Bab
8
“Bagi saya,
bik!”
Ayris mengambil Ayra dari dalam
dukungan Juliati. Ayra dicium rakus.
“Rindu mama ya? Ciannya dia kena tinggal. Ni mama datang ambillah ni! Sayang lagi kat dia yang bucuk. Wanginya.
Macam bau tuan puteri, sayang mama ni.”
Amer senyum hingga ke telinga
melihat gelagat Ayris.
“Sayang bener dengan baby nya, Puan
Ayris ni!” Juliati sengeh bak kerang busuk.
“Anak saya. Tak kan nak sayang bibik kut!”
“Ya enggak sayang saya. Tu sayang bapaknya Ayra sana!” Juliati
ketawa. Sengaja membangkitkan gelodak di
hati Ayris. Mungkin pembantu rumah dari
Seberang itu mengetahui sejarah perkahwinan Ayris dan Amer yang tidak didasari
dengan cinta.
“Bik, saya hauslah. Nak fresh orange!” Ayris berkata tegas.
“Ya, segera bik bikin. Senyum, biar manis selalu. Daddy nya Ayra juga kelak lagi sayang!”
Juliati berlalu keluar dari
bilik. Amer yang menahan ketawa,
melepaskan ketawanya.
“Apa yang lucu sangat?”
“Tak adalah. Saja I nak gelak!”
“You bagitau bibik pasal kita ya?”
“Pasal apa pulak?”
“Pasal kita. Kita kahwin paksa!”
“Eh, I tak terpaksa kahwin dengan
you, okey!”
“You taklah. I ni?”
“Sampai hati you cakap macam tu
depan anak kita. Depan Ayra kesayangan
you,”Amer bernada perlahan.
Ayris senyap. Tangannya mengelus belakang Ayra yang hampir
terlelap.
“Shhh. Ayra nak tidurlah. You lepak luarlah. I nak temankan Ayra tidur. Petang sikit kita balik rumah.”
Amer berjalan mendekati Ayris.
“Eh, kenapa ni?”
“Sayang I dulu. Kalau tak I jerit-jerit. Buat bising.
Biar Ayra jaga. Or nangis.”
“Argh,..You ni!”getus Ayra marah.
Amer
semakin mendekat. Keningnya
dinaik-naikkan ke atas.
Gila meroyan betul daddy Ayra
ni. Aku sepak pula karang! Eh, boleh ke?
Derhaka aku nanti. Apa tu? Nusyuz.
Aduyai!
“Cepatlah,”Amer seperti
berbisik.
Pipinya disuakan ke wajah
Ayris. Ayris tidak mempunyai pilihan
lagi.
“Cup!”
Amer memegang pipinya sambil senyum
lebar.
“Thanks sayang!”
Amer berlalu meninggalkan
bilik. Ayris merasa sebal.
Nantilah kau. Macam-macam kau buli aku ya?
Juliati muncul.
“Ni airnya puan.”
“Terima kasih, bik. Bik, saya nak tidur kejap dengan Ayra boleh?”
“Di sini?”
“Ya lah!”
“Waduh. Enggak sesuai. Ya, bawa baby ke bilik Encik Amer sana. Lagi selesa.
Wangi!”
“Macam-macamlah bik ni!”
Ayris berjalan menuju pintu.
“Bik, air saya tu!”
Juliati mengambil gelas berisi jus
oren milik Ayris lalu membuntuti Ayris.
Tiba di bilik Amer, Juliati membuka pintu.
“Ya inilah biliknya. Selesa enggak?”
Tanpa menjawab pertanyaan Juliati,
Ayris melangkah masuk ke dalam bilik Amer.
“Saya pasang air-cond nya ya,
puan!”
Ayris membaringkan badannya di
sebelah Ayra yang nyenyak. Punggung Ayra
ditepuk-tepuk perlahan. Sungguh tidak
jemu Ayris memandang anak sahabat baiknya itu.
Lana, aku memang sayangkan
dia. Sayang Ayra sangat.
Satu ciuman singgah lagi di pipi
Ayra yang gebu.
Mama sayang Ayra sangat!
“Saya keluar dulu, puan!”
Satu
jam berlalu, daun pintu dibuka dari luar.
Amer senyum melihat Ayris dan Ayra yang masing-masing telah
terlena. Hati Amer berbunga riang,
melihat dua orang insan yang disayanginya itu di depan mata.
Ya Allah, sungguh besar kurnia Mu,
Ya Allah. Sesungguhnya aku amat
bersyukur!
Amer mendekati katil. Tapak kaki Ayris digaru perlahan. Kaki Ayris bergerak kasar. Amer memegangnya.
“You buat apa ni?”
Amer meletakkan jarinya di bibir
Ayris yang merah.
“Mama suruh lunch!”
Dengan perlahan, Ayris bangkit dari
baringnya.
“Ayra?”
“Tinggallah kejap. Letak batal kiri dan kanan!”
Amer menghulurkan tangannya, mahu
membantu Ayris turun dari katil.
“Huh! Tak payah!” Ayris menepis tangan Amer.
“Jual mahal!” Amer ketawa.
“Bye, sayang mama. Mama lunch dulu tau!”
“Dahlah tu. Kejap saja kan tinggal dia!”
“Tepilah, sibuk saja!”
“Amboi, main kasar nampak!” Amer
memandang Ayris dengan geram, bercampur sayang.
Jika diikutkan hatinya, mahu saja Ayris dipeluk rakus.
“Apa pandang-pandang? Jomlah, kata nak lunch!”
Amer sengeh. Ayris keluar dari bilik tanpa mempedulikan
gelagat Amer lagi.
“Sayang, tunggu I!”
Di
meja makan utama, Puan Sri Syarifah Sakinah telah menanti.
“Mama.”
Ayris menyalami ibu mertuanya.
“Rindu Ayra lah tu ya?” Puan Sri
Syarifah Sakinah senyum.
Ayris tidak menjawab, hanya
senyuman yang berbicara bagi menjawab soalan Puan Sri Syarifah Sakinah.
“Sayangkan Ayra, sampai lupa daddy
Ayra. Betul kan, sayang?” Amer sengaja
mengetuk gelodak hati Ayris semula.
“Daddy mana, mama?” Ayris segera
lari dari usikan Amer.
“Office lah. Dah anak kesayangannya cuti kahwin. Berapa lama cuti ni, Mer?”
“Mama tanya menantu mama ni. Ayris kata nak honeymoon lama-lama dulu. Baru dia nak lepaskan Mer. Tak puas peluk malam tadi katanya!”
“Gulp!”
Ayris menelan air liurnya dengan
geram
Melampau betul lawak Mer kesayangan
Puan Sri ni. Kalau aku ketuk kepala dia
dengan sudu mahal ni, apalah agaknya mak mertua aku ni akan buat kat aku? Suruh Amer ceraikan aku? Hehe,...bagus jugak tu! Tapi,..tapi..
“Ris nak honeymoon kat mana ni?”
Amer memetik jarinya di depan
Ayris.
“Mama tanya tu!”
“Ya, mama. Mama tanya apa tadi?”
“Tu lah berangan. Mama tanya, Ris nak ajak Mer berhoneymoon di
mana?”
“Err,..Err, tak tau, mama. Ikut Merlah!”
“Eh, bukan sayang yang nak pilih
tempat tadi?” Amer genyit mata kiri kepada Ayris.
Genyit mata bagai. Kau ingat kau handsome? Farid Kamil ke?
“Malam tadi Ris cakap nak tengok
Taj Mahal, mama. Nampaknya Mer kena pergi
Bollywood lah ni!” makin galak usikan Amer terhadap Ayris.
“Taj Mahal? Bukti cinta siapa tu? Pada isterinya, kan?”
“Shah Jahan, mama. Macam tu lah Mer sayang isteri Mer,”Amer
bersuara perlahan.
Amboi-amboi. Ayat menggoda aku lah tu. Mesti dia nak dot-dot ni malam ni. Baik aku jaga-jaga. Bahaya betul ayat-ayat cinta dia ni!
“Eloklah tu Mer. Bawaklah Ris ke sana. Apa orang muda kata? Ha, raikan Cinta!”
“Nanti kita pergi, ya sayang!”
Ayris menendang kaki Amer di
sebelahnya dengan kuat. Amer mengekek
ketawa.
Malam
itu di bilik Ayris di rumah ibu bapa Ayris.
“Pssst!”
Ayris bangkit dari baringnya di
sebelah Ayra. Dilihatnya Amer melambai-lambai
tangan di tempat tidurnya.
Apa pulak bapak Ayra ni nak? Jangan-jangan! Jangan Labu.
Aku tak rela!
Amer melambai lagi.
“Ada apa?” Ayris bersuara kuat.
“Syyy!” Amer memberi isyarat agar
Ayris tidak bersuara.
Dengan wajah kelat, Ayris turun
dari katil.
“Duduklah. Nak bincang sikit!”
Ayris duduk di tepi ‘comperter’
Amer.
“Bincang apa malam-malam ni?”
“Sayang,..Eh,..You. Silap,..Guna awaklah. Nak honeymoon kat mana?”
“Jangan nak ngada. Mana ada honeymoon antara kita!”
“Jangan macam tu. Nanti parent kita tau pasal kita. Susah hati pulak mereka. Biarlah mereka ingat kita dah saling menerima
satu sama lain. Eh, you yang terima
I. I dah lama terima you. Tak baik buat daddy you susah hati. Daddy you suka I tau!”
“Perasan!”
“Tak kisahlah. Kita pergi ya, lepas resepsi pihak I!”
Di dalam kesamaran lampu bilik
tidur, Amer melihat wajah isterinya yang suram.
Lelaki yang menyayangi isterinya
itu, menanti jawapan Ayris dengan sabar.
“Ayra?”
Hati Amer berbunga gembira
mendengar jawapan Ayris.
“Tinggallah kejap dengan
bibik. Tak lama pun. Kan sekali saja first night!”
“Bodoh! I tak nak!”
“Wei, derhaka you cakap macam
tu. I gurau saja. I tak nak pun kacau you. You janganlah perasan pulak. You tak seksi langsung!” Amer menutup
mulutnya.
“Amer bodoh. Bodoh piang!”
Ayris memukul bahu Amer
bertalu. Amer ketawa.
“Okey-okey. I gurau saja.
Sakitlah, sayang. Eh, Ayra bangun
nanti!” Amer memegang tangan Ayris yang asyik memukulnya. Ayris menarik tangannya kasar.
“Malas layan!”
Ayris bangun meninggalkan Amer.
“Taj Mahal, here I and my lovely
wife come!”
Ayris
terkebil-kebil memandang siling.
Kata-kata Amer sebentar tadi masih terngiang-ngiang di telinga.
Taj Mahal, here I and my lovely
wife come? Ee, ngerinya aku! Meraban betul laki aku tu. Eh, pehal pulak kipas ni tak berpusing? Rosak ke?
Hek’eleh, kan bilik aku ni pakai air-cond. Aku pun dah mula biol disebabkan Taj Mahal
agaknya. Dia cintakan aku macam Shah Jahan
cintakan Mumtaz Mahal ke? Jadi, aku ni
Mumtaz lah ya?
Horeyyyy,..Yabedabidu. Mesti cun
Mumtaz ni. Aku pun kira cun lah
kan? Tapi laki aku tu handsome ke? Level Shah Jahan ke? Dia Shah Jahan? Pi gi dah!
Rengekan Ayra menyebabkan angan
kosong Ayris berkenaan Shah Jahan dan Mumtaz Mahal hilang.
“Kenapa sayang, mama ni? Nak susu ya?”
Ayris turun dari katil, berjalan ke
arah meja solek yang kini menjadi letaknya segala bekalan untuk membuat susu
buat Ayra. Tiba-tiba lampu
terpasang. Ayris menoleh. Amer telah berada di sisi Ayra. Ayris tiba, lalu menghulurkan botol susu
kepada Amer.
“Pegang kejap!”
Ayris memangku Ayra. Botol susu di tangan Amer diambil semula.
“Sedap tak susu mama buat?” Amer
sengaja mengusik Ayris.
“Tak sedap kan, Ayra kan?” Amer
ketawa.
“Sibuk. Pergilah tidur!”
“Betullah tak sedap. Kalau susu mama kan lagi sedap!”
“You mencarut ya? Disguisting!”
Kerut di wajah Amer muncul.
“I mean, susu ibu lebih
berkhasiatlah. You tak teringin jadikan
Ayra anak kandung you?”
Ayris terdiam. Amat memahami akan kebenaran kata-kata Amer.
“Mestilah nak. You temankan I pergi klinik. I nak susukan Ayra!”
“Tak nak. You pergilah sendriiii! Tadi sombong sangat. Kata I mencarut!”
“Tak apa. Mama boleh pergi sendiri kan Ayra kan? Nanti Ayra boleh hisap susu mama. Ayra jadi anak mama betul-betul!” Ayris
menundukkan kepalanya mencium dahi Ayra.
“Lepas resepsi kita, I temankan
you. Tak kan nak buat esok. Nanti breast you kembang, penuh susu. Orang salah sangka pulak!”
“Bodoh. Tak kan secepat tu!” Ayris memukul bahu Amer.
Amer mengekek ketawa. Pukulan Ayris makin kuat.
“Apa ni sayang. Sakitlah.
I gurau okey.” Amer menepis lembut pukulan Ayris. Tangan Ayris akhirnya digenggam.
“Lepas!”
“Janji dengan I dulu, baru I
lepas!”
“Podah!”
“You ni dulu bercinta dengan
Rajinikanth ke?”
Ayris tidak dapat menahan
tawa.
“Syyy, tengok you buat bising. Kesian Ayra terganggu nak minum susu. Kan anak daddy kan?”
“You kenal Rajinikanth?”
“Kenallah. Hero film Tamil popular tu. Yang best, scene dia libas kain kat leher
tu. Bunyi sound effect sikit punya
hebat!”
“Ada juga persamaan antara kita
kan? Lepaslah tangan!”
“No my dear. Promise first.
Please be my Mumtaz forever,”Amer berkata lirih.
Mak ai, jiwangnya. Kuatkan imam wahai Ayris Sofea. Jangan kau tirrguda!
“Lepas dulu!”
Amer melepaskan tangan Ayris.
“Jangan harap! Tepilah.
Nak letak Ayra ni.”
Amer bangun dari duduknya di atas
katil. Berdiri tegak di tepi katil. Ayris meletakkan Ayra di sisinya perlahan.
“Tutuplah lampu!”
“Kita pergi ya, sayang!”
“Lepas I dapat susukan Ayra sampai
kenyang!”
Dua hari selepas majlis resepsi bagi
keluarga Syed Amer.
Amer menanti dengan sabar pintu
bilik di mana Ayris dirawat dibuka.
Apalah yang lama sangat tu? Susah ke nak buat susu ibu ni keluar. Ish, aku ni merepek apa. Kalau Ris tau, dia kata aku mencarut pulak!
Pintu bilik rawatan yang ditenung
oleh Amer akhirnya terbuka. Ayris muncul
seperti yang dijangkakan oleh Amer.
“Everything okay, my dear?”
Ayris tidak bersuara. Senyum pahit menjawab soalan gedik Amer.
“Jom!”
Tangan Ayris ditarik lembut.
Ayris akur mengikut Amer ke kaunter
mengambil ubat. Pasangan yang sama padan
kerana masing-masing tampan dan cantik ini menjadi tumpuan beberapa orang yang
turut berada di sekitar kaunter mengambil ubat.
“I tak sukalah ada mata yang
memandang you!” Amer bersuara sambil memasang tali pinggang keledar untuk
Ayris.
“Jealous ke?”
“Eh, mestilah. You’re my wife okay!”
“Dr.Fazlie yang rawat I tu, you tak
jealous?”
“Dr.Fazlie tu dah tua. Kawan daddy lagi. Mestilah tak ngorat you kan?”
“Kalau I yang terpikat? Dia tu handsome walaupun tua. Lebih handsome dari you!”sengaja Ayris
menyakitkan hati Amer. Amer mula
memandu.
“I gomol you kat sini, baru tau!”
“Bodoh!”
“Ha, tengok tu. Derhaka tau kat I!”
“Siapa yang cari pasal? Merepek!” tingkah Ayris.
“You lah mulakan. Nak terpikat dengan doctor dah isyak tu
kenapa pulak? I yang handsome bak Aaron
Aziz versi KL ni you tak pandang pun!”
“I tak pernah cintakan you. Dan tak kan cintakan you. You ingat tu sampai bila-bila!”
“Sayang. Sampai hati you.”
Ayris paling muka ke kiri. Malas untuk memulakan drama dengan Amer.
“You tau, sayang. Makin you sakitkan hati I, makin I sayangkan
you. Cintakan you. I cuma risau,.”
“Risau apa?”
“Risau satu hari Allah terbalikkan
perasaan kita ni. You pulak yang
tergila-gilakan I. Macamana tu?” Amer
ketawa.
“Ah, tak mungkin!”
“Pasti?”
Ayris diam. Letih untuk bersandiwara dengan Amer.
“Bila nak susukan Ayra?” Amer
jeling manja.
“You sibuk buat apa?”
“Mestilah I sibuk. Sibuk nak tengok!” Amer gelak.
“Tengok apa?”
Ayris memukul bahu Amer
bertalu-talu.
“You bodoh! Bodoh sangat!”
“I maafkan you. Jangan cakap macam tu lagi, sayang!”
“I tak mintak maaf pun!”
“Tak apa. I tetap maafkan. Bolehlah, sayang.”
“Boleh apa ni? You memang gilalah!”
“Tengok tu. Berdosa, sayang! Okey lah, I tengok you susukan Ayra dari
jauh. Ikhlas tapi jauh. Eh, macam lagu pulak!”
“Ikut suka you lah!”
No comments:
Post a Comment