Bab
4
Ketukan
di pintu mengejutkan lamunan Ayris yang panjang. Kenangan bersama Lana dan Wardah lenyap
tiba-tiba. Maya muncul di muka pintu.
“Boleh saya masuk!”
Ayris senyum.
“Masuklah!”
“Ini fail yang Cik Ayris nak!” Maya
meletakkan sebuah fail di atas meja.
“Terima kasih. Cantik baju Maya!”
Maya sengeh.
“Ni baju raya saya Cik Ayris. Tapi saya dah pakai hari ni. Raya awal sepuluh hari!”
Ayris turut sengeh.
“Awak ni. Tak sabar-sabar. Tapi memang cantik,” puji Ayris ikhlas.
“Terima kasih Cik Ayris. Saya keluar dulu ya.”
Ayris angguk. Maya melangkah keluar dari bilik pejabat
Ayris. Ekor mata Ayris mengekori lenggok
badan Maya.
Sama macam Lana!
Sebak Ayris muncul tiba-tiba. Air matanya pantas bergenang. Dengan laju Ayris menyeka air matanya dari
turun ke pipi.
“Aku sayang kau sama macam aku
sayang Wardah. Sama!”
Ayris masih ingat, bagaimana Lana
sering mempertikaikan kasih-sayangnya kepada dirinya. Bagi Lana, Ayris lebih menyayangi Wardah
berbanding dirinya.
Aku sayang kau lebih dari
Wardah. Cuma Wardah ada kalanya terlalu
lemah. Sebab tu aku lebih memberi
tumpuan kepadanya!
Hati Ayris berbicara seolah-oleh
Lana di depannya.
Aidilfitri tanpa kau. Apalah ertinya, Lana? Bukankah waktu-waktu begini, kita akan sibuk
ke Jalan TAR mencari baju raya dan shawl?
Tapi kini, aku nak pergi dengan siapa?
Tak sama tanpa kau. Dan hanya
dengan Wardah. Tak sama, Lana!
Hati Ayris merintih lagi.
“Kau selalu lebihkan Wardah. Satu hari aku betul-betul merajuk baru tau!”
Kata-kata Lana pada satu petang
masih kukuh di ingatan Ayris. Cendol di
mangkuknya dibiarkan sepi.
“Dah kau tu selalu buli aku. Tu aku sayang Wardah lebih tu!” Ayris ketawa.
“Mencilah cendol ni! Eh, mencilah kat kau!”
Ayris senyum melihat telatah manja
sahabatnya itu.
“Apalah Wardah sedang buat ni ya?”
sengaja Ayris membawa isu tentang Wardah lagi petang itu.
“Orang dalam pantang. Jaga baby lah! Sayang sangat. Pergilah bagi cendol ni kat dia!”
“Orang dalam pantang boleh makan
cendol ke?” Ayril bertanya selamba.
“Entah!”
“Ish, mana boleh Wardah makan
cendol. Kan ais ni!”
“Sibuk dengan Wardah. Ambiklah Si Ayu tu jadi anak angkat kau!”
“Marah Si Harith nanti. Kan dia masih bengang kat aku!”
“Ambik anak aku dengan Amer saja
jadi anak angkat kau nanti. Amer mesti
suka. Rasanya dia suka kau jugak!”
“Kau jangan merepeklah! Dibuatnya Amer suka aku betul. Menangis kau!”
“Tak lah. Kita boleh kongsi Amer. Bermadu!” Lana ketawa.
“Jangan haraplah. Geli aku tengok Amer tu. Bajet handsome!”
“Hahaha. Benci betul kau pada Amer ya? Nanti kalau jodoh kau dengan dia macamana?”
“Sorrylah. Not my type at all!”
Ketawa Lana makin kuat.
“At all tu. Allah terbalikkan hati kau baru tau. Aku suka aja!”
Ayris senyum mengingati kenangan
bersama sahabat baiknya itu.
Lana, aku rindu pada kau. Rindu sangat!
Tengahari
itu, Ayris hanya berada di dalam ofis sahaja pada waktu rehat. Wanita yang merindui sahabat baiknya itu hanya meninggalkan bilik untuk menunaikan
solat zohor. Ajakan teman sepejabat yang
lain untuk meronda di kompleks membeli-belah dibiarkan sepi. Selesai menunaikan solat zohor, Ayris berdoa
panjang.
“Ya
Allah, kuatkanlah hatiku menghadapi dugaan Mu ini. Berilah petunjuk Mu agar aku dapat membuat
keputusan yang betul. Keputusan yang
membahagiakan semua pihak. Sesungguhnya
aku hanya hamba Mu yang tidak berdaya.”
Ayris kembali mengenakan solekan di
wajah selepas menunaikan solat. Telefon
bimbit yang menjerit mengganggunya yang sedang mengenakan gincu di bibir.
Wardah!
“Kau okey?” Wardah menyapa Ayris
riang.
“Assalamualaikum!”
Wardah ketawa.
“Walaikumussalam, sayang!”
“Pehal seronok sangat ni?”
“Nak jumpa kau. Mestilah seronok!”
“Jumpa aku?” Ayris agak keliru.
“Wei, bukalah rumah aku petang
ni. Harith tak ada. Dia kursus dua hari. Datang ya, petang ni. Ayu pun nak jumpa kau. Rindu katanya!”
“Ayu ke kau yang rindu aku
sebenarnya?” Ayris ketawa.
“Akulah rindu kau. Aku nak tengok kau macamana?”
“Macamana apa?”
“Orang confius kena buat
keputusan!” Wardah ketawa.
“Tak baik kau buli aku!”
“Siapa lagi yang nak buli kau,
kalau bukan aku!”
Ayris terkelu mendengar kata-kata
Wardah.
“Sorry-sorry. Aku tak sengaja!”
“Pukul 6.30 aku sampai, kau nak
apa-apa tak? Ayu nak apa? Pizza ke?”
“Okey jugak tu. Mushrom soup and deli wings sekali ya?”
“Ya lah!”
“Jangan lambat tau! Bye.” Wardah mematikan talian.
Perempuan
ni, tak menyempat-nyempat. Tak bagi
salam. Tak kan dah nak mula masak kut!
Ayris senyum sendiri mengingati
sikap kelam-kelibut Wardah sejak bergelar isteri dan surirumah itu.
“Apalah yang dimasaknya nanti tu!”
Selesai memakai shawl, Ayris keluar
dari surau. Ayris melangkah perlahan
meninggalkan surau. Dari jauh, Ayris
melihat Farhan melangkah ke arah surau.
Aduh, nak senyum ke apa ni?
“Why you tak jawab call I last
night?”
“I tidur awallah. Sorry ya!”
“Betul?”
“Tak kan I tipu you pulak!”
“Mana tau, you tak nak cakap dengan
I ke?”
“Mengarut!”
Ayris melangkah meninggalkan
Farhan.
Sampai bila aku harus begini. Berdosakah aku meletakkan Farhan dalam
keadaan begini?
Ayris masuk ke bilik
pejabatnya. Hatinya amat terganggu
melihat Farhan sebentar tadi.
“Farhan!” Manifestasi rindu Ayris
terhadap Farhan terluah juga. Ayris
mencapai telefon bimbitnya. Satu pesanan
ringkas WhatsApp dihantar kepada Farhan.
‘Sorry
ya, sayang. I ada problem sikit!’
“Kena buat kerja ni. Fokus Ayris!
Fokus!”
Ayris kembali mengadap helaian
kertas yang terdapat di dalam fail di atas meja. Tidak sampai lima minit mengadap isi fail
tersebut, Ayris kembali mengingati masalahnya.
Aku kena buat keputusan jugak. Aku tak boleh mengelak dari masalah begini!
Pintu diketuk perlahan. Ayris cukup memahami siapa yang mengetuk
pintu dengan cara begitu.
“Masuk!”
“Boleh I masuk?”
“Dialu-alukan!”
Farhan melangkah masuk. Kerusi di depan Ayris ditarik perlahan.
“So?”
Ayris mengangkat keningnya.
“Tak nak share your problem dengan
I?”
“Nope. Terlalu privacy my dear!”
“Ada kaitan dengan I?”
Pandainya dia menduga. Apa nak cakap ni?
“You ada orang lain ya?” Farhan
ketawa.
Berderau darah Ayris mendengar
gurauan Farhan.
“Betul? Muka you merah tu!” Farhan bertanya nakal.
“Nonsense!”
“Petang ni iftar dengan I lah! Rindu kat you, sayang!”
“Tak boleh. Petang ni I janji buka rumah kawan baik
I. Esok boleh?”
“Kawan baik? Which one?
Yang ni I tak kenal ya?”
“Haa. Dia housewife. So, jarang keluar sangat!”
“Esok, promise okay!”
Farhan bangun.
“Kalau mungkir janji?”
Farhan yang telah sampai ke pintu
menoleh.
“I terus masuk meminang lepas raya
ni!”
Ayris senyum payau.
Jika tidak kerana masalah ini, aku
alu-alukan kau meminang, sayang!
Mata Ayris masih melekat di pintu
walaupun Farhan telah menghilang.
“Farhan!”
Petang
itu seperti dijanjikan, Ayris tiba di rumah Wardah. Ayu melompat memeluk Ayris. Ayris meletakkan pizza yang dipegangnya di
atas meja.
“Aunty busuk, datang!” Ayu yang
menginjak usia empat tahun itu sudah pandai menyakat Ayris. Ayris mencium Ayu bertalu.
“Amboi, dah mandi. Wanginya Ayu!”
“Baju baru!” Ayu menayangkan gaun
yang dipakainya.
“Pewit! Cantiknya.
Siapa beli?”
“Ayah!”
“Jumpa Ayu, langsung tak ingat aku
ya?”
Satu pelukan dihadiahkan oleh
Wardah kepada Ayris.
“Sebab Ayu lebih wangi dari
kau. Apa yang kau masak, sampai kau bau
hangit ni?”
Wardah meleraikan pelukannya
terhadap Ayris, lalu mencium bawah lengannya.
“Mana ada hangit! Kau sajalah tu!”
“Mama dan aunty busuk!” Ayu ketawa.
“Pandai anak kau buli kita ya? Ayu puasa tak ni?”
Ayu geleng manja.
“Mama, nak pizza!”
“Jomlah ke dapur. Tengok aku masak apa untuk kau!”
Wardah memimpin tangan Ayu ke
dapur. Ayris menurut dari belakang.
“Wah, masak lemak ikan patin? Bila kau pergi Temerloh ni?”
Wardah ketawa.
“Ini ikan patin pasar pagi saja
ya! Jangan nak berangan makan ikan patin
Temerloh! Kau ajak Amer lah pergi
Temerloh.”
Wajah Ayris berkerut.
“Mama, nak pizza. Nak pizza!” Ayu merengek.
“Okey-okey!”
Wardah membuka bungkusan plastik pizza,
lalu mengeluarkan sepotong pizza. Pizza
itu diletakkan di atas pinggan. Selesai
memotong pizza tersebut kepada potongan yang lebih kecil, pinggan tersebut
diserahkan kepada Ayu.
“Nak tengok tv.”
Wardah angguk. Ayu berjalan bersama pinggan di tangan menuju
ruang tamu semula. Ayris yang telah
duduk di meja makan, diam membatu.
“Wei, sorry lah. Tak sengaja!”
“Malas layan kau! Aku balik baru tau!”
“Ayoyo, itu kalu ka? Banyak ampun Amoi cantik!” Wardah
senyum-senyum sumbing cuba memujuk Ayris.
“Kau suka aku dengan dia kan?”
“Eh, aku tak cakap macam tu
lah. Farhan pun aku suka. Eh, bila kau nak jumpakan aku dengan Farhan?”
“Tak payah, nanti kau compare dia
dengan Amer. Malaslah aku!”
“Okey-okey. Lepas buka kita story lagi. Eh, aku buat air favourite kau ya?”
“Ermm,..”
“Alahai. Kesiannya kawan aku ni.”
Wardah bangun menuju peti sejuk. Ayris memerhatikan Wardah mengeluarkan
separuh buah tembikai dari dalam peti sejuk.
“Bila Harith pergi course?”
“Pagi tadi!”
“Kat mana?”
“JB katanya!”
“Kau percaya?”
Wardah yang sedang memotong
tembikai berhenti.
“Kau ni. Tak baik tau!”
“Aku tanya saja. Kau dah call ofis, tanya betul ke dia ada
course di JB?”
“Eh, kena buat macam tu ke? Mengamuk Harith kalau tau nanti!”
“Betul jugak ya. Silap haribulan, dia cari aku di ofis. Sure dia tau lah ini idea aku!”
Wardah sedikit ketawa. Agak terhibur dengan kata-kata Ayris,
walaupun hatinya cuak dengan pemergian Harith ke Johor Bahru. Wardah memasukkan tembikai yang telah
dipisahkan dari kulitnya ke dalam mesin pengisar.
“Raya ni kau balik Pendang?”
“Ha lah. Ayu rindu Tok Wannya yang tinggal
sorang-sorang tu.”
“Imam Saifullah tak kahwin lagi
ke?”
Bunyi mesin pengisar menguasai
ruang dapur.
“Apa kau tanya tadi?”
Imam Saifullah tak kahwin lagi ke?”
“Aku ada tanya jugak hari tu. Dia gelak saja. Kenapa kau tanya? Nak jadi calon bapak mertua aku ke?”
“Boleh jugak. Kan orang kedah ni kaya. Berelung-relung tanah kan?”
“Eee, mata duitan. Gaji dah berjuta. Lagi nak harta orang tua tu.”
Wardah menghampiri meja, lalu meletakkan
satu jag air tembikai yang telah siap diisi dengan kiub ais.
“Bila masa gaji aku berjuta. Berjuta rupiah?”
“Tu yang bonus lima hingga enam
bulan tu. Aku tau lah Bank Islam bagi bonus untuk manager macam kau banyak!”
“Very the silap ya. Aku ni assistant manager saja!”
“Lebih kuranglah tu!”
Ayu tiba di dapur.
“Basuh tangan!” Ayu menunjukkan
tangan kanannya kepada Wardah. Wardah
bangun membawa Ayu ke singki.
“Ayu nak makan nasi?”
“Tak nak. Dah kenyang.
Nak tengok kartun!”
Ayu berlari meninggalkan Ayris dan
Wardah.
“Kau tak nak bagi Ayu tu adik? Taklah dia sunyi main sorang-sorang. Tengok tv sorang-sorang.”
“Pandailah kau. Kau lah kahwin dulu. Cepat-cepat dapat anak. Dapatlah Ayu kawan kan?”
Senyum paksa terbit di bibir Ayris.
“Fikirlah
masak-masak. Jangan paksa diri. Minta petunjuk dari Allah. Aku tau kau pasti akan buat keputusan yang
betul. Apa pun keputusan kau, aku akan
sokong!”
Wardah dan Ayris saling berpelukan
mesra.
“Ayu, salam aunty!”
Ayu akur. Salam dihulur kepada Ayris. Seperti biasa, ciuman hangat singgah di pipi
gebu Ayu.
“Jaga mama baik-baik tau!”
“Kau tu drive carefully. Darah tengah manis ni. Ramai yang berkenan di luar sana!”
“Merepek lagilah tu!”
Wardah ketawa.
“Lawak sikit pun nak marah!”
Ayris melangkah masuk ke dalam
kereta. Hatinya yang gelisah sedikit
terhibur melihat kebahagiaan Wardah bersama Ayu.
Harap-harap Harith layan Wardah
dengan baik!
Ayris mula memandu pulang. Di dalam kesamaran lampu neon, Ayris seolah
melihat wjah Farhan di depan cermin keretanya.
Wajah yang penuh harapan, penuh cinta untuk dirinya.
“Farhan!”
Ayris memandu ke bahu jalan, lalu
memberhentikan keretanya. Kerinduannya
terhadap Farhan meruntun jiwa.
“Ala, mengapa sayang tak jawab ni!”
Ayris mencampak perlahan telefon
bimbitnya di tempat duduk kereta di sisi.
“Oh, mesti sayang tinggal phone
ni. Tak bawak phone lah tu pergi
masjid!”
Ayris meneruskan pemanduannya. Jam telah menginjak pukul 9.30 malam. Tiba di rumah, rumah sunyi sepi. Dr.Idham, Dr.Suhana dan Mak Mah telah ke
masjid. Ayris melangkah longlai menuju
biliknya.
Selesai
mandi dan menunaikan solat Isyak, Ayris kembali kepada telefon bimbitnya.
“Sayang merajuk ke ni? Aduh!”
Ayris menekan nombor telefon Farhan
pantas.
“Sayang!” panggilan manja Ayris
kepada Farhan tidak berjawab.
“Merajuk ke?”
Farhan diam lagi.
“Tadi buat berapa rakaat?”
“Lapan!” akhir Farhan menjawab
pendek.
“Ha? Malasnya sayang!” Ayris mengekek.
“Yang di sana tu solat terawih ke?”
Ayris semakin kuat ketawanya.
“Orang di sini berbuka rumah
kawan. Main dengan anak kawan. Rushing nak balik lagi. Tak sempatlah!”
“Okey. Alasan diterima. Ada apa di sana telefon ni?”
“Sayang, ni cerita Tiga Abdul ke?”
“Bukan, sorang Abdul saja. I lah Abdul tu!”
“Abdul yang I sayang. Tak apa.
I suka tu!”
“Did you missed me?”
“Eh, apa ni. Di bulan Ramadhan yang mulia rindu bagai
semua!”
“Sayang, cakaplah!”
“Rindulah. Kalau tak rindu, tak kan I call!”
“Lepas raya, okey?”
“Kenapa dengan lepas raya?”
“My mum masuk meminanglah.”
“Ermm,..”
“Itu tanda apa?”
Ayris
meletakkan telefon bimbitnya di sisi.
Farhan masuk meminang? Macamana ni?
Ya Allah. Berikanlah aku
kekuatan. Aku tak berdaya untuk memilih. Tidak mampu berfikir dengan betul ketika ini!
Kenangan Ayris berlayar kepada
detik pertama dirinya berjumpa dengan Farhan Hakim.
“Awak tak nampak signal saya bagi
ya?” Ayris bertanya garang.
Pemuda di dalam kereta
terkebil-kebil tidak menjawab pertanyaan Ayris.
“Pekak ke?”
“Tak. Saya okey.
Maaflah saya tak nampak signal awak tadi. Tepilah sikit. Saya nak undur ni!” Lelaki di dalam kereta
bersuara perlahan.
Serta-merta marah di dada Ayris
reda.
Ish, pehal dia baik pulak ni. Malulah aku yang cun ni cakap macam Minah
tepi jalan. Ah, lantaklah! Laki jahat punya bersepah. Ni agaknya drama king!
Ayris melangkah menuju keretanya. Sebalik sahaja kereta Farhan keluar dari
parkir, Ayris memasuki parkir di depannya.
Ayris tidak mempedulikan lagi
lelaki yang berebut parkir dengannya.
Dengan nyanyian kecil, Ayris menuju ke pejabat. Namun, sejam kemudian, Ayris hampir pengsan apabila
lelaki yang ditengkingnya di kawasan parkir itu adalah ketuanya. Encik Farhan Hakim, pengurus bahagaian kad
kredit. Ayris memberi senyum paling
payau buat Farhan sewaktu mereka diperkenalkan.
“Cik Ayris Sofea ya? Selamat bekerjasama!”
“Selamat datang bos. Semoga kita dapat bekerjasama!”
Hubungan yang rapat di antara
pengurus dan pembantu pengurus itu akhirnya menerbitkan bibit cinta di hati
Ayris. Wanita mana yang tidak terusik
hatinya melihat lelaki sesopan Farhan.
Tampan? Sudah pasti. Jejaka kelahiran Kota Bahru itu tidak
menghampakan dari segi paras rupa.
Berkulit kuning langsat, berhidung mancung dan berpenampilan
menarik. Ayris yang bercita-cita mahu
bercinta selepas kahwin dan mengharap kedua ibu bapanya mencarikan calon,
membuang cita-citanya itu jauh-jauh.
Malah Ayris dengan berani membuat pengakuan kepada Dr.Idham yang dirinya
telah dimiliki. Dr.Idham hanya
senyum. Tanda tidak membantah akan
pengakuan Ayris itu. Dan kini sudah
lebih setahun Ayris dan Farhan menjalinkan hubungan istimewa.
Farhan!
Ayris melepaskan keluhan.
Sampai bila aku harus macam ni!
Ayris bangkit dengan segera. Langkah diatur menuju bilik air. Hajat dihati mahu menunaikan solat sunat
Istikarah. Selesai mengambil wuduk,
Ayris memandang wajahnya di cermin.
Wajah penat miliknya itu ditenung lama.
“Aku harus keluar dari masalah
ini!”
Solat istikarah ditunaikan dengan
sempurna oleh Ayris. Ayris membaringkan
badannya dengan tenang. Gadis yang sedang
berperang dengan pilihan yang harus dibuat itu akhirnya terlena. Ketukan di pintu bilik dari Mak Mah
mengejutkan Ayris.
“Ayris! Bangun sahur!”
Ayris membuka matanya.
“Kejap Mak Mah!” Ayris sedikit
menjerit.
“Pukul berapa ni?” Ayris berkata
perlahan sambil meraba telefon bimbit di sisi.
“Pukul lima? Lambat dah!”
Selesai menggosok gigi, Ayris
berlari anak menuruni anak tangga menuju dapur.
“Lambat!” komen sepatah dari
Dr.Idham.
“Sorry daddy. Mama.
Mak Mah. Penatlah layan anak
Wardah tu!” Ayris mencipta alasan.
“Makanlah. Dah lambat ni!” Mak Mah senyum.
“Ermm. Macam sedap aja ayam kurma tu!”
“Memanglah sedap. Mama yang masak!”
“Betul, mama?”
Dr.Suhana angguk.
Tanpa berlengah Ayris mengambil
seketul ayam kurma dari dalam mangkuk.
“Sedap! Waktu buka tadi, mesti lagi sedap.”
“Ris!”
Ayris berhenti melangkah.
“Boleh daddy cakap sikit?”
“Mestilah boleh. Sejak bila daddy kena minta izin nak cakap
dengan anak sendiri ni?”
“Sejak daddy tengok anak daddy ni
monyok semacam saja. Takut kalau salah
cakap, lagi monyok! Kenapa ni? Gaduh dengan Farhan?”
“Farhan okey. Baik macam daddy.”
“Bila dia nak masuk meminang?”
“Tu lah masalahnya, daddy. Dia nak masuk meminang lepas raya ni. Tapi,..”
“Tapi apa?”
“Ris,..Ris tak sedia, daddy!”
“Come on. Kalau tak sedia jadi isteri, boleh bertunang
dulu. Setahun?”
“Masalahnya lebih complicated dari
itu, daddy!”
“Complicated?”
“Ris,..Ris,..agak keliru. Keliru.
Betulkah Farhan the one!”
“Ris ada orang lain?”
Ayris diam. Wajahnya polos. Dr.Idham yang dapat meneka gelodak hati anak
perempuannya menanti jawapan Ayris dengan sabar.
No comments:
Post a Comment