Melbourne, Aku Ingin Pulang
Bab 7
Mikhael
duduk termenung di ruang tamu utama banglo mewah milik Tan Sri Syed Mustapha
dan Puan Sri Zahirah. Otaknya ligat
berpusing memikirkan tentang status Adelia sebagai anak angkat Datuk Aman
Zainal. Entah mengapa persoalan adakah
Adelia akan mewarisi harta Datuk Aman Zainal timbul di benaknya. Mikhael merasakan kekurangan terhadap Adelia
amat jelas sekali kini, walaupun Mikhael cuba mengusir perasaan tidak enak
itu. Adakah aku terlalu mementingkan
diri sendiri? Sesuaikah kini Adelia
berdampingan dengan diriku? Fikiran
Mikhael benar-benar buntu. Puan Sri
Zahirah muncul di pintu, selepas pulang menghadiri kelas poco-poco. Puan Sri Zahirah masih ranggi walaupun
usianya menghampiri 55 tahun. Dengan
seluar ketat dan t-shirt berjenama menyaluti tubuhnya, Puan Sri Zahirah tampak
lebih muda dari usianya yang sebenar.
“Anak mama tak pergi kelas hari ni?”
“Tak ada moodlah mama. Malas pun ada,”Mikhael menjawab perlahan.
“La, macam ada problem saja mama
tengok. Cuba bagitau mama kenapa? Tak rindu seharian tak jumpa Adel?”
Puan Sri Zahirah duduk melepaskan penat.
“Malaslah, mama. Nak duduk rumah saja hari ni!”
“Gaduh dengan Adel? Kenapa ni, sayang? Come on.
What’s wrong with her?”Puan Sri Zahirah mula mengorek rahsia.
“Mama ok kalau dapat menantu anak
petani? Anak orang kampung?”Mikhael
menduga Puan Sri Zahirah.
“Khael berkenan anak orang kampung? Macam dalam drama-drama tv?”Puan Sri Zahirah
ketawa. Mula mengesyaki sesuatu yang
berlaku terhadap Mikhael.
“Mama.
Adel just anak angkat Datuk Aman Zainal.
Is’t ok with u?”Mikhael berterus-terang dengan Puan Sri Zahirah
akhirnya. Ketawa Puan Sri Zahirah
terhenti tiba-tiba. Wajahnya berubah.
“Really? Habis tu Khael macamana?”
“Khael tanya mama. Mama ok?”Mikhael menyerahkan persoalan
tentang Adelia kepada Puan Sri Zahirah.
“Adel masih pewaris empayar Datuk Aman
Zainal right?”Puan Sri Zahirah tersenyum sinis.
Mikhael mengangkat bahunya.
“Do you still love her?”
Puan Sri Zahirah memandang tepat wajah
anak lelakinya itu.
“Yup!
Love is love right?
But,..?”Mikhael berhenti di situ.
“But what my dearest son? Adel tidak setaraf dengan kita?”Puan Sri
Zahirah menduga apa yang bergelodak di jiwa Mikhael.
“Macamana Khael nak sesuaikan diri
dengan family Adel di kampung? Susahlah
mama. What do you think?”
“Up to you Khael. Jangan paksa diri. I think u already know the answer. So, anak mama ni kembali solo lah?”
Puan Sri Zahirah memandang Mikhael
dengan pandangan mengambil berat tetapi berbau kelegaan.
“Khael sayang jugak pada Adel. Mama, macamana ni? Sayang tapi,...Entahlah mama.”
“Believe me Khael, sayang tu tak kan ke
mana. Kesesuaian, serasi tu lebih
penting. Lambat laun orang akan tau
jugak status Adelia. Mama juga tak nak
malu masa tu. Khael juga harus menjaga
air muka mama. Kejap lagi Khael grad
kan? Tak jumpa Adel terus. So?
Life’s goes on my dear,”Puan Sri Zahirah memandang wajah anak lelakinya
dalam-dalam. Puan Sri Zahirah mengharap
pengertian dari Mikhael. Perlahan Puan
Sri Zahirah berjalan perlahan meninggalkan Mikhael.
Mikhael
masih bersantai malas di ruang tamu utama rumahnya. Fikirannya masih berserabut memikirkan
perasaannya terhadap Adelia. Hati
Mikhael masih terus tertanya-tanya adakah cintanya terhadap Adelia begitu
hebat. Jika hebat, mengapa sebaik sahaja
mengetahui Adelia adalah anak angkat Datuk Aman Zainal, hatinya berubah? Mikhael masih ingat, dirinya dahulu yang
mengejar cinta Adelia. Adelia bukan
sekadar anak Datuk Aman Zainal tetapi memiliki seraut wajah yang cantik dan
menawan. Wajah mulus gebu dan hidung
yang mancung milik Adelia mampu mencairkan mana-mana lelaki. Adelia juga memilik susuk tubuh yang langsing
umpama seorang model. Pertama kali
melihat Adelia, hati Mikhael telah berbicara.
Hati Mikhael semakin galak berbicara apabila mengetahui Adelia adalah
antara pewaris Datuk Aman Zainal.
“Tuan Mikhael, puan sri panggil makan
tengahari. Lunch!”
Suriati muncul di depan Mikhael
tiba-tiba.
“Saya tak ada seleralah Bik. Bagitau mama, saya tak nak makan,”Mikhael
menjawab laju.
“Tuan jangan macam-macam. Puan sri suruh saya jemput tuan makan
sekarang jugak,”Suriati masih tidak mahu mengalah.
Mikhael bangun, dan berjalan malas
menuju ke ruang makan di mana Puan Sri Zahirah menunggunya.
“Kecewa pun kena makan jugak,”Puan Sri
Zahirah tersenyum.
“Puan Sri Zahirah, anakanda tak ada
seleralah. Mana boleh paksa.”
Mikhael menarik kerusi, lalu duduk.
“Sup ni nampak macam sedap. Makan sikit.
Malam ni mama masak ‘Lamb Chop’ untuk Khael ya?”Puan Sri Zahirah memujuk
Mikhael perlahan.
****
Adelia gelisah menunggu
Suffian pulang. Jam telah menunjukkan
pukul 2.00 petang. Suffian telah
berjanji untuk pulang membawa telefon bimbit yang dijanjikan bagi diberikan
kepada ibu kandung Adelia.
“Sabarlah sayang. Kejap lagi Abang Fian adik tu baliklah. Mama nak tanya adik sikit boleh?”Datin Hanim
bertanya lembut.
“Ada apa mama? Mama tak suka adik tengok ibu?”
Adelia memandang Datin Hanim. Datin yang dipanggilnya mama itu tersenyum,
menyerlahkan keayuaan seorang wanita anggun bergelar datin di mata Adelia.
“Bukan tu sayang. Mama tengok sejak akhir-akhir ni adik tak
gembira. Gaduh dengan Mikhael?”Datin Hanim
seperti dapat membaca isi hati Adelia yang bercelaru.
“Abang bagitau mama ya? Tak apa lah mama. Adik sedar siapa diri adik. Tak layak untuk anak tan sri seperti Khael. Nampaknya mama kena carikan calon untuk adiklah
ya. Tapi cari anak pemandu teksi macam
adik lah. Baru sekufu,”Adelia menjawab
perlahan. Datin Hanim terdiam, cukup
bersimpati dengan apa yang telah berlaku ke atas hubungan Adelia dan
Mikhael. Datin Hanim sendiri telah
menduga, anak tan sri yang dimaksudkan oleh Adelia akan berubah setelah
mengetahui status sebenar Adelia.
Mungkin benar kata-kata Suffian, Mikhael tidak ikhlas mencintai Adelia. Senyuman terukir di bibir Adelia setelah
melihat kereta yang dipandu oleh Suffian bergerak masuk ke halaman banglo.
“Tu abang dah balik. Jangan bersedih lagi. Nanti ibu kat kampung salah anggap. Ingat mama dera adik pulak,”Datin Hanim
memujuk Adelia.
“Mama!”Adelia memanggil Datin Hanim
perlahan.
“Terima kasih kerana jadi mama yang
terbaik kepada adik. Terima kasih kerana
menyayangi adik.”
“Ish.
Mengapa cakap macam ni. Anak mama
ni,”Datin Hanim mengusap rambut Adelia lembut, penuh kasih-sayang.
“Nah! Maaf lambat sikit. Nak pergi pukul berapa ni? Betul tak nak abang hantar?”
Suffian menghulurkan bungkusan berisi
telefon bimbit kepada Adelia. Adelia
menyambutnya.
“Thanks abang sayang. Kejap lagi.
Tak payah lah. Adik tak nak
susahkan abang. Adik ingat lagi jalan ke
kampung ibu,”Adelia menjawab penuh kejujuran.
“Cepatlah. Nanti dah malam pulak sampai sana. Mama takut kampung adik tak ada lampu pulak,”Datin Hanim berkata
bercampur kerisauan.
“Ok, mamaku sayang.”
Adelia bangun dari kerusi dan berjalan
laju masuk ke dalam banglo meninggalkan Datin Hanim dan Suffian.
“Hati mama berat betul nak lepaskan adik
balik jumpa ibu kandungnya. Hari tu hati
mama tak lah seberat ini. Nak halang
adik balik, tak elok pulak. Nanti apa
pulak kata adik,”Datin Hanim meluahkan kerisauannya kepada Suffian.
“Kita tak boleh halang adik jumpa
ibunya, mama. Berdosa kita memutuskan
hubungan ibu dan anak.”
“Amboi anak mama ni. Dulu Fian siap nak mama rahsiakan lagi rahsia
ni dari adik. Siapa kata mama nak
putuskan hubungan adik dengan ibunya.
Mama cuma risau sangat. Entahlah
hati mama ni. Fikir bukan-bukan
kot!”
Perbualan di antara Suffian dan Datin
Hanim terhenti apabila Adelia muncul dengan beg galasnya. Suffian tersenyum memandang Adelia.
“Tu saja? Berapa hari nak balik kampung? Bawa berus gigi tak?”Suffian ketawa
kuat. Wajah Adelia berubah. Bahu Suffian dipukul bertalu-talu. Suffian mengekek ketawa.
“Eh, kenapa ni. Adik?
Fian?”Datin Hanim keliru dengan apa yang terjadi.
“Mama tau, hari tu adik balik kampung
tak gosok gigi. Kat Pavillion baru gosok
gigi,”Suffian menceritakan perkara sebenar.
Datin Hanim turut ketawa mendengar cerita Suffian.
“Mama gelak lah. Malas layan.
Nanti adik tak balik dari kampung baru tau,”Adelia mengeluarkan ayat
merajuknya. Ketawa Datin Hanim terhenti.
“Mama gurau. Kelakar apa cerita Abang Fian tu.”
Adelia menyalami Datin Hanim, dan Datin
Hanim menyambutnya mesra.
“Jaga diri baik-baik tau. Esok balik sini atau terus ke apartmen?”
“Terus ke apartmen, mama. Lusa kelas adik pukul 8.00 pagi. Nanti adik telefon mama,”Adelia memandang
wajah mama angkatnya itu.
“Abang, adik pergi dulu,”Adelia meminta
izin untuk pulang ke kampung dengan Suffian juga. Adelia masuk ke dalam kereta dan memulakan
pemanduannya. Adelia sempat melambaikan tangannya
kepada Datin Hanim dan Suffian. Kereta
yang dipandu oleh Adelia semakin menghilang.
Suffian melepaskan keluhan yang berat.
“Mengapa Fian?”
Datin Hanim yang mendengar keluhan
Suffian bertanya curiga.
“Sebenarnya Fian ada sembunyikan sesuatu
dari mama, daddy. Fian minta maaf.”
“Apa dia? Ada kaitan dengan adik? Fian cakap apa dia cepat!”Datin Hanim
benar-benar risau.
“Err, sebenarnya abang adik di kampung
tu Fian tak percaya, mama. Dia, dia,..”
“Abang adik mengapa?”Datin Hanim memotong
kata-kata Suffian.
“Dia penagih dadah. Teruk dah.
Fian tengok pun takut,”Suffian akhirnya berterus-terang dengan Datin Hanim.
“Ya Allah. Kenapa Fian tak bagitau mama awal-awal. Kalau jadi apa-apa kat adik macamana?”
“Tak kan kita nak halang adik balik
kampung, mama?”
“Mama takut, Fian. Takut keselamatan adik. Adik tu perempuan. Harap adik selamat di rumahnya sendiri,”Datin
Hanim mulai sebak.
“Fian minta maaf. Buat mama semakin risau begini. Kita doa agar adik selamat ya, mama?”
“Ya lah.
Apa cerita budak Mikhael tu? Betul
hubungan adik dan Mikhael putus? Sedih
betul adik bagitau mama tadi. Siap suruh
mama carikan calon untuknya yang sekufu.
Anak pemandu teksi sama dengannya.”
“Fian dari dulu tak suka Mikhael. Eloklah hubungan mereka putus, mama. Ramai lagi lelaki baik di KL ni untuk adik. Nanti Fian kenalkan kawan Fian kepada adik. Confirm baik dan beriman macam Fian,”Suffian
ketawa, cuba menghiburkan hati Datin Hanim yang gundah-gulana memikirkan
keselamatan Adelia.
****
Adelia
memandu perlahan menuju ke Ulu Langat, destinasi pentingnya petang itu. Sudah terbayang di matanya bagaimana ibunya,
Rosnah memeluknya erat dan kegembiraan yang terpancar di wajah ibunya.
“Ibu, anakmu pulang. Pulang untuk menunaikan janji
kepadamu,”Adelia berkata sendirian.
Adelia dapat membayangkan ibunya akan bertungkus-lumus memasak makan
malam untuk dirinya malam itu. Adelia
amat berharap kepulangan keduanya ini, mampu menunaikan impiannya untuk melihat
wajah ayah kandungnya, Rasyid. Gambar
sewaktu Rasyid di usia muda ada dilihat oleh Adelia di dinding rumah, namun
Adelia pasti wajah ayahnya telah jauh berubah kerana gambar tersebut diambil
sewaktu zaman muda ayahnya. Di dalam
kerinduan terhadap ibunya yang meluap-luap, hati Adelia juga masih memikirkan
tentang Mikhael. Ya, Khael yang
dipanggilnya sayang itu tidak menghubunginya hampir seminggu, setelah Adelia
berterus-terang berkenaan status sebenar dirinya. Adelia cuba melawan perasaan hatinya yang
bergelora merindui Mikhael. Pelbagai
alasan diberikan kepada hatinya agar tidak terus-terusan bersedih dengan
pemergian Mikhael.
“Mungkin Khael terkejut dengan berita
itu. Perlukan masa untuk
memikirkannya. Berilah masa
kepadanya,”Adelia memujuk hatinya lagi.
Adelia sedar, dirinya perlu ceria dan gembira berhadapan dengan ibu
kandungnya. Adelia tidak mahu, ibunya
menyedari kegusaran hatinya. Bukankah
soal cinta merupakan persoalan remeh yang tidak perlu untuk ibunya turut sama
berduka lara.
“Ibu, Sarah datang ni,”Adelia melaung di
dalam hatinya.
Sementara
itu, Rosnah duduk di tangga rumahnya menanti kepulangan Sarah. Rosnah amat mengharap minggu ini Sarah pulang
seperti mana yang telah dijanjikannya sewaktu kepulangannya minggu lalu. Rosnah tersenyum sendiri, memikirkan dirinya
telah membeli pelbagai bahan makanan basah untuk dimasak bersama Sarah malam
itu sekiranya Sarah benar-benar pulang.
Naluri keibuannya menyatakan Sarah akan pulang petang itu. Air mata Rosnah menitis akhirnya apabila
melihat sebuah kereta berwarna putih membelok ke arah halaman rumahnya. Rosnah amat yakin itu anaknya, Sarah. Rosnah bangun dan berjalan laju menuruni anak
tangga. Rosnah menungu kereta tersebut
berhenti, dan Sarah keluar memanggilnya, ibu.
Allah itu mendengar keluhan setiap hambanya, dan permintaan Rosnah di
dalam doa-doanya selama ini dimakbulkan.
Sarah keluar dari perut kereta.
“Ibu, tunggu Sarah?”Adelia bertanya
mesra kepada Rosnah.
Air mata Rosnah masih menitis sewaktu
menyambut huluran tangan oleh Adelia.
Tanpa menjawab soalan Adelia, Rosnah memeluk Adelia erat.
“Sarah balik. Sarah tak tipu ibu!”Rosnah berkata dalam
esakannya.
“Kenapa Sarah nak tipu ibu? Kan ibu, ibu kandung Sarah. Ibu janganlah menangis. Kan Sarah dah balik,”Adelia berkata
perlahan. Rosnah meleraikan pelukannya
terhadap Adelia.
Adelia
mengeluarkan beg pakaiannya dari dalam tempat duduk belakang kereta. Beg pakaian yang tidak dilihat oleh Suffian
sebentar tadi. Jika Suffian melihatnya,
sudah pasti akan ditertawakannya kerana agak besar untuk tempoh dua hari Adelia
pulang ke kampung. Rosnah cuba untuk
menyambut beg pakaian tersebut, namun Adelia tidak membenarkannya.
“Biarlah Sarah yang bawa. Ibu ni.
Bukan berat pun. Ibu masak apa
tadi?”
“Masak ikan goreng dan sayur kacang
buncis goreng. Ala, tak sedap. Malam ni ibu masak sedap sikit untuk Sarah ya?”Rosnah
menjawab ikhlas.
Adelia dan ibunya naik ke atas
rumah. Adelia membawa beg pakaiannya
masuk ke dalam bilik, sementara Rosnah terus ke dapur. Sampai di bilik, Adelia mengeluarkan telefon
bimbit yang dibelikan oleh Suffian untuk ibunya. Adelia seperti tidak sabar untuk menyerahkan
telefon bimbit tersebut kepada ibunya.
“Ibu buat apa susah-susah ni?”Adelia
menegur ibunya yang sibuk membancuh air di dapur.
“Air sirap limau untuk anak kesayangan
ibu, boleh kan?”Rosnah menjawab lembut.
“Ibu, tengok ni!”Adelia mengangkat tangannya
menunjukkan beg plastik berisi telefon bimbit kepada ibunya.
“Apa tu?”Rosnah bertanya laju.
“Untuk ibulah. Nanti senang ibu nak jawab call Sarah. Kalau ibu rindu Sarah, nak call pun
boleh. Mari sini Sarah ajar ibu macamana
nak guna,”Adelia duduk di kerusi. Rosnah
mengambil dua biji gelas dan duduk di sisi Adelia.
“Banyak duit Sarah? Kan Sarah masih belajar lagi.”
“Abang Fian belikan. Dia pun kesian tengok kita susah nak
berhubung. Dah macam orang bercinta
pulak kita kan, ibu?”Adelia ketawa.
Rosnah turut ketawa mendengar kata-kata Adelia, terubat benar hatinya
yang lara dengan kepulangan anaknya, Sarah. Gurau senda dari Sarah seolah menjadi penawar
kepada kelukaan hatinya selama ini.
“Ibu charge battery kat sini. Ni nombor Sarah. Sarah dah simpan. Bila-bila ibu boleh call. Sarah top-up kan dari KL. Ibu tak payah susah-susah. Bila telefon berbunyi, ibu tekan kat
sini. Dan terus jawab. Senang kan?”Adelia memandang ibunya, mencari
kepastian samada penerangannya terhadap ibunya difahami.
“Ulang semula macamana nak call
Sarah!”Rosnah teruja untuk menghubungi anaknya itu apabila hatinya dilanda
kerinduan.
“Kat sini. Ha, ni nombor Sarah. Ibu tekan.
Tunggu nada dail. Kemudian,
hello, Sarah kat sini. Hahaha,”Adelia
ketawa besar dengan lawak yang dibuatnya sendiri. Rosnah benar-benar gembira petang itu. Kerinduannya terhadap Sarah yang melebihi dua
puluh tahun benar-benar berbaloi dengan kasih-sayang Sarah kepadanya. Sarah tidak membuangnya, tidak menyalahkan
tindakannya, tidak malu mengakui dirinya sebagai ibu kandung dan yang paling
jelas Sarah menyayangi dirinya.
“Ok.
Sekarang kita cuba. Nak uji sikit
ibu faham or tak. Ibu call Sarah
sekarang,”Adelia bersuara mengejutkan lamunan Rosnah.
Rosnah menekan sesuatu di telefon
bimbitnya. Sejurus itu telefon bimbit di
tangan Adelia berlagu riang. Adelia
ketawa lagi.
“Sarah call ibu pulak. Ibu jawab tau.”
“Hello, Sarah busuk ada?”Rosnah menjawab
panggilan yang dibuat oleh Adelia.
“Sarah busuk di sini. Ni ibu busuk jugak ya? Mesti rindu ya?”Adelia ketawa. Begitu juga dengan Rosnah. Dua beranak tersebut benar-benar gembira,
seperti dunia milik mereka berdua.
“Nah, minum. Mesti haus kan?”Rosnah menghulurkan gelas
berisi air sirap limau kepada Adelia.
“Sedapnya. Sayang ibu banyak-banyak.”
Selesai
solat Maghrib, Adelia membantu ibunya di dapur.
Malam itu Rosnah memasak sup ayam istimewa untuk Adelia. Adelia pula membuat sambal kicap untuk
dipadankan dengan sup ayam tersebut.
Adelia amat berharap kepulangannya kali ini akan mempertemukannnya
dengan Rasyid, ayahnya. Adelia mahu
bertanya perihal ayahnya kepada ibunya.
Namun, apabila difikirkan semula ianya mampu merosakkan mood gembira
ibunya, Adelia membatalkan niatnya itu
“Dah siap pun sambal kicap ni. Kicap kat mana bu? Mesti kat pridge kan?”
“Haa, cepat sikit. Ibu dah lapar ni. Sarah balik, terus selera ibu
berganda-ganda.”
“Ok.
Semua dah siap. Sedapnya bau sup
ni. Habislah Sarah gemuk ni
nanti.”Adelia mencedok nasi ke pinggan ibunya dan untuk dirinya sendiri.
“Betul sedap sup yang ibu buat?”Rosnah
memandang Adelia meminta kepastian.
“Sungguh sedap masakan Puan Rosnah
ni. Esok kita nak masak apa pulak?”
“Ikut Sarahlah. Esok kita pergi kedai cari barang.”
“Kita keluar Bandar Ulu Langatlah. Jalan-jalan cari pasal. Ibu nak?”Adelia mengeluarkan idea
bernasnya. Rosnah tersenyum, tanda
bersetuju dengan perancangan Adelia.
Adelia hampir lupa tentang kekasih hatinya
Mikhael setelah pulang ke kampung dan melepaskan kerinduannya kepada
Rosnah. Begitu juga dengan Datin Hanim,
Datuk Aman Zainal dan abang kesayangannya, Suffian. Malam itu Rosnah mengeluarkan album gambar
lama sewaktu dirinya muda untuk ditunjukkan kepada Adelia. Rosnah seolah-olah mahu mengimbau memori
lukanya bersama Rasyid dan zaman kegelapannya dulu.
“Ibu ada satu rahsia nak bagitau Sarah
sebenarnya. Sarah tengok gambar ni. Ibu, dulu pernah kerja sebagai pelayan kelab
malam. Kat situlah ibu kenal
ayah,”Rosnah berkata perlahan.
“Ee, seksinya skirt. Mana skrit ni? Sarah nak try boleh?”Adelia mengusik
ibunya.
Wajah Rosnah tiba-tiba berubah, keruh
dan air matanya bergenang. Adelia yang
menyedari perubahan tersebut dengan cepat memegang tangan ibunya.
“Sarah gurau lah, bu. Itu masa lampau ibu. Sarah tak berhak nak cakap apa-apa. Sarah minta maaf. Tak naklah sedih-sedih macam ni. Semua orang buat silap, bu. Ibu kena maafkan diri ibu.”Adelia memeluk
Rosnah mesra. Air mata Rosnah makin
deras mendengar kata-kata anaknya itu.
“Sarah tetap sayangkan ibu? Walaupun tau siapa ibu sebenarnya
dulu?”Rosnah masih ragu dengan kata-kata Adelia.
“Tetap dan selamanya ibu. Dah jangan nangis lagi. Sepatutnya Sarah yang nangis. Sarah yang putus cinta.”
“Putus cinta? Dengan siapa?
Kenapa? Dia tinggalkan Sarah
ke?”Rosnah bertanya bertalu-talu kepada Adelia.
“Entahlah, bu. Sejak Sarah bagitau Sarah bukan anak Datuk
Aman Zainal dan Datin Hanim, dia senyap.
Dah dekat seminggu tak call, tak sms.
Kat kampus pun mengelak kot. Tak
terserempak langsung. Abang cakap, tu
namanya cinta kat Sarah tak ikhlas.
Elok lupakan terus. Betul kan, bu?”
“Kenapa Sarah cerita semua tu pada
dia? Tengok apa dah jadi. Ni semua salah ibu kan? Ibu yang salah, Sarah.”
“Mengarutlah ibu ni. Kalau ikhlas sayang Sarah. Tak kisahlah siapa pun Sarah. Nampak sangat suka Sarah selama ni sebab dia
ingat Sarah ni anak datuk dan datin.
Lelaki macam tu layak dipanggail jantan.” Luahan hati Adelia benar-benar
mengejutkan Rosnah. Bagi Rosnah, Adelia
jauh lebih matang dari usianya.
Gadis-gadis lain seusianya tentu
akan meraung menangisi cinta yang kecundang dan merayu-rayu kepada kekasih
hati. Rosnah melihat anaknya itu bijak
membuat penilaian dan kuat pertahanan emosinya.
Rosnah amat bersyukur kepada Allah.
Lewat
malam, pintu rumah diketuk dengan kuat dari luar. Adelia yang telah lena tidak menyedari apa
yang terjadi. Rosnah membuka pintu, dan
Sulaiman meluru masuk lalu merebahkan badannya di ruang tamu. Rosnah menutup pintu semula. Rosnah masuk semula ke dalam bilik meneruskan
lenanya yang terganggu dengan kepulangan anak lelakinya. Rosnah merebahkan badannya di sebelah Adelia,
melihat wajah Adelia di dalam kegelapan bilik yang telah dimatikan lampunya. Rosnah amat menyayangi anak perempuannya
itu. Rosnah berfikir-fikir, apakah
juadah enak yang mahu dimasaknya untuk Adelia esok pagi. Rosnah tersenyum sendiri di dalam kepekatan
malam, kuih seri muka tentunya enak dimakan bersama Sarah esok pagi. Di dalam ketidaksabaran Rosnah mahu membuat
kuih seri muka, wanita yang telah menemui kebahagiaan itu akhirnya terlena.
Pagi
itu Adelia tidak tidur semula selepas solat Subuh, sebaliknya turun semula
membawa pakaiannya untuk mandi. Adelia
melangkah perlahan sewaktu melintasi abangnya Sulaiman yang tidur di ruang
tamu. Suasana pagi masih lagi terasa,
dengan bunyi kokokan ayam dan suasana yang samar-samar. Adelia masuk ke dalam bilik air dan menutup
pintu. Adelia menukar pakaiannya dengan
kain batik untuk mandi. Perasaan Adelia
kurang enak pagi itu, namun digagahinya untuk mandi. Hasrat Adelia mahu menolong ibunya membuat
kuih seri muka di dapur. Adelia
mengambil gayung dan mula menyiram tubuhnya.
Tiba-tiba Adelia merasakan ada bunyi seperti ada orang berada di luar
bilik air tersebut.
“Ibu ke tu?”Adelia bertanya dari dalam
bilik air. Tiada suara yang membalas
soalannya. Hati Adelia benar-benar tidak
enak untuk meneruskan mandiannya. Hanya
dengan berkemban, Adelia membuka pintu dan keluar untuk melihat siapa yang
berada di luar bilik air tersebut.
Sulaiman berdiri di luar bilik air dengan wajah yang meragukan.
“Ibuuuuuuuuuuuuuuuu. Tolong Sarah!”Adelia menjerit dengan sekuat
hatinya. Sulaiman menarik kain batik
yang menyaluti tubuh Adelia. Adelia
sedaya upaya cuba melawan.
“Bukk!
Bukk! Bukk!”Rosnah memukul
Sulaiman bertalu-talu.
“Anak tak guna. Kau nak buat apa dengan adik kau. Kalau aku tau perangai kau macam ni. Baik kau mati
masa kau kecik dulu”Rosnah terus memukul Sulaiman. Adelia masuk ke dalam bilik air semula. Dengan cepat Adelia memakai pakaian. Sementara itu di luar bilik air, Sulaiman
yang tidak waras cuba merampas penyapu yang digunakan oleh Rosnah untuk
memukulnya. Di dalam pergelutan itu,
Sulaiman menolak Rosnah sehingga perempuan tersebut jatuh. Nasib tidak menyebelahi Rosnah pagi itu. Dahi Rosnah terhantuk ke dinding bilik
air. Adelia keluar dari bilik air.
“Ibuuuu!”Adelia menerpa Rosnah yang
tidak sedarkan diri. Sulaiman yang
melihat ibunya berdarah dan tidak sedarkan diri bergegas naik ke rumah. Tidak berapa lama kemudian, Sulaiman turun
semula lalu menghidupkan enjin motosikalnya. Sulaiman menghilangkan diri.
*****
Cer komen,..apa pun heroin mesti selamat punya,..hahaha..
Sambung cepat. Hukhuk.
ReplyDeletealamak...... tengah syok dengan abang dud, hero lain pula keluar.....
ReplyDeleteBEST....
ReplyDelete