Miss Congeniality Malaya-Bab 2
“Hai,
sengeh panjang nampak!”
Lana tidak menjawab. Sebaliknya kembali mengeluarkan telefon
bimbit yang baru sebentar tadi dimasukkan ke dalam beg sandang.
“Aku wassap dia bleh tak?”
“Siapa?”
“Kau ni.
Sudah terang lagi bersuluh pulak!”
“Tu apa tu? Bidalan?
Peribahasa?”
“Entah!
Mana-manalah. Amer lah. Ke kau pun nak ejas?”
“Aku nak ejas Amer? Apa ke barang!”
“Kenapa pulak kau tak boleh ejas
dia? Handsome siot tu. Hidung tajam macam Bront Palarae. Bukan kau suka laki hidung camtu?”
“Kau lah ambik. Aku nak Dr.Idham dan Dr.Suhana carikan. Cinta lepas kahwin. Lebih afdal gitu!”
“Wakaka!
Bunyi macam drama aja! Betul?”
“Ya lah.
Kenapa? Kau tak percaya?”
“Dah kau tak pernah bagitau aku pun plan
kau tu. Manalah aku nak tau. Confirm ni kau tak nak Amer?”
“Ya lah Labu. Kau tu yang kelam-kelibut suka kenapa? Tak tau pun true colour dia camner. Dibuatnya macam Harith tu. Tumpo kau, Mak Jemah!”
“Prasangka baik. Prasangka baik. Tengok dia bagi penumbuk kat penyangak dua
ekor tu. Aduh, macho gila beb. Jatuh terus hati aku!” Lana ketawa.
Ayris menolak perlahan kepala Lana
menggunakan jari telunjuknya.
“Love at the first sight ya? Aku lempang baru tau. Kawanlah dulu. Lepas setahun baru jatuh cinta. Lepas tu kahwin terus. Aku nak tengok anak kau berlari, baru aku
pulak kahwin!”
“Boring.
Macam nenek aku di kampunglah kau ni. Tapi kan,..Eh, aku sukalah Amer tu. Oh Syed Amer.
Aku wassap sekarang ya?”
“Janganlah. Baru sejam lebih ni. Lepas dua, tiga hari baru boleh wassap. Jaga imej perempuan. Janganlah nampak kau desperate sangat. Boleh Cik Lana oi?”
“Ala,..”
Lana memasukkan kembali telefon bimbit
ke dalam beg sandang.
“Majuklah!”
Lana memalingkan mukanya ke tepi
tingkap.
Ayris hanya senyum melihat perangai
keanakan Lana. Bagi Ayris adalah wajar
nasihatnya itu kepada Lana. Mereka amat
baru mengenali Syed Amer. Tidak lebih
dari setengah jam berbicara, mana mungkin mampu mengenali hati budi Syed
Amer. Syed Amer boleh jadi siapa sahaja
di dunia yang rusuh ini. Pengedar
dadah? Agent pemerdagangan manusia? Perompak?
Bapa ayam? Aduh, amat mengerikan
dunia ini. Ayris melepaskan keluhan.
“Ai,
kenapa mengeluh pulak tu Cik Bedah oi!”
“Dah
habis merajuk? Ingat Wardah lah,” Ayris
membohongi Lana.
“Bila
kita nak bagitau dia pasal ayah Harith nak masuk minang tu?”
“Esok
lepas kelas, kita cari dialah. Before
dia buat bukan-bukan. Tangguhlah kut
study dia. Tak apalah. Satu sem saja pun!”
“Kau
rasa nak ke Harith tu kahwin?”
“Berani
dia nak lawan cakap imam tu? Kita doalah
supaya lembut hati Harith. Kesian
Wardah!”
“Boleh
ke bahagia kahwin paksa ni? Nanti Harith
layan Wardah teruk macamana? Seriau aku
tengok baran Harith tu. Dulu belum dapat
kemain romantik. Pelsu semata rupanya!”
“Normal
lah tu. Kalau bukan cinta pelsu,..Cinta
nafsu, bukan lelaki namanya!” Ayris senyum.
“Janganlah
Syed Amer ku begitu!”
“Podah
cit lah dengan Syed Amer tu!”
Di
banglo keluarga Ayris petang itu.
“Mak
Mah masak apa?”
Ayris
yang tiba-tiba muncul di dapur mengejutkan Mak Mah, pembantu rumah keluarga
itu.
“Ris
ni. Kut ya pun, bagilah salam. Terkejut Mak Mah. Mak Mah ingat Ris tidur. Tak penat ke memandu jauh-jauh tu?”
Ayris
menarik kerusi, duduk di sebelah Mak Mah yang sedang mengupas bawang.
“Penat
jugak. Tapi berbaloi. Dapat tolong kawan baik!”
“Ris
memang baik. Sayang Mak Mah pada Ris.”
“Kalau
macam tu, ambiklah Ris jadi menantu!” Ayris ketawa.
Mak
Mah menarik rambut ikal Ayris perlahan.
“Kalau
Mak Mah ada anak lelaki, dah lama Ris jadi menantu Mak Mah.”
Mak
Mah bangun, bergerak ke sinki. Timbul
kekesalan di hati Ayris. Ayris bangun
mendapatkan Mak Mah.
“Maaf,
Mak Mah. Ris gurau saja. Kan Ris anak Mak Mah jugak. Tak payah jadi menantulah!”
Ayris
memeluk Mah Mah. Perempuan berumur lewat
50’an itu sememangnya telah dianggap oleh Ayris sebagai ibunya juga. Ayris sedar, Mak Mah menumpang kasihnya. Menganggap dirinya sebagai anak. Mak Mah sebatang kara di dunia ini.
“Mak
Mah ni hangitlah!” Ayris kembali mengusik Mak Mah setelah meleraikan
pelukannya.
“Habis
tu buat apa peluk?” Mak Mah mencebik.
“Hangit
sikit saja. Tu yang peluk tu!”
“Pandai
Ris buli Mak Mah ya?”
“Kalau
Ris tak buli Mak Mah, siapa yang nak buli?
Sunyi nanti hidup Mak Mah tau.
Eh, Adam mana?”
“Tidurlah
tu. Puasa. Penat sangat, Mak Mah tengok balik sekolah
tadi. Ni Mak Mah masakkan sup ayam
kegemaran Adam.”
“Sup
ayam kegemaran Adam ya? Untuk Ris
pulak?”
“Ayam
goreng berempah untuk Ris. Boleh tak?”
Mak Mah memandang wajah mulus Ayris menanti jawapan.
“Mestilah
boleh. Mak Mah sayang, masak apa pun,
Ris makan. Ris tolong buat watermelon
juice ya?”
“Dialu-alukan. Tu sebiji tembikai Mak Mah beli pagi
tadi! Suka sangat Ris dengan tembikai
ya?”
“Manis
dan merah menyala macam Ris. Sebab tu
Ris suka!” Ayris ketawa.
“Perasanlah
Ris tu!” Mak Mah turut ketawa.
Senja itu ahli keluarga Dr.Idham dan
Dr.Suhana menikmati juadah berbuka puasa.
Mak Mah yang telah dianggap ahli keluarga turut sama menikmati hidangan
di meja makan utama.
“Ris
ikut mama dan daddy terawih malam ni?” Dr.Suhana memandang wajah anak sulungnya
yang sedang menghirup sup ayam. Ayris
geleng laju.
“Ha,
penatlah tu. Mission accomplised
nampaknya!”
Ayris
hanya sengeh, tanda mengakui kebenaran kata-kata mamanya itu.
“Adam?”
“Tak,
mama. Kan next week exam percubaan.”
Adam menjawab sopan. Sememangnya adik
kesayangan Ayris itu seorang yang berbudi bahasa. Sifatnya amat berbeza jika dibandingkan
dengan Ayris yang agak kasar dan tegas itu.
“Kita
pergi bertiga sajalah nampaknya!” Dr.Idham ketawa. Gelas air kosong kepunyaannya dicapai.
“Daddy
tak minum pun watermelon juice Ris buat.
Majuklah macam ni!”
“Bagi
sikit. Daddy takut Ris buat manis
sangat!”
Ayris
menuang jus tembikai ke dalam gelas.
Hanya separuh, lalu diserahkan kepada Dr.Idham.
“How’s?”
“Not
bad. Tak manis sangat. Ayah suka.”
Komen
positif dari Dr.Idham membuat senyuman di bibir Ayris mekar.
“Mak
Mah kenapa senyap saja? Tambahlah nasi!”
Dr.Suhana mulai memberi tumpuan kepada pembantu rumah yang telah dianggapnya
saudara itu.
“Cukuplah
doktor. Mak Mah kenyang dah!” Mak Mah
menjawab perlahan.
“Semua
orang macam diet saja. Makan sikit. Daddy soranglah ni nanti yang gemuk!”
“Boleh
ke abang buat dua puluh rakaat malam ni?
Tengok perut dah membuncit tu?” Dr.Suhana ketawa.
“Boleh. Kalau tak boleh, abang buat lapan rakaat
saja. You dan Mak Mah balik jalan
kakilah!”
“Berani
abang buat macam tu? Perang besar di
bulan Ramadhan ni nanti!” Dr.Suhana mencebik.
“Buli
abang tak apa. Abang belum buli dah
hangin. Tengok mama tu, Adam!”
“Mama
call Adamlah. Adam ambik nanti!” Pandai
Adam memujuk Dr.Suhana.
“Ris
pun boleh ambik. Mama tak payah
risau. Kan Mak Mah kan?” Ayris memandang
Mak Mah, kemudian menghadiahkan senyum manis kepada mamanya.
Malam itu Ayris tidur awal. Setelah menunaikan solat Isyak kira-kira
pukul 9.00 malam, Ayris merebahkan badannya ke tilam. Patung beruang kesayangannya dipeluk erat.
Penatnya! Tapi best.
Wardah tak kan buat mistake lagi!
Senyuman
manis terukir di bibir Ayris. Ayris
terlena.
Wardah
membuka pintu bilik air dengan wajah pucat lesi. Ayris panik.
“Kau
buat apa ni?” Ayris bertanya kasar.
Wardah
diam. Ayris masuk ke dalam bilik
air. Terdapat kesan darah di lantai
bilik air. Ayris keluar dari bilik air.
“Kau
buat apa ha? Kau bunuh janin kau ya?”
Wardah
yang telah terduduk di lantai tidak bersuara.
Hanya tangisannya saja yang menjawab soalan Ayris.
“Kau
memang degillah! Kau tambah dosa
kau. Aku susah-payah ke Pendang
nun. Kalau macam ni lah perangai kau,
jangan anggap aku kawan lagi!” Ayris berkata marah. Serentak itu Ayris berjalan laju meninggalkan
Wardah.
“Ris! Ris!
Ris!”
Wardah
bangun dan berlari mendapatkan Ayris.
Ayris tidak mengendahkannya.
Tiba-tiba Wardah jatuh terjelepuk.
Wardah tidak sedarkan diri. Ayris
kembali panik.
“Wardah! Wardah!
Wardah!”
Badan
Wardah digoncang kuat.
“Wardah,
kenapa jadi macam ni? Apa yang kau makan
tadi ni?” Ayris mulai menangis.
“Wardah,
bangunlah! Wardah!” Air mata Ayris makin
deras.
Ayris
memegang pipinya. Basah. Ayris terjaga.
Mimpi
rupanya!
“Wardah!”
Ayris
bingkas bangun. Dalam kesamaran lampu
tidur, Ayris dengan mamai mencari telefon bimbitnya. Dengan sabar Ayris menanti panggilannya
dijawab oleh Wardah. Hampa.
“Jawablah! Jangan kau buat hal pulak!”
Ayris
tidak putus asa. Nombor telefon Wardah
sekali lagi ditekan. Masih hampa.
“Tak
boleh jadi ni. Kalau Wardah buat betul
macamana?”
Ayris
segera menukar baju tidurnya. Shawl
dipakai sekadarnya di atas kepala. Kunci
kereta, telefon bimbit dan beg duit dicapai.
Langkah Ayris laju diatur menuruni anak tangga.
Tiba di depan pagar rumah teres dua
tingkat milik keluarga Wardah, Ayris menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Apa
aku buat ni? Kan tu mimpi aja! Entah-entah elok aja Wardah tidur!”
Enjin
kereta yang telah dimatikan dihidupkan semula.
Eh,
kalau mimpi aku betul?
Enjin
kereta dimatikan sekali lagi oleh Ayris.
Ayris menekan loceng di pagar rumah Wardah. Lampu di kawasan porch terpasang. Seorang lelaki keluar dengan berkain pelikat. Rahmat, ayah Wardah berjalan dengan wajah
bengis menghampiri pintu pagar.
“Pak
cik, maaf. Saya nak jumpa Wardah,” Ayris
berkata gugup.
“Ayris
kan? Tau sekarang pukul berapa?” Rahmat
bertanya jengkel.
“Err,..Err
pukul satu pagi pak cik. Tapi,..tapi
saya ada hal penting nak jumpa Wardah.”
“Esok
tak boleh jumpa ke di kelas?”
“Ini
pasal Wardah pak cik. Bagilah saya
masuk,” Ayris bersuara perlahan.
“Ada
apa sebenarnya ni?”
Rahmat
menekan alat kawalan jauh pagarnya.
“Kenapa
dengan Wardah?”
“Elok
pak cik tanya Wardah sendiri.”
“Masuklah. Pak cik pun nak tau apa yang terjadi kepada
Wardah.”
Ayris
melangkah masuk ke dalam rumah Wardah dengan serba-salah. Rahmat di sisi mulai gelisah memikirkan
tentang anak perempuannya.
Wardah yang sedang tidur ternyata
terkejut dengan kedatangan Ayris pagi itu.
Satu pelukan diberikan kepada Wardah oleh Ayris.
“Aku
mimpi kau tadi. Aku takut sangat. Tu aku terus datang tu!” Ayris berkata jujur.
Wardah
kelu. Tiada perkataan yang keluar dari
bibirnya.
“Cerita
apa yang berlaku, Ayris. Wardah!” Rahmat
berkata kuat.
“Bang,
sabarlah bang!” Junita berkata perlahan.
Junita
mendekati anak perempuannya.
“Wardah,
ada apa ni? Cerita kepada kami.”
Wardah
menangis tiba-tiba. Junita
dipeluknya. Rahmat yang menyedari
sesuatu yang tidak kena berlaku, menarik tangan Wardah kuat.
“Cakap,
kau buat apa ni? Cakapppp!”
Tangisan
Wardah makin kuat. Tiba-tiba Wardah
memegang kaki Rahmat.
“Ayah,
ampunkan Wardah! Wardah tak
sengaja. Wardah berdosa, ayah! Ampunkan Wardah!”
Rahmat
menarik kakinya kuat.
“Kau
mengandung kan?” Rahmat bertanya marah.
Sudah dapat menduga dengan cara Wardah memohon maaf begitu.
“Anak
tak sedar diri. Aku besarkan kau dengan
kasih-sayang. Ini balasan kau ya?”
Serentak
itu satu tendangan singgah di belakang Wardah.
Wardah meraung.
“Abang! Cukup!
Abang nak bunuh anak kita? Abang
bunuh saya dulu!” Junita mendapatkan Wardah yang kesakitan.
“Kalau
jadi apa-apa kepada Wardah, saya tak kan maafkan abang!”
Ayris
tidak mampu bersuara. Sebenarnya
perempuan ayu itu ketakutan melihat sikap baran Rahmat. Ianya amat berbeza sama sekali dengan ayah
Harith, Imam Saifullah. Rahmat berlalu
dari bilik Wardah dengan wajah seperti singa.
“Mama,
maafkan Wardah. Maafkan Wardah. Wardah benar-benar dah insaf. Wardah tak nak buat dosa lagi, mama. Sebab tu Wardah tak buang baby ni!”
Junita
berwajah sayu mendengar pengakuan jujur anaknya. Air matanya mengalir. Ayris yang mendengar pengakuan Wardah
memanjatkan syukur di dalam hati.
Terima
kasih ya Allah. Wardah tidak berniat
membuang kandungannya!
Ayris menjamah perlahan nasi ke
mulut. Pagi itu Ayris bersahur di rumah
Wardah. Junita masih mampu menyediakan
hidangan sahur walaupun hati keibuannya bagai dihiris dengan belati. Wardah menyuap juga nasi ke mulut.
“Pak
cik tak sahur?”
“Biarlah
pak cik tu. Kita bertiga sajalah
sahur! Ambik lauk tu!” Junita senyum
payau.
“Kau
kena makan. Tak elok untuk baby kalau
tak makan! Opps, sorry!” Ayris menyedari
keterlanjuran kata-katanya.
“Tak
apa, Ris. Memang betul pun. Wardah kena makan. Beberapa jam lagi mula hari baru untuk
kita. Wardah kena hadapinya dengan
kuat. Banyak benda nak buat. Betul ayah Si Harith nak masuk meminang?”
Junita memandang wajah Ayris.
“Betul,
mak cik. Tak kan imam tu nak
bohong. Lepas raya ni, dia kata nak
nikahkan Wardah dan Harith. Buat kenduri
sekali,”Ayris menjawab dengan riang.
“Baik
Ris ni. Tolong kawan sampai ke Pendang
sana,”Junita kembali sebak.
“Mak
cik janganlah macam ni. Apa gunanya
kawan kan? Saya kan kawan Wardah. Hari ni, hari dia. Esok-esok mana tau saya ada masalah. Wardah pulak tolong.”
“Dengar
tu Wardah. Mengapalah kamu tak pandai
jaga diri macam Ris. Dah berkawan baik
tu, ikutlah perangai dia sama. Ini
tidak. Mama harap kamu insaf lepas
ni. Kamu tau dosanya zina kan?”
Air
mata Wardah mulai mengalir semula. Ayris
memegang bahu Wardah. Cuba meredakan
kesayuan hati sahabatnya itu.
“Sedap
ayam ni. Pandai mak cik masak!”
“Kalau
sedap, makanlah banyak. Pak cik Ris tu tentu tak nak sahur dah ni!”
“Gemuklah
Ris macam ni, mak cik!”
“Tak
apa. Tak kan sama dengan gemuk Wardah
nanti!” agak sinis kata-kata Junita.
Biar pun tindakannya tidak seperti Rahmat apabila mengetahui Wardah
hamil, namun sakit hatinya terhadap tindakan anaknya itu berputik juga.
“Nanti
kau pergi kelas?” Ayris segera menukar topik perbualan.
Wardah
angguk.
“Uruskan
penangguhan belajar tu. Pandai-pandailah
kamu. Ha, makanlah. Dah nak imsyak ni!” Junita berkata agak keras
kepada Wardah.
Ayris memohon diri untuk pulang
setelah menunaikan solat subuh. Di dalam
perjalanan pulang, Ayris merasakan kelegaan yang tidak terhingga. Biar pun perbuatannya datang ke rumah Wardah
pada awal pagi dan sekaligus membocorkan rahsia Wardah, satu tindakan yang
tidak profesional, namun Ayris bersyukur ianya berakhir tidak dengan
tragedi. Kandungan Wardah masih
selamat. Apa yang lebih menggembirakan,
Junita masih mampu menerima kesilapan besar anaknya itu. Rahmat?
Mungkin satu hari nanti, Rahmat akan memaafkan Wardah juga.
“Mama
mesti hangin ni! Sorry Dr.Suhana. Kalau bagitau sebelum pergi mesti mama tak kasi
punya!
Ayris
melintas bilik ibu bapanya dengan sedikit cuak.
Tidak mahu bertembung dengan Dr.Suhana.
Hehe,
mama belum keluar bilik waktu ni.
Selamat!
Ayris
terus mandi untuk segera ke kampus pagi itu.
Pagi yang riang dirasakannya.
Masalah Wardah telah berjaya diselesaikannya.
“Siapakah
yang sudi, menghulurkan simpati kepada nasibku ini,
Agar
dapat ku rasa,..nikmat Hari Raya seperti insan yang lain,”
Tiba-tiba
Ayris berhenti menyanyi.
“Pehal
lagu sedih pulak? I like Sifu
M.Nasir. Satu hari di Hari Raya, aku
menangis tanda gembira, aku menangis,...”
Ayris
sekali lagi berhenti menyanyi. Dr.
Suhana berwajah serius di depan pintu bilik air.
“Lagu
M.Nasir ya?”
“Ha’a. Kan mama pun minat M.Nasir!”
“Huh,
raya lama lagi. Jangan ubah topik. Pukul berapa Ris pergi rumah Wardah malam
tadi?” Dr.Suhana bertanya tegas.
“Er,..Err,
Ris tak tengok jam lah mama. Awal mama
nak bukak klinik hari ni?”
“Merepek
lagi. Kan bahaya drive pagi buta sorang
diri. Kalau jadi apa-apa, macamana? Sekarang ni banyak sangat penjenayah. Rogol, bunuh, rompak!”
“Sorry,
mama!”
“Apa
yang urgent sampai tak boleh tunggu pagi?”
“Ris
mimpi, mama!”
Wajah
Dr.Suhana berkerut.
“Ris
mimpi Wardah gugurkan baby dia. Tu la
pasal Ris terus pergi rumah dia tu!”
“Ris-Ris. Mimpi kan mainan tidur. Sayang betul Ris pada kawan-kawan Ris ya?”
“Tak
lah. Kat mama lagilah Ris sayang!”
Ayris
bergerak mendekati Dr.Suhana.
“Sudah,
pakai baju. Nanti mama tarik towel ni
baru tau. Jangan buat lagi!”
Dr.Suhana
melangkah keluar bilik meninggalkan Ayris yang ketawa mengekek.
Kampus
Fakulti Perakaunan, Universiti Malaya.
“Kau
memang mereng beb! Kalau aku jadi
Dr.Suhana pun hangin. Pukul satu pagi
drive sorang-sorang. Kau ingat apa? Kau ni wife Captain Amerika. Ada super power macam dia? Bila ada penjenayah boleh lawan sorang diri!”
Ayris
ketawa.
“Ha,
ketawalah. Ketawa kuat-kuat. Mujur tak jadi apa-apa!”
“Aku
selamat ni. Aku tak sengajalah. Mimpi tu cam real aja. Kau tau aku sayang Wardah macamana kan?”
“Sayang
Wardah yang pemurah tu? Aku ni? Ni mana Peah Peot tu? Dia kata nak datang kan hari ni?”
“Dia
settle hal dia di pejabat Dekan kut!”
“Tangguh?”
“Ya
lah. Lagi mau tanya kau ni!”
“Kau
cakap betul-betul siapa yang kau sayang antara aku dan Wardah ni?”
“Soalan
susah ni!”
“Jawab
ar. Karang aku hangin nanti!”
“Kau
lah. Cantik, seksi. Pandai jaga diri. Pandai.
Semua ada! Okey?”
“Temberanglah
tu!”
“Tu
Wardah datang!”
Wardah
tiba di hadapan Ayris dan Lana dengan senyuman tawar.
“Dah
settle?”
Wardah
angguk.
“Kalau
camtu senyum tu biar manis. Ni aku
tengok macam mati laki saja. Harith tu
belum mati. Dan belum pun jadi laki
kau. Kau yang pemurah bagi. Mana ada kucing yang tolak ikan!” Lana
melepaskan kemarahan kepada Wardah.
“Ish,
apa kau ni. Dah lah. Kan semua dah settle,” Ayris menenangkan
Lana.
“Settle
apanya? Bapak Harith dah call mak kau?”
Wardah
geleng.
“Kau
dah kenapa? Angguk, geleng. Sejak bila pulak bisu ni?”
“Dah
lah. Apa ni? Nanti orang dengar tu. Kesian kat Wardah. Tengok, dah nangis pulak!”
Wardah
menangis. Langkahnya laju meninggalkan
Lana dan Ayris.
“Tengok! Apa kau dah buat? Cakap tu lapiklah sikit. Kau tak kesian kat dia ya?”
“Tak! Pemurah beno.
Geram aku!”
Lana memandang langkah Wardah yang
semakin menjauh.
“Ha,
buat apa pandang-pandang? Ada kawan tu
depan mata, bukan main kau sakitkan hati dia ya! Dah jauh, pandang-pandang
pulak!”
Lana
senyum manis.
“Aku
ada hak nak marah, okey. Dia buat
salah. Dan aku ni kawan baik dia. Tak kan nak suruh Pak Guard tu yang marah!”
Ayris
ketawa.
“Kita
pontenglah kelas petang ni. Aku bosanlah
dengan Dr.Fuad tu. Aduh, lawak orang tua
tak handsome ni, tak boleh blah kan?”
Lana
pula ketawa kuat.
“Kutuk
lecturer? Memanglah tak berkat. Kau nak fail paper dia?”
“Eleh,
kau pun selalu kutuk dia!”
“Tapi
memang tak handsome tahap gaban orang tua tu!
Lari jauh dari Bront Palarea kau!”
“Tau
tak apa. Jomlah!”
“Mid
Valley Megamall?”
“Sogo. Boleh cari shawl sekali di Jalan TAR!”
“I
like. Jom! Wardah?”
“Ha,
ingat pun kawan. Aku call dia lah. Mesti dia ada di depan tu tunggu teksi.”
Ayris
mengeluarkan telefon bimbitnya.
“Kau
kat mana? Tunggu situ. aku ambik!”
Ayris
memasukkan telefon bimbitnya di dalam beg.
“Wardah
kat mana?”
“Tunggu
teksi depan tu lah!”
Keduanya
berjalan menuju kereta Ayris. Tiba-tiba
Lana memegang tangan Ayris mesra.
“Kau
dah kenapa ni? Orang nampak nanti, salah
faham pulak!”
Aku
rindu Amer lah. Hidungnya. Senyumnya.
Bisa angau aku!”
“Eh,
lepaslah!”
Lana
melepaskan tangannya.
“Ni
sorang lagi. Angau tak tentu pasal. Jangan monyet. Tadi kau kutuk Wardah bagai nak rak. Ni kau pulak angau karat!”
“Aku
lain. Pandai jaga diri beb! Oh, Syed
Amer ku!”
Wardah masuk ke dalam perut kereta
dengan wajah polos. Sisa air matanya
masih jelas.
“Sorry
lah. Aku ter emo pulak tadi. Apa pun aku harap kau insaf!” Lana berkata
perlahan.
“That’s
okay. Aku memang salah!”
“Dah-dah.
Boleh tak kita gumbira seperti
dulu? Sebelum datangnya lelaki dalam
hidup kita. Diorang datang saja. Problem.
Aduh! Jom tengok perfume dan beli
shawl. Lagi ada faedah!” Ayris yang mula
memandu bersuara kuat.
“Kau
belanjalah shawl satu kat aku ya?” Lana mengusik Ayris.
“Aku
pun!” Wardah kembali menghidupkan suasana meriah mereka bertiga selepas robek
angkara masalah dirinya.
“Boleh
sangat kawan-kawanku. Boleh
blahhhhhhhhhhhhhh!”
Tengahari
itu menyaksikan tiga sahabat itu kembali bersatu, kembali membilang puing-puing
bahagia mereka. Sogo dan Jalan TAR
menjadi destinasi wajib mereka untuk membeli-belah sekaligus menenangkan
fikiran.
“Ada
tak tudung bawal AJ yang murah ya?” Wardah bersuara setelah ketiganya sepi
untuk seketika.
“Kenapa
pulak tak ada. Kan banyak saja yang
tiruan sekarang ni. Kita layan saja!” Lana
menjawab pantas.
“Anak
doktor tu pakai ke tudung murah?”
“Amboi,
perli aku nampak! Aku ni anak doctor
pokai okey. Tudung sepuluh ringgit pun
sapu. Janji cun. Hahaha, pasannnn tak?”
“Memang! Miss Con yang bajet cun kau ni!”
“Salah
tu Lana. Miss Con yang baik sebenarnya
Cik Ayris ni. Thanks Ris, sebab jadi
kawan yang baik!”
“Aduh,
syahdunya. Drama tv3 pukul tujuh petang
betullah!”
Ayris
ketawa. Lana dan Wardah turut ketawa
gembira.
Okey tak kengkawan?...