Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab 6
Adelia Saffya keluar
dari pintu kereta. Datin Hanim dan Datuk
Aman Zainal telah menantinya di meja yang terletak di halaman banglo.
“Adik, mari minum petang dengan mama dan
daddy,”Datin Hanim bersuara lembut memanggil Adelia. Adelia melangkah perlahan menuju meja yang
diduduki oleh Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal.
“Sedapnya. Mama dan daddy makan apa tu?”Adelia bersuara
manja, cuba menyembunyikan perasaan sebenar hatinya.
“Mee goreng Bibik lah. Sedap tau.
Duduk sini makan,”Datin Hanim menjawab penuh kasih sayang. Seperti juga Adelia, Datin Hanim cuba
bersahaja menyembunyikan perasaan masing-masing. Adelia tiba, dan menarik kerusi lalu duduk.
“Adik dari mana ni? Macam bukan dari rumah mak di kampung,”Datuk
Aman Zainal memandang Adelia mesra.
“Adik paksa Fian pergi shopping lepas
balik dari Ulu Langat tadi. Tu beli baju
yang dipakainya tu. Cantik tak mama?”
Suffian tiba dan duduk di sebelah Datuk
Aman Zainal. Datin Hanim tersenyum. Datin Hanim tidak mampu menyangkal
kasih-sayang yang tidak bertepi Suffian terhadap Adelia.
“Abang tipu, daddy, mama. Abang yang ajak. Dia kata adik comot pakai baju semalam. Tu ajak adik shopping,”Adelia memberitahu
cerita sebenar.
“Mak sihat?”Datin Hanim memandang
Adelia.
“Sihat.
Cuma ayah tak ada. Tu tak dapat
tengok ayah tu,”Adelia menjawab jujur.
Suffian menuang ‘Nescafe’ panas untuk
dirinya.
“Adik nak minum tak?”
“Nak lah. Abang ni.
Mee goreng untuk adik sekali ya!”Adelia ketawa.
“Ayah pergi mana. Malam tadi tak balik?”Datuk Aman Zainal pula
bersuara.
“Ayah ada isteri lain. Tu yang tak balik tu. Kan adik ada sorang abang. Dia ada kat rumah malam tadi,”Adelia
membohongi Datin Hanim, Datuk Aman Zainal dan juga Suffian. Suffian hanya diam. Ingatan Suffian terhadap penagih dadah yang
bergelar abang kepada Adelia itu menjelma.
Cepat-cepat Suffian memadamkannya, dikhuatiri Datin Hanim dapat menghidu
sesuatu.
“Ish, daddy saja yang
tak berani kahwin lain nampaknya,”Datuk Aman Zainal ketawa. Suffian juga turut ketawa.
“Kenapa tak berani, datuk oi. Saya tak marah pun,”Datin Hanim menjeling
Datuk Aman Zainal tajam.
“Awak ni Datin Hanim, saya gurau pun nak
marah. Kedut muka nanti,”Datuk Aman
Zainal ketawa lagi. Adelia tidak mempedulikan
lawak ayah angkatnya, sebaliknya mencedok mee goreng ke dalam pinggan.
“Abang nak tak?”
“Nak.
Tapi sikit cukup,”Suffian menjawab pendek. Perutnya masih kenyang kerana makan di
‘Burgers King’ sewaktu berada di Pavillion bersama Adelia. Adelia menghulurkan
pinggan berisi mee goreng kepada Suffian.
“Adik balik atau tidur sini malam
ni?”Datin Hanim memandang Adelia yang mula menjamah mee gorengnya.
“Kelas pagi esok dibatalkan. Kelas pukul 11.00 pagi. Adik tidur sini lah. Penat sangat ni. Boleh, mama?”Adelia memandang wajah Datin
Hanim menunggu jawapan.
“Adik ni. Kenapa mintak izin pulak! Ini kan rumah adik juga,”Datin Hanim kurang
senang dengan pertanyaan dari Adelia.
“Sedap pulak masakan Bibik hari
ni,”Suffian ketawa. Cuba mengambil
senduk untuk menambah mee goreng ke pinggannya.
Dengan pantas Adelia menolak mangkuk besar yang berisi mee goreng
tersebut ke tepi. Datuk Aman Zainal dan
Datin Hanim ketawa.
“Adik!
Janganlah main-main. Kang abang
tarik rambut adik yang kusut macam sarang burung tu nanti,”Suffian pula
ketawa.
“Mama, tengoklah abang ni. Rambut adik teruk sangat ke? Mama?
Daddy?”Serentak itu Adelia memukul bahu Suffian. Suffian mengaduh sakit.
“Ok,ok.
Serabut sikit saja. Nanti sikat
cantik-cantik sikit,”Suffian masih sempat mengusik adiknya itu.
Adelia
telah masuk ke dalam banglo, meninggalkan Datin Hanim, Datuk Aman Zainal dan
Suffian.
“Adik ada cerita apa-apa?”Datin Hanim
bertanya perlahan kepada Suffian.
“Cerita apa? Tak ada pun.
Tu lah yang dia cerita. Ayahnya
kahwin dua. Selalu ibunya sorang-sorang kat
rumah. Kesian jugak kat Mak Nah tu.”
“Maksud mama, ada adik cakap nak
tinggalkan mama. Pindah sana?”Datin
Hanim bertanya ragu.
“Awak ni, datin. Cepat sangat melatahnya. Adik tak akan buat begitu. Dia kan sayangkan kita. Ha, awak tu yang paling dia sayang,”Datuk
Aman Zainal tidak gemar Datin Hanim berprasangka yang bukan-bukan terhadap
Adelia.
“Betul tu, mama. Tak baik mama buruk sangka. Dah lebih dua puluh tahun adik tinggal dengan
kita. Tak kan adik nak tinggalkan kita
pulak!”Suffian memberikan pendapatnya pula.
“Mama tak buruk sangka. Mama cuma risau, takut kehilangan adik. Itu saja,”Datin Hanim berkata lemah.
“Jangan fikir bukan-bukanlah. Nanti darah tinggi awak datang pulak!”
Datuk Aman Zainal bangun dari kerusinya.
Malam
itu, Adelia gagal melelapkan matanya walaupun badannya penat. Suasana malam yang nyaman dan dingin terasa
panas. Adelia merindui ibunya,
Rosnah. Tiba-tiba Adelia teringat akan
janjinya untuk membelikan ibunya telefon bimbit. Jika ada telefon bimbit, sudah tentu tiada
masalah untuk dirinya menghubungi ibunya.
Adelia mengambil telefon bimbit di sebelahnya. Satu ‘WhatsApp’ dihantar kepada Suffian.
Tidak berapa lama kemudian, pintu biliknya
diketuk kuat. Dengan pantas Adelia
bangun dari katil dan berjalan ke pintu.
Pintu dibuka.
“Kenapa tak cakap tadi. Kan boleh beli tadi.”
Suffian tersenyum di muka pintu bilik.
“Adik lupa. Eh, tak apa ke? Nanti duit abang habis?”
“Mengadalah. Abang ada duit lagi. Dah tidurlah.
Nanti adik cakap, adik nak bila.”
Suffian menarik hidung mancung milik Adelia.
“Sakitlah. Abang ni busuk!”
Adelia menutup pintu biliknya. Kedengaran ketawa Suffian di luar bilik.
Adelia
tidak dapat menafikan lagi kasih-sayang yang begitu mendalam Abang Suffian
terhadapnya. Hanya dengan satu
‘WhatsApp’ berkenaan mahu membelikan ibunya telefon bimbit, Abang Suffian
mengetuk pintu biliknya memberi janji untuk membelikan telefon bimbit
tersebut. Sebenarnya separuh hatinya
telah lega, lega kerana hakikat tentang dirinya cuma anak angkat Datuk Aman
Zainal dan Datin Hanim serta adik angkat Abang Suffian, tidak menjejaskan
apa-apa berkenaan hubungan Adelia dengan ketiga-tiga ahli keluarganya itu. Separuh lagi hati Adelia masih gelisah
memikirkan tentang Mikhael dan juga ibunya di kampung. Untuk berapa lama lagi dirinya boleh
bertahan, membohongi Mikhael tentang kekalutan yang melanda dirinya. Lama-kelamaan Mikhael akan mencium bau juga
perihal dirinya cuma anak angkat keluarga berada itu.
“Perlukah aku memberitahunya esok?” Hati Adelia berkata-kata.
“Kusut sungguh rahsia ini. Ahh, Khael kena tau juga ni. Penat dan menderita aku simpan rahsia
ni,”Adelia berkata seorang diri. Telefon
bimbitnya digenggam erat. Satu WhatsApp
dihantar kepada Mikhael. Telefon bimbit
Adelia serta-merta berbunyi nyaring.
“Baby, kenapa ni? Nak cakap apa esok?”Suara Mikhael lembut,
mesra dan amat merdu di telinga Adelia.
“I call tadi tak jawab. U dah berubahlah, baby. Please tell me what’s wrong my dear.”
“Esok i cerita. Betul u sayangkan i?”Adelia bertanya
lemah. Menanti jawapan yang sudah
diketahuinya.
“Sayanglah, baby. U nak bukti apa? U nak bertunang? Kahwin pun i ok. Tapi u nak ke pregnant and jadi mama awal,”Mikhael
mengekek di talian. Adelia turut ketawa
mendengar kata-kata Mikhael.
“Esok kelas Adel pukul 11.00 pagi. Kita jumpa lunch, Adel cerita. Ok?”
“Sekarang tak boleh ke cerita?”Mikhael
masih berusaha untuk mengetahui apa yang mengganggu kekasihnya itu.
“Dah lewat sangat. Puteri dah mengantuk sangat. Good night sayang,”Adelia mengakhiri
perbualannya.
“Baby!”Mikhael seolah menjerit.
****
Keesokan
pagi di banglo Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal. Suffian menyertai Datin Hanim dan Datuk Aman
Zainal di meja makan untuk bersarapan pagi.
“Morning, mama, daddy,”Suffian berkata
penuh ceria.
“Assalamualaikum anak kesayangan
daddy,”Datin Hanim memperli anak lelaki tunggalnya.
“Waalaikumussalam mamaku. Sorry,”Suffian ketawa mendengar kata-kata
sindiran Datin Hanim. Datuk Aman Zainal
hanya tersenyum mendengar perbualan di antara isteri dan anak lelakinya itu. Datin Hanim menuangkan ‘jus orange’ untuk
Suffian.
“Mesti adik belum bangun ni. Fian kejutkan adiklah ya?”
Suffian memandang wajah Datin Hanim
meminta persetujuan.
“Biarlah adik tu. Mesti penat balik dari kampung. Fian ajak shopping lagi. Kesian dia,”Datin Hanim melarang rancangan
Suffian untuk mengejutkan Adelia.
“Betul tu. Tentu adik penat,”Datuk Aman Zainal
menambah. Suffian meminum jus orangenya
laju.
“Nak nasi goreng ke, bread?”Datin Hanim
bertanya kepada Suffian.
“Just bread mama,”Suffian menjawab
pendek.
“Tak seleralah tu, tak dapat kacau
adik. Fian, kalau dah kahwin nanti,
tentu jealous Si Amanda tu,”Datin Hanim ketawa.
“Fian kena jaga batas dengan adik. Dia bukan adik Fian. Silap mama juga dulu, tak susukan adik,”Datuk
Aman Zainal bersuara perlahan, mengharap seribu pengertian dari Suffian.
“Eh, abang ni. Salahkan saya pulak. Kan masa tu tak ada ubat canggih macam
sekarang ni. Mana susu saya nak keluar
masa tu,”Datin Hanim memasamkan wajahnya.
Suffian ketawa, diikuti oleh Datuk Aman Zainal.
“Fian tau daddy. Adik kan adik kesayangan Fian. Tiada siapa yang lebih menyayangi adik
melebihi Fian,”Suffian berkata perlahan.
Sementara
itu, Adelia telah terjaga di biliknya.
Dengan pakaian tidur, Adelia berlari ke tingkat bawah mendapatkan
Suffian. Nasibnya baik, kereta Suffian
masih berada di ‘porch’. Adelia menunggu
Suffian keluar dari ruang makan di tepi tangga.
“Abang!”Adelia memanggil Suffian
perlahan. Suffian menoleh. Suffian mengangkat kening tanda bertanya
kenapa Adelia memanggilnya dengan perlahan begitu.
“Janji pasal malam tadi tu?”Adelia
bertanya sambil menutup mulutnya, kerana Suffian mendekatinya.
“Jauh sikit. Adik belum gosok gigi lagi ni,”Adelia
berterus-terang dengan Suffian.
“Patutlah busuk sangat,”Suffian ketawa
besar. Adelia memukul bahu Suffian
mesra.
“Ok, ok.
Abang belikan nanti.”
Datin Hanim dan Datuk Aman Zainal keluar
dari ruang makan. Adelia berhenti dari
memukul Suffian.
“Ha, mengapa ni? Adik tak mandi lagi?”Datin Hanim bertanya
curiga.
Adelia berlari naik ke tingkat atas,
malu kerana masih belum mandi dan menyedari tindakannya yang keterlaluan
bermanja dengan Suffian.
“Adik suruh belikan phone,”Suffian
menjawab soalan Datin Hanim.
“Phone adik rosak ke?”Datuk Aman Zainal
pula bertanya.
“Tak daddy. Untuk ibunya di kampung. Senang adik nak call. Kesian jugak daddy, selalunya ibu adik duduk
sorang-sorang. If jadi apa-apa tak ada
orang tau,”Suffian memberi penerangan kepada Datuk Aman Zainal. Datuk Aman Zainal diam tanpa kata mendengar
penerangan dari Suffian.
“Fian belikanlah. Kesian kat adik. Mama dah redha adik ada dua orang mama. Realiti tak boleh kita ketepikan,”Datin Hanim
berkata sayu. Datin Hanim cukup
bersimpati dengan kesusahan hidup yang dilalui oleh ibu Adelia sebenarnya.
****
Suraya menghulurkan botol air mineral kepada Adelia. Adelia menyambutnya di dalam kegelisahan.
“Kenapa kau gelisah sangat ni?”
“Aku nak bagitau Khael kejap lagi ni. Kau rasa macamana reaksi Khael
agaknya?”Adelia memandang wajah Suraya.
Suraya tersenyum manis.
“Mestilah dia terima. Apa-apa pun kau tetap anak datuk dan
datin. Adik kesayangan Si handsome Suffian. Apa yang merugikan Khael? Kau tu saja yang takut tak tentu pasal.”
“Betul ke ni? Ke aku kena bersedia kalau Khael tinggalkan
aku. Nak sedia ke tak ni?”Adelia berkata
manja.
“Jangan nak mengada-ngada sangat ya? Khael ok punya. Kau tetap pewaris kepada harta Datuk Aman
Zainal. Usahawan Melayu yang terkenal di
Kuala Lumpur. Siap masuk majalah
lagi. Tak ada siapa yang kena
tinggallah,”pujukan Suraya amat menggembirakan hati Adelia.
Dari
jauh Adelia dan Suraya melihat kereta Mikhael menjalar tiba.
“Wei, doakan aku berjaya beb. Taklah balik ni aku menangis jumpa kau. Jumpa di kelas pukul 2.00 nanti.”
Adelia bangun dari duduknya.
“Ok beb.
Selamat berjaya,”Suraya ketawa.
Adelia berjalan pantas menuju ke kereta
Mikhael.
“Sorry baby. Lambat sikit,”Mikhael menyambutnya dengan
senyuman sejurus pintu kereta dibuka oleh Adelia. Adelia masuk ke dalam perut kereta.
“Ni dah lambat banyak tau. Hampir 30 minit. Penat tunggu.
Lapar pun ada gak,”Adelia meluahkan rasa tidak puas hatinya.
“Ampun tuan puteri. Lapar ya?
Nak makan apa? Kat mana? Driver ni boleh bawa ke mana sahaja yang tuan
puteri hajati,”Mikhael ketawa.
Sememangnya jejaka di sebelah Adelia itu
merupakan jejaka tampan. Jika bukan
kerana statusnya sebagai anak tan sri sekali pun, Mikhael tetap menjadi
pujaan. Wajahnya iras pelakon terkenal
dari Singapura Remy Ishak. Adelia cukup
menyedari hakikat tersebut.
“Baby!”Mikhael mengejutkan Adelia. Bayangan Remy Ishak hilang serta-merta.
“Yup sayangku Khael,”Adelia ketawa.
“Ada apa sayang?”
“Kita nak makan di mana ni? Dah keluar kampus ni,”Mikhael menjawab laju.
“I ada kelas pukul 2.00 sayang. Makan Mc Donald’s saja lah.”
Mikhael tersenyum tanda setuju.
“Burger
dah habis. Fun fries pun dah habis. Tolonglah cerita kenapa dan kenapa baby pelik
akhir-akhir ini. Call kadang tak
jawab. Ada boyfriend lain?”Mikhael
memandang wajah manis Adelia di depannya penuh ragu.
“I tak tau nak mula di mana. Tapi i takut, u tinggalkan i jika u tau
cerita yang sebenar,”Adelia bersuara perlahan, cuba menahan air matanya dari
mengalir.
Mikhael tidak selesa dengan keadaan
Adelia.
“Please baby. Tell me the true! I janji tak kan tinggalkan u. Please jangan buat i bermain teka-teki
begini.”
“I baru tau, i bukan anak kandung Datuk
Aman Zainal dan Datin Hanim. I cuma anak
angkat mereka. Ayah dan ibu kandung i,
orang kampung yang miskin di Ulu Langat.
I cukup bersedia jika u nak tinggalkan i.”
Adelia mengesat air matanya yang
gugur. Mikhael diam sebentar. Namun dengan pantas menyedari tindakan tidak
cukup prihatin dirinya terhadap Adelia adalah tidak wajar.
“Kenapa mesti i tinggalkan u?”Mikhael
berkata tanpa berfikir panjang lagi. Tujuannya
cuma satu, mahu menghentikan tangisan Adelia.
Kata-kata Mikhael berjaya menghentikan tangisan Adelia. Adelia mengukir senyuman tipis di bibirnya
yang munggil.
“Betul, sayang?”
“I dapat apa jika tipu u. Dapat sport car baru?”Mikhael ketawa, cuba
menghiburkan Adelia, sedangkan hatinya sendiri keliru kini. Adelia turut ketawa mendengar lawak yang
dibuat oleh Mikhael.
Mikhael memberhentikan
keretanya. Adelia menjeling Mikhael
sekilas.
“Betul u tetap sayangkan i?”Adelia
bertanya kepada Mikhael meminta kepastian sebelum turun dari kereta. Mikhael diam, tersenyum lantas
mengangguk. Adelia turun dari kereta
Mikhael dengan berat hati. Entah mengapa
hatinya tidak merasa lega setelah membuat pengakuan kepada Mikhael. Hatinya semakin risau, melebihi sewaktu belum
membuat pengakuan kepada Mikhael. Adelia
berjalan perlahan menuju Dewan Kuliah A.
Suraya tersenyum memandangnya.
“Monyok saja. Khael cakap apa?”
Suraya menarik tangan Adelia menjauhi
mahasiswa dan mahasiswi yang lain.
“Dia kata tetap sayang aku. Entah. Tapi aku rasa tak sedap hati. Muka dia lain macam saja,”Adelia menjawab
jujur.
“Perasaan kau saja lah tu. Dahlah.
Jom masuk. Nanti membebel pulak
Dr. Suhana tu.”
Adelia
memandu ke apartmen yang disewa bersama kawan-kawannya dengan hati yang
gelisah. Fokus utama tentunya tentang
Mikhael. Naluri Adelia menyatakan ada
yang tidak kena kepada Mikhael setelah mendengar pengakuannya tengahari tadi. Adelia cuba melawan perasaan gelisahnya
sebaik mungkin. Tiba di biliknya, jam
telah menunjukkan pukul 7.15 petang.
Adelia terus mandi dan menunaikan solat Maghrib. Kelibat teman sebiliknya, Tina tidak
kelihatan. Selesai menunaikan solat
Maghrib, Adelia duduk termenung di katil.
Jika tadi fikirannya asyik memikirkan tentang Mikhael, kini ingatannya
terus-terusan mengingati ibunya di kampung.
Apakah yang dilakukan oleh ibunya kini?
Tentunya keseorangan lagi di malam-malam dingin bertemankan sepi dan air
mata. Alangkah baik jika pada waktu ini,
Adelia dapat menghubungi ibunya itu.
Pintu biliknya diketuk dari luar.
Anita menolak daun pintu bilik Adelia yang tidak berkunci.
“Nak joint dinner?”
“Malaslah. Dietlah,”Adelia membohongi Anita.
“Ok.
See u.”
Anita menutup kembali pintu bilik
Adelia. Telefon bimbit Adelia yang
terletak di atas meja solek sepi tidak berbunyi. Tiada bunyi deringan atau pun khidmat pesanan
ringkas yang masuk ke dalam telefon bimbit Adelia. Adelia tertunggu-tunggu akan panggilan dari
Mikhael. Namun hampa. Perlahan Adelia mencapai telefon bimbitnya.
“Adik, abang tengah drive ni. Dah lambat nak ambik Kak Amanda. Nanti abang call balik,”Suffian mematikan
talian setelah menjawab panggilan Adelia.
Adelia berwajah hampa. Kepada
siapa harus dirinya mengadu kini?
Kerisauan memikirkan hubungannya dengan Mikhael, bercampur dengan
kerinduan terhadap ibunya di kampung.
Wajah Suraya menerpa di ingatan Adelia.
“Yup, kenapa call aku memalam ni? Boringlah tu,”Suraya mengusik Adelia.
“Khael tak call pun. WhatsApp pun tak. Apa cer ni beb? Aku sedih ni,”Adelia meluah hiba kepada
sahabat baiknya.
“Rileks la beb. Baru tadi jumpa kan? Apa yang dikecohkan. Bukan selalu kau yang tak jawab call
dia. Malam ni terbalik pulak. Apa cer Adel oi?”Suraya ketawa.
“Wei, aku tak main-mainlah. Kau rasa dia macamana? Fikir semula tentang kedudukan aku di
hatinya? Haha, nanti tak ada boyfriend
cam kau plak,”giliran Adelia pula ketawa.
Suraya menyambut ketawa Adelia.
“Ok saja tak ada boyfriend. Dari ada boyfriend tak ikhlas. Betul tak?
If betul tulus cinta Khael kat kat, tak wujud soal siapa kau
sebenarnya. Anak datuk ke? Ada petani ke?”Suraya mengutarakan faktanya
dalam nada gurauan kepada Adelia. Adelia
terdiam, mengakui kebenaran kata-kata sahabat baiknya itu.
“Betul Su. Aku setuju sangat. Aku redha saja lah nanti. Lagi pun aku kan masih muda dan cantik. Tak gitu sahabatku?”Adelia menyedapkan
hatinya sendiri.
“Bagus, bagus. Siapa tidak kenal Adelia Saffya Datuk Aman
Zainal? Hidup Adelia,”Suraya memberi
sokongan yang tidak berbelah-bahaginya kepada Adelia. Itulah namanya sahabat, sentiasa ada untuk
memberi sokongan yang membina apabila sahabat ditimpa kesusahan.
Selepas
menelefon Suraya, Adelia membaringkan badannya di katil. Memeluk ‘teddy bear’ pemberian Mikhael. Adelia kembali menyoal kebenaran tindakannya
memberitahu Mikhael berkenaan rahsianya.
Sekiranya tidak memberitahu Mikhael, rahsianya tetap akan
terpelihara. Tapi sampai bila? Sampai bila dirinya harus hidup di dalam
pembohongan. Tidak mengakui Rosnah dan
Rasyid sebagai ibu bapa kandung juga satu tindakan yang menyeksakan. Adelia tidak mahu menjadi anak derhaka,
lebih-lebih lagi kepada ibunya Rosnah yang hidup menderita selama ini. Pintu bilik dibuka dari luar. Tina masuk ke dalam bilik dengan wajah yang
ceria.
“Tak tidur lagi?”Tina menyapa Adelia
mesra.
“Belum.
Belum solat lagi.”
Adelia bangun dari pembaringannya, lalu
keluar dari bilik untuk ke bilik air.
Jam
di telefon bimbit menunjukkan pukul 11.50 malam. Adelia masih tidak dapat melelapkan
matanya. Mikhael langsung tidak
menghubunginya malam itu. Satu kelainan
yang amat ketara sekali. Telefon yang
dipegang oleh Adelia akhirnya berbunyi juga.
Adelia tersenyum, namun panggilan tersebut bukanlah panggilan yang
ditunggu-tunggunya.
“Sorry adik. Kenapa call abang tadi?”Suara Suffian mesra
di talian.
“Saja call. O, dating terus lupakan adik ya? Tak sayang adiklah tu!”
“Memanglah tak sayang. Dah mengada sangat. Kenapa ni?
Bagitau abang. Macam ada masalah
saja. Kan abang janji nak beli phone
tu.”
“Bukan pasal tu lah,”suara Adelia
bernada sedih. Adelia percaya, abangnya
Suffian mampu mendengar keluhan hatinya.
Adelia bangun, lalu keluar dari bilik.
Bimbang perbualannya dengan Suffian didengari oleh Tina yang telah
terlena.
“Khael.
Khael,..”suara Adelia berhenti di situ.
Suffian yang sememangnya menaruh curiga
terhadap Mikhael serta-merta menghentikan keretanya.
“Khael buat apa. Cakap kat abang cepat!”Suffian bertanya
cemas.
“Ish, abang ni. Dia tak buat apa-apalah. Cuma, cuma,..”Adelia berhenti lagi dari
meneruskan kata-katanya.
“Cuma apa? Adik jangan cuba sembunyikan apa-apa dari
abang,”suara Suffian masih berbau cemas.
Adelia ketawa mendengar nada suara Suffian.
“Abangku sayang, Khael tak buat
apa-apa. Cuma tadi, adik bagitau dia
pasal siapa sebenarnya adik. Sekarang
ni, call tak, WhatsApp tak, sms pun tak.
If abang jadi Khael, abang akan tinggalkan adik jugakah?”
“Hahaha.
Mengarutlah adik ni. If abang dah
sayang orang tu, abang akan terima seadanya.
Abang kan lelaki sejati.
Melindungi perempuan dan setia pada yang satu,”Suffian mengeluarkan
pengakuan ikhlasnya.
“Abang,..”Adelia merengek memanggil
abangnya, Suffian.
“Kenapanya?”Suffian bertanya lembut.
“Kalau Khael tinggalkan adik?”
“Baguslah. Abang pun tak suka kat dia. Belum tentu ikhlas kat adik. Mungkin ini ujian bagi menguji cinta Khael
terhadap adik. Kita sama-sama tengok
nanti. Dia berubah atau tidak.”
“Abang!
Memang tak sayang adik betul. Abang
kan tahu, adik sayangkan Khael.”
“Sayang tu tak guna jika tiada
keikhlasan, kesetiaan dan kejujuran. Adik
just tunggu saja, apa reaksi dia selepas ini.
Itulah true colour Mikhael.”
Adelia terdiam mendengar kata-kata
Suffian.
Adelia
kembali mengingati Mikhael setelah meletakkan telefon bimbitnya di sisi. Wajarkah dirinya untuk menelefon Mikhael pada
waktu begini? Ah, aku adalah kekasih
Mikhael. Tentunya Mikhael tidak kisah
aku menelefonnya pada waktu apa pun.
Adelia kembali menggenggam telefon bimbitnya. Nombor telefon Mikhael ditekan. Adelia menanti panggilannya dijawab oleh
Mikhael.
No comments:
Post a Comment