Mr.Dud Next Door
Bab 5
Apa
yang bising-bising ni? Aku nak tanda
buku pun tak senang. Udah le aku pun tak
faham apa aku ajar. Lantak le. Asal aku tak ditukarkan sekolah serta-merta
sebab pakaikan student loceng cam lembu,
sudah le! Tukar apa pulak. Aku guru ganti saja!
Julia bangun dari sofa, bergerak pantas
ke arah tingkap.
Siapa pulak yang pindah tu? Takkan nak duduk rumah berkerak tu? Biar betul ni?
“Mak!
Mak! Oh mak!”
Jaliah yang berada di dapur, tidak
menyahut teriakan Julia.
“Ish mak ni. Ada gosip Melodi ni. Tak kan tak nak ambik pot kot! Tak boleh jadi ni!”
Julia berjalan pantas. Tiba di dapur dilihatnya Jaliah sedang
membersihkan sayur terung.
“Mak ni.
Ju panggil buat dek aje. Tak
sayang le tu!”
“Udah kamu yang ada hal dengan mak. Kamu le datang cari mak. Ni tidak, terjerit-jerit macam kena kejar
Bangla. Kamu dah kenapa, Ju? Tolong mak masak, tak nak pulak!” Jaliah mula
mengomel.
“Pajeri terung ye, mak. Memang terbaeklah mak gojes ni. Muahhh sikit!”
Julia mendekati Jaliah, sambil
memuncungkan mulutnya mahu mencium emaknya itu.
“Mengada budak ni. Udah le hangit. Ni kan ayah kamu suka! Bukan untuk Ju.”
“Tak baik tau, mak cakap macam tu. Ju bukan tak nak tolong. Tu, tanda karangan budak tu. Empat puluh orang tu, mak! Apasal entah, semua budak hantar. Pening, Ju ni, mak!”
“Kamu jangan main-main Ju. Kamu dapat gaji kerja tu. Tak baik kamu buat gitu!”
“Gitu apanya?”
“Kamu baca tidak karangan budak-budak
tu?”
“Bacalah. Tapi,..”
Julia ketawa kuat.
“Jom
arr , mak! Jomlah tengok!”
“Tengok apa pulak ni? Melodi?
Tak hingin aku nak buat dosa mengumpat hal orang ni. Mak ni dah tahap senja. Tak nak mengumpat dah. Fikir nak buat baik aje. Cari pahala!”
“Bukan dah Isyak ke mak?”
Julia ketawa lagi. Jaliah mengangkat pisau yang dipegangnya.
“Jangan mak. Tu kes dera tu! Jomlah, nak tolong mak cari pahalalah ni!”
Julia mengheret Jaliah lembut keluar
dari dapur.
“Mak tak nak tegur sapa ke? Tolong ke?”
Jaliah turut memberi tumpuan ke arah
lori kecil yang berhenti di depan rumahnya.
“Terus masuk pindah? Tak bersihkan dulu? Basuh ke?
Kotor berkarat rumah sebelah ni!” Jaliah bersuara sambil matanya terus
tercacap kepada lori di depan rumahnya.
“Mak tolong le. Sapu sampah ke? Angkat barang ke?”
“Habis kamu nak masak? Biarlah.
Ayah kamu dah nak balik ni!”
Jaliah bergegas laju ke dapur. Julia masih terus mengintai orang di sebelah
rumahnya mengangkat barang.
Macam sikit aje barang. Moto aje?
Siap bawak naik lori tu! Aduh,
mesti family pokai ni! Tapi handsome
jugak laki orang ni! Anak sorang je
ke? Eh, mana wife dia? Tak ikut pindah ke? Tak kan dud kot? Ini mesti story hangat kalau Mak Senah
internet taman tau ni! Ah, tak siap le
aku menanda ni. Aduyai...Bila Melodi nak
start ni? Lambat betullah!
Salman
pulang empat puluh minit selepas peristiwa Julia mengendap jirannya yang baru
berpindah itu. Jaliah kelam-kelibut
menghidangkan makanan yang baru saja siap dimasak.
“Tak panggil anak kesayangan abang tu
makan?”
“Tengok Melodi. Ada dia mau makan. Suka betul pasal gosip artis. Tangkap basah, cerai, berebut datuk. Ada faedah ke ambik tau itu semua!”
“Abang tanya saya pulak. Abang tanyalah anak abang tu. Jiran sebelah baru pindah tu pun digosipnya
tadi!” Jaliah ketawa kecil.
“Saya nampak motor saja. Orang bujang ke yang pindah?”
“Itu lah yang digosipkan oleh Ju
tadi. Dud katanya!”
“Dud?
Apa tu?”
“La abang ni. Dudalah.
Orang muda, panggil duda tu, dud!”
“Oooo, duda. Mana Ju tau?
Pandai-pandai saja budak tu!”
“Katanya tak nampak isteri pindah
sama. Ada anak. Perempuan!”
“Awak tak tegur sapa ke tadi. Bukan awak ketua lorong ni? Eh silap.
Penolong. Ketuanya Si Senah kan?”
Salman ketawa.
“Abang asyik buli saya aje. Saya tak nak masak pajeri kesukaan abang lagi
nanti. Ni lah pajeri abang yang
terakhir!”
“Ni kira pajeri terakhirlah ye? Dah macam tajuk drama tv pulak ye, Hajah Jaliah
oi!” Semakin kuat ketawa Salman.
Julia
tiba di ruang dapur.
“Eh, ayam goreng Ju mana?”
Jaliah mencebik, geram dengan tingkah
Julia yang tidak melihat dengan teliti akan hidangan ayam goreng di atas meja.
“Kot ya pun, duduklah. Makan!” Salman memberi arahan.
“Ok, bos. Beres.”
Julia mencapai seketul ayam goreng di
atas pinggan laju.
“Papp!”
Jaliah memukul tangan Julia kuat.
“Uish!
Apa mak ni?”
“Dah basuh tangan belum?” Jaliah
bertanya kasar.
“Ampun!
Lupa. Tengok ayam goreng mak yang
penuh gelora ni, hilang semua di fikiran.
Melayang jauh,..”
“Ju, jangan main-main depan rezeki. Tak baik!” Salman menemplak Julia.
“Maaf ayah! Mak!”
Julia membasuh tangannya perlahan. Nasi dicedok, dan ayam goreng yang telah
dipegangnya diambil semula.
“Sedapnya ayam ni. Resepi baru ke? Mak ada friend dengan Chef Wan ke di fesbuk?”
“Juuu,” Salman melirik Julia.
Julia mengunyah ayam gorengnya
laju. Tidak lagi membuat jenaka yang
mungkin membuat Jaliah jengkel. Salman
mencedokkan seketul sayur terung ke pinggan Julia. Julia tersenyum. Tiada lagi kata-kata yang keluar dari
mulutnya. Jaliah menghabiskan makan
tengaharinya. Kelat di wajahnya telah hilang.
“Kamu ngendap lagi duda tu?”
“Mr. Dud tu? Eh, tak arr mak. Ju kan tengok Melodi. Tanda buku pun belum siap lagi. Lepas ni, mak buat apa?”
“Hah, kenapa?”
“Mana tau mak nak risik-risik rumah
sebelah. Tanya khabar. Mak Senah mesti busy hari Ahad ni. Jadi maklah yang kena jalankan tugas. Mana tau, dia perlukan bantuan!”
“Eh,
boleh ke bang?”
Salman yang telah lama siap makan
tengahari, memegang gelas air kosongnya berwajah keliru. Apa yang boleh ni?
“Ayah ni, buat tak faham pulak! Boleh tak mak pergi rumah sebelah tu. Tengok apa yang patut! Kan, mak kan?”
“Ye lah bang. Kesian pulak saya tengok. Rumah tu kan kotor. Terus saja masuk. Kalau bujang, lantak dialah. Ni dia bawak anak. Boleh ke tidur tempat kotor macam tu?”
“Eloklah tu. Tapi hati-hati. Jangan dibuatnya awak pulak terpikat dengan
duda tu. Parah nanti!” Salman ketawa
besar.
“Abang ingat saya ni muda lagi ke
bang? Dah kerepot ni! Ha, Ju.
Lawaklah tu!”
Julia tersengeh-sengeh mendengar lawak
Salman. Sememangnya perangai Julia yang
selalu membuat lawak bodoh itu adalah disebabkan gen dari Salman.
“Udah sengeh tu Ju! Basuh pinggan. Mak nak solat ni. Lepas tu nak jenguk jiran tu pulak! Abang nak kerja semula ke?”
“Ya lah Ja oi. Petang Ahad ni lagilah ramai orang nak guna
khidmat saya!”
***
“Assalamualaikum!”
Jaliah menanti dengan sabar salamnya
dijawab. Mana pulak duda ni? Eh, betul ke duda ni? Baik aku siasat. Kenapa pulak aku kecoh, dia duda atau apa!
“Waalaikumussalam!
Pintu dibuka. Maya tersengeh memandang Jaliah.
“Ayah mana?”
“Tu!”
Maya menuding jarinya ke arah Zafran
yang sedang mengemop lantai. Maya
menyalami Jaliah.
“Siapa nama?”
“Maya!”
Zafran berjalan ke depan pintu.
“Baru pindah?” Jaliah memulakan
perbualan.
Memanglah baru pindah. Apalah yang mak cik ni tanya sebenarnya. Zafran memandang Jaliah lama.
“Haa.
Err, mak cik masuklah. Tapi,..”
“Tapi apanya? Hah, tepi sikit. Mak cik nak masuk tengok rumah!”
Zafran tidak dapat berbuat apa-apa, cuma
beralih ke tepi memberi laluan kepada Jaliah.
Maya mengekori Jaliah.
“Ishh, kotor sangat ni. Malam ni,..err siapa nama kamu?”
“Zafran mak cik!”
“Malam ni kamu nak tidur sini?”
Zafran mengangguk.
“Anak kamu tak boleh tidur sini. Kotor sangat ni. Kalau kamu nak tidur sini. Ha lantaklah!” Jaliah mendengus.
“Tapi, tapi,..”
“Tapi apanya. Bukan mak cik nak culik anak kamu!”
“Ayah, bolehlah. Kakak tak nak tidur rumah ni!” Maya merengek
manja kepada Zafran.
“Kamu tengok anak kamu tu! Budak-budak lagi dah pandai tentang
kebersihan. Malam ni kamu basuhlah rumah
ni. Esok mak cik tengok macamana. Kalau dah bersih, baru anak kamu boleh balik
sini. Kamu faham dak?”
Zafran menggaru kepalanya yang tidak
gatal. Overnya mak cik ni! Ketua lorong ke? Aduyai betul!
Maya
membuntuti Jaliah masuk ke dalam rumah.
Sebuah beg tergantung di bahunya.
“Tu Kak Ju. Maya tidur dengan Kak Ju tau, malam nanti.”
Maya tersengeh. Langkahnya laju ke arah Julia yang sedang
menonton televisyen. Tangan dihulur
kepada Julia.
Mak bawak balik anak duda ni, pehal
pulak? Tapi macam comel aje! Macam boleh jadi kawan aku aje!
“Maya ye? Duduk sini!
Letaklah beg tu? Dah makan?”
Bertubi soalan keluar dari mulut Julia.
“Biarlah budak tu duduk dulu. Selesakan diri. Pergilah ambik air untuk Maya!”
Senyuman mendarat di bibir Julia.
“Maya nak minum apa? Dah makan ke?”
“Kakak dah makan. Air siraplah!”
Sirap?
Taste budak ni ikut bapak dia ke?
Ish, tak baik aku ni!
“Kalau nak tengok kartun,
tengoklah. Mak cik nak solat ni!” Jaliah
berlalu ke bilik air, di mana Julia terlebih dahulu meninggalkan ruang tamu. Maya duduk di sofa dengan ayu. Tidak mengusik alat kawalan jauh televisyen
yang terletak di atas meja. Sememangnya
Amira telah mendidik Maya dengan baik sekali.
Tidak mengusik barang orang lain.
“Nah!”
Maya tersenyum menyambut gelas sirap
dari Julia.
“Mekacih, kakak cantik!”
“Sama-sama kakak comel!” Julia
ketawa. Maya juga ketawa.
Lewat
petang Maya dimandikan oleh Jaliah di bilik air. Resah Jaliah melihat Maya yang baginya ‘belemuigh’
bak kata orang Kedah. Comot! Satu perkataan yang menggambarkan keadaan
Maya. Jaliah sedar, apa yang boleh
diharapkan dari seorang bapa yang serba kekurangan dalam menguruskan anak
perempuan.
“Dah berapa hari kakak tak shampoo
rambut ni?”
“Tak ingatlah, mak cik. Empat hari kot!”
“Ermm.”
“Busuk sangat ke rambut, kakak?”
“Ermm.”
Julia menjenguk pintu bilik air yang
tidak ditutup rapat oleh Jaliah.
“Wei,..Kakak Maya bau busuk!”
“Ish, buat apa kacau Maya ni!”
“Bye Maya busuk!” Julia ketawa sambil
berlalu ke biliknya.
Suara orang memberi
salam, menyebabkan Julia terus ke ruang tamu.
Pintu dibuka pantas.
“Waalaikumussalam!” Aduh, duda ni nak
apa pulak datang. Jangan dia pun tidur
kat rumah ni, sudahlah!
“Err,..err..Saya nak bagi ni pada Maya.”
Zafran menghulurkan plastik tipis merah
berisi dua bungkusan polistrin makanan kepada Julia. Hah, mujur dua bungkus. Kalau satu bungkus saja tadi, aku hambur!
“Tolong bagi Maya!”
Julia menyambut huluran dari Zafran
pantas. Zafran bergegas meninggalkan
ruang laman keluarga Julia.
Rugi betullah kau ni bapak Maya. Handsome tapi pokai. Aduyai sungguh! Julia menutup pintu. Bungkusan makanan pemberian Zafran dibawa ke
dapur. Maya yang berbalut tuala keluar
dari bilik, berlari anak menuju bilik Julia.
“Alamak, dah macam anak aku pulak!”
“Ha, Ju.
Suka nampaknya dengan Maya tu!
Siapa datang?”
“Ayah Maya bagi makanan kat anak dialah. Handsome, tapi pokai kan, mak!”
“Kamu ni Ju. Dengar nanti Si Maya dalam bilik tu!”
“Kan Ju puji handsome,..Cuma..tak
dapeklah den nak nolong ae..!”
“Pergi tengok Maya di bilik tu. Jangan banyak komen pulak. Kecik hati budak tu nanti. Kesian mak nengoknya. Kecik-kecik dah tak ada mak.”
“Ileks lah mak. Janganlah tangkap sentimental pulak
senja-senja ni. Ju layan dia macam
adiklah. Dah mak tak nak beranak lagi!”
“Kamu dah tercabut plug ke apa Ju? Mak dah Isyak ni kau suruh bagi adik!”
Serentak itu tangan Jaliah bergerak cuba mencapai rambut Julia. Julia pantas berlari meninggalkan Jaliah.
“Uish, bertuah punya anak. Dah boleh jadi mak budak, boleh main
kejar-kejar lagi!”
Maya
menyikat rambut di hadapan cermin. Julia
memerhatikan anak yatim tersebut dengan perasaan simpati. Walaupun Julia seorang yang ‘gila-gila
remaja’, namun Julia mempunyai naluri keibuan.
Wanita berusia 24 tahun itu amat menyukai kanak-kanak. Kerinduannya terhadap Qila sedikit terubat
apabila melihat Maya.
“Kenapa Kak Ju tengok Maya?”
Alamak!
Budak ni perasan ke aku tengok dia.
Dia tau ke aku kesian dengannya?
“Tengok rambut kakaklah! Cantik sangat! Ikut rambut arwah mama, ye?”
Maya berjalan mendekati Julia, lalu
duduk.
“Kakak rindu kat mama. Kesian kakak kan? Mengapa Allah ambik mama kakak cepat sangat?”
Julia sebak. Aduh, aku plak yang sentimental karat senja
ni. Tadi yo-yo o aku mengata Hajah Jaliah
jiwang. Ni aku pulak!
Julia memegang tangan Maya perlahan.
“Kakak dengar sini, Allah sayang sangat
pada mama kakak. Tu Allah ambik mama
kakak cepat. Ish, tak maulah sedih-sedih.
Lapar tak?”
Senyum tawar singgah di bibir Maya.
“Kak Ju sembahyang dulu. Nanti kita makan sama ye?”
Julia bangun dari katil, bergerak ke
pintu.
“Kakak nak ambik air sembahyang
gak. Kakak nak sembahyang jugak!”
Julia tersenyum lebar mendengar
kata-kata Maya.
Malam
itu di meja makan. Julia membuka
bungkusan polistrin yang diserahkan oleh Zafran kepadanya. Nasi goreng biasa dan bihun goreng? Tak ada lauk untuk anak dia? Poket dia betul sakit nampaknya ni!
“Apa lagi tu, Ju? Bagilah pada Maya!”
“Oh.
Lupalah pulak! Kakak nak yang
mana? Nasi goreng atau bihun?”
“Bihunlah. Kak Ju makan nasi goreng tu. Entah-entah ayah memang nak bagi Kak Ju!”
Eh, budak ni, biar betul! Macam agent pencari jodoh saja. Betul ke age tujuh tahun ni?
“Ermm, ayah kakak nak bagi mak cik
tu. Kak Ju tak makan nasi waktu
malam. I’m on diet!”
Salam tersenyum, begitu juga dengan
Jaliah.
“Kenapa pulak ayah dan emak sengeh-sengeh
ni?”
“Bak sinilah nasik goreng tu!” Salam
menghulurkan tangan kepada Julia.
“Ayah jangan macam-macam ye?”
“Macam-macam apanya? Makan nasik goreng Maya pun tak boleh ke?”
“Ye lah bang. Selalu dia saja yang buat lawak sepuluh
sen. Ni kita buat sikit tak boleh
pulak! Maya makanlah. Tengok Kak Ju tu buat apa!”
“Kak Ju makan apa?”
“Ni minum milo aje. Kan Kak Ju nak jaga badan. Tak naklah gedempol. Nanti tak ada orang nak minang akak!”
“Oo!”
Entah apa yang tersirat di sebalik kata-kata ‘oo’ Maya itu.
Keesokan
paginya. Pagi-pagi lagi, Julia telah
pergi ke sekolah, begitu juga dengan Salman yang awal mencari rezeki. Maya yang telah mandi dan bersarapan duduk
diam di sofa. Bosan duduk, Maya bangun,
berjalan ke arah pintu yang telah terbuka.
Mana ayah ni? Tak nak ambik kakak ke?
Maya berwajah kelat.
Baliklah tengok ayah!
Maya melangkah keluar dari rumah, terus
membuka pintu pagar.
Mana motor ayah ni? Ayah pergi mana ni?
Maya yang menyedari Zafran tiada di
rumah, kembali ke rumah keluarga Julia.
Jaliah menyambutnya di muka pintu.
“Kenapa masam?”
“Ayah tinggal kakak!”
“Alah, ayah Maya pergi kedai kot! Masuklah.
Kejap lagi baliklah tu!”
Maya akur. Namun, wajahnya tetap kelat. Bunyi enjin motosikal menyebabkan Maya
menoleh serta-merta.
“Ayah pergi mana?”
Zafran menguntum senyum. Tangannya mengangkat beg plastik mengandungi
dua bekas polistrin.
“Tak payah susah-susah. Maya dah sarapan!”
“Eh, tak apa mak cik. Saya nak minta tolong dengan mak cik ni!”
Zafran menyerahkan bungkusan plastik
tersebut kepada Maya.
“Tolong apa? Kamu nak pinjam duit ke?” Tersembur soalan
cepu emas dari Jaliah. Siapa yang tidak
mengenali Jaliah di taman itu. Seorang
berterus-terang dan ‘lazer’!
“Err, bukan mak cik. Saya nak pergi Pejabat Pendidikan
Daerah. Uruskan sekolah Maya. Boleh Maya tinggal dengan makcik kejap?”
“Ooo,..”Panjang bunyi ‘ooo’ oleh Jaliah.
“Mestilah boleh. Ha, pergilah cepat. Nanti lambat pulak anak kamu dapat
sekolah. Maya, masuk. Nanti kamu diculik, ditangkap orang! Sekarang ni ramai sangat laki tak betul!”
Zafran tersengeh. Aduyaiii,..lazernya orang tua. Jauhkanlah jadi mak mertua aku! Eh, pehal ke situ pulak! Aiseyyy!
“Saya pergi dulu, mak cik. Kakak!”
“Ayah jangan balik lambat ye!”
Sepeninggalan
Zafran menguruskan persekolahan Maya, Maya duduk diam lagi di ruang tamu. Hati kanak-kanak itu kebosanan. Ingatan Maya melayang mengingati mama
kandungnya, Amira.
“Rindu kat mama!” Maya berkata perlahan.
“Kalaulah mama ada!”
Jaliah muncul. Wanita yang berstatus nenek tersebut amat
memahami akan kebosanan Maya.
“La, kenapa tak pasang tv. Kejap lagi ayah baliklah!”
Alat kawalan jauh televisyen dicapai
oleh Jaliah. Siaran 610 ditekan
perlahan.
“Tengok rancangan ‘bijak bahasa’
ni! Kalau Maya lapar lagi, makanan ayah
beli ada di meja tu!”
“Kakak dah kenyanglah. Mak ciklah makan!”
“Mak cik lagilah dah kenyang. Dah tua ni, makan sikit saja!”
“Pon!
Pon! Pon!”
“Mak cik nak beli lauk dan sayur kejap!”
Jaliah meninggalkan Maya, masuk laju ke
dalam biliknya. Jaliah keluar semula bersama
dompetnya yang kusam.
“Kakak nak ikut!”
Tiba di luar pagar, Apek telah tersengeh
menanti.
“Yo, banyak comel! Banyak besat lu punya cucu!”
Apek menyentuh pipi Maya. Tiada respons dari kanak-kanak itu.
“Lu jangan pegang-pegang Apek, gangguan
namanya!” Jaliah terjegil.
“Ganggu?
Aiya, saya bukan orang itu macam dalam tv. Dalam fesbuk semua. Rogol budak.
Saya sembahyang juga!”
“Eh, melawan. Sembahyang tak sembahyang. Kalau dah setan masuk, ha...”
“Aiya, ini perempuan,..banyak
prasangka!”
Dari jauh kelihatan Senah tiba dengan
lenggang kangkungnya.
“Anak siapa pula ni, Ja? Cantiklah pulak! Nama?”
Maya menyalami Senah.
“Maya!” Maya menjawab pendek.
“Ha, udah dengan aku. Cucu akulah.
Ni tadi aku marah Si Apek ni!”
“Kenapa pulaknya?”
“Berani dia pegang-pegang pipi budak ni. Aku pantang laki-laki tua gatal ni. Tersirap darah aku!” Jaliah membuat
penjelasan.
“Haiya,..Saya tarak itu macam punya laki
wou! Saya juga ada cucu ma.”
“Apek, lu jangan main-main! Saya ni ketua lorong. Eh,..ye ke?
Lantaklah walau tak dak hitam putih pun.
Saya jaga keselamatan semua penduduk lorong ni!” Senah memberi amaran
kasar kepada Apek.
“Wokeh-wokeh! Saya tarak buat lagi!”
Senah
tidak terus pulang ke rumah.
“Udah aku masuk rumah kamu ni, ja, mana
airnya. Aduh, haus pulak aku!”
“Air kosong boleh?”
“Ya Allah sejak bila kau kedekut pahit
ni?”
“Aku kan nak buat kenduri. Mestilah berjimat!” Jaliah ketawa, sambil
berlalu di dapur.
Maya kembali menonton televisyen.
“Mak kamu mana?”
Maya menggeleng laju.
Jaliah muncul. Gelas berisi sirap diserah kepada Senah.
“Mak dia dah tak ada. Dia dengan ayahnya saja! Kau ni nama aje ketua lorong, orang pindah
tak tau pun!”
“Alaaa kesiannya. Sabar Mira ya!..Aku kan pergi kenduri kahwin
semalam. Eh, kau nak buat kenduri
siapa? Si Man nak kahwin lagi ke? Jangan kau, Ja. Makan hati kau nanti!” Senah pula ketawa.
“Uishh,..Ju le. Mana tau aku mati awal. Nak jugak aku tengok dia di pelamin!”
“Dia ada calon ke? Dah jumpa laki kaya yang dia mimpikan selalu
tu?”
“Ah, tak payah kaya. Aku ni nak menantu baik. Sejuk mata aku mandangnya!”
“Sejuk mata memandang, bagai! Dah ada ke orangnya?”
“Belum lagi!”
“Belum?
Dah kecoh nak buat kenduri?” Ketawa Senah bergema. Jaliah juga ketawa.
****Okey
tak?..Maya terlalu matang ke? Cer
komennn,..
Maya sgt comel but don't change her character yaa.
ReplyDelete