Mr.Dud Next Door
Bab
2
Pinggan
berisi sate diletakkan kasar oleh pekerja kedai. Sate ayam bercampur sate daging sedia menanti
untuk dinikmati oleh Julia sekeluarga.
“Ha, apa lagi? Makanlah!”
Jaliah bersuara agak kuat.
“Ju tunggu airlah, mak. Kang tercekik macamana? Betul kan, ayah?”
“Teramatlah betulnya wahai anakandaku!”
Salman mengangkat tangan kanannya
tinggi. Pekerja kedai terkocoh tiba.
“Mana airnya?”
“Owh, maaf, bang!”
Pekerja kedai berlalu pergi.
“Patutnya tadi, ayah ketuk meja. Bagi dia gabra sikit!”
“Kamu jangan bawak lawak sepuluh sen
kamu tu di sini. Jaga sikit adab! Ju tu anak dara tau!” Jaliah ternyata tidak senang dengan perangai
Julia yang sama seperti di rumah walaupun berada di luar rumah. Air yang dipesan tiga beranak itu tiba.
“Sedap pulak ‘orange juice’ ni!”
Kata-kata Julia tidak mendapat respons
dari Jaliah mahu pun Salman. Salman mula
mencapai secucuk sate. Begitu juga
dengan Jaliah.
“Mak boleh makan sate ke?”
“Kenapa pulak mak tak boleh makan?”
“Susuk mak melompat keluar karang!”
Salman yang selama ini diam, ketawa
terbahak-bahak.
“Kalau mak Ju pakai susuk, tak lah
kembang macam ni!”
“Abang pun sama. Layan lawak bodoh anak abang tu! Eh, lambat pulak nasi goreng ayam saya ni.”
“Cuba awak sabar sikit. Tu sampai tu!”
“Nak
sikit nasik goreng mak, boleh tak?”
Julia kembali berbaik dengan Jaliah setelah penat membulinya.
“Jangan harap. Ju habiskan mee goreng tu. Sibuk pulak nak nasik mak!” Jaliah merengus marah.
“Nak satu sudu pun tak boleh. Majuk arr camni, mak. Nak nasi goreng kampung ayahlah!”
Salman mendekatkan pinggan nasi
gorengnya ke arah Julia. Sudu Julia
singgah mencedok sedikit nasi goreng itu.
“Sedap kan?” Salman mengangkat keningnya.
“Terbaek wahai Haji Salman yang
handsome. Mak tu yang kede. Nanti tak habis, baru nak bagi Ju lah tu!”
“Hah, jangan harap. Mak nak habiskan. Sedap pulak nasik goreng ayam ni!” Wajah Jaliah kembali normal apabila rengusnya
hilang.
“Ju tak nak lah nasik mak tu. Nanti gomok macam mak. Kan ayah kan?”
Salman diam, tidak memberi sebarang komen. Takut Jaliah kembali menyinga.
“Ju, tengok kat belakang Ju tu!” Jaliah berkata laju.
“Kenapa mak? Ada laki kaya ke?”
“Syhh, perlahan sikit bila cakap. Ju toleh cepat, apa perempuan tu buat!”
Julia menoleh pantas. Dilihatnya seorang lelaki menerima huluran
wang dari pasangannya. Perempuan
tersebut menghulurkan wang melalui bawah meja.
Bimbang orang lain melihatnya.
Lelaki tersebut bergerak ke kaunter pembayaran.
“Apa hal perempuan tu bodos sangat,
mak? Boleh bagi lelaki comot tu duit?”
“Mungkin tu suami dia,” Salman memberi
respons positif.
“Ah, abang ni. Kalau laki dia pun, malaulah perempuan yang
bayar. Siap ambik duit nyorok-nyorok
lagi. Ambik duit perempuan tak malu
pulak!”
“Syhhh, cuba awak tu kalau bercakap
perlahan sikit. Tu perempuan tu dah
menoleh tu!”
“Haa lah mak. Dia tengok kita!”
“Biar dia dengar. Jangan jadi bodoh bagi duit pada lelaki
walaupun laki sendiri. Naik lemak lah
karang laki tu. Ju, pilihlah laki yang
elok sikit dibuat suami. Janganlah Ju
yang bayar makan nanti bila kahwin. Beli
beras, pampers. Mak pantang betul lelaki
makan duit perempuan ni!” Rungutan
Jaliah berterusan.
“Bukan mak tak suka laki kaya? Yang sopan dan budi bahasa kalau gaji RM
800.00 macamana, mak?” Julia tersengih
menunggu jawapan Jaliah.
“Itulah susahnya. Kalau miskin beno pun susah. Kaya pun susah. Pening jugak kepala mak ni!”
“Hmm, tak payah pening sangatlah
Ja,..Kita doa saja yang baik-baik untuk Ju ni.
In Shaa Allah dia dapat laki yang betul.
Tak kaya sangat, taklah miskin sangat.
Allah kan dengar rayuan kita,” Salman berkata perlahan.
“Ayah dah macam peserta Pencetus Umah,
Ju tengok!” Julia ketawa kecil.
“Tengok tu, ayah cakap betul-betul, Ju
asyik main-main saja!” Tukas Jaliah.
Sepanjang
perjalanan pulang, Jaliah hanya diam membisu di dalam teksi. Fikiran Jaliah melayang memikirkan nasib anak
perempuan bongsunya, Julia. Peristiwa di
kedai makan tadi, benar-benar mengusik jiwa keibuannya. Macamana nanti jika Ju dapat laki miskin yang
jahat dan tak bertanggungjawab macam laki tadi?
Aku dalam kubur pun tidak tenang!
Jaliah teringatkan Hani, kakak Julia yang baginya agak bernasib
baik. Hani yang mengambil kursus
pendidikan di Universiti Perguruan Sultan Idris itu lancar sahaja perjalanan
hidupnya. Setelah tamat pengajian di UPSI
selama enam tahun, terus mendapat penempatan mengajar di Kuala Lumpur. Tiada waktu untuk Hani menganggur seperti
Julia. Nasibnya makin gemilang apabila
setelah mengajar selama setahun, Hani berjumpa dengan Zul, seorang
jurutera. Perjalanan hidup Julia agak
rumit. Setelah tidak memperolehi gred
cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia, Julia menyambung pengajiannya di
tingkatan 6. Nasibnya Julia agak baik
kerana keputusan STPM gadis itu melayakkan dirinya melanjutkan pelajaran di
Universiti Malaya dalam jurusan Ekonomi.
Namun, itulah nasibnya kini.
Menganggur hampir lima bulan setelah mendapat ijazah.
“Mak senyap saja. Mak marah Ju ke?”
Jaliah tidak menjawab pertanyaan Julia
yang dianggap mengganggu fokus fikirannya ketika itu.
“Ju mintak maaflah. Lepas ni Ju akan kurangkan lawak-lawak bodoh
Ju! Maharaja Lawak Mega pun, Ju tak nak
tengok dah. Nak tumpu cari kerja
saja. Mak senyumlah sikit. Susah hati Ju kalau mak monyok macam tu.”
“Mak Ju tengah fikir tu. Mana nak cari lelaki yang baik untuk Ju. Yang sederhana, tapi tak makan duit
perempuan. Susah jugak tu. Ramai sangat laki tak malu sekarang ni. Mujur ayah ni tak begitu. Kan hajah kan?” Salman kembali menceriakan suasana di dalam
kereta malam itu.
“Ju tak payah susah-susah cari. Biar mak saja yang carikan calon tau!” Jaliah tiba bersuara, bernada keras pula.
“Serius bunyinya. Takut pulak Ju dengar.”
“Mak tak main-main!”
Sampai
di bilik, Julia mencapai laptop buruknya.
Laman sosial Facebook dilayarinya.
Hai, nak pm siapa ni? Boringnya aku. Julia melihat senarai rakan-rakan Facebooknya
yang sedang on-line.
“Dahlia perasannn on-line. Dia dah dapat kerja ke?”
Dengan pantas Julia menghantar pesanan
kepada Dahlia.
“Wei
gojess, sihat?”
“Hey sexy
lady, what’s up there?”
Bila masa pulak aku sexy ni? Budak ni silap makan ubat ke?
“Aku
jobless lah. Kau mesti dah dapat kerja
kan?”
“Dah. Sale kat Ambank. Kau nak joint?”
“Macam
best aje. Sale apa? Salary tetap ke?”
“Tak lah
best sgt. Sale insurance. Pergi office jual insurance. Muka toya and tired beb! Salary based on sale kita. Tapi ada basic salary. Ciputlah!
Minat?”
“Kau duk
mana la ni?”
“PJ. Rumah kongsi lima orang. Kalau kau nak joint, ok aje!”
“Nantilah
aku fikir. Macam tak puas lepak je
dengan mak n ayah aku.”
“Ok. No hal.”
“Apa-apa
aku roger nanti!”
“Ok, bye!
“Bye beb!”
Malaslah nak duk KL lagi. Kalau ada RM seronoklah duduk KL. Kalau pokai?
Aduyai lah jawabnya. Nini ni
tengah buat apa pulak! Julia menghantar
pesanan kepada Nini pula.
“Salam
beb. Buat apa tu?
“Salam. Busy lah.”
“Busy? Kau dah kerja ye?”
“Haa. Manager kat kedai makan mak aku. Kau camner?”
“Sonoknya
jadi manager. Mesti mak kau bagi gaji
okey kan?”
“Tak ada
maknanyer gaji ok. Mak aku bagi 1K
je. Kau dah keje?”
“Aku? Tu lah pasal.
Tanam anggur lah.”
“Alah,
kerja je apa-apa. Susah sangat, kau
kahwinlah.”
“Kahwin? Tu lagi problem!”
“Laki
kaya, less problem beb! Hahaha,..”
“Mana mau
cari laki kaya beb? Bangla adalah!”
“Hahaha,.”
“Okey
lah. Esok jugak aku harder cari
kerja. Bye beb!”
“Okey. Good luck.
Sweet dreams.”
Julia menongkat dagunya. Semua dah kerja. Aku ni sampai bila nak petik anggur. Nak beli bra dan paintis pun mintak mak. Tak boleh jadi ni. Aku mesti kerja! Aku mesti kerja! Laptop di tolak ke sebelah oleh Julia. Mood Julia untuk berfacebook lenyap. Julia baring dengan meletakkan tangan
kanannya di dahi. Malulah aku kalau Kak
Hani balik, aku masih tak kerja ni! Dia
tu kenapa kerek sangat dengan aku ye?
Ingatan Julia berlayar kepada peristiwa tiga bulan lepas di rumah ibu
bapanya itu.
“Akak
sihat?”
Julia menghulur tangannya kepada
Hani. Hani menyambut huluran tangan dari
adik bongsunya itu.
“Sihatlah. Ju mesti makin sihat kan? Dah hari-hari melepak saja. Dah berapa bulan melepak ni?” Soalan sinis terhambur dari mulut Hani. Julia yang tidak mengesyaki apa-apa
ketidakpuasan di hati Hani, hanya tersenyum.
“Baru je konvo last week. Rileks lah!”
“Banyaklah kau punya rileks. Berapa lama mak dan ayah nak tanggung
kau? Nanti duit aku bagi, habis bagi
makan kat kau saja!”
“Nanti Ju carilah kerja.”
“Eh, laki kamu tak nak masuk ke?”
Jaliah muncul di ruang tamu mendukung
Qila yang berumur lapan bulan.
“Mak Su dukung nak?”
Julia menghulurkan tangan, lalu mencapai
Qila dari dukungan Jaliah.
“Biarlah dia mak. Nak sejuk dulu dalam air-cond katanya!” Hani menjelaskan perihal suaminya, Zul.
“Amboi, kemain lagi. Dah tau rumah mak ni, tak ada air-cond,
janganlah belagak sangat. Dulu masa nak
minang kamu, elok pulak perangainya!”
Tukas Jaliah kasar.
“Mak ni.
Kejap lagi, abang masuklah tu. Ha
Ju, buatlah air! Bak Qila tu!”
Hani bangun dari sofa mencapai Qila dari
dukungan Julia. Julia terkesima. Jaliah berlalu ke dapur, dan Julia
membuntutinya.
Dah
tiga bulan. Mesti Kak Hani balik lagi
ni. Macamana ni? Aku mesti kerja juga!
“Kerja!
Kerja! Kerja!”
Tiba-tiba Julia menguntum senyum di
bibir.
“Esok aku pergi lagi PPD tu! Aku nak kerja jugak. Apa jadi jadilah!”
Laptop dicapai kembali. Julia memerika e-mailnya pula. Kenapalah tak ada company yang reply ni? Hampeh betul.
Julia mematikan laptopnya segera.
Nak majuk arr. Eh, sewel ke apa aku ni. Nak merajuk dengan siapa pulak! Julia bangun meletakkan laptopnya di atas
meja. Almari pakaian dibuka pantas. Sepasang baju kurung biru ditarik
keluar. Begitu juga dengan sehelai
tudung bawal biru.
“Alamak, dah macam lagu sepasang kurung
biru pulak! Mesti aku cun esok ni!”
Julia bergerak di satu sudut bilik, di
mana seterika berada. Plug dipasang
laju. Kurung biru tersebut digosok
dengan laju. Esok pagi-pagi aku serbu
PPD, sure depa teruja punya. Atau lebih
tepat simpati kat aku yang comel ni.
Sure dapat jadi guru ganti punyalah.
Tak kisahlah dua bulan saja. Eh,
cikgu la ni dah songeh. Cuti bersalin
tiga bulan. Kira okey lah tu kan?
“Assalamualaikum murid-murid. Saya Cikgu awak semua yang baru. Nur Julia Arina. Saya harap awak semua akan beri kerjasama.”
Apa yang bau hangit ni? Julia lantas memandang baju kurung birunya.
“Maakkkkkkk!”
Jeritan Julia menarik perhatian Jaliah
dan Salman yang telah masuk ke bilik.
Jaliah menolak daun pintu bilik Julia pantas.
“Kenapa ni Ju?”
“Huwa,..habis baju Ju terbakar. Mak tolonglah, mak!” Julia merengek kepada Jaliah.
Jaliah duduk di birai katil Julia,
melepaskan penat berjalan pantas sebentar tadi.
“Mak ingat apa tadi. Ju janganlah macam budak-budak,” Jaliah
bersuara perlahan. Sedikit kesal dengan
tindakan Julia yang menjerit hanya kerana baju kurungnya terbakar.
“Ada apa ni, Ju?” Salman bertanya lembut. Kasih-sayangnya tumpah kepada anak bongsu
yang manja itu.
“Maaf mak. Ayah.
Terkejut tadi sebab baju terbakar!”
“Ju nak pergi mana esok ni?” Salman memandang wajah Julia lembut.
“PPD.
Nak paksa diaorang bagi Ju jadi guru ganti gak!”
“Eloklah tu. Jangan kamu buat lawak bodoh kamu tu di sana,
sudahlah. Dahlah. Mak nak tidur ni. Jom, bang!”
Jaliah bangun, lalu bergerak keluar dari
bilik. Salman masih berdiri di muka
pintu.
Salman
berjalan perlahan menuju katil, lalu duduk di tempat Jaliah duduk. Julia bangun membuka almari pakaiannya
semula.
“Ni okey tak, ayah?”
“Okey sangat. Ayah doakan Ju dapat kerja esok! Ni ayah nak tanya ni? Kenapa Ju macam terdesak sangat nak kerja
ni?”
Julia kembali duduk, lalu mula menggosok
baju kurung merah jambunya. Soalan
Salman dibiarkan sepi.
“Ayah ni cakap dengan tunggul ke?” Salman ketawa kecil.
Julia turut ketawa.
“Kan dah lima bulan menganggur. Kesian mak ayah masih tanggung Ju. Lagi pun,...”
“Lagi pun apa? Tu kalau bercakap, pandang pada baju tu. Nanti terbakar lagi!”
Seterika di tegakkan, dan plug di off
kan semula. Julia memandang wajah
ayahnya itu memohon pengertian.
“Lagi pun kalau Kak Hani balik,
macamana? Malulah Ju kat dia!”
“Eh, malu kenapa pulak? Dia cakap apa pada Ju masa balik hari tu?”
“Tak ada apalah ayah. Cuma Ju yang sedar diri. Tahun depan dah suku abad. Sampai bila nak mak dan ayah tanggung?”
“Sabarlah Ju. Rezeki orang ni tak sama. Kita tak tau bila Allah akan beri. Jangan berhenti berdoa. Ayah doakan Ju dapat kerja esok. Dah cepat gosok tu. Tidur cepat.
Kan nak cantik esok mintak kerja!”
Salman bangun dan bergerak ke pintu
bilik.
“Mekacih, ayah!”
Salman hanya tersenyum menyambut ucapan
terima kasih dari anak kesayangannya itu.
Keesokan
paginya.
“Ju, mari sarapan dulu. Ayah beli roti canai ni!” Salman yang berada di meja dapur melaung
Julia yang telah berada di ruang tamu.
Julia menoleh lalu menghadiahkan senyuman manis buat ayahnya.
“Nak air, mak!”
“Manja tak sudah-sudah!”
Jaliah menuangkan Nescefe panas ke cawan
kosong untuk Julia, walaupun mulutnya mencebik.
“Pagi-pagi ni, mak kena senyum banyak
tau. Barulah rezeki masuk. Terutama rezeki anakmu yang manis ini. Kan ayah kan?”
“Betul tu, Ja. Senyumlah sikit. Ju nak ayah hantar ke?”
“Oh tidak wahai ayahandaku. Ju nak berdikari. Ju bawak motorlah. Don’t worry.
Ju akan drive carefully,” Julia tersengeh kepada Salman dan Jaliah.
“Bawak motor tu hati-hati. Kamu jangan buat perangai kamu masa sekolah
dulu. Jangan merempit pulak!” Jaliah memandang wajah Julia.
“Itu dululah, mak. Masa form six. Dah lama berlalu. Orang kata apa ayah? Barang lepas jangan dikenang kan?”
“Pandai saja menjawab. Ha, makanlah cepat. Kan nak berdrama di PPD tu!”
Salman hanya tersenyum mendengar Jaliah
membebel kepada Julia. Julia mencapai
roti canai kosong, lalu menggigitnya.
“Ambil satu, letak dalam pinggan
ni!” Jaliah memberi arahan, sambil
menghulurkan pinggan kecil kepada Julia.
“Opps!
Ampun, mak!”
“Ju
pergi, mak.”
Julia menghulurkan tangan kepada Jaliah. Selepas bersalaman dengan Jaliah, Julia
menghulur tangan pula kepada Salman.
“Ayah doakan Ju dapat kerja!”
Salman tersenyum, mengiringi pemergian
Julia dengan restu pagi itu. Julia
memakai topi keledar dengan pantas.
Motor Kris milik Salman meluncur perlahan meninggalkan perkarangan rumah
Jaliah dan Salman.
“Awak ni, Ja. Bengis betul dengan Ju tu. Belum tentu anak kesayangan awak, Si Hani tu
akan jaga awak nanti!”
“Ke situ pulak abang ni. Saya tegas dengan Ju tu biar dia
berusaha. Kurang berangan. Bila masanya pulak Hani tu anak kesayangan
saya? Sama saja saya sayang semua
anak-anak saya. Hani ke? Shamsul ke?
Ha, Ju ke? Sama saja saya
sayang!”
“Itu kata awak, Ja. Kata budak-budak tu? Ni, lama dah Shamsul tak balik. Mesti kecik hati dengan awak agaknya.”
“Kenapa pulak nak kecik hati dengan
saya. Apa yang saya dah buat. Abang ni, macam-macam. Jangan tuduh sebarang, bang!”
“Saya
pergi dululah. Layan awak ni, gaduh
pulak kita nanti!”
Salman membuka pintu teksinya, lalu
menghidupkan enjin. Tidak berapa ketika,
teksi milik Salman bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah. Jaliah masih berdiri di muka pintu
memerhatikan teksi suaminya berlalu pergi.
Kesunyian tiba-tiba menerjah lubuk hatinya. Kalau Ju dapat kerja di KL sana, macam
dululah aku sunyi. Ni sementara dia ada
ni, kenapalah aku garang sangat kepadanya?
Jaliah menutup pintu, lalu duduk di sofa. Fikirannya terus-terusan tertumpu kepada anak
bongsunya, Julia.
“Betul ke aku pilih kasih? Kesian Ju dan Shamsul!”
Mengingati Julia dan Shamsul, tentunya
ingatan Jaliah tidak boleh lari dari mengingati anak keduanya, Hani. Betul ke aku lebih sayangkan Hani? Ingatan Jaliah berlayar sewaktu hari pertama
pemergian Julia ke Universiti Malaya.
Langkah Jaliah yang mahu masuk ke bilik Julia terhenti apabila mendengar
perbualan Julia dan Salman.
“Mak memang sayangkan Kak Hani ekh?”
“Kenapa pulak Ju cakap macam tu? Ayah tengok sama saja mak sayang. Kenapa ni?”
“Mak tak buat apa-apa pun Ju nak masuk
UM ni. Dulu masa Kak Hani masuk UPSI,
mak buat kenduri doa selamat kan? Ju
ingat lagi masa tu!”
“Mak tak cukup duit kot. Duit yang ayah bagi tak cukup. Tak baik fikir bukan-bukan. Nanti kat jalan, ayah belanja makan
sedap-sedap. Eh, sampai KL
nantilah. Kita makan sedap-sedap ye?”
“Betul?”
“Tak kan ayah nak tipu anak ayah
ni. Kat sana nanti, belajar
elok-elok. Jangan cari boyfriend pulak!”
“Mestilah tak cari, ayah. Ju nak belajar. Nak kerja.
Nak balas budi baik, mak dan ayah besarkan Ju. Ni, beg untuk ayah tolong bawakan!”
Jaliah
kembali kepada realiti.
“Maafkan mak, Ju. Tak baik mak buat Ju macam tu.”
Ingatan Jaliah terus-terusan berpusat
kepada Julia.
“Ju anak yang baik. Mak yang salah beza-bezakan kasih-sayang mak
kepada Ju dan Kak Hani. Shamsul
pun. Maafkan mak, Shul!”
“Ponnnnnnnnnn!”
Jaliah bergerak menyingkap sedikit
langsir rumahnya. Lori kecil Si Apek
yang menjual barang-barang basah telah berada di depan rumahnya. Senah telah tiba di tepi lori Apek
tersebut. Awal pulak Si Apek ni? Jaliah melangkah laju masuk ke biliknya
mengambil dompet kecil.
“Awal lu pagi ni? Mimpi ka?”
Jaliah menyoal Apek agak kasar.
“Ye lah Ja. Selalunya pukul 10.30 baru nak nampak lori
buruk ni. Dah dipusing-pusingnya taman
mana entah baru datang sini. Dah habis
semua barang baru sampai sini!” Senah
menyokong hujah kawan baiknya itu.
“Haiya, saya datang lambat, lu
marah. Datang cepat lu marah. Saya tak mau datanglah lagi!” Apek ketawa besar.
“Oo, tak mau datang ye? Kalau tak nak datang bungkus business kamu tu
Apek. Dahlah sayur kecut tak segar. Ikan pun tak semenggah aku tengok. Boleh lu belagak lagi ye?” Jaliah berkata geram.
“Okey-okey. Ampun puan-puan yang cantik. Tapi cantik 20 puluh tahun dululah,..” Apek ketawa lagi.
“Saya cuba bawa ikan dan sayur yang
segar esok. Jangan marah-marah. Nanti tarak cantik. Siapa susah.
Suami kahwin lain nanti!”
“Kamu jangan merepek ye! Dah Tepi sikit!” Senah menjerkah Apek kuat.
Apek berlalu ke tepi.
“Aku nak masak ayam ni, Nah. Nak beli di kedai Pak Ismail depan tu. Kena tunggu Ju baliklah ni!”
“Ju pergi mana? Dah dapat ke dia kerja?”
“Belum.
Dia pergi Pejabat Pelajaran di Bandar nun. Nak jadi guru ganti katanya! Takut dia balik lambat saje!”
“Kalau macam tu kamu belilah dulu ikan
Apek lembik ni. Memang nak kena sekeh
Apek ni. Dia ingat kita surirumah ni,
tak berakal apa, jual sayur dan ikan dah lembik!”
Menjelang
pukul 12.00 tengahari, kedengaran bunyi enjin motosikal di halaman rumah. Jaliah tersenyum. Ju dah baliklah tu.
“Ju, mari makan!” Jaliah berteriak memanggil Julia yang baru
masuk ke ruang tamu. Julia tersenyum,
lalu berjalan menuju ke dapur.
“Mak masak apa ni? Macam sedap saje!”
“Masak lemak cili api ikan temenung
saja. Ingat nak beli ayam. Tunggu Ju balik, lama sangat. Tak larat mak nak jalan ke kedai Pak Ismail
tu.”
“Tak payah masak ayam. Ikan ni pun cukup. Boleh Ju makan sekarang? Eh, ayah tak balik makan lagi?”
“Eh, kenapa pulak tak boleh? Makanlah!
Ambik pinggan untuk mak sekali.
Kejap lagi ayah Jut u baliklah!”
Julia pantas mengambil dua keping
pinggan di rak pinggan-mangkuk. Julia
mencedok nasi untuk dirinya dan Jaliah.
Ikan masak lemak di dalam mangkuk diceduk laju. Sayur taugeh goreng bersama tauhu juga
diambil. Tidak ketinggalan sambal
belacan sentuhan Jaliah. Julia mula
menyuap laju ke dalam mulutnya. Segala
perbuatan Julia diperhatikan oleh Jaliah.
Mak sayangkan kamu, Ju. Maafkan
mak!
“Kenapa mak tak makan pulak? Mak kesian dengan Ju ye?”
“Kesian kenapa pulak?”
“Sebab Ju asyik tak dapat kerja
kan?” Julia tersengeh manja.
Jaliah menggelengkan kepala.
“Mak silaplah. Esok Ju mula mengajar. Dapat 3 bulan kerja. Ganti cikgu bersalin. Mekacih ye, mak!”
“Baguslah tu. Kenapa terima kasih pada mak pulak?”
“La, kan mak yang doakan Ju dapat
kerja. Tanpa doa mak dan ayah, siapalah
Ju ni.”
Jaliah sebak tiba-tiba. Jaliah seperti terpandangkan wajah anak
kesayangannya Hani yang sudah tiga bulan tidak menghubunginya.
***** Okey tak? Sila komen!
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete