Agungnya Cinta-Bab 2
Esok merupakan hari penting bagi Zara Sofea. Tarikh keramat 6 September. Sofea bakal menyambut hari lahirnya yang ke -
20. Hari yang ditunggu-tunggu oleh
setiap remaja untuk bergembira di samping orang yang tersayang. Menerima hadiah sempena hari lahir adalah
upacara menarik yang ditunggu-tunggu. Hadiah
dari mama tersayang telah diperolehi lama dulu oleh Sofea. Kini Sofea menanti hadiah dari Iqram. Sofea semakin tidak mampu menghalang
percambahan perasaannya terhadap Iqram, lelaki yang dibencinya sewaktu Minggu Silaturahim. Anak dato’ yang dilihatnya menghitung teman wanita
di dalam hidup dan sentiasa menjadi kegilaan ramai. Tidak ketinggalan asyik menjaja wajah
tampannya di sekitar kampus. Namun
lelaki itulah yang menjadi sumber inspirasi Sofea kini. Terjaga sahaja dari lena, Sofea tidak dapat
mengelak dari memikirkan tentang Iqram.
Ya Allah, adakah benar aku sudah jatuh cinta?
Pertanyaan tersebut hanya mampu berlegar di dalam hati Sofea.
“Assalamualaikum, abang duduk boleh?”
Amirul menarik kerusi di depan Sofea. Wajah Sofea merah padam tiba-tiba. Ayat selamba Amirul berkenaan pengakuannya tentang
bunga ros itu kembali menjelma.
“Terima kasih,” Sofea gugup.
“Untuk apa?” Amirul seperti sengaja mahu bergurau dengan Sofea.
“Bunga tu lah!”
“Malam ni abang belanja makan sempena hari lahir Fea, ya?” Lembut
merdu suara Amirul mengheret Sofea ke daerah yang penuh simpati.
Aduh, dia tau pulak beday aku.
Naya ni!
“Mana tau birthday Fea?” pantas Sofea bersuara.
“La, semua mahasiswa kolej
kita tahu birthday Fea.”
Amirul tersenyum manis menampakkan barisan giginya yang cantik. Tanpa Sofea sedar tangannya bergerak mencubit
lengan Amirul. Amirul memandang Sofea
tajam. Menyedari perbuatannya itu keterlaluan,
cepat-cepat Sofea menarik tangannya semula dan menundukkan kepala.
“Pukul 8.00 malam, abang tunggu kat bawah okey!”
Amirul bangun dan berlalu pergi, meninggalkan Sofea dalam
keterpaksaan untuk menerima pelawaannya.
Sofea melihat Amirul berlalu.
Timbul kekusutan yang tidak mampu dihuraikan oleh Sofea. Mengapa Abang Amirul yang meletakkan bunga di
keretanya? Mengapa? Jika orang lain mudah untuk Sofea
mempergunakannya bagi melihat sejauh mana Iqram menyukai dirinya atau sekadar
mahu menambah koleksi teman wanita.
Sekarang macamana? Nak keluar
makan dengan Abang Amirul ke? Kang dia
lagi suka aku? Confius betullah!
Sekuntum bunga ros dari lelaki semester akhir, apa lagi yang perlu
Sofea persoalkan. Amirul menyukainya. Bukankah Amirul telah mengetahui Iqram mengejar
dirinya semenjak Minggu Silaturahim, dan mereka juga berkawan. Sofea masih ingat hari Jumaat yang indah,
sewaktu terserempak dengan Amirul menuju ke motosikal, berbaju Melayu biru
muda, terlalu lembut warna itu. Lantas
menyerlahkan kejernihan wajah Amirul yang dianggap abang.
“Handsomenya, nak pergi solat Jumaat ke? Nak pergi nikah?” Sofea bertanya nakal. “Hajat di hati nak pergi nikah lepas solat
Jumaat, tapi my bride belum siap lagi.
Masih pakai seluar jeans.” Gurauan Amirul amat Sofea fahami. Lantas ketawanya berderai.
“Fea?” Carilah akak Akademi
Pengajian Islam, yang pakai tudung labuh, baru sesuai,” Sofea ketawa.
“Yang berseluar jeans tu akan abang tukar jadi akak bertudung labuh
nanti. Ha, jaga-jaga.”
Gurauan Abang Amirul sungguh mengerikan Sofea.
“Jangan harap ya.” Sofea berkata lembut lantas meninggalkan Amirul. Pada masa itu Sofea langsung tidak menduga
yang Amirul menyukainya. Bagi Sofea,
dirinya bukan perempuan idaman Amirul. Amirul
ahli jawatankuasa surau kolej, dan beriman orangnya. Itu yang Sofea dengar dari warga kolej. Namun mengapa kini Sofea menjadi
tumpuannya. Sofea, Zara Sofea
Hafizuddin, pelajar semester pertama TESL yang berjeans dan bert-shirt ketat,
memakai tudung namun masih memakai apa sahaja yang ketat, serta suka bergurau
dengan siapa sahaja. Adalah mustahil Amirul
memilihnya. Agak keliru Sofea
memikirkannya. Sofea tertanya-tanya
sendiri mengapakah Amirul menyukainya.
“Ha, berangan ya?”
Bella menepuk bahu Sofea.
Bella kemudian menarik kerusi dan duduk di sebelah Sofea.
“Abang Amirul ajak dinner malam ni,” Sofea bersuara lemah.
Bella membeliakkan mata.
“Bukan kau tunggu Iqram ajak kau dinner malam ni?”
“Ya lah, tapi macamana ni?
Aku tak sampai hati nak kata no kat Abang Amirul,” Sofea memberi
penjelasan kepada Bella.
“Tapi inilah peluang kita menduga kesungguhan Iqram kat kau.”
Tiba-tiba Bella bersuara setelah lama mendiamkan diri. Sofea memandang Bella.
“Aku tak sampai hatilah .
Tapi nak cakap no pun tak sampai hati.
Nanti Iqram nampak aku keluar dengan Abang Amirul macamana?” Sofea
meluahkan rasa hatinya kepada Bella, sekaligus menunjukkan dirinya akan keluar
makan malam dengan Amirul.
Malam itu, Sofea mengenakan make-up agak tebal berbanding hari-hari
biasa. Maklumlah makan malam sempena
hari lahir. Blause merah jambu sedondon
dengan tudung singkat berwarna merah jambu juga. Tetap berseluar jeans ketat, namun blause
agak longgar.
“Amboi, cantiknya!” Bella
menegur Sofea yang asyik memandang cermin.
“Iqram ada call?”
Pertanyaan Bella merobek kegembiraan Sofea. Ternyata Iqram tidak menelefonnya sejak
peristiwa dia menemui Sofea di fakulti minggu lepas. Sofea juga bersifat jual mahal dan tidak
menghubungi Iqram. Sofea tidak pasti
samada Iqram marah kepadanya, sibuk atau sebenarnya tidak tahu esok adalah hari
jadinya.
“Kau rasa kenapa Abang Amirul suka aku?”
“Sebab kau cantiklah, seksi, peramah dan bermata sepet,” Bella
menjawab panjang lebar. Sofea lantas
mencubit perut Bella. Bagi Sofea kenyataan
Bella berbau gurauan. Sofea merasakan
dirinya tidak secantik mana, namun mungkin agak seksi. Sofea tersenyum sendiri menyetujui kenyataan
Bella yang mengatakan dirinya seksi.
“Ha, cepatlah, nanti penat AJK surau tu tunggu.”
“Wei, dia biasa saja lah, bukan abang surau,” Sofea membantah
kata-kata Bella.
“Eloklah tu ada dua orang buah hati,” Bella mengakhiri usikannya
dengan tawa riang. “Aku pergi dulu!”
Sofea menutup pintu bilik perlahan, meninggalkan Bella dengan tawa
riangnya.
Sofea tiba di lobi kolej.
Ramai kakak dan abang senior melepak di situ, tidak ketinggalan kakak
senior yang digosipkan dengan Iqram , Intan Farhana. Farhana menjeling ke arah Sofea tajam. Farhana sengaja tidak meneruskan perjalanannya
ke bilik setelah melihat Sofea seperti menanti seseorang. Farhana menegur beberapa orang kawannya yang
melepak di lobi. Jelas kelihatan Farhana
baru pulang dari pusat membeli-belah, dengan beg plastik di tangan.
“Maaf, abang lewat.”
Sofea menoleh serta merta. Amirul
tersenyum manis memandang Sofea. Haruman
‘Aramis’ seperti selalu menusuk hidung
Sofea.
“Kita nak ke mana?” Amirul menyoal Sofea lembut.
Sofea mengangkat bahu sambil menghulurkan kunci kereta kepada Amirul. Amirul menyambut kunci kereta yang dihulurkan
oleh Sofea, memahami maksud gadis itu yang tidak mahu membonceng motosikal
dengannya. Sofea melihat Farhana
berbisik-bisik dengan temannya. Wajahnya
yang kelat kelihatan agak ceria. Sofea
amat pasti tentunya Farhana menyangka dirinya akan keluar dengan Iqram.
“Jom!” Suara Amirul mengejutkan Sofea yang asyik memerhatikan
Farhana. Sofea dan Amirul bergerak ke
tempat letak kereta. Radio Sinar FM
menemani perjalanan makan malam mereka berdua.
“Fea suka tempat macamana untuk dinner ni?”
“Tak kisah, Fea suka tempat
terbuka, tiada bumbung, ramai orang, boleh tengok orang.”
“Kalau begitu, kita dinner di Pantai Dalam saja. Dekat.
Lagipun pukul 10.00 malam, Fea mesti abang hantar balik,” panjang lebar celoteh
Amirul.
Terharu Sofea mendengarnya.
Tiba-tiba telefon bimbit milik Sofea berbunyi. Sofea menduga ianya pasti dari mama tersayang. Sudah pasti mamanya ingin mengucapkan ‘happy
birthday’ kepada dirinya. Sangkaan Sofea
ternyata meleset sama sekali. Nama Iqram tertera di skrin telefon.
“Hello birthday girl, turun kita pergi dinner.” Suara Iqram lembut
di talian.
Tanpa memandang reaksi Amirul, Sofea meneruskan perbualannya dengan
Iqram. Sofea tidak pasti samada Amirul
mengetahui pemanggil itu Iqram atau tidak.
“Fea dalam kereta, nak keluar dinner, nanti Fea call balik.”
Sofea terpaksa juga meneruskan perbualan dengan Iqram dalam keadaan
janggal.
“Fea keluar dengan siapa ni?” Iqram seakan dapat menghidu sesuatu.
“Fea dinner dengan Abang Amirul,” Sofea menjawab jujur.
“Okey.” Iqram memutuskan talian.
“Siapa call?” Amirul bertanya.
Sofea amat pasti Amirul mendengar namanya disebut sebentar
tadi.
“Kawan baik abang lah,” Sofea menjawab dengan serba-salah. Sofea memandang ke arah Amirul yang sedang
memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai pemandu.
“Iqram?”
Sofea mengangguk tanpa memandang apakah reaksi wajah Amirul.
Mereka tiba di Pantai Dalam pada pukul 8.20 malam. Malam masih terlalu muda dan indah untuk
dinikmati. Gerai-gerai makan mula
dikunjungi orang ramai untuk menjamu selera.
Ramai pelajar-pelajar seperti mereka berdua makan di gerai yang mereka
pilih. Ini kerana ramai mahasiswa UM
menyewa Flat Bukit Sri Angkasa berhampiran gerai-gerai makan di kawasan Pantai
Dalam.
“Abang duduk di sebelah Fea ya?” Sofea pandang Amirul.
Sebenarnya Sofea tidak selesa bila duduk bertentangan dengan Amirul. Keadaan yang sama seperti keluar dengan Iqram
tempoh hari. Sofea menyedari dirinya
sememangnya tidak selesa diperhatikan oleh lelaki, lebih-lebih lagi untuk
bertentangan mata dengan lelaki. Amirul bangun dan menarik kerusi ke sebelah
sofea. Amirul duduk sambil mengambil
menu yang terletak di atas meja.
“Fea nak makan apa?” Amirul bertanya lembut.
Suaranya yang lemah lembut bisa mencairkan ketulan ais pada pendapat
Sofea.
“Fea!” Amirul memanggil nama Sofea kuat setelah gadis itu berdiam
diri.
“Air carrot susu dan bihun goreng boleh?” Sofea berkata manja.
Sebagai anak tunggal mamanya, Sofea tidak merasai kasih sayang dan
kemesraan abang, kakak dan adik. Sofea terfikir,
alangkah indahnya jika Aiman Amirul di depannya itu adalah abang kandungnya. Lembut budi bahasa dan penyayang.
“Tak boleh!” Suara Amirul mematikan angan-angan Sofea.
“Makan ‘chicken chop’ nak?
Kat kedai ni sedap,”Amirul memberi cadangan.
Sofea senyum, lantas
mengangguk. Sofea amat yakin Amirul
bercakap benar kepadanya.
“Abang makan apa pula?”
“Sama la.”
Sofea menikmati ‘chicken chop’ yang terhidang dengan begitu
berselera sekali. Hampir Sofea lupa tentang Iqram, mamanya dan juga Bella. Kini Sofea cuma menanti panggilan dari mama
tersayang. Sofea amat pasti mamanya akan
menelefon untuk mengucapkan selamat hari lahir.
Tiba-tiba Sofea teringat akan Bella teman sebiliknya, merangkap PA yang tidak bertauliah.
Bella mesti suka chicken chop ni!
“Abang, Fea order chiken chop ni untuk Bella boleh?” Sofea beraksi
manja terhadap Amirul.
“Tak boleh!”
Sambil tersenyum Amirul memanggil pekerja gerai untuk memesan
‘chicken chop’ bungkus. Sofea menolak
pinggan ‘chicken chop’ ke tepi. Cukup
kenyang dirasakannya. Telefon bimbit
milik Sofea berlagu lagi. Kali ini
tekaan Sofea amat tepat, mama tersayang yang menelefonnya. Mama tersayang mengucapkan selamat hari lahir
yang ke-20 kepada Sofea. Tidak lupa
Baizura mengingatkan Sofea bahawa hadiahnya telah diterima.
Sofea terkekeh-kekeh ketawa.
Masakan Sofea lupa kepada hadiah berharga dari mamanya itu. Namun Sofea terpaksa berbohong dengan mamanya
mengatakan dirinya sedang makan di kedai makan kolej bersama Bella.
“Mengapa bohong dengan mama?”
“Mama tak suka Fea keluar dengan lelaki, nanti dia salah sangka
pula,”agak panjang juga penjelasan Sofea.
“Mengapa?”Amirul belum puas menyoal siasat Sofea.
“Fea tak penah keluar dengan lelaki, cuma hari tu…”Sofea terhenti
dari meneruskan kata-kata.
“Dinner dengan Mr. Iqram Haris?” Amirul menyambung ayat Sofea yang
terhenti. Sofea senyum dalam keterpaksaan.
Amirul menghulurkan kunci kereta kepada Sofea.
“Terima kasih kerana sudi dinner dengan abang dan bagi abang bawa
kereta Fea,” suara Amirul mesra seperti selalu.
“Sama-sama kasih abang senior yang baik,” Sofea bergurau dengan Amirul
seperti biasa.
“Fea naik dulu.”
Sofea bergerak pantas.
Tujuannya cuma satu, mahu menelefon Iqram.
“Fea, nanti dulu!” Amirul bersuara kuat. Sofea menghentikan langkahnya, dan menoleh ke arah Amirul.
“Selamat hari lahir, maaf tak ada hadiah!”
“Yang belanja makan tadi apa?
Ini apa?”
Sofea menunjukkan bungkusan ‘chicken chop’ untuk Bella ditangan. Amirul tersenyum manis kepada Sofea. Sofea membalasnya dan berlalu ke block asrama
mahasiswi.
Sofea menghulurkan bungkusan ‘chicken chop’ kepada Bella.
“La, ingatkan tadi bila dinner dengan buah hati ke-2, lupa roommate,”
Bella berjenaka tanpa mengucapkan terima kasih kepada Sofea.
“Iqram ada telefon?” Bella menyegarkan ingatan Sofea terhadap
Iqram.
“Ada, masa dalam kereta tadi.
Aku cakap aku keluar dengan Abang Amirul.”
“Kau ni biar betul?”
“Dah dia call depan Abang Amirul, aku nak cakap apa? Lagipun aku bukan ada apa-apa dengan Abang
Amirul tu.”
Sofea berharap keterangannya mampu menghuraikan kekeliruan Bella
tentang dirinya, Iqram dan Amirul.
“Cik Tipah oi, dia tak tau kau tak ada apa-apa dengan Mr. Aiman
Amirul. Ada faham?” Bella tetap
meneruskan hujahnya.
“Alamak. Betul juga! Mesti Iqram bengang gila kat aku ni.”
Sofea mengerutkan wajahnya, lalu berjalan ke arah pintu.
“Pergi mana pulak tu?”
“Toilet lah,” Sofea membohongi Bella.
Sofea berharap agar Bela tidak menyedari telefon bimbitnya yang
berada di poket seluar. Sofea menekan
nombor telefon Iqram perlahan. Jam
menunjukkan pukul 10.30 malam. Sofea
amat yakin Iqram masih belum tidur.
Talian bersambut, namun tiada suara.
“Hello, Iqram nak jumpa Fea ke?” Sofea bertanya dengan nada
gementar.
“Tak!” Iqram memutuskan talian.
Sofea tergamam dengan perbuatan Iqram.
Malam makin larut. Bella
telah lena di katil. Sofea menekan
telefon bimbitnya. Hampir pukul 12.00 tengah malam. Tepat pukul 12.00 malam pasti semua insan
yang menyambut hari lahir akan menerima
panggilan ucapan hari lahir dari orang tersayang. Itulah yang selalu Sofea lihat di dalam
filem-filem cinta dan yang dibaca di novel-novel cinta.
Aku macamana pulak? Siapalah
yang akan call nanti? Eh, ada ke?
Satu WhatsApp tiba. Sofea
mencapainya dengan ghairah.
“Yes!” Sofea ketawa.
Menyedari perbuatannya mungkin akan menyebabkan Bella terjaga, Sofea
menekup mulut. Ramalan Sofea malam itu
ternyata tepat.
“Putera tunggu di lobi, plz
turun kejap.”
Sofea senyum lebar. Sofea membuka pintu bilik dengan penuh
berhati-hati, tidak mahu Bella yang sedang lena diulit intan menyedari akan
dirinya yang keluar dari bilik sedangkan malam semakin larut.
Sekuntum mawar merah di tangan Iqram. Sofea melihatnya dengan jelas dalam kesamaran
lampu lobi. Di dalam hati Sofea
tertanya-tanya, adakah Iqram akan bertanya perihal dirinya yang makan malam dengan Amirul sebentar tadi.
“Untuk puteri!” Iqram menghulurkan mawar merah itu kepada
Sofea. Sofea mengambilnya lantas mencium
mesra, menghidu harum bunga mawar yang tiada baunya itu. Sudah pasti penjual bunga meletakkkan ubat
terlalu banyak, menjadikan bunga ros
tahan lama, namun harumannya telah tiada.
“Tak wangi!” Sofea menarik perhatian Iqram.
“Tapi putera yang memberi dan puteri yang menerimanya wangi kan?”
Gurauan Iqram benar-benar membuat Sofea ketawa.
“Terima kasih, Fea naik dulu, dah lewat sangat ni.”
“Nanti dulu!”
Iqram lantas mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kotak kecil diserahkan kepada Sofea.
“Apa ni?” Sofea bertanya dengan nada gembira.
“Boleh buka sekarang?”
Sofea menunjukkan keghairahannya menerima hadiah Iqram.
“Bukan ada orang tu nak naik cepat tadi?”
“Naiklah, dah lewat ni, selamat hari lahir,” kata-kata Iqram umpama
hembusan angin petang yang begitu mengasyikkan di telinga Sofea.
“Ok, Fea naik dulu. Selamat
malam putera busuk!”
Sofea bergerak pantas, tidak menghiraukan Iqram yang ketawa
berdekah-dekah seorang diri.
Sofea menutup pintu bilik dengan perlahan. Ternyata Bella masih nyenyak tidur tanpa
menyedari Sofea yang keluar dan masuk bilik.
Dengan rakus Sofea membuka kotak
pemberian Iqram. Seutas rantai tangan
silver berada di dalam kotak tersebut.
Suka! Suka!
Sofea lantas memakai rantai
tangan tersebut, membaringkan badan di
katil dan meletakkan tangan di dahi.
Aksi Sofea seperti Si Angau merindu orang yang dipujanya di dalam filem
cinta. Sofea mencari telefon bimbitnya. Terdapat satu panggilan yang tidak dijawab. Amirul menelefonnya.
Aduh! Makin jelas perasaan
Abang Amirul pada aku!”
Sofea melihat kedua-dua lelaki di dalam hidupnya memberi mawar merah,
mengucapkan selamat hari lahir, dan mengambil berat kepadanya. Tiba-tiba datang perasaan aneh di hati Sofea,
perasaan mempersoalkan mengapakah Amirul bukan Iqram Haris. Sofea cukup mengagumi tutur kata dan bicara Amirul. Namun hatinya terlalu menggilai Iqram
Haris. Tamakkah Sofea sekiranya menyayangi keduanya? Sofea sedar pemilihan harus dibuat, cuma
cepat atau lambat akan menentukannya.
Sofea berfikir lagi. Jika dirinya
mengikut hati dengan memilih Iqram, kenyataan pasti harus diterima, kehilangan
seorang yang dianggap abang itu. Masakan
Amirul masih seperti hari ini melayan dirinya apabila ternyata Sofea memilih
Iqram. Adalah menyeksakan apabila
melihat dirinya dengan Iqram. Sofea pasti
Amirul akan menjauhi dirinya. Jika Sofea
melawan hatinya dengan memilih Amirul kesayangannya, mampukah hatinya mencintai
Amirul, sekaligus menguburkan ingatannya terhadap Iqram? Mampukah?
****
Berita Sofea keluar makan malam dengan Amirul menjadi bahan cerita
yang penuh sensasi di Kolej Janda. Apa
yang lebih membuat Sofea terkelu dan malu, cerita mengenai pertemuan lima minit
dirinya dan Iqram Haris juga menjadi sebutan.
Sofea tidak tahu apakah reaksi Iqram
di dalam hal ini. Sofea juga
pening memikirkan Amirul. Bagaimanakah agaknya Amirul menghadapi
keadaan itu.
“Tuk! Tuk! Tuk!”
Cermin kereta Sofea diketuk.
Sofea memandang ke arah cermin kereta.
Farhana tersenyum sinis di luar kereta.
Sofea lantas mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta.
“Boleh kita bercakap kejap?”
Sofea mengangguk perlahan, seperti seorang pesalah yang menantikan
hukuman.
“Siapa yang kau nak sebenarnya?” Soalan Farhana mengejutkan Sofea
yang asyik bermain dengan perasaan sendiri.
“Amirul? Iqram? Kau tahu aku gilakan Iqram.
Kami pernah keluar sama sebelum kau datang. Rosak semuanya.” Pertanyaan dan keterangan
Farhana yang panjang lebar membuat Sofea semakin serabut. Mana mungkin Sofea mampu menjawab pertanyaan
Farhana, sedangkan dirinya sendiri tidak tahu akan jawapan yang sebenar.
“Jawablah!” Farhana seakan mendesak Sofea yang mendiamkan diri.
“Fea, sorry lambat!”
Amirul tiba entah dari mana. Amirul
senyum meleret sambil tangannya dihulur kepada Sofea meminta sesuatu. Sofea lantas menyerahkan kunci keretanya
kepada Amirul.
“Jom, kita dah lambat ni.
Farhana, sorry, kami nak ke Mid Valley!”
Kata-kata Amirul bagaikan satu paksaan yang menyelamatkan
keadaan. Sofea memasuki kereta dengan
wajah penuh tanda tanya. Namun, jauh di
sudut hatinya masih bersyukur kerana terselamat dari Farhana. Kereta bergerak perlahan, meninggalkan
perkarangan Kolej Janda. Sofea memandang
Amirul yang tenang memandu. Amirul yang pasti
perasan dengan perbuatan Sofea tidak mengendahkan pandangan Sofea itu.
“Abang!” Sofea bersuara menarik perhatian Amirul. Amirul menoleh kepada Sofea, lantas
tersenyum.
“Abang marah Fea ke?”
“Tak!”
Amirul memberhentikan kereta di kawasan tasik Amcorp Mall. Lelaki tersebut melangkah turun tanpa
mempedulikan Sofea di dalam kereta.
Sofea turun dari kereta dan mengekorinya yang menuju ke sebuah
kerusi.
“Fea dah solat Asar?”
Tiba-tiba Amirul bertanya mengejutkan Sofea.
“Dah di fakulti tadi.”
Sofea lantas berbohong sedangkan dirinya bercuti umum untuk seminggu
dalam beribadat.
“Kalau orang nampak kita di sini, mesti lagi kecoh,” Sofea bersuara
menagih reaksi Amirul.
“Sofea takut Mr. Iqram tau?” Amirul membalas kata-kata Sofea.
“Abanggg,..” kata-kata Sofea terputus di situ. Sofea pun tidak tahu mengapa dirinya
memanggil Amirul dengan nada memujuk begitu.
Aku dah saying lelaki persis Aaron Aziz versi kampung ini ke? Apa aku merapu ni!
“Fea nak tanya sesuatu kat abang,” Sofea memberanikan diri meneruskan
bicara. “Silakan Fea sayang.” Amirul
seakan-akan berjenaka kepada Sofea.
“Abang janganlah main-main.
Abang suka Fea ke?” Entah dari mana Sofea mendapat kekuatan untuk
bertanya begitu. Amirul bangun, bergerak
semakin dekat ke tasik, meninggalkan Sofea agak jauh.
“Abang cuba menghalang perasaan ini, tetapi gagal.” Jawapan yang
telah diduga oleh Sofea itu jelas kedengaran walaupun Amirul berada agak jauh
dari dirinya. Sofea seperti mendengar
dialog Slot Samarinda di TV3 apabila Amirul berkata begitu.
Sofea tetap kaku berdiri tanpa sebarang tindak balas terhadap
jawapan Amirul. Amirul bergerak perlahan menuju ke arah Sofea.
“Fea sukakan Iqram bukan?” Pertanyaan Amirul sesuatu yang memilukan
bagi Sofea, melukakan hati Amirul sebenarnya.
“Kita balik, dah 6.30 petang ni.”
Amirul mencapai tangan Sofea.
Sofea yang terkejut dengan tindakan Amirul menepis kasar.
“Maaf Fea!”
Amirul kembali mendamaikan suasana.
“Mengapa abang pegang tangan Fea tadi?” Sofea bertanya kasar setelah
Amirul mula memandu.
“Tak sengaja Fea, abang minta maaf.
Abang janji tak buat lagi.” Entah mengapa kata-kata Amirul seolah-olah
penuh keikhlasan, membuat Sofea membuang perasaan marahnya kepada Amirul sebentar tadi.
Telefon bimbit Sofea berlagu riang.
Sofea teraba-raba mencarinya di dalam beg. Nama Iqram tertera di skrin telefon. Sofea resah dan membiarkannya sahaja.
“Fea laparlah!” Sofea bersuara manja cuba mengalihkan perhatian Amirul
terhadap telefon bimbitnya yang berlagu.
“Jawablah call tu. Nanti
hilang lapar,”Amirul menyindir Sofea mesra.
Sofea pantas mencubit lengan Amirul.
Tiba-tiba Amirul memegang tangan Sofea yang mencubitnya. Hati Sofea berdebar kencang, lantas menarik
tangannya.
“Terima kasih kerana menyelamatkan Fea dari Farhana tadi. Keluar dengan abang ni, siapa pula serang Fea?”
Sofea bertanya nakal.
“Tunggulah kakak tudung labuh Fakulti Akademi Pengajian Islam serang
Fea,” Amirul menjawab pertanyaan nakal Sofea dengan senyuman. Makin kerap Sofea bersama Amirul, semakin
timbul perasaan sayang di hati Sofea.
Aku suka Abang Amirul macam aku suka Iqram ke ni? Aduh!
Hampir pukul 7.00 petang kereta yang dipandu oleh Amirul tiba di
kolej.
“Nak dinner dengan abang malam ni?”
Amirul menghulurkan kunci kereta kepada Sofea.
“Tak nak,” jawab Sofea selamba.
“Fea naik dulu, jangan lupa wasap Fea tau!”
Sofea bergerak perlahan meninggalkan Amirul.
Kedengaran tawa kecil Amirul mengiringi perpisahan mereka senja
itu. Sepanjang malam Sofea lalui dengan
penuh kegelisahan, namun Sofea merasa ada kegembiraan di sudut hatinya. Sofea tidak tahu mengapa dirinya merasa
begitu. Sepatutnya Sofea berserabut
memikirkan Amirul dan Iqram, tetapi kini ada unsur-unsur bahagia pula sejak
mula didekati oleh Amirul. Sofea membaca WhatsApp yang baru tiba.
“ Abang
nak tahu perasaan Fea..”
Sofea membiarkan WhatsApp
dari Amirul sayu tanpa balasan.
Tiba-tiba Sofea mendapat idea.
Telefon bimbit segera
dicapainya. WhatsApp dari Amirul
dibalas.
“Perasaan Fea merindui mama,…hehe.”
Telefon bimbit Sofea berlagu nyaring, mengejutkan Sofea yang
mengingati Amirul.
“Hello, Fea dah tidur?” Iqram di talian.
“Belum, ada apa call?” Sengaja Sofea menduga Iqram.
“Check tuan puteri, takut masih dinner dengan abang kesayangan.” Penuh
dengan sindiran bermakna kata-kata Iqram.
Namun tiada nada kemarahan yang dikesan oleh Sofea.
Ai, dia tak cemburu aku keluar dengan Abang Amirul? Pelik mamat ni!”
“Tak marah Fea dinner dengan Abang Amirul?” Sofea bertanya nakal
menarik perhatian Iqram.
“Marah gak, belum tahap kritikal lagi.” Nada suara Iqram cukup
bersahaja.
“If Fea jatuh cinta dengan dia?” Sofea semakin agresif
bertanya.
“Punah lah impian putera.” Nada suara Iqram tetap bersahaja, membuat
Sofea merasa tawar hati. Tiada yang
menarik dengan panggilan Iqram sebentar tadi.
Sofea gagal menduga dengan tepat ketulusan hati Iqram terhadap dirinya. Semuanya kini semakin kelam. Tiba-tiba timbul keinginan Sofea untuk
mengacau Amirul. Segera Sofea menelefon
abang kesayangannya itu.
“Assalamualaikum abang.”
“Walaikumussalam, rindu abang ekh?” Amirul semakin berani bermain
dengan kata-kata.
“If the answer yes macamana?” Sofea juga semakin berani menduga
sejauh mana perasaan Amirul terhadap dirinya.
“Bolehlah kita tunang,” kata-kata Amirul begitu menakutkan Sofea.
“Hahaha…” Sofea cuma ketawa kecil menutupi ketakutannya terhadap
kata-kata Amirul.
****
Dua minggu lagi peperiksaan semester pertama bermula, Sofea banyak
menghabiskan masa di perpustakaan utama bersama Bella, Sarah dan Tini. Cerita sensasinya bersama dua orang abang
popular di Kolej Khursiah juga seakan reda.
Mungkin masing-masing sibuk belajar bagi menghadapi peperiksaan, tidak
mempunyai masa untuk bergosip. Lebih-lebih
lagi bergosip tentang Sofea. Sofea juga
lebih gemar tidak dikenali dari menjadi perhatian sebenarnya. Apa yang ketara dua orang jejaka di hati
Sofea juga sibuk bagi menghadapi peperiksaan mereka. Hanya sekali sekala WhatsApp dari mereka
tiba. WhatsApp berbau rindu kerana tidak
dapat berjumpa dengan Sofea. Betulkah
keduanya menyayangi Sofea? Sofea amat
pasti hanya Allah yang maha mengetahui kebenarannya.
Hari yang ditunggu-tunggu oleh Sofea akhirnya tiba juga. Hari terakhir peperiksaan semester
pertama. Awal-awal lagi Bella telah merancang
akan ke Suria KLCC selepas habis peperiksaan petang tersebut. Sudah pasti Sofea akan menjadi pemandunya. Sofea dan Bella berjalan menuruni bukit dari
Bangunan Peperiksaan dengan tawa riang.
Sofea pasti mampu memperolehi A+ bagi kertas ‘Thinking And Communication
Skills’ oleh Dr.Nor Hisham. Ternyata dua
minggu menumpukan perhatian ketika mengulangkaji tidak sia-sia. Sofea tersenyum sendirian.
“Perasan akan dapat A+ paper Dr. Hisham lah tu.”
Bella mengejutkan lamunan Sofea.
“Ye lah, dengki ke?”
“Tak ada maknanya dengki, aku pun akan dapat A+.”
Bella meriuhkan suasana sambil menarik tangan Sofea menyeberangi jalan
menuju kereta.
“Kita balik solat Asar dulu, lepas tu, kita pergi KLCC ya?”
Bella mengulangi rancangan mereka berdua. Sofea mengangguk.
Kereta yang dipandu oleh Sofea memasuki perkarangan Kolej Janda
dengan perlahan. Dari jauh Sofea melihat
Iqram berdiri di tepi keretanya, gelisah menanti seseorang. Sofea tersenyum penuh makna, sudah pasti
Iqram menanti puteri, iaitu dirinya.
“Ha, jangan tukar plan plak!”
Bella seakan dapat membaca isi hati Sofea yang berbunga-bunga
melihat Iqram. Sofea keluar dari kereta,
diikuti oleh Bella. Iqram bergerak
menuju ke arah Sofea. Bella yang
memahami, bergerak ke arah block perempuan sambil tersenyum-senyum.
“Rindu!” Keluar sepatah perkataan di bibir Iqram.
“Bila balik ni?”
“Esok kut!”
“Iqram ada apa dengan Farhana?” Sofea bertanya tiba-tiba.
Soalan cepu emas tersebut ternyata tidak mengejutkan Iqram.
“Tak ada apa-apa, dia dah faham kut!”
“Amirul lebih mengganggu kita!”
Kata-kata Iqram ternyata tidak disenangi oleh Sofea. Wajah Sofea berubah.
“Cuba Fea cakap betul-betul, Fea suka Amirul?” Iqram tiba-tiba
menyesakkan dada Sofea.
“Kami tak ada apa-apalah!”
“Boleh Iqram percaya?” Iqram desak Sofea.
“If tak percaya, tanya Abang Amirul.”
Tiba-tiba Sofea mendapat idea bernas untuk melepaskan diri dari
soalan Iqram. Iqram mengeluarkan telefon
bimbitnya.
“Mirul, turun kejap!”
Sofea seperti tidak percaya apabila Iqram berbuat demikian, menyuruh
Amirul turun. Sofea terkedu dengan perbuatan Iqram. Sikapnya yang kurang mengambil pusing
hubungannya dengan Amirul ternyata tidak benar.
Iqram ternyata terlalu mengambil berat tentang hal tersebut. Sofea tidak dapat membayangkan drama yang
akan berlaku selanjutnya.
“Ada apa ni?”
Amirul tetap mempamerkan wajah tenang walaupun Sofea pasti bagaimana
gelora hatinya ketika itu.
“Fea kena pilih antara kita,”Iqram bersuara tenang menjawab soalan Amirul.
“Perlukah mendesaknya ketika ini?”Amirul menyoal Iqram kembali.
Sofea merasa begitu terharu dengan kenyataan Amirul. Sofea kaku tidak bersuara, membiarkan dua
orang lelaki kesayangannya berbicara.
“Fea jawab!”Suara Iqram mengejutkan Sofea.
Sofea memandang Iqram memohon simpati. Iqram mencapai tangan Sofea. Sofea
terkejut dan cuba melepaskan genggaman tangan Iqram. Tanpa diduga Amirul menolak Iqram dengan
kasar. Iqram jatuh terduduk.
“Abang!”
Sofea seakan tidak bersetuju dengan tindakan Amirul dan membantu
Iqram untuk bangun. Amirul berlalu
pergi.
Akibat drama petang itu Sofea tiba di bilik hampir pukul 6.30
petang. Bella menyambut Sofea di pintu
bilik dengan wajah mencuka. Setelah
Sofea menceritakan drama yang berlaku, Bella tersenyum semula. Sofea memujuknya agar pulang ke kampung lusa,
kerana esok mereka boleh meneruskan rancangan mereka berdua ke Suria KLCC. Bella bersetuju. Sofea merasakan malam itu dirinya mahu
berehat kerana penat dengan apa yang telah berlaku petang itu.
“Mungkin betul kata Iqram, keputusan kena dibuat.” Tiba-tiba Bella
bersuara menyatakan pandangannya menyokong tindakan Iqram.
“Masalahnya aku tak tau siapa yang aku nak sekarang!” Sofea membalas
kenyataan Bella dengan begitu berterus-terang.
“Kalau aku, aku pilih Mr.Iqram lah.
Haha….” Bella mengusik Sofea sambil ketawa riang. Sofea tersenyum membayangkan Aiman Amirul dan
Iqram Haris. Jika dibandingkan di antara Iqram Haris Dato’
Iskandar Hisham dengan Aiman Amirul Bin Hamzah ternyata dua individu tersebut amat berbeza.
Dari sudut watak, Iqram ternyata lebih tampan dan bergaya berbanding Amirul. Perwatakan?
Iqram agak mendesak, namun agak memahami. Amirul lembut, penyayang, juga agak
mendesak.
Ah, bukankah keduanya lelaki, baran itu sifat utama! Hati Sofea
membuat konklusi. Sofea membuat keputusan keduanya tiada kekurangan dan
kelebihan di matanya. Seri. “Susah sangat, kau suruh saja Pn. Baizura
buat pilihan!” Kenyataan Bella membuat Sofea ketawa.
“Ya lah tu.”
Sofea mencapai tuala dan bergerak menuju ke bilik air meninggalkan
Bella dengan deraian ketawa.
Sofea menanggalkan telekung, lantas menggantungnya semula di dalam
almari. Jam menunjukkan pukul 7.45
malam. Perut Sofea mengeluarkan
bunyi. Akibat drama petang itu,
rancangan Sofea dan Bella yang mahu makan di Suria KLCC tergendala. Hendak ke dewan makan juga sudah lewat.
Aduhai, laparnya!
“Laparlah, Cik Bedah!” Sofea berkata manja kepada Bella.
“Call lah mana-mana abang kesayangan kau tu!”
“Tak payahlah, kita pergi berdua saja.”
Sofea yang masih trauma dengan kejadian petang itu tidak mahu
mengingati Iqram dan Amirul buat sementara waktu. Dalam waktu-waktu begini ingatan terhadap
mama tersayang muncul di benak Sofea.
Baru Sofea sedar, mama tersayang belum diberitahu berkenaan kepulangannya
yang ditunda. Dengan pantas Sofea
mencapai telefon bimbitnya di atas meja.
****
Sofea dan Bella tiba di kawasan gera-gerai makan Pantai Dalam kira-kira
pukul 8.40 malam. Sofea sengaja memilih
gerai di mana dirinya dan Amirul menikmati ‘chicken chop’ dahulu. Bella juga bersetuju setelah mengingati
keenakan ‘chiken chop’yang dibawa pulang oleh Sofea kepadanya dahulu. Baru sahaja duduk di kerusi, telefon bimbit
di tangan Sofea berlagu riang. Iqram
menghubungi Sofea.
“Iqram nak datang joint sama dinner.”
Sofea memberitahu Bella akan kedatangan Iqram setelah meletakkan
telefon di atas meja. Bella tidak menjawab, sebaliknya hanya senyum.
“Tu, buah hati kau dah sampai.”
Bella memuncungkan mulutnya ke arah Vios Hitam yang bergerak perlahan
di kawasan gerai mencari tempat letak kereta.
Lima minit berlalu, baru Iqram muncul.
“Sorry, tak ada parkir dekat.”
Iqram menarik kerusi di hadapan Sofea.
“Bella, sorry ya ganggu.” Iqram menegur Bella yang tersenyum-senyum
seperti kerang busuk. Seingat Sofea, sewaktu
Minggu Silaturahim, Bella amat teruja dengan ketampanan Iqram. Apabila jelas Iqram mendekati dirinya, Bella
masih menggilainya, namun dengan cara yang berbeza. Merelakannya untuk Sofea.
“Fea balik dengan Iqram ya?” Iqram bersuara sambil tangannya
menerima wang baki dari pekeja gerai makan.
Sofea memandang Bella. Bella
mengangkat kedua-dua belah bahunya.
Dengan malas Sofea menyerahkan kunci keretanya kepada Bella. Iqram tersenyum, mungkin gembira apabila niatnya
hendak berdua-duaan dengan Sofea terlaksana.
Jam menunjukkan pukul 10.15 malam.
Alamak, aku patutnya dah di asrama ni. Bukan merayap macam ni!
“Mengapa? Dah lewat ekh?”
Iqram dapat menduga apa yang bergolak di hati Sofea.
“Kita pusing-pusing sampai Kota Raya, lepas tu balik,” Iqram memberi
penjelasan kepada Sofea.
“Jangan lebih pukul 11.00 malam.”
Sofea seakan merayu Iqram.
Bayangan wajah mama tersayang muncul di depan mata Sofea. Wajah Amirul juga muncul.
Mesti lelaki itu terluka dengan apa yang berlaku ni. Ya, berdua-duaan dengan Iqram lewat malam
macam ni!
“Okey, kita terus balik, nak duduk sebelah Fea saja,” Iqram
mengejutkan lamunan Sofea. Sofea menarik
nafas lega. Doanya agar cepat sampai di
kolej dan tidak menambah luka di hati Amirul, jika lelaki itu melihatnya
bersama dengan Iqram.
Tiba di bilik, Sofea melihat Bella mengemas pakaiannya dan memasukkannya
ke dalam beg. Ternyata Bella bersiap
awal. Mengikut rancangan Bella, seharian
mahu dihabiskan di Suria KLCC pada esok hari sebelum pulang ke Melaka
lusa.
Alahai, apalah yang dicarinya di Suria KLCC seharian esok?
Sofea dapat membayangkan kepenatannya menemani Bella membeli-belah
esok. Sungguh mengerikan.
Jam menunjukkan angka 1.00 pagi.
Sofea memandang ke arah Bella dalam kesamaran lampu di atas meja. Nyenyak sekali Bella tidur. Ternyata Bella tidak runsing seperti dirinya
yang memikirkan masalah lelaki. Sofea
yang dengan megahnya dahulu tidak menggemari kaum lelaki, kini terperangkap
dengan dua orang lelaki sekaligus.
Apalah nasib badan. Peristiwa
pertemuan di antara Amirul dan Iqram petang tadi seperti terjelma kembali di
depan mata Sofea. Tidak sengaja Amirul
menyebabkan Iqram terjatuh. Mesti Amirul
menyangka dirinya memilih Iqram, setelah Sofea mendapatkan Iqram yang jatuh.
Sofea membuka pintu bilik dengan perlahan. Setelah agak jauh dari bilik, Sofea
menghubungi Amirul. Sofea tidak dapat
menepis perasaan sayangnya kepada Amirul.
“Fea rindukan abang. Fea
minta maaf atas apa yang berlaku tadi.” Tanpa memberikan salam Sofea mengeluarkan kenyataan
romantiknya kepada Amirul. Setelah enam
bulan di bumi Universiti Malaya yang bertuah itu, Zara Sofea Hafizuddin jatuh
cinta, dan mengakui cinta tersebut.
Sofea tidak dapat membayangkan apa yang berlaku apabila mama tersayang
mengetahui hakikat itu.
Seperti juga mama yang pernah gagal menepis amukan gelora cinta di
kampus, begitulah kini anakmu! Hati Sofea berbisik nakal.
“Abang lebih dari itu!”Jawapan Amirul umpama hembusan redup angin
senja di pantai yang mendamaikan seluruh jiwa Sofea.
Sofea benar-benar diamuk gelombang cinta.
****
Mama kesayangan Zara Sofea, Baizura mengimbau kenangan cinta
lamanya.
“Is tak mampu melukakan hati Ira,” kata-kata Iskandar umpama duri
tajam yang merobek-robek hati Baizura.
“Is muncul setelah 20 tahun untuk berkata ini?” Baizura kembali
memandang lelaki yang dicintainya selama lebih 20 tahun. Ya, sejak berada di
zaman persekolahan.
“Kita masih boleh menjadi kawan baik selamanya, if itu takdir kita.”
Baizura dengan rela meredakan cintanya terhadap Iskandar.
“Gurauan kita dulu tentang anak-anak kita bagaimana?” Terukir
senyuman di wajah Iskandar yang suram.
“If itu jodoh mereka, Zura terima.” Baizura kembali mengukir
senyuman, walaupun pahit.
“Soalan terakhir Zura, adakah perasaan Is masih sama 20 tahun
nanti?”Baizura bertanya lemah.
“Ya, sayang.”Iskandar menjawab dengan begitu pasti.
Deringan telefon di telefon bimbit mematikan ingatan Baizura
terhadap kenangannya bersama Iskandar.
Baizura tersenyum, puteri kesayangannya akan tiba tidak lama lagi. Baizura kembali mengingati panggilan dari
Iskandar yang diterimanya semalam.
Setelah 17 tahun, ternyata Iskandar tidak lupa kepada janji. Benar-benar seperti slot filem Hindi, ibu
bapa mahu menyambung cinta yang tidak kesampaian dengan menyatukan anak
masing-masing.
Perlukah memenuhi jemputan Iskandar ke Ipoh minggu depan? Perlukah? Baizura menyoal hatinya sendiri.
Kenangan bersama Iskandar datang lagi, 40 tahun dahulu di pintu
masuk SMK Khir Johari, Sungai Sumun, Perak.
Pengawas kurus tinggi itu pasti akan di situ, mencari setiap inci salah
pelajar-pelajar yang melalui pintu masuk sekolah. Siapalah Baizura dibandingkan dengan pengawas
itu yang akhirnya menjadi ketua pengawas sekolah. Perbezaan tersebut menjadi semakin keras
apabila Baizura memburu cita-cita di Universiti Malaya dan Iskandar terus
melebarkan sayapnya yang lebar di bumi Universiti Sains Malaysia. Air mata Baizura gugur juga akhirnya.
****
Pengalaman memandu seorang diri untuk jarak yang jauh amat
memenatkan Sofea. Masih terdengar-dengar
nada suara mama tersayang yang penuh kebimbangan mengiringi perjalanan Sofea
pagi itu. Setelah 6 jam memandu, Sofea
berjaya tiba di bandar kelahirannya. Sofea begitu merindui pelukan mamanya. Ingin rasanya Sofea memeluk mamanya erat-erat
untuk masa yang lama. Berada dalam
dakapan mama tersayang, membuatkan Sofea merasa selamat dan tenang. Lagak seperti tetamu, Sofea keluar dari perut
kereta dan membunyikan loceng. Baizura
keluar membawa kunci membuka pintu pagar.
Pagar dibuka, Sofea memeluk Baizura erat.
“Penat?” Soalan pendek dari Baizura yang ringkas tapi penuh
makna.
“Lapar!” Sofea menjawab soalan mamanya dengan penuh makna juga. Tengahari itu walaupun agak lewat Sofea
menjamu selera dengan masakan mamanya.
Sudah tentu dengan gulai masak lemak cili api kegemaran dua beranak
itu. Petang itu Sofea menghabiskan masa
terlena di dalam bilik. Baizura yang
memahami keadaan Sofea, membiarkan anak gadisnya itu lena tanpa sebarang
gangguan.
Pasir putih di pantai yang indah dan hembusan angin lembut yang
bertiup, begitu menyamankan sekali.
Genggaman tangan oleh Amirul semakin erat.
“Sofea!!”
Satu suara memanggil Sofea kuat.
Sofea segera menoleh. Baizura
menerpa dengan pantas merentap tangan Sofea.
Amirul terkejut tidak dapat
berbuat apa-apa.
“Mama, Fea sayang dia,…mama, mama….mama.”
“Fea, bangun sayang.”
Baizura mengejutkan Sofea.
“Ha, itulah, tidur petang.
Dah! Bangun, mandi kemudian solat
Asar,” Baizura memberi arahan. Sofea
tersenyum tawar memandang Baizura.
Adakah benar mama akan menghalang cintaku terhadap Amirul?
Sofea memerhatikan Baizura yang keluar dari biliknya. Gadis itu melangkah malas menarik tuala yang
tergantung dan bergerak ke bilik air.
Selesai solat Asar, Sofea baru teringat sesuatu. Telefon bimbit. Setelah sampai ke rumah Sofea langsung tidak
mempedulikannya. Sofea meraba beg
galasnya. Sofea tersenyum penuh
kegembiraan, terdapat dua WhatsApp tertera di telefon bimbitnya. Yang pertama, dari Iqram, dan yang kedua
tentunya dari Amirul.
“Sayang
Abang ni tak rindu Abang?”
WhatsApp dari Amirul dibaca
oleh Sofea berulang kali. Demi Tuhan, Sofea
sudah menyayangi lelaki penuh kesederhanaan itu. Sofea membiarkan WhatsApp Iqram sepi tanpa
balasan. Sofea pasti Iqram akan tahu
akhirnya keputusan yang dibuatnya.
Keinginan Sofea untuk mendengar suara Amirul tiba-tiba mengusik
kalbu.
“Abang!” Seperti biasa tiada salam dihulurkan oleh Sofea di
talian.
“Fea rindu,” Sofea berkata manja.
“Assalamualaikum, rindu disambut sayang,”Amirul mengusik Sofea penuh
manja.
“Sayang Fea tak?” Sofea terus-terusan menyeksa kerinduan Amirul yang
berjauhan dengannya.
“Sesetengah perkara tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata,” lembut
mesra jawapan Amirul.
Setelah mendengar suara Amirul, Sofea tersenyum sendirian. Sofea bergerak ke tingkap lalu mengikat
langsir tingkap ke tepi. Terlihat oleh Sofea, mamanya berada di tepi
rumah. Sofea tersenyum sendirian melihat
keasyikan mama tersayang membelai bunga-bunga rosnya. Dengan riang Sofea berlari keluar rumah
menuruti mamanya di taman ros.
“Mama, Fea nak ni!”
Sofea memetik dengan pantas sekuntum ros kuning.
“Apa maksud ros kuning, mama?” Sofea menyoal Baizura sambil mencium
bunga ros tersebut. Baizura yang sedang
tekun membuang rumput-rumput nakal di dalam pasu bunga memandang wajah anak
kesayangannya.
“Untuk persahabatan rasanya,” Baizura menjawab dengan tidak
pasti.
“Ala, kalau untuk cinta?” Sofea bertanya manja. Baizura
mendongak memandang Sofea.
“Fea dah ada kekasih?” Baizura bertanya dengan nada agak cemas. Sofea melihat air muka mamanya berubah.
“Ada, mama lah.” Sofea belum bersedia untuk memberi kejutan kepada
mamanya.
“Nakal!”
Baizura mencubit pipi Sofea.
“Hari tu Fea jogging di tasik, tengok fakulti engineering, ingat
mama. Dulu kekasih mama budak
engineering ya?” Entah dari mana timbul idea di hati Sofea untuk mencungkil
rahsia cinta mamanya.
“Eh, ke situ pula.”
“Ala, dulu mama asyik cakap pasal Fakulti engineering, baik mama
mengaku,” Sofea mendesak manja mama kesayangannya. Sofea ketawa terkekeh-kekeh, lalu memandang
wajah Sofea.
“Cinta kampus, second year, main-main saja.”
“Nama?”
“Azuddin!”
“Your true love?”
Sofea terus menanti penjelasan Baizura.
“No!”
“So, siapa true love mama?” Sofea tidak berputus asa mahu mencungkil
rahsia cinta mamanya.
“My first love my dear.” Baizura tersenyum manis menjawab pertanyaan
Sofea.
“Mama tak pernah cerita pun, cinta tu kat UM?” Sofea semakin teruja
mendengar penjelasan mamanya.
“Tak, di sekolah,” jawapan Baizura benar-benar mengejutkan
Sofea.
Sofea masih ingat, selama Sofea di sekolah menengah, mama mengawal
Sofea begitu ketat. Mama akan memastikan dirinya tidak terlibat dengan
cinta monyet di sekolah. Kini baru Sofea
tahu niat mamanya itu. Sudah pasti mama
tidak mahu dirinya mengulangi kesilapan yang sama. Bukankah bercinta sewaktu persekolahan
menjejaskan tumpuan pelajaran. Tidak
seperti di universiti, sambil menyelam boleh minum air.
“Ha, kenapa diam?” Baizura mengejutkan lamunan Sofea.
“Nama?” Sofea kembali memberi tumpuan kepada cinta pertama mamanya
itu.
“Iskandar Hisham!”
“Mama masih cintakannya?”
“Cinta tak akan mati sayang mama oi,” Baizura memberi penjelasan
cukup padu dan cukup untuk Sofea mengerti.
Ternyata tekaan Sofea tentang cinta agung mamanya selama ini satu
kesilapan. Sofea menduga pelajar Fakulti
Kejuruteraan itu cinta agung mamanya. Ternyata
Baizura jatuh cinta lebih awal, di zaman persekolahan.
“Habis tu ayah cinta ke berapa mama?” Sofea kembali nakal menyoal
Baizura.
“Itu jodoh!” Baizura tersenyum mempamerkan barisan giginya yang
masih cantik. “Kenapa mama tak kahwin
lagi selepas divorce? Kan mama masih
muda masa tu.”
Sofea berterusan mengusik ketenangan hati mamanya petang itu.
“Cinta tak sampai, Fea,” Baizura menjawab lemah.
Cinta tak sampai? Maksudnya
mama jatuh cinta lagi selepas berpisah dengan ayah? Seronok juga mendengar kisah cinta mama. Harap-harap mama pula sudi mendengar cerita
cintaku, sekaligus merestui hubunganku dengan Amirul. Amin!
Senja itu Sofea lalui dengan penuh keriangan bersama mama
tersayang. Mendengar kisah cinta mamanya
yang tiada nohtah, menghidu haruman ros-ros kesayangan mama, dan yang pasti di
hati tersimpan rapi nama Aiman Amirul. Keindahan
petang bersama mama tersayang teruskan oleh Sofea dengan makan malam penuh romantik. Sofea menganggapnya romantik kerana sudah
lama tidak makan berdua-duaan dengan mamanya di bandar kelahirannya itu. Cukup indah dengan Baizura membawa Sofea
makan malam di kedai makan yang menyediakan ‘chicken chop’ kegemaran
Sofea. Sofea sendiri tidak mengetahui
sejak bila makanan tersebut menjadi makanan kegemarannya. Apa yang pasti ianya mengingatkan Sofea kepada
Amirul.
“Mengapa mama tidak kahwin lagi selepas divorce dengan ayah?” Sofea
mengulangi pertanyaannya. Baizura
meletakkan gelas teh ais kegemarannya.
“Kan dah jawab tadi.”
“Explain please, apa maksud mama tak ada jodoh.” Sofea seperti
merayu Baizura agar bercerita lebih lanjut mengenai cintanya selepas bercerai.
“Fea akan tahu minggu depan.
Kita akan ke Ipoh minggu depan!” Jawapan Baizura benar-benar
mengelirukan Sofea.
Minggu depan? Sure Ipoh tu
lokasi percintaan mama!
Sofea tersenyum sendiri.
Baizura yang menyedari perbuatan Sofea turut tersenyum. Sofea melihat senyuman mamanya yang
manis. Hati Sofea bertanya penuh ragu. Apakah benar perempuan di depannya itu insan
yang malang di dalam cinta seperti ayat-ayat syahdunya ketika mendefinisikan
istilah cinta?
“Manusia tidak pernah mati kerana cinta, tetapi cinta amat meracuni
jiwa manusia.”
Ayat misteri Baizura tentang cinta masih Sofea ingati. Bagi Sofea
tidak mungkin seorang yang bahagia dengan cinta menyimpan penuh keramat
ayat penuh kelukaan itu. Di dalam
kegembiraan menerima kehadiran cinta Aiman Amirul, Sofea sebenarnya penuh
ketakutan. Sofea amat takut untuk memberitahu
hakikat cintanya kepada Baizura.
Walaupun Sofea melihat mamanya seorang yang berfikiran terbuka apabila
membicarakan cinta, namun seperti Baizura menolak untuk Sofea dari membuat
pilihan sendiri.
Apakah mama takut aku akan gagal mengejar kesucian cinta lelaki
seperti mama? Habislah aku, kalau mama
dah ada calon untuk aku!
Hati Sofea terus-terusan bergelora dengan pelbagai persoalan.
“Berangan!”
Baizura mencubit lengan Sofea.
Sofea segera melenyapkan kisah cintanya.
“Kat Pantai Dalam ada gerai sedap jual ‘chicken chop’ tau, mama.” Dengan
pantas Sofea mengalih perhatian Baizura.
“Pergi dengan siapa?” Baizura seakan menduga Sofea.
“ La, dengan Bella busuk lah.” Sofea menyembunyikan rahsianya.
****
Baizura menarik laci meja soleknya.
Mengeluarkan sebuah kotak merah kecil berbentuk hati. Penuh hati-hati kotak comel itu dibuka. Dua bentuk cincin yang masih bersinar
dikeluarkan dari kotak tersebut. Baizura
memandang sayu cincin tersebut, dan dengan sekelip mata Iskandar bagaikan
terjelma di depan mata. Kenangan bersama
Iskandar Hisham benar-benar mengusik hati perempuan Baizura.
****
Sofea amat pasti melihat Baizura menangis walaupun mamanya itu
membuat penafian. Sofea merasakan
dirinya bukan lagi budak kecil untuk menerima pembohongan dari mamanya.
Kenapa mama nangis? Cincin indah di jari manis mama?
Sofea mengomel sendiri.
Melihat Baizura seakan cuba menyembunyikan jarinya, Sofea tidak bertanya
apa-apa.
Aduhai, air mata, cincin, dan kelukaan cinta menjadi begitu rapat
dengan mama kini. Apa yang berlaku
sebenarnya? Siapakah yang jatuh cinta
kini? Akukah atau mama? Hati Baizura
berbicara lagi.
Kekalutan Sofea memikirkan mamanya terganggu apabila mendengar
telefon bimbitnya berbunyi menandakan WhatsApp tiba.
“Sayang
abang ni dah tidur?”
Cukup indah bahasa yang
digunakan oleh Aiman Amirul. Lima minit
berlalu, Sofea angau dengan kerinduannya terhadap Amirul. Jika sah mereka bercinta, Sofea ingin
memanggilnya Amirul sahaja. Ingin rasanya Sofea buang jauh-jauh panggilan abang
yang selama ini digunakannya. Sofea
dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitnya.
“Assalamualaikum, why tak balas wasap abang?” Suara lelaki yang
dahulunya cuma dikagumi sahaja oleh Sofea kini kedengaran cukup merdu di
talian.
“Saja, tarik perhatian abang,” Sofea menjawab dengan penuh manja.
“Fea nak minta sesuatu dari abang ni? Abang jangan marah ya?”
“Apa dia?”Amirul seolah-olah tidak sabar mahu menunaikan permintaan
gadis pujaannya.
“Buang panggilan abang, Mirul saja boleh?” Sofea meluahkan
permintaannya. Tidak kedengaran jawapan
dari Amirul.
“Abang!” Sofea cuba mengejutkan Amirul yang sedang memikirkan
permintaan Sofea.
“Panggillah nama yang Fea nak panggil tu sekarang, tak sabar nak
dengar,”Amirul semakin berani bercanda dengan Sofea.
“Mirul kat mana ni?” Buat pertama kalinya Sofea memanggil nama
Amirul tanpa panggilan abang.
“Hahaha, rasa lain lah.” Nada-nada gembira Amirul kedengaran indah
di telinga Sofea.
Ya Allah, adakah ini dinamakan cinta? Hati Sofea berbisik lembut.
“Mirul di kampung lah, nak datang?” Satu ajakan mesra keluar dari
mulut Amirul. Terus Sofea terbayangkan
keindahan Pantai Timur.
“Bilalah dapat ke Ganu kita ya?”
“Dialu-alukan. Fea, kita
tunang nak?” Soalan spontan Amirul membuat jantung Sofea seakan berhenti
berdenyut.
“Kalimah cinta pun belum sebut, nak bertunang konon,” Sofea menarik
perhatian Amirul. “Itu kena sebut depan
mata,” Amirul semakin menguasai keadaan, menguasai perhubungannya dengan
Sofea. Dan yang penting Sofea suka perkara itu berlaku.
Sofea meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dengan senyuman
meleret. Masih terngiang-ngiang gurauan Amirul mengajaknya bertunang.
Masih jauh lagi wahai sayangku perjalainan hubungan kita!
Sofea tersenyum lagi.
Baginya hubungan mereka baru di tahap permulaan, pasti diuji dengan
pelbagai ujian nanti. Tidak mungkin wujud sebuah perhubungan yang tidak diberi
ujian oleh Allah. Sofea pasrah menanti semua
itu. Jam di dinding menunjukkan pukul
12.00 malam, Sofea memandang rantai tangan silver pemberian Iqram.
Ya Allah, Iqram belum tahu pilihan hatiku, dan aku masih memakai
hadiah pemberiannya!”
Sofea melepaskan keluhan yang berat.
Perasaan bersalah memburunya tiba-tiba.
Sofea tidak tahu mengapa Iqram gagal menawan hatinya, sedangkan dialah
lelaki pertama yang berjaya mencuri perhatiannya di UM. Mengapa?
Namun, Sofea tidak menafikan perasaannya yang juga menyukai Iqram. Jika tidak, masakan rantai tangan pemberian
Iqram masih utuh di pergelangan tangan.
Adakah benar aku memilih Amirul kerana benar-benar jatuh cinta
kepadanya? Atau diburu ketakutan jika
Iqram sekadar cuba mempermainkan perasaanku, lantas aku mengelaknya dan berlari
ke arah Amirul?
Hati Sofea tetap bergelora dengan pelbagai persoalan demi persoalan.
Malam makin larut. Sofea
teraba-raba mencari telefon bimbit di sebelahnya.
“Hello, siapa ni?” Sofea bertanya dengan suara serak dan kalut
kerana dikejutkan sewaktu tidur.
“Iqram!”
“Pukul berapa ni?” Sofea bertanya mamai.
“Dua pagi, sorry, Iqram rindulah.”
Pengakuan Iqram yang ternyata tidak mengejutkan Sofea
“Wasap Iqram pun tak balas, kenapa ni Fea?” Pertanyaan Iqram menagih
jawapan yang mungkin akan melukakan hatinya.
“Iqram kat mana ni?” Sofea mengalih topik perbualan.
“Kat kolej lagi. Rindu Iqram
tak ni?” Iqram kembali memperkatakan persoalan rindu kepada Sofea.
“Yup!” Sofea menjawab lemah.
Sofea merasakan belum masanya untuk memberi penjelasan kepada Iqram,
atau mungkin Sofea tidak sampai hati untuk melukakan hati Iqram. Jawapan yang paling tepat, mungkinkah Sofea
juga menyayangi Iqram. Sofea merasa
cukup keliru dan yang paling pasti cukup mengantuk. Sisa kepenatan memandu selama enam jam pagi
tadi masih terasa.
“Fea mengantuk sayang.”
Secara tidak sengaja Sofea memanggil Iqram sayang.
“Apa? Ulang sekali lagi, baru
sambung tidur.” Kedengaran nada ceria Iqram.
Sofea tidak mempunyai pilihan.
“Sayang, Fea mengantuk sangat.”
Sofea sendiri tidak mengetahui sejauhmana keikhlasannya memanggil
Iqram sebagai ‘sayang’. Tapi yang pasti
Sofea belum membuang anak dato’ itu dari hatinya. Belum.
No comments:
Post a Comment