Bab 9
Wardah
di rumahnya. Hidangan makan malam di
depannya ditenung sayu. Masak lemak cili
api ikan jenahak di dalam mangkuk telah sejuk.
Sayur campur dengan cendawan sebagai bahan utama juga lesu. Jam dinding di sudut ruang makan ditenung
lagi. Detik 9.30 malam, namun bayang
Harith tidak muncul-muncul. Wardah
bangun. Makanan di atas meja yang telah
lama terhidang ditutup semula dengan tudung saji. Langkah longlai diatur menuju ruang
tamu. Badannya yang makin berisi dihempas
malas di sofa. Alat kawalan jauh
dicapai.
“Tanah kubur? Elok juga aku tengok ni!” omel Wardah
sendirian. Rancangan berbentuk
pengajaran yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan itu menambat hati Wardah. Lupa Wardah akan penantian makan malamnya dengan
Harith. Dua puluh lima minit berlalu
dengan cepatnya. Rancangan yang ditonton
oleh Wardah tamat. Wardah menekan ‘info’
di dalam alat kawalan jauh. Jam
menunjukkan pukul 10 malam.
“Huh, manalah laki aku ni?”
Telefon di atas meja dicapai. Nombor telefon Harith ditekan. Wardah mematikan talian apabila mendengar
deruman enjin kereta di depan rumah. Serentak
itu pintu pagar automatik rumahnya terbuka.
Tahulah Wardah bahawa suami tercinta telah pulang.
“Sampai hati, abang!”
Harith memandang wajah Wardah tanpa
perasaan.
“Sampai hati kenapa pulak ni?”
“Bukan abang janji nak makan malam
di rumah malam ni?”
“Abang lupalah. Ada jumpa client last minute!”
“Betul abang jumpa client ni?”
“Habis aku jumpa siapa pulak?” nada
suara Harith tiba-tiba tinggi.
“Saya tanya saja. Abang lupa hari ni hari apa ya?”
“Hari Isnin!”
“Hari ni, hari ulang tahun
perkahwinan kita yang ke lima. Abang dah
lupa?”
“Ah, dah bertahun kahwin. Lupa sudah.
Abang penat. Nak mandi!”
Harith melangkah menuju tangga.
“Abang tak nak makan? Ada ikan jenahak kesukaan abang tu!”
“Abang dah makanlah. Awaklah makan sorang!”
Seketul
bahagian ikan jenahak diceduk ke dalam pinggan.
Dua sudu kuah turut dimasukkan ke dalam pinggan. Wardah mula mengunyah. Terasa pahit masakan lemak cili apinya itu. Perlahan, air mata seorang wanita bergelar
isteri gugur.
“Selamat ulang tahun perkahwinan
kita yang ke lima, Abdul Harith suamiku!” air mata Wardah makin laju. Suapan yang seterusnya dirasakan begitu
menyeksakan. Akhirnya Wardah berhenti
mengunyah. Wardah bangun membawa pinggan
makannya ke sinki. Air matanya
dikesat. Dadanya yang berdebar dengan
hatinya mula membuat tekaan yang bukan-bukan cuba diredakan sebaik
mungkin. Selesai mengemas
pinggan-mangkuk, Wardah kembali ke ruang tamu.
Telefon bimbitnya dicapai. Nombor
telefon Ayris dicari. Namun, telefon
kembali diletakkan semula.
Tak kan nak kacau Ris malam-malam. Pengantin baru tu!
Wardah melangkah menuju ke tingkat
atas. Bilik di mana Ayu tidur menjadi
destinasinya.
Ayu dilihatnya tidur begitu lena.
“Anak kesayangan ibu. Buah hati ibu. Tempat ibu bermanja!”
Wardah mengambil keputusan untuk
tidur di bilik Ayu malam itu. Ayu
ditenungnya lama. Satu kucupan singgah
di pipi tembam milik Ayu. Masa berlalu,
Wardah masih terkebil-kebil di dalam kesamaran lampu bilik tidur. Fikiran kembali berpusat kepada Harith.
Kau tak nak pujuk aku ke? Tak sayang aku lagi? Kau memang tak pernah sayang aku pun! Dulu waktu bercinta, kau ambil kesempatan
atas aku. Kahwin pun kena paksa. Dan Ayu itu,..Dia, dia. Dia anak yang lahir atas dosa kita, sayang!
Air mata Wardah yang mulai
bertakung gugur lagi.
Entah-entah betul macam Ris
kata. Harith ada perempuan lain! Selalu saja balik lewat. Dah sebulan lebih Harith tak sentuh aku. Ya Allah, petanda apakah itu?
Air mata Wardah mengalir makin
laju. Esak tangisnya cuba ditahan,
bimbang Ayu di sebelah akan terjaga.
Pagi
itu.
“Kakak, makanlah sikit bihun tu!”
“Tak mau. Tak sedap!”
“Kesian ibu masak pagi-pagi,”
Wardah memujuk Ayu perlahan.
“Kakak makan dengan cikgu di
tadika. Boleh ya, bu?”
“Okey lah. Tapi milo tu kena minum jugak!”
“Ayah!”
“Sarapan, bang!”
Harith menarik kerusi di sebelah
anak tunggalnya.
“Sayang ayah ni, nak pergi sekolah
dah?”
“Pergi tadika lah, ayah!”
“Nescafe, bang!”
Wardah meletakkan cawan berisi
Nescafe panas di sebelah Harith.
“Abang nak bihun atau bread?”
“Mana-manalah!” Harith menjawab
acuh tidak acuh.
“Nak ayah hantar tak hari ni?”
“Nak-nak. Horeyyy, naik kereta ayah. Tak nak naik van!”
Harith senyum. Wardah senyum kelat. Hatinya pilu.
Sepinggan bihun goreng diletakkan
di depan Harith.
“Awak ni kenapa? Muka sedih saja. Ha, make-up lah sikit. Ni pucat saja. Cubalah pakai cantik sikit. Dah macam bibik awak ni!”
Wardah diam. Cuba menahan getar di dalam hati.
“Ayah cakap mama macam bibik. Bibik macam kat tv tu ya?”
“Susah sangat nak hantar
kakak. Hari-hari kakak naik van. Mimpi apa abang malam tadi?”
“Mimpi kahwin dengan perempuan
cantik!”
Harith bangun dengan kasar.
“Jom kakak. Masin bihun ibu kakak ni masak!”
“Tapi ayah belum makan pun!”
“Ayah makan kat luarlah. Lagi sedap!”
Ayu turun dari kerusi. Tangan dihulur kepada Wardah.
“Bye-bye, ibu!”
“Jalan elok-elok. Jangan lari-lari tau!”
Harith telah berada di muka pintu. Menyarung stokin dan kasut. Langsung tidak menoleh kepada Wardah lagi.
Setibanya
Harith di pejabat.
“Morning Mr.Harith!”
“Mr.Harith?”
Harith memandang tepat penyambut
tetamu pejabatnya. Azlin sengeh manis.
“Morning, sayang,”Azlin berkata
lirih. Bimbang didengari oleh orang
lain.
“Morning,” Harith berkata perlahan
sambil membuat isyarat mata agar Azlin masuk ke pejabatnya.
“Nantilah!” Azlin menjawab manja.
Harith berlalu masuk ke dalam bilik
pejabat. Lelaki buaya darat itu menanti
dengan sabar akan kedatangan Azlin ke biliknya.
Penantian Harith tidak sia-sia.
“Rindu malam tadi tak hilang lagi?”
Azlin berjalan perlahan mendekati Harith yang berdiri di depan meja. Harith tidak menjawab, sebaliknya tubuh
montok Azlin yang berada betul-betul di depannya didakap rakus. Perlahan, tudung tiga layer Azlin
diselak. Satu kucupan hangat singgah di
leher Azlin.
“Sayang, hubby I perasan nanti!”
“Tak ada tandalah!”
“You ni, jahatlah!”
“Sayang suka kan?”
Azlin senyum.
“I keluar dulu!”
Harith masih memegang tangan Azlin.
“Malam ni?”
Azlin geleng.
“Hubby I perasan nanti. I selalu balik lewat!”
“Bila lagi?”
“Tak puas malam tadi? Kalau hubby I tau, mati I. You pun sama.”
“You kan drama queen. Mesti pandai berlakon. You bahagia dengan I kan?”
“Amat bahagia sayang,”Azlin meleret
senyum.
“I keluar dulu!”
Harith melepaskan pegangan tangan
Azlin perlahan. Azlin keluar dari bilik
pejabat Harith. Harith masih memandang
pintu. Montok tubuh Azlin masih di
matanya. Harith duduk. Fikirannya melayang mengingati kehangatan
hubungannya dengan Azlin malam itu.
Bukan sekali, malah sudah lebih
tiga bulan Azlin menyerah diri kepada Harith.
Harith senyum puas. Azlin,
walaupun memegang status seorang isteri, masih cantik dan mempunyai susuk tubuh
seperti anak dara.
“Aku masih tak puas sayang!”
Harith senyum lagi.
Ayris baru tiba di bank tempatnya
bertugas.
“Morning pengantin baru!”
Ayris senyum.
“Manisnya senyumanmu.” Aida ketawa
kecil.
“I memang manislah!”
“Tak, senyum orang dah kahwin ni
lain. Ada lebih manis juga!”
“Kau jangan nak merepek ya,
pagi-pagi ni.”
“Kenapalah tak sambung cuti for
honeymoon ni? Dapat jugak aku souvenir
nanti!”
“Later lah. Aku tak nak pending kerja!”
Ayris terus melangkah menuju bilik
pejabatnya. Aida masih tidak puas
hati. Wanita itu masuk ke dalam bilik
pejabat Ayris.
“Seronok tak kahwin?” Aida bertanya
gelojoh.
“You nak tau, you kahwinlah!”
“I nak kahwin dengan siapa? Farhan?
Tak dipandangnya I!”
Wajah Ayris berubah.
“Sorry!”
“Dia ada?”
“Adalah. Kenapa you tanya? You jangan buat hal!”
“Lama I tak tengok dia. Dengar dia ketawa. Senyum dia!”
“Ris, wake up okay! You tu isteri orang. I tak nak subahat!”
Ayris ketawa.
“Subahat apanya. I gurau saja.
I tau keadaan dah berubah. You
jangan risaulah. Dia dah buang I. Lepaskan I!”
“Farhan tau apa yang terbaik untuk
you. Tapi I percaya satu perkara. You and Farhan not meant together!”
“I agree that. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk
kami. I redha, Aida!”
“Ololo sedihnya. Macamana hubby kawan baik you tu? Eh, your hubby lah!”
Ayris mengangkat bahu.
“Apa tu?”
“Bolehlah!”
“Apa yang bolehlah?”
“Romantik?”
“Entah!”
“Ish, tak kan tak romantik. Banyak pengalaman tu!”
“Merepek?”
Aida ketawa.
“One thing for sure, dia daddy yang
penyayang. Ayra untung dapat daddy macam
dia.”
“Dia. Dia.
You panggil apa? Sayang ke?”
“Adalah!”
“Rahsia kunun. You pun beruntung sama. I believe he’s wise guy!”
“Thanks!”
“Thanks saja? Belanja lunch wahai pengantin baru!”
“Okay!”
“You ni lepas kahwin makin malas
pulak!”
“Why?”
“Asyik jawab sepatah. Tanya sepatah. Penat dah kut borak dengan hubby di
rumah. Eh, how’s you step daughter?”
“She’s not my step daughter
anymore. I akan susukan dia!”
“Alhamdulillah. You dah jumpa doctor? Ke jumpa your daddy saja?”
“Dahlah. Kawan daddy.
Tapi kena tunggu dua minggu baru susu keluar!”
“Rindu
Ayra lah pulak!”
Telefon bimbit dikeluarkan dari beg
tangan. Gambar Ayra yang menghiasi
‘wallpaper’ telefon bimbit Ayris sudah cukup membuat kerinduan Ayris terhadap
anak tirinya itu reda.
“Opocot!”
Ayris terkejut mendengar telefon
bimbitnya tiba-tiba menjerit.
“Kenapa dia call ni? Ah, biarlah.
Berlakon tak sempat jawablah!”
Jeritan telefon bimbit berhenti.
“La, pehal pulak call lagi ni? Ha, entah-enatah ada emergency!”
Segera Ayris menjawab panggilan
dari Amer.
“Hello,” Ayris berkata gugup.
“Rindu I tak pagi ni?”
Ni apa ke species soalan ni? Soalan nak kena penyepak pagi-pagi kut!
“Tak. Ada apa call ni?”
“Rindu sayanglah. Lunch?”
“Nope! I dah janji dengan officemate.”
“Ala. Kita dinner samalah malam ni.”
“Erm.”
“I nak bagitau ni kat you.”
“Erm.”
“I sayang you!”
“Okay.”
“Aduh, tu saja you jawab?”
“I ada kerja ni. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam, sayang!”
Talian dimatikan oleh Ayris. Pintu bilik diketuk kuat.
Aduh, siapa pulak kacau ni?
“Masuk!”
“Sejambak mawar merah, sebuah
puisi, untuk isteri idaman,..ooooo di bulan Oktober,..Haha!” Aida ketawa dengan
kuatnya.
“Siapa bagi?”
“Lagi mau tanya? Nak I ulang lirik lagu tadi?”
“Ok-ok. Tak payah.
Kang hujan rebut pulak. Susah
kita nak lunch!”
“Nak sekuntum,” Aida sengeh.
“Ish. Mana boleh.
Orang bagi tu!”
“Tau pun sayang hubby ya?”
“I hormati pemberian orang. If you bagi barang pun, I tak bagi pada sesiapa
kan?”
“Eleh, cakap sajalah sayang kat
hubby you. Memalu plak!”
“Give me!”
Aida menyerahkan jambangan ros
kepada Ayris.
“I keluar dulu. Biarkan you angau sorang-sorang. Kan cinta lepas kahwin ni lebih seronok. Banyak perkara boleh buat. Maklum dah halal!”
“Woi. Merepek lagi.
Tolonglah keluar!”
Ayris mengangkat sebatang pen,
mengacah untuk membalingnya kepada Aida.
“Bye pengantin angau!”
Ada keluar.
Romantik jugak kau ya? Bertuah Lana dapat kau dulu!
Kad yang terselit di celah-celah
jambangan bunga itu dibaca oleh Ayris.
‘I
love you, isteriku!- Amer bajet handsome you!’
“Lawaklah tu kunun. Masih ingat lagi kau rupanya gelaran tu!”
Nak call ucap terima kasih ke? Ah tak payahlah. Mengada dia nanti!
Petang
itu di rumah ibu bapa Ayris. Mak Mah
menyorong kereta sorong Ayra di halaman rumah.
“Kita tunggu mama balik ya? Daddy ke.
Agak-agak siapalah yang balik dulu!”
Mak Mah duduk di kerusi. Pandangannya lepas keluar pagar.
“Nek dan Tok pulak yang balik dulu!”
Kereta yang dinaiki oleh Dr.Idham dan
Dr.Suhana menyusur masuk ke parkir.
Dr.Suhana yang terlebih dahulu turun dari kereta, menghampiri Mak Mah
dan Ayra di kereta sorongnya.
“Mak Mah asyik dengan budak ni
saja. Minum petang dah siap?”
Mak Mah sentap seketika. Senyum di bibir tergendala.
“Dah, dr. Ada di meja!”
Dr.Idham tiba.
“Cucu atok, dah mandi ni?”
“Itu bukan cucu kitalah, bang!”
Dr.Suhana jeling suaminya.
“Awak ni. Dengar Si Amer tu. Kecik hati nanti. Ris pun.
Kan Ris sayang sangat Ayra ni.”
“Nak kecik hati buat apa? Dah memang bukan cucu kita. Bukan cucu saya. Suka sangatlah dengan menantu duda abang tu
ya?”
“Su, dah jodoh Ris dengan dia. Tak ada kurangnya menantu kita tu. Awak ni, cubalah bawak bersyukur sikit. Kufur nikmat nanti. Dapat menantu baik pun masih tak puas hati!”
Mak Mah yang mendengar majikannya
itu berbeza pendapat hanya membisu.
“Dah saya tak suka, tak sukalah,
bang!”
Dr.Suhana berlalu masuk ke dalam
rumah.
“Mak Mah masak apa petang ni?”
Dr.idham mengalih topik.
“Char kuew tiaw goreng. Saya dah siapkan di meja.”
“Ha, ya lah. Saya masuk dulu!”
Doktor yang masih bersisa
ketampanannya sewaktu mudanya itu berlalu.
Tinggal Mak Mah dan Ayra kembali berdua.
“Ha, daddy balik dulu tu!”
Kereta Amer pula mengisi ruang
porch.
“Busuk daddy!”
Amer mendukung Ayra mesra. Ciuman bertalu diberikan kepada Ayra.
“Mana mama ni? Kenapa mama lambat ni, sayang daddy? Ayra rindu mama kan?”
“Mak Mah rasa, yang rindu mama,
bukan Ayra. Tapi daddy nya!”
Amer gelak suka.
“Mak Mah ni, pandai sangat meneka!”
“Nampak sangat Amer tu angaukan
Ris. Untung Ris dapat lelaki baik macam
Amer ni.”
“Betul ke baik? Mah Mah tau sangat ya, saya baik?”
“Mak Mah orang lama. Mestilah tau.
Ayra pun untung dapat daddy yang penyayang. Tu mama Ayra balik.”
Ayris tiba di sisi Amer yang sedang
mendukung Ayra. Pandangan Amer tertumpu
ke arah buah dada Ayris.
“You pandang apa tu!” sergah Ayris
geram.
“Sorry. Tengok ada perubahan atau tak selepas makan
ubat. Agak-agak bila Ayra boleh
menyusu,” Amer menjawab malu.
Mak Mah ketawa.
“Mak Mah sukalah tu. Sokong daddy Ayra buat bukan-bukan. Bak sini Ayra!”
“Kenapalah mama ni garang sangat
ya, Ayra sayang. Ha, ikutlah mama yang
busuk hangit tu!”
Ayra bertukar tangan.
“Sayang Ayra busuk mama!” Ayra menerima ciuman dari Ayris pulak.
“Mak Mah masuk dululah. Jangan lupa minum petang pulak. Mak Mah goreng char kuew tiaw tu!”
Mak Mah pula berlalu.
“Suka tak?”
“Suka apa?”
“Aduh, ros I bagilah. Tak kan campak tong sampah kut!”
“Haa!”
“Apa? You buang ros tu?” Mata Amer bulat terkunjat.
“Ha’a lah. Kenapa pun. Dah I punya, suka hati I lah nak buat
apa. Nak buang ke? Nak bagi orang ke?”
“O camtu ya Puan Ayris Sofea. You tau tak, you tu pun I punya. So, jangan marahlah, kalau I buat suka hati,
apa yang I suka ya!”
“Kita masuk, Ayra. Daddy tu biar dia merepek sorang-sorang!”
Selesai
menjamah char kuew tiau goreng, Ayris mengambil Ayra dari dukungan Mah
Mah. Langkah laju diatur ke tingkat
atas. Amer ditinggalkan minum petang
bersama Dr.Idham.
“Ris tu kadang-kadang macam
budak-budak! Amer sabar ya.”
“Tak ada apalah daddy. Yang penting Ris sayang Ayra sangat. Tu dah cukup bagi Mer.”
“Ris layan Amer dengan baik?”
“Daddy ni. Mestilah.
Ha, dengan Ayra tu lagilah. Tak
boleh berenggang langsung!”
“Itu dengan Ayra. Dengan Amer?”
“Ris perlu masa, daddy. Kenapa daddy tanya? Daddy risau Ayra tak dapat adik?”
Dr.Idham ketawa.
“Menantu daddy ni. Kalau Ris dengar mesti dia malu!”
“Sebab Ris tak adalah berani tanya
tu, daddy!”
“Daddy pun rasa Ris perlukan
masa. Ya lah. Dulu Amer suami Lana. Kawan baik dia. Janggal rasanya tu, Amer jadi suami Ris
pulak.”
“Daddy tak tau satu perkara.”
“Pasal Ris?”
“Waktu mula jumpa Lana dulu, Ris
ada. Masa tu Lana yang tunjuk interested
pada Mer. Ris tak tau masa tu agaknya
yang Mer suka Ris.”
“Kalau Ris tau pun. Tak kan Ris nak lukakan kawan baik dia. Miss Con tu bagi Lana dan siapa sorang lagi
tu?”
“Yang ada anak sorang tu? Ha, Wardah!
Miss Con? Apa tu daddy?”
“La, ingat Amer tau. Tu gelaran Ris
dapat dari Lana dan Wardahlah. Miss
Congeniality Malaya. Suka sangat tolong
kawan-kawan dia!”
“She’s really congeniality. Kalau tak, tak kan dia terima Mer dan Ayra!”
Dr.Idham memegang bahu menantunya.
“Jangan cakap macam tu. Dah jodoh Amer dan Ris tu. Dengan baik Amer ni, daddy percaya, Ris akan
sayang Amer juga nanti.”
“Tiba-tiba char kuew tiau Mak Mah
ni jadi sedap, daddy!”
Dr.Idham ketawa. Amer menyambung suapan char kuew tiaunya.
Amer
berlagu gembira menaiki tangga menuju ke bilik.
Sampai di bilik, Ayris menantinya dengan wajah bengis.
“Lamanya makan!”
“Aik, dah rindu I? Kan baru dua puluh minit tak jumpa!”
“Perasan. I nak mandilah. You jaga Ayra I kejap!”
“Ayra you? Sorry ya?
Dia Ayra I!”
“I susukan Ayra nanti, dia akan
jadi anak I jugak okey!”
“Ish, bilalah dapat tengok you
susukan Ayra. Bila sayang?”
“Huh!”
Ayris berlalu menuju almari
pakaiannya.
“Bilalah nak tengok you keluar
bilik air pakai towel saja!” Amer ketawa kuat.
“Bodoh piang!”
Ayris masuk ke dalam bilik air
dengan marah.
“Marahlah sangat. Esok, dah sayang I, I tak balik rumah, mesti
menangis. Kan Ayra kan?” Amer berkata
perlahan.
Dua
minggu berlalu setelah pengambilan pil motilium 10mg sebanyak dua biji, 4 kali
sehari dan supplemen penggalak susu oleh Ayris.
“Ni first time you susukan
Ayra. I nak tengok. I tak kan tengok you punya tu,..”Amer senyum
melampau.
“Miang!”
Amer bergerak sedikit menjauh dari
Ayris yang telah duduk di atas katil dengan memangku Ayra. Sedikit payah Ayris membuka butang blaus yang
dipakainya. Namun, akhirnya Ayris
berjaya juga meletakkan puting susunya di mulut Ayra.
“Dah siap?” Amer sedikit menjerit.
“Entahlah!” Ayris menjawab
keliru. Butang blaus dikatup segera.
“Kenapa entah?”
Amer menghampiri Ayris.
“Ayra macam tolak-tolak aja I
punya,..”
“Dia tak biasa tu. Kan lebih enam bulan hisap puting. Ni tiba-tiba tukar pulak. Take your time, sayang. Tak larinya niat suci kita berdua. Kan Ayra busuk daddy kan!”
Amer mengangkat Ayra dari riba
Ayris.
“Kenapa anak daddy ni? Tak nak hisap susu mama? Tak sedap ke?
Kesian mama. Mesti mama merajuk
nanti. Ha, siapa nak pujuk? Kalau ayah pujuk, mama marah pulak!”
“Merepek saja pandai!”
“Tengok tu, mama dah merajuk!”
“Selagi Ayra tak menyusu, tak nak
pergi honeymoon!”
“Okey. I sabar menanti. Ayra sayang.
Cepatlah menyusu dengan mama ya?
Kesian daddy ni. Tak sabar nak
peluk mama!” Amer ketawa.
“Bodoh!”
Ayris bangkit dari duduknya.
“Sayang nak pergi mana tu?”
“Turun tolong Mak Mah masak!”
“I?”
“You jaga Ayra!”
No comments:
Post a Comment