubunginya hampir seminggu, setelah Adelia berterus-terang berkenaan status sebenar dirinya.  Adelia cuba melawan perasaan hatinya yang bergelora merindui Mikhael.  Pelbagai alasan diberikan kepada hatinya agar tidak terus-terusan bersedih dengan pemergian Mikhael.

“Mungkin Khael terkejut dengan berita itu.  Perlukan masa untuk memikirkannya.  Berilah masa kepadanya,”Adelia memujuk hatinya lagi.  Adelia sedar, dirinya perlu ceria dan gembira berhadapan dengan ibu kandungnya.  Adelia tidak mahu, ibunya menyedari kegusaran hatinya.  Bukankah soal cinta merupakan persoalan remeh yang tidak perlu untuk ibunya turut sama berduka lara. 

“Ibu, Sarah datang ni,”Adelia melaung di dalam hatinya.

 

 

            Sementara itu, Rosnah duduk di tangga rumahnya menanti kepulangan Sarah.  Rosnah amat mengharap minggu ini Sarah pulang seperti mana yang telah dijanjikannya sewaktu kepulangannya minggu lalu.  Rosnah tersenyum sendiri, memikirkan dirinya telah membeli pelbagai bahan makanan basah untuk dimasak bersama Sarah malam itu sekiranya Sarah benar-benar pulang.  Naluri keibuannya menyatakan Sarah akan pulang petang itu.  Air mata Rosnah menitis akhirnya apabila melihat sebuah kereta berwarna putih membelok ke arah halaman rumahnya.  Rosnah amat yakin itu anaknya, Sarah.  Rosnah bangun dan berjalan laju menuruni anak tangga.  Rosnah menungu kereta tersebut berhenti, dan Sarah keluar memanggilnya, ibu.  Allah itu mendengar keluhan setiap hambanya, dan permintaan Rosnah di dalam doa-doanya selama ini dimakbulkan.  Sarah keluar dari perut kereta.

“Ibu, tunggu Sarah?”Adelia bertanya mesra kepada Rosnah. 

Air mata Rosnah masih menitis sewaktu menyambut huluran tangan oleh Adelia.  Tanpa menjawab soalan Adelia, Rosnah memeluk Adelia erat.

“Sarah balik.  Sarah tak tipu ibu!”Rosnah berkata dalam esakannya.

“Kenapa Sarah nak tipu ibu?  Kan ibu, ibu kandung Sarah.  Ibu janganlah menangis.  Kan Sarah dah balik,”Adelia berkata perlahan.  Rosnah meleraikan pelukannya terhadap Adelia.

 

 

            Adelia mengeluarkan beg pakaiannya dari dalam tempat duduk belakang kereta.  Beg pakaian yang tidak dilihat oleh Suffian sebentar tadi.  Jika Suffian melihatnya, sudah pasti akan ditertawakannya kerana agak besar untuk tempoh dua hari Adelia pulang ke kampung.  Rosnah cuba untuk menyambut beg pakaian tersebut, namun Adelia tidak membenarkannya.

“Biarlah Sarah yang bawa.  Ibu ni.  Bukan berat pun.  Ibu masak apa tadi?”

“Masak ikan goreng dan sayur kacang buncis goreng.  Ala, tak sedap.  Malam ni ibu masak sedap sikit untuk Sarah ya?”Rosnah menjawab ikhlas. 

Adelia dan ibunya naik ke atas rumah.  Adelia membawa beg pakaiannya masuk ke dalam bilik, sementara Rosnah terus ke dapur.  Sampai di bilik, Adelia mengeluarkan telefon bimbit yang dibelikan oleh Suffian untuk ibunya.  Adelia seperti tidak sabar untuk menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada ibunya.

“Ibu buat apa susah-susah ni?”Adelia menegur ibunya yang sibuk membancuh air di dapur.

“Air sirap limau untuk anak kesayangan ibu, boleh kan?”Rosnah menjawab lembut.

“Ibu, tengok ni!”Adelia mengangkat tangannya menunjukkan beg plastik berisi telefon bimbit kepada ibunya. 

“Apa tu?”Rosnah bertanya laju.

“Untuk ibulah.  Nanti senang ibu nak jawab call Sarah.  Kalau ibu rindu Sarah, nak call pun boleh.  Mari sini Sarah ajar ibu macamana nak guna,”Adelia duduk di kerusi.  Rosnah mengambil dua biji gelas dan duduk di sisi Adelia.

“Banyak duit Sarah?  Kan Sarah masih belajar lagi.”

“Abang Fian belikan.  Dia pun kesian tengok kita susah nak berhubung.  Dah macam orang bercinta pulak kita kan, ibu?”Adelia ketawa.  Rosnah turut ketawa mendengar kata-kata Adelia, terubat benar hatinya yang lara dengan kepulangan anaknya, Sarah.  Gurau senda dari Sarah seolah menjadi penawar kepada kelukaan hatinya selama ini.

“Ibu charge battery kat sini.  Ni nombor Sarah.  Sarah dah simpan.  Bila-bila ibu boleh call.  Sarah top-up kan dari KL.  Ibu tak payah susah-susah.  Bila telefon berbunyi, ibu tekan kat sini.  Dan terus jawab.  Senang kan?”Adelia memandang ibunya, mencari kepastian samada penerangannya terhadap ibunya difahami.

“Ulang semula macamana nak call Sarah!”Rosnah teruja untuk menghubungi anaknya itu apabila hatinya dilanda kerinduan.

“Kat sini.  Ha, ni nombor Sarah.  Ibu tekan.  Tunggu nada dail.  Kemudian, hello, Sarah kat sini.  Hahaha,”Adelia ketawa besar dengan lawak yang dibuatnya sendiri.  Rosnah benar-benar gembira petang itu.  Kerinduannya terhadap Sarah yang melebihi dua puluh tahun benar-benar berbaloi dengan kasih-sayang Sarah kepadanya.  Sarah tidak membuangnya, tidak menyalahkan tindakannya, tidak malu mengakui dirinya sebagai ibu kandung dan yang paling jelas Sarah menyayangi dirinya.

“Ok.  Sekarang kita cuba.  Nak uji sikit ibu faham or tak.  Ibu call Sarah sekarang,”Adelia bersuara mengejutkan lamunan Rosnah. 

Rosnah menekan sesuatu di telefon bimbitnya.  Sejurus itu telefon bimbit di tangan Adelia berlagu riang.  Adelia ketawa lagi.

“Sarah call ibu pulak.  Ibu jawab tau.”

“Hello, Sarah busuk ada?”Rosnah menjawab panggilan yang dibuat oleh Adelia.

“Sarah busuk di sini.  Ni ibu busuk jugak ya?  Mesti rindu ya?”Adelia ketawa.  Begitu juga dengan Rosnah.  Dua beranak tersebut benar-benar gembira, seperti dunia milik mereka berdua. 

“Nah, minum.  Mesti haus kan?”Rosnah menghulurkan gelas berisi air sirap limau  kepada Adelia.

“Sedapnya.  Sayang ibu banyak-banyak.”

 

 

            Selesai solat Maghrib, Adelia membantu ibunya di dapur.  Malam itu Rosnah memasak sup ayam istimewa untuk Adelia.  Adelia pula membuat sambal kicap untuk dipadankan dengan sup ayam tersebut.  Adelia amat berharap kepulangannya kali ini akan mempertemukannnya dengan Rasyid, ayahnya.  Adelia mahu bertanya perihal ayahnya kepada ibunya.  Namun, apabila difikirkan semula ianya mampu merosakkan mood gembira ibunya, Adelia membatalkan niatnya itu

“Dah siap pun sambal kicap ni.  Kicap kat mana bu?  Mesti kat pridge kan?”

“Haa, cepat sikit.  Ibu dah lapar ni.  Sarah balik, terus selera ibu berganda-ganda.”

“Ok.  Semua dah siap.  Sedapnya bau sup ni.  Habislah Sarah gemuk ni nanti.”Adelia mencedok nasi ke pinggan ibunya dan untuk dirinya sendiri.

“Betul sedap sup yang ibu buat?”Rosnah memandang Adelia meminta kepastian. 

“Sungguh sedap masakan Puan Rosnah ni.  Esok kita nak masak apa pulak?”

“Ikut Sarahlah.  Esok kita pergi kedai cari barang.”

“Kita keluar Bandar Ulu Langatlah.  Jalan-jalan cari pasal.  Ibu nak?”Adelia mengeluarkan idea bernasnya.  Rosnah tersenyum, tanda bersetuju dengan perancangan Adelia.

 

 

             Adelia hampir lupa tentang kekasih hatinya Mikhael setelah pulang ke kampung dan melepaskan kerinduannya kepada Rosnah.  Begitu juga dengan Datin Hanim, Datuk Aman Zainal dan abang kesayangannya, Suffian.  Malam itu Rosnah mengeluarkan album gambar lama sewaktu dirinya muda untuk ditunjukkan kepada Adelia.  Rosnah seolah-olah mahu mengimbau memori lukanya bersama Rasyid dan zaman kegelapannya dulu.

“Ibu ada satu rahsia nak bagitau Sarah sebenarnya.  Sarah tengok gambar ni.  Ibu, dulu pernah kerja sebagai pelayan kelab malam.  Kat situlah ibu kenal ayah,”Rosnah berkata perlahan.

“Ee, seksinya skirt.  Mana skrit ni?  Sarah nak try boleh?”Adelia mengusik ibunya. 

Wajah Rosnah tiba-tiba berubah, keruh dan air matanya bergenang.  Adelia yang menyedari perubahan tersebut dengan cepat memegang tangan ibunya.

“Sarah gurau lah, bu.  Itu masa lampau ibu.  Sarah tak berhak nak cakap apa-apa.  Sarah minta maaf.  Tak naklah sedih-sedih macam ni.  Semua orang buat silap, bu.  Ibu kena maafkan diri ibu.”Adelia memeluk Rosnah mesra.  Air mata Rosnah makin deras mendengar kata-kata anaknya itu.

“Sarah tetap sayangkan ibu?  Walaupun tau siapa ibu sebenarnya dulu?”Rosnah masih ragu dengan kata-kata Adelia.

“Tetap dan selamanya ibu.  Dah jangan nangis lagi.  Sepatutnya Sarah yang nangis.  Sarah yang putus cinta.”

“Putus cinta?  Dengan siapa?  Kenapa?  Dia tinggalkan Sarah ke?”Rosnah bertanya bertalu-talu kepada Adelia.

“Entahlah, bu.  Sejak Sarah bagitau Sarah bukan anak Datuk Aman Zainal dan Datin Hanim, dia senyap.  Dah dekat seminggu tak call, tak sms.  Kat kampus pun mengelak kot.  Tak terserempak langsung.  Abang cakap, tu namanya cinta kat Sarah tak ikhlas.  Elok  lupakan terus.  Betul kan, bu?”

“Kenapa Sarah cerita semua tu pada dia?  Tengok apa dah jadi.  Ni semua salah ibu kan?  Ibu yang salah, Sarah.”

“Mengarutlah ibu ni.  Kalau ikhlas sayang Sarah.  Tak kisahlah siapa pun Sarah.  Nampak sangat suka Sarah selama ni sebab dia ingat Sarah ni anak datuk dan datin.  Lelaki macam tu layak dipanggail jantan.” Luahan hati Adelia benar-benar mengejutkan Rosnah.  Bagi Rosnah, Adelia jauh lebih matang dari usianya.  Gadis-gadis  lain seusianya tentu akan meraung menangisi cinta yang kecundang dan merayu-rayu kepada kekasih hati.  Rosnah melihat anaknya itu bijak membuat penilaian dan kuat pertahanan emosinya.  Rosnah amat bersyukur kepada Allah.

 

 

            Lewat malam, pintu rumah diketuk dengan kuat dari luar.  Adelia yang telah lena tidak menyedari apa yang terjadi.  Rosnah membuka pintu, dan Sulaiman meluru masuk lalu merebahkan badannya di ruang tamu.  Rosnah menutup pintu semula.  Rosnah masuk semula ke dalam bilik meneruskan lenanya yang terganggu dengan kepulangan anak lelakinya.  Rosnah merebahkan badannya di sebelah Adelia, melihat wajah Adelia di dalam kegelapan bilik yang telah dimatikan lampunya.  Rosnah amat menyayangi anak perempuannya itu.  Rosnah berfikir-fikir, apakah juadah enak yang mahu dimasaknya untuk Adelia esok pagi.  Rosnah tersenyum sendiri di dalam kepekatan malam, kuih seri muka tentunya enak dimakan bersama Sarah esok pagi.  Di dalam ketidaksabaran Rosnah mahu membuat kuih seri muka, wanita yang telah menemui kebahagiaan itu akhirnya terlena.

 

 

            Pagi itu Adelia tidak tidur semula selepas solat Subuh, sebaliknya turun semula membawa pakaiannya untuk mandi.  Adelia melangkah perlahan sewaktu melintasi abangnya Sulaiman yang tidur di ruang tamu.  Suasana pagi masih lagi terasa, dengan bunyi kokokan ayam dan suasana yang samar-samar.  Adelia masuk ke dalam bilik air dan menutup pintu.  Adelia menukar pakaiannya dengan kain batik untuk mandi.  Perasaan Adelia kurang enak pagi itu, namun digagahinya untuk mandi.  Hasrat Adelia mahu menolong ibunya membuat kuih seri muka di dapur.  Adelia mengambil gayung dan mula menyiram tubuhnya.  Tiba-tiba Adelia merasakan ada bunyi seperti ada orang berada di luar bilik air tersebut.

“Ibu ke tu?”Adelia bertanya dari dalam bilik air.  Tiada suara yang membalas soalannya.  Hati Adelia benar-benar tidak enak untuk meneruskan mandiannya.  Hanya dengan berkemban, Adelia membuka pintu dan keluar untuk melihat siapa yang berada di luar bilik air tersebut.  Sulaiman berdiri di luar bilik air dengan wajah yang meragukan.

“Ibuuuuuuuuuuuuuuuu.  Tolong Sarah!”Adelia menjerit dengan sekuat hatinya.  Sulaiman menarik kain batik yang menyaluti tubuh Adelia.  Adelia sedaya upaya cuba melawan.

“Bukk!  Bukk!  Bukk!”Rosnah memukul Sulaiman bertalu-talu.

“Anak tak guna.  Kau nak buat apa dengan adik kau.  Kalau aku tau perangai kau macam ni.  Baik kau mati  masa kau kecik dulu”Rosnah terus memukul Sulaiman.  Adelia masuk ke dalam bilik air semula.  Dengan cepat Adelia memakai pakaian.  Sementara itu di luar bilik air, Sulaiman yang tidak waras cuba merampas penyapu yang digunakan oleh Rosnah untuk memukulnya.  Di dalam pergelutan itu, Sulaiman menolak Rosnah sehingga perempuan tersebut jatuh.  Nasib tidak menyebelahi Rosnah pagi itu.  Dahi Rosnah terhantuk ke dinding bilik air.  Adelia keluar dari bilik air.

“Ibuuuu!”Adelia menerpa Rosnah yang tidak sedarkan diri.  Sulaiman yang melihat ibunya berdarah dan tidak sedarkan diri bergegas naik ke rumah.  Tidak berapa lama kemudian, Sulaiman turun semula lalu menghidupkan enjin motosikalnya.  Sulaiman menghilangkan diri.

           

            ***** Cer komen,..apa pun heroin mesti selamat punya,..hahaha..