Mr.Dud Next Door
Jangan jatuh cinta kpd duda handsome
ni,..dah le...
Bab 7
Maya menarik beg
sekolahnya laju.
“Bye Kak Ju, mak cik. Kakak balik dulu!” Maya sempat meminta izin
untuk pulang dalam proses memakai kasut.
“Kelam-kelibut balik bila dengar bunyi
motor ayahnya!” dengus Julia.
“Huh, kamu ni kenapa Ju? Dah itu bapak dia!”
“Tak seronoklah Maya balik.”
“Kalau kamu tak nak berpisah dengan
Maya,..Ha apa lagi pindahlah rumah sebelah!
Mak setuju saja. Tapi kena
nikahlah dulu!”
“Mak ni, dengar Si Dud tu, mau dia
perasan. Ju tak suka dialah. Tak kan suka.
Nyampah betul tengok laki naik motor!
Usahalah sikit dalam hidup ni.
Hidup di dunia ni hanya sekali.
Ni asyik pasrah dan redha aje,..Dia kena lebih berusaha, mak! Dalam Islam, kan galakkan umatnya berusaha!”
Sememangnya ada kebenaran akan kata-kata
Julia tersebut. Banyak Hadis Nabi yang
menjurus akan kepentingan dan manfaat berusaha kepada manusia. Sebagai contoh, Dari Abu Abdullah Az-Zubair
Ibn Awan R.A. Dia berkata:Rasulullah SAW
bersabda, seseorang yang mengambil
tali-talinya lebih baik daripada meminta kepada orang lain.(HR:Bukhari).
“Kamu tau ke dia tak usaha. Kita baru kenal dia. Ada sebulan ke dia pindah sini? Ju dah cakap macam-macam. Tak baik, Ju.”
“Okay.
Ju tak kan kutuk dia lagi. Tapi
ada syaratnya. Mak dan ayah jangan sekali-kali
buat lawak nak kenenkan Ju dengan dia.
Ju tak suka. Tetap tak suka. Lelaki pokai!”
“Maya.
Masuklah!” Jaliah bersuara kuat.
Julia menoleh dengan cepat. Maya berdiri di belakang Julia dengan wajah
murung.
Alamak!
Budak ni dengar ke apa aku cakap tadi?
“Ni
ayah bagi mak cik. Duit makan dan jaga
kakak!”
Maya menghulur kepingan wang lima puluh
ringgit kepada Jaliah. Jaliah tergamam. Wang kertas huluran Maya disambutnya. Maya berlari pulang.
“Kakak!
Kakak! Kakak!”
Jeritan Julia tidak diendahkan oleh
Maya.
“Tu lah kamu, Ju. Mesti Maya dengar apa kamu cakap tadi. Kamu memang tak sayang mulutlah Ju. Tak ada pun tanda, bapak Maya suka kamu. Perasan betul kamu!”
Julia diam. Terasa terpukul dengan kata-kata Jaliah.
Mesti kakak merajuk ni dengan aku.
“La, banyaknya. Apa sangat yang Maya tu makan di rumah
ni. Zafran ni pun! Dah pergi rumah Maya. Pulangkan duit seratus ni. Mak ambik seratus saja! Eh, cepatlah!
Minta maaf dengan Maya sekali.
Kalau tak malu, minta maaf dengan Zafran juga. Mesti duda tu terpinga-pinga nanti.”
Dua keping duit lima puluh ringgit yang
dihulur oleh Jaliah disambut perlahan oleh Julia.
“Apa lagi. Cepatlah.
Dah nak Maghrib ni. Nanti makan
malam kat sana pulak kamu, Ju!” Jaliah tersenyum, masih sempat mengusik Julia
di dalam marahnya.
“Ju pergilah ni, mak. Mak ni!”
Julia melangkah laju
menyarung sandal di muka pintu. Salam
diberi laju, sesampai di muka pintu rumah sebelah.
Pintu terkuak. Zafran berdiri di depan pintu.
“Err,...”
“Kakak tengah mandi. Nak masuk?”
Eh, kau gila ke apa ajak anak dara masuk
dalam rumah!
“Ni, mak suruh pulangkan. Banyak sangat!”
Julia menghulurkan wang yang dipegangnya
kepada Zafran.
“Ambik awaklah!”
“Kenapa pulak?”
“Upah layan anak saya dengan baik. Nanti belanja kakak makan KFC ke? Kan awak tak ada gaji lagi!” Zafran
tersenyum.
E eh Mr.Dud ni, lebih-lebih pulak! Macamana dia tau aku tak ada gaji lagi
ni? Mesti mak lah ni yang kecoh. Bikin malu aje. Kalau kakak sampaikan aku kutuk dia pokai,
malu ni!
“Nak jumpa kakak masuklah. Dia masam saja balik tadi!”
Okay jugak ni. Aku nak pujuk kakak.
“Masuklah. Terima kasih ye?”
“Sebab apa pulak?”
“Ni!” Julia menunjukkan duit yang
dipegangnya. Zafran sekadar tersenyum.
Julia masuk ke dalam rumah, mencari
bilik Maya.
“Yang pintu terbuka tu!”
Julia
duduk di atas katil bujang Maya. Kelibat
Maya keluar dari bilik air masih tidak kelihatan. Julia gelisah sendiri.
“Kenapa Kak Ju datang?”
Maya yang berbungkus tuala takat
pinggang tercegat di depan pintu. Julia
melemparkan senyum sumbing. Senyuman
bersalah.
“Kak Ju nak ajak kakak makan KFC
esok? Nak? Ni ayah kakak bagi kita duit. Nak tak?”
“Kak Ju tak suka ayah kan?”
Aduh, apalah yang budak ni meragam ni?
“Sukalah. Kalau tak suka, tak kan Kak Ju ambik duit dia
bagi ni!”
“Betul?”
“Betullah. Kenapa Kak Ju nak tipu pulak?”
“Yang Kak Ju cakap ayah pokai tadi?”
“Kak Ju gurau aje. Esok, kakak pakai cantik-cantik tau. Kita suruh pak cik hantar kita pergi
mall. Nak?”
“Nak!” Senyuman Maya menguntum. Hati Julia lega melihat kanak-kanak tersebut
kembali mempercayainya.
Aku dah sayang budak ni. Jangan sayang bapak dia jugak udahlah!
“Eh, Kak Ju tak nak balik?”
“Ha a lah. Kak Ju balik dulu tau!”
Julia bangun, sambil mencuit pipi mulus
Maya.
Melintasi ruang tamu, Julia berjalan
pantas. Tidak mahu untuk bertegur-sapa
lagi dengan Zafran yang memandang skrin televisyen. Julia menyarung sandal laju.
Huh, lega. Dia tak tegur aku.
Tanpa
disedari oleh Julia, mata Zafran memerhatikan langkah kalut Julia
menyarung sandal di depan pintu.
Sayang betul dia kat kakak. Mungkinkah dia calon sesuai bagi pengganti
Mira? Ish, awal lagi. Apalah yang aku merepek ni!
Malam
itu Zafran tidak memasak. Memandangkan
gaji pertama baru diperolehi, Zafran mahu membawa Maya makan malam.
“Kita makan luar. Cepat siap!”
“Kita nak makan apa?”
“Apa-apa kakak nak. KFC ke?”
“Eh, makan KFC dengan Kak Ju, esok. Ayah nak ikut?”
“Kan ayah kerja esok. Kakak ni.”
“Ayah suka Kak Ju ye?”
“Tak adalah! Dengar Kak Ju nanti. Mesti dia takut dengan ayah!”
“Habis, kenapa ayah bagi dia duit?”
“Tu kan duit ayah bagi mak cik. Mak cik kata banyak sangat. Kak Ju pulangkan. Ayah suruh Kak Ju makan KFC dengan kakak
esok,” jawapan jujur diberikan oleh Zafran kepada Maya.
“Kak Ju cantik kan?”
“Bolehlah!”
“Bolehlah tu cantik ke tak?”
“Cantiklah! Banyak betul tanya. Cepatlah tukar baju tidur tu!”
“Yes, bos!”
Hidangan
sate dipilih oleh Zafran malam itu di samping nasi goreng ayam bagi Maya. Bagi dirinya pula, Zafran memilih nasi kosong
bersama sup ayam dan sambal belacan.
Mira, sup ayam ni tak sesedap sup ayam
masakan Mira. Tapi ianya tetap
meningatkan abang kepada Mira. Rindu
abang pada Mira tak kan padam.
Percayalah!
“Ayah!”
“Ayahhh!” Maya memanggil Zafran lebih
kuat.
“Ayah ingat siapa? Kak Ju?” Maya tersengeh.
“Ingat arwah mamalah. Kan mama suka masak sup ayam. Sedap kan sup ayam mama?”
“Yang tu tak sedap?”
“Sedap.
Tapi sup ayam mama lagi sedapppp!” Zafran tersenyum pahit.
“Kita beli sate untuk Kak Ju ye?”
“Kan nak makan KFC esok. Tak payahlah!”
“Ayah ni kede ye? Kata suka Kak Ju!”
Zafran terperangkap dengan kata-katanya
sendiri.
“Okay-okay!” Zafran mengalah. Tangan diangkat tinggi. Pekerja kedai makan tiba.
“Sate ayam campur sate lembu, dua puluh
cucuk ye. Bungkus!”
“Siap!”
Maya
seperti tidak sabar-sabar turun dari motosikal. Tujuannya cuma satu. Mahu menyerahkan bungkusan sate tersebut
kepada Julia.
“Kakak, jatuh nanti. Tak payah lari!”
Maya tidak mempedulikan kata-kata
Zafran. Maya telah tiba di depan pintu
rumah keluarga Julia.
“Kak Ju!
Kak Ju! Kak Ju!”
Pintu dibuka oleh Jaliah.
“Nah!
Ayah bagi kak Ju!” pandai saja Maya mereka cerita. Telah jelas yang Maya mahu Julia menjadi
pengganti mamanya. Jaliah tersenyum
sumbing. Bagi Jaliah, dia tidak kisah
sekiranya Zafran meluahkan hasrat mahu meminang Julia suatu hari nanti. Bagi Jaliah, Zafran seorang lelaki yang
bertanggungjawab, ada budi bahasanya serta tampan.
“Cakap kat ayah, terima kasih tau!”
“Selamat malam mak cik!”
“Terima Kasih, kakak!” Jaliah sedikit
menjerit melihat Maya telah keluar dari pagar rumahnya.
“Sama-sama!”
Di ruang tamu, Zafran menanti Maya
dengan senyum manis.
“Kenapa kakak cakap macam tu?”
“Cakap apa?”
“Cakap ayah yang bagi sate tu kat Kak
Ju. Kakak yang nak bagi kan?”
“Tapi ayah yang bayar! Jadi ayahlah yang bagi Kak Ju! Ayah malu ye?
Bye ayah. Kakak nak tidur. Esok nak pergi KFC dengan Kak Ju cantik!”
Di
rumah keluarga Julia pada waktu yang sama.
“Sedap pulak sate free ni kan, Ja!”
Salman mula memancing Julia yang asyik memandang skrin televisyen.
“Alang-alang dah keluar bilik tu,
makanlah sate ni. Kecik hati Dud tu kan,
abang? Eh, kecik hati Maya kan, bang?”
“Hahaha,” ketawa Salman menguasai ruang
tamu.
“Ju tak nak makanlah. Dud tu yang bagi kan?”
“Alah, mesti Maya yang nak bagi. Tapi mestilah bapak dia yang bayar. Kamu janganlah perasan sangat, Ju oi!”
“Betul ni? Dud tu tak suka Ju kan, ayah?”
“Manalah ayah tau. Nak ayah tanya dia ke? Makan sajalah. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari, Ju!”
“Dia belum bagitau mak pun nak minang
kamu. Jangan risau. Makanlah!” Jaliah pula ketawa.
Dengan wajah masam, Julia mencapai
secucuk sate ayam di pinggan.
Sedap pulak sate ni. Jangan Dud tu spell aku sudahlah. Merana aku duduk rumah tu. Habislah masa depan aku!
Habis secucuk sate, Julia mengambil
secucuk lagi sate.
“Amboi, bang! Tadi kata tak nak. Takut kena jampi oleh Dud tu. Ni bukan selera lagi. Kalau bermenantukan dud tu, abang tak kisah
ke?”
“Tak kisah. Lagi elok, ada orang tengok sakit pening
kita. Abang pun dah anggap Maya tu macam
cucu abang sendiri. Dah lama Qila tu tak
balik. Mesti dah boleh jalan tu!”
Julia tidak mempedulikan kata-kata
Salman dan Jaliah lagi. Seleranya
terhadap sate di depan matanya tidak dapat dibendung lagi.
“Ju, cuba telefon kakak kamu. Suruh dia balik. Rindu mak ni pada Qila tu!”
“Tunggu cuti sekolahlah mak. Nak ke Kak Hani balik waktu-waktu sekolah
macam ni?”
“Kamu telefon sajalah dulu. Kamu tak rindu anak buah kamu tu?”
“Ye lah.
Esok Ju call lah!”
****
Zafran
tiba di rumah petang itu kira-kira pukul lima petang.
Kakak dah balik ke ni? Baik aku jenguk di rumah sebelah!
Zafran menanti pintu dibuka setelah
memberi salam. Julia yang berwajah selamba muncul di sebalik pintu.
“Err,.kakak?”
“Dia tidur. Penat kot!” Julia menjawab garang.
Aku mesti berlagak sombong ni. Nanti dia suka aku. Biarlah anak dia aje yang suka aku!
“Err,..tak apalah. Saya balik dulu!”
Nak balik pun kena cakap ke? Balik je lah!
Dud pokai!
Julia menutup pintu. Zafran memandang tingkah-laku Julia dengan
pelik.
Perempuan ni angin apa tah. PMS ke?
Zafran tersenyum sambil melangkah ke rumah sewanya. Masih Zafran teringat akan perangai pelik
Amira apabila datang haid. Begitulah
keadaannya. Sama seperti Julia yang
marah tanpa punca.
Perempuan sombong! Perempuan sombong! Entah-entah kau memang mama Maya yang
baru. Aku pasrah padamu, Ya Allah!
“Seronok
keluar dengan Kak Ju?”
Maya tidak terus menjawab soalan Zafran,
sebaliknya sibuk membelek buku-buku yang dibeli oleh Julia untuknya.
“Tengok tu, ayah tanya pun tak
jawab. Tak sayang ayah lagi ya?”
“Arr sayang!” Maya menjawab tanpa
memandang wajah Zafran.
“Ceritalah. Tadi pergi mana? Buat apa?” Zafran sebenarnya tidak sabar
untuk mendengar cerita Maya tentang Julia.
“Seronok, ayah!”
“Ye lah.
Apa yang seronoknya?”
“Kakak cerita dari awal. Mula-mula makan kat rumah mak cik. Makan sedap.
Pak cik beli roti canai. Lepas tu
pak cik hantar tempat best. Kak Ju bawa
makan KFC. Lepas tu, tengok wayang. Cerita Hobbit! Seronok, ayah! Lepas tu pulak, Kak Ju pergi sembahayang!”
“Sembahyang?” Zafran terkejut.
Bukan perempuan sombong tu PMS ke? Eh, apa aku ni!
“Ye lah.
Kak Ju sembahyang. Kakak tengok
aje. Lepas tu Kak Ju bawa kakak beli
buku. Ha nilah! Dia suruh ayah ajar!”
“Ayah yang ajar? Ayah tak pandai macam Kak Ju! Balik naik apa?”
“Naik teksilah. Tapi bukan teksi pak cik. Teksi ni baru! Teksi pak cik buruk. Hahaha,” Maya ketawa.
“Amboi, kakak. Tak baik tau, dah naik kutuk macam tu!”
“Alah, kakak gurau aje! Nanti ayah dapat gaji lagi, bagi duit pada
Kak Ju tau. Kami boleh jalan-jalan
lagi.”
Perempuan sombong tu bukan wife ayahlah
sayang! Mana boleh bagi duit kat dia!
Kata
orang, jika orang memperkatakan tentang kita, kita juga akan mengingati orang
tersebut. Begitulah halnya dengan
Julia. Walaupun agak penat seharian melayan
kerenah Maya, Julia merasa amat gembira.
Kesian kakak. Mesti dia rindukan mamanya. Kat akulah dia tumpang kasih! Hah!
Dibuatnya bapak dia pun nak tumpang kasih dengan aku macamana? Ah, macamlah aku tak boleh tolak. Mana ada kahwin paksa dalam dunia alaf baru
ni. Mak nak paksa aku? Aku larilah!
Harap-haraplah Dud tu kahwin dengan perempuan yang betul! Janganlah dapat perempuan jahat. Kesian kakak kena dera nanti.
Penat membelek wajahnya di depan cermin,
Julia melangkah perlahan ke katil.
“Penattttnyerr!”
Bantal peluk dicapai oleh Julia rakus.
“Tak dapat peluk Tengku Hazrin, peluk
Zaini pun kira okey lah! Duhai Zaini,
hadirlah kau dalam mimpi-mimpiku!” Julia ketawa.
Kepenatan tubuh badan yang menguasai
Julia, menyebabkan Julia terlena. Malam
itu Julia bermimpi lagi tentang lelaki kaya idamannya.
“You
tetap mempertahankan cinta kita, sayang?
Walaupun pun sri akan memusuhi you?
Atau mungkin akan membuang you?”
“Yup, that’s my decision! Mummy
tentu akan faham satu hari nanti.
I bukan nak buang dia. I just
wanna be with the one that I love.
Melalui indahnya dunia ini bersama you.
You tak percaya dengan I, baby?” Tengku Hazrin berwajah tenang, cukup
menyakinkan Julia.
“Bukan I tak percayakan you,
sayang. Tapi,..” Julia berhenti dari meneruskan
kata-katanya.
“U takut mummy akan pisahkan kita
juga? Dengan pelbagai cara. Dan muncul ex-girlfriend I yang mummy
suka? Itu drama tv lah baby. Mummy tak kan buat bukan-bukan. Kalau kita ada baby, lagilah mummy akan
terima kita kembali!”
“Itu lagi drama tv, sayang. Dalam reality, kalau dah tak suka, sampai
mati mummy tak suka.”
Air mata Julia mulai mengalir ke pipi.
Tengku Hazrin bungkam. Apa dayanya lagi mahu memujuk Julia.
“I relakan perpisahan ini, sayang. Mungkin ini takdir cinta kita. Allah sedang menguji kita. I tetap doakan you bahagia bersama pilihan
puan sri,..” Air mata Julia semakin galak keluar bercucuran.
“You kejam baby! You kejam!
You never fight for our love!”
“Apa yang I buat demi sayang I pada you
Haz. I tak nak you hidup susah gara-gara
memilih untuk bersama dengan I.
Terimalah takdir cinta kita. Mungkin
kita akan dipertemukan semula suatu hari nanti.
You tak kan mati dalam hati I,” Julia berkata dalam sendunya.
Tengku Hazrin bangun.
“I don’t know what to say, baby. Selamat tinggal Julia!”
Julia pantas mencapai tangan Tengku
Hazrin.
“I tak boleh hidup tanpa you, sayang!”
“We will try to fight our love, rite
baby! I akan cari kerja,..kita kahwin?”
Tengku Hazrin kembali duduk. Air mata Julia dikesat perlahan menggunakan
jarinya.
“Just answer me my baby?”
Julia diam, sedikit keliru dengan
keputusan yang mahu dibuatnya.
“You janji akan sayang I selamanya? Jaga I sampai bila-bila?” Julia menjawab
lambat.
Tengku Hazrin tersenyum. Wajah tampan itu kembali membenihkan warna-warna
pelangi.
“Tak juga. Lepas you pregnant, you gemuk,..I keluar
dengan my-ex!” Tengku Hazrin ketawa kuat.
“You buatlah. Berani you,..” Cubitan Julia singgah di
lengan putih melepak Tengku Hazrin.
Tengku Hazrin memegang tangan Julia kuat.
“That’s it. Don’t you ever repeat it again. Ingat satu perkara, I love you more than you
love me. Jangan merajuk dengan mummy lagi. Nanti I pujuk mummy lagi ye. Nothing to be worry, okay?”
Julia mengangguk.
Pagi
itu Julia begitu ceria sekali. Wajah
Tengku Hazrin masih melekat di ingatannya.
“Oh sayang, engkaulah jejaka idaman,..”
Julia menyanyi riang sewaktu menyikat rambut.
“Kalau tak dapat Tengku Hazrin, dapat
Tengku Zaini pun jadilah. Hahaha. Janggal betul nama Tengku Zaini. Macam tak masuk je nama tengku tu!”
Julia keluar dari bilik mencari Jaliah.
“Mak, Ju beli breakfast ye?”
“Rajin kamu pagi ni? Ada apa-apa ke?”
“Ju rajin pun tak boleh ke? Mak nak apa?”
“Eh, kamu nak beli di mana dengan rambut
mengurai tu?”
“Gerai mak cik hujung lorong tu
aje. Malaslah nak pergi jauh-jauh! Tak apa kan tak pakai tudung! Mak nak apa?
Ayah?”
“Dosa kamu tanggung ye Ju! Belilah nasi lemak. Kuih sikit.
Eh, anak kamu,..Opp,..anak angkat mak , kamu jangan lupa pulak!”
“Mak ni merepeklah. Ju pergi dulu!”
“Ada ke duit tu?”
“Ada.
Baki duit Mr.Dud semalam!” Julia ketawa.
“Orangnya tak suka, duit ambik juga!”
Jaliah berkata perlahan.
Julia
terkebil-kebil mendengar pertanyaan Mak Leha.
“Nasi lemak berapa bungkus?” Mak Leha
mengulangi pertanyaannya.
Aduh, terpaksalah beli untuk Mr.Dud sama
ni! Lain kali aku tak nak dah beli!
“Nasi lemak lima bungkus. Asingkan satu plastic tu dua bungkus, satu
plastic lagi tiga bungkus. Kuih karipap
seringgit, kuih keria seringgit dan apam kukus tu seringgit.”
Dalam perjalanan pulang, Julia
berkira-kira untuk singgah memberikan nasi lemak dan apam kukus kepada Maya.
“Maya mesti suka apam kukus. Tak pedas.
Janganlah Mr.Dud yang bukak pintu.
Malas aku tengok muka lelaki belum mandi ni!”
“Maya!
Maya! Maya!”
Julia menolak pagar yang tidak
berkunci mendekati pintu rumah.
“Waalaikumussalam!” suara Zafran
kedengaran dari balik pintu.
Bila masa pulak aku bagi salam ni? Perli aku ye?
Sangkaan Julia meleset. Wajah Zafran kemas bergaya. Zafran telah mandi.
Handsome siot Dud ni! Tapi apo kan dayo den..
“Ya?
Ada apa Kak Ju cantik?” Zafran memandang wajah Julia.
Julia mengelak pandangan Zafran pantas.
“Nah!
Mak suruh bagi Maya!”
“Mak cik yang bagi atau Kak Ju yang
bagi?”
Hek eleh, gatal jugak kau ye!
“Untuk Maya saja. Saya?” Zafran masih belum melepaskan Julia.
“Ye lah.
Untuk awak sekali. Ambiklah!”
Julia pantas meninggalkan perkarangan
rumah sewa Zafran.
Zafran
masih memegang beg plastik pemberian Julia dengan wajah berbunga.
Zafran merasakan Julia masih di depannya,
dengan rambut melepasi paras bahu yang cantik menawan. Zafran cuma lelaki biasa, yang mungkin telah tersentuh
hatinya melihat kejelitaan Julia.
Adakah abang suka padanya, Mira?
“Ayah!”
“Eh, cepatnya siap!”
“Kan nak makan roti canai di kedai. Siapa bagi kuih ni? Kak Ju ye?”
Zafran tersenyum.
“Kakak nak makan nasi lemak. Tak jadilah makan kedai. Ayah buatlah air!” Maya seolah memberi
arahan.
“Buli ayah ye? Pergilah breakfast dengan Kak Ju cantik Maya
tu!”
“Tak naklah. Kesian ayah nanti makan sorang-sorang. Kalau Kak Ju tinggal sini, kan best! Kan ayah?”
Zafran tidak menjawab, sebaliknya
melangkah perlahan menuju dapur.
Nak ke perempuan sombong tu duduk
sini? Hati Johan berkata perlahan.
**** Camner?..Terlalu cepat ke Zafran mulai
jatuh hati?...