Melbourne,
Aku Ingin Pulang
Bab 2
Kampus Universiti Limkokwing. Setelah tamat kuliah di Dewan Kuliah A,
Adelia berjalan keluar dari dewan kuliah.
Niat hatinya mahu bergerak ke kafe berhampiran. Suraya yang berjalan beriringan dengannya
dapat membaca teman baiknya itu berada di dalam keresahan.
“Kau kenapa ni? Cuba cerita kat aku. Seharian tak datang kelas semalam. Ni aku tengok monyok saja. Gaduh dengan Khael?”Suraya menduga masalah
yang dihadapi oleh Adelia.
“Tak lah. Masalah lain.
Aku rasa lebih besar dari masalah cinta.
Cinta boleh dicari, ni lagi complicated.
Nantilah aku cerita kat kau.
Jomlah minum.”
Adelia menarik tangan Suraya menuju
kafe. Setelah mengambil makanan dan
minuman serta membuat pembayaran, Adelia dan Suraya mencari tempat duduk. Nasib mereka baik kerana terdapat sebuah meja
kosong yang baru ditinggalkan. Mereka
berdua mula menjamah makanan masing-masing.
Mee goreng berlaukkan telur goreng mata kerbau itu Adelia kuis-kuis
menggunakan garpu. Ternyata selera
Adelia belum pulih sepenuhnya walaupun telah dipujuk oleh Datin Hanim dan Suffian. Kenyataan tetap kenyataan. Adelia memerlukan masa untuk menerima dan
menyesuaikan diri dengan kenyataan tersebut.
“La, tadi beria nak makan. Main-main pulak dengan mee goreng tu,”Suraya
mula membebel.
“Selera kuranglah. Sedap nasi lemak tu?”Adelia memandang Suraya
menanti jawapan.
“Mestilah sedap. Jangan harap nak mintak!”Suraya ketawa.
“Aku pun tak naklah,”Adelia juga
ketawa.
Adelia mengeluarkan telefon bimbitnya
yang berbunyi. Adelia menjawab panggilan
dari Mikhael.
“Khael nak datang makan. Kau tak kisah?”
“Hahaha. Drama apa ni? Bukan selalu kau orang berdua dating bertiga
dengan aku ni? Ngada pulak hari ni. Confius mak cik!”Suraya meneruskan
ketawanya. Adelia yang mendengar
kata-kata Suraya turut ketawa. Memang benar segala kata-kata Suraya, Adelia
selalu mengajak Suraya sewaktu berjumpa dengan Mikhael.
Jejaka
idaman pujaan kampus tiba. Kehadirannya
sudah tentu menarik perhatian ramai.
Mikhael menarik kerusi, lalu duduk di sebelah Adelia. Mikhael duduk terlalu rapat di sisi Adelia,
sehingga memaksa Adelia menginjakkan kerusi plastik yang didudukinya.
“Semalam tak datang kampus. Phone off.
Kenapa ni baby?”Mikhael bertanya lembut.
“Tak ada apalah. Phone jatuh,”Adelia membohongi Mikhael.
“Tadi ok saja boleh jawab call. Baby tipu ekh?”Mikhael tersenyum mengumpan
jawapan yang sebenar dari Adelia. Adelia
tidak cepat melatah.
“La, lepas kering, sebab jatuh dalam
bilik air, phone ok lah. Lagi pun
semalam kat rumah mama, malas nak pergi kelas. Jawapan diterima tak wahai kekasihku?”Adelia
menyakinkan Mikhael.
Mikhael diam sejenak memikirkan sejauh
manakah rasionalnya kata-kata Adelia.
“Ok lah. Khael terima. Habis yang tak makan ni kenapa?”Mikhael
memandang pinggan mee goreng Adelia yang tidak terusik, sedangkan pinggan
Suraya hampir kosong.
“Adel diet tu. Nak cantik persis Neelofa katanya,”Suraya
membantu Adelia menyelamatkan diri.
Adelia tersenyum mendengar kata-kata Suraya.
“Betul tu. Lagipun macam tak sedap saja. Sayang nak?”
Mikhael menarik pinggan mee goreng milik
Adelia, mula menjamah makanan tersebut.
“Sedap saja. Betul baby tak nak?”
“Yup!
Tak nak. Sayang makanlah. Macam lapar Adel tengok.”
Adelia memandang Mikhael mesra.
“Betul baby i ni tak ada problem, cik
Suraya?”
Mikhael memandang Suraya mencari
kepastian.
“Mestilah tak ada. Kalau ada mesti i tau dulu, before u. Haha,”Suraya ketawa.
“Mana i tau if u all berdua
berpakat. Kawan baik. I ni kadang macam orang asing saja.”
Mikhael memandang Adelia di sisi sambil
terus menjamah mee goreng di depannya.
“Sayang jangan mengarut sangat! Nanti Su rimas tengok drama kita pulak!”
Adelia menyedut milo aisnya.
“Adel beli air lain for sayang ya?”Serentak
dengan itu, Adelia bangun dan beratur membeli minuman untuk Mikhael.
“Su, betul Adel ok? I tengok pelik. Better u tell me!”
Mikhael meletakkan sudu dan garpunya di
pinggan, menanti jawapan dari Suraya.
“Betullah. U ni macam tak percaya Adel,”Suraya menjawab
lancar, walaupun belum mengetahui cerita sebenar dari Adelia. Adelia tiba membawa air minuman buat Mikhael.
“Teh ais ok?”
Adelia kembali duduk di kerusinya.
“Anything ok as long dari baby,”Mikhael
tersenyum menerima teh ais yang diletakkan oleh Adelia.
“Romantiknya, i jealous tau!”Suraya
ketawa.
“Nanti i carikan u boyfriend. Ok?”Mikhael bertanya nakal.
“No, thanks Mr.Mikhael. I belum desperado tau. I ada mangsa sendiri. Hahaha,”Suraya berkata agak kuat.
“Mangsa?
Macamana aku tak tau pulak! Kau
biar betul Su,”Adelia tertarik dengan kenyataan Suraya.
“Adalah.
Rahsia dulu. If jadi boyfriend,
baru bagitau kau,”Suraya memberi penjelasan.
“Handsome?”Mikhael bertanya sepatah.
“Bolehlah. Aaron Aziz.
Hahaha,”Suraya berjaya memperdayakan Adelia dan Mikhael.
“Cakaplah betul-betul. Aku kenal ke?”Adelia masih tidak melepaskan
Suraya, masih mahu kepastian siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Suraya.
“Tak adalah. Saja ja sebut. No man, no cry ok!”Suraya ketawa. Mikhael tersenyum hambar mendengar kata-kata
Suraya, pastinya tidak menyenanginya.
“I pergi kelas dulu. Jawab call please, baby,”Mikhael berkata
sambil memandang Adelia penuh mesra, penuh kasih-sayang. Adelia mengangguk perlahan, hatinya turut
tersentuh dengan tingkah laku kekasihnya yang menyayangi dirinya itu.
“Sorry!
I tak kan off phone lagi. Tak
sengaja, sorry sayang,”Adelia akhirnya mengakui akan kesilapannya.
“I dah agak dah. Nanti i call u. I gerak dulu.
Mikhael
meninggalkan Adelia dan Suraya di kafe.
Adelia kembali melayani perasaannya yang tidak pernah tenteram sejak
mengetahui siapa sebenarnya dirinya itu.
Adelia melepaskan keluhan yang berat.
Suraya yang menyedarinya merasa begitu teruja untuk mengetahui apakah
masalah yang dihadapi oleh Adelia.
“Cuba cerita kat aku. Ada apa sebenarnya. Kalau bukan isu Mikhael, tak kan isu family
kot. Datuk ada skandal? Bukan itu perkara biasa. Kau kena terima. That’s true fact of man. Mana boleh satu perempuan saja. That’s why, Islam benarkan lelaki kahwin
empat beb!”Suraya membuat tekaan yang ternyata tersasar.
“Bukanlah. Daddy tu baik. Setakat ini tak pernah dengar dia buat
perangai,”Adelia membetulkan tuduhan Suraya terhadap Datuk Aman Zainal.
“Ceritalah. Ada kalanya meluahkan perasaan itu baik untuk
kesihatan, minda dan lain-lainlah. Itu
pun kalau kau percaya akulah. Wei, kita kan
kawan baik,”Suraya memujuk kawan baiknya itu.
Adelia masih diam. Air milonya yang masih bersisa disedut
perlahan.
“Aku bukan anak datuk dan datin. Abang Suffian bukan abang aku. Aku masih tak tahu aku anak siapa. Aku rasa aku sorang-sorang sekarang ni
harungi hidup. If Khael tau, aku tak
pasti dia dapat terima aku atau tidak,”Adelia akhirnya berkata jujur, menjawab
segala persoalan di minda Suraya. Suraya
terdiam, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
“Kalau kau duduk di tempat aku, apa kau
nak buat? Masih berlakon sebagai anak
bongsu kesayangan Datuk Aman Zainal dan Datin Hanim?”Adelia bertanya kepada
Suraya tegas. Otak Suraya berfikir laju
cuba menjawab soalan tiba-tiba dari Adelia yang tersembunyi maksud yang dalam.
“Aku? Jadi kau?
Aku cari family sebenar aku. Aku
ada dua familylah. Aku kena terima
hakikat tersebut. Nak salahkan
siapa. Takdir? Ibu kandung?
Ibu angkat? Tapi aku tau, berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Aku faham keadaan kau. So, apa
kau nak buat? Aku tau, kau mesti masih
keliru, tidak tenteram dan entah apa-apa entahkan? Tanyalah datin, siapa keluarga kandung
kau. Jumpalah mereka, mungkin kau akan
lebih tenang, tidak gelisah begini.
Abang Suffian? Dia kata
apa?”Suraya bertanya nakal mengingatkan Abang Suffian yang tampan, lebih tampan
berbanding Mikhael di matanya. Adelia
mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan Suraya.
“Abang macam tu lah. Tiada perubahan kasih-sayang terhadapku
katanya. Tapi manalah nak sama sekarang
ni. Aku rasa aku dah hilang mama, daddy
dan Abang Suffian sekarang ni. Khael
pulak? Entahlah,”suara Adelia semakin
mendatar.
“Apa sebab hilang mama, daddy dan Abang
Suffian pulak? Tak adanya mereka nak
buang anak kesayangan dan adik kesayangan yang sorang ni. Cuba rasional. If tak suka kau, dah lama kau dibuang ke
longkang,”Suraya ketawa. Niatnya cuma
mahu menghiburkan Adelia.
“Khael?”Adelia bertanya sepatah.
“Apa ke halnya Mikhael nak tinggalkan
kau. Dia sukakan kau. Bukan gelaran kau anak datuk tu. Cuba rasional sikit wahai Adelia Saffya. Bangun cepat dari susah hati, sedih dan
macam-macam lagi. Jangan fikir
perkara-perkara yang belum berlaku. Mana
perginya Adelia Saffya yang matang,
bercita-cita tinggi dan tabah ni. Jangan
bikin malu beb! Mengaku kalah sebelum
berjuang,”seboleh mungkin Suraya cuba memulihkan semangat Adelia.
“Kau cakap senanglah beb. Bukan kau yang anak angkat,”air mata Adelia
menitis perlahan.
“Cuba pandang positif. Kau tetap kesayangan datuk, datin dan abang
kau. Cuma kau kena terima kau ada
keluarga kandung, yang perlu kau kenali, dan kau sayangi,”Suraya masih tidak
putus asa memujuk Adelia. Adelia
mengesat air matanya yang gugur menggunakan tisu. Adelia sedar, dirinya perlu mengimbangi
perasaan gusarnya, agar tidak mengganggu pelajarannya. Selain Suraya, kepada siapakah dirinya mahu
mengadu?
“Ya Allah, kuatkan imanku yang goyang
ini.” Hati Adelia berbisik. Adelia pasrah dengan takdirnya, dirinya cuma
anak angkat Datuk Aman Zainal dan Datin Hanim.
****
Haykal
Suffian di pejabatnya. Suffian menyandarkan badannya di kerusi. Ingatan Suffian melayang jauh mengingati adik
kesayangannya, Adelia. Tentunya Adelia
terluka dengan kenyataan pahit yang baru diketahuinya. Mampukah gadis muda berusia 21 tahun itu
bertahan, jika kenyataan hidupnya selama 21 tahun itu tergugat? Apa lagi jika kehilangan kawan-kawan yang
mengelilinginya gara-gara statusnya sebagai anak Datuk Aman Zainal. Telefon bimbit di atas meja berbunyi nyaring,
menghilangkan ingatan Suffian terhadap Adelia.
“Sayang, kita lunch sama, please!”Suara
manja Amanda kedengaran di talian.
“I busylah sayang. Next time ok?
I call petang ni!”Suffian menjawab perlahan sambil mengakhiri
perbualannya dengan Amanda. Suffian
tidak tahu mengapa dirinya menjawab begitu terhadap ajakan makan tengahari
Amanda. Mungkin disebabkan hatinya masih
runsing memikirkan Adelia. Suffian amat
bimbang Adelia merasa rendah diri sehingga tidak mampu mengawalnya, sehingga
menjejaskan tumpuannya kepada pelajaran dan kehilangan sebahagian besar
kawan-kawannya. Suffian tidak dapat
membayangkan sekiranya Adelia yang begitu ceria dan manja itu seratus-peratus
berubah, dan lama-kelamaan hilang dari keluarganya.
Suffian
pernah menghalang hasrat Datin Hanim yang mahu memberitahu perkara sebenar
kepada Adelia. Datin Hanim mempunyai
alasan kukuh, yang tidak mampu untuk Suffian menafikannya. Ibu kandung Adelia mahu berjumpa dan menerima
panggilan ibu dari Adelia. Mampukah
Suffian menghalang hak seorang ibu kandung yang mahu berjumpa dengan anaknya,
dan hanya mahu mendengar panggilan ‘ibu’ dari anak kandungnya itu? Apa yang paling tepat siapa Suffian untuk
bertindak kejam begitu, melebihi kuasa dan kasih-sayang mama dan daddy terhadap
Adelia.
“Mama, adik tak perlu tahu akan perkara
ini. Fian takut adik tak dapat menerima
hakikat yang dia anak angkat. Mama nak
tengok adik tak ceria, sedih dan muram sepanjang hidupnya?”Suffian menghalang
hasrat Datin Hanim petang itu.
“Fian, adik harus tau. Mama pasti muram adik sekejap saja. Bila adik dah terima kenyataan, mama pasti
adik akan ceria semula. Lagi pun sampai
bila harus kita simpan rahsia ini? Cuma,
kita harus yakinkan adik, kasih-sayang kita kepadanya tidak
berbelah-bahagi. Mama harap Fian
mengerti maksud mama.”
Telefon di atas mejanya pula menjerit.
“Encik Suffian, semua pemegang saham
telah bersedia di bilik mesyuarat,”suara Mimi setiausahanya kedengaran di
talian.
Suffian bangun dari kerusi dan berjalan
keluar dari bilik pejabatnya. Langkahnya
laju menuju bilik mesyuarat. Suffian
duduk di sebelah daddy, Datuk Aman Zainal.
Mesyuarat berlangsung dengan Suffian masih dibelenggu kerisauan
memikirkan Adelia. Mesyuarat yang
berlangsung tidak sampai dua jam itu berakhir kerana tiada isu besar yang
dibangkitkan oleh para pemegang saham.
“Daddy tengok Fian tidak memberi tumpuan
sewaktu mesyuarat. Mengapa?”Datuk Aman
Zainal bersuara setelah para pemegang saham keluar dari bilik mesyuarat. Kini yang tinggal hanya Suffian dan Datuk
Aman Zainal.
“Fian risaukan adik tu. Daddy tak risau ke? Adik balik pada keluarga kandungnya
nanti? Atau tak nak balik rumah
terus?”Suffian meluahkan kerisauannya.
Datuk Aman Zainal tersenyum. Cukup menyedari akan kasih-sayang Suffian
terhadap adiknya, Adelia.
“Fian jangan risau sangat. Adik masih boleh buat pertimbangan. Daddy yakin adik tak akan tinggalkan kita
walaupun dia mengenali keluarganya. Adik
akan punya dua keluarga. Dua keluarga
yang menyayanginya. Daddy sedang
berfikir untuk memberi saham syarikat kepada adik dan Fian. Masanya sudah tua. Daddy pun bukan muda lagi,”Datuk Aman Zainal
berkata perlahan.
“Fian belum bersedia untuk mengurus
syarikat sendirian, ayah,”Suffian memandang ayahnya itu.
“Siapa kata daddy nak bersara? Cuma nak beri saham syarikat kepada Fian dan
adik,”Datuk Aman Zainal ketawa.
“Tadi daddy kata, daddy dah tua. Tu yang Fian ingat daddy nak bersara
tu,”Suffian pula ketawa.
“Belum tua sangat kan? Daddy cuma risau hak adik terjejas,”Datuk
Aman Zainal memandang Suffian penuh pengertian.
“Daddy tak percaya Fian? Daddy tau kan Fian sayangkan adik
macamana?”Suffian tidak berpuas hati dengan kata-kata Datuk Aman Zainal.
“Hahaha, daddy percaya. Cuma tak percaya dengan bakal menantu daddy
nanti. Mana tau dia tak sukakan adik,
dihasut Fian supaya mengambil semua hak adik.
“Amanda?”Suffian bertanya sepatah.
“Fian pasti menantu ayah nanti
Amanda?”Datuk Aman Zainal ketawa lagi.
Diikuti oleh Suffian pula.
“Kami dah bertunang daddy! Daddy macam meragui Fian. Fian tak ada perempuan lain lah,”Suffian
membela dirinya.
“Ok, ok.
Daddy percaya!”
Suffian
kembali ke biliknya. Hatinya masih tertanya-tanya
apakah maksud Datuk Aman Zainal berkenaan betulkah Amanda yang akan menjadi
menantunya. Adakah daddy tidak menyukai
Amanda? Ataupun daddy tidak percaya
dirinya boleh setia kepada seorang perempuan?
Memang benar dirinya mempunyai pakej lengkap seorang lelaki. Dirinya anak datuk yang berharta, bukan datuk
yang membeli gelaran tersebut yang mungkin tidak berharta dan tidak
berpengaruh. Selain itu Suffian juga
tampan bergaya, berpendidikan dan menyandang jawatan besar di syarikat Datuk
Aman Zainal. Pendek kata, tiada
perempuan yang mampu menolak cintanya, sekiranya Suffian meluahkan kata-kata
cinta. Adelia juga pernah berkata betapa
beruntungnya perempuan yang memiliki Suffian.
Suffian kembali mengingati adiknya yang comel itu.
“Seronok ke abang jadi jejaka
rebutan?”Adelia bertanya kepada Suffian satu petang sewaktu menemaninya
berenang di kolam renang di banglo mereka.
“Rebutan? Siapa yang merebut abang? Tak ada siapa pun!”
Suffian menyambut tuala yang dihulurkan
oleh Adelia.
“Tak adalah yang berebut tarik rambut
kerana abang. Tu sebab abang tak
layan. Cuba kalau abang layan. Habislah perempuan berebut. Kawan adik, Si Suraya tu pun tergila-gila kat
abang. Abang handsomelah, sweetlah. Sampai nama abang pun lemak merdu
katanya. Eeee,”Adelia menjawab soalan
yang diajukan oleh Suffian.
“Kalau adik bukan adik abang, adik pun
tergoda dengan abang ke?”Suffian ketawa besar setelah mengajukan soalan
merepeknya.
Suffian tersenyum sendiri mengingati
kemesraan dirinya bersama Adelia.
Satu-satunya adik kesayangannya di dunia ini. Pintu ditolak dengan kasar dari luar. Amanda tersenyum manis di depan pintu.
“Lunch
please, sayang,”Amanda berkata manja.
Amanda berjalan mendekati Suffian di
kerusinya. Perlahan Amanda cuba duduk di
riba Suffian. Suffian menolak lembut.
“Ni kenapa daring sangat ni?”
Suffian tidak selesa dengan perlakuan
Amanda. Amanda bergerak dan duduk di
kerusi di depan meja Suffian.
“Rindulah. Malam tak jumpa. Hari ni tak nak lunch! What’s wrong with u honey?”Amanda bertanya
lembut.
“Kan dah cakap, malam tadi ada hal
family. Hari ni sibuk. Mujur meeting habis awal tadi. Come, kita lunch,”Suffian bingkas bangun dari
kerusinya. Tidak mahu terlalu lama berdua-duaan
dengan Amanda yang mampu mengundang fitnah dan mengganggu naluri lelakinya
sendiri. Amanda turut bangun, menuruti
Suffian yang membuka pintu dan keluar dari bilik.
“Masalah
family apa, sayang?”Amanda bertanya setelah menolak pinggan lasagna ke tepi. Amanda menyedut ‘orange juice’ kepunyaannya
dengan perlahan.
“Adalah.
Nanti u tau jugak,”Suffian masih keberatan untuk berkongsi cerita dengan
Amanda.
“U ni, macam tak sayang i. Yang lebih tepat, u tak percaya i ke? Cerita kat i, please sayang,”Amanda terus
merayu Suffian.
“U ni.
Rahsia keluarga. Adelia sebenarnya bukan adik kandung i. Kesian dia.
Sekarang tengah cuba menerima reality i think,”akhirnya Suffian
memberitahu perkara sebenar kepada Amanda.
“Opps, sorry to hear that sayang. Mesti dia sedih,”Amanda berkata
perlahan. Jauh di dasar hatinya, hati
Amanda melonjak girang. Kasih-sayang
Suffian tentunya tidak akan terbahagi lagi di antara dirinya dengan Adelia. Apa yang lebih penting, harta Datuk Aman
Zainal pastinya untuk Suffian seorang sahaja.
Amanda menyembunyikan kegembiraannnya di dalam hati.
“Nanti kita jumpa adik. Mesti dia tengah stress sekarang kan?”Amanda
mengumpan Suffian. Suffian hanya
mengangguk tanda setuju.
No comments:
Post a Comment