Saturday, April 25, 2015



            Miss Congeniality Malaya
Bab 11
            Farid Farhan di rumah sewanya.  Graduan ijazah jurusan ‘Islamic Banking’ dari universiti tempatan itu bangun dari duduknya di atas sejadah.  Sejadah disangkut di kerusi.  Kopiah diletak malas di atas meja tulis.  Telefon bimbit dijeling lesu.
Mok call lagi nanti.  Mace mano ni?
Farhan tarik kerusi, lalu duduk. 
“Kruekkk!”
Farhan memegang perutnya.  Lapar.  Namun, Farhan tidak mempunyai selera untuk makan.
Kata-kata Hajah Rogayah, ibunya kembali mengganggu ketenangan Farhan.
“Mu balek ujo mingu ni!”
“Ado gapo yang urgent, mok?  Mok sakit?  Bapak sakit ko?”
“Tak sakit.  Mok ada calon buat mu.  Baleklah.  Jangok, baik.  Anak ore junuh.”
“Mok,..ore tak sedio lagi.  Nantilah mok!”
“Mu dok ingat ko pompue hok tipu mu tu ko?  Mu jange.  Sakit hati mok ni!”
“Buke la mok.  Dio nikoh dah!”
“Moleklah.  Yo mu duk sedih, menung ingat dio buat gapo?”
“Ore tak ingat dio.  Cumo,..”
“Cumo gapo?  Mu jange jadi jate dayus.  Malu mok.  Asyik dok ingat pompue tu.  Kea jadi hok ore dah tu!”
“Buke gitu la mok.  Bui la maso kok ore tene dulu.  Cinta ni mano boleh pakso-pakso, mok.  Mok tak pernah bercinto ko dulu?”
“Mok tak kiro.  Nak ke mano mu cinto-cinto ni.  Akhirnya,..  Mok tak kiro.  ujo mingu ni, mu balek.  Mok kene’ sungguh ko dio.  Ha, paka tudo labuh.  Comey-comey.  Berime tu!
“Tengoklah gano, mok!”
“Kalau mu tak balek, mu meme’ tak saye ko mok la,” suara Rogayah perlahan, berbau sedih.  Meruntun jiwa Farhan yang lembut.
“Ore balek la uju mingu ni.  Tapi mok jange pine dulu.  Tunggulah ore balek!”

            Panggilan yang diterima oleh Farhan pagi itu amat mengganggu lelaki yang masih dalam fasa-fasa melupakan cintanya terhadap Ayris.  Tengahari itu, Farhan tidak berselera untuk makan tengahari.  Dan kini telah melewati pukul 9 malam, Farhan masih tidak berselera untuk makan.  Perut Farhan berbunyi lagi.
“Aduh, laparnya!”
Farhan bangun dari kerusi.  Menukar kain pelikat dengan seluar jeans.  Baju Melayu juga ditukar kepada t-shirt berwarna putih.  Bersih.  Sebersih hatinya.
“Nak pergi mana?” Hanapi menegur Farhan di ruang tamu.
“Makan!”
“Ekh, pukul sembilan lebih baru nak makan?  Kau biar betul!”
“Tadi tak seleralah.  Kau nak ikut?  Aku belanja!”
“Boleh jugak!”
“Uhhh!”
“Kenapa bro?  Keluh kesah aku tengok.  Pasal pompuan lagi?”
“Ya lah.  Yang ni lebih teruk.  Mak aku kat kampung pulak buat hal!”
“Berat tu.  Jomlah makan dulu.  Kat kedai kita story-story lagi.  Ni, pakar cinta.  Masalah cinta dan pompuan kan?”
“Kurang lebihlah!”
“Kejap.  Aku tukar seluar!”

            Hanafi menyedut air tembikainya.  Kerang bakar yang masih bersisa dihabiskan.  Farhan yang sudah kenyang, mula mengelamun.
“Okey.  Dah kenyang.  Cerita.  Apa masalah mak kau pulak ni?”
“Macam kau tak boleh teka!”
“Dah ada calon untuk kau?”
“Tepat!”
“Tengok ajalah dulu.  Mana tau cun!”
“Cun bukan masalahnya.  Aku ni, banyak benda nak fikir.  Dari sibuk nak kahwin.”
“Fikir apa pulak.  Kau jangan kencing aku.  Kau belum buang officemate kau tu ya?”
“Dia dah kahwin.  Dah bahagia.  Aku tak ingat dia dah!”
“Kencing aku lagi!”
“Nak buat apa dengan mak aku ni?”
“Tengok ajalah.  Tak suka, cakap tak suka.  Apa ada hal!”
“Kecik hati orang tua tu nanti.  Dahlah bengang kat aku pasal ex aku tu dulu belum hilang lagi.”
“Kau cakap dengan mak kau elok-elok.  Soal kahwin ni bukan main-main.  Bukan cuba-cuba.  Nak pakai lama tu.  Kenalah suka.  Tengok betul-betul.  Kerja apa pompuan tu?”
“Manalah aku tau.  Kau pulak sibuk!”
“Aku tanya saja.  Kalau cun, kau tak nak.  Pas kat aku lah,” Hanafi ketawa.
“Habis Si Shikin tu nak campak mana?  Longkang?”
“Ai, marah?  Kalau marah kena jual.”
Farhan sengeh.
“Kau bukan nak tolong.  Asyik nak ejas saja!”
“Lawak okey.  Aku dah bertunang bro.  Bising pulak mak aku nanti.  Asyik tukar pompuan saja!”
“Tau kau takut dengan mak kau ya?”
“Kurang lebihlah!  Kau balik sajalah.  Nanti bawak balik kepok lekor!”
“Makan!  Makan!  Budu, kepok losong semua, kau tak nak?”
“Cantik!  Boleh jugak tu.”

            “Pewittttt!”
“Apa kau ni!  Perangai macam budak-budak!” tegur Farhan marah.
Hanafi tidak mengendahkan kata-kata Farhan.
“Pewitttt!” Hanafi berbunyi lagi.
Dua orang perempuan yang berjalan lenggang kangkung di depan meja mereka berdua tersenyum malu.
“Gedik tahap apa tah!”
“Kau yang kacau kan?”
“Saja.  Usik!” tukas Hanafi.
“Kalau marah kau, kau kata pompuan-pompuan tu perasan cantik kan?  Kalau senyum-senyum, kau kata gedik pulak.  Kesian aku pada perempuan ni.”
“Rileks lah bro.  Memang kadang diaorang ni gedik tahap melampau.  Lepas jadi bukan-bukan, salahkan kita pulak.  Sendiri yang cari jantan!”
“Cukup-cukup tu.  Mak aku perempuan.  Kakak aku perempuan.  Kau ni!”
“Kau memang baik.  Solute aku!”
“Esok-esok, anak kita perempuan jugak.  Kau jangan lupa akal diaorang satu.  Kita ni, yang akal sembilan.  Tak lah pandai.  Pandai tipu perempuan saja kut!”
“Maaf PU!”
“Mamang aku nak masuk pun yang kedua nanti!”
Hanafi ketawa.
“Apa yang kelakarnya?”
“Tak ada apa.  Nanti aku terpaksa vote kau pulak.  Malas aku!”
“Aku tak layak jadi ustaz?  Penceramah bebas?”
“Layak-layak.  Cuma agak pemalu.  Macamana nak bagi ceramah?  Nanti penonton perempuan tanya, dah tak tau jawab!”
“Sudahlah kau.  Balik!”

            Hujung minggu itu.  Farhan di rumah ibu bapanya.
“Mok tak kiro.  Male ni kita gi rumah Bilal Samad!”
“Male-male.  Buat gapo pulok mok?”
“Kito tengok budak Hanis tu lah.  Mu kata nak tengok dulu kea?”
“Esok tak boleh ke mok?”
“Esok mu dah kelik doh!”
“Orang balik Isninlah mok.  Orang ambik cuti hari Isnin tu!”
Rogayah senyum.
“Bakpo mu tak royak awal-awal!”
“Dah mok tak tanya!”
“Pagi esok kita gi rumah Bilal Samad tu deh?  Mek Hanis tu comey!”
“Ikut mok lah.  Hanis mano so ni, mok?”
“Saing mu rasanya.  Mu tak ingat?  Baru balek ngaji mesir!”
“Ustazah?  Berat ni, mok!”
“Berat gapo pulok?”
“Ore bukan ustaz.  Aduh, malu nati, ore  tak panda ngaji!”
“Tak panda gaponya.  Mu khate Quran duo kali!”
“Meme la.  Tapi tak sepandai orang balek Mesir.  Mok cari calon lainlah!”
“Banyakla  cerita mu.  Make nasi kabu tu.  Penat mok masok ko mu!”
Farhan mula menyuap nasi kerabu ke mulut.  Dikunyah laju.
“Selo-selo la.  Cekik kea!”
“Bakpo tak sedap pulok nasik kabu, mok ni?”
“Lawok mu!”
Rogayah menyuap laju sejemput nasi kerabu.
“Sedap jak.  Panda mu tipu mok!”
Farhan mengekek ketawa.
“Ayoh gi surau ko gi rumah bini baru, mok?”
“Rumah bini baru dio la.  Bakpo mu tanya?”
“Ayoh nikoh sore lagi kea, mok?”
“La, mok ingat mu tau dah.  Ayoh mu tak oyak ko mu?”
“Betul ko, mok?”
Rogayah pula ketawa.
“Asyik mu buli mok.  Ha, baru mok buat lawok sikit!”

            Pagi esoknya di rumah  Bilal Samad.  Farhan gelisah seperti ada duri di punggung.
Rogayah menyiku anak terunanya itu.
“Mu duduk die-die, buleh?”
Farhan senyum.  Isteri Bilal Samad muncul membawa dulang berisi teko dan beberapa biji cawan.
“Farhe, jemputlah minum!” Bilal Samad pandang bakal menantu.
“Bilal tak minum sama?”
“Ambo minum dah tadi.  Mu denge mok mu lah minum.  Jah, tak dok kue-kue ko?”
“Hanis!  Hanis!  Bawok kue seri muko mari sini!” Lijah menjerit kepada Hanis di dapur.  Rogayah yang mendengar nama bakal menantunya dipanggil hanya senyum.  Farhan makin gelisah.  Dua minit, lima minit.  Hanis belum muncul.
“Malu kut Hanis tu.  Ambo gi tengok la!” Lijah bangun menuju dapur.
Farhan menarik nafas lega.  Amat berharap Hanis tidak keluar.  Atau lebih tepat, tidak berminat kepadanya.  Namun harapan Farhan musnah, Lijah muncul di ruang tamu dengan seorang gadis manis.  Cukup manis, dengan tudung labuh paras pinggang.
Aduh, comey lagu ni.  Mok mesti pakso aku ni!”
Hanis meletakkan pinggan berisi seri muka di meja.  Semangkuk air basuh tangan turut diletakkan.  Farhan resah lagi.
“Ni lah anak pak cik.  Hazwani Hanis,” Bilal Samad bersuara.
Farhan hanya senyum.  Hanis kembali masuk ke dapur setelah menyalami Rogayah.
“Apo lagi.  Make lah!” Rogayah menyiku anak lelakinya.
“Ha, betul tu.  Make lah.  Hanis yang buat tu!” Lijah menambah.
Bilal Samad senyum juga.  Farhan basuh tangan.  Seketul kuih seri muka masuk ke dalam mulut.
“Guane?  Sedap?” Rogayah bertanya.
Farhan angguk.  Sebenarnya Farhan tidak mengetahui kuih seri muka itu sedap atau tidak.  Farhan menjamahnya tanpa perasaan.
“Kalu sedap, mari selalu lah!” Lijah bersuara mesra.  Menambah gelora Farhan yang masih belum membuka pintu hatinya.
“Anak mu ni pegawai besarlah yo, Gayah?”
“Eh, tak dohlah bilal.  Saya kerja biasa jak di bank Islam tu!”
“Merendah diri anak mu, Gayah!” Lijah makin suka kepada bakal menantunya.
“Gitulah perangai dia, Jah.  Ikut bapak dia!” Rogayah membuat pengakuan jujur.
“Eloklah tu.  Buat gapo riak dan takbur.  Make diri!” Bilal Samad menambah.
            Sampai di rumah tengahari itu, Farhan terus masuk ke bilik.  Lagak rajuk seperti anak perempuan yang dipaksa kahwin sahaja.  Rogayah terus ke dapur memasak hidangan tengahari.  Lewat tengahari, Ibrahim pulang.
“Lambat abe balek?  Ahad pun nok kerja lewat-lewat?”
“Tuan rumah nak siap cepat.  Budak-budak tu, kalau abang tak tengok.  Apa la dibuatnya.  Alamat tok siaplah rumah tu!”
“Sibuk buat rumah ore.  Tu, tolong anak jatey kito nok buat masjid tu!”
“Apa cerita di rumah Bilal?”
“Oh, ambo tengok Hanislah.  Comey sokmo.  Tapi,..Ni ambo nak marah ni,..”
“Air abe dulu.  Sebelum mu nak cerita marah sokmo!”
Rogayah mengeluarkan jag berisi air oren di dalam peti sejuk.  Segelas air oren dihulur kepada suaminya.
“Ha, kenapa nok maroh?”
“Budak Hanis tu punya la comey.  Panda buat kue seri muko.  Buleh Farhe cakap tak nok!”
Ibrahim ketawa.  Rogayah masam.
“Ambo royak betul ni.  Apa masalah anak jatey abe tu?”
“Cinta tokleh dipakso, Gayah oi.  Mu lupa, mu ugut mok mu bilo nak dijodohkan denge sepupu mu dulu.  Nok jugak hok abe ni!”
“Buat gapo nok ungkit cerita zame Jepun nuh!  Ni cerita loni.  Maso depe Farhe.  Tak kea nok ingat pompue tu.  Sakit hati ambo ni!”
“Istiqhfar banyak-banyak.  Buke jodoh dio denge Farhe.  Mu nak lawan takdir Allah?  Mu sapo?”
Rogayah diam.
“Panggil Farhe make.  Buat gapo duduk dalam bilik mace ore tino!”
Rogayah melangkah meninggalkan dapur.
“Farhe!  Farhe!  Mari make.  Ayoh mu panggil tu!”
Farhan keluar dari bilik.
“Mu buat gapo dalam bilik?  Mu maroh ko mok?”
“Tok lah mok.  Farhe tidur tadi!”
“Dah, mari make.  Lepas Asar kita gi derak buleh?”
“Mok nok gi mano?”
Farhan melangkah menuju dapur diikuti oleh Rogayah.
“Mok ingat nak tukar gelang ni.  Mu tambah pitih.  Buleh ko?”
Farhan ketawa.
“Ore tino ni, suka sangat dengan emas!”
“Yo lah.  Esok-esok Hanis tu, lagu tu lah jugok!”
“Ha, Farhe, mu buat gapo terkurung dalam bilik tu?”
“Lelap ayoh.  Letih jale denge mok tadi!”
“Letih?  Tengok bakal menantu ayoh pun letih?” Ibrahim ketawa.
“Ayoh ni.  Hati tak berkene.  Buat lagu mano pulok tu!”
Rogayah kembali masam.
“Make gulai mok ni.  Ko tak berkene jugok make masake mok dah!”
“Tengok tu, mok mu dah merajuk!”
Farhan mencedok seketul gulai ikan tongkol ke dalam pinggan.  Secubit ikan tongkol itu dirasanya.
“Hok ni, Farhe berkene.  Sedap betul masake mok.  Tak ada hok dapat lawan di KL sana!”
“Panda mu ambik hati mok!” Rogayah tetap masam.

            Seperti dijadualkan, lewat malam Selasa Farhan tiba di rumah sewanya.  Hanapi masih menonton televisyen.  Senyum manis Hanafi menyambut Farhan.
“Kenapa pulak kau sengeh-sengeh malam buta ni?  Buang tabiat?”
“Seronok tengok kau dah balik.  Mana buah tangan?”
“Ni.  Semua ada.  Kepok lekor.  Budu.  Losong.”
Farhan meletakkan satu bungkusan beg plastik di tengah ruang tamu.
“Aku nak kepok losong ke apa tah yang dalam ada cheese tu.  Ada?”
“Kau check lah sendiri.  Mak aku yang beli.  Bungkus.  Aku nak mandi.  Penat ni!”
“Thank you my housemate.  Err,....macamana?”
“Apa yang errr,..?”
“Yang tu lah.  Cantik?”
“Aku nak mandilah!”
Farhan masuk ke dalam bilik.  Tidak peduli tentang Hanapi lagi.  Jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam.  Penat bercampur melengas amat merimaskan Farhan.  Tuala tergantung ditarik menuju bilik air.  Selesai mandi dan solat isyak, Farhan membuka beg pakaiannya.  Cebisan kertas yang dimasukkan oleh Rogayah ke dalam begnya dibuka.  Tertera nombor telefon Hazwani Hanis di atasnya.
“Mok, mok.  Macam-macamlah.  Farhan belum terdesak lagi!”
Farhan memasukkan cebisan kertas itu kembali ke dalam beg pakaian.  Baju yang kotor dikeluarkan.  Kepenatan mendesak Farhan agar beralih ke katil.  Farhan membaringkan badan di atas katil.  Siling dipandang kosong.  Tiba-tiba wajah Hanis terpampang di situ.
Sudah!  Apa pulak ni?  Aku tak nak kahwinlah!
Farhan bingkas bangun menutup lampu.  Harapan Farhan, matanya akan segera lelap apabila bilik menjadi gelap.  Tiba-tiba wajah Ayris pula muncul.
Ris!  Pergilah dari hidup I.  I doakan you bahagia!

            Malam yang sama di rumah Amer. 
“Ayra sudah tidur nyenyak puan.  Ya, saya boleh tidur sekarang enggak?” Juliati bertanya lemah.  Jelas terbayang kepenatan di wajahnya.  Masakan tidak, seharian Juliati mengemas rumah kerana Amer dan Ayris baru dua hari berpindah ke rumah Amer.
“Enggak boleh, bik.  Bik pergi cari kayu api!” Amer ketawa.
“Sudah malam.  Lawak segala!” Juliati masam.
“Bik tak payah layan.  Pergilah tidur.  Bik nampak penat sangat!” Ayris bersuara penuh simpati.
Juliati berlalu meninggalkan Amer dan Ayris.
“You tengoklah sorang-sorang.  I nak tidur!” Ayris bangun.
“Ala, baru pukul sepuluh.  Temanlah I lagi.  Sampai sepuluh setengah!”
“I nak tengok Ayra!”
Ayris terus melangkah menuju tingkat atas.  Amer memandang Ayris yang berlalu dengan sengeh.
Isteriku sayang.  Bilalah dapat peluk you!
Skrin televisyen kembali dipandang oleh Amer.  Film Guardians of the Galaxy itu dirasakan mual apabila Ayris tiada di samping menonton bersama.
“Pehal film ni boring siot ni?”
Alat kawalan jauh televisyen ditekan.  Amer berlari anak menaiki tangga.  Satu ketukan perlahan di pintu tidak mendapat sebarang jawapan dari Ayris.  Tombol pintu dipusing.  Pintu tidak berkunci.  Ayris kelihatan sedang menunaikan solat.  Amer menuju ke katil bayi.  Ayra tidur lena di situ.  Ayris yang telah siap solat, mengenakan krim malam di wajah.  Rambut yang melepasi bahu disikat rapi.  Amer hanya mampu menjeling saja.
“Good night, Mr.Amer!”
Ayris melabuhkan badan di katil.  Amer masih belum berganjak meninggalkan bilik.
“You rasa bibik cakap apa ya, sebab kita asing bilik?”
“Bibik cakap penatlah.  Sebab kena kemas dua bilik!”
“Bukan pasal tu!”
“Pasal apa pulak?”
“Pasal kitalah!”
“Kita okey saja.  Couple of the year kan?” sinis Ayris bersuara.
“I akan cuba.  I pasti, kita akan jadi couple paling bahagia di kawasan perumahan ni.  I yakin!”
“Whatever lah.  I nak tidur ni.  You tak nak keluar ke?”
“Malaslah nak keluar.  Bilik ni macam best saja.  Selesa.  Yang penting ada Ayra!  Dan ada you lah sayangku.”
“You tak keluar, I baling bantal!”
“Balinglah, sayang!”
“Pelepupppp!”
Sebiji bantal tepat mengena di muka Amer.
“Opps!” Ayris menekup mulut tanda tidak sengaja.
“Sorry.  Kenapa tak elak?”
“That’s okay.  Yang tersayang baling kan?  Apologise accepted!”
Amer melangkah keluar dari bilik.  Ayris diburu rasa bersalah.
Dia marah aku ke tu?  Eh, lantaklah.  Kenapa dia tak keluar.  Aku nak tidur!

            Itu masuk dalam kategori derhaka ke?  Alahai, tak cium bau syurga aku nanti ni!
Ayris duduk.  Matanya melilau mencari telefon bimbit di dalam samar lampu bilik tidur.  Satu pesanan melalui aplikasi WhatsApp dihantar kepada Amer.
“Uits, balas pulak!”
Ayris sengeh membaca balasan pesanan dari Amer.
“Rindu aku konon.  Kan baru saja jumpa.  Sebelah bilik lagi.  Ngada!”
Telefon bimbit dicampak perlahan di sisi.
Ngada dia ni.  Kalau dilayan, mau ketuk bilik pulak malam ni.  Jangan monyet.  Seram!
Ayris segera menarik selimut.  Bunyi menunjukkan pesanan baru tiba diabaikan oleh Ayris.
Jika Ayris menarik selimut dan bersedia untuk lena, keadaan berbeza pula dengan Amer di bilik sebelah.  Iphone 5 masih di tangannya.  Ternanti akan balasan WhatsApp seterusnya dari Ayris.
Hai sayang.  Rindunya I pada you!
“Mesti dah tidur ni!”
Setelah yakin Ayris tidak akan membalas lagi, barulah Amer meletakkan Iphone 5 miliknya di sisi.
Kalau aku ketuk pintu, dia hangin tak?  Agak-agak apalah dia nak baling pulak?  Handphone dia?
Amer senyum sendiri.

            “Kalau ada apa-apa, bik cepat-cepat call saya tau!”
“Iya, puan!”
“Kalau Ayra buat hal, nangis saja.  Bik tak payahlah buat kerja lain.”
“Iya, puan!”
“Hati-hati tau.  Dia dah pandai panjat tangga tu!”
“Cukuplah tu, sayang.  Bik tau nak jaga Ayra.  You tu risau sangat!” pintas Amer.
Ayris cebik tidak puas hati.  Juliati sengeh.
“Tak adalah.  Saya ingatkan saja.  Ha, satu lagi, bik masak untuk bik saja.  Petang nanti, saya balik, baru bik masak makan malam!”
“Ngerti, puan.  Rotinya, puan!”
Juliati mendekatkan pinggan berisi roti yang telah disapu dengan planta kepada Ayris.
“Terima kasih, bik!”
“Bik oi, asyik layan kereneh birokrasi puan saja.  Saya ni?  Mana telur separuh masak saya?”
“Apa itu kerenah birokrasi?  Kerenah majikan, ya saya tau!”
“Lebih kuranglah!” Amer ketawa.
“Sejak bila, Encik Amer suruh saya masak telur separuh masak?”
Amer terus ketawa.
“Nah, makan ni!”
Ayris menolak pinggan berisi roti disapu planta mendekati Amer.
“Thank you, sayang!”
“Bik enggak minum sama?” Ayris pandang Juliati.
“Kelaklah.  Ya, sementara Ayra tidur, ya, saya mau jemur kain.  Permisi!”
“Bik, tunggu.  Jangan buka pagar kalau ada sesiapa datang.  Jurujual.  Mintak derma!”
“Ya.  Ya.  Puan sudah bilang!”
Juliati meninggalkan ruang makan.
“You ni, sayang.  Balik ke Bandung bibik tu nanti!”
“I ingatkan saja.  Dia kan cepat lupa!”
“Lunch sama, nak?”
“Nope!  I busy.”
“Alaaa,..”


Layannnn,..








No comments:

Post a Comment