Melbourne,
Aku Ingin Pulang
Bab
4
Datin
Hanim di halaman banglonya. Gunting yang
dipegang oleh Datin Hanim untuk menggunting ranting-ranting kecil pokok-pokok
bunga kesayangannya tidak berfungsi, sebaliknya hanya berada sepi di genggaman. Ingatan Datin Hanim melayang jauh terhadap
Adelia yang kini berada di rumah ibu kandungnya. Mustahil jika Datin Hanim tidak merasa
sesuatu di sudut hatinya. Adelia telah
dianggapnya seperti anak kandungnya sendiri.
Hatinya cuak juga sekiranya Adelia terus memilih ibu kandungnya dan melupakan
dirinya yang dipanggil ‘mama’ itu.
“Aduh, datin ya kenapa? Termenung asyik!”Tuminah mengganggu lamunan
Datin Hanim. Datin Hanim tidak cepat
melatah dengan usikan Tuminah.
“Awak ni Tuminah. Pandai saja mengusik saya. Bilanya saya termenung?”
“Aduh, saya lihat dari tadi datin pegang
saja gunting tu. Apanya yang
difikirin? Pasal Cik Adelia kali?”
“Awak ni. Semua perkara awak tau ya? Entahlah Bik, saya takut juga adik tak sayang
saya lagi nanti. Dia ada ibu
kandung. Siaplah saya ni Bik dalam hidup
dia?”Datin Hanim menjawab lemah.
“Datin bicara mirip orang bercinta
saja. Datin udah bela Cik Adel sejak
kecil. Masakan dia lupa. Masakan enggak sayang lagi sama datin. Datin ni baik sekali orangnya, cantik, pandai
masak juga.”
“Pandailah awak memuji saya ya? Dah siang ikan patin tu? Saya nak masak kejap lagi. Datuk nak makan masak lemak ikan patin
tengahari ni.”
Datin Hanim memandang Tuminah meminta
kepastian.
“Aduh, datin. Saya lupa.
Saya siang sekarang, datin,”Tuminah tersenyum sambil berjalan pantas
masuk ke banglo. Datin Hanim hanya
menggeleng kepala melihat Tuminah terkocoh-kocoh masuk ke dalam banglo.
“Pandai ambil tahu hal orang, sampai
lupa apa yang disuruh!”
Kereta
yang dipandu oleh Suffian menyusur masuk ke dalam perkarangan banglo Datuk Aman
Zainal. Datin Hanim tersenyum menyambut
kepulangan Suffian dari berjoging.
Suffian turun dari kereta dan berjalan
mendekati Datin Hanim.
“Mama ceria nampaknya. Adik call?”Suffian bertanya mesra kepada
Datin Hanim.
Datin Hanim menggelengkan kepalanya.
“Tak call mama semula pun! Malam tadi mama call tak jawab,”Datin Hanim
menjawab lesu. Suffian yang mendengar
jawapan Datin Hanim hanya tersenyum.
“Adik ok. Tadi Fian call.”
“Cepatlah jemput adik balik!”Datin Hanim
seperti tidak sabar untuk melihat Adelia di depan matanya. Suffian duduk di kerusi berhampiran
pohon-pohon bunga kesayangan Datin Hanim.
“Mama ni. Tak sabar betul. Petang ni Fian ambiklah. Adik tetap anak kesayangan mama. Lupa tanya.
Mama sayang adik lebih dari Fian ya?”Suffian mengeluarkan soalan
merapunya pagi itu. Datin Hanim
meletakkan gunting di atas meja. Telinga
Suffian ditarik manja. Suffian menepis
lembut.
“Mestilah sayang adik lebih. Dia perempuan. Fian kan anak kesayangan daddy,”Datin Hanim
ketawa. Di dalam hati, Datin Hanim menyayangi kedua orang anaknya itu tanpa ada
sedikit pun pilih kasih. Biar pun Adelia
hanya sekadar anak angkat, kedudukannya di hati Datin Hanim menyamai kedudukan
Suffian. Datin Hanim duduk di sebelah
Suffian.
“Fian tak busy layan Si Amanda ke petang
ni?”Nada soalan Datin Hanim seperti kurang senang dengan kehadiran bakal menantunya
itu ke dalam keluarga.
“Tak.
Kan dah jumpa tadi. Mama ni. Kenapa panggil Si pulak kat bakal menantu
mama tu. Macam tak suka saja!”Suffian
mencari kepastian di sebalik kata-kata Datin Hanim.
“Eh, kenapa pulak mama tak suka. Mama cuma pelik, kan Ahad selalunya Fian
habiskan masa dengannya. Tak ingat semua
orang. Dunia Fian dengan Amanda saja,”Datin
Hanim menjeling Suffian, menanti jawapan anaknya itu.
“Adik lebih penting. Risau jugak Fian dengan keadaan rumah
tu. Macam tak selamat. Bila-bila orang boleh masuk. Harap-harap adik tak selalu menginap di
sana.”
“Ha?
Tak selamat. Rumah macamana? Cuba Fian cerita betul-betul. Risau mama.
Itulah satu-satunya anak perempuan mama,”Datin Hanim mulai cemas.
“Biasalah rumah kampung yang uzur. Rumah papan.
Rasanya kalau Fian ni pencuri, boleh saja Fian masuk rumah tu,”Fian
berkata jujur.
“Ish, Fian takutkan mama. Pergilah mandi. Lepas tu pergi ambik adik cepat,”Datin Hanim
memberi arahan kepada Suffian.
“Yes bos! Tapi adik suruh ambik petang,”Suffian
membantah arahan Datin Hanim.
“Fian ambik saja lah adik tu. Ni pun dah nak tengahari. Cepat!”Datin Hanim bernada tinggi.
“Ok, ok.
Fian mandi sekarang. Tapi lapar
ni. Mama masak lunch?”
“Ikan patin masak lemak. Fian tak suka pun. Cepatlah mandi. Busuk sangat ni. Berapa pusingan tasik Fian lari tadi?”Datin
Hanim ketawa kuat. Suffian mencium bawah
lengannya.
“Mama ni. Lelaki ini masih wangi tau! Jangan malukan anak kesayangan mama
sendiri. Suffian turut ketawa akhirnya.
****
Adelia memakai pakaiannya semula
setelah selesai mandi. Adelia merapikan
dirinya seadanya, memandangkan kedatangannya semalam tidak membawa sebarang
peralatan peribadi. Adelia menyikat
rambutnya yang panjang melepasi paras bahu perlahan. Adelia menikmati pemandangan melihat wajahnya
di hadapan cermin. Kulit wajahnya tidak
secerah mana, namun Adelia memilik hidung yang mancung dan pipi yang gebu. Sepasang mata yang bundar, diapit oleh bulu
mata yang melentik dan tidak ketinggalan lesut pipit di kedua belah
pipinya. Adelia bangun dari kerusi meja
solek usang kepunyaan ibunya. Adelia
tidak menafikan pujian Mikhael tentang bentuk tubuhnya yang menawan. Mengingati Mikhael, Adelia teringat Mikhael
tidak menghubungi dirinya sejak semalam.
Ke manakah kekasihnya itu menghilang sejak semalam?
“Tok!
Tok! Tok!”ketukan di pintu
mengejutkan Adelia. Adelia segera
menoleh ke arah pintu. Rosnah menolak
daun pintu perlahan. Rosnah tersenyum,
mempamerkan wajahnya yang semakin dimamah usia.
“Ibu nak ke kedai depan tu. Nak beli barang untuk kita makan
tengahari. Sarah nak ikut?”
“Nak!
Sarah tolong ibu masak ya?”Adelia bangun dari kerusi, dan melihat
wajahnya di cermin sekilas.
“Dah cantik anak ibu. Sarah nak makan apa? Ibu masak nanti?”Rosnah bergerak menuju ke
pintu bilik.
“Tak kisah. Asal ibu yang masak,”Adelia membuntuti ibunya
keluar dari bilik.
Dua
beranak tersebut berjalan beriringan menuju kedai runcit berhampiran rumah
Rosnah. Sampai di kedai runcit, Rosnah
memandang Adelia di sisi.
“Cakaplah. Sarah nak makan apa tengahari ni?”
“Ikut ibu lah. Sarah tak kisah. Yang penting tak susahkan ibu. Ibu tu bukannya sihat sangat kan?”Kata-kata
Adelia penuh timbang rasa, mampu mengundang kesayuan di hati Rosnah. Rosnah tersenyum. Di dalam hatinya, Rosnah memanjat kesyukuran
yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana menganugerahkan anak seperti
Sarah. Walaupun Rosnah tidak diberi
peluang untuk menjaganya, dia sudah cukup bersyukur kerana melahirkan Sarah,
dan kini Sarah berada di depan matanya.
“Ibu masak ayam masak merah untuk Sarah
nak?”Rosnah bertanya lagi kepada Adelia.
Adelia tersenyum.
“Sarah suka. Sayur kangkung nanti Sarah yang masak. Lepas tu kita buat sambal belacan. Ok tak, bu?”Adelia bertanya manja kepada
ibunya. Rosnah mengangguk. Jauh di sudut hati, hatinya berduka. Sarah akan pulang ke rumah kedua ibu bapa
angkatnya petang itu.
“Siapa ni Mak Nah?”Seorang lelaki
menegur Rosnah tiba-tiba.
“Anak Mak Nahlah. Sarah,”Rosnah menjawab laju. Tangannya memilih sayur kangkung untuk
masakannya tengahari itu. Adelia pula
bergerak masuk ke bahagian dalam kedai.
“Ibu, Sarah ambik telur ya?”Adelia
seolah menjerit. Rosnah mengangguk
sambil tersenyum.
“Tipu Mak Nah tu. Kan Mak Nah ada sorang saja anak. Abang Leman tu!”
“Pernah Mak Nah tipu kamu? Adik Lemanlah tu. Tapi tak duduk dengan Mak Nah. Kamu kenapa?
Sibuk tanya? Jangan nak kacau
pulak,”Rosnah menjawab dengan nada serius.
“Saya tanya saja. Mak Nah ni.
Nama siapa Mak Nah?”Ali masih tidak melepaskan Rosnah. Adelia mendekati ibunya.
“Sarah dah ambik sepuluh biji telur.”
“Oh, Sarah namanya. Sama cantik dengan orangnya. Mak Nah nak apa tadi?”Ali bertanya Rosnah.
“Eh, budak ni. Kan dah cakap nak seekor ayam tadi. Kamu ni dengar ke tidak Ali oi?”Rosnah agak
geram melihat kerenah Ali yang asyik memerhatikan anaknya, dan tidak membuat
kerja yang diminta.
‘Ok lah Mak Nah. Saya potong ayam ni. Nak potong berapa ni?”
“Potong macam biasalah. Cepat sikit. Mak Nah nak masak ni!”
Rosnah bergerak ke meja juruwang bersama
Adelia. Adelia juga mulai rimas dengan
perlakuan pekerja kedai yang bernama Ali tersebut. Asyik memandangnya, dengan keadaan yang agak
comot. Hati Adelia menjerit meluat.
Sampai
di tangga rumah, Adelia melihat ada sebuah motosikal di tepi tangga. Hati Adelia meneka-neka, siapkah yang pulang
agaknya. Pastinya abang kandungnya yang
pulang.
“Nasib Sarah baik. Abang Leman Sarah balik. Sarah nak jumpa dia kan?”
“Abang Leman?”Adelia bertanya kembali.
“Ya lah.
Sulaiman. Orang kampung panggil
Leman. Dah kutu rayau kampung. Tu orang kampung panggil Si Leman tu.”
Rosnah dan Adelia menaiki tangga. Di ruang tamu, Adelia melihat seorang lelaki
berbadan kurus dan berpenampilan kusut-masai sedang tidur terlentang di tengah
rumah. Rambut lelaki tersebut agak
panjang dan tidak terurus. Seluar jeans
yang dipakainya lusuh dan kotor serta baju t-shirtnya kusam. Bagi Adelia, lelaki tersebut begitu
mengerikan.
“Itulah abang Sarah. Itulah dia,”Rosnah berkata dengan sebak
sambil berlalu ke dapur. Adelia yang
masih takut dan ngeri melihat abang kandungnya, berjalan pantas menuruti ibunya
ke dapur.
Rosnah
meletakkan barang-barang dapur yang dibelinya di atas meja. Rosnah duduk dengan tidak berdaya di
kerusi. Dada Rosnah semakin sebak
memikirkan Sulaiman yang semakin
memusnahkan dirinya dengan benda jahanam itu. Adelia tiba, meletakkan telur dan ayam yang
dibawanya penuh berhati-hati di atas meja.
“Kenapa, bu?”
Adelia duduk di sebelah ibunya. Air mata Rosnah mengalir perlahan. Adelia mengurut belakang ibunya lembut.
“Itulah abang Sarah. Penagih dadah tegar yang tidak boleh
diselamatkan lagi. Dah keluar masuk
Pusat Serenti. Ibu dah tak berdaya lagi,
Sarah,”Rosnah menjawab lemah.
“Sabarlah, bu. Kita doa banyak-banyak. Mana tau abang boleh berubah. Jom kita masak. Nanti boleh makan sama-sama dengan
abang. Harap-harap ayah balik sebelum
Sarah balik. Nak tengok muka ayah.”
“Bila Sarah nak balik lagi?”Rosnah
memandang lembut wajah Adelia. Kini,
hanya kepada Adelia sahajalah dirinya mahu menumpang kasih. Rasyid telah membuangnya setelah berkahwin
dua. Sebelum berkahwin dua juga, Rasyid
sering berfoya-foya di kelab dangdut murahan.
Sulaiman? Apakah yang dijanjikan
oleh seorang penagih dadah tegar sepertinya?
“Bila-bila. Nanti Sarah bagi nombor telefon Sarah. Bila-bila saja, ibu boleh call Sarah. Sarah baliklah jumpa ibu.”
“Betul?
Tak ganggu pelajaran Sarah? Datin
tak marah?”
“Ganggu apanya. Hujung minggu kan cuti. Kenapa pulak mama nak marah? Dia kena terima, Sarah ada dua orang
ibu. Satu mama, satu ibu,”Adelia
menyakinkan ibunya. Rosnah tersenyum
mendengar janji-janji manis dari Adelia.
Sementara
Rosnah memasak ayam masak merah, Adelia menyiang sayur kangkung. Bawang putih, bawang kecil, cili besar dan
ikan bilis dibasuh. Adelia menghiris
bawang kecil, bawang putih dan cili besar.
Semuanya telah sedia untuk ditumis di dalam kuali.
“Belacan mana, bu?”Adelia baru teringat
mahu memasak sayur kangkung belacan tengahari itu.
“Ada dalam peti sejuk tu. Cuba Sarah cari.”
Setelah menjumpai belacan, Adelia mula
menumis sayur kangkung tersebut. Bau
tumisan sayur kangkung menguasai ruang dapur.
“Tentu sedap sayur Sarah masak ni. Bau belacan yang sedap,”Rosnah ketawa.
“Entahlah, bu. Kalau tak sedap, ibu jangan marah tau.”
“Inilah pertama kali ibu makan masakan
Sarah. Tak akan ibu nak marah pulak!”
“Ok.
Dah siap. Sarah nak buat telur
dadar pulak!”
Rosnah tersenyum mendengar kata-kata
Adelia. Baginya, Adelia seorang anak
yang baik, masih sanggup bersusah bersama ibunya yang miskin.
“Ibu buat sambal belacan tau. Sambal belacan malam tadi tu sedap
sangat,”suara Adelia mengejutkan Rosnah yang asyik mengenang nasib dirinya yang
malang.
“Kalau sedap, Sarah kena balik selalulah
ya?”
Rosnah memandang wajah Adelia
lembut. Hatinya sayu memandangkan
sebentar lagi tentunya anak kandungnya itu akan pulang ke rumah ibu bapa
angkatnya, ke dunia sebenar hidupnya.
“Ibu jangan risau. Sarah mesti balik selalu. Kan ibu selalu tinggal sorang-sorang. Kesian Sarah tengok ibu. Susah-susah, kalau Sarah dah kerja, ibu
tinggal dengan Sarah. Boleh, bu?”
“Boleh, Sarah. Tapi bilanya Sarah nak kerja? Kan masih belajar. Datuk dan datin masih tanggung. Ni nak tanggung ibu pulak,”Rosnah
ketawa. Namun begitu, jauh di sudut
hatinya, Rosnah gembira mendengar kata-kata Adelia. Dengan siapa lagi Rosnah mahu menumpang
kasih? Suaminya? Anak sulungnya? Hati Rosnah benar-benar rawan.
“Tu lah bu. Dahlah Sarah nak sambung belajar kat luar
negara lepas habis degree ni!”
“Sarah nak ke luar negara? Bila?”Rosnah ternyata terkejut mendengar
kata-kata Adelia itu.
“Alah, lama lagi. Habis belajar ni. Ibu bagi?”
“Mestilah bagi. Kan itu cita-cita Sarah. Sarah nak pergi mana?”
“Melbourne!”
“Di mana tu?”
“Australia, bu. Seronok.
Sarah boleh peluk kanggaru dan koala.”
“Ni nak belajar ke nak peluk
kanggaru?”Rosnah ketawa kecil, walaupun hatinya gusar.
“Aku akan hilang Sarah lagi?”Hati Rosnah
berkata perlahan.
“Dua-dualah, bu. Nanti cuti, ibu boleh datang sana!”
“Ish, buat apa. Ibu tak nak kacau Sarah belajar. Ibu tunggu Sarah balik kat rumah buruk
ni. Sarah pergi lama ke?”
“Tak lah, bu. Dua atau tiga tahun saja!”
Hidangan
tengahari telah siap terhidang di atas meja.
Kali ini Adelia menyediakan air limau ais untuk makan tengaharinya
bersama bonda tersayang.
“Apa lagi. Basuh tangan tu. Kita makan.
Kejap lagi tentunya abang Sarah datang kan?”Rosnah berkata lembut. Adelia tersenyum manis.
“Ah, biar abang tu. Risau sangat kat Sarah. Ibu tak panggil abang makan sama?”
“Nanti dia lapar, pandailah dia cari
makanan tu. Dah, kita makan cepat. Kalau Abang Leman Sarah makan sama, Sarah
lalu ke makan?”
“Ish ibu ni. Kecik hati abang nanti.”
“Penagih dadah tak tau apa tu kecik
hati, Sarah. Ha, makan cepat.”
Rosnah membasuh tangannya, mula menjamah
nasi yang telah dicedok oleh Adelia sebentar tadi.
“Sedap ayam ni. Pandai ibu masak. Sama macam mama masak. Dua-dua sedap. Suka Sarah,”Adelia menikmati masakan ibunya
dengan gembira.
Selesai makan
tengahari, Adelia membasuh pinggan mangkuk di sinki. Sulaiman masuk ke ruang dapur dengan mamai.
“Hei, kau siapa ha?”Sulaiman menjerkah
Adelia yang sedang membasuh pinggan.
Spontan Adelia menoleh. Kali ini
Adelia melihat dengan lebih jelas, seorang lelaki berstatus penagih dadah tegar
di depannya. Rambut Sulaiman
kusut-masai, matanya lebam dan cengkung serta badannya kurus kering. Jeans dan t-shirt yang menyaluti tubuh kurus
kering Sulaiman kusam dan berbau.
Sulaiman sungguh mengerikan.
“Eh, aku tanya kau siapa. Pekak ke?”Sulaiman mengulangi soalannya.
“Saaaya, saya,..”suara Adelia
tergagap-gagap. Adelia sebenarnya takut
dan gerun dengan abang kandungnya itu.
“Leman.
Jangan takutkan adik kau!”
Rosnah tiba-tiba muncul dari pintu
belakang dapur.
“O adik Leman. Yang jadi anak datuk dan datin tu. Buat apa balik rumah buruk ni? Dah kena halau ke? Menyemak saja kat sini. Pergi!
Aku nak makan ni,”Sulaiman berkata dalam keadaan yang tidak stabil.
Adelia semakin ketakutan mendengar
kata-kata Sulaiman.
“Kau tu yang berambus, Leman. Balik nak makan dan menyusahkan aku saja. Kau jangan nak takut-takutkan adik kau. Sarah, mari sini. Jangan layan abang gila kau,”Rosnah berkata
marah terhadap Sulaiman.
Sulaiman diam, berjalan mendekati meja dan
menarik kerusi lalu duduk. Rosnah
menarik tangan Adelia meninggalkan ruang dapur.
Adelia
dan Rosnah masuk ke dalam bilik Rosnah.
Ketakutan Adelia terhadap Sulaiman telah reda. Rosnah pula masih belum kendur marahnya
terhadap Sulaiman.
“Sarah jangan serik ya? Nak balik sini tengok Abang Leman gila
tu!”Rosnah berkata dengan sebak.
“Eh, tak adalah serik, ibu. Dia kan abang kandung Sarah. Dia terkejut tengok Sarah kot,”Adelia
mententeramkan hatinya sendiri.
Bunyi enjin kereta, mengejutkan Adelia
dan Rosnah. Rosnah bergerak ke tingkap
yang sedia terbuka.
“Abang Sarah dah datang. Awalnya datang. Ni belum petang pun,”Rosnah berkata dengan
nada sayu, seolah-olah tidak mahu melepaskan Adelia pulang.
“Entah Abang Suffian tu. Baru pukul 12 lebih. Dia memang macam tu, bu. Risau lebih-lebih. Kalah mama dan daddy.”
“Entah-entah dia ada hati kat Sarah
kot. Sayang sangat, ibu tengok.”
“Hahaha.
Dia abang Sarahlah, bu. Dah
bertunang. Hujung tahun ni kot
kahwin. Ibu ni, macam-macam. Ibulah cari calon untuk Sarah,”Adelia masih
meneruskan ketawanya.
Suffian
berdiri di hadapan tangga rumah Rosnah menunggu salamnya berjawab.
“Waalaikumussalam, abang busuk. Awalnya sampai,”Adelia muncul di muka
pintu.
Suffian mengucap syukur di dalam hati,
melihat Adelia tersenyum di depan matanya.
Adelia kelihatan selekeh di mata Suffian dengan pakaian sama yang
dipakainya sewaktu datang ke rumah ibu kandungnya semalam.
“Jomlah balik. Mana mak cik?”Suffian bertanya lembut. Adelia duduk di tangga, seperti tidak mahu
mengikut Suffian pulang.
“Jomlah naik dulu. Kami baru makan nasi. Abang Sarah ni dah makan?”
Rosnah muncul di pintu.
“Tak apalah mak cik. Saya dah makan. Mama tu yang risau sangat. Katanya adik tak bawa baju pun. Dan macam-macam lagi. Tu saya datang awal tu,”Suffian menjawab
lembut. Adelia memandang wajah
ibunya. Wajah yang sayu, seperti tidak
membenarkan Adelia untuk pulang.
“Sarah balik dulu ya, bu? Nanti Sarah datang lagi. Bawa kereta sendiri. Tak payah risau ada orang jemput balik,”Adelia
memujuk ibunya lembut.
Wajah Rosnah sedikit berseri mendengar
kata-kata Adelia. Adelia bangun mendekati
ibunya, dan memeluk ibunya itu.
“Tak nak sedih-sedih. Sarah pasti balik selalu. Sarah janji.”
Rosnah hanya diam mendengar kata-kata
Adelia. Adelia melepaskan pelukannya dan
berjalan masuk ke dalam bilik untuk mengambil beg galasnya. Adelia memandang wajahnya di cermin. Adelia tersenyum sendiri melihat wajahnya
berminyak dan agak tidak terurus. Beg
galasnya dibukanya. Adelia mengenakan gincu
dan bedak bagi memperbaiki penampilannya tengahari itu. Telefon bimbit Adelia yang diletakkan di atas
meja solek, tidak dilupakannya. Adelia
tersenyum apabila menyedari terdapat panggilan dari Mikhael yang tidak sempat
dijawabnya.
“Rindu u, sayang,”Adelia berkata
perlahan.
Adelia
kembali mendapatkan ibunya di muka pintu.
Rosnah telah duduk bersimpuh di muka pintu, sementara Suffian duduk di
tangga.
“Sarah balik dulu. Nanti kita masak sama-sama lagi ya?”Adelia
menyalami ibu kandungnya. Air mata
Rosnah jatuh berderai lagi. Adelia
dirangkul kemas oleh Rosnah. Adelia
cukup terharu dengan perlakuan ibunya itu.
Suffian bangun dan menunggu Adelia di tepi kereta. Sulaiman muncul di muka pintu dengan
pandangan yang mencurigakan. Suffian
yang melihat Sulaiman amat terkejut dengan penampilan lelaki tersebut. Sulaiman masuk semula ke dalam rumah.
“Sarah balik ya, bu,”Adelia meleraikan
pelukan ibunya.
Rosnah akhirnya mengangguk dan
melepaskan Adelia untuk pulang. Adelia
menuruni anak tangga perlahan. Dengan
pantas Adelia masuk ke dalam kereta.
“Abang!
Adik nak duit sikit. Bagi kat ibu
boleh?”Adelia memandang wajah Suffian penuh harapan. Tanpa sepatah kata Suffian mengeluarkan dompetnya
dari dalam poket seluar. Suffian
mengeluarkan beberapa keping wang bernilai RM 50.00 dan diserahkan kepada
Adelia.
“Thanks abang busuk!”Adelia segera turun
dari kereta.
Adelia membuka kasut dan menaiki tangga
semula menemui ibunya. Rosnah yang agak
keliru dengan tindakan Adelia tidak sempat berkata apa-apa apabila Adelia
menarik tangannya dan meletakkan kepingan wang.
Adelia turun semula dari tangga rumah dengan laju, tidak mahu melihat
ibunya menolak wang pemberiannya.
“Sarah balik dulu. Ibu telefon Sarah tau kalau ada apa-apa. I love u,”Adelia ketawa selepas menuturkan
perkataan I love u terhadap ibunya.
Suffian yang mendengar kata-kata Adelia tersenyum gembira melihat Adelia
menyayangi ibu kandungnya itu. Adelia
masuk ke dalam kereta. Suffian memulakan
pemanduan meninggalkan perkarangan rumah Rosnah. Rosnah membalas lambaian tangan Adelia, dan
yang pasti air matanya gugur. Hati
Rosnah semakin pilu melihat wang pemberian Adelia digenggamannya.
“Adik
mandi tak ni?”
Suffian menjeling Adelia yang berada di
sebelah. Adelia terkejut dengan soalan tiba-tiba
dari Suffian.
“Kenapa abang tanya?”
Serentak itu Adelia mencium lengannya.
“Busuk ya? Tadi beli barang dapur jalan kaki. Lepas tu tolong ibu masak. Lepas tu makan. Busuk sangat?
Lagi pun pakai baju semalam balik.
Sorry ya lelaki metroseksual.
Mesti tak suka kan dengan gadis comot ni,”Adelia berkata panjang
lebar.
Suffian ketawa berdekah-dekah.
“Tak adalah busuk. Tapi comot tu adalah. Dah tak macam adik abang dah. Lain kali kalau nak datang rumah ibu, bawa
bajulah. Bawalah barang-barang
peribadi,”Suffian ketawa lagi. Tiba-tiba
ketawa Suffian terhenti.
“Siapa lelaki tadi?”
“Abang adik lah. Abang Sulaiman. Kenapa?”
“Dia kenapa?”
“Maksud abang?”Adelia bertanya kembali
cuba untuk menyembunyikan rahsia abangnya, Sulaiman.
“Adik tau maksud abang!”Suffian
memerangkap Adelia.
“Dia penagih dadah. Ibu kata, penagih dadah tegar. Tak dapat diselamatkan lagi,”Adelia
berterus-terang dengan Suffian.
Wajah Suffian berubah tiba-tiba.
“Bahaya buat adik kalau adik balik kat rumah
tu!”Suffian mengeluarkan ayat kerisauannya.
Adelia diam, tidak berani membantah kata-kata Suffian. Adelia amat berharap, Suffian tidak akan
memberitahu Datin Hanim atau pun Datuk Aman Zainal berkenaan Sulaiman. Jika cerita tentang Sulaiman tersebar, sudah
pasti Adelia dilarang untuk ke rumah ibu bapa kandungnya lagi.
“Eh,
kita nak ke mana ni?”Adelia bertanya setelah menyedari Suffian tidak menuju ke
banglo Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal.
“Pavillion. Ok?
Beli baju baru untuk Si Comot.
Rimas abang ada adik comot ni,”Suffian ketawa.
Adelia berwajah selamba, lantas mencubit
lengan Suffian. Suffian menepis lembut.
“Macamlah abang tu handsome sangat!”
“Siapa kata handsome. Just jejaka idaman KL,”Suffian ketawa lagi.
“Idamanlah sangat. Perasannnnn,”Adelia turut ketawa.
“Berapa banyak baju baru boleh beli
ni? Seronoknya nak habiskan duit abang.”
“Ikut adik abang yang comot ni lah. Pity sungguh abang tengok,..Orang Kedah cakap
‘belemuigh’ tau. Hahaha,”Suffian masih
di dalam mood mengusik Adelia.
“Belemuigh ya? Nantilah adik pilih baju cantik-cantik. Biar card kredit abang yang belemuigh
plak!”Adelia berkata dengan wajah masam.
Suffian tersenyum melihat gelagat
Adelia.
No comments:
Post a Comment