Bab 3
Ayris
memandang mamat yang baginya bajet handsome di depannya tanpa perasaan. Syed Amer leka berborak dengan Lana tanpa
mempedulikan Ayris di depannya.
“Boleh hantar order sekarang?” seorang
pekerja restoran Pizza Hut bertanya sopan.
“Bolehlah, dah tujuh suku ni!”
Ayris menjawab tanpa bertanya pendapat Syed Amer dan Lana. Pekerja restoran berlalu.
“Eh, awal lagi. Nanti sejuk pizza I!” Lana sengaja membantah
kata-kata Ayris.
“Sejuk apanya? Kan dah tujuh suku ni? Kau nak kena sepak?” Ayris ketawa.
“Kawan you memang ganas macam ni
ya?”
“Haa. Ris memang ganas. Sebab tu tak ada boyfriend!” Lana menjeling
manja Ayris.
“Correction my dear. I yang tak nak okey. Lagi pun tak ada yang iras Palarae!”
“Who’s that?”
“You ni. Actor pujaan Ris lah.”
“I tak kenal pun artis local!” Syed
Amer berkata selamba.
Eh’eh mamat bajet handsome ni. Macam bagus aja!
Ayris menahan rasa meluat di dalam
hati.
“You lahir di Germany ke?”
“I?” Syed Amer bertanya kembali.
“Ya. You lah.”
“Nope! Lahir di Ampang. Why?”
“Yang tak kenal artis local tu
pehal? Bukan duduk London pun kan? Bagi I tu statement mengada-ada!” Ayris
berkata lancar.
“Ris!” Lana kurang senang dengan
kenyataan Ayris.
“That’s okay. Memang betul pun statement kawan you tu. I kenallah Bront tu. I pernah tengok film dia dengan Lisa Surihani. Ha, yang dengan pelakon kecik tu. Siapa dia?”
“Mia Sara!”
“Yup! Cute budak tu. You suka hidung Bront tu kan?” Syed Amer
memandang tepat wajah Ayris. Ayris
merasa tidak selesa.
Pehal mamat ni. Nak kena sepak?
“Amboi, dah borak sakan, lupa I di
sebelah ya? Tadi macam nak gaduh!” Lana
menarik muka.
“I macam Bront tak?” Syed Amer
memusingkan wajahnya ke arah Lana.
Langkah drastik memujuk Lana.
“Bolehlah. Tapi hidung tak setajam Bront lah!” Lana
ketawa.
“Bront idaman kawan you. Idaman you?”
“Idaman
I? Entah. Aaron, Farid Kamil.”
Pekerja restoran tiba menghantar
hidangan yang dipesan. Satu jag pepsi,
tiga mangkuk sup cendawan, pizza bersaiz sederhana, ayam madu dan dua pinggan
spaghetti. Tidak ketinggalan ‘garlic
bread’. Tiga bungkus kecil kurma
diletakkan di atas meja sebagai pembuka mulut.
“Dik, nak satu lagi kurma!” Ayris
berkata laju.
Pekerja restoran senyum sambil
berlalu. Tidak lama kemudian, pekerja tersebut
datang semula meletakkan sebungkus kurma yang dipinta oleh Ayris.
“Thanks!”
Hanya senyuman yang menjawab ucapan
terima kasih Ayris.
“I tak habis lagi ni. I like Aaron, Farid, ..”
“Syed Amer?” Syed Amer memotong
kata-kata Lana.
Lana tersipu. Ayris memandang gelagat Syed Amer dengan
ngeri.
Mengapalah aku meluat beno kat
mamat ni. Eee, janganlah Lana jadi
dengan dia!
Meluat mendengar jenaka Syed Amer,
Ayris menuang pepsi di dalam jag ke dalam gelas.
Ayris memandang jam tangannya. Dengan pantas Ayris memandang ke kiri dan
kanan.
“Dah bukalah!”
“Ya lah. You baca doa cepat!” Lana memberi arahan
kepada Syed Amer.
Syed Amer senyum. Tangan ditadah perlahan. Maka bergemalah doa berbuka puasa dan doa
makan yang dibaca oleh Syed Amer.
Boleh pulak baca doa. Ingatkan buta Al-Quran tadi. Hehe,..!
“Eh, apa lagi tu. Kenapa you tak makan?” Syed Amer yang sedang
mengunyah kurma bertanya kepada Ayris.
Ayris lantas mencapai gelas
pepsinya. Lana mula menikmati ‘Prawn
Olio Spaghetti’ di pinggan.
“Nak rasa?”
Ayris geleng. Ayris mula menghirup sup cendawan miliknya. Roti bawang putih di pinggan dicicah
perlahan. ‘Meatball Bolognaise Spaghetti’
di pinggan Syed Amer nampak menarik perhatian Ayris.
“Why are you looking at? Nak?” Syed Amer bertanya nakal.
“No. Nampak tak sedap!”
Syed Amer senyum.
“I nak sikit!” Lana bersuara manja.
Syed Amer menolak pinggannya
perlahan ke arah Lana.
“Ermm, sedap! I habiskan baru tau!”
“You punya tak sedap ke?”
“Macam tak sedap!” Lana semakin bermanja
kepada Syed Amer.
“Kita tukarlah!”
Wajah Lana bersinar gembira. Hidangan spaghetti milik Lana dan Syed Amer
bertukar.
Selesai
menjamah sepotong pizza dan seketul ayam madu, Ayris gelisah di tempat
duduknya.
Ish, dah dekat pukul lapan ni. Lana ni tak nak solat ke? Nak borak sampai Isyak?
“Jom! Dah lambat ni!” akhirnya Ayris bersuara. Lana di depannya sengeh.
“Nak ke mana cepat-cepat ni?” Syed
Amer bertanya poyo.
“Nak solatlah. Nanti habis waktu. You tak nak solat?”
Ha, ambik kau. Kan dah kena sedas! Ayris mengekek di dalam
hati.
“Next time kita buka lepas
solatlah. Taklah rushing macam ni,” Syed
Amer menjawab penuh yakin.
Siapalah nak buka dengan kau
lagi. Lana sajalah yang suka dengan kau!
“Jomlah!” Lana bangun. Ayris bingkas bangun.
“You tunggu depan surau tau!” Lana
berkata laju sejurus mula melangkah meninggalkan Syed Amer. Syed Amer angguk.
“Kau ni kalau aku tak ingatkan, tak
solatlah ya?” Ayris bertanya geram.
Lana sengeh.
“Bukan kau tak posa. Pehal nak solat pulak?”
“Samdol. Tak kan nak Syed kesayangan kau tu tau aku
tak posa! Terpaksalah aku cakap nak
pergi surau.”
“Thank you sahabatku. Kau memang sahabatku dunia akhirat. I lap you!”
“Tak payah nak lap me sangat
ya. Cepat, dah habis waktu ni. Aku pergi toilet lah. Kat sini aku tunggu kau!”
“Lima belas minit!”
Lana masuk ke dalam surau,
sementara Ayris berjalan laju mencari tandas wanita. Syed Amer melihat dari jauh kedua orang gadis
yang makan bersamanya itu berpisah di depan surau. Syed Amer senyum tanda memahami sesuatu.
Ayris
melangkah keluar dari tandas dengan lega setelah melepaskan hajat. Wajahnya yang putih bersih ditatap lama di
depan cermin. Gincu bibir yang telah
hilang disapu semula. Shawl yang
menyembunyikan rambutnya juga dikemaskan.
Setelah yakin penampilan dirinya sempurna, Ayris melangkah keluar. Langkah terhenti apabila menyedari sepasang
mata asyik memerhatikannya.
Mamat ni nak ngorat aku kah? Lagak macam tunggu girlfriend, lagi nak
gatal? Aduyai betullah jantan ni!
Ayris memberanikan dirinya
memandang lelaki tersebut.
Ha, mamat bajet handsome ni? Dia solat ke?
Syed Amer melangkah menghampiri
Ayris dengan perlahan.
Dia datang sini buat apa pulak
ni? Ish, rimas aku!
“Eh, cepat you solat ya? Selalunya perempuan solat ni lama. Nak buka tudung belit-belit tu. Pakai balik make-up. Kira lambatlah. Ni you dari toilet pulak. Musykil betullah!”
“I memang cepatlah orangnya. You pun solat cepat!” Ayris menjawab tanpa
perasaan.
Syed Amer ketawa.
“Betul ke you puasa ni?”
“Apa punya soalanlah!”
Telefon bimbit di genggaman Syed
Amer berbunyi.
“Excuse me!”
Syed Amer sedikit menjauh dari
Ayris.
Sah kawan baik aku akan kena tipu
ni. Ni jawab call jauh-jauh ni, mesti
dah ada girlfriend!
Ayris terus memerhatikan
tingkah-laku Syed Amer yang meragukan itu.
Dah ada girlfriend, buat apalah
layan Si Lana. Aduh, kesian kawan aku!
“Tengok apa?”
Lana muncul di depan Ayris
tiba-tiba. Ayris memuncungkan mulutnya
ke arah Syed Amer.
“Tu sah cakap dengan buah hati tu!”
“Kau ni. Asyik prasangka buruk saja. Rileks.
Nanti aku buat edisi siasat sikit!”
“Siasatlah sangat. Kau tu kalau dah suka, aku takut jadi
buta. Semua nampak indah. Dia ada girlfriend pun, kau cakap mak dia!”
Ayris ketawa.
“Ish, kalau mak dan girlfriend
mestilah aku tau beza. Kau ni. Kut ya pun nak kutuk aku, agak-agaklah!” Lana
turut ketawa.
“Dia datang! Dia datang!”
Syed Amer tiba di hadapan Ayris dan
Lana.
“Apa yang dibualkan? I tengok you all ketawa besar!”
“Adalah. Mengata you sikit! Cakap dengan siapa tadi?” Lana memulakan
edisi siasatnya.
Ayris turut tidak sabar menanti
jawapan Syed Amer.
“Kawan!” jawapan sepatah dari Syed
Amer.
“Perempuan?” Lana terus mencungkil
rahsia.
Syed Amer angguk.
“Girfriend?” Lana terus bertanya.
“My ex!” Syed Amer tetap memberi
jawapan.
Ex kunun. Mesti girlfriend semasa ni! Ayris sedikit
mencebik.
“Nak
ke mana lepas ni?” Syed Amer memandang Lana.
Beralih pula ke arah Ayris.
“Kau nak pergi mana?” Lana
memandang Ayris.
“Baliklah. Esok kan kelas pagi!”
“Ala, awal lagi ni. Kita jalan-jalan sekejap ya? Aku nak tengok kasut kejap. Tengok, kasut aku dah buruk ni!”
“Okey-okey. Aku bagi had dua kedai kasut saja. Aku penat ni!”
“Apa kata I belikan dua orang
jelitawan ni masing-masing sepasang kasut?
Boleh?”
“Beres!” Lana ternyata gembira
dengan tawaran Syed Amer.
Hek eleh, nak belikan aku jugak
kasut ni pehal pulak? Kasut aku okey
lagi. Lagi pun kau date dengan Lana. Aku
kambing hitam saja. Merepeklah mamat ni!
“It’s okay Cik Ayris?” Syed Amer
mengumpan Ayris.
“I don’t think so. Kasut I masih okey ni. Untuk Lana sajalah!”
“Alah, kau ni. Tak best lah!” Lana merengek sambil memegang
tangan Ayris.
“Aku tak naklah!” Ayris berbisik
kepada Lana.
“Okey lah kalau tak nak. Mana boleh paksa. You ni Lana!” Syed Amer dapat meneka apa yang
dibisikkan oleh Ayris.
“Nyampahlah cam ni!” Lana berjalan
laju meninggalkan Ayris.
“Tengok tu kawan you dah
merajuk. Siapa nak pujuk?”
“You lah pujuk. Tak kan I!” Ayris berlari anak mengejar Lana
yang menuju ke eskalator.
Syed Amer senyum memerhatikan Ayris
mengejar Lana.
“Perempuan oh perempuan!”
Pukul
9.30 malam, Ayris dan Lana telah masuk ke dalam perut kereta. Ayris memasang penghawa dingin dengan segera.
“Tengok dah pukul berapa ni?”
“Alaa, belum pukul sepuluh
pun! Janganlah marah!”
Ayris mulai memandu keluar dari
parkir basement kompleks membeli-belah.
Lana mengeluarkan kotak kasut dari dalam beg plastik.
“Cantik kan kasut murah ni?” Lana
ketawa.
“Amboi, siap kutuk lagi. Tadi beria-ia kata okey even kasut Vincci
saja. Kau ni memang pelakon
dramalah. Pening aku.”
“Kuangggggggg! Kau lupa sebelah kau ni siapa,..Nak aku
ingatkan?..Anzalna versi pekan okey!”
“Blah lah dengan Anzalna kau. Badan straight, ada hati nak cutting macam
Anzalna. Pegi daa!”
“Nantilah aku pergi London Weight Management
tu. Makan hati kau nanti!”
“Aku takut kau yang makan hati
nanti!”
“Pehal pulak?”
“Kau percaya Syed kau tu tak ada
girlfriend? Yang call tadi tu ex
dia? Aku tak nak kau merana. Kiciwa.
Atau musnah kerana lelaki.”
“Tak percaya langsung. Aku akan pastikan perempuan tu betul-betul ex
dia. Kalau tak, selamat tinggal Romeo
lah. Kau ni pun. Macamlah aku ni bengap bebeno. Aku okey sikit banding Wardah tau!”
“Aku ingatkan kau saja. Dia tu nampak Mr.Wiseguy. Idaman.
Takut kau tersungkur di kakinya saja.”
“Jangan cakap macam tu. Doa tu.
Nanti date lagi, kau temankan lagi?”
“Jangan harap. Tak kan aku nak jadi kambing hitam sampai
bila-bila. Lagi pun pehal nak ajak aku
lagi? Nak kata malu, macam dah kenal
sepuluh tahun. Cuma pesan aku, jagalah
diri ya!”
“Bisa sungguh nasihatmu wahai
sahabat!”
“Aku cakap betul ni. Kau jangan main-main. Cukup-cukuplah dengan isu Wardah. Eh, nanti kita nak pakai apa di Pendang?”
“Pakai baju raya kita lah. Bukan resepsi vogue pun kan?”
“Kan hari tu Imam Saifullah kata
nak buat kecil-kecilan. Eloklah
bersederhana dalam keadaan ekonomi sekarang ni.”
“Resepsi kat sini, family Wardah
buat ke?”
“Entahlah. Kalau ikut apa aku nampak, ayah Wardah tu
hangin satu macam. Memang tak lah!”
“Kesian Wardah. Aku idamkan pelamin indah, baju pengantin
vogue. Janganlah nikah koboi!”
“Doalah. Moga mendapat cinta sejati. Lelaki beriman. Dapat bimbing kau. Aku tumpang gembira.”
Lana mendekatkan wajahnya ke wajah
Ayris. Cuba mencium pipi Ayris.
“Eh, kau ni meroyan ke?”
“Hahaha. Tanda terima kasih sebab kau jadi sahabat
yang paling baik di dunia ni. Miss Con
kesayanganku!”
“Ha tak payah nak ngada sangat
okey!”
Ayris melalui sepanjang Ramadhan dengan
pelbagai dugaan dan aktiviti. Di samping
mengikut ibu bapanya dan Mak Mah ke masjid menunaikan solat terawih, Ayris
tetap memantau perkembangan dua orang sahabat baiknya. Alhamdulillah, Imam Saifullah menunaikan
janji yang dibuat. Lima belas Ramadhan,
imam tersebut datang meminang Wardah.
Wardah menelefon dirinya mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga. Apa yang lebih menggembirakan
Ayris, Hari Raya ke lima, Wardah dan Harith akan dinikahkan. Itulah cerita Wardah. Lana?
Dua puluh empat jam asyik bercerita tentang Amer. Syed Amer telah sebati dalam tutur katanya. Hubungan Syed Amer dan Lana makin mekar. Telah kerap mereka bertemu, yang mana Ayris
mengelak untuk turut serta. Malam itu
selepas pulang dari menunaikan solat terwaih, Aryis merebahkan badannya di
katil.
Wardah akan kahwin. Lana semakin angau dengan Amer. Aku?
Hahaha, tak kan aku nak khianati prinsip aku sendiri? Mencari cinta juga seperti mereka? Oh tidak.
Biarlah Dr.Suhana dan Dr.Idham menjalankan tugasnya nanti!
Ayris mengiringkan badan, mencapai
telefon bimbit di atas meja kecil di tepi katil.
“Ajak Lana dan Wardah beli baju
raya lah esok!”
Satu pesanan ringkas melalui
aplikasi WhatsApp dihantar kepada Lana dan Wardah. Lana cepat sahaja membalasnya.
Mana Wardah ni? Takkan pukul sebelas dah tidur. Aduh, belum jadi mak lagilah!
Penat menunggu, Ayris menelefon
Wardah.
“Kenapa tak jawap Wassap?”
“Assalamualaikum!”
“Hehe, Waalaikumussalam!”
“Baru nak reply. Nak shopping mana ni?”
“Mana-mana. Cari baju raya ready made. Baju nikah kau camner?”
Lama Ayris menunggu jawapan dari
Wardah.
“Wei, kenapa ni?”
“Esoklah aku cerita. Nak tunggu kat mana?”
“Aku ambiklah lepas ambik
Lana. Dalam pukul 12 gitu!”
Telefon bimbit kembali diletakkan
di atas meja.
Mengapa Wardah ni? Kesian dia kalau tak ada baju nikah cun. Tak boleh jadi ni!
Kepala Ayris agak celaru memikirkan
Wardah. Tak sabar rasanya mahu menunggu
esok dan mendengar cerita yang sebenar.
Keesokan
harinya.
“Erm,..”
“Kenapa ni? Macam tak happy saja nak shopping. Takut aku minta belanja ke?” Lana membetulkan
cermin mata di atas kepalanya.
“Belanja kau? Memang tak lah time-time mau raya ni.”
“Habis tu?”
“Wardah tu. Macam ada problem saja!”
“Dia memanglah ada problem. Kau ni pun!” Lana ketawa.
“Itu satu hal. Ni, malam tadi aku tanya pasal baju nikah dah
ready belum, dia senyap saja.”
“Mesti parent dia benganglah
tu. Tak ambik pot pasal dia nak
nikah. Eh, hari tu kau cerita, mak dia
okey saja kan?”
“Memanglah okey. Depan aku.
Dalam hati dia? Tapi aku tau hati
dia luka. Hati ibu mana yang tak luka,
kalau jadi macam Wardah tu!”
“Tu lah pasal, aku bengang sangat
kat Wardah. Tak boleh nak salahkan
parent dia if parent dia bengang!”
Kereta berhenti di hadapan rumah
Wardah. Ayris membunyikan hon. Kelibat Wardah keluar dengan berlari anak.
“Boleh ke mengandung lari-lari cam
tu?” Lana bertanya pelik.
“Ala, dia pakai sandal tu. Boleh saja!
“Bukan apa, prihatin. Kau ingat, kau saja yang sayang kawan kita
tu?”
“Dahlah. Dia dekat dah tu!”
“Sorry, lambat sikit!” Wardah
menutup pintu kereta dan duduk di bahagian belakang tempat duduk kereta.
“That’s okay baby!” Lana ketawa.
“Kenapa tak jalan lagi?” Wardah
keliru kerana Ayris tidak mula memandu.
Ayris memalingkan wajahnya ke
belakang.
“Cerita cepat. Waktu nikah nanti, kau ada baju tak?”
Wardah tiba-tiba sebak.
“Mak aku cakap, pakai saja baju
raya aku tahun lepas!” Wardah menjawab dalam tangisan.
Lana diam tidak memberi sebarang
respons.
“Rileks. Kita carilah ni. Mesti putih kan?”
“Yup, nikah tu suci. Mesti white colour. Driver, cepat jalan!” Lana menceriakan
suasana.
“Tapi,..” Wardah telah berair mata. Lebihan air mata di mata telah meleleh di
pipi.
“Tapi kenapanya?”
“Aku mana ada duit. Duit TPTPN tu dah habis. Kan dulu aku selalu keluar dengan Harith.”
Air mata Wardah makin laju.
“Oh, itu kalu ka?” Lana sengeh.
Ayris memberi isyarat mata kepada
Lana agar tidak mengusiknya lagi.
“Tak apa, aku belikan. Anggap aja hadiah kahwin dari aku. Dah, lap air mata tu. Kau posa tak ni ni? Kang masuk mulut pulak!”
“Kau ada duit ke?” Wardah bertanya
bercampur sendu.
“Dr.Idham mesti bagi dia guna gold
card dia. Kau janganlah risau. Ha, baju untuk pengapit sekali ya? Aku nak blue colour!” Lana sengeh lagi.
“Pengapit sendri beli ya! Daddy kasi limit less 1 k saja!”
“Ris, i’m sorry. Aku selalu susahkan kau!”
“Aku kan Miss Con kau,” Ayris ketawa.
“Bukan Miss Con Wardah aja
tau. Miss Con tuk aku jugak!” Lana cebik
tidak puas hati.
“Yo lah Labu. Miss Con untuk korang berdua!”
Lana
telah masuk ke dalam butik. Ayris
menoleh mencari Wardah.
“Jomlah masuk!”
Wardah berwajah kelat.
“Ish, butik ni mesti mahal. Tak naklah susahkan kau!”
“Jangan buat hal okey!” Ayris
menarik tangan Wardah lembut. Keduanya
masuk ke dalam butik.
“Sinilah!”
Wardah dan Ayris menoleh ke arah
Lana. Lana memegang sepasang baju kurung
berwarna putih. Ayris berjalan pantas
mendapatkan Lana.
“Cantik!” Ayris teruja.
“Kau tengok harganya dulu!” Lana
menunjukkan tanda harga yang tergantung di leher baju kurung tersebut.
Wardah tiba.
“Mahal sangat ni. Tak payahlah!”
“Tapi cantiklah. Kalau kau pakai mesti cun giler!” Ayris berkata
jujur.
“Nanti daddy kau marah. RM499.00 ni!”
“Aku guna gold card daddy, separuh
aja. Yang separuh duit saku aku. Kau tak payah risau. Try cepat!”
Wardah teragak-agak menyambut
huluran baju di tangan Ayris.
“Cepatlah, fitting room kat sana
tu!” Ayris desak Wardah agar bergerak ke bilik persalinan.
Lana terus memilih baju untuk
dirinya pula.
“Ni okey tak untuk aku?” Lana
menunjukkan sepasang baju kurung biru di tangan. Ayris tidak memberi sebarang komen. Hanya kepalanya mengangguk tanda setuju.
“Angguk aja? Komenlah sikit!”
“Cantik. Tapi tak secantik baju nikah Wardah!” Ayris
ketawa.
“Huh, kau ni. Asyik Wardah-Wardah. Sayang sangat kat dia. Nanti ngada dia tau!”
“Memang pun aku sayang dia lebih!”
“Apa?”
“Dahlah! Malas layan kau!” Ayris bergerak ke arah
bilik persalinan.
“Wardah, bagilah aku tengok!” Ayris
melaung kepada Wardah yang berada di bilik persalinan. Wardah membuka pintu bilik persalinan.
“Wow!”komen
sepatah dari Ayris.
“Betul cantik?” Wardah memandang
wajah sahabat baiknya itu.
“Kita cari shawl yang sesuai ya?”
Seorang pekerja butik tiba.
“Ada tak shawl yang sesuai untuk
baju ni?” Ayris bertanya laju.
“Ada. Di sebelah sana!”pekerja butik menjawab
sambil tersenyum.
“Aku pilihkan!”
Ayris berjalan ke arah shawl-shwal
yang tergantung. Wardah masuk semula ke
dalam bilik persalinan.
“Nak beli shawl jugak ke?” Lana
tiba di sebelah Ayris.
“Ya lah. Tak kan dia tak bertudung pulak!”
“Habislah duit kau nanti!”
“Ish, Wardah dengar nanti!”
“Biarlah dia dengar!”
“Kau ni dah kenapa? Perasaan D dah melanda diri?”
Lana ketawa kuat.
“Bukan dengki ya. Tapi jealous.
Aku kahwin dengan Amer nanti, kau sponsor baju nikah jugak ke?”
“Kau kahwin dengan keturunan
Syed. Apa kelas nak aku sponsor. Nanti kau shopping dengan mama Si Amer
tu. Mesti Sharifah kan?”
Lana ketawa makin kuat.
“Ha, kenapanya?”
“Amer tak cakap pun suka aku. Kan kau syak dia ada girlfriend. Long way to go lah!”
No comments:
Post a Comment