Bab
6
Amer
tiba di rumah ibu bapanya kira-kira pukul 6.00 petang. Langkahnya laju diatur menuju bilik
Ayra. Sudah dua hari lelaki berkarisma
dan tampan itu tidak menjenguk anak kesayangannya. Sewaktu buru-buru menaiki tangga, Amer
tersenyum apabila melihat Juliati mendukung Ayra.
“Tu daddy nya udah sampai. Sudah dua hari enggak jumpa!”
“Ayra dah mandi bik?”
“Ya sudah. Wangi amat ni bayi!”
Amer mengambil Ayra dari dukungan
Juliati.
“Ee, anak kesayangan daddy. Wanginya!” Satu ciuman singgah di pipi Ayra
yang gebu.
“Bik tolong Bik Sarimah lah di
dapur. Saya jaga Ayra sampai buka!”
“Ya, boleh!”
Juliati berlalu menuruni anak
tangga. Amer turut menuruni anak tangga
menuju ruang tamu. Sampai di ruang tamu,
Amer melilau mencari kereta sorong milik Ayra.
Senyum Amer terbit apabila melihat kereta sorong Ayra berada di satu
sudut ruang tamu banglo mewah keluarganya itu.
Dengan perlahan Ayra diletakkan di dalam kereta sorong. Kereta sorong ditolak keluar menuju halaman
rumput menghijau. Udara segar di halaman
yang luas itu amat mendamaikan Amer.
Amer duduk di kerusi.
“Ayra dah wangi. Daddy yang busuk!”
Tangan Amer mencapai jari-jemari
Ayra. Bayi tersebut mengukir senyum
apabila Amer mengeluarkan bunyi dari mulutnya.
“Rindu daddy ya? Maaf ya.
Daddy sibuk sikit. Balik
lewat. Nanti kalau dah ada mama. Ayra duduk rumah daddy.”
Amer mengusap rambut Ayra yang
perang perlahan. Hatinya pilu
tiba-tiba. Wajah Lana terbayang di
matanya.
Kenapa you pergi cepat sangat,
sayang? Tak sempat baby Ayra panggil you
mama!
Wajah manis wanita bergelar isteri
itu seolah-olah tersenyum melihat kasih-sayang Amer terhadap anaknya yang tidak
bertepi.
I tak mampu jaga Ayra seorang diri,
sayang. I perlukan seorang wanita
bergelar ibu kepada Ayra. Siapa lagi
yang lebih layak jika bukan sahabat baik you sendiri. Tapi sahabat baik you punya hidupnya
sendiri. I pasrah, sayang!
“Apa yang dimenungkan?” Puan Sri
Syarifah Sakinah menarik kerusi di sebelah Amer.
“Mama! Terkejut Mer!”
“Cucu nenek tak terkejut pun, kan
Ayra kan? Baiknya dia. Tak mintak dukung pun!”
“Ayra tau, dia tak ada mama. Tu yang baik tak mintak dukung selalu tu!”
“Tu
yang mama nak bincang dengan Mer tu!”
“Mama nak carikan calon?” pantas
Amer meneka.
“Dah empat bulan kan? Lana pergi.
Dah tiba masanya Mer mulakan hidup baru.
Yang lebih penting cucu mama tu.
Ayra perlu mama. Perlu daddy nya
selalu ada. Bukan duduk dengan nenek
yang sibuk ni. Nanti akhirnya jadi anak
Juliati pulak Ayra ni. Cakap Indon
nanti! Mer nak macam tu?”
Amer ketawa.
“Ayra dengar tu. Nenek buat lawak!”
“Apa yang lawaknya. Ayra nak mama kan? Bukan bibik!”
“Sabarlah, mama. Mer tengah usaha ni?”
“O dah ada calon. Lega mama.
Tak payah mama susah-payah carikan calon. Dia tau status Mer? Yang penting tentang Ayra!”
“Mesti tau, mama. Mer pilih dia pun sebab Ayra. Mer yakin dia sayangkan Ayra. Tapi entahlah, mama!”
“Eh, bunyi pelik saja. Sayangkan Ayra, tapi apa yang entah tu?”
“Tapi dia tak ada perasaan pada Mer. Boleh ke mama?”
“Menarik ni. Siapa perempuan tu?”
“Ermm,..Adalah, mama!”
“Nak berahsia denagn mama? Bukan mama nanti yang akan meminang?”
“Belum pasti dia terima, mama!”
“Mer dah lamar dia?”
“Dah! Eh belum!”
“Yang mana satu daddy Ayra ni? Cukup cerita betul-betul!” Puan Sri Syarifah
Sakinah senyum.
“Ya lah. Mer cakap rancangan Mer nak ambik dia sebagai
isteri. Tapi tak bagilah cincin. Nanti dia terkejut pulak. Tu kira propose ke?”
“Ya ampun budak bertuah ni. Tu melamarlah namanya. Siapa dia ni?
Boleh dia tak sukakan anak mama yang handsome ni. Confius, mama,” Puan Sri Syarifah Sakinah
sedikit ketawa dengan kata-katanya sendiri.
“Dia dah ada boyfriend kut,
mama. Siapalah anak mama ni. Widower!
Ada anak lagi.”
“Ish. Widower handsome. Apa salahnya ada anak. Bukan ada anak berderet. Satu saja yang comel cucu nenek ni. Kan Ayra kan?
Baik pulak budaknya. Sayang
Ayra! Hah, lagi satu jangan lupa widower
ni pewaris empayar Tan Sri Syed Mukhlis,” Puan Sri Syarifah Sakinah ketawa
lagi.
“Mama ni. Ayris bukan suka sangat anak Tan Sri. Anak Datuk ni. Dia pelik sikit!”
“Ayris? Mama macam pernah dengar nama tu!”
“Pernah kut. Rasanya pernah jumpa. Mama tak perasan. Kawan baik Lana. Masa kahwin dia pengapit Lana.”
“Pengapit Lana yang kasar sikit
tu?”
“Mama ni.”
“Ya lah. Mama cakap kasar sikit. Tapi cantik, sopan. Kerja apa dia?”
“Di Bank Islam. Tau tau pulak as what, mama.”
Puan
Sri Syarifah Sakinah mendukung cucunya Ayra.
Amer duduk menanti bait-bait kata seterusnya dari mamanya itu.
“Daddy dah ada calon untuk jadi
mama Ayra. Ayra suka tak?”
Ayra mengekek suka apabila dicumbui
oleh neneknya itu.
“Mama macam tak suka saja!”
“Tengok daddy Ayra tu. Nenek tak cakap apa pun. Mer suka dia kan? Bukan setakat nak cari mama buat Ayra!”
Amer senyum kelat.
“Lana tau ni?”
“Hah?”
“Mesti Mer sukakan Ayris sejak
dulu. Before Lana pergi kan?”
“Mama ni!”
“Mama ni kan mama Mer. Tau apa yang bersarang di hati Mer tu.”
“Masa jumpa Lana dulu, Ayris ada sama. Tapi Lana yang sukakan Mer. Mer nak buat apa masa tu?”
“Tengok tu. Daddy dah mengaku dah! Ni kiranya cinta lama berputik kembalilah
ni?”
“Dia calon terbaik untuk Ayra,
mama. Soal Mer. Perasaan Mer tak penting. Mer tau, Ayris boleh jaga Ayra. Anggap Ayra sebagai anak. Sayangkan Ayra. Ayris sayang betul dengan Lana. Kini Lana dah tak ada. Mer pasti kasih-sayang tu tumpah untuk Ayra
pula!”
Juliati muncul.
“Sudah mau masuk waktu berbuka Puan
Sri. Tuan Amer.”
Juliati mengambilalih tugas
mendukung Ayra dari Puan Sri Syarifah Sakinah.
Ayra dibawa masuk oleh Juliati.
“Apa lagi tu. Come.
Daddy hangin pula nanti di dalam tu!”
Amer berjalan beriringan bersama
Puan Sri Syarifah Sakinah masuk ke dalam banglo.
“Dah, jangan monyok lagi. Raya ni, mama masuk meminang dia. Siapa tadi?” Puan Sri Syarifah Sakinah
menarik telinga anak lelakinya. Amer
senyum. Restu dari seorang ibu telah
diperolehinya.
Semoga terbuka hati you, Ris!
Amer
mengetuk pintu bilik yang dihuni oleh Ayra dan Juliati perlahan. Pintu terkuak. Juliati membetulkan anak tudung yang
menyembunyikan rambutnya.
“Ayra dah tidur?”
“Sudah, Tuan Amer!”
“Boleh saya masuk. Nak tengok Ayra kejap!”
“Ya boleh. Kenapa enggak boleh pula. Saya, ya berdiri di pintu ini. Takut fitnah kelak!”
Amer ketawa.
“Bik ni ada-ada sajalah!”
Amer menghampiri katil bayi di mana
Ayra sedang lena tidur.
“Anak daddy tidur ya? Esok daddy datang lagi tau!”
Amer membongkokkan badannya mencium
Ayra lembut.
“Tidur mimpi daddy tau!”
Amer melangkah menuju pintu.
“Bik, jaga anak saya elok-elok
tau. Jangan dera pulak!”
“Tuan Amer. Berkata sebarang saja. Apa saya ini gila? Enggak ada iman? Saya ni puasa. Solat.
Ngaji segala. Enggak mungkin dera
Ayra yang comel itu!”
“Saya gurau sajalah, bik. Saya balik dulu!”
Juliati tidak berkata apa-apa
lagi. Matanya sudah kuyu. Pukul sepuluh sememangnya waktu dirinya untuk
diulit intan, sebelum kembali terjaga akibat tangisan Ayra yang mahukan
susu. Juliati menutup pintu bilik.
“Daddy udah pulang. Ayra tidur di katil. Bik juga di katil. Waduh, enak sekali!”
Juliati merebahkan badannya di
katil.
Amer
tiba di kediamannya. Jam telah
menghampiri pukul 11.00 malam. Segera
Amer mandi dan menunaikan solat isyak.
Gosok baju? Ah, esok pagilah!
Amer membaringkan badannya yang
keletihan di atas katil. Tiba-tiba
senyum meleret muncul di bibir Amer.
Mama dah setuju. Thanks Puan Sri Syarifah Sakinah!
“Dah dekat sebulan, apa kata aku
tanya dia?”
Nanti rosak pula mood hari raya
dia. Ha’a. Ajak dia keluar. Alasan shopping baju raya Ayra. Kan aku lelaki. Mana tau pilih. Biarlah mama dah belikan satu almari pun
untuk cucunya!
Segera Amer bangun mengambil
telefon bimbitnya di atas meja. Amer
menanti dengan sabar panggilannya dijawab oleh Ayris.
“Jawablah wahai sayang oi!”
“Hello! Siapa ni?” Ayris menjawab dengan mamai.
Tak kan dah tidur kut. Baru pukul 11 lebih.
“Eer, Amer ni. I kacau tidur you ke?”
“Taklah,” Ayris menjawab pendek.
“Ris. I nak minta tolong you. It’s okay?”
“Tolong? Tolong apa?”
“Ni ha. I belum beli baju raya untuk Ayra. You tolong I pilih ya? Sabtu ni?
Okey?”
Ayris tidak menjawab. Amer mulai gusar.
“Ris! You still there?”
“Yup. Okey.
I pun rindu kat Ayra. Nak jumpa
kat mana-mana. Or,..”
“I dengan Ayra datang ambik you
lah! Bye 10! Okey?”
“Okey!”
“Betul ni? Kalau you busy. I pergi dengan bibik sajalah!”
“Okey lah. I tak busy.
Pukul 10 jangan lewat tau!”
Ayris di biliknya pada malam itu.
Shopping dengan Amer? Beli baju Ayra. Bertiga saja?
Aduh, tu dah macam satu keluarga bahagia saja!
Ayris duduk. Agak menyesali keterlanjuran kata-katanya
memberi persetujuan untuk membeli-belah dengan Amer.
Habislah mamat bajet handsome ni
perasan nanti!
Tidak selesa duduk, Ayris kembali
baring.
Cancel okey tak?
Ayris menggaru kepalanya yang tidak
gatal.
Lana, kau mesti suka macam ni
kan? Aku tau, kalau jodoh aku dengan
Amer, kaulah orang yang paling suka!
“Aduh, masalah betullah! Kena tidur.
Esok lambat pergi ofis. Tak pun
tak larat bangun sahur!”
Ayris memeluk bantal peluknya. Matanya dipejamkan rapat.
Duhai mata. Tidurlah cepat!
Bayangan wajah Amer menjelma
sewaktu Ayris memejamkan matanya. Ayris
kembali membuka mata.
Ish. Tak boleh jadi ni. Ya Allah, janganlah hari Sabtu ni
muncul. Aku tak mau nak bershopping
bagai denagn Amer. Huwaaaa, aku tak nak!
Selimut ditarik hingga paras dada
oleh Ayris.
Dia ni sebenarnya ada hati kat aku
ke? Tak kan saja nak cari ibu untuk
Ayra!
Benak Ayris tiba-tiba mewujudkan
isu yang hangat.
Ha, entah-entah dia suka aku sejak
dulu. Sejak Lana masih ada. Lebih mamat ni. Memang nak makan penampo ni. Apa kata aku tanya dia? Entah-entah betul. Tapi kalau betul, aku nak buat apa? Lagilah dia ada alasan kukuh nak dapatkan
aku. Cintakan aku dan carikan ibu untuk
Ayra. Pusing macamana pun dia akan
menang. Untung lelaki ni! Cian Farhan.
Oh Farhanku! Kau tetap pilihanku!
Hari Sabtu yang dijanjikan.
“Cantik
Ris hari ni. Nak shopping?” Mak Mah
memandang Ayris dengan senyum simpul.
“Haa Mak Mah comel sayang. Nak ikut?”
“Tak kacau daun ke?”
Ayris cebik. Tidak puas hati dengan jawapan Mak Mah.
“Shopping dengan buah hati
kan? Tak kan Mak Mah nak ikut!”
Buah hati? Farhan, ampun! Hati Ayris menjerit.
“Betul kan shopping dengan Farhan?”
Ayris berwajah sememeh pula.
“La, kenapa muka macam tu nak pergi
dating? Jangan-jangan,..”
Ayris angguk. Loceng di pagar berbunyi.
“Mak Mah nak tengoklah. Siapa yang lebih handsome!” Mak Mah berlalu keluar rumah.
“Mak Mahhhhh!” Ayris sedikit
menjerit bagi menghalang Mak Mah melihat Amer.
Amer berdiri di depan pagar.
“Assalamualaikum, mak cik. Ayris,..”
“Tu dia!”
Ayris melangkah mendekati Mak Mah.
“Mana Ayra?” Ayris bertanya
ramah. Sebenarnya Ayris amat merindui
Ayra.
“Dalam kereta dengan bibik. Jomlah!”
“Saya pergi dulu, Mak Mah!”
“Mak cik, saya pergi dulu!” Amer
berkata sopan.
“Eh, kenapa nak duduk belakang?”
Amer keliru dengan tindakan Ayris membuka pintu bahagian belakang penumpang.
“I nak cium Ayra. Eh, bik duduk depan ya!”
Juliati yang sedang memangku Ayra
serba-salah.
“Bik duduk depanlah!” Amer berkata
mesra.
Juliati keluar dari kereta bersama
Ayra. Ayris menyambut Ayra dari dukungan
Juliati.
“Ayra busuk auntie,” Ayris mencium
Ayra manja.
Mak Mah yang masih berdiri di tepi
pagar keluar mendapatkan Ayris yang mendukung Ayra.
“Bagilah Mak Mah dukung kejap. Comelnya!
Nama siapa tadi?”
“Ayra!” Ayris menyerahkan Ayra
kepada Mak Mah pula.
Ayra kini dalam dukungan Mak Mah.
“Ala, comelnya. Nama dekat-dekat pula tu!” Mak Mah sengaja
mengusik Ayris. Amer yang mendengarnya
hanya sengeh. Ayris berwajah polos.
“Ni nak buka di luar sekali ke?”
Mak Mah kembali menggetarkan jiwa Ayris.
“Eh, tak. Dah siap beli baju Ayra, Ris balik!”
Juliati
menyorong kereta sorong Ayra perlahan mendekati Ayris yang telah mencapai
sehelai pakaian bayi yang tergantung.
T-shirt beserta seluar berjenama ‘Guess’ itu ditenung lama.
“Cantik tak bik?”
“Waduh cantik sekali!” Juliati
membelek pakaian yang dipegang oleh Ayris.
“Mahal sekali ni. Kainnya cuma sedikit saja!”
Amer ketawa.
“Kalau bik nak, saya beli untuk bik
juga!”
“Encik Amer ini. Untuk saya buat apa. Mana ada bayi. Ya, simpan untuk adik Ayra kelak. Ya, enggak lama kan?”
“Harap macam tu lah, bik. Nanti bik ikut saya balik rumah sayalah kalau
saya dah kahwin!” Amer berkata selamba tanpa mempedulikan perasaan Ayris yang
bergelora. Ayris merah padam wajahnya.
“Amin. Bik doakan segera. Untung Ayra.
Dapat ibu yang cantik. Baik. Yang penting lagi sayang sama Ayra! Bik tumpang gembira!”
“Kalau Ayra pakai gaun macamana,
bik?” segera Ayris menuding jarinya ke arah gaun bayi yang tergantung.
“Ya, boleh juga!”
Amer yang menyedari tindakan Ayris
menukar topik perbualan itu hanya senyum.
Mungkinkah Ayra akan mendapat mama
soon? Kita doa sama-samalah Ayra sayang,
ya!
Amer membongkok mengangkat Ayra
dari dalam kereta sorong.
“Tengok tu auntie dan bibik pilih baju Ayra. Ayra suka tak?”
Amer berjalan mendekati Ayris.
“Kacau auntie cepat!” Amer
meletakkan tangan Ayra di bahu Ayris.
Ayra menggenggam selendang yang dipakai oleh Ayris dan menariknya.
“Lepas-lepas, Ayra sayang. Tengok shawl auntie dah senget dah!” Dengan
cepat Amer cuba merungkai genggaman tangan Ayra di selendang Ayris.
“Ris. Sorry!”
Ayris berwajah pelik.
“Tu tudung you senget!”
“Ala, sikit saja! Nakal ya busuk Ayra!” Ayris mencuit pipi gebu
Ayra.
Juliati memandang ketiga-ketiganya,
Amer, Ayris dan Ayra dengan senyum simpul.
Bagi Juliati ianya tidak ubah seperti sebuah keluarga bahagia.
“Baju
I? Eh, tak payahlah. Beli baju bibik sajalah!” Ayris menolak bila
Amer mahu membelikan Ayris sepasang baju.
“Yang ini boleh enggak untuk
Sarimah?” Juliati memandang Amer.
“Boleh bik. Bik tak mau try dulu yang bik punya?”
Juliati senyum.
“Ya, bener juga ya! Sebentar ya!”
Juliati masuk ke dalam bilik
persalinan membawa sepasang baju kurung pilihannya.
“Pilihlah satu. I ikhlas.
You dah tolong I tau hari ni.
Kalau you tak tolong pilih baju untuk Ayra tadi. Siapa yang nak tolong I pilih?”
“La bibik kan ada! Lagi pun I dah banyak baju raya.”
“Taste bibik kan tak sama dengan
you.”
“Tapi tak apalah. I tak nak!”Ayris berkeras menolak hasrat
Amer.
Amer diam. Ingatan berputar kepada hari pertama dirinya
keluar dan pada waktu itu juga bulan puasa.
Ayris menolak hasrat Amer yang mahu membelikannya sepasang kasut.
“Berapa bajet you?”
“Hah?” Amer tersentak dengan soalan
Ayris yang tiba-tiba.
“Ya lah. Nak I beli baju yang harga berapa?”
Amer senyum manis.
“Ikut you lah. You ni,..Ayra, tengok auntie ni. Jual mahal kan? Daddy nak belikan baju raya pun tak nak!”
Tanpa mempedulikan Amer yang sibuk
berceloteh, Ayris mula memilih baju kurung untuk dirinya.
Aduh, colour apalah nak beli ni!
Juliati keluar dari bilik
persalinan.
“Jadi, Encik Amer. Saya ambil yang ini!”
“Yang Bik Sarimah punya?”
“Yang saiz L ini ya muat
dengannya!”
“Eh, bukan Bik Sarimah sama saja
kurus dengan bik?”
“Enggak. Dia lagi gemuk. Apa Encik Amer ni rabun? Maklum bakalnya ada di depan mata!”
“Bik ni. Pandai usik saya dah ya?”
“Bener bukan?” Juliati ketawa.
Ayris
terus-terusan mengulit Ayra. Bayi yang
mulai mengantuk itu akhirnya tidur di pangkuan Ayris. Juliati menoleh ke belakang.
“Ayra tidur?”
“Syyy!” Ayris meletakkan jari ke
bibir.
“Sayang amat tu bakalnya kepada
Ayra!” Juliati memandang Amer.
Amer senyum
“Ayris yang mendengar kata-kata
Juliati menahan rasa.
Aku sayang Ayra sajalah. Bukan nak jadi calon isteri bapaknya!
Memandang wajah Ayra yang putih
bersih, menerbitkan kerinduan Ayris kepada Lana.
Kalaulah Lana ada. Meriahnya Hari Raya ini, wahai Ayra
sayang! Auntie sayang Ayra. Sama macam auntie sayangkan mama Ayra!
Ayris mendongak memandang ke
hadapan. Dengan pantas Ayris kembali
menundukkan kepalanya apabila perasan Amer mencuri pandang ke arahnya
menggunakan cermin hadapan pemandu.
Mamat ni memanglah nak kena
penyepak!
Ayris meneliti wajah Ayra tanpa
jemu. Bagi Ayris, Wajah Ayra adalah
lakaran wajah Lana yang telah hilang di alam fana ini.
Lana, lihatlah. Aku memangku siapa? Ayra anak mu.
Satu-satunya pewarismu!
Tiba-tiba telefon bimbit Ayris di
dalam beg tangannya menjerit. Ayris
membiarkannya.
Amer menoleh sekilas.
“Kenapa tak jawab?”
“Tak apa. Nanti I call back. Kan Ayra tengah tidur. Nanti terjaga pulak!”
Amer tidak bersuara lagi. Hatinya berbunga-bunga mendengar kata-kata
Ayris. Amer amat menghargai kasih-sayang
yang tidak bertepi Ayris terhadap Ayra.
Ya Allah. Biarlah kami bertiga bersatu. Membina bahagia. Amin!
“Kenapa
berhenti ni?” Ayris agak panik.
“Cik Ayris lagi mimpi ya? Kan udah sampai rumah Cik Ayris. Apa Cik Ayris mau ikut kami pulang?” Juliati
senyum simpul. Senyum yang penuh makna.
Wajah Ayris merah padam menahan
malu.
“You berangan ya?” Amer bertanya
nakal.
E’eh mamat ni. Adalah kena penyepak betul-betul di bulan
yang mulia ni nanti!
Juliati turun. Begitu juga dengan Ayris dengan mendukung
Ayra. Ayra di tangan Ayris bertukar
tangan.
“Kejap bik!”
Ayris mencium Ayra
bertalu-talu. Bayi comel tersebut
terjaga. Persis mimpi Ayris, Ayra menangis
kerana dicium bertalu-talu oleh Ayris.
“Sorry-sorry. Auntie mintak maaf, Ayra! Auntie tak sengaja!
Amer yang juga turun dari kereta
merapati Ayris.
“Kalau dah sayang sangat, lepas
raya ni, tinggallah dengan kami!”
Berderau darah Ayris mendengar
kata-kata Amer. Juliati yang
mengelus-elus belakang Ayra ketawa.
“Bye Ayra sayang!” Ayris masih
sempat membelai Ayra dengan meletakkan jarinya di pipi Ayra dengan lembut. Tangisan Ayra reda. Juliati masuk ke dalam perut kereta bersama
Ayra. Ayris melangkah masuk ke dalam
pagar rumahnya.
“Ris!”
Ayris menoleh.
“Tak sudi ke?” Amer menunjukkan beg
kertas berisi baju kurung milik Ayris.
“Lupa pulak!”
Amer menghulurkan beg kertas
tersebut.
“Thanks!”
“You yang bayar. I yang patut cakap terima kasih!”
“Bukan tu. Terima kasih sebab sudi sayang Ayra. Temankan kami hari ni. Buang masa you lagi!”
“Tak ada apa-apalah!”
“Bagi I apa-apalah!” Amer ketawa.
Ayris berkerut.
“Maksud I, I hargainyanya. I’m appreciate that!”
No comments:
Post a Comment