Bab
7
“Morning my
dear. Dah mandi belum ni?”
“Morning. Kenapa ni sayang? Pagi-pagi dah kacau I. Mestilah belum,”Ayris ketawa.
“Belum? Dah pukul 10.30 lebih ni. Pergi ke tingkap kejap!”
“Buat apa?”
“Suprise for you, dear!”
Ayris menolak ‘comferter’ yang
menyelimutinya. Turun dari katil
perlahan, lalu terus menuju ke tingkap.
Ayris menggosok matanya beberapa kali.
Telefon bimbit yang dipegangnya hampir luruh ke lantai.
“You buat apa ni, sayang?”
Farhan ketawa kuat.
“La apa lagi. Meminang you lah. Better you get shower now!”
“Tapi, tapi,..”
“Tak ada tapi-tapi. Busuk you sampai luar pagar tau!”
Ayris tidak mampu berkata apa-apa
lagi apabila Farhan memutuskan talian.
Gadis ayu yang masih mamai itu terjelepuk di lantai. Fikirannya buntu seketika.
Apa aku nak buat ni? Daddy, tolong! Mama, tolong!
Mak Mah, tolong!
“Apa pun, aku kena mandi dulu!”
Ayris bingkas bangun. Tuala yang tergantung ditarik pantas. Berus gigi dan ubat gigi dicapai. Giginya yang tersusun rapat kesan ‘braces’
yang dipakainya sewaktu zaman sekolah digosok dengan cepat. Pencuci mulut ‘mint green tea herbal’ dari
jenama Watsons dikumur pantas. Tanpa
mencuci muka, Ayris membuka paip.
Pancuran dari ‘shower’ membasahi ubun-ubunnya.
Aku kena turun ke nanti ni? Nak pakai apa pulak? Baju kurung?
Dengan hanya bertuala, Aryis
berdiri kaku di depan almari pakaiannya.
“Baju apa nak pakai ni? Tak kan nak pakai baju Amer bagi kut? Ah, lantaklah. Macam cun pulak baju ni!” Ayris senyum
sendiri.
Baju
kurung pemberian Amer telah tersarung di badan Ayris. Kini Ayris duduk termenung di depan meja
solek. Pintu bilik diketuk perlahan.
“Masuk!” amat lirih suara
Ayris. Suara orang yang tidak bermaya.
Dr.Idham membuka pintu.
“Boleh daddy masuk?”
“Tak boleh. Ris tengah serabut ni!”
Dengan berbekalkan senyum di bibir,
Dr.Idham melangkah masuk, lalu duduk di birai katil.
“Cantik anak daddy ni. Eh, cantik baju ni. Baju raya ke?”
“O, bagi daddy, Ris tak cantiklah
ya?”
“Ke situ pulak anak daddy ni. Cantiklah.
Tapi cepatlah sikit make up tu. Abe
mu lama tunggu di bawah tu. Mak mertua
mu pun samo jugak tu! Lidah daddy dah
berbelit ni oyak Kelate. Mu pulok mace
mano nanti nak kecek dengan mak mertua mu tu?”
“Daddy ni, merepek sajalah. Malas layan!”
Ayris mula menyapu asas bedak di
wajah.
“Daddy nak tanya ni.”
Ayris tidak menoleh kepada
Dr.Idham, tetapi terus mengulit wajahnya.
“Yes right?” Dr.Idham bertanya
lagi.
“Daddy ni. Dah tau, tanya lagi!”
“Nak kepastian. Tak boleh ke?”
“Boleh saja! Daddy setuju dengan pilihan Ris?”
“Kalau Farhan pilihan Ris, daddy
setuju saja. Daddy pasti Ris dah menilai
dari pelbagai aspek. Solat istikharah
juga sudah kan? Dan kalau petunjuk dari
Allah menjurus kepada Farhan, daddy juga gembira!”
Ayris menelan air liurnya.
Alamak, banyak petunjuk sebenarnya
rujuk kepada Amer dan Ayra!
“Cepatlah. Daddy turun dulu!”
Sewaktu tiba di muka pintu,
Dr.Idham berselisih dengan Mak Mah.
“Suruh puteri kesayangan Mak Mah tu
cepat sikit. Lama betul bersiap!”
Mak Mah hanya senyum. Ayris yang dalam proses memakai shawl, menyambut
ketibaan Mak Mah dengan senyuman.
“Amboi, senyum meleret nampak!”
“Mak Mah ni! Kang Ris cucuk pinggang nanti!”
“E’eh, dah pandai nak usik Mak Mah
pulak. Sepatutnya Mak Mah yang usik Ris.”
Mak Mah mendekati Ayris.
“Ris yakin dengan dengan pilihan
Ris? Ayra macamana? Bukan Ris sayang Ayra sangat?”
Hati Ayris terusik mendengar nama
Ayra disebut.
“Kalau Ris yakin. Teruskanlah.
Mak Mah tumpang gembira!”
Mak Mah memegang bahu Ayris.
“Mak Mah, Ris cintakan Farhan!”
Mak Mah senyum. Memahami perasaan anak majikannya itu.
“Jomlah. Lama dah Farhan dan emak ayahnya tunggu!”
Selesai
menyalami ibu Farhan dan seorang lagi wakil wanita rombongan meminang, Ayris
duduk di sebelah Dr.Suhana.
“Lamanya bersiap!” Dr.Suhana
berkata perlahan.
“Sorry, mama. Terkejut.”
“Apa yang terkejut? Farhan tak cakap nak datang?”
Ayris geleng perlahan. Dr.Suhana berwajah masam. Ayris tidak memahami maksud ekspresi wajahnya
mamanya itu.
“Dah duo-duo suko ni. Tok seh la tune lamo-lamo kea?” Haji Ibrahim
menyambung perbualannya yang terhenti dengan kedatangan Ayris.
“Betul tu haji. Saya setuju.
Macamana kalau mereka bertunang enam bulan. Cukuplah nak buat persiapan!” Dr.Idham
memberi cadangan.
“Molek. Ene bule.
Setuju ko, mok Si Farhe?”
“Doktor mace mano?
Setuju?” Hajah Rogayah memandang bakal besannya, Dr.Suhana.
“Saya ikut saja. Dah anak-anak setuju!”
“Cukup kea limo belas ribu pitih
tu?” Haji Ibrahim senyum.
“Haji ni. Budak-budak dah setuju. Kita ni, orang tua
ikut saja!”
Haji Ibrahim ketawa mendengar
kata-kata Dr.Idham.
Loceng di pagar berbunyi. Mak Mah berjalan pantas keluar dari
rumah. Mak Mah masuk semula dengan wajah
yang sukar ditafsirkan oleh Ayris. Amer
yang mendukung Ayra muncul. Wajah Ayris
merah padam melihat kedatangan Amer.
“Assalamualaikum. Ada majlis ke? Maaflah mengganggu.”
“Waalaikumussalam. Masuklah.
Siapa ni?” Dr.Idham menyambut Amer ramah.
“Saya Amer, Dr.”
Dalam kepayahan Amer mendukung Ayra
dan menyalami Dr.Idham, Haji Ibrahim, Farhan dan seorang wakil meminang lelaki,
Ayra tiba-tiba menangis. Amer agak panik.
“Sayang anak ayah. Jangan nangis ya!” Amer memujuk Ayra.
Tangisan Ayra makin kuat. Amer mundar-mandir di ruang tamu, cuba
menghentikan tangisan Ayra. Ayris
serba-salah.
“Bagi I!”
Ayris menghulurkan tangan mengambil
Ayra dari dalam dukungan Amer.
“Sayang Ayra. Auntie sayang Ayra!” Ayris mengucup
Ayra. Seketika, Ayris lupa banyak pasang
mata yang melihat perlakuannya. Ayra
akhirnya berhenti menangis.
“Sapo mu ni? Tu anak sapo?” Hajah Rogayah bertanya ikhlas
kepada Amer.
“Tu anak saya. Saya, err,..err kawan Ayris, mak cik!”
“Mok budak ni mano?” Hajah Rogayah
bertanya pelik.
“Err,..err, isteri saya dah
meninggal.”
“Mu nok Ayris jadi mok budok ni
ko?”
Ayris terkedu mendengar soalan
Hajah Rogayah. Amer tersipu. Wajahnya merah padam.
“Ayris, mu nok hok laki ni kea? Farhan mace mano? Farhan, mace mano ni? Buah hatimu suko sapo?”
Hajah Rogayah bangun. Wajahnya penuh rasa tidak puas hati.
“Mok mu, sabarlah. Benda boleh bice. Buat apo hok kecoh benar ni?”
Dr.Suhana memandang wajah suaminya.
“Apa ni bang? Saya tak faham. Ris.
Cuba cerita betul-betul. Ris ada
apa-apa dengan suami Lana ni ke?”
Ayris diam, cuma tangannya sahaja
yang mengusap-usap belakang Ayra.
“Saya minta maaf semua. Ni semua salah faham. Saya tak ada apa-apa dengan Ris!” Amer
menghampiri Ayris mahu mengambil Ayra semula.
Ayra kembali berada di dalam dukungan Amer.
“Saya balik dulu. Saya betul-betul minta maaf!”
Amer melangkah keluar.
“Nanti dulu!” Farhan bersuara
keras.
Amer berhenti dari melangkah.
“Duduklah. Kita bincang elok-elok,”Farhan berkata
lembut.
“Mu nak bince gapo, Farhe. Mu ni, sakit ati mok ni!”
“Sabarlah kak. Kita bincang sama-sama,”Dr.Suhana memujuk
Hajah Rogayah. Hajah Rogayah duduk.
Ayris yang telah kembali duduk di
sisi Dr.Suhana resah.
Apa yang dibincangkan ni? Aku memang tak ada apa-apa dengan Amer. Aku nak kau lah Farhan. Cuma aku sayangkan Ayra. Tu saja!
Amer duduk. Ayra dipangku penuh tertib. Amat jelas sifat budiman seorang ayah dalam
diri Amer. Dr.Idham yang melihatnya
tersentuh hati. Begitu juga dengan Haji
Ibrahim.
“Awak cintakan Ayris?” Amer
bertanya dengan memandang tepat wajah Amer.
“Errr,..Err..”
“Saya tau jawapannya!”
Farhan memandang ke arah Ayris pula.
“You bagilah peluang kepada Amer
menyayangi you. I tau you serabut sebab
fikirkan perkara ni. You sayang sangat
baby Amer kan? Amer dan baby tu lebih
perlukan you dari I!”
“Apa maksud you?” Ayris mula sebak.
“You tau maksud I!”
“Tapi I sayangkan you,” Ayris mulai
menangis.
“Mok, ayoh. Kita kelik,” Farhan berkata sayu. Sepasang suami-isteri yang turut serta dalam
rombongan meminang itu berpandangan sesama sendiri. Amer memandang wajah Ayris. Turut bersimpati dengan keputusan
terburu-buru Farhan.
“Farhan, Ris tak cintakan
saya. Dia cintakan awak!” Amer cuba
menyelamatkan keadaan yang berselirat dengan keputusan Farhan.
“Saya yang buat Ris dalam keadaan
serba-salah macam ni. Saya pun nak
tengok Ris bahagia!” Amer menyambung kata-kata.
“Mace mano ni, Dr?” Haji Ibrahim
memandang Dr.Idham.
Dr.Idham mengeluh. Jelas sekali doktor tersebut tidak tahu apa
yang harus dilakukannya.
“Kalau Ris dengan saya pun, dia tak
boleh buang kasih-sayangnya kepada anak Amer.
Tumpuannya kepada anak sendiri juga akan terganggu. Soal tidak cintakan Amer, bukan isu
penting. Cinta itu pasti akan
datang! Saya redha, Ris bukan jodoh
saya!”
“Ris, pujuklah Farhan. Saya tak sangka keadaan serumit ini!” Amer
memandang Ayris.
Ayris yang masih menangis tidak
mampu berkata-kata lagi. Antara cinta
dan sayang terhadap Farhan, dan perasaan malu terhadap semua yang ada di ruang
tamu tersebut untuk memujuk kekasihnya itu bercampur.
Dua bulan selepas peristiwa peminangan
Farhan dan kedatanagn Amer ke rumah Ayris Sofea. Ayris memandang suaminya yang sedang
menunaikan solat maghrib. Suaminya
menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT.
“Jom makan, bang!” Ayris senyum
hambar.
Amer membalas senyuman Ayris. Ayris terlebih dahulu melangkah menuju pintu.
“Tak nak tunggu abang?”
“Ris nak tengok apa yang Mak Mah
siapakan di dapur tu. Lauk resepsi tadi
tak apa?”
“Tak naklah. Nak Ris masak!”
Masak? Di malam pertama ni? Memang tak arr! Eh, malam pertama? Podah cit lah aku nak bagi. Nak menyerah.
Eh, tapi sampai bila? Ah,
lantaklah. Tak usah fikir!
“Jomlah! Termenung pulak. Ingat siapa?” Serentak itu Amer memegang
tangan Ayris. Ayris terkejut. Ditarik
tangannya perlahan.
“Mesti mama dan daddy dah tunggu
tu!”
Ayris membuka pintu bilik, lalu
keluar. Amer senyum. Amat memahami tingkah Ayris yang belum
bersedia menerima kehadirannya.
Kewujudannya sebagai kekasih dan suami.
Langkah Amer laju mengejar Ayris yang sudah jauh di hujung tangga.
“Mana mama dan daddy, Mak Mah?”
“Kejap lagi turunlah tu. Ha, Encik Amer. Mak Mah tak masak tau. Lauk kenduri siang tadi. Ni pihak caterer hantar tadi,” Mak Mah
berterus-terang.
“Apalah yang berencik-encik ni, Mak
Mah. Panggil Amer saja. Saya tak kisah, Mak Mah. Sedap saja lauk resepsi tadi!”
“Air mana, Mak Mah!”
“Ala, tertinggal di dapur. Mak Mah pergi ambiklah!”
“Biar saya ambik!” Amer yang masih
berdiri berjalan menuju dapur.
“Sejuk hati Mak Mah tengok suami
Ris tu. Baik orangnya.”
“Alah, Mak Mah ni. Masih baru.
Belum dapat. Memanglah baik. Kalau dapat dapat nanti?’
“Dapat apa, Ris?” Mak Mah ketawa.
“Ish, Mak Mah ni. Lain difikirnya. Dapat hati Ris lah!”
Amer muncul. Talam kecil yang berisi jag berisi air jus
oren dan beberapa biji gelas diletakkan
di atas meja.
“Mengata saya ya, Mak Mah?”
“Eh, tak berani Mak Mah nak mengata
Amer. Siapalah Mak Mah ni!”
“Ris mengata abang ya?”
Eh, ngadalah tu! Getus hati kecil Ayris.
Amer duduk di sebelah
isterinya. Mak Mah yang melihat
kemesraan yang cuba dipupuk oleh Amer terhadap Ayris senyum dengan
gembira. Dr. Idham dan Dr.Suhana muncul.
“Lama tunggu?”
“Baru saja daddy. Ni ha, Ris dan Mak Mah asyik buli saya
daddy!”
“Buli menantu ayah? Betul, Ris?”
“Ala, abang yang nak ambik air di
dapur. Lepas tu pusing cerita
pulak! Sayang, jangan buat hal ya!”
Hati Amer berbunga ceria mendengar
panggilan sayang oleh Ayris, sedangkan Ayris sengaja menimbulkan suasana
bahagia di depan Mak Mah dan kedua ibu bapanya.
“Berapa lama Amer cuti ni?”
Dr.Suhana yang kurang senang dengan mood bahagia ciptaan Ayris bersuara.
“Dua minggu, mama. Lepas resepsi pihak Amer lah!”
“Huh, lama. Sempat bulan madu tu!”
“Itu lah plannya, daddy. Tapi ikut Ris lah. Cuti you berapa lama, sayang?”
Alahai, dia pulak panggil
sayang. Memanglah poyo!
“Seminggu!” Ayris menjawab tanpa perasaan.
“Habis macamana nak pergi honeymoon
tu?” Dr.Idham bertanya nakal.
“Tak apa, daddy. Nanti kitaorang boleh apply cuti lain. Kan sayang?” Amer kembali bermanja dengan
isterinya.
Di
bilik tidur Ayris selepas makan malam.
“I nak cakap sikit!” Ayris yang sedang
menggantung telekungnya bersuara.
Amer yang sedang meletakkan songkok
di atas meja solek menoleh.
“Ada apa, sayang?”
“Cukuplah drama kita di depan
parent I. Depan parent you nanti. If just between us, kita tak perlu berlakon.”
“Apa maksud you ni? I tak faham!” Amer yang telah duduk di birai
katil keliru.
“I terima you kerana Ayra. I tak cintakan you. And I never love you!”
Ayris berkata kasar.
“I tau semua tu. Tapi, bagilah I peluang sayang you. Bahagiakan you. I tak nak tengok you merana dalam mahligai
indah kita nanti!”
“Tak kan pernah ada mahligai indah
antara kita. I korbankan diri I demi
Lana. Kerana sayangkan dia. Sayangkan Ayra. You jangan ambil kesempatan atas itu semua!”
“Ris! Kalau you tak bahagia. I akan menyesal seumur hidup I. Untuk apa perkahwinan kita ini? I merayu pada you. Bagilah I peluang sayang you. Jaga you.
I berjanji tak akan ambil kesempatan terhadap you.”
“I sayangkan Ayra. Farhan tinggalkan I. Daddy simpati kepada you. I terpaksa terima you!” Ayris mula menangis.
“I benci you sangat! Sebab you, Farhan tinggalkan I,” Ayris
berkata dalam tangisan.
“Begitu hina I pada pandangan you,
Ris. You nak I buat apa sekarang ni?”
“I cuma mama Ayra. Bukan isteri you. I harap you faham!”
Amer diam. Tidak mahu lagi menambah luka di hati Ayris.
“You boleh kahwin lain. I izinkan.
Sebagai isteri sebenar you!”
“Risss!”
Ayris masuk ke dalam bilik
air. Meninggalkan Amer dalam keadaan
yang begitu luka.
Akukah yang bersalah? Memaksanya terima aku sebagai suami?
Tiba-tiba Amer teringat akan
puterinya Ayra di rumah ibu bapanya.
Ayra, ayah dah bersalah. Buat mama Ayra menderita. Menangis.
Lana, abang dah bersalah kepada kawan baik, Lana. Maafkan abang, Lana!
Masa berlalu. Sudah lebih setengah jam, Ayris berada di
dalam bilik air. Amer gelisah. Pintu bilik air diketuk perlahan.
“Ris, keluarlah. I tak kan usik you. Tak kan ambil kesempatan atas you!”
Tiada sebarang respons dari Ayris.
“Ris. Are you okay over there?”
Masih tidak ada respons dari Ayris.
“You jangan buat I risau. Nanti I panggil daddy!”
Tiba-tiba pintu bilik air terbuka. Ayris keluar dengan mata yang merah.
“Tengok tu, mata dah merah. Nanti daddy dan mama ingat, I dera you
pulak!”
Tanpa sepatah kata, Ayris menuju
katil.
“Ha, you jangan mimpi nak tidur kat
katil pulak!”
“Eh, siapa pulak nak tidur sebelah
you. I nak ambik bantallah!”
Amer mengambil sebiji bantal di
sebelah Ayris. Lelaki yang penuh
kasih-sayang dan rasa tanggungjawab itu membaringkan badannya di atas lantai
yang hanya dialas permaidani.
“Ada comperter dalam almari tu!”
Amer tidak mengendahkan kata-kata
Ayris.
“You jangan drama ya? Nanti you sakit, salahkan I pula!”
Amer masih mendiamkan diri.
“Huh, mengada betul!” rengus Ayris
kasar. Ayris turun dari katil menuju
almari. Sehelai ‘comperter’ dikeluarkan
dari almari. Comperter tersebut
dibentang di sebelah Amer yang terkebil memandang siling.
“Tidur atas ni!”
Ayris melangkah kembali ke
katil. Amer mengesotkan badannya naik ke
atas comperter yang dibentang oleh Ayris.
Sayang jugak kat aku!
Amer senyum sendiri.
Sampai bilalah kau nak benci lelaki
ini. Lelaki yang dari dulu menaruh hati
pada kau!
Amer senyum lagi.
Tepat
pukul enam pagi, alarm di telefon bimbit Ayris menjerit. Perempuan yang telah bergelar isteri itu
segera bangun dari tidurnya. Tanpa
memandang Amer yang tidur di lantai, Ayris mengambil tuala dan terus amsuk ke
bilik air. Dua puluh minit di bilik air,
Ayris yang telah siap berpakaian keluar dari bilik air.
Tak bangun lagi? Ni lebih dah ni!
Ayris terus menunaikan solat
subuh. Selesai menunaikan solat subuh,
dilihatnya Amer masih lena. Tiada
tanda-tanda akan bangun untuk menunaikan solat subuh.
“Amer, bangun!”
Amer masih lena.
“Tak boleh jadi ni!”
Ayris masuk ke dalam bilik
air. Dengan menggunakan kedua belah
tangannya, Ayris membawa air paip, lalu dilepaskan di wajah Amer.
“Apa ni, sayang?” Amer bertanya
manja. Kaki Ayris cuba diraihnya. Ayris mengundur.
“You tak nak solat ya?”
“Eh, pukul berapa ni?”
Amer terus bangun, lalu duduk.
“Duduk lagi? Dekat pukul tujuh dah ni!”Ayris cebik.
“I bangunlah ni, sayang!”
Amer bangun. Tangannya sempat menarik perlahan rambut
Ayris. Ayris menepisnya.
Nak bermanja kunun! Podah citt lah!
Ayris duduk di kerusi mengadap meja
solek. Bedak disapu di wajah agar
kelihatan segar pagi itu. Sewaktu
mengenakan gincu bibir, tiba-tiba Ayris berhenti.
Aku kena pakai tudung ni. Nanti daddy dan mama tau pulak aku tak first
night! Mana tudung ni? Bijak-bijak ko, Ayris!
Sewaktu sedang mengenakan shawl,
Amer keluar dari bilik air. Ayris
dipandangnya sekilas. Tanpa sepatah
kata, Amer menunaikan solat subuh.
“You
nak pergi mana?”
Amer yang duduk semula di tempat
tidurnya memandang Ayris pelik.
“Breakfast lah dengan mama dan
daddy!”
“Dalam rumah pun pakai tudung?”
“Kenapa? Salah?”
“Tak lah. Bukan ada siapa pun kan?”
“Biarlah. Rambut I.
Tudung I. You buat apa tu?”
“Tidur baliklah!”
“Tak ada maknanya nak tidur
balik. Breakfast. Lepas tu teman I!”
“Teman you pergi mana ni, sayang?”
“You panggil I sayang, waktu depan
orang saja. Bila kita berdua, tak
payah. I rimas. Nyampah pun ada!”
“Okey. You nak I teman pergi mana ni?”
“Tengok Ayra. Kita bawak sini ya?”
Amer senyum.
“Kalau I tak bagi?”
“Huh!” rengus Ayris.
“Agak-agaklah, siapalah yang you
sayang lebih? Ayra atau I?”
Apa punya soalan bodos lah ni di
pagi buta. Mestilah Ayra. Nak kata tak sekolah, balik abroad nun. Nak kata bodoh piang. Ha, memang pun!
“Lamanya fikir. Susah ke soalan tu?”
“Layan you ni kan, buang karen
saja. Baik I tolong Mak Mah di bawah!”
Amer ketawa mengekek, sambil
kembali baring.
“You turun dalam setengah jam. Kalau tak,...”
“Kalau tak, kenapa?”
Ayris berlalu meninggalkan bilik.
Amer melayan perasaan.
Bilalah aku boleh peluk Ris ni!
Dr.Idham
dan Dr.Suhana muncul di ruang makan.
“Ris nak pergi mana pagi-pagi ni?”
Dr.Suhana agak hairan dengan penampilan Ayris.
“Err, kejap lagi nak ambik
Ayra. Boleh kan, mama?” pantas Ayris
membohongi Dr.Suhana.
“Kenapa pulak tak boleh? Dah itu tanggungjawab Ris sekarang. Dah jadi anak Ris!”
Dr.Suhana tidak berkata apa-apa
lagi.
“Rajinnya Mak Mah masak nasik lemak
kukus ni?”
“Saja doctor. Untuk pengantin baru kita!” Mak Mah menjawab
mesra.
“Mak Mah ni ada-ada aja!” Ayris
memandang tangga. Sepatutnya Amer telah
turun seperti yang dipesannya.
“Mana menantu ayah ni?”
“Ya lah Ris. Panggillah Amer turun!” Mak Mah menambah.
Ayris memanjat tangga
perlahan. Hatinya geram tidak terkira.
Nanti kau ya. Mengada betul. Ni mesti tidur balik ni!
Tekaan Ayris tepat. Amer tidur dengan lenanya.
Macamana nak gerak ni? Tak kan simbah air lagi. Tak baik buat laki macam tu. Kira derhaka nanti! Ayris mengingatkan dirinya.
Aku bukan perempuan jahat. Bukan juga isteri derhaka,..tapi,..!
Perlahan, Ayris menggoncang bahu
Amer.
“Amer, bangun. Daddy panggil breakfast!”
Amer mengeliat. Matanya terbuka. Tangannya dengan pantas memegang tangan Ayris
kejap. Darah Ayris tersirap. Sentuhan Amer pagi itu menggetarkan hatinya.
“Eh, apa you ni? Lepaslah!”
Amer melepaskan tangan Ayris. Ayris berjalan ke arah katil, lalu duduk di
situ.
“Nak I turun breakfast, kiss dulu!”
“Jangan buat hal boleh tak?”
“I’m serius. I akan betul-betul buat hal. Tak nak breakfast!”
“You nak kena ya?”
“Haa. Nak kena kiss!”
“Kiss saja kan?”
Amer angguk sambil senyum.
“Kat mana?”
“Suka hati I lah. Cepatlah!”
Amer duduk, menanti Ayris kembali
mendekatinya. Ayris akur, berjalan
mendekati Amer.
“Kawasan muka aja tau!” Ayris
berkata keras.
“Okey. Pejam mata!”
Ayris masam.
“Cepatlah!”
Amer semakin sengih.
Ayris memejamkan matanya. Hatinya bergelora. Bimbang jika Amer mencium di kawasan yang
terlarang. Hati Ayris benar-benar
tersentuh, apabila satu kucupan lembut hinggap di dahinya.
“I love you, sayang!”
Suara Amer perlahan, tetapi cukup
untuk menggetarkan hati Ayris pagi itu.
No comments:
Post a Comment